Tuesday, June 28, 2011

Kenyataan Zahid Hamidi disanggah

SH

Kenyataan ini adalah respon kepada laporan laman akhbar bertarikh 27 Jun

“Nik Aziz digesa solat istikharah” yang memetik kata-kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi:

“Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak?"

UMNO semakin tersepit pada hari ini. Tidak cukup dengan kebiadapan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur yang menggambarkan persepsi negatif terhadap Islam, pada hari ini kita membaca pula kenyataan Naib Presidennya yang menggesa supaya Pas melakukan solat istikharah dalam menangani isu seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Gesaan tersebut menyerlahkan lagi kejahilan beliau terhadap hukum feqah di dalam Islam. Solat istikharah tidak dilaksanakan untuk bertujuan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dalam isu ini, seseorang itu tidak dianggap bersalah melakukan kesalahan zina selagimana tidak didatangkan dengan empat orang saksi. Ini adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t secara jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Ianya merupakan kaedah keterangan yang dipegang di dalam Islam. Selagimana tidak di datangkan 4 orang saksi maka sesorang itu adalah tidak bersalah dan tidak melakukan zina. Tiada seorang Islam pun yang berhak untuk keluar daripada ketetapan Allah s.w.t ini.

Para alim ulama di dalam UMNO seharusnya menasihatkan pemimpin mereka supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan urusan agama sebelum masyarakat turut menjadi harubiru dek kerana kenyataan tersebut.

Dr. Khairuddin Aman Razali,
Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat



Dipetik daripada blog Ketua Penerangan Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Bersih: Bangunan PKR diugut akan dibakar

SH

Sekumpulan pemuda diketuai AJK Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam, dikatakan berkonvoi di hadapan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada jam 11 malam tadi.

100 pemuda yang berpakaian merah tersebut berhimpun di bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya dan mengugut untuk membakar bangunan tersebut sekiranya PKR tetap menyertai perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam twitternya menyifatkan kumpulan pemuda tersebut sebagai "samseng upahan UMNO", malah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.




Dalam masa yang sama, EXCO kerajaan negeri Selangor, merangkap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga turut membidas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR.

Pemuda UMNO yang berada di situ dikatakan mencemuh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan.

Elizabeth menganggap tindak-tanduk Pemuda UMNO tersebut sekadar untuk menakut-nakutkan rakyat malah PKR tidak akan berganjak dan akan terus dengan perjuangan mereka.

Klip video yang merakamkan sebahagian kejadian tersebut juga telah dimuatnaik ke Youtube.

Patriot ditubuhkan oleh Pemuda UMNO dan Kelab Putra 1Malaysia, mendakwa mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan pada 9 Julai.

Tangkapan menjelang himpunan BERSIH cecah 81

Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH 2.0 berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai, polis melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.

Bagaimanapun, tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu, akan membatalkan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya.

Polis mula melancarkan operasinya Rabu lalu dengan menangkap ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Razali Abd Ghafar, yang menjual baju-T BERSIH semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sepang.

Penjualan baju-T kuning - warna tema BERSIH - kini mendapat sambutan hebat di Lembah Klang.

NONEIa diikuti dengan lebih banyak tangkapan apabila siri jelajah
pra-perhimpunan BERSIH ke seluruh negara dilancarkan pada hari Jumaat di Shah Alam.

Polis mengerahkan lebih 50 anggotanya ke tempat berkenaan dan menangkap timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang berpakaian baju-T BERSIH.

Polis terus mengawal tempat berkenaan sehingga jam 3 pagi.

Pada hari yang sama, tujuh ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Kluang, Johor, semasa mereka mengedarkan risalah mengenai perhimpunan tersebut.

[Baca berita penuh]Tangkapan menjelang himpunan BERSIH cecah 81 - Malaysiakini

Pak Samad: Puisi sudah jadi 'senjata'

Sasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."

"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.

NONE"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.

"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.

Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

"Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga.

"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Terdahulu ketika dihubungi Malaysiakini, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com.

Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.

"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.

"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.

"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.Pak Samad: Puisi sudah jadi 'senjata' - Malaysiakini

Buku rakam ketakutan zaman Dr M

Jimadie Shah Othman
Jun 28, 11
12:39pm
Bukan sahaja dunia politik bergelora apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Reformasi pada 1998, tetapi pergolakan antara kaum intelektual dan budayawan juga yang tidak kurang hebatnya.

Bagaimanapun, dalam tempoh lima tahun kemudiannya - yang dilabelkan sebagai zaman getir dan pahit - golongan inilah yang dilihat sebagai 'tidak berguna', sekali gus mengumpul pelbagai gelaran negatif.

Dalam Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa, penulis Raja Ahmad Aminullah mengambil tindakan berani merekodkan semua gelaran itu, termasuklah pengampu, 'pahlawan kesiangan', laih, terkembiri dan terpalit dengan 'sindrom cium tangan'.

"Sebenarnya terlalu ramai golongan intelektual apatah lagi yang disebut 'era reformasi' 1998-2003 memilih apa yang dianggap mereka sebagai jalan selamat tapi sebenarnya merupakan suatu penzaliman terhadap ilmu yang mereka miliki," tulisan dalam bab "Ruang Ketiga" itu dipetik.

Raja Ahmmad - yang terkenal sebagai aktivis budaya dan pemilik galeri seni rupa terkenal di ibu negara - merumuskan, walaupun wujud gelombang subterranean (bawah tanah) melalui muzik, teater dan penulisan, golongan itu dipinggirkan di arus perdana.

Malah, tambahnya, bagi sebahagian ahli politik, ia dianggap sebagai "bahan bakar" dan "ramuan" apabila diperlukan.

Dalam buku setebal 127 halaman itu, Raja Ahmad bagaimanapun nampak segan-segan menyebut secara langsung pihak yang dikritianya.

Oleh yang demikian, membaca koleksi esei-esei budaya ini menyebabkan kita sering terjumpa pihak yang hanya dirujuk sebagai "bekas menteri itu", "seorang teman" dan "penceramah agama dan motivasi itu".

Fenomena 'jangan petik saya'

Dengan gaya santai, Raja Ahmad banyak mengungkapkan kebisuan golongan budayawan dan intelektual melalui kisah dan anekdot ringkas bagi menggambarkan budaya takut pada masa itu.

Antaranya, beliau merakamkan sifat kritikal golongan itu yang gundah dengan perkembangan politik semasa tetapi ironisnya sering pula mengakhiri perbualannya dengan kata-kata "don't quote me"(jangan petik saya).

Bagi Raja Ahmad, kumpulan itu lebih bertindak sebagai "pengumpul rungutan" daripada membentuk dasar, menulis buku atau mengimarahkan wacana.

Beliau sampai kepada kesimpulan itu apabila menghadiri sesi perbincangan semasa Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur pada tahun 2005 yang didominasi pesara penjawat awam.

Ketika membincangkan tentang relevansi karya sastera klasik Melayu, bekas pegawai kerajaan yang hadir mengambil peluang "menyenaraikan rungutan" terhadap orang politik, jabatan awam, agensi budaya dan orang muda.

