Sunday, March 17, 2013

Kantoi!! Ulama 7 Dosa Sekali lagi memakai rantai leher

Kantoi!! Ulama 7 Dosa Sekali lagi memakai rantai leher
March 17, 2013
http://3.bp.blogspot.com/-DeFSUlU5sZ0/UUWUcvqaBBI/AAAAAAAAD-Y/DaDKNFKzZqI/s640/utusex.jpg

Klik gambar untuk besar.

Hukum Lelaki Memakai Rantai dan Gelang

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata:

“Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina).”

a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.

b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.

iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.

v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.

c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.

p/s: sendiri mau ingat laaa!!!

Salah Anwar, Bilik Gerakan UMNO Runtuh dipukul Ribut

Salah Anwar, Bilik Gerakan UMNO Runtuh dipukul Ribut
Written By canang on Ahad, 17 Mac 2013 

Bilik Gerakan Umno roboh akibat dipukul ribut di Wangsa Maju.anwar ibrahim bakal dipertanggungjawabkan atas berlakunya ribut kuat. peguam negara Ghani a/l Patail akan mengemukakan kertas pertuduhan. tumbang sebelum melawan...gara2 rasuah.kah!kah!kah!

PELIK TAPI BENAR!!!!... JUAK-JUAK UMNO MARAH SAMPAI BUAT DEMO KERANA TIAN CHUA MAKAN BABI!!!!

PELIK TAPI BENAR!!!!... JUAK-JUAK UMNO MARAH SAMPAI BUAT DEMO KERANA TIAN CHUA MAKAN BABI!!!!

Sekumpulan budak-budak UMNO telah membuat demo di DUN Luans dalam kawasan Parlimen Padang Serai , Kedah malam tadi dengan membawa sepanduk tertera tulis Tian Chua makan babi.

Woit!.. apa salahnya Tian Chua makan babi?

Dia bukannya beragama Islam.. Ugamanya tidak melarang dia makan babi pun.. Yang budak-budak UMNO naik angin satu badan kenapa?.. Dia ada minta duit lu orang nak beli babi ke?...Dia nak makan babi satu hari satu ekor pun tidak menjadi kesalahan dalam kepercayaan agamanya.

Menunjukkan betapa bodoh bin baghalnya budak-budak hingusan UMNO... Orang bukan Islam makan babi pun nak marah sampai buat demo..

Malang sungguh nasib UMNO semenjak nak tumbang ni...Dah tak de modal lagi nak serang pemimpin Pakatan rakyat sampaikan pemimpin yang bukan beragama Islam makan babi pun mereka naik minyak!!!!!
Posted by OMAK KAU!!!!

Ini dia! Bukti Parti Pembangkang (selepas PRU13) mahu cetus huru-hara, dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin!

Ini dia! Bukti Parti Pembangkang (selepas PRU13) mahu cetus huru-hara, dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin!

http://www.freemalaysiatoday.com/category/frontpage/2013/03/14/bohong-pembangkang-mahu-cerus-huru-hara-kata-mat-sabu/

Rupa-rupanya Filipina Yang Nak Sangat Perangi Sabah!


Walaupun tidak pernah digugurkan secara rasmi, Filipina sudah agak lama tidak menyuarakan tuntutan ke atas Sabah secara terbuka.



Namun hari ini, di Baguio City, Presiden Benigno mengesahkan negaranya akan terus menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.

Pendekatan Benigno bagaimanapun lebih terpuji kerana memilih kaedah dialog dan diplomasi dalam tuntutan berkenaan.

Benigno tidak mahu pendekatan kenteraaan digunakan terutama di kala negaranya sedang berhadapan dengan China berhubung tuntutan ke atas Kepulauan Spartly (Bajo de Masinloc) di dalam perairan Laut Filipina Barat (Laut China Selatan).

Beliau mengakui isu Sabah adalah kompleks dan tahu kedua negara tidak akan melepaskan wilayah yang kaya dengan hasil petroleum berkenaan.

Beliau memberitahu demikian pada satu majlis di Akademi Tentera Filipina di bandar berkenaan.

Walaupun Filipina mahu meneruskan tuntutan ke atas Sabah, namun ia dilihat sebagai satu tuntutan yang lemah termasuk di kalangan rakyat Filipina sendiri.

-Mynewshub

Keluarga Kiram antara ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan




17 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
  
"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.
  
Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.
  
"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.
  
Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.
  
Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.
  
Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan.  - Bernama

Ikut UMNO jadi Lembu

Baru kalut nak buat...


Enam balai polis di kawasan ESSCOM dalam masa sebulan

16 Mac 2013
Datuk Seri Dr Ali Hamsa
Datuk Seri Dr Ali Hamsa
KOTA KINABALU - Enam balai polis dan tiga lagi pusat kastam, imigresen dan kuarantin akan diwujudkan di kawasan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dalam tempoh sebulan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
  
"Itulah sasaran segera kami, perkara yang menjadi keutamaan kami ketika ini. Kami akan memulakannya dengan mewujudkan sebuah pejabat sementara sebagai pos kawalan polis dan imigresen.
  
"Kami akan memulakannya dengan secepat mungkin. Malah, tempatnya sudah dikenal pasti dan kami akan mengambil tindakan segera," katanya kepada pemberita.
  
Ali mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa peringkat kebangsaan ESSCOM di sini malam tadi. Mesyuarat dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan wakil jabatan serta agensi berkenaan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
  
Ali berkata peningkatan keupayaan dan kemampuan angkatan tentera serta polis menjadi keutamaan dalam penubuhan ESSCOM.

Kerajaan memberi keutamaan segera terhadap perkara itu, sejajar dengan komitmennya untuk memelihara keselamatan di Sabah, kata Ali.
  
Beliau berkata struktur organisasi ESSCOM akan disiapkan dalam tempoh terdekat oleh sebuah pasukan perundangan.
  
"Sebaik saja penubuhan ESSCOM dipersetujui dari segi undang-undang, pelantikan CEO (ketua pegawai eksekutif) ESSCOM akan dibuat dengan persetujuan kerajaan negeri," katanya sambil menjelaskan bahawa semua syor jawatankuasa ESSCOM akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan bagi mendapatkan kelulusan.
  
Ali berkata sebagai langkah jangka panjang, kerajaan mengkaji untuk mewujudkan lebih banyak pembangunan termasuk dalam bidang perumahan dan infrastruktur.
  
