Sunday, May 2, 2010

3 Sebab Malaysia Patut Serahkan RM320 billion kepada Brunei



BeritaOleh: dewa

"Aduh!! Maka terkejutlah seluruh  Malaysia apabila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir mendedahkan betapa Malaysia kerugian RM 320 ribu juta apabila menyerahkan 2 kawasan telaga minyak kepada Brunei tanpa mencabarnya di mahkamah dunia. Najib selaku ketua UMNO-AMCO yang baru berjaya meraih sokongan lebih 20,000 pengundi Melayu UMNO Hulu Selangor enggan mengulas sebaliknya mengarahkan orang-orang bawahannya saja menguruskan. Ada 3 rahsia yang tidak kita semua ketahui berhubung penyerahan RM320 billion kepada Brunei ini sebenarnya:

1. Serah RM 320 ribu juta tak merugikan Malaysia!
Begitulah hujah Pak Lah kerana beliau mendakwa kononnya wujud persetujuan bahawa Malaysia akan diberi kebenaran oleh Brunei untuk turut sama membangunkan kawasan tersebut. Inilah antara hujah paling bodoh yang dibawa oleh UMNO.
TAK SAMA memiliki dengan sekadar tolong menguruskan! Contohnya, ada kebun 100 ekar. Kita setuju kebun tu milik aku tetapi kau boleh tolong uruskan.  Kedudukan kau hanyalah setakat pengurus bodoh sahaja, aku yang menjadi pemiliknya. Sampai begitu tak cerdiknya UMNO.
Itulah antara sebab pengundi Cina menolak rasuah UMNO pada pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lalu. Pengundi Cina yang reti mengira sedar bahawa khazanah negara yang dikaut UMNO jauh lebih banyak dari sedekah dan ehsan yang ditaburkan oleh UMNO-Apco.

2. Kita kena hormati jiran.
Begitulah Malaysia. Rakyat Kelantan dan Terengganu dinafikan hak mendapat royalti minyak dan dilayan bagaikan pengemis apabila menuntut hak ke atas minyak di kawasan sendiri.
Tiba-tiba, Malaysia dengan mudah menyerahkan telaga minyak bernilai RM 320 billion kepada Brunei. Sebelum ini, Malaysia sudah melepaskan Batu Putih kepada Singapura dalam apa yang disifatkan oleh Rais Yatim sebagai 'win-win situation'.
Nampaknya, benarlah pepatah 'anak monyet dihutan disusukan, anak sendiri dibiar mati kelaparan!' 
3.  Malaysia negara UMNO
Selaku sebuah negara yang diperintah oleh UMNO tindakan UMNO menyerahkan 2 telaga minyak bernilai RM 320 billion ini mengsahkan kehebatan UMNO selaku parti pemerintah yang mampu berbuat apa sahaja yang diingininya. Ahli UMNO seumpama Pak KAdok yang 'menang sorak kampung tergadai'.
RM 320 billion tu banyak mana sebenarnya?
Duit PTPTN yang budak-budak graduan berhempas pulas kena bayar balik tuh (RM30,000 seorang) boleh dihalalkan kesemuanya.

Tol di jalanraya boleh dimansuhkan sepenuhnya.
Cukai pintu, dan pelbagai jenis cukai boleh dimansuhkan juga.
Puluhan malah ratusan rumah anak yatim boleh dibina.
Peluang pekerjaan boleh dibuat untuk ratusan ribu rakyat Malaysia.
Buku teks percuma dan pendidikan percuma sehingga tahap universiti boleh dibuat.
Kesemua ini tidak berlaku kerana UMNO BODOH MENGURUSKAN NEGARA.
Apa pun, asalkan sedikit fulus masuk ke poket, sedikit berita perkauman disebarkan berita UMNO, sedikit isu agama dibakar dan direka, maka melompat-lompatlah penyokong Melayu UMNO dan akan taat setialah mereka kepada UMNO.
Bagi penulis pula, benarlah kata Tengku Razaleigh bahawa golongan profesional Melayu semakin lari dari Malaysia yang semakin korup. Dengan berat hati, penulis mengambil keputusan menerima saja tawaran bekerja secara permanent di luar negara yang menawarkan suasana kerja bebas tekanan dan penganiayaan politik dengan gaji lebih 5 ganda berbanding di Malaysia. Wassalam. 