"Soalan yang saya rasa mendesak untuk keluar daripada halkum saya ialah: apakah yang telah mereka lakukan sewaktu menjawat jabatan-jabatan kanan di agensi-agensi dan jabatan-jabatan tersebut," Raja Ahmad dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, di sebalik kisah-kisah negatif itu, Raja Ahmad juga tidak lupa menyanjung tokoh akademik, antaranya seorang bekas naib canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dikatakan dituntut letak jawatan kerana menyindir menteri.

Profesor sindir menteri disingkir

Semuanya hanya gara-gara profesor itu Dr Zohadie Barjae dikatakan membaca pantun Sasterawan Negara Usman Awang dalam majlis makan malam universiti yang berbunyi:

"Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama jadi menteri".

Bagaimanapun, membicarakan pergolakan antara 1998 hingga 2003, tidak lengkap tanpa menyentuh tentang Anwar dan perdana menteri pada waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana, perseteruan dua tokoh penting ini dilihat sebagai pencorak utama kepada keadaan politik pada hari ini.

Dalam buku ini, Dr Mahathir nampaknya dirakam sebagai antara penyumbang ke arah wujudnya "budaya takut" yang berpanjangan dalam masyarakat kita.

"Selepas berakhir zaman tersebut, sebahagian mereka masih lagi termangu-mangu mengenangkan apa yang berlaku sekitar tahun 1998-2003 tersebut," tulisan dalam bab "Merentas Waktu" itu dipetik.

Malah, Anwar yang dikatakan menjadi mangsa "tindakan aib" pula digambarkan mempunyai wilayah pengaruh yang tersendiri, bermula dar zaman gerakan pelajar sekitar tahun 1970-an sehingga jadi "pembantu setia" Dr mahathir sehingga tahun-tahun 90-an.

"...pengaruh (Anwar) tetap ada walau tidak semestinya sama dengan pernyataan-pernyataan dan kenyataan politiknya," tulis Raja Ahmad lagi.

Sama ada Anwar membuat comeback, Raja Ahmad tidak mampu memberikan jawapan pasti.

Bagaimanapun, katanya, terserah kepada pada masa, keupayaan diri sendiri serta kesediaan kawan dan penyokongnya untuk terus percaya pada perjuangannya.Buku rakam ketakutan zaman Dr M - Malaysiakini

16 ditahan di Selangor cuba hasut sertai perhimpunan haram


PETALING JAYA 27 Jun - Seramai 16 lelaki ditahan setelah cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, tindakan pencegahan itu dilakukan bagi memastikan orang ramai tidak terpengaruh dan menyertai perhimpunan tersebut.

Katanya, kesemua tangkapan dilakukan di Shah Alam, Gombak, Klang Utara dan terbaru seramai lapan orang di Taman Kosas, Ampang dekat sini.

Tambahnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967, iaitu perhimpunan tanpa permit yang sah.

"Mereka kemudian dibebaskan selepas diambil keterangan. Kita dapati mereka itu menghasut orang awam untuk hadir ke perhimpunan tersebut," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Ibrahim dipanggil beri keterangan isu ucapan berunsur hasutan



IBRAHIM Ali melambai tangan ke arah petugas media selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Jun - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung ucapan beliau di Kampung Baru pada 19 Jun lalu yang dikatakan berunsur hasutan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pasir Mas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada pukul 11.50 pagi untuk siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Ibrahim ketika ditemui selepas diambil keterangan selama dua jam menegaskan, Perkasa tidak akan membatalkan perhimpunan pada 9 Julai ini, jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap ingin meneruskan perhimpunan haram itu.

"Ingin saya tegaskan pendirian kita (Perkasa) mudah. Jika Bersih membatalkan perhimpunan itu, maka kita juga akan melakukan perkara sama.

"Sebaliknya, jika mereka teruskan, kita juga akan meneruskan bagi mempamerkan kepada dunia tindakan Bersih itu bukan mewakili seluruh rakyat.

"Ia tindakan sebahagian daripada golongan tertentu yang didalangi oleh parti pembangkang yang semata-mata ingin membuat kekecohan," katanya.

Tambah Ibrahim, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar perlu bertindak tegas dan menggunakan undang-undang sedia ada bagi mengekang perhimpunan haram itu.

"KDN dan pihak polis sewajarnya tidak hanya memberi kata dua kepada kumpulan itu untuk berhimpun. Kalau ia perlu ditangkap, maka tangkap.

"Jangan tunggu nasi menjadi bubur dan menunggu masa yang panjang kerana keadaan akan menjadi lebih buruk jika bertindak selepas perkara itu berlaku," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Saksi sakit, perbicaraan ditangguh


SHAH ALAM 27 Jun - Perbicaraan kes kematian remaja, Aminulrasyid Amzah di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan kepada Jumaat ini berikutan saksi yang sepatutnya menyambung keterangan hari ini mengalami sakit dada.

Hakim Latifah Mohd. Tahar membenarkan penangguhan di kamar beliau selepas bekas Ketua Bahagian Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan mengadu kurang sihat.

Amidon yang dilantik sebagai perunding forensik bebas memberi keterangan sebagai saksi pembelaan kedua serta sedang disoal balas oleh pihak pendakwaan.

Beliau yang juga pensyarah pelawat di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi pendapat berhubung siasatan di tempat kejadian jenayah.

Dalam kes ini, Koperal Jenain Subi, 49, dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April tahun lalu.

Bapa kepada empat anak itu dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Permohonan gabung dua saman Felda ditolak


KUALA LUMPUR 27 Jun - Permohonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama tiga lagi defendan untuk menggabungkan saman Felda terhadap mereka dengan saman organisasi itu terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk John Louis O'hara menolak dengan kos RM2,000 permohonan peguam N. Surendran yang mewakili defendan.

Surendran mewakili Wan Azizah, Naib Presidennya, Dr. Syed Husin Ali, penyunting akhbarSuara Keadilan, Dzulkarnain Taib serta penulis artikel, Rusnizam Mahat.

Menurut peguam itu, defendan membuat permohonan tersebut atas alasan ia membabitkan fakta dan isu yang sama.

Namun begitu, katanya, peguam Datuk Mahinder Singh Dulku bersama Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Felda selaku plaintif membantah permohonan itu kerana ia membabitkan dua saman yang berlainan.

Surendran berkata, ketika menolak permohonan tersebut, hakim itu menyatakan, mahkamah menyifatkannya sebagai pramatang dan perlu ditolak.

Pada 16 Ogos 2010, Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan sebuah syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. memfailkan saman fitnah RM200 juta terhadap enam defendan termasuk penerbit serta pencetak akhbar rasmi PKR tersebut ekoran penyiaran artikel bertajuk Felda Bangkrap.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

PLO minta PBB iktiraf Palestin September ini


RAMALLAH 27 Jun - Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) secara rasmi mengumumkan, pihaknya akan mendapatkan pengiktirafan Palestin sebagai negara merdeka daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September ini, lapor media tempatan semalam.

Pengumuman itu dibuat selepas satu pertemuan kepimpinan PLO di Ramallah.

"Saya pernah katakan, kami akan mendapatkan pengiktirafan PBB sekiranya rundingan gagal.

"Sehingga kini, masih belum ada usaha baru untuk kembali ke meja rundingan," kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kepada perwakilan PLO semalam.

Setiausaha Jawatankuasa PLO, Yasser Abed Rabo turut menyeru semua negara di dunia agar menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Palestin.