"Batalion yang diperlukan pasukan tentera dan polis pula akan didatangkan pada separuh penggal. Tapi bagi memenuhi keperluan segera, mereka mempunyai beberapa mekanisme yang menggunakan kaedah lain," katanya.

Ditanya tentang jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk membiayai ESSCOM, Ali berkata beliau telah meminta semua pihak berkenaan mengemukakan perancangan segera dan jangka sederhana serta keperluan masing-masing.
  
"Saya rasa, dari segi belanjawan, kerajaan persekutuan akan menyediakan peruntukannya...bagi kami, ia merupakan satu keperluan mendesak," katanya.
  
Diminta menjelaskan tentang pelantikan CEO ESSCOM, beliau berkata: "Nama sebenarnya (jawatan) kami belum pasti lagi, tapi nampaknya nama paling hampir ialah ketua pegawai eksekutif, bunyinya lebih sedap.
  
"Kami akan selaraskan pasukan polis, tentera dan semua jabatan awam. Ada beberapa calon. Biarlah negeri ini sendiri (kerajaan Sabah) mengemukakan beberapa calon dan kemudian kami akan pilih seorang," tegas beliau sambil menyatakan bahawa mesyuarat ESSCOM berikutnya akan diadakan di Putrajaya Isnin ini. - Bernama

Agbimuddin Kiram pengecut



MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN & NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
17 Mac 2013
 Op Daulat
Beberapa kenderaan anggota keselamatan menuju ke Sungai Nyamuk bagi mencari saki baki pengganas.
Agbimuddin Kiram pengecut
Jigga Aktajak
LAHAD DATU - Ketua pengganas, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram yang dipercayai melarikan diri ke selatan Filipina kelmarin disifatkan sebagai pengecut dan kejam kerana meninggalkan pengikutnya berdepan pasukan keselamatan di kawasan operasi Op Daulat.

Sebagai ketua pengganas, tindakan itu menunjukkan mereka kalah dan hendaklah meletakkan senjata segera selepas melanggar kedaulatan Malaysia.

Peneroka, Jigga Aktajak, 60, berkata, langsung tidak masuk akal perbuatannya itu membuatkan pengganas lain bertempur, sedangkan dia hilang.

“Sudahlah ceroboh dan buat kacau di negara orang, kemudiannya larikan diri. Memang dia penakut dan pengecut.

“Jika benar, berdepanlah dengan pasukan keselamatan kita. Jangan cuba buat kacau dengan kita, kemudiannya cuci tangan.
Peralatkan orang yang taksub dengan kesultanan Sulu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Malam kelmarin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam sidangnya akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan adik Jamallul Kiram III itu tidak mungkin berada di kawasan operasi pembersihan dalam gugusan Labian di Tungku, kerana pasukan keselamatan tidak menemui sebarang petanda kehadirannya.
Katanya, berdasarkan maklumat dan risikan diperoleh pasukan keselamatan mereka berpendapat dan berkeyakinan besar Azzumudie  sudah meninggalkan pengikutnya yang berada di kawasan Op Daulat.

Menurut Jingga, tindakan pencerobohan yang dilakukan juga sudah mencerminkan siapa mereka sebenarnya, oleh itu pasukan keselamatan hendaklah mengambil tindakan segera yang sepatutnya.

Bagi, Mat Terawih Payau, 50, Azzumudie sememangnya orang yang paling dibenci sejak hari pertama pencerobohannya bersama sekumpulan pengganas bersenjata.

“Kehadirannya langsung tidak diundang. Kami tidak mahu dia berada di negara yang berdaulat. Sepatutnya dia lari bersama pengganas lain, bukan bersendirian.

“Lihat tindakannya, jelas seorang yang pentingkan diri, buat kacau dan lari bersendirian. Biarkan yang lain berdepan dengan pasukan keselamatan kita,” tegas lelaki separuh abad itu.

Ujarnya, sebagai seorang Islam, Azzumudie tidak patut menyerang negara Islam lain, lebih-lebih lagi negara berdaulat dan memiliki perundangan.

“Untuk apa serangan dilakukan pun kita tidak tahu, kami tidak mahu dia berada di Sabah lagi,” katanya.

Sementara itu, Amzah Assan, 30, berkata, sebagai penduduk Sabah, dia mengharapkan pasukan keselamatan dapat membuat pendakwaan segera kepada Azzumudie.

“Orang yang melanggar kedaulatan negara kita tidak sepatutnya dibiarkan lebih lama mengambil kesempatan menceroboh Malaysia.
“Tindakan kepadanya dan konco-konconya akan membuatkan pihak lain lebih berjaga-jaga untuk terus cuba-cuba menceroboh negara orang,” katanya.

TERUS GEMPUR DUN KEMASIK.

Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan

Di dalam gambar-gambar itu ternyata lelaki berkenaan mempunyai belahan rambut di sebelah tengah walhal Anwar sentiasa menyikat dan membelah rambutnya di sebelah tepi.

Justeru itu bertambah nyata, pelaku di dalam gambar itu bukannya Anwar.

Sebelum inipun telah dijelaskan bahawa "badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun."

Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”

PRU12 sudah 5 tahun 10 hari, bila lagi PRU13



17 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Hari ini sudah berlalu lima tahun 10 hari semenjak Pilihan raya Umum ke-12 (PRU12) diadakan, lama mana lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hendak menunda PRU13.



Demikian luahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) yang dipetik menerusi twitter.



Justeru, beliau yang juga AJK PAS Pusat bertanya adalah Najib tidak merasa malu kerana semua sedang menunggu PRU13.



“Maka pada Subuh ini kita doakan kepada Allah, semoga peralihan kuasa yg bakal berlaku dengan izin-Nya akan berlaku dengan aman dan lancar, insya Allah,” ujarnya.



Baginya, berpuluh program yang dijalankan serentak di seluruh negara malam tadi termasuk di Shah Alam, Kampung Baru KL, Pengerang Johor dan lain-lain menandakan Pakaran Rakyat semakin kuat.



Menurutnya, lagi lama ditunggu, maka PR semakin kuat menjadikan Umno BN semakin terdesak.



“Budaya samseng, fitnah lucah, politik rasuah hanya mengurangkan sokongan Umno,” tulisnya lagi.

pilih yang mana?

PADAN MUKA DSAI!!!!!..

