Wednesday, May 1, 2013

Polis China tahan 19 disyaki anggota kumpulan pemisah



BEIJING 30 April - Polis China semalam menahan 19 suspek dipercayai anggota kumpulan pemisah yang terlibat dalam pertempuran dengan pihak berkuasa yang mengorbankan 21 orang di wilayah Xinjiang, minggu lalu.
Kesemua suspek itu ditahan di Kashgar, Urumqi dan Bayingolin, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam operasi itu pihak polis turut merampas senjata dan bahan letupan buatan sendiri.
Kerajaan menyifatkan keganasan itu sebagai 'serangan pengganas', meskipun Kongres Uighur Dunia menyatakan tembakan dan pembunuhan pemuda Uighur oleh 'tentera China' menyebabkan etnik Uighur bertindak balas. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130430/lu_08/Polis-China-tahan-19-disyaki-anggota-kumpulan-pemisah#ixzz2S3bUVz2W
© Utusan Melayu (M) Bhd 

460 kematian dicatat keganasan di Iraq bulan lalu



BAGHDAD 1 Mei - Gelombang keganasan di Iraq semakin parah selepas sekurang-kurang 460 kematian dicatatkan hanya pada bulan lalu sekali gus meningkatkan kebimbangan negara ini akan kembali kepada konflik perbezaan puak yang membelenggu sejak beberapa tahun lalu.
Menurut rekod AFP, pergolakan pada April lalu turut mengakibatkan 1,219 penduduk cedera berdasarkan angka yang dikeluarkan daripada sumber pihak perubatan dan keselamatan.
Antara yang terbunuh termasuk 54 anggota polis, 53 tentera, 14 anggota militia anti al-Qaeda, Sahwa dan dua anggota tentera Kurdish.
Majoriti baki mereka yang terbunuh dalam kekacauan itu adalah orang awam walaupun ia turut memasukkan senarai lelaki bersenjata yang terkorban dengan pasukan keselamatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130501/lu_11/460-kematian-dicatat-keganasan-di-Iraq-bulan-lalu#ixzz2S3UVrMFl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MBI didesak tarik balik larangan siar manifesto PR



Salman
Salman pada sidang media, semalam.
IPOH - Pemuda Pas Negeri mendesak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) segera menarik balik larangan penyiaran iklan serta papan iklan (billboard) Manifesto Pakatan Rakyat (PR) di kawasan Station 18 dan berhampiran persimpangan lampu isyarat pusat membeli belah Jusco di Jalan Sultan Azlan Shah Utara.

Setiausahanya, Salman Salleh berkata, penarikan semula larangan itu perlu dilaksanakan serta merta kerana ia adalah antara bahan kempen yang tidak menyalahi peraturan ketika berkempen pada musim pilihan raya kali ini.

Malah menurutnya, papan iklan serta penyiaran iklan itu juga jelas tidak menyalahi undang-undang secara keseluruhannya.

“Kami agak kecewa dengan larangan ini yang tidak sewajarnya dikeluarkan pihak MBI kerana kami telah pun membuat pembayaran serta mendapat kelulusan untuk papan iklan serta penyiaran iklan tersebut.

“Bagi kami dalam tempoh pilihan raya seperti ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlulah  bersikap adil dan tidak ‘menurut’ pihak-pihak tertentu dalam hal sebegini kerana kerajaan sementara atau ‘caretaker government’ tidak memiliki kuasa dalam hal-hal ini,” katanya dalam sidang media, semalam.

Sementara itu, Salman turut menggesa agar semua dewan-dewan orang ramai disiasat berikutan ada yang digunakan sebagai bilik gerakan sempena pilihan raya kali ini.

Malah katanya, ketika diajukan soalan, rata-rata pengurusan dewan mengatakan mereka  mendapat kebenaran untuk menggunakan dewan berkenaan.

“Kita juga telah senaraikan dewan-dewan berkenaan dan berharap pihak SPR dapat melakukan siasatan.

“Sekiranya benar mendapat kebenaran, pihak dewan tersebut juga perlu mengemukakan surat kebenaran yang diterima,” katanya.