Rancangan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan PBB sebagai negara merdeka berdasarkan sempadan 1967, merupakan satu langkah yang disifatkan Amerika Syarikat (AS) 'bukan pilihan' yang dibuat tanpa perjanjian dengan Israel.

AS dan negara-negara Eropah termasuk Jerman dengan jelas menyatakan, mereka membantah 'deklarasi satu pihak' pada September ini kerana ia tidak melibatkan Israel.

Bagaimanapun, Brazil dan Argentina menyokong usaha tersebut.

Rancangan mendapatkan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara bebas itu juga menggambarkan kekecewaan Palestin berhubung proses damai yang terhenti dengan Israel.

Proses damai Palestin-Israel terhenti sejak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memerintah dua tahun lalu. - dpa

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

ICC keluarkan waran tangkap terhadap Gaddafi


THE HAGUE, 27 Jun – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kerana melakukan jenayah kemanusiaan terhadap penunjuk perasaan yang menentang rejimnya.

Dua lagi individu yang turut dikeluarkan waran tangkap oleh ICC ialah anak sulung Gaddafi, Saif al-Islam dan ketua risikannya, Abdullah Senussi.

Hakim Sanji Mmasenono Monageng mengumumkan keputusan itu mewakili barisan tiga hakim di The Hague dengan menyatakan waran itu dikeluarkan bagi memaksa Gaddafi dan dua pegawainya dihadapkan ke mahkamah.

Bagaimanapun, ICC tidak menyatakan bilakah waran tangkap tersebut akan dikuatkuasakan.

Ini merupakan kali kedua dalam sejarah sembilan tahun ICC yang menyaksikan seorang pemimpin negara dikeluarkan waran tangkap ke atasnya ketika masih memerintah.

ICC pada 2009 mengeluarkan waran sama ke atas Presiden Sudan, Omar al-Bashir.

Ketua pendakwa raya ICC, Luis Moreno-Ocampo mengemukakan bukti 74 muka surat kepada panel berkenaan pada 16 Mei lalu, yang meminta waran tangkap dikeluarkan ke atas Gaddafi, Saif dan Senussi.

Dalam pendakwaannya, pendakwa raya itu menyatakan ketiga-tiga individu tersebut telah bertemu dan merancang kekejaman ke atas penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan di Libya pada pertengahan Februari lalu.

Ocampo berkata, Gaddafi dan Senussi didakwa mengeluarkan arahan supaya menyerang penunjuk perasaan, sementara Saif menguruskan pengerahan askar upahan di bahagian timur Libya.

Dalam pendakwaan itu, anggota keselamatan dan askar upahan didakwa menyerang orang awam menggunakan senjata berat semasa upacara pengebumian dan mengupah penembak tepat untuk membunuh orang ramai yang meninggalkan masjid.– Agensi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Populariti Susilo merosot

JAKARTA 27 Jun - Tahap kepercayaan dan keyakinan rakyat Indonesia terhadap kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semakin menurun.

Berdasarkan satu kaji selidik yang dilakukan di kalangan 1,200 responden, tahap kepuasan rakyat Indonesia terhadap Susilo menurun ke paras 47.2 peratus berbanding 56.7 peratus pada Januari lalu.

Hasil kajian Lembaga Kaji Selidik Indonesia (LSI) mendapati, penurunan tahap kepuasan rakyat negara itu disebabkan kegagalan Susilo menyelesaikan pelbagai isu melibatkan parti pimpinannya, Parti Demokrat.

Faktor lain ialah hal-hal melibatkan pengurusan ekonomi negara serta kepentingan rakyat yang gagal ditangani Susilo turut menyebabkan beliau hilang kepercayaan.

Menurut Pengarah Lembaga Lingkaran Kaji Selidik Umum (LKSP) iaitu anak syarikat LSI, Sunarto Ciptoharjono, penurunan tahap keyakinan kepimpinan Presiden di bawah 50 peratus seharusnya dibimbangi Susilo saat ini.

"Ini merupakan saat yang kritikal bagi Presiden. Beliau (Susilo) harus berundur (bagi meningkatkan semula populariti) sebelum 2014 atau ia hanya akan memberikan kesan pada parti pimpinannya pada pilihan raya umum kelak (seandainya beliau tidak meletak jawatan)," katanya seperti dilaporkan media-media utama Indonesia hari ini.

Kata Sunarto, persepsi rakyat iaitu Susilo lambat mengambil tindakan proaktif dalam beberapa isu turut menjejaskan lagi kredibilitinya.

"Dakwaan skandal rasuah dalam parti pimpinannya secara tidak langsung membuatkan rakyat hilang percaya terhadap cita-citanya mahu membanteras rasuah," kata Sunarto.

Skandal rasuah yang melibatkan Bendahari Parti Demokrat, Muhammad Nazaruddin mencetuskan kebimbangan rakyat yang menjangka ramai lagi pihak yang terlibat sama dalam kes berkenaan.

Bahkan kes-kes lain termasuk skandal Bank Century dan isu perkembangan militan yang belum berakhir di Indonesia turut memberi kesan pada populariti Susilo. - Utusan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Pemberontakan di selatan Thai menjadi fokus pilihan raya



Abhisit Vejjajiva menerima bunga daripada penduduk semasa berkempen pilihan raya di wilayah Narathiwat pada 21 Jun lalu. - AFP


YALA 27 Jun - Pemberontakan di selatan Thailand menjadi fokus perbahasan politik menjelang pilihan raya umum pada 3 Julai ini, selepas beribu-ribu terbunuh di wilayah itu dalam keganasan yang berlaku hampir setiap hari sejak tujuh tahun lalu.

Konflik berlarutan di wilayah selatan Thai mendedahkan penduduknya yang majoriti beragama Islam kepada tembakan, letupan bom dan serangan lain yang didakwa dilakukan oleh puak pemisah yang tidak dikenali dan tidak diketahui matlamat sebenar mereka.

Pengkritik menuduh kerajaan gagal meredakan rasa tidak puas hati penduduk Islam, termasuk pelanggaran hak asasi manusia yang didakwa dilakukan oleh tentera dan tanggapan bahawa identiti etnik, bahasa dan agama mereka tidak dihormati.

Walaupun parti-parti utama yang bertanding dalam pilihan raya umum pada bulan depan turut berkempen di selatan Thai, tidak ramai penduduk di wilayah ini berasa optimis pengundian itu akan membawa masa depan lebih cerah kepada mereka.

"Semua parti itu lebih kurang sama, sesetengahnya lebih baik sedikit, setengahnya lebih teruk sedikit, tetapi kesemua mereka melayan kami dengan buruk," kata seorang lelaki Islam berusia 48 tahun yang datang untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang mengadakan kempen kepada pengundi.

Seorang lagi lelaki Islam, Peng, 50, berikrar dia akan mengundi 'Tidak', sebagai sokongan kepada kempen untuk membiarkan kertas undi kosong.

"Orang dalam kerajaan tidak pernah menunaikan janji mereka, kerana itu saya sudah bosan dengan politik," katanya.

Kerajaan bagaimanapun mendakwa keadaan semakin bertambah baik.

"Langkah yang jelas telah diambil ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan.

"Terdapat sikap saling mempercayai yang lebih ketara antara penduduk dengan pegawai tempatan," kata Abhisit semasa kunjungan singkat ke selatan Thai pada minggu lepas.

