Wednesday, July 30, 2014

MIC kaitkan PAS dengan ustaz 'serbuk kari'

30 Jul 2014
Kira-kira 150 orang berhimpun di Dataran Brickfields pada jam 1 petang hari ini bagi mendesak supaya tindakan diambil terhadap seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Shahul Hamid.

Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan yang hadir pada protes itu menuntut PAS menjelaskan sama ada Shahul adalah seorang anggota parti itu selepas beliau didakwa menghina agama Hindu dalam satu ceramahnya di Shah Alam, Februari lalu.

"Jika ia benar, PAS mesti mengambil tindakan terhadapnya," kata Saravanan (kiri) yang mendakwa "diberitahu" akan perkara itu.

Satu klip video ceramah Shahul Hamid memaparkan beliau menyeru umat Islam agar tidak membeli serbuk kari daripada pembekal "Hindu" seperti syarikatAlagappas dan Baba'stersebar secara meluas baru-baru ini.

"Jika anda pergi ke kilang Alagappas terdekat Permatang Pauh, akan ada patung (dewi) di pintu masuk dan lidah keluar.

"Mengapa lidah keluar? Kerana dewi mesti rasa semua serbuk kari sebelum mereka menjualnya," Shahul berkata demikian dalam video tersebut.

Shahul kemudian memuat naik satu rakaman video permohonan maafnya di Facebook dan menjelaskan bahawa kenyataan itu dibuatnya pada satu majlis tertutup.

Beliau juga tidak menyangka videonya itu akan disebar meluas dan menimbulkan kontroversi.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail sewaktu dihubungi menafikan yang pendakwah berusia 39 tahun itu merupakan anggota kepada sayap tersebut.

Namun, beliau mengenali Shahul kerana tahu bahawa Shahul adalah seorang daripada peserta program realiti bagi mencungkil bakat pendakwah, Mimbar Pencetus Ummah.

“Dalam rekod keahlian Pemuda PAS tiada rekod nama beliau.

"Kita (PAS) tak pernah kenal Ustaz Shahul Hamid, tapi mengetahui beliau menyertai program Pencetus Ummah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sewaktu dihubungi pula menjelaskan pihaknya memerlukan sedikit masa untuk memeriksa jika nama Shahul terdapat dalam daftar keahlian mereka. Malaysiakini

Anwar akui Langkah Kajang lemah


PERMATANG PAUH 30 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Langkah Kajang yang dilaksanakan parti itu mempunyai kelemahan sehingga menjeremus Parti Keadilan Rakyat ( PKR) dalam pelbagai isu.
Anwar berkata, terdapat beberapa perkara dalam Langkah Kajang yang gagal mencapai matlamat.
"Kita akui ada kelemahan tetapi kita laksanakannya kerana mahu melonjakkan pentadbiran Selangor.
"Sebagai contoh pada 2009, dalam isu air , kita boleh jaja air percuma dan saya harap jika pentadbiran baharu nanti, kita boleh tawarkan lebih banyak perkara," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140730/po_05/Anwar-akui-Langkah-Kajang-lemah#ixzz38vYZzyMr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wan Azizah tidak keberatan jadi MB Selangor


PERMATANG PAUH 30 Julai - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau tidak keberatan memegang jawatan Menteri Besar Selangor seperti diumumkan suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, beliau turut melihat jawatan berkenaan sebagai tanggungjawab berat kepada rakyat.
“Saya tidak kisah apa yang dilontarkan oleh pihak tertentu. Ini kerana dalam PKR, ada pasukan untuk membantu," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140730/dn_19/Wan-Azizah-tidak-keberatan-jadi-MB-Selangor#ixzz38vYC3GJc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

19 maut Ukraine buru pemisah

19 maut Ukraine buru pemisahPasukan polis ‘Republik Rakyat Donetsk’ mengawal konvoi antarabangsa menuju ke lokasi pesawat terhempas di Shakhtarsk, wilayah Donetsk di timur Ukraine, semalam. - Foto AP Tentera kepung kawasan nahas MH17 terhempas

Kiev: Pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang awam, kata pegawai tempatan semalam, ketika Kiev meningkatkan serangan untuk memburu puak pemisah.

