Friday, July 23, 2010

Kementerian Pertahanan beli 2 radar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan pembelian dua unit radar pasif Vera-E, iaitu radar paling canggih buatan Republik Czech yang menelan kos RM7.2 juta.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata pembelian alat itu adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan pengawasan ruang udara negarasecara berlapis.
“Hasil daripada pembelian ini kita memperolehi pemindahan teknologi dalam sistem peperangan elektronik,” katanya.

Dr Abdul Latiff juga memberitahu bahawa pembangunan peluru berpandu pintar pertama negara, Taming Sari, telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 di mana ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.

Peluru berpandu Taming Sari pernah dipertontonkan semasa perarakan kemerdekaan beberapa tahun lepas.

Selain itu, kerajaan mengadakan rundingan dengan syarikat pertahanan utama tempatan, Deftech Sdn Bhd, mengenai pemilikan 257 unit kereta perisai (APC) 8x8 AV8 kerana syarikat itu adalah syarikat tempatan yang ada kepakaran dalam pembinaan kereta perisai. -Bernama

“Siapa pemimpin Pas itu, biar saya sahaja yang tahu”




SHAH ALAM – Mufti Pe:rak, Tan Sri Harussani Zakaria bertegas tidak akan mendedahkan identiti pemimpin Pas yang menemuinya bagi membincangkan penyatuan orang Melayu walaupun didesak berbuat demikian. 

:Katanya, pendirian itu diambil demi menjaga hubungan baik dan amanah yang diberikan kepadanya. 

“Tidak...saya tidak akan dedahkan. Biarlah apa orang hendak kata. Banyak isu akan timbul dan saya tidak mahu menyusahkan orang yang memberi kepercayaan kepada saya. 

“Tanggungjawab saya sekarang adalah menjalankan amanah sebagai seorang Islam yang memberikan nasihat ke arah perpaduan. Jika ada dua golongan berkelahi, hendaklah didamaikan dan itulah yang saya bua:t,” katanya kepada: Sinar Harian: ketika ditanya adakah beliau bersedia mendedahkan nama pemimpin terbabit bagi mengelak isu kerjasama UMNO dan Pas terus dipolemikkan. 

:Harussani turut menyelar sikap sesetengah pemimpin yang masih menolak perbincangan ke arah perpaduan sedangkan pada masa sama mengaku memperjuangkan Islam. 

Me:nurutnya, membuat pertemuan bukan bererti kedua-dua pihak yang bertelagah perlu mengikut kehendak pihak yang satu lagi, tetapi untuk bermuafakat dan mencari penyelesaian. 

:Katanya, sebagai mufti, beliau akan terus memberikan nasihat dan pandangan tetapi terpulang kepada kedua-dua pemimpin untuk membuat keputusan. 

:“Saya tidak terlibat dengan politik. Saya tidak mahu menyertai sesiapa (parti). Saya hanya bekerja dan menjalankan tanggungjawab sebagai orang Islam,” katanya. 

:Mengenai dakwaan Ahli Dewan Undan Negeri Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim yang mendakwa tujuan sebenar pertemuan pemimpin Pas terbabit dan beliau hanya membincangkan hal perniagaan dan bukannya penyatuan Melayu, Harussani berkata: “Kalau Khalil kata saya bohong tentang tujuan sebenar perjumpaan itu, beritahu saya siapa pemimpin Pas yang Khalil maksudkan? Ramai orang (pemimpin Pas) berjumpa saya."

Henti bercakap isu kerjasama UMNO-Pas: Dr Haron



SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan UMNO tidak akan menemui kata putus jika semua pihak asyik berbalas kenyataan tanpa memberi perhatian terhadap usul serta syarat menjayakannya. 

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din secara peribadi berkata, kerjasama hanya terlaksana sekiranya UMNO b:ersedia mempertimbangkan untuk melakukan perubahan terhadap dasar. 

:“Jangan buang masa bercakap perkara yang tak akan kemana-mana, sebaliknya kedua-dua pihak (Pas dan UMNO) harus memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan itu. 

:“Umat Islam khususnya orang Melayu memang perlu kepada penyatuan ummah, tetapi perkara itu perlu bermula dari akar umbi termasuk seluruh lapisan pemerintah dan dasar pemerintahan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

:Beliau berkata, dasar dalam pemerintahan UMNO pada masa kini perlu diubah kepada lebih baik kerana tiada dasar yang lebih sempurna selain daripada dasar Islam. 

:“Kita tetap dengan dasar yang sama dan tidak akan mengubahnya. Kalau mereka mahuka:n kerjasama terlaksana dengan segera, pertimbangkan dan ubah dasar dengan segera. 

:“Kita sedia maklum, jika umat Islam khususnya bangsa Melayu disatukan, kita yakin akan menjadi satu kelompok yang paling kukuh untuk perpaduan umat. Jadi, utamakan dasar dahulu sebelum memikirkan untuk bersatu,” katanya. 

:Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa enggan mengulas lanjut mengenai isu kerjasama itu. 

:“Apa yang penting sekarang, semua pihak perlu bekerjasama menumpukan perhatian kepada usaha membangunkan Malaysia,” katanya.

Rasuah rugikan negara RM10b




2010/07/23

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menanggung kerugian sehingga RM10 bilion setahun sekiranya gejala rasuah tidak dibendung di negara ini. 

Bank Dunia juga menganggarkan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan sesebuah negara merudum antara dua hingga empat peratus setahun.Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Akhbar Satar, berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) penipuan/penyelewengan terbesar direkodkan di negara ini pada satu-satu tahun adalah pada 1998, membabitkan nilai mencecah RM4.6 bilion.
“Jumlah itu kemungkinan jauh lebih besar sekiranya mengambil kira statistik ACFE dikeluarkan tahun lalu yang menunjukkan hanya 2.3 peratus kes penyelewengan termasuk rasuah terbongkar di seluruh dunia,” katanya pada Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini, semalam.

Indonesia sekat laman web lucah




2010/07/23

Republik haram pornografi sebelum Ramadan 

JAKARTA: Menteri Komunikasi dan Penerangan, Tifatul Sembiring semalam mengumumkan semua laman web pornografi akan disekat di Indonesia sebelum bermulanya Ramadan di republik berkenaan.Beliau berkata Indonesia sangat komited dalam usaha menghentikan pornografi daripada terus meracuni pemikiran generasi muda di negara itu.
“Kerajaan menyasarkan untuk menyekat semua laman web lucah sebelum bulan Ramadan dan kita mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan supaya amal ibadat umat Islam pada bulan mulia itu tidak terganggu selain mengelakkan pemikiran generasi muda rosak dan diracuni dengan perkara yang tidak senonoh,” katanya ketika ditemui di pejabat presiden, di sini semalam. 

Tifatul menyatakan, sekatan ke atas laman web lucah itu adalah amanah di bawah Undang-undang Pornografi. 

Katanya, kerajaan hanya menjalankan tanggungjawab berdasarkan apa yang diatur dalam undang-undang berkenaan. 

“Undang-undang terbabit menyatakan bahawa negara wajib melindungi masyarakat daripada kesan negatif pornografi. Umum tahu kesan pornografi boleh merosakkan pemikiran rakyat, jadi kita hanya menjalankan tanggungjawab yang perlu kita lakukan,” kata Tifatul. 
Bagaimanapun, beliau masih belum menjelaskan secara terperinci jumlah laman web lucah yang akan disekat oleh kerajaan Indonesia. 

Tifatul menjelaskan, sekatan terhadap laman web lucah akan dilakukan secara besar-besaran, terutama terhadap laman yang termasuk dalam kategori itu. 

“Jika berlaku perlanggaran dikaitkan dengan pornografi, perkara itu sudah ditetapkan dalam Undang-un-dang Maklumat dan Transaksi Elektronik,” katanya. 

Beliau berkata jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman penjara antara enam hingga 10 tahun bagi mereka yang melanggar peraturan pornografi. 

“Rakyat diminta berhati-hati dalam menyebarkan kata-kata dan bahan lucah kerana mereka boleh didakwa di bawah undang-undang anti-pornografi,” katanya. 
– Agensi 

Murugiah diterima anggota MIC


KUALA LUMPUR 22 Julai - MIC telah menerima permohonan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator, Datuk T. Murugiah (gambar) untuk menjadi anggota parti itu.
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja Pusat (CWC) parti di sini hari ini, bagaimanapun berkata, anggota jawatankuasa majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) yang telah dipecat itu tidak diberikan sebarang jawatan dalam MIC.
Beliau berkata, ini selaras dengan perlembagaan MIC di mana anggota baru tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam tempoh tiga tahun.
"Saya suka mengumumkan kita telah menerima beliau sebagai ahli dalam MIC.
Keputusan telah dibuat dan saya mengucapkan selamat datang kepada beliau. Saya berharap beliau dapat menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Menteri demi kebaikan masyarakat India," katanya kepada pemberita.
Murugiah dilaporkan telah mengemukakan permohonan untuk menganggotai MIC baru-baru ini selepas dipecat oleh Presiden PPP, Datuk M. Kayveas tahun lepas berikutan perebutan kuasa dengan pemimpin parti itu.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan reaksi balas daripada PPP berhubung keputusan itu, Samy Vellu berkata: "Apabila kita buat keputusan, kita tidak bimbang tentang apa-apa perkara. Bila kamu pergi berperang, kamu tidak akan berpatah balik".
Beliau berkata, permohonan Murugiah hanya diluluskan selepas difikirkan secara mendalam dan parti mendapati "beliau seorang yang amat berguna kepada MIC".
Sementara itu, Samy Vellu berkata, satu mesyuarat khas telah diadakan semalam bagi membincangkan pelan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) termasuk mengenai usaha meningkatkan taraf hidup isi rumah 40 peratus terendah, membantu kanak-kanak dari golongan isi rumah ini mempertingkatkan pencapaian pendidikan dan kemahiran, memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial untuk membantu kumpulan kurang mendapat manfaat, meningkatkan taraf hidup pekerja ladang serta memperkasakan wanita dalam sektor ekonomi.
Katanya, CWC juga memutuskan untuk menilai perlaksanaan RMK-10 setiap dua bulan sekali sementara ia akan dibincangkan dalam setiap mesyuarat CWC.
"Kita akan membincangkan dengan kerajaan mengenai beberapa soal kewangan, pinjaman perniagaan, pinjaman SME (perusahaan kecil dan sederhana), skim pinjaman mikro kerajaan untuk kumpulan sasar," katanya.
Beliau berkata, satu seminar mengenai isu politik semasa juga akan diadakan pada 24 Ogos dan akan dihadiri oleh pemimpin akar umbi MIC yang antara lain akan meneliti strategi bagi menarik sokongan lebih ramai kaum India dan juga mendaftar lebih ramai pengundi. — Bernama