Beliau mengakui keganasan terus berlaku dari semasa ke semasa tetapi yakin kitaran keganasan yang berpunca daripada pihak kerajaan tidak akan berulang. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Empat pemimpin Khmer Rouge dibicara lakukan jenayah perang


PHNOM PENH 27 Jun - Empat pemimpin kanan Khmer Rouge yang masih hidup dibicarakan hari ini atas tuduhan melakukan jenayah perang, tiga dekad selepas revolusi 'Padang Pembunuhan' antara babak paling hitam dalam sejarah abad ke-20.

Kesemua defendan itu kini sudah tua dan uzur termasuk pegawai kanan Pol Pot yang merupakan pemimpin rejim komunis Khmer Rouge yang bertanggungjawab menyebabkan kematian kira-kira 1.7 juta rakyat Kemboja dari 1975 hingga 1979.

Orang kanan Pol Pot, Nuon Chea yang juga dikenali sebagai 'Saudara Nombor Dua'; bekas Presiden, Khieu Samphan; bekas Menteri Luar, Ieng Sary dan bekas Menteri Hal-Ehwal Masyarakat, Ieng Thirith tidak menunjukkan sebarang emosi ketika kenyataan pembukaan kepada tribunal tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dibacakan di dalam sebuah auditorium yang penuh sesak.

Prosiding tersebut disiarkan melalui televisyen ke seluruh negara.

Hampir 25 peratus daripada penduduk Kemboja maut akibat diseksa, dibunuh, dibiarkan kebuluran dan dikerah menjadi buruk paksa semasa pemerintahan Khmer Rouge.

Empat defendan itu didakwa melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan kaum, selain pelbagai jenayah lain mengikut undang-undang antarabangsa dan Kemboja, termasuk pembunuhan, perhambaan, penindasan agama dan politik, layanan tidak berperikemanusiaan dan penahanan tidak sah.

Kesemua mereka dijangka mengaku tidak bersalah.

Pol Pot yang dikenali sebagai 'Saudara Nombor Satu' meninggal dunia pada 1998.

Sesi pembukaan perbicaraan menyaksikan percubaan pasukan peguam Ieng Sary untuk meminta tribunal membuang kesnya atas dakwaan dia telah dibicarakan sebelum ini atas tuduhan sama.

Ieng Sary dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah yang didirikan oleh tentera Vietnam yang menyerang Khmer Rouge pada 1979 dan diberi pengampunan oleh Raja Norodom Sihanouk 17 tahun kemudian. - Reuters

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Israel: Wartawan sertai flotila akan diusir


BAITULMAQDIS 27 Jun – Israel memberi amaran kepada wartawan asing yang ditangkap di dalam flotila kapal bantuan menuju ke Genting Gaza bahawa mereka akan diusir dan diharamkan memasuki negara itu selama 10 tahun.

Tindakan rejim Zionis itu boleh memburukkan lagi hubungan antara Israel dengan media antarabangsa.

Wartawan berkata, mereka patut dibenarkan membuat liputan mengenai kejadian yang wajar dilaporkan tetapi rejim Yahudi mendakwa, dengan menyertai flotila itu petugas media bersubahat dalam percubaan untuk melanggar sekatan tentera laut Israel ke atas Gaza, wilayah yang diperintah oleh Hamas.

Amaran Israel itu menggambarkan kebimbangannya terhadap flotila antarabangsa yang dirancang belayar semula ke Gaza tidak lama lagi, setahun lebih selepas misi serupa berakhir dengan pembunuhan sembilan aktivis Turki dalam pertempuran dengan komando tentera laut Israel yang memintas mereka.

Pengarah Pejabat Media Kerajaan, Oren Helman dalam suratnya kepada wartawan asing semalam menyifatkan flotila itu sebagai ‘provokasi berbahaya yang dianjurkan oleh anasir pelampau Barat dan Islam untuk membantu Hamas’.

Helman memberi amaran kepada wartawan bahawa dengan menyertai flotila itu, mereka ‘sengaja melanggar undang-undang Israel dan boleh diharamkan daripada memasuki Israel selama 10 tahun, dirampas peralatan mereka selain dikenakan sekatan tambahan’.

Persatuan Media Asing (FPA) yang mewakili ratusan wartawan yang bertugas untuk pertubuhan berita antarabangsa di Israel dan wilayah Palestin mengutuk keputusan Israel itu dan menggesa arahan tersebut dibatalkan.

“Ugutan kerajaan untuk menghukum wartawan yang membuat liputan mengenai flotila ke Gaza memberi mesej menakutkan kepada media antarabangsa dan menimbulkan persoalan serius mengenai komitmen Israel terhadap kebebasan akhbar,” menurut FPA dalam satu kenyataan. – Agensi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

MILF-Filipina mulakan rundingan


KUALA LUMPUR 27 Jun - Rundingan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bermula di sini hari ini dalam usaha untuk merangka perjanjian damai bagi menamatkan pemberontakan berpuluh-puluh tahun di selatan Filipina.

Seorang pegawai Malaysia mengesahkan rundingan dua hari itu sudah bermula di sebuah hotel di sini, tetapi dia tidak dapat memberikan butir lanjut.

MILF melancarkan perjuangan bersenjata untuk mendirikan sebuah negara Islam merdeka di wilayah Mindanao pada 1978 dan sejak itu lebih 150,000 orang terbunuh.

Gencatan senjata ditandatangani pada 2003 untuk membuka laluan bagi mengadakan rundingan damai tetapi proses damai tergendala.

Rundingan bagi menamatkan pemberontakan selama 33 tahun di selatan negara itu dihidupkan semula pada Februari lalu, dengan Malaysia bertindak sebagai pengantara.

MILF mengemukakan draf perjanjian dalam sesi pada April lalu dan kerajaan Filipina kini dijangka mengemukakan cadangan balas.

Perunding kerajaan enggan mendedahkan kandungan dokumen cadangan balas itu tetapi seorang anggota kanan panel perunding Manila berkata, usul kerajaan boleh membawa kedua-dua pihak lebih hampir kepada penyelesaian konflik.

"Kami berhasrat untuk merapatkan jurang antara apa yang berlaku di meja rundingan dengan pelaksanaan sebenar, dan kami akan mengemukakan cadangan balas kepada mereka," kata pegawai itu.

Katanya, panel perunding juga akan menyatakan penghargaan kepada MILF kerana membantu polis menyelamatkan seorang ahli perniagaan wanita Filipina yang diculik oleh sekumpulan penculik pada bulan lepas.

"Bantuan itu memberikan sedikit keyakinan, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan," kata pegawai tersebut. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Siapa nak mengaku

Undi pos tidak dimanipulasi UMNO, BN - Nazri

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa undi pos sering menjadi talian hayat dan dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk kelangsungan politik parti tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tiada juga unsur salah guna dalam undi pos kerana ia selaras dengan Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

"Peraturan itu menyebut anggota yang berkhidmat dengan mana-mana angkatan tentera laut tetap, angkatan tentera biasa tetap atau angkatan tentera udara tetap Malaysia, Komanwel atau negara lain yang masih berkhidmat layak untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH).

"Sekiranya mereka ini bersara, mereka perlu memohon mendaftar semula sebagai pengundi biasa dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa yang sama akan memotong nama mereka daripada daftar pemilih PTH," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang mendakwa kemungkinan wujud manipulasi dalam undi pos ekoran ada anggota tentera yang memiliki dua kad pengenalan iaitu awam dan tentera.