Tentera Ukraine berjaya memaksa pemberontak berundur kembali ke arah kubu kuat mereka di dua bandar utama di Donetsk dan Luhansk.
Ia juga mengepung beberapa tempat, termasuk kawasan pesawat komersial Malaysia MH17 terhempas pada 17 Julai lalu.

Pertempuran sengit

Pegawai berkata, 14 orang termasuk lima kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran pada petang Isnin di bandar Gorlovka/Horlivka, satu daripada beberapa tempat yang menyaksikan pertempuran sengit antara dua kuasa bertelagah itu sejak beberapa hari lepas.

Di bandar Luhansk, lima orang awam terbunuh apabila serangan mengenai sebuah penempatan warga tua.
“Musuh menggunakan segala-galanya ketika bertempur untuk menawan sepenuhnya ‘Republik Rakyat Donetsk” (DNR) kata komander pemberontak Igor Strelkov kepada wartawan di Donetsk petang kelmarin.

“Kami terkejut melihat sejumlah besar senjata yang digunakan dalam pertempuran ini,” kata Strelkov yang juga seorang warga Rusia.

Sumber pemberontak di Donetsk berkata tentera bantuan termasuk peralatan ketenteraan dan pasukan pejuang telah menyeberangi sempadan berdekatan dengan Russia ke Ukraine. Reuters tidak dapat mengesahkan maklumat itu.

Pemimpin pemberontak turut menegaskan secara terbuka bahawa Moscow tidak membekalkan senjata kepada mereka. Russia turut menafikan dakwaan Barat ia menyokong pemberontakan dengan senjata dan tentera. - REUTERS 

Tentera Ukraine kuasai lokasi nahas


SEORANG anggota puak pemisah pro-Rusia mengawasi kawasan 
berhampiran pos keselamatan mereka di sebuah bandar di Lisichansk, Ukraine kelmarin.


DONETSK - Tentera Ukraine kini menawan sebahagian besar kawasan lokasi nahas pesawat Malaysia MH17 di timur negara itu, kata kumpulan pemisah pro-Rusia kelmarin.
"Askar-askar Ukraine telah menguasai bahagian barat lokasi nahas," kata seorang ketua pemberontak berkenaan, Vladimir Antyufeev yang mengesahkan kemenangan tentera Ukraine.
Kerajaan Ukraine pula memberitahu, tentera negara itu kini memerangi pejuang pemisah di beberapa buah bandar termasuk Shakhtarsk yang terletak hanya 10 kilometer dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.
Perkembangan tersebut sekali gus mencabuli zon gencatan senjata yang diisytiharkan oleh kerajaan Ukraine baru-baru ini.
Zon bebas pertempuran itu melibatkan lingkungan 40 kilometer (km) dari tempat nahas MH17.
Antyufeev mengecam Kiev kerana melancarkan serangan walaupun sudah mengetahui bahawa pasukan antarabangsa merancang untuk memasuki lokasi nahas tersebut.
"Bedilan artileri tentera kerajaan menyebabkan kemusnahan beberapa lokasi di mana serpihan MH17 dikesan," katanya.
Kemaraan pihak tentera kelmarin berlaku ketika kerajaan Ukraine mendakwa memperoleh kemenangan di timur negara itu yang akan menyebabkan kubu kuat pemberontak di Donetsk kini terkepung.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz38u8YVjza 
Hakcipta terpelihara 

Polis Belanda terima 150 imej, klip video nahas MH17


GAMBAR fail yang dirakam pada 22 Julai lalu menunjukkan seorang pemberontak pro-Rusia menyentuh serpihan bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas dekat kampung Grabovo, timur Ukraine.


