Saturday, April 17, 2010

Achik Spin maut kemalangan




Penyanyi kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) petang tadi.
Allahyarham yang berada di dalam kenderaan MPV yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Bantahan terhadap APCO di Masjid Negeri, Ipoh



IPOH 16 APRIL: Bantahan terhadap kerjasama di antara kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak dengan APCO WORLDWIDE (Pro Zionis Israel) berkumandang nyaring di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh sesudah solat Jumaat hari ini.

Kira-kira 100 orang telah berhimpun di situ bagi menyatakan bantahan mereka. Himpunan yang diketuai oleh Pemuda Pas Perak telah mendapat sokongan daripada beberapa NGO dalam menuntut agar perkhidmatan APCO dihentikan dengan segera.

Ustaz Akmal yang mewakili Pemuda Pas Perak memberikan
ucapan. Pemuda PAS Perak menuntut kerajaan memulangkan
kepada rakyat, wang RM77 juta yang diberikan kepada Apco
Worldwide sebagai bayaran khidmat rundingannya

Muslimat juga turut serta membantah campurtangan Israel
di dalam pentadbiran negara

Laungan bantahan serta takbir menghiasi ruang tempat
letak kereta di dalam kawasan masjid

Kehadiran para wartawan dan blogger yang membuat liputan

Wakil daripada GAMIS (Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia)
membuat kenyataan bantahan mereka

Suasana yang semakin panas dengan kemarahan rakyat
terhadap kerjasama Malaysia dan Israel


Himpunan yang dijalankan secara aman ini mendapat
kerjasama yang baik dengan pihak polis

Suara mahasiswa pewaris pemerintahan negara

Muslimat Pas Perak turut menyatakan bantahan mereka
Poster "Nyahkan APCO dari Malaysia. Berambus ISRAEL!!"
dijulang di perhimpunan ini

Wakil daripada IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat Malaysia)
membuat ucapan


Badan Perhubungan Pas Negeri Perak juga mempunyai wakil
di dalam perhimpunan ini

Hubungan Malaysia dan Pro Zionis dikutuk keras

Nyawa rakyat Palestin di tangan Israel perlu dibela

Ustaz Nor Azli kesal kerana kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf
Israel tetapi bersekongkol dengan rejim yang kejam itu

Ustaz Nor Azli Musa dengan ucapannya yang menaikkan
semangat untuk mempertahankan Islam dan membantah
kehadiran Israel di dalam pentadbiran negara

Telur tembelang (telur busuk) sebagai simbolik kemarahan
rakyat terhadap APCO dilontarkan ke arah papan tanda

Papan tanda yang dilempar dengan telur tembelang

Bacaan doa oleh Ustaz Nor Azli Musa

Semua rakyat mendoakan agar negara bebas daripada
pengaruh Israel laknatullah

Keselamatan negara juga didoakan agar dipelihara daripada
jatuh ke tangan Zionis


Memijak lambang Zionis sebagai tanda membenci akan
rejim tersebut

Muslimat juga menunjukkan rasa benci mereka terhadap
Israel laknatullah

Ustaz Akmal disoal oleh para wartawan yang hadir


Video ehsan daripada Batu Gajah Mari Blog

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 4 penjuru



HULU SELANGOR: Pilihan raya kecil Parlimen kerusi Hulu Selangor (P094) pada 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas

Samy Vellu, Shafie alami luka kecil



17/04/2010 11:06am

HULU SELANGOR – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu luka kecil di lutut kanan akibat terlanggar kawad berduri selepas berlaku kejadian tolak-menolak semasa penyokong Barisan Nasional (BN) hendak memasuki dewan penamaan calon pagi ini.
Turut cedera Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal apabila beliau mendapat luka kecil di siku kanan juga akibat terlanggar kawad berduri.
Semua mereka diberi rawatan oleh petugas kesihatan, yang ditempatkan di dewan penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. – Utusan

Calon gabenor anjur majlis separuh bogel




RYAN KEELY (tengah) dilelong pada majlis kutipan derma untuk calon pilihan raya gabenor New York, Kristin Davis di sebuah kelab malam di New York kelmarin.