Mujahid dalam soalan asalnya mahu kerajaan menyatakan statistik pengundi tentera yang bersara bertukar status kepada pengundi awam.

Mohamed Nazri berkata, undi pos bukan sahaja memihak kepada UMNO dan BN, kerana dalam pilihan raya 1999 sehingga ke 2008, ia juga banyak memihak kepada pembangkang.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang tahun 2010, seramai 3,894 anggota tentera yang bersara telah memohon semula mendaftar sebagai pengundi awam.

Utusan Malaysia Online - Parlimen

198 laman web digodam


KUALA LUMPUR 27 Jun – Sebanyak 198 laman web di dalam negara telah digodam dengan 90 peratus oleh penggodam dalam negara sepanjang minggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bagaimanapun berkata, bukan sahaja Malaysia yang mengalami situasi sedemikian, malah negara luar seperti Amerika Syarikat (AS) turut menghadapinya.

“Walaupun sebahagian besar daripada mereka (penggodam) telah berjaya menggodam beberapa laman web di negara ini, namun mereka tidak berjaya untuk melumpuhkan keseluruhan laman web yang telah digodam.

“Mereka melakukan godaman ini atas sifat ingin mencuba kemahiran yang dimiliki. Ilmu yang ada tidak seharusnya disalahgunakan dan sesiapa yang mempunyai niat jahat itu tidak akan dilepaskan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md. Sirat Abu (BN-Bukit Katil) yang bertanya mengenai keseriusan aktiviti godam laman web yang melanda negara ini dan adakah kerajaan telah mengenal pasti individu yang terlibat.

Md. Sirat dalam soalan asalnya mahu kerajaan menyatakan apakah kedudukan kelajuan akses Internet di negara ini berbanding negara Asia yang lain dan sejauh mana usaha yang dijalankan untuk menaik taraf kelajuan akses Internet supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada pembekal yang bersaing.

Rais berkata, kerajaan sedang dalam usaha menambah baik akses Internet terutamanya di kawasan perkampungan agar setanding dengan negara-negara maju di Asia seperti Korea, Jepun dan Taiwan.

Beliau berkata, projek terbaru yang sedang dilaksanakan ialah mewujudkan jaringan jalur lebar atau akses Internet kepada 1,000 kampung dan kawasan perladangan.

“Daripada jumlah itu, hampir 400 kampung sudah diperuntukkan dengan kemudahan tersebut dan dibekalkan dengan kelajuan yang sedia ada,” katanya.

Menurut Rais lagi, projek besar itu dijangka meliputi kesemua kawasan perkampungan di seluruh negara dan ia disasarkan menjelang hujung tahun ini.

“Kita juga sedang dalam usaha meningkatkan kapasiti dan kualiti rangkaian teras iaitu rangkaian tulang belakang dan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik Internet di seluruh negara,” katanya.

Utusan Malaysia Online - Parlimen

Ibu tunggal lima anak rayu bantuan



Muhammad Farid Saad (dua dari kanan) menghulurkan bantuan pakaian, beg sekolah dan basikal kepada Mohd. Syafiq Mohd. sambil diperhatikan Pengetua SMK Pondok Upeh, Izmi Ismail (kiri), Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya, Mohamed Zabidi Abdul Rahman (tengah) dan Che Bashah Yusoff di Pulau Pinang, baru-baru ini. - Bernama


BALIK PULAU 27 Jun - Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib seorang ibu tunggal lima anak di Kampung Simpang Empat di sini yang hidup melarat akibat kemiskinan setelah diceraikan suaminya tiga tahun lalu.

Sebaik diceraikan, Che Bashah Yusof, 39, terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan kesemua anaknya sendirian meskipun tidak mampu bekerja akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Lebih malang, dua daripada anaknya itu, Sharum Mizad Mohd., 15, dan adiknya Mohd. Syafiq, 13, tidak ke sekolah sejak Januari lalu kerana dia tidak mampu menyediakan kelengkapan persekolahan.

''Saya tidak ada duit. Bantuan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat digunakan untuk bayar sewa rumah RM280 dan selebihnya untuk bil air dan elektrik.

''Pernah sampai tiga hari, saya dan anak-anak hanya makan biskut dan air kosong sahaja. Meskipun hidup susah, saya tidak pernah merayu bantuan jiran. Alhamdulillah, anak-anak faham," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Memburukkan keadaan, suaminya yang berkahwin lain, tidak pernah memberi nafkah atau menjenguk anak-anak sejak diceraikan tiga tahun lalu.

''Yang paling kasihan anak-anak. Mereka masih muda. Kerana kemiskinan, mereka tidak dapat ke sekolah dan ketinggalan dalam pelajaran.

''Meskipun sudah berusia 15 tahun, anak saya Sharum Mizad tidak dapat membaca dan menulis sedangkan dia akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Begitu juga dengan anak-anak saya yang lain," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata, beliau telah dihubungi Che Bashah empat hari lalu merayu bantuan untuk membeli makanan untuk anak-anaknya.

Menyedari kesulitan yang dialami ibu tunggal itu, beliau telah membantu mendaftarkan semula dua anak Che Bashah yang tidak mampu ke sekolah sejak enam bulan lalu selain memberi mereka bantuan barangan keperluan, basikal, kelengkapan persekolahan dan sedikit wang.

''Bantuan ini hanya sementara, yang lebih penting bagaimana kita boleh bantu keluarga ini untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan paling utama membantu anak-anaknya ke sekolah," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Che Bashah boleh menghubunginya menerusi talian 012-4824715.

Utusan Malaysia Online - Utara

Rizal AF5 dibelasah

DI SINI...Hamaria menunjukkan kecederaan dialami Rizal.
DI SINI...Hamaria menunjukkan kecederaan dialami Rizal.

KUALA LUMPUR: “Hanya mati terlintas di fikiran apabila lelaki berbadan tegap itu mencekik dan mengangkat badan saya sebelum menghempas ke kereta,” kata penyanyi dilahirkan melalui program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Rizal ketika menceritakan pengalamannya diserang dua lelaki, tengah malam kelmarin.

Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub berkata, kejadian berlaku di persimpangan Jalan Cecawi, Seksyen 6, Kota Damansara jam 12 tengah malam.

Menurut artis berasal dari Sarawak itu, sebelum kejadian dia menyedari keretanya diekori Proton Iswara dinaiki dua lelaki sebaik keluar dari pusat beli-belah Sunway Giza, Kota Damansara, namun tidak mengesyaki apa-apa.

Ketika itu, dia baru keluar dari kompleks beli-belah berkenaan dan menghantar rakan wanitanya pulang ke rumah di Kota Damansara, jam 12 tengah malam.


“Namun ketika tiba di persimpangan di tempat kejadian, Proton Iswara itu memintas kereta saya menyebabkan saya menekan brek secara mengejut bagi mengelak merempuh kereta itu.


“Sebaik saya memberhentikan kereta, dua lelaki keluar dan menyerang tanpa saya sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Rizal berkata, seorang daripada lelaki terbabit memulas lengan kanannya ke belakang dan mencekik lehernya.