Sunday, 17 March 2013
PADAN MUKA DSAI!!!!!.. FITNAH GAMBAR HITAM PUTIH HUBUNGAN INTIM SEJENIS DITERIMA BAIK OLEH RAKYAT, BUKTINYA CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DIREMBAU, NEGERI SEMBILAN DIBOIKOT RAKYAT!!!!!!

Kesian lah dia.......Itulah.. Kan Omak kau dah cakap...rakyat pasti termakan dengan cara politik lucah longkang UMNO.

Fitnah kononnya DSAI ada membuat hubungan sejenis yang kini tersebar luas di internet telah diterima baik oleh rakyat sebagai "sahih" lagi benar!!!!

Tak caya?...cuba tengok rakaman gambar diatas. Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat DSAI di Kg Pedas Tengah, Pedas, Rembau, Negeri Sembilan malam tadi.

Berapa kerat jer yang hadir...Baru DSAI tau penangan blogger pro UMNO.

KWAH KWAH KWAH....KWAH KWAH KWAH....KWAH KWAH KWAH...

Woit!!!!!.. Wahai maca-macai UMNO.. Buka mata seluas-luasnya...Ini ceramah dikawasan parlimen Rembau.. Parlimen Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin... Antara kawasan UMNO paling kebal, kuat gagah perkasa di Negeri Sembilan.

Walau pun keadaan padang cukup becak namun ribuan penduduk Rembau turun datang mendengar ceramah yang disampaikan oleh DSAI ketika video finah kedua kini amat rancak disebarkan oleh para blogger upahan UMNO difahamkan dengan mendapat restu dan sokongan padu dari para pemimpin UMNO.

Ertinya apa ini?.. Ertinya rakyat sedikit pun tidak percaya dan termakan dengan kisah lucah bersifat jiwa haiwan ini.

Rakyat secara keseluruhannya memang sudah bertekad muktamad mau melakukan perubahan.

UMNO DAYS ARE NUMBERED!!!!!....UMNO IS DEAD!!

-omakkau!!!

Kepimpinanan ulamak bersama sama melakar masa depan Malaysia ...semoga perjalanan mereka terus diberkati Allah ... Amiin Ya Rabba al-'alamiin

‘Ini peperangan, bukan teori’

Lahad Datu: “Ini bukan soal akademik iaitu teori dan taktik. Ini peperangan,” tegas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika ditanya bagaimana ketua pengganas, Agbimudin Kiram boleh melarikan diri ke selatan Filipina sedangkan pasukan keselamatan mengawal ketat perairan dan kawasan operasi.
“Seperti dimaklumkan semalam (kelmarin), ketua pengganas itu meloloskan diri ke selatan Filipina. Pada hemat saya, itu tidak menjadi masalah (Abgimudin melarikan diri) kerana kita boleh mengekstradisi dia ke negara ini untuk didakwa mengikut Seksyen 130 c (1) (a) yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
“Setakat ini, kita mengumpul seberapa banyak bukti untuk mendakwanya. Kita akan dakwanya di negara ini,” katanya pada sidang media bersama Panglima Divisyen Pertama Infrantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di Hotel Residence Sahabat di sini, pagi semalam.

Pada sidang akhbar malam kelmarin, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan adik Jamalul Kiram III itu tidak mungkin berada di kawasan operasi pembersihan Op Daulat kerana pasukan keselamatan tidak menemui petunjuk mengenai kehadirannya.
Foto
TENTERA melakukan rondaan mencari saki baki pengganas di Sungai Nyamuk dekat Kampung Tanduo, semalam.

Berdasarkan maklumat dan risikan yang diperoleh menerusi pelbagai sumber, ketua pengganas itu kemungkinan besar meninggalkan pengikutnya di kawasan Lahad Datu.

Lebih kejam daripada komunis

Kuala Lumpur: “Mereka mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.
“Jadi apabila mereka bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam daripada komunis.”
Itu kenyataan bekas Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62, mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.

Sungguh menyedihkan apabila mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.
Foto
HALIM (kiri) bekas komando VAT 69 yang terbabit Ops Rambo di Sandakan.

Salehuddin yang beberapa kali bertempur dengan komunis sepanjang berkhidmat lebih 38 tahun sebelum bersara pada 2007 berkata, dalam peperangan, anggota yang berjuang memang terpaksa membunuh musuh.

HRW dakwa tentera Syria guna bom berangkai



BEIRUT 16 Mac - Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) mendakwa tentera Syria memperluaskan penggunaan bom berangkai dalam serangan di kawasan-kawasan perumahan orang awam.
HRW hari ini mendakwa, sekurang-kurangnya 156 bom berangkai digunakan di 119 lokasi di seluruh Syria sejak enam bulan lalu.
''Syria memperluaskan penggunaan bom berangkai, satu senjata yang diharamkan di mana orang awam yang paling ramai menjadi mangsa.
''Dua serangan dalam tempoh dua minggu lalu menyebabkan kematian 11 orang awam termasuk dua wanita dan lima kanak-kanak,'' kata Pengarah Divisyen Bersenjata HRW, Steve Goose,.
Beliau berkata, dakwaan itu berasaskan laporan dan siasatan lapangan serta analisis daripada lebih 450 video amatur.
Laporan itu dikeluarkan selepas Syria menyambut ulang tahun kedua pemberontakan terhadap kepemimpinan Presiden, Bashar al-Assad.
Pemberontakan itu bermula dengan tunjuk perasaan secara aman, namun tindakan keras kerajaan untuk mengawal demonstrasi itu telah bertukar menjadi pemberontakan dan konflik bersenjata.
Berdasarkan kiraan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 70,000 orang maut sejak konflik itu bermula dan empat juta rakyat Syria kehilangan tempat tinggal. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130317/lu_05/HRW-dakwa-tentera-Syria-guna-bom-berangkai#ixzz2Nkogx3Qz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuanku berkenan hadiri tahlil anggota tentera terkorban


16 Mac 2013
Tuanku berkenan hadiri tahlil anggota tentera terkorban
Sultan Muhammad V, bertanyakan khabar ibu dan bapa Allahyarham Ahmad Hurairah di kediamannya di Bayu Lalang, selepas tahlil, malam kelmarin.
PASIR MAS – Kesedihan ahli keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, anggota tentera yang terkorban ketika mempertahankan negara di Sungai Nyamuk, Selasa lalu masih dirasai.

Bagaimanapun kunjungan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk turut bertahlil di kediaman keluarganya di Bayu Lalang, malam kelmarin sedikit sebanyak  dapat mengubati kesedihan keluarga berkenaan.

