Monday, June 23, 2014

Anda perhatikan kebaikan yang telah UMNO buat di Johor didalam menjaga harta,tanah kaum Melayu di Johor. Dicatat oleh TheSniper

DEPA INGAT SEMUA UMNO PUNYA.....

Lebih RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli-ahli Umno melalui dana Kerajaan Pusat tidak lagi dibayar balik.

Apa Lu Bikin Shahidan Kah Kah Kah

SONOK JUGA MENGENANG PERISTIWA MASA LALU. MANA LA TAU, "MELAYU MUDAH LUPA". 
SPR Kantoi Tergolek DOG, Kebodohan Ahmad Maslan Terserlah!!! Apa Lu Bikin Shahidan Kah Kah Kah

KEBODOHAN MACAI UMNO TAK DAPAT DILAWAN OLEH BANGSA-BANGSA LAIN DALAM DUNIA NIH... HANYA MACAI UMPORNO SAHAJA..KEH.KEH.KEH...

Pancaroba


Pegawai JPJ KOYAK-kan geran asal kereta kami



Hari yg malang. Bawa pembeli kereta tukar nama kat JPJ Pdg Jawa petang Jumaat jam 3 petang. Sampai giliran kita pada pukul 4:30 petang, akak yg kat kaunter dah tarik muka pasal dah lewat masanya utk balik. Sbb ade 2 customers sekaligus tukar milik, Saya berulang alik antara 2 kaunter. Entah sbb dah lewat atau apa, lambat pulak proses tukar nama. Kemarahan akak nampak memuncak bila kita bagitau hakmilik bank tak tercetak pada geran. Kita minta tolong kat dia baik-baik tapi akak tak henti-henti marah tentang kelewatan masa kerjanya. Akhirnya masa bayar r/tax, kita tak cukup tunai, nak guna kad kredit bayar. Akak melenting pulak r/tax dah siap tak blh bayar kad sbb sistem dah tutup. Minta jugak kita cukupkan tunai utk bayar. Mulanya, saya minta akak simpankan r/tax tu hingga saya datang bayar hari Isnin memandangkan memang takde duit lebih. Lepas tu, saya fikir baik batal r/tax aje. Sebaik-baik saja saya bagitau akak batal, dia terus koyak r/tax & seterusnya geran kereta asal. Akak lain yg masih ada di kaunter & pegawai takde seorang pun bersuara tentang geran yg dikoyak. Saya tercegat kat sana tak tau nak buat apa.

Akhirnya, akak serah balik jugak geran tu tanpa apa-apa penjelasan. Bila I buka mulut tanya gantian geran baru, dia halau I dgn keras. " I tak mau tengok muka kamu kat sini lagi. I m suppose to be home now. U go! U go!"

Apa patut saya buat skrg? Lapor Pengarah JPJ?
Sebenarnya, kerenah pekerja kerajaan ni, kami dah paham dari dulu lagi. Samada dia tolong kita atau tidak aje. Brp lama kita perlu layani perangai mereka?

Bak kata pepatah Cina, " Undur selangkah ke belakang, penglihatan seluas laut, setinggi langit". Saya tak rasa sakit hati terhadap akak ni, malah I simpati terhadapnya. Dia masih belum memperolehi nikmat hidup yg bebas dgn adanya masalah perangai sebegini.

Hishammuddin tolak desas-desus


  • Hishammuddin memakaikan pingat kepada pesara tentera.Hishammuddin memakaikan pingat kepada pesara tentera.

KLUANG - Naib Presiden Umno,  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan laporan mengatakan dirinya bakal dilantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) sesuatu tindakan nakal dan tidak bertanggungjawab yang bertujuan melaga-lagakan pemimpin Umno.

Beliau berkata, kisah mengenai status jawatannya telah dipertikai beberapa bulan lalu.

"Ada yang mendakwa saya tidak layak menjawat jawatan Naib Presiden Umno dan menteri, tetapi kini timbul pula spekulasi saya bakal menggantikan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Jelasnya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu tiada asas dan beliau telah melalui senario politik begitu lama.

“Saya mahu nasihatkan semua pihak jangan ikut rentak mereka, kita dalam parti rapatkan barisan dan beri sokongan padu kepada presiden dan naib presiden parti, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Mereka ini hanya mahu melaga-lagakan pemimpin supaya parti kita lemah. Saya tengok PM dan TPM, saya cukup hormat dan puas hati, janganlah ada pihak tertentu cuba melaga-lagakan.