“Lelaki itu memarahi saya sambil mengugut mencederakan saya dan rakan jika berani datang ke kawasan itu lagi.

“Saya berasa tidak berdaya apabila lelaki yang mencekik saya mengangkat dan menghempas saya ke kereta,” katanya.

Menurut Rizal, rakan wanitanya, Hamaria Mohd Harun, 23, yang pada mulanya berada di dalam kereta keluar meleraikan pergaduhan itu, namun dia pula diserang kedua-dua lelaki terbabit.

“Saya cuba membantu, namun tidak berjaya apabila sekali lagi dicekik. Mujur Hamaria sempat menjerit meminta pertolongan orang ramai menyebabkan dua lelaki itu masuk ke dalam kereta dan terus beredar,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Rizal lebam di lengan kanan.

Hamaria yang bekerja sebagai pegawai operasi di sebuah syarikat penerbangan swasta berkata, dia tidak tahu apa motif kedua-dua lelaki terbabit menyerang dia dan Rizal.

“Saya sendiri bertanya Rizal sama ada dia mempunyai musuh, namun dia menafikannya, tambahan pula kami berdua merantau ke sini mencari rezeki.

“Saya sendiri tidak bermusuh dengan sesiapa dan tidak tahu kenapa mereka menyerang kami, namun saya takut ada agenda lain ingin mengenakan kami,” katanya yang juga berasal dari Sarawak.

Rizal kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara kerana bimbang kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro | Rizal AF5 dibelasah

Perbicaraan kes kematian Aminulrasyid ditangguh

SHAH ALAM: Perbicaraan kes Koperal Jenain Subi (gambar) yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam kejadian tembakan di Seksyen 11, di sini, terpaksa ditangguhkan sehingga Jumaat ini.

Ini berikutan saksi pembelaan kedua, pakar siasatan tempat kejadian jenayah (CSI), Amidon Anan, 60, tidak dapat menyambung keterangan berikutan mengalami masalah kesihatan. Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, jam 1.10 pagi, 26 April tahun lalu.


Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Aminulrasyid disahkan maut akibat luka tembakan di kepala.


Pada prosiding lalu, Amidon yang juga bekas Ketua Unit CSI Makmal Forensik PDRM Kuala Lumpur berkata, beliau tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak dalam memberikan pendapatnya berhubung siasatan dalam kes itu. Beliau yang pernah terbabit dengan siasatan kes pembunuhan berprofil tinggi, Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu berkata, pandangannya sebagai saksi juga tidak berat sebelah.

myMetro | Perbicaraan kes kematian Aminulrasyid ditangguh

Pengumuman Obama dianggap terlambat

RAKYAT Afghanistan sudah mengalami kesengsaraan berpanjangan kerana konflik yang melanda negara mereka.

Hakikatnya, ia adalah perang yang sia-sia. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, diingati kerana memberi makna baru kepada penaklukan negara itu ke atas Afghanistan lapan tahun lalu.


Mencela tindakan George W Bush kerana melancarkan perang ke atas Saddam Hussein, Obama adalah seorang senator dari Chicago yang tidak dikenali tetapi tiba-tiba mengemukakan hujah meyakinkan kepada warga AS.

Kata Obama, Rumah Putih sepatutnya terus memberikan perhatian kepada Afghanistan dan tidak membiarkan fokus mereka diganggu daripada misi paling penting - menangkap atau membunuh Osama bin Laden serta menamatkan perkembangan al-Qaeda di barat daya Asia.


Secara ringkas, Obama mentakrifkan perang AS di Afghanistan adalah misi suci.


Justeru, apabila Obama berucap memberikan pengumuman ditunggu-tunggu mengenai kempen perang di Afghanistan, dia turut mengingatkan warga AS bahawa Osama serta al-Qaeda tidak lagi menjadi ancaman.

Katanya, misi AS kini disempurnakan dengan baik.


“Ini adalah permulaan - bukan penamat - bagi usaha kita mengendurkan perang,” katanya.

Tanpa mengulas panjang, Obama mahu menyampaikan mesej bahawa perbelanjaan sehingga bertrilion dolar ke atas ‘perang berniat baik’ ketika ekonomi AS masih belum mantap sebenarnya satu tindakan di luar rasional.


Obama juga jelas sedar pandangannya itu dikongsi kebanyakan warga AS.


Keputusan kaji selidik orang ramai yang diterbitkan sejurus sebelum Obama memberikan ucapan Rabu lalu menunjukkan, 65 peratus warga AS kini menolak perang di Afghanistan.


Ketika Obama berdepan cabaran getir untuk mendapatkan mandat kali kedua sebagai presiden tahun depan, dapat difahami apabila pemimpin AS itu mengambil sikap sangat berhati-hati.


Dia perlu menangani polisi luar AS dan kebimbangan domestik dengan baik.


Dalam keadaan memerlukan sokongan ramai, tentulah Obama tidak mahu mengambil risiko apabila menjadikan dirinya sasaran seteru di kalangan Republikan dengan membiarkan dilabel sebagai seorang lagi pemimpin Demokrat mengelak daripada ‘perang biasa.’ Justeru, ia menjawab persoalan mengapa Obama menghabiskan masa berhari-hari untuk menyusun dan melengkapkan ucapannya yang disampaikan hanya selama kira-kira 13 minit itu.


Pada akhirnya, tidak banyak kejutan dalam ucapan Obama itu.


Melalui ucapan itu, Obama menggariskan pelan tindakan menarik balik tentera AS dari Afghanistan.


Pengumuman itu memang dinanti-nanti dan sesetengah pihak menganggap, tindakan Obama memanggil balik 10,000 tentera tahun ini dan 23,000 lagi menjelang musim panas tahun depan sebelum pengunduran sepenuhnya pada 2014 sebagai ‘terlambat.’ Secara mudah, orang ramai sebenarnya menjangkakan Obama bertindak lebih pantas dan menyeluruh memanggil pulang tentera AS dari medan perang Afghanistan.


Apa pun, sebarang tindakan bagi menghentikan bencana di negara penuh konflik sejak beberapa dekad lalu itu perlu disambut baik.


Pengumuman Obama dibuat kurang seminggu selepas Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, mendedahkan AS kini berunding dengan Taliban, musuh ketatnya di negara itu.


Persoalannya, mengapa rundingan itu tidak dilakukan lebih awal apabila ia boleh mengelak sekian banyak kemusnahan serta kematian ribuan orang tidak berdosa? Apakah yang ingin dicapai AS sebenarnya? Dalam ucapan, Obama memperingati kira-kira 450 tentera AS yang terbunuh dalam perang di Afghanistan.


Namun, bagaimana pula dengan mangsa perang itu? Bagaimana nasib ribuan warga Afghanistan yang terbunuh dalam konflik yang tidak ada kena-mengena sama sekali dengan mereka? Siapa bertanggungjawab atas kematian itu? Siapa yang akan menanggung segala kos membaik pulih negara yang sebelum penaklukan AS pun memang sengsara? Sangat penting untuk pihak yang mempunyai kesedaran bertanya bagi mendapatkan jawapan bagi soalan di atas.


