Pancaroba

Dunia penuh pancaroba waspada

Monday, February 20, 2012

Penyanyi veteran Latiff Ibrahim meninggal dunia


Latiff IbrahimSHAH ALAM - Penyanyi era 80-an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 6.06 petang tadi. Allahyarham Latiff, 62, yang sebelum ini dimasukkan ke IJN 18 Disember lalu berikutan serangan jantung, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.



Penyanyi veteran Latiff Ibrahim meninggal dunia - Hiburan - Sinar Harian:
Abu Hatim at 8:38 PM No comments:
Share

Maut ketika urus jenazah ibu


pix_gal0
Nelayan kena serangan jantung empat jam selepas orang tua meninggal

YAN: Seorang nelayan yang sibuk menguruskan jenazah ibunya yang meninggal dunia akibat sakit tua, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira empat jam selepas kematiannya ibunya di Kampung Keda Sungai Udang di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 8.45 malam Jumaat lalu, Shafpeley Md Isa, 48, sedang menguruskan persiapan untuk pengebumian jenazah ibunya, Che Mah Mohamad, 89, yang meninggal dunia pada kira-kira jam 4.20 petang hari berkenaan.
Shafpeley yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik dipercayai keletihan kerana menguruskan jenazah ibunya menyebabkan dia tiba-tiba rebah di rumah mereka sebelum dikejarkan ke Hospital Yan dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Dia sebelum itu menjaga ibunya yang terlantar sakit sejak sembilan tahun lalu, termasuk menyuapkan makan minum serta memandikan ibunya itu walaupun sibuk dengan kerjanya sebagai nelayan setiap hari.

Kakak ipar mangsa, Che Gayah Md Noh, 54, berkata, ketika membaca surah Yasin di depan jenazah ibunya, Shafpeley mengadu panas dan terus keluar untuk mengambil angin.

Bagaimanapun, katanya, dia tiba-tiba rebah tetapi sempat disambut penduduk kampung yang berada tidak jauh darinya.
“Adik ipar saya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan doktor mengesahkan ia berpunca daripada serangan jantung.

“Berikutan itu, jenazah Shafpeley dikebumikan bersama jenazah ibunya dalam satu liang lahad pada kira-kira jam 10 pagi semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Che Gayah berkata, dia mendapat berita mengenai kejadian yang menimpa adik iparnya itu apabila dimaklumkan oleh adiknya, Che Basah, 46, yang juga isteri Shafpeley melalui panggilan telefon ketika berniaga di pasar malam Sungai Layar, Sungai Petani pada malam berkenaan.

“Saya tiba di rumah mereka pada kira-kira jam 11 malam dan terkejut apabila mendapati ada dua jenazah, iaitu adik ipar saya dan ibunya. Pada mulanya saya hanya dimaklumkan mengenai berita kematian Shafpeley,” katanya yang sebak dengan kejadian itu.

Che Gayah berkata, adik iparnya itu ada menjalani pemeriksaan kesihatan, baru-baru ini dan doktor memaklumkan dia menghadapi masalah jantung tetapi tidak kritikal. Shafpeley meninggalkan empat anak berusia antara sembilan dan 21 tahun, yang mana dua daripada mereka masih lagi bersekolah.

Anak sulung Shafpeley, Norsyafiza, 21, berkata, arwah bapanya beriya-iya menghubunginya supaya pulang melihat jenazah neneknya buat kali terakhir ketika dia sedang bekerja di sebuah pasar raya di Pulau Pinang.

“Sepanjang perjalanan pulang arwah ayah menghubungi saya lima kali untuk bertanya sudah sampai di mana. Saya tiba di rumah pada jam 7 malam dan ketika itu bapa tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.

Berita Harian Online | Maut ketika urus jenazah ibu:

'via Blog this'
Abu Hatim at 8:07 PM No comments:
Share

Botak kepala bantah Lynas

Botak kepala bantah Lynas
KUANTAN - Seramai 17 orang membotakkan kepala mereka di Pasar Besar, di sini, semalam, sebagai simbolik bantahan terhadap loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plants (LAMP) di Gebeng.

Aktiviti bermula seawal jam 8 pagi itu tetap berlangsung dengan lancar walaupun hujan dan turut disertai seorang budak lelaki berusia 2 tahun.

Seorang penuntut, Wee Ben Sen, 25, yang pada mulanya hanya hadir untuk menyokong usaha berkenaan, turut tidak ketinggalan menyahut cabaran membotakkan kepalanya.