“Ini pertama kali saya buat komen tentang spekulasi yang berlaku, sebab beberapa bulan lalu berbeza saya dikatakan tidak layak jadi menteri dan naib presiden Umno,” katanya selepas Majlis ‘1Veteran 1Malaysia: Jasamu sentiasa dikenang dan dihargai’ peringkat Johor di Hotel Prime City, semalam.

Minggu lalu, sebuah blog pro-kerajaan menyiarkan spekulasi bahawa Hishamuddin akan menggantikan Muhyiddin.

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan.

Namun, Khamis lalu, Muhyiddin menafikan beliau akan meletakkan jawatan sebagai TPM dalam masa terdekat.

Katanya, beliau tidak pernah membincangkan isu itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

2013, 842 juta penduduk dunia tidak cukup makan


  • Gambar hiasan. Foto ihsan Internet.Gambar hiasan. Foto ihsan Internet.

LONDON - UNITED KINGDOM. Pengurusan sumber alam sekitar yang lemah, kemiskinan, kurangnya empati ke atas sesama insan dan ketidakupayaan untuk berkongsi, dikenal pasti sebagai sebahagian daripada punca sebilangan besar manusia lapar setiap hari sedangkan hakikatnya jumlah pengeluaran makanan dunia mencukupi untuk memberi makan tiga kali sehari kepada semua penduduk.
  
Menurut statistik Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu (UNFO) bagi 2013, 842 juta penduduk dunia tidak mempunyai makanan yang mencukupi setiap hari dan 748 juta tidak mempunyai akses kepada air bersih setiap hari, dan ini berlaku ketika pelbagai usaha terhebat dibuat dalam perniagaan pengeluaran makanan serta hakikat bahawa pada masa ini separuh daripada pengeluaran makanan dunia dibazirkan.
  
Walaupun ironis dan menakutkan, namun inilah angka yang bentangkan pada majlis Anugerah kemanusiaan Air dan Makanan 2014 (WAF 2014) yang berlangsung di Westminster Hall Tengah, di sini baru-baru ini.
  
Secara realitinya, kita tidak menghadapi kekurangan makanan, namun isunya pengedaran," kata pengasas WAF, Tina Lindgreen, sambil menambah mengenai perlunya berkongsi amalan terbaik dan penyelesaian mampan yang boleh membantu mengubah keadaan.
  
Perubahan iklim dan set cabaran terhadap pengeluaran makanan dan air global, turut ditangani pada forum WAF, dengan pelbagai kumpulan individu, daripada pelajar dan perintis dalam amalan pertanian mampan sehingga wakil korporat dan kerajaan dan pakar-pakar alam sekitar dan penyelidik dari bahagian berlainan di dunia, berhimpun untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan masing-masing.
  
Ditubuhkan pada 2008, Anugerah WAF yang berpusat di Copenhagen, Denmark, menggalakkan amalan terbaik global dalam inisiatif jaminan makanan dan air, menerusi penglibatan ahli perniagaan dan individu untuk meningkatkan skala inisiatif mampan selain menonjolkan kejayaan projek dan rakan sepadan.
  
Kriteria pemilihan penerima anugerah termasuk kemampanan, inovasi, pengupayaan, projek yang boleh diduplikasikan, serta impak sosial dan alam sekitar projek yang dilaksanakan.
  
Pemenang tahun ini ialah Pusat Pengurusan Holistik Zimbabwe Afrika, pemilihan sengit antara lima calon akhir, berdasarkan inisiatif penting menyediakan makanan dan air dan mengupayakan komuniti yang paling mencabar di dunia.
  
Dimulakan oleh Alan Sedap, projek Zimbabwe itu melibatkan pemulihan tanah tandus dengan penternakan lembu ragut yang akhirnya menjadi tanah yang subur dengan tuaian yang tinggi selain meningkatkan daya tahan komunitinya.
  
Sambil menggesa supaya komuniti dunia belajar daripada projek itu serta menimbang meniru inisiatif terbabit, anggota panel pemilihan Anugerah WAF serta pengasas Royal Botanic Gardens di Jordan, Puteri Basma binti Ali berkata jaminan makanan dan air merupakan isu yang paling penting dan memerlukan perhatian dan tumpuan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
  
Empat lagi projek yang layak ke peringkat akhir Anugerah WAF 2014 ialah projek Tadahan Air Bioindustri Masyarakat di India (naib juara), Tanah untuk kehidupan Afrika Selatan, Menambah bekalan tenaga di Milwaukee Amerika Syarikat dan Seanet Pendidikan dan Sekolah Taman, Kenya.
  