Perkasa mahu tubuh parti satukan UMNO, Pas


SHAH ALAM 22 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan agar satu perlembagaan digubal untuk menubuhkan sebuah parti baru yang mengambil kira objektif Pas dan UMNO.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, cadangan itu merupakan pelan kedua yang boleh digunakan sekiranya rancangan menemukan UMNO dan Pas secara rasmi tanpa syarat sama ada dalam bentuk meja bulat atau muzakarah tidak berhasil.
''Dengan wujudnya parti baru, maka Pas dan UMNO boleh dibubarkan dan ahlinya bersatu dalam satu parti baru.
''Menggunakan kaedah ini tidak ada sesiapa yang menang atau kalah kerana kedua-dua parti akan melakukan rebranding demi untuk perpaduan Melayu Islam," kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Perkasa Pusat di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, kedua-dua pelan itu perlu diusahakan oleh satu jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khas bagi merealisasikan penyatuan antara UMNO dan Pas demi perpaduan Melayu Islam.
Ujar beliau, jawatankuasa itu yang boleh dinamakan sebagai Jawatankuasa Pemandu Perpaduan Melayu Islam perlu dianggotai tokoh ternama yang tidak terbabit dalam politik seperti mufti, cendikiawan dan bekas pegawai tinggi kerajaan.
Kata beliau, antara nama yang dicadangkan ialah Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
''Jawatankuasa ini berfungsi untuk merangkum dan mengumumkan cadangan bagaimana langkah-langkah perpaduan Melayu dapat diwujudkan antara UMNO dan Pas," jelas beliau.
Tambah beliau lagi, jika kedua-dua pelan yang diusahakan tidak berjaya, satu lagi pelan boleh digunakan iaitu jawatankuasa ini perlu membuat rumusan untuk mencari masalah yang menyebabkan penyatuan ini gagal.
Caranya kata beliau, ialah dengan mengenal pasti mereka yang degil dan tidak mahu perpaduan ini diwujudkan.
Selepas dikenal pasti ujar beliau, kumpulan yang degil ini perlu disisihkan kerana hanya yang menyokong perpaduan akan menjayakan usaha penyatuan ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah Perkasa akan menjadi sekretariat dalam penubuhan tersebut, Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan terlibat kecuali jika diminta untuk berbuat demikian.
''Kita hanya buat cadangan. Lebih baik pihak lain seperti Persatuan Ulama yang menjadi sekretariat," ujar beliau.

pi mai pi mai tang tu

Nik Aziz tolak hasrat Pemuda Pas

TANAH MERAH 22 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasaan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.
Malah Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, kedua-dua parti itu tidak akan berunding atau bekerjasama kerana perbezaan dasar yang ketara dan ia telah diputuskan pada muktamar Pas dua tahun lalu.
Beliau turut menyifatkan ia hanya kenyataan peribadi Nasrudin dan bukannya keputusan rasmi yang dibuat oleh kepimpinan parti.
"Itu dia (Nasrudin) punya pandangan, tidak boleh UMNO dan Pas (bersatu) kerana lain dasar masing-masing, macam saya sebut kelmarin pasukan bola walaupun patah betis, tercabut lutut, pasukan A tak pernah berunding dengan pasukan B, lawan-lawanlah itu dia punya pasal.
"Tidak mungkin (Pas dan UMNO bersatu) ini keputusan parti bukan keputusan saya... (Pas) tidak akan berunding atau kerjasama dan negeri kita negeri federal tak ada sebab kita perintah negeri, Pusat buat masalah pada kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan lombong dan kilang memproses emas CNMC Goldmine Limited di Sokor dekat sini hari ini.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan Nasrudin mencadangkan supaya UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai supaya persengketaan kedua-dua pihak berjaya ditamatkan demi kepentingan umat Islam.