NEW YORK - Seorang wanita bekas pembekal teman sosial, Kristin Davis, 34, (gambar kecil) menganjurkan lelongan temu janji dengan seorang model bogel, Ryan Keely kelmarin untuk mengutip dana bagi kempen pilihan raya gabenor yang disertainya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kristin menjadi popular sebelum ini kerana dia mendakwa pernah membekalkan beberapa pelacur untuk bekas gabenor New York, Elliot Spitzer.
Spitzer terpaksa meletakkan jawatan ekoran skandalnya dengan beberapa wanita.
Kristin kini bertanding pada Novermber depan untuk mengisi kekosongan jawatan gabenor New York selepas Spitzer meletakkan jawatan.
Wanita itu berharap, jika dipilih menjadi gabenor negeri itu, dia akan membenarkan kegiatan pelacuran dan penjualan dadah secara sah yang mampu menjana pendapatan baru New York.
Pada majlis yang diadakan di sebuah kelab malam itu, Kristin mengubah pendekatan kempen daripada sekadar mengedar risalah politik kepada mengupah sekumpulan penari separuh bogel yang dicat dengan namanya pada tubuh mereka. - Agensi

Keganasan politik terburuk






HAMPIR lumpuh. Itulah situasi yang dapat digambarkan mengenai kota Bangkok apabila beribu-ribu kumpulan Baju Merah yang pro kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra mengadakan tunjuk perasaan.
Sejak sebulan lalu mereka menguasai jalan raya-jalan raya dan pusat beli-belah dengan berkampung di situ sehingga ekonomi negara itu terjejas.
Bermula dengan perarakan di sekitar Bangkok dengan jumlah sekitar 20,000 orang, mereka kemudiannya berkonvoi dengan trak berwarna-warni, motosikal dan pelbagai kenderaan di seluruh Bangkok.
Kumpulan Baju Merah semakin berani apabila mereka mencurahkan darah ke kediaman dan pejabat Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.
Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh kumpulan Baju Merah semakin memuncak dan bertukar menjadi ganas apabila berlaku pertempuran antara kumpulan tersebut dengan pasukan keselamatan.



Kesannya, beratus-ratus orang cedera termasuklah seorang jurukamera televisyen agensi berita Reuters warga Jepun, Hiroyuki Muramoto, 43, terbunuh.
Kemelut politik Thailand bermula sejak empat tahun lalu apabila kerajaan pemerintahan Takhsin dituduh sarat dengan rasuah. Negara Gajah Putih yang ditadbir oleh tiga kerajaan dalam tempoh tersebut dicalarkan dengan drama rusuhan penunjuk-penunjuk perasaan.
Pada tahun 2008, penunjuk perasaan anti-Thaksin merampas Rumah Kerajaan berbulan-bulan lamanya dan mengepung Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok selama seminggu.
Rusuhan demi rusuhan telah memporak-perandakan reputasi negara yang cukup stabil dari segi perdagangan, pelaburan dan pelacongan itu.
Sejak Thaksin digulingkan daripada jawatan Perdana Menteri pada tahun 2006, pergolakan politik di Thailand terus bergelora khususnya di kalangan penyokong fanatiknya. Mereka menyifatkan jawatan Thaksin yang diambil alih oleh Samak Sundaravej, Somchai Wongsawat dan Abhisit tidak mengikut prosedur yang betul iaitu pilihan raya.
Jawatan Perdana Menteri yang disandang Abhisit dilantik sendiri oleh Raja Bhumibol Adulyadej yang berkuat kuasa pada 17 Disember 2008.


Namun, ujian Abhisit sebagai peneraju Thailand yang baru bukan sedikit. Graduan lulusan ekonomi dari Universiti Oxford itu menerima tentangan hebat daripada Thaksin dan para penyokongnya yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah merampas sebahagian hartanya.
"Abhisit perlu berundur dan meninggalkan Thailand," tegas Ketua Kumpulan Baju Merah, Veera Musikapong yang berkeras supaya Abhisit berhenti berkhidmat dalam kerajaan Thailand serta merta.
Amaran tersebut dikeluarkan kerana kumpulan Baju Merah mendakwa kerajaan Thai yang diketuai Abhisit kurang memberi perhatian kepada golongan bawahan, masyarakat kampung dan rakyat tempatan yang miskin. Sebaliknya Abhisit didakwa hanya mementingkan golongan elit.
Ketidakpuasan hati kumpulan Baju Merah yang merupakan ahli kepada Barisan Bersatu Demokrasi Menentang Diktator (UDD) tidak pernah surut.
Ramai menyifatkan pertempuran kumpulan Baju Merah yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, sukar ditangani selagi Abhisit tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Bermula Isnin lalu, penunjuk perasaan memberi tempoh selama 15 hari kepada Abhisit supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

PARA penunjuk perasaan duduk di atas kereta kebal tentera yang dirampas selepas pertempuran antara mereka.