Duta Keamanan dan Penaung pertama Anugerah WAF, Prem Rawat menyampaikan ucaptama pada majlis itu. - Bernama

P Pinang tak halang tazkirah antara solat tarawih


  • Abdul Malik Abul Kassim

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menghalang penganjuran tazkirah antara waktu solat tarawih sempena Ramadan ini, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
  
Beliau bagaimanapun menasihati pentadbiran masjid supaya bijak menyusun program takzirah supaya tidak mengganggu kelancaran ibadah tarawih dan pada masa sama dapat menyemarak budaya menuntut ilmu dalam kalangan umat Islam.
  
"Terpulang kepada pengurusan masjid untuk mengadakan tazkirah selepas lapan rakaat solat tarawih atau selepas 20 rakaat, tetapi pengisian tazkirah perlu dirancang dengan baik supaya keselesaan jemaah tidak terganggu," katanya.
  
Dalam perkembangan lain Abdul Malik mengumumkan pelantikan Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebagai Mufti Pulau Pinang yang baharu menggantikan Datuk Seri Hassan Ahmad berkuatkuasa 7 Jun.
  
Wan Salim, 70, yang berasal dari Jitra Kedah dan lulusan Universiti Al-Azhar Mesir dan University of Edinburgh United Kingdom sebelum ini adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
 
Hassan yang telah berkhidmat sebagai mufti selama 16 tahun sejak 1997 akan dilantik menjadi Ahli Majis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. - Bernama

Kampung Chubadak: 'DBKL tindas golongan bawahan'


  •  Himpunan membantah tindakan DBKL yang diadakan di hadapan Ibu Pejabat DBKL, di ibu negara, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANIHimpunan membantah tindakan DBKL yang diadakan di hadapan Ibu Pejabat DBKL, di ibu negara, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

KUALA LUMPUR - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan kediaman penduduk di Kampung Chubadak Tambahan disifatkan suatu bentuk penindasan terhadap golongan bawahan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, nasib penduduk berkenaan perlu diperjuangkan bagi memastikan golongan ini tidak terus ditindas.

"Apa yang terjadi di Kampung Chubadak adalah satu kezaliman, kita perlu mempertahankannya.

"Kita kena ingat juga bahawa isu ini merupakan isu kemanusian, jadi hentikan segera penindasan ini," katanya ketika berucap pada himpunan bantah perobohan Kampung Chubadak di hadapan bangunan DBKL, hari ini.

Perkara sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang menambah, penduduk Kampung Chubadak tidak sepatutnya kehilangan kediaman mereka hanya kerana pembangunan.

"Atas nama pembangunan mereka hilang hak? Selagi tidak ada perancangan yang menghormati orang miskin yang ditindas masalah ini tidak akan selesai," tegasnya.

Sebelum itu, pemimpin PR bersama-sama wakil Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad menyerahkan memorandum bantahan terhadap perobohan kediaman di Kampung Chubadak kepada DBKL kira-kira jam 10.30 pagi.

Memorandum diserahkan kepada wakil Datuk Bandar, Mohd Shukri Rohim dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Norjannah Appendi di Dataran DBKL.

Antara kandungan memorandum tersebut adalah menggesa agar Datuk Bandar Kuala Lumpur menghormati urusan mahkamah, dan menggesa agar isu Kampung Chubadak Tambahan ini diselesaikan secara rundingan dengan penduduk kampung.

Menteri sebelum ini meminta penduduk di Kampung Chubadak Tambahan mengosongkan kediaman mereka bagi membolehkan pembangunan rumah murah di kawasan itu dapat diteruskan.

Pada 9 Jun lalu, pihak DBKL telah merobohkan beberapa buah rumah penduduk kampung tersebut. Tindakan tersebut mendapat bantahan penduduk yang mengatakan bahawa pihak DBKL tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Dilaporkan sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1998 telah membuat keputusan bahawa kawasan itu merupakan milik peneroka bandar dan pihak yang berkenaan perlu membayar ganti rugi kepada peneroka itu sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.
  