“Saya tahu mengenai aktiviti ini. Namun saya bukan hendak membotakkan kepala, sebaliknya hanya datang untuk memberikan sokongan.

“Namun saya mengubah fikiran dan akhirnya turut sekali serta bersemangat bersama mereka apabila melihat orang lain membotakkan kepala,” katanya.

Dua beranak, Chow Kok Chin, 62 dan anaknya, Chow Soon Hing, 38, turut menawarkan diri menyertai aktiviti tersebut.

Menurut mereka, pengalaman hidup berhampiran loji nadir bumi di Bukit Merah, Perak mempengaruhi hasrat untuk turut serta.

“Saya datang bersama anak (Soon Hing) hari ini (semalam) sebagai tanda sokongan dan peringatan jika generasi sekarang tidak berjaya menghalang Lynas, usaha ini akan diteruskan generasi seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Himpunan Hijau 2.0, Wong Tack berkata, kumpulan itu akan meneruskan usaha menerusi pendekatan lebih drastik termasuk mogok lapar sebagai tanda bantahan terhadap kebenaran lesen operasi sementara diterima Lynas, baru-baru ini.

“Kelulusan ini tidak wajar membuatkan orang ramai kecewa dan cukup muak dengan apa yang sudah berlaku.

“Mereka tampil pada hari ini untuk menunjukkan tanda ketidakpuasan hati, selain memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya membuat pilihan tepat,” katanya.

Botak kepala bantah Lynas - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'
Abu Hatim at 6:43 PM No comments:
Share

Tinggal di kandang kambing


Tinggal di kandang kambing - Melaka & NS - Sinar Harian:Tinggal di kandang kambing

JUMBANG ULU – Seorang warga emas terpaksa menetap di kandang kambing selepas rumahnya dihempap pokok tiga bulan lalu di Kampung Jumbang Ulu, Tanjung Ipoh. Omar Osman, 61, yang tinggal di kawasan pedalaman terpaksa tidur di tapak kandang kambing terbabit kerana tidak mampu membaik pulih rumahnya yang dihempap pokok. Menurutnya, dia sudah pun membuat permohonan kepada pihak berkaitan, namun masih belum ada jawapan. “Isteri dan anak-anak saya tinggal di Seremban, hanya pulang ke kampung setiap ­hujung minggu. “Saya memang sentiasa ada di sini kerana suka keindahan kampung lebih-lebih lagi rumah saya berhampiran air terjun Jumbang Ulu yang ­boleh dikomersialkan,” katanya yang bekerja kampung. Omar berkata, keadaan rumah yang dibina di atas ­bukit itu memerlukan kos tinggi berikutan tiada jalan asas menuju ke rumahnya. “Kemudahan jalan asas ­sememangnya tiada. Dahulu saya terpaksa meredah air ­terjun untuk sampai ke rumah dan perlu memikul sendiri kayu-kayu. “Kini saya sendiri membina jalan asas tetapi tidak ­sempurna. Walau bagaimanapun saya masih perlu berjalan sejauh 200 meter untuk ­sampai ke tapak rumah,” katanya. Katanya, dia amat berharap agar ­pihak berkaitan dapat membantunya. “Infrastruktur luar bandar perlu dititikberatkan kerana ramai yang hendak pulang ke kampung tetapi disebabkan kekurangan kemudahan, ia terbantut begitu sahaja. “Atas aduan ini saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang melihat sendiri kesusahan penduduk kampung,” katanya. Malah katanya, dasar ­kerajaan yang dibuat memang betul tetapi pelaksanaannya kadang kala tidak dilakukan dengan tepat dan disalahgunakan oleh pihak tertentu. “Kerana itu wujud penyelewengan sehingga sehingga menyebabkan pihak pembangkang menjadikan ia sebagai salah satu pendekatan untuk membangkang kerajaan. “Perkara ini harus diingatkan supaya pilihan raya akan datang kita tidak kecundang,” katanya.
Abu Hatim at 6:32 PM No comments:
Share

Bantah pembelian jet untuk Presiden Indonesia

JAKARTA: Orang ramai semalam menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan membeli Jet Bisnes Boeing (BBJ) 2 yang dirancang untuk digunakan sebagai pesawat presiden.