Kes liwat: Azlan tarik balik kenyataan 8 Mac, minta maaf kepada Saiful



Azlan Mohd Lazim
Bapa Saiful Bukhari ketika membuat kenyataan tergempar menarik balik kenyataannya yang mengatakan anaknya dipergunakan pihak tertentu
KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.

Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya.

Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu.

Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu.

"Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008.

"Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.

Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.

"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.

"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu.

Komander Taliban maut di selatan Afghanistan



Komander Taliban maut di selatan Afghanistan
Lokasi pembunuhan di Bahar Naw.
KABUL - Seorang komander Taliban bersama tiga pengikutnya terbunuh selepas tentera Afghanistan menyerbu tempat persembunyian mereka di selatan wilayah Zabul, selatan Kabul, Afghanistan.

Gabenor daerah Wazir Mohammad Jawadi berkata, anggota polis melakukan serbuan selepas menerima laporan risikan di mana kumpulan militan itu bersembunyi di daerah Bahar Naw.

“Operasi itu mengambil masa dua jam. Tiada anggota keselamatan tercedera,” katanya dipetik  Xinhua

Tempoh tahanan rumah Musharraf dilanjutkan




1 Mei 2013
Tempoh tahanan rumah Musharraf dilanjutkan
Beberapa anggota polis berkawal di luar vila milik Musharraf sejak beliau dikenakan tahanan rumah, bulan lalu.
RAWALPINDI - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf akan kekal berada di bawah tahanan rumah selepas mahkamah, semalam memutuskan untuk melanjutkan tempoh tahanan beliau.

Mahkamah Antikeganasan di Rawalpindi mengarahkan Musharraf ditahan 14 hari lagi berhubung kes pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto.

Sebelum ini, Musharraf didakwa gagal memberi perlindungankeselamatan ke atas pemimpin itu hingga menyebabkan beliau ditembak mati pada 2007. Susulan daripada keputusan tersebut, bekas jeneral tentera itu juga dilarang untuk bertanding dalam pilihan raya pada 11 Mei depan.

Laporan yang dipetik AFP,pada masa ini, Musharraf sedang menjalani tahanan rumah selama dua minggu di vila miliknya atas dakwaan melakukan khianat semasa beliau mengisytiharkan darurat di negara tersebut yang dijangka tamat Sabtu ini.

CIA beri wang rahsia




1 Mei 2013
CIA beri wang rahsia
KARZAI
KABUL - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, kelmarin mengesahkan pasukan keselamatan negara itu menerima 'bayaran' daripada Amerika Syarikat (AS) sejak sedekad lalu.

Karzai berkata, wang bantuan itu digunakan bagi membantu anggota yang cedera dan membayar sewa rumah selain untuk kegunaan lain.

Beliau membuat pendedahan tersebut selepas The New York Times melaporkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membayar puluhan juta ringgit kepada Majlis Keselamatan Kebangsaan Afghanistan.

Menurut akhbar itu lagi, wang yang diberikan setiap bulan secara rahsia tersebut dihantar ke negara terbabit hanya melalui beg pakaian, beg galas dan beg plastik lapor Al- Jazeera.

Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Jay Carney enggan memberi sebarang ulasan berhubung dakwaan tersebut.

Musharraf diharam aktif berpolitik seumur hidup



 Pervez Musharraf
Pervez Musharraf
PESHAWAR - Rancangan bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf kembali semula ke pentas politik hancur berikutan keputusan mahkamah melarang beliau daripada bertanding dalam pilihan raya.

Mahkamah Pakistan telah mengenakan larangan seumur hidup ke atas bekas pemimpin nombor satu negara itu daripada bertanding dalam pilihan raya dan ini  merupakan satu tamparan hebat ke atas beliau.

Mahkamah Tinggi Peshawar semalam memutuskan pengharaman beliau seumur hidup dalam menyertai politik selepas  mendengar rayuan peguam Pervez bagi membenarkan beliau bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Peguamnya mahu mencabar keputusan mahkamah dan ingin ingin membuat rayuan di Makhamah Agung, Selasa depan.

Keputusan semalam merupakan yang pertama kali diisytiharkan ke atas warganegara.