Namun Mahkamah Rayuan, pada tahun 2000 dilapor telah membuat keputusan bahawa Kampung Chu Badak merupakan kawasan setinggan dan penduduk kampung hanya dibenarkan mendudukinya sebagai pemegang lesen dengan persetujuan pihak kerajaan negeri.
  
Status terkini kampung itu dilapor bergantung kepada pendengaran di Mahkamah Tinggi yang dijadual pada 27 Jun ini.

Azilah bawa polis ke tempat kejadian


  • Altantuya ShaariibuuAltantuya Shaariibuu

PUTRAJAYA - Cif Inspektor Azilah Hadri yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, adalah individu yang membawa polis ke tempat kejadian di dalam hutan di Puncak Alam, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata Azilah juga yang membawa kepada penemuan tulang si mati sebelum Koperal Sirul Azhar Umar tiba di tempat kejadian bersama pasukan polis lain.
"Polis hanya mengetahui lokasi secara umum dan bukan lokasi khusus tempat kejadian.
"Adalah mustahil bagi polis untuk mengesan kawasan itu yang terletak di atas bukit di dalam hutan, lokasinya tidak mudah dikesan, melainkan mereka mempunyai maklumat," hujah Tun Abdul Majid pada pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan kedua-dua anggota polis berkenaan.
Tun Abdul Majid juga berkata berdasarkan keterangan anggota polis semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, saksi itu berkata sebaik tiba di hutan, Azilah memberitahunya lokasi kejadian itu dan menceritakan bagaimana Altantuya ditembak dan bahan letupan digunakan terhadapnya.
"Di tempat kejadian pihak polis menemui tulang manusia yang kemudiannya terbukti milik si mati," hujah Tun Abdul Majid di hadapan lima anggota panel diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Pada 23 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009.
Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat, menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah kedua-dua anggota polis itu.
Kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan, "oleh itu, mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian".
Pendakwaan memfailkan petisyen rayuan pada 3 Januari tahun ini, menyenaraikan enam sebab panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah terkhilaf, dalam undang-undang dan fakta, untuk membenarkan kedua-dua anggota polis itu terlepas daripada tali gantung.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Tun Abdul Majid berhujah Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam undang-undang apabila menolak bukti di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 mengenai penemuan barang kemas kepunyaan Altantuya dalam jaket Sirul Azhar dengan bergantung kepada urutan beberapa kejadian yang mahkamah dakwa wujud percanggahan.
  
"Walau apa jua urutan kejadian itu, faktanya ialah beberapa barang kemas itu bukti milik si mati ditemui dalam jaket responden kedua (Sirul Azhar) di rumahnya di Kota Damansara," katanya dan menambah tiada penafian daripada Sirul Azhar bahawa jaket itu miliknya.
  
Beliau berkata, DNA bukti milik Altantuya ditemui di dalam jaket, dan menyatakan bagaimana barangan itu berada dalam pemilikan Sirul Azhar.
 
Beliau juga berhujah bahawa tiada bukti Sirul Azhar diperangkap kerana pihak pendakwa memanggil semua saksi yang berkaitan semasa perbicaraan itu.
  
Berhubung isu sepasang selipar yang ditemui di dalam kereta Sirul Azhar, Tun Abdul Majid berkata selipar itu bukan kepunyaannya dan saiz selipar itu juga bukan size Sirul Azhar.
 
"Tiada bukti untuk menunjukkan bagaimana selipar itu boleh berada di dalam kereta, tetapi ada darah ditemui pada selipar itu...yang telah kering. Jadi bagaimana darah itu boleh berada pada selipar. Ia mestilah dari tempat kejadian," kata Tun Abdul Majid.
  
Berhubung fakta lain, beliau berkata berdasarkan pangkalan data syarikat telekomunikasi, Azilah berada di tempat kejadian di Puncak Alam, pada masa kejadian.
  
Beliau menyatakan Azilah tidak pernah berada di Wangsa Maju atau Taman Melati, atau Batu Caves, malah tidak berada di Jalan Duta sebelum meneruskan ke Bukit Aman pada masa kejadian seperti yang didakwa dalam alibinya.
  
Seterusnya beliau berhujah, Azilah juga gagal untuk mengemukakan sebarang saksi untuk alibinya apabila dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan.
  
Apabila ditanya Hakim Arifin bagaimana pangkalan data syarikat telekomunikasi itu boleh mengesan Azilah berada di tempat kejadian, Tun Abdul Majid berkata stesen penyiaran telefon tertentu boleh mengesan lokasi pemanggil ketika membuat panggilan.

