Thursday, October 6, 2016

Biodata Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Rasuah RM53 Juta


 Dalam Negeri

Biodata Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ditahan SPRM kerana mengumpul kekayaan rasuah berjumlah lebih RM53 juta. Dia turut bersubahat dengan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah iaitu Teo Chee Kong dalam mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010. Namun, kesemua projek melibatkan Jabatan Air di Sabah telah diseleweng dan tidak disalurkan ke infrastruktur yang sepatutnya. Difahamkan, kesemua wang disonglap untuk kepentingan sendiri dan memonopoli semua projek jabatan air kepada adik beradiknya. SPRM turut menjumpai kesemua duit RM53 juta itu di tiga lokasi berlainan melibatkan rumah, pejabat dan peti simpanan di bank. Manakala duit rasuah RM3 juta ditemui di kediaman timbalan pengarah jabatan air Teo Chee Kong manakala selebihnya diseleweng oleh Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

Biodata Pegawai Suspek Kakitangan Kerajaan Rasuah RM53 Juta

Suspek 1:

Nama Penuh: Ag Mohd Tahir

Asal: Kota Kinabalu

Jawatan: Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

Suspek 2

Nama Penuh: Teo Chee Kong

Asal: Kota Kinabalu

Jawatan: Timbalan Pengaarh Jabatan Air Negeri Sabah




Gambar Suspek Simpan Duit Rasuah Dalam Peti Besi & Almari Di Rumah



Rampasan Terkini Sudah Cecah Lebih RM112 Juta






Rampasan wang rasuah, barang kemas, kereta mewah kini dilaporkan mencecah RM112 juta. Kesemua barang kemas, kereta mewah turut disita kerana dipercayai hasil daripada penyelewangan duit kerajaan.






Adik Beradik Menopoli Projek Jabatan Air Negeri Sabah Sejak Tahun 2010

Difahamkan, rumah adik Ag Mohd Tahir sedang dalam pembinaan di Kg Sri Serbang. Adiknya merupakan kontraktor yang mendapat projek di bawah Jabatan Air Negeri Sabah.



Kes Rasuah Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah
Untuk rekod Teo Chee Kong Timbalan Pengarah memiliki Hotel No 5 di Kota Kinabalu, rumah mewah, Syarikat Pemaju Perumahan di Membakut dan Beaufort dibawah syarikat Hasil Emas Takapan Sdn Bhd yang pernah membangunkan projek perumahan Taman Takapan Emas.



No comments:

Post a Comment