Skandal Pembelian Kapal Selam

Merdeka Review
Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.
Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa SUARAM ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.
Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.
Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita – polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.
Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:
Apakah peranan Perdana Menteri Najib Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu?
Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu? Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?
Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?
Apakah Nazim Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam (gambar kiri) dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?
Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Razak dan Bala?
Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris? Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia. Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.
Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?
Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?
Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?
Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia? Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?
Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?
Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan. Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini.

Habislah Anwar berapa kotak pulak akan didedahkan


Pelantikan Ezam: Peluang dedah helah Anwar

PULAU PINANG 29 April - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) percaya pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor sebagai senator dapat menyediakan platform kepada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mendedahkan segala tipu muslihat Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, sebagai penggerak utama kumpulan gerakan reformasi pada 1998, Ezam mempunyai ramai pengikut yang telah 'masak' dengan perjuangan PKR yang lebih menumpukan kepentingan peribadi daripada keperluan rakyat.
"Dengan pelantikan ini, dapatlah suara akar umbi Reformis lebih lantang kedengaran menegak keadilan di semua aspek kehidupan untuk rakyat dan negara yang kita cintai.
"Reformis mengucapkan syabas kepada Ezam di atas pendiriannya yang teguh selama ini walaupun diasak dengan pelbagai tohmahan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikirimkan kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Ezam merupakan antara empat individu yang akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara selain Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim & Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.
Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin ini.
Menurut Ramlan, pihaknya berharap Ezam akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan dan bijaksana.
Pada perkembangan lain, beliau memberitahu, Reformis akan membantu jentera kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu bulan depan.
"Ini adalah penampilan kali ketiga Reformis selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan Parlimen Hulu Selangor.
"Sudah menjadi tugas Reformis untuk menyedarkan rakyat mengenai perjuangan pakatan pembangkang yang penuh tipu muslihat demi memenuhi nafsu segelintir pemimpin mereka," ujarnya.

'Pastikan Limbang hak kita'





PADANG RENGAS 1 Mei - Malaysia tetap memastikan kawasan Limbang di Sarawak kekal sebagai hak milik negara ini walaupun konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei dalam perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana Malaysia tidak bodoh hendak membuat sesuatu yang merugikan dalam perjanjian tersebut.
Katanya, perjanjian tersebut jelas menyatakan Malaysia mempunyai bahagian dan mesti ada kerjasama dalam membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu.
"Perkara itu telah dijelaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bahawa mesti ada kerjasama dan Malaysia ada bahagian dalam membangunkan sumber tersebut secara komersial Blok L dan Blok M," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen dan Karnival Rakyat Semarak Semangat 1Malaysia Parlimen Padang Rengas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak dekat sini.
Mohamed Nazri diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta penjelasan Wisma Putra berhubung status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM320 bilion yang kini dikatakan menjadi milik Brunei.
Bagaimanapun, Abdullah semalam berkata, perjanjian berhubung tuntutan dan pertindihan sempadan Limbang antara kerajaan Malaysia dan Brunei yang ditandatangani pada 16 Mac 2009 tidak merugikan Malaysia dari segi sumber pengeluaran minyak di kawasan itu.
Sehubungan itu, Mohamed Nazri berkata, Malaysia tidak akan berkompromi dalam soal Limbang kerana ia merupakan sebahagian wilayah negara ini.
"Duit banyak mana pun boleh habis, tetapi tanah boleh kekal selama-lamanya," katanya.
Ditanya mengenai laporan bahawa Brunei telah membuat penafian bersetuju menyerahkan Limbang, Mohamed Nazri berkata, Brunei boleh membuat penafian itu, tetapi hakikatnya, Limbang tetap hak milik Malaysia.
"Kita akan pertahankan Limbang dan negara lain boleh kata apa pun, Limbang adalah hak Malaysia walaupun ada pihak yang akan mempertikaikan keputusan melepaskan Blok L dan Blok M itu," tegasnya.
Dalam perkembangan lain Nazri meminta polis menyiasat kandungan ucapan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa berbaur hasutan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.
Jika terbukti, Mohammad Nizar boleh didakwa mengikut Akta Hasutan kerana cuba merosakkan perpaduan rakyat di negara ini katanya.