Keadaan menjadi semakin runcing apabila sebahagian besar kumpulan Baju Merah semakin berani merampas senjata mesingan dan raifal tentera serta menterbalikkan kenderaan tentera.
Bagi mengurangkan kekecohan, anggota-anggota keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan yang memberontak. Rusuhan itu disifatkan keganasan politik terburuk sejak hampir dua dekad lalu. Sekitar tahun 1992, Thailand pernah berhadapan dengan krisis politik yang sama iaitu Black May yang berlaku selama tiga hari pada bulan Mei.
Insiden tersebut menyaksikan Jeneral Suchinda Kraprayoon ditentang oleh 200,000 rakyat Thailand. Tragedi hitam itu menyebabkan 52 orang terbunuh, 100 orang tercedera dan 3,500 penunjuk perasaan ditahan.
Perintah darurat
Melihat keadaan semasa di Thailand yang tidak menentu, Abhisit mengisytiharkan darurat.
Namun perintah darurat itu langsung tidak diendahkan oleh kumpulan Baju Merah.
Bahkan, mereka menunjukkan tanda protes dengan membawa 14 buah keranda di jalan raya-jalan raya di Bangkok.
Krisis politik di Thailand berpunca daripada tangan ghaib yang didalangi oleh Thaksin yang didakwa berada di Dubai.
"Pengaruh Thaksin terlalu kuat. Dia dianggap sebagai Robin Hood moden yang memiliki wang banyak dan sering membantu petani.
"Apabila masyarakat miskin merasakan nasib mereka dibela maka sokongan padu mereka kepada Thaksin semakin kuat," kata Profesor Sains Politik di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff.
Pengaruh Thaksin, kata Mohamad Agus, bertambah kukuh setelah beliau berjaya menstabilkan ekonomi Thailand. Sebaliknya, Abhisit yang baru 15 bulan memegang tampuk pemerintahan mengalami kesukaran untuk meningkatkan ekonomi Thailand yang semakin lumpuh. Disebabkan itu, sesiapa yang cuba merampas takhta Thaksin akan ditentang," ujarnya kepada Kosmo!.
Beliau mengakui Abhisit merupakan antara Perdana Menteri Thailand yang bijak dan tidak melakukan kekerasan khususnya kepada golongan miskin dan penduduk di desa.

KUMPULAN Baju Merah menyimbah darah di Monumen Demokrasi di Bangkok sebagai tanda protes.


"Tidak mustahil kematian dan kecederaan yang berlaku lewat kebelakangan ini sengaja dilakukan oleh kumpulan Baju Merah sendiri, bagi membakar perasaan marah dan benci kepada Abhisit," katanya.
Dakwaan yang menyifatkan Abhisit lebih menumpukan golongan elit juga tidak benar. Persoalannya, sampai bilakah kemelut di Thailand akan berterusan? Mohamad Agus menegaskan: "Parlimen perlu dibubarkan segera dan membuat pilihan raya baru. Selain itu, pastikan calon kumpulan Baju Merah tewas.
"Jika kalah barangkali mereka akan berundur kerana matlamat mereka untuk mengadakan pilihan raya sudah terlaksana, "jelas beliau.
Campur tangan raja pula tidak diperlukan kerana baginda hanya bertindak sekiranya pemimpin kerajaan tidak menghormati institusi diraja.
Demonstrasi agresif di sekitar jalanan di Bangkok oleh kumpulan Baju Merah secara tidak langsung menjejaskan industri pelancongan Thailand. Salah seorang wakil Penguat Kuasa Pelancongan Thailand memberitahu, pelancong China Hong Kong dan Taiwan mula meninggalkan Thailand.
Lebih 100 penerbangan sewa yang ditempah untuk membawa pelancong dari China untuk meraikan festival Songkran yang berlangsung setiap bulan April menurun sebanyak 30 buah penerbangan saja.
Kesannya, industri pelancongan di Thailand mengalami kerugian sebanyak 10 bilion baht (kira-kira RM99 juta).
HIROYUKI MURAMOTO yang bekerja di agensi berita Reuters terbunuh dalam rusuhan di Bangkok.