Aktivis Pakatan Bajet Negara Untuk Kebajikan Rakyat, Beny Dikty Sinaga berkata, Presiden Indonesia sepatutnya menggunakan pesawat milik syarikat penerbangan kebangsaan, Garuda, sebagai pengangkutan udara supaya wang yang dibelanjakan untuk perjalanannya boleh dikembalikan kepada negara.


Menurutnya, perbelanjaan menyewa pesawat itu bergantung kepada kekerapan perjalanan dan kerana itu, kerajaan tidak perlu menanggung perbelajaan ketika pesawat tidak digunakan.

Benny turut menyelar keputusan kerajaan membeli pesawat Boeing dan tidak pesawat buatan tempatan yang dikeluarkan oleh PT Dirgantara Indonesia.


“Keputusan itu bertentangan dengan kempen yang dilancarkan kerajaan supaya rakyat mengutamakan barangan keluaran syarikat tempatan,” katanya.


BBJ 2 dijual pada harga RM176 juta dan dibayar oleh kerajaan Indonesia secara berperingkat-peringkat dalam masa setahun.

Kerajaan Indonesia membuat pembayaran terakhir sebanyak RM111 juta Januari lalu dan pesawat itu diserahkan pada 21 Januari di pangkalan Boeing di Seattle, Amerika Syarikat.


Ia akan siap untuk digunakan oleh Presiden Susili Bambang Yudhoyono dan pembantunya pada Ogos 2013. - JP


myMetro | Bantah pembelian jet untuk Presiden Indonesia:

'via Blog this'
Abu Hatim at 8:23 AM No comments:
Share

Imigresen Batam serah Helmi kepada polis

pix_gal0

Suspek edar gambar bogel EXCO tunggu dakwaan


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Helmi Hazimin Malek, 37, yang dikaitkan dengan penyebaran gambar separuh bogel EXCO wanita kerajaan Selangor dan ditahan Imigresen Indonesia 3 Februari lalu, diserahkan kepada Polis Batam untuk siasatan susulan.
Jurucakap Kedutaan Besar Indonesia di sini, Suayana Sastradiredja, berkata Helmi diserahkan kepada polis Batam selepas siasatan ke atasnya berhubung dakwaan memalsukan dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa selesai dijalankan pihak imigresen.
“Imigresen Batam menyerahkan Helmi kepada polis, Khamis lalu selepas siasatan terhadapnya selesai dan Helmi akan ditempatkan di bawah tahanan polis sementara menunggu proses pendakwaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, siasatan polis akan menjurus kepada dari mana suspek memperoleh dokumen palsu republik berkenaan dan tiada kemungkinan dia diekstradisi ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

“Dia akan diadili di Indonesia kerana kesalahan menggunakan dokumen pengenalan pengenalan diri palsu,” katanya.

Helmi dipercayai memasuki Batam melalui pelabuhan antarabangsa Tanjung Balai, Karimun menggunakan pasport Malaysia pada 15 Februari 2009 sebulan sebelum waran tangkap terhadapnya dikeluarkan polis Malaysia berhubung siasatan penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata polis Malaysia belum menerima maklumat mengenai kesalahan Helmi di sana dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Indonesia.

“Kita harus menghormati undang-undang Indonesia, segala keputusan dan tindakan yang dibuat di sana (Batam) adalah di bawah kuasa mereka.

“Helmi perlu menjalani hukuman atas kesalahan yang dilakukan sebelum dia dihantar kembali ke negara ini untuk disiasat atas kesalahan di sini,” katanya.

Berita Harian Online | Imigresen Batam serah Helmi kepada polis:

'via Blog this'
Abu Hatim at 8:15 AM No comments:
Share

Bekas suami Whitney Houston kena halau

Bobby tinggalkan majlis, dakwa tak dibenar temui anak

NEW YORK: Penyanyi Bobby Brown meninggalkan upacara pengebumian bekas isterinya, Whitney Houston lebih awal selepas mendakwa pengawal keselamatan beberapa kali meminta beliau berbuat demikian dan menghalang beliau daripada bertemu dengan anak perempuannya bersama Houston.
Brown dalam satu kenyataan berkata bahawa sebaik saja tiba di majlis itu beliau didekati pengawal keselamatan sebanyak tiga kali yang enggan membenarkan beliau bertemu anak perempuannya hasil perkahwinan dengan Houston, Bobbi Kristina Brown, 18.
Brown dan Houston bercerai pada 2007 selepas perkahwinan penuh pergolakan mereka selama 15 tahun seperti yang dipaparkan dalam sebuah rancangan realiti televisyen, Being Bobby Brown yang menunjukkan hubungan mereka penuh kasih sayang tetapi bermasalah.