Polis tak berlaku adil kepada rakyat tak apa


Berlaku adil kepada polis - Hishammuddin

02/05/2010 4:41pm

RAUB 2 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan.
Beliau berkata, isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, pada Isnin lalu tidak perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap pasukan polis.
"Satu Panel Memantau Siasatan Polis terhadap kes itu akan dibuat dan saya memberi jaminan pelantikan itu nanti akan mempertimbangkan mereka yang benar-benar bebas.
“Kita simpati terhadap apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama, ia perlu melalui proses keadilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat 30 cawangan UMNO Bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan, dekat sini hari ini.

Hishamuddin berharap menerusi pelantikan panel itu kelak, ia akan dapat memantau siasatan yang dilakukan berhubung kes berkenaan bagi menegakkan keadilan.
Beliau juga berharap semua pihak menunggu hasil siasatan dan tidak berterusan membuat andaian, spekulasi atau mempolitikkan isu berkenaan. - Bernama

Orang zalim bersahabat dengan orang zalim




[6 : 129] Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang ZALIM itu menjadi teman bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan. (QS. 6:129)
[6 : 129] We thus match the wicked to be companions of each other, as a punishment for their transgressions.




201.
(Pada hari kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang zalim takut ngeri (akan balasan buruk) bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga; mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka; yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.
(Asy-Syuura : 22)

183.
Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".
(Faatir : 37)

195.
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.
(Ghaffir : 18)

http://www.mphonline.com/pdf/malaysian_maverick.pdf

Lagi satu sebab mengesahkan yang UMNO Bangang Forever


Petronas sahkan kontrak blok L, M ditamatkan






KUALA LUMPUR 1 Mei – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran yang melibatkan Blok L dan Blok M yang dianugerahkan kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Sabah Oil Co. Ltd telah ditamatkan secara rasmi pada 7 April lalu.
Menurutnya, mengikut Surat Pertukaran yang bertarikh 16 Mac 2009, kedua-dua blok itu bukan lagi sebahagian dari Malaysia.
Malah, Blok L dan Blok M itu telah ditandakan semula sebagai CA1 dan CA2.
‘‘Petronas juga mahu menjelaskan mengikut Surat Pertukaran itu, syarikat ini telah dijemput oleh Brunei untuk terlibat dalam perjanjian bagi membangunkan CA1 dan CA2 berdasarkan perjanjian komersial,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dua blok minyak itu telah diserahkan kepada Brunei melalui perundingan bagi menyelesaikan isu tuntutan dan pertindihan sempadan Limbang.
Beliau yang juga merupakan Penasihat Petronas berkata, medan minyak itu mempunyai jumlah simpanan berjumlah hampir satu bilion tong.
Tambah firma syarikat minyak negara itu, Petronas telah menubuhkan satu pasukan untuk berunding dengan kerajaan Brunei bagi melaksanakan terma penyusunan perjanjian komersial itu.
Kedua-dua pihak dijangka mencapai persetujuan berhubung penyusunan yang memberi faedah bersama dalam tempoh terdekat ini.
Petronas berkata, Surat Pertukaran itu adalah kemuncak kepada isu yang berlarutan antara kedua-dua negara yang dicapai dengan memberi manfaat bersama, termasuk membenarkan Petronas terlibat dalam kontrak perkongsian pengeluaran baru bagi Blok L dan Blok M.



