Aung San Suu Kyi
Aung Sang Suu Kyi
YANGON - Pemimpin pembangkang yang juga ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menawar diri untuk menjadi orang tengah bagi mengadakan rundingan damai bagi mengakhiri konflik antara kerajaan dan etnik minoriti negara itu.

Suu Kyi berkata, beliau sudi mengambil bahagian dalam rundingan damai jika ada pihak yang memintanya berbuat demkian.

“Saya pernah dikritik kerana tidak mengambil bahagian usaha untuk membuat rundingan damai dalam konflik di Kanchin tetapi saya selalu berkata kepada diri, saya sentiasa bersedia jika ada pihak yang mahukan saya terlibat dalam rundingan tersebut,” katanya.

Suu Kyi membuat tawaran itu semalam dalam sebuah ucapan video kepada ahli-ahli Liga Kebangsaan Parti Demokrasi sempena Hari Kesatuan, simbolik kepada hari ayahnya menandatangani penjanjian tahun 1974 dengan pemimpin etnik minoriti negara itu bagi mendapatkan kemerdekaan dari Britain.

Bapanya, Jeneral Aung San telah dibunuh sebelum negara itu mencapai kemerdekaan selepas mengadakan rundingan Perjanjian Panglong 1947 dengan etnik minoriti.

Pemberontakan oleh etnik minoroti negara itu disebabkan mereka ingin mewujudkan  sistem demokrasi berparlimen bagi mengakhiri pemerintahan tentera pada tahun 2011.

Sementara itu, pemerintah kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya, Presiden Thein Sein telah mencapai perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan etnik utama.

Beliau turut menegaskan semasa sesi ucapannya semalam bahawa kestabilan politik merupakan sesuatu yang penting dan konflik bersenjata harus berakhir secepat mungkin.

Gencatan senjata dikuatkuasakan hampir dua dekad tercemar pada Jun 2011 selepas puak Kanchin enggan meninggalkan pangkalan strategik loji kuasa hidro yang merupakan sebuah syarikat usaha sama dengan syarikat Cina.