Sementara itu, penganalisis politik, Ghazali Mayudin menyifatkan demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan telah mencalar imej menjejaskan industri pelancongan Thailand. Sekiranya demonstrasi jalanan itu tidak diatasi segera maka ia menggalakkan rakyat bertindak sesuka hati untuk menjatuhkan pemimpin yang mereka tidak disukai.
"Pemilihan pemimpin perlu dilakukan menerusi kertas undi bukannya kacau bilau di jalanan. Situasi ini akan memberi impak negatif kepada negara terutamanya industri pelancongan dan ekonomi di Thailand.
"Lihat sahaja paparan media saban hari melaporkan pelancong asing mula membatalkan tempahan hotel dan penerbangan serta tidak lagi mempercayai ketenangan di Thailand. Segala kemudahan awam rosak dan keselamatan mereka juga tidak terjamin," katanya ketika dihubungi.

Thai bantah filem kritik raja



SYDNEY 16 April - Thailand membuat bantahan terhadap kerajaan Australia berhubung penyiaran sebuah dokumentari yang kritikal terhadap keluarga diraja Siam dan memberi amaran ia boleh menjejaskan hubungan kedua-dua buah negara.
Pegawai kanan Kedutaan Thailand telah bertemu dengan pegawai Jabatan Luar Negara Australia semalam, bagi memaklumkan kebimbangannya terhadap program yang disiarkan oleh Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).
"Kebimbangan ini adalah kerana ia mampu menjejaskan hubungan baik Thailand dan Australia terutama di kalangan rakyat kedua-dua buah negara.
"Kami menganggap penyiaran itu adalah isu yang menyentuh keselamatan negara kerana keluarga diraja dan monarki dalam perlembagaan kami terletak berada lebih tinggi daripada hal politik," kata penasihat menteri di Kedutaan Diraja Thai kepada AFP.
Bakal duta Thailand, Kriangsak Kittichaisaree turut menulis kepada Pengarah Urusan ABC, Mark Scott bagi membuat aduan berhubung program itu yang boleh melanggar undang-undang diraja Thailand, yang melarang mana-mana pihak mengkritik keluarga diraja.
"Saya kesal sebuah organisasi berkaliber seperti ABC menjejaskan piawaiannya dengan menyiarkan dokumentari yang menunjukkan ia tiada perbezaan dengan kewartawanan tabloid," kata Kittichaisaree.
Program itu hanya disiarkan di stesen kerajaan Australia dan tidak boleh ditonton melalui Internet di negara luar.
Pejabat diplomatik Thailand di Australia bagaimanapun memberitahu, ia menerima aduan berhubung program itu yang menyentuh sistem diraja Thailand, yang dikatakan Kittichaisaree sebagai 'jiwa' dan dihargai oleh rakyat Thailand.
"Saya menganggap apabila anda memilih untuk menyiarkan program amat sensitif ini, surat bantahan seperti dikemukakan saya dan diharap diambil perhatian, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan," katanya.
ABC tidak memberikan ulasan segera mengenai hal itu namun laporan akhbar Australia menyatakan, syarikat berkenaan menutup pejabatnya di Bangkok dan menghantar pulang kakitangan tempatannya sehingga notis seterusnya dikeluarkan. - AFP