UMNO Bangang Dulu, Kini dan Selamanya

Seruan menjadi pelapor rasuah






APABILA Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) menggariskan rasuah sebagai salah satu teras utama yang harus diperangi, ia secara tidak langsung mempamer sisi gelap sektor perkhidmatan awam yang tidak pernah lekang dengan imej rasuah di pelbagai peringkat.
Peletakan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada jurusan NKRA tersebut jelas menunjukkan kerajaan mempunyai sasaran khusus untuk mengukur usaha dan pencapaian dalam memerangi gejala itu untuk satu tempoh masa yang dijanjikan.
Namun, apabila kerajaan komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan KPI, adakah rakyat bersedia untuk bersama menggembleng tenaga dan usaha bagi merealisasikan hasrat itu?
Kepincangan dalam organisasi barangkali wujud hanya disebabkan sedikit individu yang menjadi racun kepada pembangunan organisasi secara keseluruhan. Bukan sahaja rasuah, tetapi produktiviti dan kemahiran yang tidak mencapai kualiti yang diharapkan.
Lalu apakah formula terbaik yang harus digabungkan bagi mengembalikan imej penjawat awam yang bukan sahaja bebas rasuah, tetapi pada masa sama mempunyai kredibiliti dan kualiti yang mampu menganjak negara ke satu tahap menghampiri pencapaian negara maju?
Sudah pasti kesemua hasrat ini perlu melibatkan komitmen yang mendalam dan tuntutan yang besar daripada keseluruhan penjawat awam bagi melaksanakan sesuatu yang betul walaupun sukar.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, imej perkhidmatan awam sudah lama tercemar dengan gejala rasuah membabitkan penjawat di pelbagai peringkat.
"Bila sebut sahaja rasuah, masyarakat akan fokus kepada perkhidmatan awam seolah-olah semua aktiviti rasuah yang berlaku membabitkan sektor perkhidmatan awam.
"Di sana sini media melaporkan kegiatan rasuah dan individu-individu dalam perkhidmatan awam yang ditangkap tetapi individu yang memberi rasuah lepas begitu sahaja," katanya.

RASUAH mencemarkan imej penjawat awam sejak sekian lama. - Gambar hiasan


Menurut Omar, beliau tidak mahu sektor perkhidmatan awam dicap sebagai perasuah dan mahu semua pihak menggembleng usaha bagi memulihkan imej sektor berkenaan daripada terus tercemar.
"Saya menyeru semua penjawat awam supaya sama-sama memerangi rasuah dengan menjadi pelapor rasuah. Sekiranya penjawat awam bekerjasama sudah pasti gejala ini dapat diperangi dengan lebih berkesan.
"Sempena Hari Pekerja 2010, jadikan ia sebagai era baru bagi meletakkan ranking rasuah paling rendah di dalam sektor perkhidmatan awam di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. Tahun ini sambutan Hari Pekerja tahun ini memilih tema, Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi.
Tambah Omar, beliau mahu melihat kadar rasuah menurun sehingga 20 peratus pada 31 Disember ini selepas tiga tahun berturut-turut menunjukkan perubahan positif kadar rasuah dalam perkhidmatan awam.
"Sejak tiga tahun kebelakangan ini kadar rasuah telah turun pada kadar yang memberangsangkan dan saya mengharapkan perkembangan berterusan dapat dilihat sehingga tahun 2010 berakhir.
"Cuepacs juga menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melancarkan perang rasuah hingga ke akar umbi," katanya.
Dalam pada itu Cuepacs tidak pernah menutup ruang rundingan bagi menyampaikan hasrat dan menyuarakan permasalahan penjawat awam kepada pihak kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik.
"Cuepacs sentiasa boleh berjumpa dengan pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah penjawat awam tetapi cepat atau lambat ia tertakhluk kepada keadaan ekonomi semasa.
"Sekiranya ekonomi bagus, tidak berlaku ketirisan dan penjawat awam menunjukkan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan, sudah pasti permasalahan-permasalahan itu akan didengar oleh kerajaan," katanya.
PENERIMA dan pemberi rasuah wajar diperangi habis-habisan.