THE HAGUE, Belanda - Sejumlah saksi memuat naik 150 gambar dan rakaman video di sebuah komputer pelayan yang disediakan oleh polis Belanda bagi membantu siasatan Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kata seorang jurucakap.
Polis membuat rayuan secara dalam talian pada minggu lalu untuk mendapatkan imej sebelum, semasa dan selepas insiden tersebut berlaku.
Permintaan tersebut bertujuan untuk membantu pihak berkuasa menyusun semula peristiwa tragedi pesawat MH17.
Jurucakap itu, Franki Klarenbeek berkata, sebanyak 150 imej telah dimuat naik menerusi beberapa portal menggunakan empat bahasa iaitu Belanda, Inggeris dan Rusia dan Ukraine sejak pelayan itu beroperasi Jumaat lalu.
"Kami tidak tahu dari mana imej itu dirakam tetapi kami tahu ia dimuat naik menggunakan portal empat bahasa berbeza," katanya.
Pesawat membawa 298 orang itu ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di sebuah kawasan yang dikuasai puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.
Belanda yang mengetuai siasatan dan pengenalan mayat tragedi tersebut kehilangan 193 rakyatnya dalam penerbangan itu.
Amerika Syarikat (AS) mendakwa pesawat jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia yang ditembak oleh kumpulan pemisah pro-Moscow.
Rusia bagaimanapun menafikan dakwaan AS itu manakala komander pemisah, Igor Strelkov menyatakan pihaknya tiada kena mengena dengan nahas MH17. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz38u6EkH2u 
Hakcipta terpelihara 

Kemelut MB Selangor berkait isu air


Oleh Ibrahim Isa
Muar: Pertukaran Menteri Besar Selangor dikhuatiri menyebabkan lebih dua juta rakyat di Lembah Klang berdepan masalah kekurangan air, berikutan ura-ura menteri besar baru akan mengkaji semula perjanjian antara kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi.

Keadaan itu juga boleh menjejaskan jalan penyelesaian yang diambil bagi mengatasi masalah bekalan air menerusi projek Langat 2 tidak akan diteruskan, sekali gus mengakibatkan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berdepan dengan masalah air.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat ura-ura antara sebab Pakatan Rakyat (PR) mahu menukar Menteri Besar Selangor kerana tidak berpuas hati dengan persetujuan dicapai bersama Kerajaan Pusat.

“Satu daripada sebab diberikan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat perubahan ini (tukar menteri besar) apabila Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Ismail) menjadi menteri besar, mereka akan mengkaji semula perjanjian air yang dilakukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Kerajaan Persekutuan.

“Ini kerana, mereka tidak setuju dengan rundingan dibuat Khalid dengan Kerajaan Persekutuan untuk selesaikan masalah Langat 2 atau penstrukturan semula bekalan air di Selangor.

“Bagi kami dan saya sebagai Pengerusi Kabinet untuk menyelesaikan masalah ini, ia satu perkembangan yang cukup membimbangkan kerana perjanjian kini di peringkat mutakhir untuk dimeterai, namun ada pula ura-ura kononnya apabila menteri besar baru dilantik dia (menteri besar) akan mengkaji semula perjanjian itu,” katanya pada majlis jamuan hari raya bersama media di rumahnya di Tanjung Emas di sini, semalam.

Terdahulu, Muhyiddin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menziarah pusara keluarga di Tanah Perkuburan Islam Batu 1 dan Batu 6, Bakri, di sini.

Beliau tiba kira-kira jam 10 pagi dan meluangkan masa hampir sejam melawat pusara ibu bapa dan keluarganya.

Muhyiddin berkata, sekiranya perkara itu berlaku rakyat Lembah Klang akan menjadi mangsa kerana bekalan air dibekalkan di tiga kawasan itu datangnya dari negeri Selangor dan dibekalkan oleh syarikat konsesi yang dilantik.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

Gagal masuki lokasi pesawat terhempas


The Hague: Pasukan penyiasat antarabangsa gagal memasuki lokasi pesawat MH17 terhempas sejak tiga hari lalu susulan pertempuran berterusan di antara pasukan berkuasa Kiev dan tentera pemberontak pro- Russia.

Jurucakap Kementerian Kehakiman Belanda dipetik berkata, pasukan penyiasat Belanda dan Australia tidak dapat meninggalkan Donetsk untuk menuju ke lokasi kejadian di timur Ukraine.



Menurutnya, keadaan agak genting di lokasi kejadian akibat peperangan di antara dua pihak.

“Seramai 26 penyiasat dan polis tentera Belanda bersama 11 penyiasat Australia terpaksa menunggu di Donetsk sementara menanti masa sesuai untuk menyambung tugas siasatan,” katanya dalam kenyataan rasmi semalam.