Baginda tiba kira-kira jam 9.30 malam dengan disambut pemimpin tempatan dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Tahlil dihadiri kira-kira 200 penduduk, saudara mara serta pegawai beberapa jabatan itu diketuai Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Selesai tahlil, baginda bertanyakan khabar ibu mangsa, Rahmah Mamat, 50, dan bapanya, Ismail Husin, 55.

Pada masa sama, baginda turut mendapatkan perkembangan Ops Daulat di Lahad Datu daripada Panglima 8 Briged, Jeneral Datuk Mohd Zaki Hamzah dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sebelum berangkat pulang, baginda turut beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Rahmah meluahkan rasa sedih serta gembira dengan kunjungan Sultan Kelantan yang berkenan hadir tahlil Allahyarham anaknya sebagai tanda simpati dan penghormatan baginda kepada Allahyarham.

“Sebagai ibu, saya gembira dan cukup terharu baginda sanggup datang ke tahlil arwah,” katanya kepada pemberita.
Bapa Allahyarham, Ismail, turut meluahkan rasa gembira dan bangga dengan keprihatinan Tuanku berangkat ke majlis tahlil arwah anaknya.

Indonesia bantu 193 pekerja


Lahad Datu: Konsulat Indonesia di Kota Kinabalu semalam menghantar bantuan keperluan asas kepada 193 pekerjanya yang dipindahkan di Dewan Embara Budi di Felda Sahabat berikutan insiden pencerobohan pengganas.

Penghantaran bantuan itu disampaikan sendiri Konsul Jeneralnya, Soepeno Sahid kepada pengurusan Felda Sahabat untuk diagih kepada pekerja terbabit.


Soepeno bersama rombongannya turut melawat pekerja rakyat Indonesia yang dipindah di dewan itu sejak 13 Februari lalu.

Beliau berkata, terdapat 10,045 rakyat Indonesia di Felda Sahabat dengan 8,000 daripada pekerja ladang selebihnya isteri dan anak mereka dan kebanyakan dari Sulawesi.


“Pekerja Indonesia yang dipindah di Dewan Embara Budi menerima layanan baik termasuk daripada segi penyediaan keperluan asas.


“Pihak pengurusan Felda juga meneruskan pembayaran gaji mereka biarpun mereka tidak bekerja sejak 13 Februari,” katanya di Residence Felda Sahabat.

Soepeno berkata, pihaknya berpuas hati dengan keselamatan pekerja Indonesia di Sabah terutama di kawasan Felda Sahabat. — Bernama.

Percaya rundingan damai akhiri konflik


Bangkok: Institut Nasional mengenai Pembangunan Pentadbiran (Nida) semalam mendedahkan hampir dua pertiga rakyat Thailand percaya rundingan damai dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dapat mengakihiri konflik di selatan negara itu.

Nida memperoleh keputusan itu berdasarkan kaji selidik dijalankan terhadap 1,669 responden dari semua lapisan masyarakat dan latar belakang pada 14 dan 15 Mac lalu. Nida berkata 64.9 peratus responden percaya rundingan damai akan menamatkan konflik di selatan. Mereka berpendapat rundingan damai akan menyelesaikan masalah lebih baik berbanding menggunakan kekerasan. - Bangkok Post

Persetujuan bersejarah


New York: Negara Islam dan Barat mencapai persetujuan bersejarah di PBB semalam apabila wakil masing-masing menyokong deklarasi menetapkan kod etika bagi memerangi keganasan terhadap wanita serta kanak-kanak.

Walaupun sebelum ini mengancam untuk menghalang deklarasi itu, diplomat Iran, Libya, Sudan dan negara Islam lain akhirnya bersetuju apabila deklarasi berkenaan menyatakan bahawa, keganasan terhadap wanita tidak boleh dibenarkan “atas apa saja pertimbangan budaya, tradisi atau agama.” Negara Barat pula, terutama dari Scandinavia, mengendurkan tuntutan mereka untuk mengaitkan hak pengamal homoseksual dan golongan menghadapi masalah seksual.


Iran, Vatican, Russia dan negara Islam membentuk pakatan bagi melemahkan gesaan supaya standard global lebih tegas diperkenalkan bagi mengekang keganasan ke atas wanita dan kanak-kanak. Persetujuan dicapai dua minggu selepas semua 193 diplomat di PBB berunding mengenainya. Kira-kira 6,000 pertubuhan bukan kerajaan berada di New York untuk menghadiri pertemuan Suruhanjaya Status Wanita itu.

Sebaik persetujuan itu diumumkan di Ibu Pejabat PBB, mereka bersorak dan bertepuk tangan meraikannya. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, anggota badan pertubuhan dunia itu komited untuk bertindak bagi menghalang keganasan dan memberikan keadilan serta bantuan kepada mangsa. - AFP

‘Dia sebenarnya syok sendiri’


Kuala Lumpur: “Dia sebenarnya syok sendiri dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu. Bagaimanapun, dia tidak mempunyai daulat kerana sultan berdaulat hanyalah mereka yang mempunyai wilayah sendiri.

“Ini jelas menunjukkan Jamalul Kiram III hanya ingin mencari pengaruh untuk meluaskan kekuasaan tanpa berfikir siapa dirinya sebenar,” kata Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.


Menurut beliau, banyak persoalan timbul mengenai identiti sebenar Jamalul Kiram III dan kebanyakan penerangan mengenai statusnya hanya dapat diperoleh daripada media Filipina.

Katanya, kesultanan Sulu sebenarnya sudah tidak wujud atas beberapa faktor seperti tidak mempunyai wilayah sendiri dan kebanyakan mereka yang mengaku sebagai sultan hanya melakukannya untuk mendapatkan kuasa.


“Kajian menyeluruh masih belum dibuat untuk mengetahui asal-usul sebenar Jamalul Kiram III. Kalau dia iktiraf dirinya sebagai sultan sekali pun, ia tidak akan membawa sebarang kesan kerana dia tidak mempunyai rakyat, sebaliknya hanya ada pengikut,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Wan Hashim berkata, berdasarkan perkembangan sekarang, mengaku sebagai sultan Sulu seakan-akan sudah menjadi perkara biasa kerana sesiapa saja boleh mendakwa sekiranya namanya ada kaitan dengan sejarah Kesultanan Sulu sebelum ini.