Itu pun, jika kita mahu mengelak satu lagi perang yang dihalalkan atas nama ‘kebebasan’ dan ‘cara hidup kita.’ - AN

myMetro | Minda: Pengumuman Obama dianggap terlambat

'Tak salah'

KUALA LUMPUR: “Itu kaedah dakwah digunakannya tetapi dia tidak boleh berkata pendekatan orang lain salah,” kata penyanyi nasyid, pengacara dan komposer, Hafiz Hamidun berhubung kenyataan vokalis kumpulan E.Y.E tidak pernah wujud cara berdakwah menerusi lagu.

Hafiz berkata, kaedah dakwah tidak boleh disempitkan dengan cara berjumpa orang ramai dari rumah ke rumah semata-mata sebaliknya ia boleh diperkembangkan terutama di zaman teknologi.


“Rasulullah s.a.w bersabda, sampaikan dariku walaupun satu ayat. Jadi apa salahnya menggunakan kaedah bersesuaian dengan perkembangan zaman dan muzik serta lagu boleh menjadi satu pendekatan berdakwah.

“Menerusi lagu, pendengar boleh mengetahui perjalanan hidup Rasulullah, rukun iman dan rukun Islam, malah ia boleh didengar berulang kali. Dakwah melalui nasyid nampak kecil tetapi kesan sebenar lebih besar,” katanya yang dihubungi semalam.

Harian Metro semalam melaporkan vokalis E.Y.E, Mohd Izam Mohd Arshad yang menyertai kumpulan tabligh sejak enam tahun lalu menyifatkan lagu walaupun berkonsepkan ketuhanan tidak boleh disifatkan dakwah.


Menurutnya, jika boleh berdakwah dengan hanya menyanyi, sudah tentu Rasulullah s.a.w melaksanakannya terlebih dulu.


Mohd Izam berkata, ada dua hak yang perlu dilakukan pendakwah iaitu berjumpa orang ramai dari rumah ke rumah mengajak melakukan ibadat dan kebaikan serta berdoa kebaikan pada sepertiga malam menerusi solat tahajud manakala ketentuan seseorang itu mendapat hidayah menjadi hak Allah.

Hafiz berkata, dakwah boleh dilaksanakan dari rumah ke rumah tetapi ia memerlukan masa, kos serta penerimaan orang ramai.


“Di zaman sekarang pelbagai pendekatan boleh digunakan, kalau bukan menerusi muzik, dakwah boleh dilakukan di kaca televisyen.

“Jadi kita janganlah membuat tafsiran sempit mengenai dakwah hanya kerana cara berbeza yang penting matlamat kita memberi nasihat dan kebaikan kepada orang ramai,” katanya.

myMetro | 'Tak salah'

Tiga beri kenyataan

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, Pengerusi Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, semalam.

Ibrahim tiba di IPD Dang Wangi kira-kira jam 12 tengah hari diikuti dengan Ambiga pada jam 2 petang dan A Samad kira-kira jam 3.30 petang.


Ibrahim selepas memberi keterangan hampir dua jam, berkata sekiranya penganjur perhimpunan haram yang dinamakan Bersih membatalkan niat untuk berhimpun 9 Julai ini, pihaknya akan mengikut jejak sama.

Beliau berkata, dia dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya yang dikatakan berbaur hasutan dalam perhimpunan di Kampung Baru pada 19 Jun lalu dan berhubung ahli Perkasa yang akan berhimpun 9 Julai ini bagi membantah perhimpunan haram itu.


Beliau disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan kenyataan direkod mengikut Seksyen 112 kerana dikatakan menghasut dan seumpamanya.


“Tiada apa-apa yang mahu di selindung dan kenyataan diambil untuk kebaikan serta keamanan negara. Lagipun banyak pihak termasuk akhbar merakam ucapan itu. Jadi terpulang kepada pihak keselamatan untuk membuat keputusan,” katanya.

Ibrahim berkata, beliau tidak boleh menghalang Perkasa dan badan bukan kerajaan lain untuk berhimpun bagi membantah perhimpunan haram itu sekiranya ia diteruskan.


Sasterawan negara, A Samad Said pula berkata, beliau diambil keterangan atas kehadirannya ke Majlis Pelancaran Bersih pada 19 Jun lalu dan beliau hanya memberi jawapan untuk semua soalan itu apabila dipanggil ke mahkamah nanti.

Katanya, Bersih juga tidak akan memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu kerana polis sendiri sudah memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.


“Kami yakin ia adalah satu perhimpunan aman dan seeloknya kerajaan atau pihak berkuasa mengadakan perbincangan dengan ketiga-tiga pihak bagi memastikan ia berjalan secara aman daripada menghalangnya,” katanya.myMetro | Tiga beri kenyataan

Israel izin tentera bertindak ke atas flotila Gaza

BAITULMAQDIS: Kabinet Israel semalam meluluskan pelan bertindak bagi menghalang flotila antarabangsa daripada mencabar sekatan dilakukan rejim Zionis itu ke atas Gaza.

Laman sesawang berita Ynet melaporkan, tentera Israel diberi kebenaran bertindak mengikut apa yang dirasakan perlu bagi menghalang rombongan bantuan kemanusiaan itu tiba di wilayah Palestin.


“Kabinet meluluskan operasi laut bagi menghadapi kapal menghampiri Gaza dan cuba mencabul sekatan, tetapi ia perlu mengelak daripada sebarang kematian,” lapor akhbar itu.

Radio Israel juga melaporkan, Kabinet akan memikirkan semula hukuman ke atas wartawan asing yang menyertai konvoi berkenaan dengan mengharamkan mereka memasuki negara itu sehingga 10 tahun.


Kelmarin, menteri Kabinet mula mendengar persediaan tentera untuk menghadapi konvoi 10 kapal yang dijangka berlepas dari Greece hujung minggu ini.


Radio tentera melaporkan, Kabinet tidak membenarkan kapal berkenaan berlabuh di Gaza, sebaliknya mereka boleh memunggah kargo di pelabuhan Ashdod di Israel atau el-Arish di Mesir.

“Jika tiada senjata atau peluru ditemui, keseluruhan kargo berkenaan akan dipindahkan ke Gaza,” lapor radio itu. - AFP

myMetro | Israel izin tentera bertindak ke atas flotila Gaza

Lady GaGa kebas duit mangsa gempa

LADY GaGa memakai gelang getah yang dijual untuk bantu mangsa gempa.
LADY GaGa memakai gelang getah yang dijual untuk bantu mangsa gempa.

LOS ANGELES: LADY GaGa disaman lebih AS$5 juta (RM15 juta) selepas dituduh menggelapkan wang yang dikumpulkan untuk mangsa gempa bumi Jepun.

Penyany Poker Face berusia 25 tahun itu menjual gelang getah We Pray For Japan dengan harga RM15 dan RM12 lagi untuk penghantaran serta RM2 untuk cukai.


Bagaimanapun, dia didakwa tidak menyerahkan semua wang berkenaan kepada mangsa.

Sebuah syarikat guaman yang berpusat di Detroit, Michigan, menyaman penyanyi itu yang nama asalnya Stefani Germanotta beberapa jam sebelum dia muncul dalam satu persembahan untuk membantu Jepun hujung minggu lalu.

Peguam di 1-800-LAW-FIRM mendakwa GaGa meningkatkan kos gelang getah itu dan mengambil wang selebihnya.


Mereka juga berkata, penyanyi itu enggan memberitahu jumlah daripada RM29 yang dikenakan untuk aksesori itu dihantar kepada mangsa.


