Friday, June 13, 2014

Asia penting kepada Amerika Syarikat

Hillary Clinton
Hillary Clinton
NEW YORK- AMERIKA SYARIKAT.- Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton menekankan tentang kepentingan Asia kepada Amerika Syarikat semasa beliau mengimbas kembali pada Khamis tentang tugas beliau selama empat tahun sebagai diplomat utama AS.
Semasa perbincangan di Majlis Hubungan Luar, badan pemikir polisi luar AS, beliau berkata lawatan luar pertama beliau sebagai setiausaha negara ialah ke Asia sebagai manifestasi pendadbiran AS untuk menyeimbangi semula kepentingan atau sesetengah orang memanggil paksi Asia.
Beliau berkata menyeimbangi semula kepentingan merupakan antara langkah strategik yang dibuat dalam tempoh empat tahun pertama Pentadbiran (Presiden Barack) Obama.
AS sentiasa menjadi kuasa Pasifik tetapi terdapat "persaan yang tersebar luas dalam kalangan rakan-rakan kita bahawa AS pada dasarnya mengosongkan lapangan," katanya yang disebut-sebut oleh majoriti Parti Demokratik sebagai calon presiden mereka bagi pilihan raya 2016.
"Ini tidak syak lagi kebanyakan sejarah dunia akan dibentuk di Asia. Sebab itu, saya mengambil keputusan untuk ke Asia dahulu. Saya ke Indonesia untuk menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama, membolehkan AS menjadi peserta aktif di rantau Asean dan akhirnya menjadi anggota Sidang Kemuncak Asia Timur.
"Matlamat kita ialah untuk menyokong dan menonjol AS dalam pelbagai arkitektur di Asia. Ia juga bagi memastikan pakatan kita seperti Jepun bahawa kita kekal komited kepada mereka.
"Kita mahu cuba mengadakan dialog yang meluas dengan China. Dialog kita dengan China ialah mengenai ekonomi tetapi kita mempunyai banyak persoalan strategik yang perlu ditangani.
"Saya bekerja dengan Tim Geithner (bekas setiausaha perbendaharaan) dan kemajuan sedang dibuat mengenai TPP (Perkongsian Trans-Pasifik). Presiden memerlukan kuasa yang segera dari Kongres (untuk menyegerakan TPP),” kata Clinton.
Presiden Obama yang memberi keutamaan kepada TPP turut membangkitkan perkara ini dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Malaysia baru-baru ini.
Semasa perbincangan itu, Clinton turut memberi pandangan bahawa keadaan di banyak tempat di dunia adalah membimbangkan.
Memoir beliau setebal 656 muka surat 'Hard Choices' telah berada di pasaran, yang antara lain memuatkan fikiran, anekdot menarik bukan sahaja mengenai Jabatan Negara AS tetapi pertemuan beliau dengan pemimpin dunia. - Bernama

Waris penumpang MH370 di Kedah tolak pampasan

MH370
ALOR SETAR - Keluarga Chew Kar Moi, seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang, enggan menerima bayaran pendahuluan pampasan selagi tiada bukti penemuan bangkai pesawat atau mayat Chew.

Kakaknya, Chew Kar Hui, 33, berkata keluarganya enggan menerima pampasan itu selepas diberi taklimat oleh pihak Malaysia Airlines bulan lepas.

Beliau berkata tidak ada gunanya wang pampasan itu diterima keluarganya sedangkan bukti penemuan bangkai pesawat dan mayat adiknya  tidak diketahui hingga kini.

"Duit tak mampu ubati luka dan kekecewaan keluarga kami. Kami mahu terus dibela dengan meminta pihak berwajib meneruskan operasi pencarian sehingga terjumpa bukti pesawat itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Chew berkata keluarganya juga enggan menguruskan hal berkaitan dengan insurans walaupun Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sebelum ini bersetuju mempermudahkan proses prosedur tuntutan.

Chew berkata keluarganya enggan melakukan sebarang proses bagi membuat tuntutan selagi kehilangan pesawat tiada sebarang berita.