"Log panggilan daripada pegawai polis (responden) telah disahkan oleh pengendali syarikat telekomunikasi yang telah mencetak data dan
menandatanganinya dengan menyatakan ia sah," kata Tun Abdul Majid.
  
Beliau juga menegaskan bahawa tiada data telefon responden (Azilah) yang digodam.
  
Pada permulaan kes itu, ketika membaca secara ringkas fakta latar belakang kes berkenaan, Tun Abdul Majid berkata berdasarkan keterangan saksi perbicaraan, Altantuya dibawa ke Bukit Aman dan si mati kali terakhir dilihat memasuki sebuah kereta yang dipandu oleh Sirul Azhar.
  
Beliau berkata, pada 20 Oktober 2006, wanita itu dilaporkan hilang dan penyiasatan membawa kepada penangkapan kedua-dua anggota polis itu (Azilah dan Sirul Azhar) bersama Razak Baginda.
  
Pada 6 November tahun sama, serpihan tulang manusia, rambut dan tisu ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam dan analisis DNA membuktikan ia milik si mati.
  
Beliau berkata menurut pakar patologi forensik punca kematian ialah 'kecederaan berkaitan letupan'.
  
Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Cari si bapa sampai dapat


  • Muhammad Firdaus Dullah

SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan hari ini sedang menggiatkan usaha mengesan bapa kandung kepada remaja kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui pihak imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus di Taman Semarak, dua hari lalu.

Dalam pada itu, usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan sendiri  perkembangan maklumat dari Timbalan Pengarahnya, Mohamad Hapil berhasil apabila beliau mengesahkan pencarian bapa remaja itu bertujuan untuk urusan hak penjagaan dan dokumentasi.

“Buat masa ini pihak JKM masih belum mendapat perkembangan positif dalam usaha menjejak, namun kami tidak akan berputus asa dalam teruskan usaha,” katanya.

Mengulas lanjut, buat masa kini, pihaknya masih gagal menghubungi bapa kandung Firdaus namun beliau menjamin usaha pihak JKM untuk mencari bapa Firdaus tidak akan terhenti begitu sahaja.

Jelasnya, JKM N9 turut menerima bantuan dari pelbagai pihak dan agensi lain bagi menyatakan usaha dan kerjasama membantu pihaknya mengesan bapa remaja berkenaan.

 “Kami menggunakan semua saluran bantuan yang ada, bukan hanya JKM sahaja yang terlibat mengesan bapa terbabit malah agensi lain turut membantu.

“Kita cuba kesan bapanya melalui alamat lama dan juga saudara-mara terdekat, kami yakin maklumat terbaru akan diperoleh tidak lama lagi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pihak polis telah menahan ibu remaja OKU terbabit bagi membantu siasatan yang dijalankan ke atas keadaan Firdaus yang terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Wanita berkenaan ditahan reman hingga Rabu ini.

Kalimah ALLAH: Mahkamah tolak rayuan gereja


  • Kalimah ALLAH

PUTRAJAYA  - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran rayuan penggunaan kalimah ALLAH dalam The Herald.

Empat daripada tujuh panel hakim yang bersidang menolak permohonan gereja untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan versi bahasa Melayunya.

Selain Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, hakim-hakim lain yang membuat keputusan kes ini termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Turut serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Editor akhbar Katolik, The Herald, Lawrence Andrew berkata beliau “amat kecewa dengan keputusan” hari ini.

Sebelum ini, penerbitan itu berkata, pihaknya tidak akan berputus asa untuk mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah ALLAH.

The Herald tahun lalu memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan melarang Gereja Katolik menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan mingguannya.

Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, pengisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi Bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.

AirAsia jawab isu wanita 'dihalang' naik pesawat


  • Video serta gambar pasangan Nasran dan Nadiah yang tersebar di alam maya. - Sumber FacebookVideo serta gambar pasangan Nasran dan Nadiah yang tersebar di alam maya. - Sumber Facebook
SHAH ALAM - Susulan penyebaran gambar dan video berkenaan dakwaan pasangan suami isteri dihalang menaiki pesawat AirAsia ke Kuala Terengganu ekoran wanita tersebut hamil dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan daripada doktor, syarikat penerbangan tambang murah itu tampil memberi kenyataan.