Alyson Oliver yang mengemukakan saman itu di sebuah mahkamah persekutuan berkata: “Apabila anda menggunakan pengaruh selebriti untuk mengambil wang daripada orang ramai dengan alasan berpura-pura, ia satu kesalahan.

“Apabila kami cuba berhubung dengan defendan, jawapan yang kami terima ialah: ‘Memang benar kami menyimpan sebahagiannya tetapi kami tidak tahu berapa jumlahnya.’ “Jika wang itu diserahkan kepada pihak yang sepatut menerimanya, bukan kepada saku defendan, kami berharap usaha kami membantu.

Rakannya, Ari Kresh berkata: “Saya menyaman Lady GaGa hanya kerana mahu dia bertanggungjawab memberi wang yang dikumpulkan untuk kebajikan pihak yang ingin dibantunya.

Penyanyi berkenaan masih belum memberi maklum balas terhadap saman berkenaan. - Agensi

myMetro | Lady GaGa kebas duit mangsa gempa

Ambiga degil

AMBIGA dan A Samad Said keluar dari IPD Dang Wangi selepas memberi keterangan berhubung perhimpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
AMBIGA dan A Samad Said keluar dari IPD Dang Wangi selepas memberi keterangan berhubung perhimpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Pengacau tetap teruskan perhimpunan tanpa permit

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan haram yang dirancang diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini berdegil untuk meneruskan perhimpunan walaupun Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pemuda UMNO bersedia membatalkan perhimpunan masing-masing jika kumpulan pengacau terbabit bersetuju tidak meneruskan hasrat itu.
Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mengetuai kumpulan pengacau menganjurkan perhimpunan itu, berkata pihaknya akan meneruskan perhimpunan dan tidak akan memohon mendapatkan permit polis.
“(Perhimpunan) 9 Julai ini tetap jalan (diteruskan). Kita tidak akan memohon permit sebab polis sudah cakap tidak akan mengeluarkan (permit),” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini semalam.

Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, hadir memberi keterangan hampir dua jam berhubung ucapan mereka ketika pelancaran perhimpunan haram itu di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur/Selangor di sini, pada 19 Jun lalu.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Ditanya sumber kewangan untuk mengadakan perhimpunan haram itu, Ambiga berkata, ia diperoleh melalui penjualan baju T serta sumbangan orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Terdahulu, Ibrahim ketika ditemui media selepas memberi keterangan, berkata PERKASA sedia membatalkan perhimpunan jika kumpulan pengacau berkenaan bersetuju menarik balik rancangan mereka.

Katanya, perhimpunan yang dirancang oleh PERKASA bertujuan membuktikan kepada orang ramai bahawa tindakan kumpulan pengacau itu tidak dipersetujui sebahagian besar rakyat Malaysia.

“Kalau mereka teruskan juga perhimpunan haram itu tanpa permit, saya juga tidak menghalang ahli PERKASA dan NGO lain yang mahu berhimpun bagi tujuan menghalang perhimpunan haram oleh kumpulan berkenaan,” katanya yang memberi keterangan berkaitan ucapannya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, juga pada 19 Jun lalu.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar yang hadir untuk memohon permit perhimpunan yang dinamakan Himpunan Patriot, berkata pergerakan itu tetap meneruskan perhimpunan walaupun tanpa permit jika kumpulan pengacau itu meneruskan rancangan mereka.

Sementara itu, A Samad berkata, beliau akan menyertai perhimpunan haram itu kerana berpendapat ia perlu disokong dan bukan dibantah, selain yakin perhimpunan berkenaan akan berlangsung secara aman.
Berita Harian Online | Ambiga degil

Rekrut Singapura dapat iPad

SINGAPURA: Calon yang baru direkrut dalam tentera darat, udara dan laut Singapura akan menerima peralatan baru dalam kelengkapan baru mereka termasuk komputer iPad selain raifal.

Kementerian Pertahanan semalam berkata pihaknya mengagihkan kira-kira 8,000 komputer nipis dengan sentuhan yang kini sangat popular di negara yang mempunyai belia yang mahir dengan teknologi kepada anggota tentera barunya mulai November.
Kementerian turut bercadang mengagihkan peralatan itu kepada anggota lain tahun depan. iPad paling murah ketika ini dijual dalam pasaran Singapura dengan harga S$668 (RM1,637) seunit.
Menteri Pertahanan, Neo Kian Hong, berkata menggunakan iPad membolehkan pasukan bersenjata Singapura (SAF) mengambil kesempatan terhadap keupayaan teknologi belia di negara itu.

“Dengan mengeksploitasi kegunaan teknologi maklumat dan komunikasi popular itu, kita mampu memanfaatkan peluang teknologi terkini bagi tentera,” katanya yang dipetik akhbar Straits Times.

Askar boleh guna kamera dari iPad untuk mengambil gambar dan video klip di lapangan yang boleh dimuat turun dalam online, LEARNet.

“Tentera boleh menghantar soalan kepada komander mereka menerusi sistem pesanan secara langsung dan kumpulan bual bicara boleh diadakan,” katanya. – AFP
Berita Harian Online | Rekrut Singapura dapat iPad

Lisdawati diarah tarik balik saman

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini semalam mengarahkan pelakon Lisdawati supaya menarik balik saman fitnah terhadap aktres Nadia Mustafar kerana tuntutan itu didapati melebihi bidang kuasa mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Yong Sazali ketika pengurusan kes saman itu dengan kehadiran peguam plaintif, Lisdawati, daripada firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co. dan peguam Siti Noor Julaini Mohd. Shahar bagi pihak Nadia yang dinamakan sebagai defendan.

Dalam writ saman yang difailkan pada 21 April tahun lalu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, menamakan Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, atau lebih dikenali sebagai Nadia Mustapha sebagai defendan.

Mengikut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada sekitar Januari 2005, defendan dengan niat jahat memberi wawancara yang didakwa memfitnah dirinya kepada wartawan sebuah majalah hiburan bernama Hanif Abdul Ghani.

Wawancara tersebut disiarkan dalam majalah Media Hiburan bertarikh 8 hingga 14 Januari 2005.Kosmo! Online - Negara

Jangan diulang derita lama


KESAN kemusnahan yang dilakukan oleh pengganas komunis di ladang getah yang diusahakan oleh JM Allison di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948.


KUALA LUMPUR - "Jangan diulang lagi penderitaan lama kerana walaupun mereka (kini mungkin) tidak berbunuhan tetapi kekejaman akan tetap berlaku dan semua orang tidak akan merasa selamat."

Demikian tegas Lt. Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said yang menyifatkan kekejaman komunis yang bertindak menyembelih orang awam, polis, guru dan tentera di negara ini suatu ketika dahulu sebagai detik hitam dalam lipatan sejarah.

"Luka lama masih berdarah dan setiap detik hitam yang berlaku masih segar dalam ingatan apabila mengenangkan rakyat pada zaman itu menanggung derita dan sentiasa hidup dalam ketakutan," ceritanya.

Menurut Zaini, tindakan komunis yang zalim itu turut menghasut pemikiran rakyat supaya menentang kerajaan, melanggar undang-undang dan perlembagaan sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai.

Katanya, cara komunis berkuasa adalah dengan menghasut dan menimbulkan kemarahan rakyat serta berusaha menjatuhkan kerajaan.Kosmo! Online - Negara