Pengganas lapar curi makanan


Bagan Datoh: Ada di antara pengganas yang menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak 12 Februari lalu keluar senyap-senyap dari tempat persembunyian untuk mencuri makanan di beberapa lokasi tertentu kerana kelaparan akibat kepungan anggota keselamatan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengganas terbabit dilapor mencuri makanan di rumah kongsi dan kedai makan.


Katanya, saki-baki kumpulan pengganas itu semakin terdesak akibat ketiadaan bekalan makanan dan minuman kerana dikepung pihak keselamatan di kawasan kecil.

“Ketuanya sudah meninggalkan mereka, moral mereka terlalu rendah sekarang dan masyarakat di Sabah tidak menyokong tindakan mereka, ertinya mereka tidak dapat bantuan maklumat dan juga sokongan moral keturunan Sulu di negeri Sabah.


“Kita harap masyarakat setempat dapat lebih berhati-hati kerana mereka lapar dan tindakan mereka lebih agresif,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan 120 komputer untuk sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan terpilih, di sini, semalam.

Muka depan akhbar ini Jumaat lalu melaporkan, pengganas yang kini semakin kekurangan sumber makanan dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian dan menemui penduduk kampung, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan bekalan makanan.


Ini berikutan tiga laporan polis dibuat penduduk kampung memaklumkan mereka didatangi pengganas yang meminta diberikan air minuman di beberapa lokasi berasingan dalam gugusan Felda Sahabat dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan berbincang dengan pihak berkuasa bagi membenarkan diplomat Filipina di negara ini melawat suspek pengganas yang ditahan.


Katanya, beliau akan berbincang dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Polis Diraja Malaysia bagi tujuan itu.


“Diplomat Filipina, termasuk dutanya di Kuala Lumpur, mungkin dibenar melawat selepas urusan soal siasat oleh pihak keselamatan ke atas suspek selesai sepenuhnya,” katanya.


Pada masa sama, Ahmad Zahid juga menyangkal laporan portal berita Philippine Daily Inquirer bahawa Malaysia menyekat pasukan kemanusiaan dan media Filipina daripada berjumpa rakyat negara itu yang ditahan di pusat pemindahan di Lahad Datu.


Menurut Ahmad Zahid, semua media asing, termasuk dari Filipina, bukan saja dibenar berada di pusat media di Felda Sahabat, tetapi juga dibawa ke kawasan Operasi Daulat bagi mendapat gambaran sebenar, susulan ada dakwaan pihak keselamatan negara ini bertindak zalim dan mengetepikan hak asasi manusia.

Saki baki pengganas tak sampai 50 orang


Lahad Datu: Saki baki pengganas yang dipercayai tidak sampai 50 orang, kini berpecah kepada kumpulan kecil dan bergerak secara gerila di kawasan Op Daulat, terutama di Kampung Tanjung Batu.

Anggaran itu diberi Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berdasarkan risikan dan petunjuk ditemui pasukan keselamatan yang melakukan operasi pembersihan dan penggeledahan.


Menurutnya, dijangka operasi pembersihan di kawasan itu berakhir selewat-lewatnya hari ini.

“Pengganas kini berpecah kepada kumpulan kecil tetapi dikesan masih berada dalam kawasan Op Daulat. Kami menjejak mereka dengan berhati-hati,” katanya pada sidang media bersama Panglima Divisyen Pertama Infantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di Felda Residence Sahabat, di sini, petang semalam.


Dianggarkan 200 pengikut Abgimudin Kiram yang mendakwa dirinya Raja Muda Sulu, berada di Kampung Tanduo sebelum serangan ofensif dilakukan pasukan keselamatan selepas usaha rundingan sejak mereka mendarat di kampung berkenaan pada 12 Februari lalu, menemui jalan buntu.


Dalam Op Daulat dilancarkan 5 Mac lalu, pasukan keselamatan berjaya menembak mati 61 pengganas. Turut terbunuh pemimpin tenteranya, Jeneral Musa dalam pertempuran sengit di Kampung Tanjung Batu pada 7 Mac lalu.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu, 35 pengganas berjaya meloloskan diri dengan dua bot sebelum ditahan pihak berkuasa Filipina.


Hamza berkata, berikutan Op Daulat masih berjalan terutama di Kampung Tanjung Batu, penduduk dan media dilarang memasuki kawasan itu.

“Walaupun Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk dibersihkan, penduduk masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Perangi keganasan wanita



Michelle Bachele
NEW YORK 16 Mac - Negara-negara Barat dan Islam semalam mencapai persetujuan dalam deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menetapkan tindakan bagi memerangi keganasan terhadap wanita.
Iran, Libya, Sudan dan negara-negara Islam lain bersetuju untuk menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita dan gadis tidak boleh menggunakan alasan 'pertimbangan budaya, tradisi atau agama'.
Negara-negara Barat terutama dari Scandinavia, pula mengurangkan desakan bagi merujuk kepada hak asasi golongan gay dan hak kesihatan seksual bagi membolehkan perjanjian dicapai selepas rundingan selama dua minggu itu menjadi tegang di antara 193 negara anggota PBB.
Kira-kira 6,000 badan bukan kerajaan (NGO) berada di New York bagi menghadiri persidangan Suruhanjaya Status Wanita tersebut.
Sorakan dan tepukan diberikan apabila deklarasi itu diumumkan di pejabat PBB di sini malam tadi.
Pengarah Eksekutif PBB bagi Wanita, Michelle Bachelet berkata, ia merupakan satu persidangan yang bersejarah.
Cubaan terakhir oleh suruhanjaya PBB itu berhubung keganasan terhadap wanita pada 2003 berakhir dengan kegagalan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130317/lu_03/Perangi-keganasan-wanita#ixzz2NkosGnxR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki disyaki pengganas gagal bolosi zon operasi


Lahad Datu: Seorang lelaki disyaki pengganas ditahan pasukan keselamatan ketika dipercayai cuba membolosi zon operasi Op Daulat di Felda Sahabat, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan tidak memaklumkan di mana lelaki tidak bersenjata itu ditahan, sebaliknya mengatakan ditahan jam 6.30 pagi.


Sejak Op Daulat dilancarkan, saki baki pengganas yang terdesak menyamar sebagai penduduk kampung dalam usaha melarikan diri, malah menanggalkan pakaian seragam tentera bagi mengelak dikesan.

“Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, berikutan saki baki pengganas kini berpecah kepada kumpulan kecil, pasukan keselamatan memerlukan kerjasama penduduk untuk menyalurkan maklumat bagi mengesan mereka.


“Lelaki yang ditahan pagi tadi itu (semalam) kini disoal siasat.


“Saya tidak mahu beritahu di mana lelaki berkenaan ditahan, tetapi dalam Felda Sahabat,” katanya pada sidang media bersama Panglima Divisyen Pertama Infantri, Mejar Jenaral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di Felda Residence Sahabat, di sini, pagi semalam.

Mesti makan darah


Kota Kinabalu: Tidak kira sama ada lawan masih hidup atau sudah mati, barung atau badung iaitu senjata tradisional masyarakat Suluk dari kepulauan selatan Filipina yang sentiasa terselit di pinggang perlu ‘makan darah’.

Sehubungan itu, tidak hairan kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna di Sabah tergamak menetak dan mencencang tubuh, malah memenggal kepala anggota keselamatan yang mati disebabkan terkena tembakan, semata-mata kerana mahu ‘menjamu’ barung mereka dengan darah.


Tindakan tidak berperikemanusiaan pengganas terbabit yang disifatkan lebih kejam daripada komunis, didakwa dilakukan kerana terlalu taksub dengan kepercayaan kuno masyarakat itu kononnya barung berkenaan mempunyai kuasa mistik.

Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Suluk Bajau Tawau Abdul Ali Erilis berkata, mengikut sejarah nenek moyang yang diceritakan bapa saudaranya yang berasal dari kepulauan Sulu, pahlawan Suluk akan tetap ‘membunuh’ mangsa menggunakan barung walaupun musuh tidak bernyawa lagi.


“Perbuatan kejam, termasuk menyeksa sebelum membunuh lawan, dilakukan kerana mewarisi sejarah perjuangan nenek moyang kononnya ia lambang ‘pahlawan Suluk’ sejati.


“Tindakan memenggal kepala musuh yang tidak bernyawa dilakukan sebagai bukti mereka pejuang kuat dan ganas di mata dunia,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat Suluk di Filipina masih mempercayai kononnya barung mempunyai kuasa mistik tersendiri. Sehubungan itu, sebelum diasah, senjata itu akan ditangas terlebih dulu supaya ‘kekuasaan dan ketajamannya’ cukup untuk membunuh mangsa.


“Jika mangsa dibunuh menggunakan barung, mereka akan diangkat sebagai pahlawan oleh masyarakat Suluk pada zaman dulu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, dalam peperangan dulu kala, tidak sah kematian musuh jika barung tidak menjamah darah mangsa.


“Mungkin penceroboh terbabit masih memegang prinsip perjuangan dulu kala sehingga sanggup berlaku kejam terhadap mayat pasukan keselamatan kita yang terkorban.


“Prinsip mereka, tidak sah jika barung tidak melekat pada badan musuh dan mungkin sebab itu mereka bertindak kejam walaupun mangsa tidak bernyawa lagi,” katanya.


Menurut Ali, berbanding zaman dulu dengan situasi sekarang, jelas pengganas terbabit sengaja mahu menunjukkan kekuatan selain menakutkan pasukan keselamatan.


“Pengganas terbabit mungkin sengaja melakukan kekejaman terhadap anggota keselamatan kita sebagai satu peringatan kononnya mereka sangat kuat.


“Namun, saya tidak tahu mengenai kekebalan mereka. Walaupun mendakwa mempunyai kuasa mistik, ramai juga terbunuh kerana terkena peluru pasukan keselamatan,” katanya.


Berbeza pula dengan pendapat disuarakan Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS), Mohd Zaki Herry Susanto yang mendakwa kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu berkemungkinan dipengaruhi dadah jenis syabu.


“Saya pernah dimaklumkan bahawa pengganas terbabit menggunakan syabu supaya sentiasa bertenaga dan mampu bertahan ketika berperang meskipun berhari-hari tidak menjamah makanan.


“Selain itu, pengaruh penggunaan dadah menjadikan pengganas hilang pertimbangan, termasuk bertindak kejam terhadap mayat lawan,” katanya.


Katanya, kebanyakan pengganas menyasarkan kepala kerana menyedari satu das tembakan saja mampu menumbangkan lawan.


“Pengganas lebih gemar menembak kepala kerana mengetahui pasukan keselamatan memakai baju kalis peluru. Bagi saya, ia tiada kaitan dengan ilmu mistik seperti memiliki ilmu kebal atau ghaib,” katanya.

Bom haram di Syria


Beirut: Rejim Syria meningkatkan penggunaan bom berangkai yang diharamkan, kata kumpulan hak asasi manusia antarabangsa dalam satu laporan semalam ketika konflik di negara itu memasuki tahun ketiga.

Dalam tempoh enam bulan lalu, tentera Syria telah menggugurkan sekurang-kurangnya 156 bom berangkai di 119 lokasi di seluruh negara, menyebabkan kemalangan jiwa terhadap orang awam, kata Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan yang berpangkalan di New York. Dua serangan sejak dua minggu lalu membunuh 11 oarng awam termasuk dua wanita dan lima kanak-kanak, kata laporan itu. Kumpulan terbabit berkata, ia memperoleh penemuan itu ekoran siasatan di tempat kejadian dan menganalisis lebih 450 video amatur. Bom berangkai membentuk lebih banyak bom kecil, ia menyebabkan ancaman kepada orang awam kerana kebanyakannya tidak meletup serta-merta. Banyak negara melarang penggunaannya.


Laporan itu dibuat sehari selepas rakyat Syria menyambut ulang tahun kedua kebangkitan menentang Presiden Bashar al-Assad. Pemberontakan bermula dengan bantahan secara aman tetapi sebagai tindak balas terhadap kekerasan rejim ia akhirnya berubah menjadi perang saudara. Perang itu telah membunuh kira-kira 70,000 orang dan menyebabkan empat juta daripada 22 juta penduduk Syria terpaksa berpindah, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Konflik masih menemui jalan buntu walaupun kumpulan penentang mencapai kejayaan baru-baru ini yang menguasai sebahagian besar wilayah utara dan timur Syria. Tentera rejim secara rutin menyerang kubu penentang dengan artileri dan menggugurkan bom dari udara menyebabkan orang awam terpaksa melarikan diri mencari perlindungan untuk keselamatan. - AP

2,800 huni empat pusat penempatan


2,800 huni empat pusat penempatan Kanak-kanak dari Kampung Sungai Merah kelihatan ceria ketika ditemui di pusat penempatan sementara di Dewan Besar Cenderawasih dekat Felda Sahabat.
Lahad Datu: Keselamatan kira-kira 2,800 penduduk di empat pusat penempatan sementara sekitar FELDA Sahabat sejak pencerobohan pengganas, di kawal ketat pihak berkuasa.