Barack Obama bayar cukai RM6 juta



WASHINGTON 16 April - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isterinya, Michelle Obama membayar cukai pendapatan persekutuan bernilai AS$1.79 juta (RM6.08 juta) selepas memperoleh pendapatan berjumlah AS$5.5 juta (RM18.7 juta) pada 2009, kebanyakannya daripada hasil jualan bukunya.
White House memberitahu semalam, pembayaran yang dibuat Obama bersama Wanita Pertama itu menunjukkan pasangan berkenaan semakin kaya sejak menjadi pemimpin AS yang mana kebanyakan pendapatan mereka diperoleh daripada jualan buku mereka yang mendapat sambutan.
Kisah kenangan Obama yang dibukukan melalui Dreams From My Father dan The Audacity of Hope: Thoughts on Reclaiming the American Dream menjadi jualan laris New York Times.
Kedua-kedua buku itu diterbitkan sebelum Obama menjadi Presiden.
Laporan tahunan pendapatan kasar Obama menunjukkan dia memperoleh AS$5.5 juta (RM18.7 juta) pada 2009, peningkatan berbanding AS$2.6 juta (RM8.8 juta) pada 2008.
Pasangan itu juga dilaporkan membayar AS$163,303 (RM521,344) bagi cukai pendapatan di Illinois, sebuah negeri yang mana Obama menjadi senator sebelum dipilih sebagai presiden pada 2008.
Selain itu, Obama juga mendermakan AS$329,100 (RM1.05 juta) kepada 40 pertubuhan kebajikan tahun lalu.
Naib Presiden AS, Joe Biden dan isterinya, Jill, pula dilaporkan membayar cukai pendapatan lebih rendah, kata kenyataan White House.
Biden memperoleh AS$333,182 pada 2009 (RM1.06 juta) dan membayar AS$71,147 (RM227,549) bagi cukai pendapatan persekutuan.
Obama menerima pendapatan AS$400,000 (RM1.27 juta) setahun manakala Biden memperoleh AS$227,300 (RM725,973) tahun lalu bagi jawatan masing-masing. - Reuters

Mahathir & Najib 2x5!


MAHATHIR MARAH  NAJIB BAYAR DUIT JUMPA OBAMA


DIA  JUGA BAYAR DUIT UNTUK JUMPA BUSH DULU!


Mahathir telah marah kerana kerajaan Malaysia
membayar Apco syarikat zionis isreal 75 juta ringgit
untuk menyusun rancangan agar najib dapat bertemu
dengan obama.

Mahathir amat marah kerana membazirkan duit rakyat.Sebenarnya Najib tiru Mahathirlah
Dulu Mahathir jumpa George bush pun dia bayar duit juga.


Rasuah Kapal Selam, Pendakwaraya Perancis Ambil Tindakan





Pejabat Pendakwaraya Perancis telah diminta memulakan siasatan ke atas unsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia semasa Perdana Menteri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Siasatan itu turut membabitkan penjualan kapal selam oleh syarikat DCN dan anak syarikatnya Amaris kepada beberapa Negara lain termasuk India dan Pakistan.
Penjualan kapal selam membabitkan dakwaan sekutu Najib di bayar komisyen lebih lima ratus juta ringgit telah lama membelenggui perdana menteri.
Malah pembayaran komisyen itu dikaitkan kepada pembunuhan warga Mogolia Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.
Menurut Malaysiakini, dua hakim Peranchis Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, sedang menyiasat dakwaan pemimpin-pemimpin politik Peranchis terbabit dalam kegiatan rasuah dalam menjual peralatan ketenteraan kepada Negara-negara seperti Malaysia.
Suaram, sebuah pertubuhan hak asasi di Malaysia, mengupah peguam untuk mendesak pejabat pendakwaraya Peranchis bagi turut menyiasat penjualan dua kapal selam kepada tetentra laut di raja Malaysia.
Suaram mengambil tindakan itu kerana dikatakan mempunyai bukti kukuh wujudnya unsure rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia.
Beberapa pihak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis namun tidak ada tindakan susulan diambil.
Pelbagai pihak mendakwa Altantuya telah ke Malaysia untuk menuntut komisyen beliau berjumlah setengah juta dolar amerika syarikat bersabit penjualan kapal selam itu sebelum beliau mati dibom Oktober 2006.
Najib nafi mengenali Altantuya, namun penyiasat persendirian P. Balasubramniam mendakwa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan bekas model Mongolia itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua ketika dihubungi Tv Selangor berkata, beliau berharap pihak Perancis berjaya menyelesaikan perkara tersebut.
"Saya harap pihak perancis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan segala apa-apa penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah ataupun lain-lain perkara tindakan akan diambil sepatutnyalah".


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/04/rasuah-kapal-selam-pendakwaraya.html#ixzz0lJfF6luI