Saturday, August 24, 2013

morsi - mubarek

Orang2 kafir dan Munafiq mereka saling tolong menolong menghancurkan Umat Islam......



اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ
المُجَاهِدِيْن
فِى مصْر
 

Polis wanita Islam Thai boleh bertudung


Bangkok: Polis wanita beragama Islam di Thailand akan dibenarkan mengenakan pakaian seragam menutup aurat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa yang mengkaji permohonan itu, Jeneral Jate Mongkolhutthi mengumumkan demikian semalam.


“Langkah selanjutnya adalah meminta Ketua Polis Negara menimbang isu ini,” katanya.

Menurut Jate, permohonan untuk membolehkan polis wanita Islam menutup aurat mereka dikemukakan menerusi beberapa anggota Parlimen dan Jaawatankuasa Pusat Islam Pattani.


“Tudung yang disyorkan ialah yang sama warna dengan pakaian seragam mereka,” katanya.


Kajian yang dilakukan terhadap 100 polis wanita beragama Islam negara itu menunjukkan lebih 60 peratus mahu berpakaian demikian. - Agensi

Pembangkang Tunisia mahu contohi Mesir


Tunis: Pakatan pembangkang Tunisia semalam menolak cadangan kerajaan parti Islam untuk menamatkan krisis politik yang melanda negara itu sejak sebulan lalu.

Taieb Baccouche, anggota Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF), kumpulan pembangkang utama berkata, semua rundingan tanpa pembubaran kerajaan hanya membuang masa.


Beliau berkata demikian selepas bermesyuarat dengan Persekutuan Kesatuan Sekerja Tunisia (UGTT) yang bertindak sebagai orang tengah antara kerajaan dengan pembangkang.

Parti pemerintah, Ennahda kelmarin membayangkan buat kali pertama sejak krisis bermula dengan pembunuhan anggota Parlimen pembangkang Mohamed Brahmi bahawa ia bersedia membubarkan kerajaan campuran yang diketuainya.


Bagaimanapun, parti Islam itu menegaskan, dialog kebangsaan membabitkan penyokong dan penentang kerajaan campuran itu perlu diadakan terlebih dulu.


Kumpulan pembangkang akan mengadakan tunjuk perasaan hari ini dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam negara itu, seperti yang berlaku ke atas kerajaan Presiden Mohamed Mursi di Mesir. - AFP

Kumpul bukti untuk dakwa Nur Misuari


Mindanao: Pihak berkuasa polis di Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM) semalam berkata, mereka masih mengumpul bukti sebagai persediaan untuk mengemukakan tuduhan terhadap pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kerana mengisytiharkan kemerdekaan Mindanao.

Pengarah Polis ARMM Ketua Superintendan Noel Delos Reyes berkata, polis di Sulu dalam proses mengumpul maklumat itu dan kenyataan saksi yang hadir ketika Misuari membuat pengumuman berkenaan.


Misuari dilapor mengisytiharkan kemerdekaan Mindanao, Sulu dan Palawan serta Sabah di Malaysia yang dinamakan Republik Mindanao dengan pusat pentadbiran di Bandar Davao. - Agensi

Yemen minta bantuan pesawat drone dari AS

SANAA 23 Ogos - Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour semalam meminta bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) untuk membekalkan pesawat drone bagi membantu negara ini membendung ancaman kumpulan militan al-Qaeda.
"Penggunaan drone dalam usaha membendung kegiatan kumpulan militan adalah sebahagian daripada kerjasama antara Yemen dan AS.
"Saya telah berbincang isu penggunaan drone dengan semua pihak dan saya yakin tentera negara ini mampu mengendalikan pesawat itu dengan baik," katanya seperti yang dipetik agensi berita Saba.
Kira-kira 40 anggota al-Qaeda terbunuh dalam beberapa operasi ketenteraan yang dilancarkan baru-baru ini. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130823/lu_02/Yemen-minta-bantuan-pesawat-drone-dari-AS#ixzz2cqEN6y2C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas tahanan dedah kekejaman Korea Utara


GAMBAR tidak bertarikh yang dirakam secara curi-curi, menunjukkan sekumpulan tahanan menuju ke sebuah lokasi dipercayai untuk dibunuh di Kem 14, berhampiran Hoeryang, Korea Utara, di sempadan China. - AGENSI
SEOUL 23 Ogos - Seramai 30 bekas tahanan daripada sebuah pusat tahanan di Korea Utara yang digelar Kem 14, semalam mendedahkan pengalaman ngeri yang mereka lalui semasa ditahan di situ, termasuk detik-detik seorang ibu dipaksa melemaskan bayinya sendiri.
Pendedahan mereka dibuat semasa inkuiri Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Mereka memberitahu inkuiri itu bahawa hukuman mati dan penyeksaan adalah normal, dan berlaku setiap hari di pusat tahanan tersebut.
Seorang daripada bekas tahanan, Jee Heon-a, 34, mendedahkan bahawa dia melalui detik-detik menakutkan apabila meyaksikan seorang ibu yang terpaksa melemaskan anaknya sendiri.
"Saya sangat gembira melihat seorang bayi yang baru lahir. Namun, secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tapak kaki dan tidak lama selepas itu seorang pengawal keselamatan masuk, memberitahu wanita tersebut supaya melemaskan anaknya di dalam sebuah mangkuk air.
"Wanita itu merayu, meminta dia diseksa sebagai ganti, namun lelaki itu terus memukulnya mengakibatkan ibu itu tidak mempunyai pilihan, selain melemaskan anaknya sehingga mati,'' katanya.
Seorang lagi pembelot, Shin Dong- hyuk yang dilahirkan di Kem 14 berkata, dia dipaksa menyaksikan hukuman terhadap tahanan lain pada usia seawal lima tahun.
Dong-hyuk yang melarikan diri dari kem itu pada 2005 berkata, dia terpaksa menyaksikan hukuman mati ke atas ibu dan abangnya sendiri apabila rancangan mereka untuk melarikan diri dari kem tahanan itu diketahui pengawal penjara.
Jelasnya, dia juga tidak akan melupakan kesengsaraan dialami seorang budak perempuan berusia tujuh tahun yang mati dipukul kerana mencuri segenggam gandum ekoran terlalu lapar.
Pada hari pertama siasatan oleh PBB semalam, ramai daripada bekas tahanan tampil dengan mengemukakan bukti kekejaman pihak berkuasa pusat tahanan itu kepada panel yang dilantik yang seterusnya akan meneliti rekod hak asasi manusia Korea Utara. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130824/lu_04/Bekas-tahanan-dedah-kekejaman-Korea-Utara#ixzz2cqD0LwnR
© Utusan Melayu (M) Bhd