“Saya gagal untuk memahami mengapa pengawal keselamatan mengancam keluarga saya begini dan terus meminta kami dan bukan orang lain untuk meninggalkan majlis ini,” katanya.

Brown berkata, bahawa Houston yang mati ketika berusia 48 tahun dalam satu kejadian belum terjawab seminggu lalu di sebuah bilik hotel di Beverly Hills pastinya mahukan kehadiran beliau.

“Ini adalah hari untuk menghormati Whitney. Saya tidak rasa Whitney mahu melihat perkara ini berlaku. Saya akan terus memberi penghormatan kepada bekas isteri saya dengan cara terbaik yang saya ketahui,” katanya.
Sementara itu, Brown dalam satu kenyataan yang dipetik E! News mendakwa bahawa beliau bersama anak lelakinya, Landon Brown menerima undangan untuk menghadiri upacara pengebumian bekas isterinya itu tetapi hanya berada di situ selama 20 minit selepas diarahkan pengawal keselamatan beberapa kali untuk keluar.

Pembantunya, Jeff Allen memberitahu E! News penyanyi itu terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke konsertnya yang dijadualkan pada jam 8 malam.

“Saya berada pada upacara pengebumian Whitney dan bercakap dengan Bobby Brown cuba untuk menenangkan beliau dan tidak mengalihkan perhatian majlis pengebumian itu. – Reuters/Agensi

Berita Harian Online | Bekas suami Whitney Houston kena halau:

'via Blog this'
Abu Hatim at 8:14 AM No comments:
Share

Ambil tindakan terhadap gejala penggunaan hadis palsu di Internet


KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kerajaan digesa mengambil tindakan sewajarnya terhadap penggunaan hadis palsu yang dilihat semakin menular dalam kalangan pengguna siber.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, tindakan itu wajar disegerakan memandangkan gejala tersebut boleh menyebabkan kesucian Islam dicemari perkara-perkara dogmatik, tidak masuk akal dan tidak benar.
Katanya, lambakan hadis palsu yang mudah diakses menerusi laman Facebook, blog dan YouTube dikhuatiri menggambarkan imej Islam sebagai sebuah agama yang rumit dan tidak konsisten dalam prinsip-prinsip amalannya.
"Banyak 'hadis' yang tersebar di internet, antaranya adalah bahawa jika seseorang itu menunaikan solat tarawih pada malam pertama akan dijanjikan syurga. Apakah dengan hanya sekadar satu solat sunat ini semata-mata akan ke syurga?
"Kalau kita ingin menggalakkan seseorang itu beragama sekalipun, galakkan mereka mengikut agama yang diajar Nabi Muhammad SAW iaitu agama yang mudah, serta membentuk nilai kejiwaan yang tinggi.
"Ia bukan hanya dibawa dengan nama semata-mata, namun perlu disusuli dengan isinya. Kalau kita hendak menggalakkan orang berdasarkan ganjaran semata-mata, kita akan melahirkan umat berfikiran subsidi yang tidak ikhlas dalam amalannya.
"Kita mahu seseorang umat itu membuat sesuatu yang mereka tahu akan tindakan tersebut. Setiap langkah mereka difahami dan menjurus kepada kebaikan, di samping menguatkan jati diri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel program Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.
Sementara itu, Juanda turut menyeru para ulama, cendekiawan Islam dan penulis blog supaya bersatu menjadi sebuah kumpulan pendesak yang memperjuangkan kesucian agama dan keadilan sosial di negara ini.
Bagaimanapun kata beliau. desakan tersebut harus mempunyai fakta-fakta tepat dan bernas yang membantu proses pembangunan masyarakat serta penambahbaikan dasar kerajaan.
"Pihak yang bawa agenda yang benar namun tidak tersusun dari sudut gerakan, idea dan fakta akan kalah. Sebaliknya, pihak yang membawa perkara tidak betul, sekiranya mereka tersusun mereka boleh mempengaruhi ramai orang," ujarnya.
Abu Hatim at 8:04 AM No comments:
Share

