Friday, April 16, 2010

Lebih 30 borang pencalonan Parlimen Hulu Selangor dijual



16/04/2010 5:57pm

SHAH ALAM 16 April - Sebanyak 37 borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dijual setakat ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.
Katanya, borang-borang itu dibeli oleh ejen-ejen parti politik daripada Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Bebas.
Selain itu, deposit untuk pencalonan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berlangsung esok juga diterima daripada seorang calon Bebas dan juga BN, katanya kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak di sini hari ini.
Semalam, BN mengumumkan Ketua Penerangan MIC P. Kalamanathan sebagai calonnya pada pilihan raya kecil di Hulu Selangor manakala PKR mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim.
Abdul Aziz juga ditanya kemungkinan pilihan raya kecil di Hulu Selangor menyaksikan keadaan seperti pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau tahun lepas apabila 13 calon Bebas, seorang calon BN dan seorang PKR.
Beliau berharap jumlah calon yang bertanding tidak seramai seperti di Bukit Selambau.
Beliau berkata ajen-ejen parti lazimnya membeli lebih daripada satu borang sebagai persediaan jika borang rosak atau tersilap isi.
"Tidak semestinya jumlah borang sama dengan jumlah calon,” katanya.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lepas kerana barah otak.
Allahyarham menewaskan calon BN Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi pada pilihan raya umum 2008. Allahyarham memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi. - Bernama

Abang Beng Hock fail notis Nazri Aziz hina mahkamah




SHAH ALAM 16 April - Teoh Meng Kee, abang kepada Teoh Beng Hock hari ini memfailkan notis usul agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz dihukum penjara bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung kenyataan yang dibuat terhadap Dr. Pornthip Rojanasunand.
Notis usul itu difailkan melalui firma guaman Karpal Singh & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret di sini pada pukul 11.30 pagi tadi.
Mohd. Nazri didakwa mengeluarkan kenyataan di media elektronik pada 11 April lalu bahawa pakar patologi dari Thailand itu seorang penipu dan berbohong semasa memberi keterangan dalam prosiding inkues menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor. - Utusan

Kenapa pokok besar ini mati?





Kenapa pokok besar ini mati? Pokok besar ini mati kerana pokok
tumpang telah menghisap segala zatnya. Pokok tumpang ini ibarat yahudi di Palestin.
Yahudi di Palestin telah membunuh orang- orang Palestin dan mengambil tanah Paletin secara beansur-ansur sejak
dari awal pendudukannya diPalestin iaitu pada tahun 1946.
Yahudi telah menubuhkan kerajaan Israel yang mana pada mulanya kerajaan
Israel kecil sahaja. Sekarang negara Israel telah diperluaskan secara haram. Manakala
negara Palestin semakin mengecil.Akhir sekali pokok besar itu tumbang. begitu juga dengan
negara Palestin!
Sila lihat peta Palestin dulu dan sekarang. Warna hijau untuk Palestin dan warna putih untuk Israel.
 
1946- negara Palestin lebih besar dari Israel
1947- negara Israel mula mengambil tanah Palestin
1948-1967-keluasan Israel telah melebihi Palestin
1999-Negara Palestin telah menjadi lebih kecil dari Israel.
Patutkah anda biarkan sahaja saudara anda dibunuh?