Sementara itu, seorang pegawai keselamatan Ukraine dipetik berkata, terdapat serpihan letupan roket ditemui pada kotak hitam milik pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine.

Jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko berkata, penyiasat antarabangsa mendapati kesan penyahmampatan letupan yang besar akibat letupan roket pada data perakam penerbangan itu.

Bagaimanapun, kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan mengesahkan maklumat terbaru dari Kiev itu, dengan menyatakan bahawa mereka sedang menunggu gambaran lebih lengkap berhubung apa sebenarnya yang berlaku.

Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisis di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh kumpulan pemberontak pro-Russia yang mengawal lokasi nahas MH17 pada 22 Julai lalu.


Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak pro Rusia yang menembak jatuh pesawat itu dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

Sukar digambar kata-kata


The Hague: “Kandungan (cebisan mayat) di dalam beg plastik hitam itu amat menyeramkan dan sukar untuk pasukan penyiasat memprosesnya,” kata Ketua Polis Belanda, Gerard Bouman.
Menurutnya, apa yang ditemui di dalam beg hitam mengandungi mayat mangsa pesawat MH17 sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. 
“Anggota badan manusia sudah bercampur dan ada yang sudah berkecai menjadi serpihan yang kecil," katanya kepada agensi media  AFP. 

Dia yang memberi taklimat di Parlimen Belanda semalam berkata, pihaknya masih tidak dapat memastikan bilangan mayat penumpang MH17 yang belum ditemui.
Foto
PENYIASAT beri jaminan semua mayat di lokasi nahas di Donetsk akan dibawa pulang.

“Bukan semua mayat dan harta benda mangsa nahas pesawat MH17 ditemui.

“Saya ingin  memberi jaminan bahawa semua mayat akan dibawa pulang, tetapi saya percaya peluang tidak begitu baik bahawa kita akan mendapat kesemuanya (mayat mangsa),” katanya. 

Menurutnya semua ahli keluarga mangsa pesawat MH17 sudah dimaklumkan berhubung situasi dan kesukaran berkenaan. 

Sementara itu Ketua  Pasukan Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) Malaysia Dr Mohd Shah Mahmud berkata, pihaknya mengambil masa lama untuk merekodkan maklumat cebisan tubuh mayat mangsa nahas pesawat MH17. 

Beliau melalui The Rakyat Post dipetik berkata, tugas pengecaman mayat itu cabaran besar kepada 21 anggota pasukan dari Malaysia. 

“Ia memerlukan ketelitian untuk mengenal pasti identiti mangsa sepanjang tugas dilakukan di kemudahan ketenteraan Belanda, di Hilversum. 

“Dalam satu kes, kami mengambil masa berjam-jam hanya untuk proses memeriksa satu rahang manusia,” jelasnya. 

Beliau yang juga perunding patologi Hospital Kuala Lumpur berkata, terdapat dua kumpulan utama membabitkan 200 anggota kumpulan DVI pelbagai negara termasuk pasukan dari Malaysia selain kumpulan siasatan jenayah yang melakukan tugasan berkenaan. 

Dia berkata, mayat mangsa akan diperiksa kumpulan siasatan jenayah terlebih dahulu untuk mencari bukti seperti serpihan peluru berpandu menggunakan sinaran X-Ray. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

Serpihan peluru berpandu punca pesawat MH17 musnah


KIEV 29 Julai - Data daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu menunjukkan pesawat berkenaan musnah akibat terkena serpihan peluru berpandu, lapor seorang pegawai negara ini, hari ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko dalam sidang akhbarnya berkata, maklumat awal tersebut diperoleh daripada pakar Britain kemalangan udara yang ditugaskan untuk menganalisis data kotak hitam terbabit sebelum diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Belanda.
Jelasnya, penyiasat antarabangsa mendapati, punca pesawat itu musnah dan terhempas disebabkan ‘letupan penyahmampatan yang kuat’ akibat terkena beberapa serpihan letupan peluru berpandu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Belanda enggan mengesahkan maklumat daripada kerajaan Kiev itu kerana mahu menunggu gambaran yang lebih jelas tentang punca sebenar kejadian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140729/lu_02/Serpihan-peluru-berpandu-punca-pesawat-MH17-musnah#ixzz38tjpJnWn
© Utusan Melayu (M) Bhd