Benigno Aquino bakal kahwini Grace Lee


MANILA 19 Feb. - Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini menyatakan hasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya supaya dapat menjadikan dirinya sebagai pemimpin yang lebih baik. Aquino yang bakal berusia 52 tahun pada bulan ini, mengesahkan sedang bercinta dengan personaliti media berasal dari Korea Selatan, Grace Lee, 29, dan mengakui sudah merancang untuk beristeri sejak zaman kolej lagi. Lee, yang berpindah ke Filipina sejak kecil, menjadi pembantu hos sebuah program muzik popular radio di Manila serta beberapa rancangan televisyen. "Dengan bebanan bekerja di pejabat, anda memerlukan teman untuk meluahkan perasaan serta diberikan dorongan, sekali gus ia merupakan kunci kepada inspirasi anda," kata Aquino. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Presiden yang tampil dengan imej botak dan berkaca mata, dikaitkan dengan beberapa wanita yang lebih muda. Pada 2010, seorang daripada adik perempuannya berkata kepada media, Aquino bercinta dengan sekurang-kurangnya tiga orang wanita muda, termasuk perunding fesyen peribadi beliau, dalam kesibukannya selepas dilantik menjadi Presiden pada Mei tahun yang sama. - AFP
Abu Hatim at 7:58 AM No comments:
Share

Bimbang bumbung rumah roboh dimakan anai-anai



NOR Azizan Ismail bersama Anisah Rafzan dan anaknya, Fatimah Azzahra, 4, terpaksa tidur dalam pondok setelah rumah mereka (kiri) tidak selamat diduduki di Kampung Baru, Mukim Tualak, Kuala Nerang, Kedah.

PADANG TERAP 19 Feb. - Sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Baru, Mukim Tualak, Kuala Nerang di sini terpaksa tidur di sebuah pondok kecil yang dibina di belakang rumah kerana bimbang keselamatan mereka terancam disebabkan bumbung rumah hampir roboh akibat dimakan oleh anai-anai. Nor Azizan Ismail, 30, yang bekerja mengambil upah menebas rumput berkata, bumbung rumahnya yang dibina dengan menggunakan kayu hutan hanya menunggu masa untuk roboh. Disebabkan masalah itu, setiap malam dia dan isterinya, Anisah Rafzan, 36, terpaksa tidur di pondok kecil tersebut yang berdindingkan plastik. "Rumah ini dibina di tanah sendiri dan saya telah memohon bantuan daripada pelbagai pihak, namun tidak ada maklum balas yang diterima. "Sejak tiga bulan lalu saya dan isteri tidur di pondok kecil di belakang rumah kami dan sekarang musim angin kencang menyebabkan saya dan isteri takut untuk duduk di dalam rumah ini," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Baru, Mukim Tualak di sini hari ini. Menurutnya, dia mempunyai dua anak berusia sembilan dan empat tahun, namun setiap malam kedua-dua mereka tidur di rumah ibunya yang tinggal berhampiran. "Kedua-dua mereka terpaksa bermalam di rumah ibu saya kerana bimbangkan keselamatan mereka terancam apabila tidur di rumah saya sekarang. "Pendapatan saya tidak menentu dan hanya sekitar RM400 sebulan. Jadi saya memang tidak mampu membaiki bumbung rumah ini," ujarnya. Kata Nor Azizan, isterinya itu juga baru sahaja pulih daripada penyakit saraf dan masih menjalani rawatan susulan di hospital. "Tahun lalu isteri saya diserang penyakit saraf sehingga tidak dapat berjalan dan kini dia beransur pulih setelah mendapatkan rawatan di hospital. "Saya sangat berharap isteri saya dapat tinggal dalam keadaan yang lebih selesa selepas pulih daripada penyakitnya," jelasnya.
Abu Hatim at 7:49 AM No comments:
Share

Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit


Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


SAZALI yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk
bergerak ketika ditemui di Semenyih semalam.


SEMENYIH – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang menimpa anak seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 53, yang kini terlantar sakit selepas kemalangan dua bulan lalu.

Lebih menyedihkan kemalangan yang menimpanya itu berlaku selepas sebulan memulakan pekerjaan baharu sebagai tukang sapu di sini pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Sazali hilang pekerjaan setelah berkhidmat selama 13 tahun dengan Alam Flora Sdn. Bhd. kerana syarikat itu tidak lagi menguruskan sampah di negeri Selangor.

“Semasa kejadian itu saya balik dari kerja dalam keadaan hujan lebat. Jalan dipenuhi air menyebabkan basikal saya terlanggar besi penutup air kumbahan dan saya terjatuh di atas besi itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam


Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'
Abu Hatim at 7:39 AM No comments:
Share
‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.