Menurut jurucakap AirAsia Berhad, penumpang hamil perlu mematuhi garis panduan ketat yang telah ditetapkan demi keselamatan mereka.

"Penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan AK6220 dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 21 Jun itu hamil 28 minggu dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan dari doktor yang menyatakan beliau sihat untuk menaiki penerbangan tersebut seperti yang ditetapkan oleh syarat dan terma penerbangan.

"Sehubungan itu, pihak penerbangan tidak dapat membenarkan beliau menaiki pesawat atas sebab keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun begitu, AirAsia menegaskan bahawa pihaknya telah menyediakan penginapan dan mengganti penerbangan keesokannya selepas penumpang tersebut memperoleh surat pengesahan doktor.

"AirAsia sediakan penginapan percuma dan menggantikan penerbangan mereka kepada keesokan harinya tanpa sebarang caj tambahan dan penumpang boleh menaiki penerbang selepas mendapat surat pengesahan doktor," katanya.

Sejak kelmarin, video dan gambar tentang pasangan suami isteri yang mendakwa dilarang menaiki penerbangan Air Asia ke Kuala Terengganu menjadi viral di media sosial.

Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nasran dan Nadiah bersama anak mereka itu tiba di Kuala Lumpur dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Incheon, Korea Selatan, 4.30 petang, hari yang sama.

Mereka dikatakan bergegas pulang ke Malaysia selepas dikhabarkan bapa Nadiah meninggal dunia di Terengganu.

“Dari Incheon kami dapat ke KLIA selepas melalui pemeriksaan yang ketat. Namun tiada penerbangan MAS  terus ke Kuala Terengganu dan penerbangan lain pula, Firefly tapi kena pergi ke Subang, ia agak jauh.

“Memandangkan isteri saya hamil dan sangat letih malah secara emosi tidak stabil kerana bapanya meninggal dunia. Sebab itu kami cuba yang terbaik untuk mengejar penerbangan terakhir Air Asia. Kami ‘check in’ tiket yang dibeli secara online dan ke kaunter untuk dapatkan ‘boarding pass’. Saya tunjuk isteri (yang sedang hamil) dan anak saya,” katanya yang dipetik dari sebuah video yang tersebar di laman sosial.

Nasran menegaskan sanggup mengambil sebarang risiko jika berlaku sesuatu ke atas isterinya asalkan diberi kebenaran menaiki pesawat AirAsia tersebut.

“Di pintu terakhir, kami tidak dibenarkan masuk. Mereka kata kami kena dapatkan surat pengesahan kesihatan. (Tapi) di Korea, isteri saya tidak memerlukan apa-apa surat. Ini situasi kecemasan.  Hari Jumaat jam 5.30 petang, bagaimana saya nak ke hospital untuk mendapatkan semuanya?

“Prosedur hanya atas kertas. Kita ini manusia. Beri saja kebenaran dan sebagai suami segala risiko saya akan tanggung. Mendarat di Malaysia pun saya sudah sangat beruntung sebab saya berjaya membawa isteri saya ke sini walaupun dia tidak dapat bertemu dengan arwah ayahnya,” katanya yang kelihatan begitu sedih.

Menurut Nasran juga, syarikat penerbangan tambang murah itu telah menawarkan hotel untuk mereka sekeluarga namun beliau menolak.

“Mereka tawarkan hotel tapi kelihatan tak begitu ikhlas. Mereka mahu membawa kami untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan malam ini (semalam) supaya mereka boleh teruskan untuk penerbangan esok (hari ini).

“Tapi kenapa penerbangan tadi (Jumaat lalu) isteri saya tak dibenarkan naik pesawat tapi esok (kelmarin) boleh?,” katanya.

Kemudian seorang wanita yang bersimpati dengan keadaan keluarga itu bertanya soal tawaran hotel tersebut, Nasran menjawab, “Ini bukan sebab duit. Kalau saya mampu bawa isteri saya balik ke Malaysia, maksudnya saya mampu beli benda lain.”

Sementara di laman sosial, rata-rata orang ramai mempersoalkan tentang larangan menaiki penerbangan yang hanya memakan masa 40 minit itu sedangkan penerbangan selama lima jam dari Korea ke Malaysia dibenarkan.

Tertakluk peraturan

Namun tegas syarikat penerbangan berkenaan, pihaknya tertakluk kepada peraturan ketat membabitkan wanita hamil demi keselamatan mereka.