Beliau kembali semula ke Pakistan bulan lalu dan merancang bertanding sebagai calon dalam pilihan raya negara itu yang bakal berlangsung pada 11 Mei ini.

Pervez berada dalam buangan kendiri selama empat tahun.

Dulu lain sekarang lain

Keputusannya menyertai UMNO adalah salah tetapi kesan dari penyingkirannya amat besar kepada politik negara. Kalau bukan kerana penyingkiran DSAI dari UMNO, usaha pembangkang untuk menyedarkan rakyat tidak akan jadi seperti hari ini.Kalau dulu PAS ditertawakan kerana bermimpi untuk menegakkan negara Islam sedang bertanding cuma 70 kerusi tetapi hari ini mimpi itu bukan mimpi lagi, ianya hampir menjadi kenyataan.Kalau dulu PAS tidak dianggap boleh bergabung dengan DAP kerana ideologi yang bertentangan seperti dua orang yang tidur sebantal tetapi mimpi lain lain tetapi hari ini DAP sudah bersedia menjadi adik kepada PAS dan mempertahankan PAS walaupun masih lagi tegas dengan ideologi mereka.

Khalid Ibrahim, pengerusi Pakatan Rakyat Selangor semalam mendakwa, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar

Liza MN
Khalid Ibrahim, pengerusi Pakatan Rakyat Selangor semalam mendakwa, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) tetapi di "kawasan tertentu".

Sungai lembing kuantan-Parlimen Paya Besar.

Sungai lembing kuantan-Parlimen Paya Besar.
Scorpene sudah timbul
Dari Rakan FB..

Kuantan dah berubah kepada PR!

Kepada DSAI Bakal PM Malaysia..

Kepada DSAI Bakal PM Malaysia..

Daripada : Anggota Tentera Malaysia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YangBerbahagia Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya adalah anggota tentera dan merupakan salah seorang penyokong tegar PR. Saya telah pun mengundi PR di Undian Awal pada 30 April semalam.

Ramai juga dalam kalangan rakan-rakan tentera saya yang turut mengundi PR semalam. Semuanya inginkan perubahan dan mengharapkan Manifesto PR dapat dilaksanakan selepas kemenangan PR nanti. Saya amat mengharapkan BN dan UMNO dapat dikuburkan pada PRU kali ini.

Selain kebajikan-kebajikan lain, kami warga tentera juga mengharapkan agar KADAR FAEDAH PINJAMAN di KOPERASI TENTERA dapat dikaji semula. Hal ini kerana, kadar faedah pinjaman di Koperasi Tentera adalah 6% jauh lebih tinggi berbanding kadar faedah di bank-bank lain iaitu hanya dalam lingkungan 3.9%.

Hal ini ditambah lagi dengan kebajikan kami sebagai Lain-Lain Pangkat (LLP) langsung tidak boleh untuk membuat Personal Loan di bank-bank lain. Hanya boleh di Koperasi Tentera sahaja. Saya pun tidak pasti mana silapnya, samada pihak kroni atau atasan ada kepentingan sehinggakan kami disekat untuk di bank-bank lain. Tapi hal ini tidak berlaku pada Pegawai. Pegawai tetap boleh membuat loan di bank-bank lain.

Besarlah harapan saya serta warga tentera yang lain agar Dato Seri dapat mempertimbangkan perkara ini. Semoga PR menang majoriti 3/2 pada PRU 13 kali ini.

PAKATAN HARAPAN RAKYAT.

Foto Hiasan.

Dakwatpun tipu jugak....

Abdul Rahman Abdullah
Pagi tadi saya bersama hasbullah, azmi, di shabudin dan dr safari pergi ke Lumut Perak kerana urusan tentang pusat dialisis masjid , berjumpa dengan seorang doktor tentera maklumkan kpd kami beliau telah mengundi dlm kem tentera kemarin 30.4.13 , beliau tunjukan kepada kami dakwat yang dicalitkan pada jari beliau telah hilang selepas dicuci dengan sabun mandi sahaja .........mari kita berfikir dengan tenang dan fikiran terbuka ....??????