Wednesday, December 14, 2011

Utusan diarah bayar RM200,000 kepada Lim Guan Eng


KUALA LUMPUR, 14 Dis – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mengarahkan agar akhbar milik Umno itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000 .
Dalam keputusannya Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” telah memfitnah Lim, sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.
“Hakim memutuskan bahawa defendan telah memperlihatkan vendeta selektif terhadap DAP dan plantif,” kata peguam Lim Jagdeep Singh Deo kepada The Malaysian Insider.
Awal Januari lalu, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember 2010 yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.
Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam beritanya.
Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat 2010.
Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya. Utusan diarah bayar RM200,000 kepada Lim Guan Eng ~ Kembara Jr @Blogspot:

'via Blog this'

1 comment:

  1. Perhatian
    Objektifnya adalah untuk memaklumkan kepada orang awam, lelaki dan wanita yang sihat. Siapa yang berminat dengan
    Derma segera dari mereka {tulang hati buah pinggang organ, tulang sumsum, testacle dan 100% serius Hubungi .. e-mel; Clevelandclinicmanagement@gmail.com
    kerana kita mempunyai banyak
    pesakit yang kini memerlukan pemindahan buah pinggang.
    Cari peluang untuk menjual buah pinggang anda untuk membiayai wang
    Kami akan membeli anda
      buah pinggang untuk € 800,000
    Hati: € 600, 000
    Ovari: € 300000
    Sumsum tulang: € 500000

    dan kami juga mempunyai Vib / aids ultra vibros 11 ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan atau membolehkan mereka untuk meninggalkan lebih lama

    Hantarkan e-mel kepada kami

    EMAIL; Doctormichaelapa007@gmail.com
    E-mel; Clevelandclinicmanagement@gmail.com

    Whatsapp: tanya saya

    Salam

    Michael

    ReplyDelete