Kenyataan AirAsia menyebut, bagi wanita yang hamil sehingga 27 minggu, penumpang perlu memberitahu syarikat penerbangan dan menandatangani Penyata AirAsia / AirAsia X Liabiliti Terhad.

Manakala bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, penumpang perlu menyediakan sijil perubatan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan penumpang berkenaan.

"Penumpang juga akan menandatangani Penyata Liabiliti Terhad selain daripada surat doktor.

"Sebarang kehamilan yang 35 minggu dan ke atas tidak akan dibenarkan menaiki pesawat demi keselamatan dan kesejahteraan tetamu serta penumpang lain," katanya.

AirAsia merakamkan simpati ke atas kehilangan bapa penumpang tersebut.

Rela jaga sekali lagi


SEREMBAN: Bekas pengasuh remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui kurus kering dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak Taman Semarak, Nilai dekat sini rela menjaga remaja malang itu.
Norfitri Radius, 42, berkata, dia sanggup menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, sekiranya diberi kebenaran oleh pihak berkuasa. 
Norfitri pernah menjaga remaja malang itu kira-kira lapan tahun iaitu pada 2003 sebelum berkahwin dan berpindah ke Gemencheh, Tampin dekat sini, tiga tahun lalu. 

"Sepanjang saya menjaganya dulu, walaupun dia OKU tetapi badannya sihat dan berisi. Kadang-kala saya membawanya ke pantai di Port Dickson untuk diberi rawatan tradisional sehingga dia boleh berjalan sikit.
Foto
NORFITRI ketika ditemui selepas melawat keadaan remaja OKU di hospital. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Menurutnya, dia mengetahui berita penderitaan Muhammad Firdaus yang tidak terurus bercampur najis dan air kencing ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P, semalam dan tidak menyangka anak yang pernah dijaganya seperti anak sendiri menjadi seperti mayat hidup.

"Selepas melihat berita itu, saya segera menghubungi ibu Firdaus dan wanita itu mengakui itu anaknya dan menceritakan perkara sebenar kenapa Firdaus ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa. 

"Saya faham masalah yang dihadapinya sebab kami seperti adik beradik sentiasa berkongsi cerita dan masalah. Kali terakhir saya menghubunginya dua minggu lalu bertanyakan khabar dan dia memberitahu Firdaus sihat cuma tidak selera makan," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/22

Ukraine umum gencatan senjata


  • Ukraine menghentikan operasi ketenteraan selama tujuh hari sebagai usaha untuk meredakan ketegangan di timur negara itu. Ukraine menghentikan operasi ketenteraan selama tujuh hari sebagai usaha untuk meredakan ketegangan di timur negara itu.
KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengarahkan operasi ketenteraan ke atas kumpulan pelampau pro-Rusia dihentikan selama seminggu sebagai sebahagian daripada pelan damai untuk meredakan konflik di negara itu.

Poroshenko memaklumkan walaupun gencatan senjata dilaksanakan tentera tetap akan bertempur sekiranya kumpulan militan melancarkan serangan.

"Segala operasi ketenteraan akan dihentikan sehingga 27 Jun depan," katanya dipetik Al Jazeera.

Menurutnya lagi, langkah itu membolehkan kumpulan pelampau berundur dan meninggalkan negara itu bagi memberi peluang kepada kerajaan mengadakan rundingan baharu.

Kasih dua beradik bertaut


Hamidah Mohamed, 57, mengakui terpisah dengan adiknya Kamrauzzaman Mohamed, 56, selepas diserahkan kepada keluarga angkat dan hanya mengetahui mempunyai adik selepas keluarga angkat memaklumkannya apabila dia dewasa. 
“Selepas dewasa, keluarga angkat memberitahu, saya mempunyai seorang adik dan sejak itu saya tidak pernah berputus asa mencari adik lelaki saya itu. 

“Akhirnya selepas sekian lama menanti, doa saya dimakbulkan dan hari ini saya berjumpa dengan adik kandung semula, namun perasaan gembira itu bercampur dengan kesedihan apabila adik memaklumkan ibu dan ayah ayah sudah lama meninggal dunia,” katanya yang disatukan semula dengan adiknya kelmarin.
Foto
HAMIDAH memeluk adiknya, Kamrauzzaman dalam majlis pertemuan yang dianjur Batu Kurau FM.

Turut hadir pada majlis yang turut disiarkan secara langsung oleh Batu Kurau FM itu, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Ahli Parlimen Larut Datuk Hamzah Zainuddin serta penduduk tempatan.