Anggota pasukan keselamatan ditempatkan di semua pusat penempatan itu dengan dibantu anggota RELA, selain pemeriksaan kesihatan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan.
Penduduk juga tidak dibenarkan keluar sesuka hati dari pusat penempatan itu dan perlu melaporkan kepada pegawai bertugas jika ingin keluar atau berpindah ke rumah saudara mara.

Kehadiran anggota pasukan memberi keyakinan kepada penduduk terbabit mengenai keselamatan mereka.

Tinjauan BH di penempatan sementara di Fajar Harapan mendapati penghuninya menjalani kehidupan seperti biasa, manakala kanak-kanak riang bermain futsal di gelanggang berhampiran.

Seorang penduduk yang ditemui di pusat penempatan sementara di Cenderawasih, Juhasni Muhtar, 40, berkata kebajikan dan keselamatan mereka sentiasa dijaga pasukan keselamatan.

"Sini bagus walaupun terpaksa tinggal beramai-ramai. Ada makan dan minum disediakan... kalau sakit pun diberi ubat.
"Rasa takut sudah tiada kerana kami jauh dari lokasi perang, lagi pun ada orang kawal di pintu masuk," katanya.

Selain di Fajar Harapan dan Cenderawasih, pusat penempatan sementara turut dibuka di Embara Budi dan Gemala Pura.

Polis nafi 700 lagi militan ceroboh Sabah


 Polis nafi 700   lagi militan ceroboh Sabah
Ismail bersama Zulkifeli (kanan) menunjukkan gambar pakaian dan senjata milik pengganas pada sidang media di Markas FELDA Sahabat, Lahad Datu, semalam.
Lahad Datu: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.

Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, tidak benar.
“Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan polis dan ia tidak betul,” katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas FELDA Sahabat 16, dekat sini semalam.


Jangan mudah percaya

Ismail menasihatkan orang ramai jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat tidak sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.

“Kalau maklumat tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya. Keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan tidak perlu cemas,” katanya.
Beliau juga berkata, polis tidak menerima laporan daripada Wisma Putra berhubung dakwaan Jamalul Kiram III kumpulannya menawan empat rakyat Malaysia.

Pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat Jamalul Kiram meminta kerajaan Malaysia menyerahkan pengganas sebagai pertukaran dengan empat anggota keselamatan yang kononnya berada dalam tawanan mereka.

Tiada maklumat tawanan

Ismail diminta mengulas laporan portal Philipine Daily Inquirer yang memetik Jamalul Kiram mendakwa pengganas menawan empat anggota polis dalam kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, yang turut mengorbankan enam anggota polis, malam Sabtu lalu.

Sebelum ini, Ismail beberapa kali dilaporkan berkata, pihaknya tiada maklumat empat anggota polis ditawan pengganas dalam kejadian itu.

Dalam laporan portal itu, beliau turut mendakwa 10 pengganas Sulu ditawan pasukan keselamatan Malaysia ketika polis dan tentera diserang di Kampung Tanduo pada 1 Mac lalu.

Jamalul Kiram dilaporkan mahu pertukaran tawanan bagi menghentikan pertempuran dan operasi pasukan keselamatan. Anak perempuannya, Jacel Kiram turut mendakwa empat individu, iaitu dua tentera dan masing-masing seorang anggota polis serta orang awam ditawan pengganas.

Agbimuddin Kiram berjaya lolos, Op Daulat diteruskan




16 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
KOTA KINABALU - Operasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina.

Berdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina.

Perkara itu diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama di sini, malam tadi.

Mereka berkata maklum balas daripada pasukan keselamatan negara di kawasan operasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kawasan sekitarnya menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama dengan pengikutnya di Sabah.

Bagaimanapun, mereka tidak memberi butiran lanjut ketika ditanya bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan yang melancarkan gerakan besar-besaran sejak 12 hari lepas.

Zulkifeli berkata, walaupun Azzumudie telah melarikan diri, Op Daulat akan diteruskan bagi memburu dan menangkap saki-baki kumpulan itu yang masih berada di Tanjung Batu, Lahad Datu.

Beliau berkata, pasukan keselamatan telahpun memasuki Kampung Tanjung Batu untuk membuat pembersihan dengan lebih terperinci dan yakin dalam beberapa hari lagi kawasan itu dapat dibersihkan.

Dalam operasi pagi semalam, pasukan keselamatan mengesan beberapa aktiviti yang dipercayai dilakukan oleh musuh dalam kumpulan yang kecil,
katanya.

Ismail pula berkata, pihaknya yakin dengan jumlah besar anggota pasukan keselamatan pada masa ini, usaha membersihkan kawasan-kawasan yang terbabit dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.

Sebelum itu, kedua-dua mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Ismail berkata pihaknya telah mengenalpasti beberapa kawasan dan berharap ianya dapat direalisasikan.

Sementara itu Zulkifeli pula berkata, pihaknya telahpun menyediakan kerangka penubuhan ESSCOM dan yakin ianya dapat diwujudkan dengan secepat mungkin.

Selepas sidang media itu, kedua-dua mereka telah menghadiri mesyuarat mengenai penubuhan ESSCOM, yang dipengerusikan oleh Ali di sini. - Bernama

330 juta pengguguran kandungan di China



330 juta pengguguran kandungan di China
Peraturan satu anak hadkan pertambahan penduduk
BEIJING: Hampir 330 juta pengguguran dilakukan di China dalam tempoh 40 tahun sejak pertama kali pelaksanaan langkah untuk mengehadkan pertambahan penduduk di negara dengan jumlah populasi terbesar di dunia itu, kata data rasmi.
China mengumumkan perubahan struktur dalam sistem perancangan keluarganya yang menyelia dasar seorang anak ketika mesyuarat tahunan mengenai perundangan kebangsaan di Beijing yang sedang berlangsung.
Selepas perubahan itu, China akan mematuhi dan meningkatkan dasar perancangan keluarga”, Ma Kai, Setiausaha Agung Majlis Negara, Kabinet China

Data yang disiarkan melalui halaman web kementerian kesihatan awal tahun ini menunjukkan bahawa mulai 1971 sebaik saja China mula menggalakkan penduduknya mengurangkan anak, sejumlah 328.9 juta pengguguran sehingga 2010 dijalankan di negara itu yang mempunyai sejumlah 1.35 bilion penduduk.