"Duit bukan keutamaan buat masa kini dan kami tetap berharap dan berharap agar dia (Kar Moi) pulang dengan selamat," katanya.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin semalam mengumumkan tujuh waris pesawat MH370 iaitu enam dari Malaysia dan seorang  dari China menerima pampasan  sebanyak US$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.

Pada 8 Mac lepas pesawat boeing 777-200ER yang membawa 329 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada  imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. - Bernama

Pervez dibenar tinggalkan Pakistan


Karachi: Mahkamah Pakistan semalam mengarahkan kerajaan negara itu menarik balik sekatan keluar negara yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri, Pervez Musharraf.

Karachi: Mahkamah Pakistan semalam mengarahkan kerajaan negara itu menarik balik sekatan keluar negara yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri, Pervez Musharraf.


Arahan ini membolehkan Pervez meninggalkan negara itu dalam tempoh 15 hari.



Pervez yang menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk pengkhianatan selepas kembali daripada buangan tahun lalu, menanti keputusan sekatan keluar negara yang dikenakan ke atasnya ditarik balik sejak April.


‘Pemergiannya’ dari Pakistan akan mengurangkan pergeseran dengan Perdana Menteri Nawaz Sharif.


“Larangan keluar negara yang dikenakan ke atas Pervez dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Sindh tetapi ia hanya akan berkuat kuasa selepas 15 hari. Sepanjang tempoh itu, kerajaan boleh merayu keputusan berkenaan,” kata peguamnya Farough Naseem.

Kerajaan Pakistan sebelum ini enggan membenarkan Pervez yang juga bekas panglima tentera negara iu selagi ia tidak mendapat perintah mahkamah. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

MELAYU HILANG BAKAT BERNIAGA, UMNO KENA TARIK ORANG MUDA

MELAYU HILANG BAKAT BERNIAGA, UMNO KENA TARIK ORANG MUDAIkuti temu bual dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin: Siri 1

S: Tun juga dilihat sangat kritikal?

J:
Jika ada yang tidak betul saya tegur dan tidak semestinya idea saya betul. Kenapa saya hendak membangkang, saya ahli perniagaan dan ini negara saya... saya sayangkan negara saya. Saya bagi pandangan dan teguran demi kebaikan negara.
Saya buat teguran kerana sayang UMNO supaya UMNO terus diterima bukannya ada tujuan memburukkan sesiapa. Saya sudah bersara, tidak ada kepentingan apa, saya menegur kerajaan untuk kebaikan. Tidak salah berbahas, jika betul kita terima dan jika salah tidak perlu diambil. Apa guna hantar anak-anak ke universiti tetapi apabila mereka tegur kita tidak mahu terima. Mereka kemukakan soalan kepada kerajaan dan kerajaan perlu menjawabnya, mereka ini mahu tahu saja.Antara berita menarik dalam sisipan SKUAD dalam akhbar BH, Khamis 3 April, 2013. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital dihttp://subscription.nstp.com.my/

JAIS diarah pulangkan Bible bahasa Melayu


2014/06/13 - 01:03:01
Shah Alam: Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan semula 300 kitab Bible versi bahasa Melayu yang dirampas Januari lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Salehen Mukhyi serta Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman, diarah membantu proses pemulangan itu.

“Salehen dan JAIS juga sudah diminta untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak yang terbabit terutama Persatuan Bible Malaysia (PBM) bagi menyelesaikan perbezaan pendapat secara baik sekali gus menjaga keharmonian beragama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, pihaknya turut dinasihatkan Penasihat Undang-Undang Negeri untuk mengambil langkah mengikut perundangan dalam mengendali barang kes yang dirampas.

“Kerajaan negeri berterima kasih kepada Jabatan Peguam Negara atas segala nasihat dan juga kepada PBM kerana memberikan kerjasama yang baik ketika siasatan dijalankan,” katanya.

Kelmarin, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani mengumumkan Jabatan Peguam Negara tidak akan membuat sebarang pendakwaan terhadap rampasan Bible yang dilakukan JAIS, awal tahun ini.