Hamidah berterima kasih kepada semua pihak yang membantu termasuk media yang menyiarkan kisah pencariannya sehingga berjaya menemukan semula dia dengan adiknya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

Media Sri Lanka kritik polis


2014/06/23 - 04:58:39

Colombo: Media Sri Lanka semalam menunjukkan penyatuan yang jarang berlaku apabila membidas polis atas kegagalan mengawal pelampau Buddha anti Islam berikutan ketegangan agama yang meningkat selepas rusuhan di selatan pulau itu.

Sehari selepas sebuah kedai milik penduduk Islam dibakar di luar ibu negara Colombo, akhbar mingguan The Nation mengambil langkah luar biasa menyiarkan lidah pengarangnya sebagai berita utama di muka depan dengan tajuk: “Ketua Polis perlu letak jawatan.”

Media lain turut serta mengkritik polis berikutan kegagalan mereka mengambil tindakan terhadap kumpulan Buddha dikenali sebagai Bodu Bala Sena (BBS atau Askar Buddha) yang dipersalahkan berikutan rusuhan terbabit.

Mereka menuding jari terhadap kumpulan pelampau kerana rusuhan anti-Islam yang tercetus seminggu lalu menyebabkan empat maut, 80 cedera dan beratus-ratus rumah dan kedai musnah.

“Tahan beliau,” kata akhbar Sunday Leader menerusi tajuk utamanya, merujuk kepada ketua BBS, Galagodaatte Gnanasara, yang secara umum menafikan menjadi punca kepada masalah berkenaan.

Sunday Times pula berkata kebakaran sebuah kedai pakaian milik seorang Islam di Colombo kelmarin ‘satu petunjuk bahawa sebilangan penduduk mahukan keganasan ini tersebar.”

Polis Sri Lanka menyiasat punca kebakaran, di mana Menteri Kehakiman, Rauf Hakeem yang juga anggotai beragama Islam paling kanan dalam Kabinet Presiden Mahinda Rajapakse itu memutuskan ia sebagai satu kebakaran yang disengajakan.

Sting tidak wariskan harta kepada anak


Sting (dua dari kanan) bergambar dengan tiga orang anak perempuan dalam satu acara baru-baru ini. - Agensi
LONDON 22 Jun - Penyanyi rock terkenal, Sting mengumumkan bahawa anak-anaknya tidak akan mewarisi kekayaannya yang bernilai 180 juta pound (RM580 juta).
Sebaliknya, penyanyi itu berkata, anak-anaknya perlu berusaha sendiri bagi memperolehi kekayaan seperti yang dilakukannya.
Sebelum muncul sebagai seorang bintang rock yang berjaya, dia dibesarkan dalam keluarga yang miskin.
Bekas penyanyi kumpulan rock The Police itu, atau nama sebenarnya Gordon Sumner membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan kepada akhbar Daily Mail menyatakan bahawa anak-anaknya perlu berusaha sendiri dan tidak boleh berharap kepada kekayaan yang dimilikinya.
Menurut Sting, dia berharap tiga anak lelaki dan tiga anak perempuannya akan bekerja keras dan dia tidak akan mewariskan banyak harta kepada mereka.
Sting, 62, yang masih perlu membayar gaji kepada lebih 100 orang pekerjanya itu berkata; "Saya beritahu (anak-anak saya) tiada banyak harta yang akan diwariskan kepada mereka, kerana saya perlu membelanjakannya! Saya mempunyai banyak komitmen. Wang yang dimiliki akan dibelanjakan dan tiada banyak yang masih tinggal".
"Mereka (anak-anak saya) perlu bekerja. Semua mengetahui tentang perkara itu dan mereka jarang meminta apa-apa daripada saya. Saya menghormati sikap mereka itu dan menghargainya.
Sting bukan satu-satunya selebriti yang mengharapkan anak-anaknya berdikari.
Chef selebriti, Nigella Lawson juga pernah berkata yang serupa kepada anak-anaknya beberapa tahun lalu; "Saya berazam bahawa anak-anak saya tidak akan memiliki harta saya untuk diwarisi sebagai jaminan kehidupan. Ia akan merosakkan mereka untuk berusaha mencari wang."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140623/lu_08/Sting-tidak-wariskan-harta-kepada-anak#ixzz35PTVtJGc
© Utusan Melayu (M) Bhd