Pembangunan ekonomik

China berkata dasar seorang anak yang diperkenalkan mereka awal 1980-an menghalang lebihan penduduk dan meningkatkan pembangunan ekonomik. Dasar terbabit mengecualikan beberapa keluarga luar bandar, etnik minoriti dan pasangan yang kedua-dua adalah anak tunggal.

Bagaimanapun gesaan supaya sekatan itu dihentikan semakin meningkat berikutan kadar buruh negara itu yang kian berkurangan selain bertambahnya golongan tua. Kumpulan hak asasi kemanusiaan mengkritik apa yang disifatkan mereka sebagai langkah penguatkuasaan keras.
Di bawah dasar berkenaan, keluarga di bandar biasanya dibenarkan untuk memiliki hanya seorang anak manakala keluarga di luar bandar boleh memiliki anak kedua jika anak pertama mereka adalah perempuan. Mereka yang melanggar peraturan itu akan dikenakan denda.

Ahad lalu, kerajaan mengumumkan penggabungan Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Agensi Penduduk Kebangsaan yang memantau dasar terbabit bersama kementerian kesihatan dalam satu langkah yang disifatkan media tempatan sebagai bertujuan meningkatkan dan bukan mengabaikan dasar seorang anak.

“Selepas perubahan itu, China akan mematuhi dan meningkatkan dasar perancangan keluarga,” kata Setiausaha Agung Majlis Negara, Kabinet China, Ma Kai yang dipetik agensi berita rasmi Xinhua, ketika langkah itu diumumkan.

Langkah itu termasuk dalam satu laporan mengenai penstrukturan semula kerajaan dibentangkan kepada Kongres Penduduk Kebangsaan yang akan mengakhiri tahunannya pada Ahad ini. - AFP

Konflik di Afghanistan terus jadi perdebatan



 
Foto
Tentera Kebangsaan Afghanistan melaungkan slogan ketika menunjukkan kemahiran di sebuah pangkalan tentera di pinggir Kabul semalam.caption image

Foto
Penduduk Afghanistan mengadakan tunjuk perasaan sambil berarak menuju ke bangunan parlimen bagi membantah kehadiran tentera asing di negara itu semalam.

KABUL: Ketika tirai 2014 semakin hampir, masa depan Afghanistan menjadi tumpuan banyak perdebatan.

Perang 11 tahun melanjutkan ketidakstabilan dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) sebahagian besarnya gagal mewujudkan keadaan selamat di negara itu.
Ketika semua pihak termasuk rakyat Amerika bersedia menamatkan perang, pengunduran tentera Amerika Syarikat tidak syak lagi akan mencetuskan satu ruang kosong keselamatan.

Berikutan itu kita terpaksa bertanya adakah satu lagi peperangan akan berlaku di Afghanistan atau adakah Taliban akan kembali berkuasa?

Awal tahun ini, ISAF diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengatakan bahawa 2012 mencatat penurunan tujuh peratus dalam serangan Taliban di seluruh Afghanistan.

Bagaimanapun, mereka menarik balik kenyataan berkenaan dan mengatakan tiada penurunan mahu pun peningkatan dalam serangan ganas.

Taliban mengekalkan kehadirannya di rantau selatan dan terus meningkatkan usaha mengambil alih kawalan, Afghanistan terpalit dengan masa depan suram.
Kemungkinan berlaku perang saudara di Afghanistan sudah berakar umbi dengan banyak masalah sejak lebih sedekad perang.

Cabaran terbaru termasuk ketidakupayaan Afghanistan untuk melatih pasukan tentera dan polis akibat ketegangan etnik, menamatkan rasuah yang mengkucar kacirkan kerajaan dan mengelak serangan Taliban.

Sepanjang penjajahan Amerika di Afghanistan, Taliban berjaya mengekalkan pengaruh dengan bantuan kumpulan sokongan Al-Qaeda, terutama mereka yang datang dari Pakistan. – Agensi

Jurucakap Kiram nafi Azzimuddie larikan diri


MANILA - Jurucakap Jamalul Kiram III semalam menafikan bahawa Raja Muda Azzimuddie Kiram telah melarikan diri ke tanah airnya, Filipina.
Pada bulan lalu, Azzimuddie mengetuai lebih 200 pengganas menceroboh Sabah di Malaysia untuk menuntut negeri berkenaan.
Pengganas-pengganas Jamalul Kiram telah bertempur dengan pasukan keselamatan di Sabah kerana mendakwa negeri itu milik Kesultanan Sulu berdasarkan faktor sejarah.
Kumpulan tersebut membina sebuah kem di Sabah pada 12 Februari lalu untuk melaksanakan tuntutan mereka sekali gus mencetuskan isu diplomatik dan keselamatan kepada Manila dan Kuala Lumpur.
Konfrontasi itu meletus menjadi pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia pada 1 Mac lalu.
Beberapa laporan dari Malaysia memetik panglima angkatan tentera negara itu, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin sebagai berkata bahawa Azzimuddie telah meninggalkan pengikutnya dan melarikan diri ke Filipina.
Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Ismail Omar memberitahu wartawan Malaysia bahawa laporan yang diterima menunjukkan raja muda itu tidak lagi bersama kumpulannya di Sabah.
Namun, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani menafikan kedua-dua laporan tersebut.
Dalam satu jawapan bertulis kepada agensi berita dpa, dia berkata: "Itu tidak benar. Dia (Azzimuddie) masih berada di Sabah."
Dalam pada itu, polis di Tawi-Tawi iaitu pulau di wilayah Mindanao yang paling dekat dengan Sabah masih mencari tanda-tanda bahawa Azzimuddie mungkin melarikan diri ke sana. - dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2Nk9eoghF 
Hakcipta terpelihara 

Tinggalan pengganas Sulu ditemui



BEBERAPA orang anggota tentera menjalankan tugas menjejaki musuh dalam Ops Daulat di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah semalam.


LAHAD DATU - Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara pelbagai barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan.
Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.
Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.
Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.
Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu
Sumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang ditemui di dalam beg yang ditinggalkan selepas mereka diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2Nk9MfkvN 
Hakcipta terpelihara