Gaji minimum
Pendapat itu turut disokong oleh Presiden Persatuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan yang mahu penjawat di sektor awam dan swasta menyokong model ekonomi baru Malaysia yang berteraskan peningkatan produktiviti pekerja sekali gus meningkatkan tahap pendapatan mereka.
Menurut beliau, sekiranya kerajaan menetapkan gaji baru yang tinggi tanpa melihat kepada peningkatan prestasi dan produktiviti pekerja, ia ibarat resipi kegagalan kepada sesebuah organisasi.
"Peningkatan pendapatan pekerja mestilah seimbang dengan peningkatan produktiviti dan ia tidak akan berlaku tanpa perubahan cara bekerja dan peningkatan kemahiran yang pelbagai sebagaimana dicapai negara-negara maju.
"Justeru, saya berharap kesatuan pekerja mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran melalui pensijilan oleh pihak kerajaan supaya mereka yang berkelayakan mendapat imbuhan yang sewajarnya," jelasnya.
Katanya lagi, perubahan-perubahan berkenaan perlu supaya pekerja di Malaysia tidak ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan negara-negara maju.
"Singapura mencapai produktiviti 3.8 kali ganda berbanding Malaysia dan kita juga mensasarkan untuk memenuhi hasrat kerajaan untuk pastikan pendapatan perkapita sebanyak RM25,000 setahun kini kepada RM48,000 pada tahun 2020.
"Namun, penilaian harus dilihat di kedua-dua belah pihak dan tidak hanya menumpu kepada pendapatan tanpa melihat aspek daya saing di kalangan penjawat awam dan swasta," katanya.
Berhubung perkara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, perjuangan MTUC belum selesai dan akan meneruskan tuntutan-tuntutan kepada pihak kerajaan iaitu kadar gaji minimum, tabung pekerja yang diberhentikan, umur tamat tempoh perkhidmatan dan tempoh cuti bersalin.
"MTUC masih meneruskan agenda-agenda yang tertangguh sekian lama iaitu menuntut gaji minimum sebanyak RM900 dan elaun gaya hidup sebanyak RM300. Tetapi rombakan gaji tidak bermaksud mereka yang sudah melepasi gaji RM900 perlu kembali kepada jumlah gaji ini.
"Selain itu, MTUC juga terus memperjuangkan tabung untuk membantu mereka yang diberhentikan daripada perkhidmatan atas faktor ekonomi supaya mereka dibantu sehingga mendapat pekerjaan lain," katanya.

SATU garis panduan khusus perlu dimeterai antara pekerja dan majikan berhubung hak-hak mereka.


Di samping itu, umur 60 tahun dilihat munasabah untuk tamat dalam perkhidmatan berbanding 55 tahun ketika ini ekoran peningkatan jangka hayat iaitu 72 tahun bagi lelaki dan 76 tahun perempuan.
Hak pekerja
Setiausaha kepada Pengerusi Affin Holdings Berhad, Tiny Azleen Yahaya, 32, berkata, meskipun terdapat Akta Kerja 1955 yang memberi garis panduan tentang hak dan pampasan pekerja, tetapi ia tidak merangkumi keseluruhan peringkat pekerja.
"Perlu satu garis panduan khusus yang perlu dimeterai antara majikan dan pekerja tentang hak, peruntukan, faedah, manfaat, pampasan serta perlindungan setiap pekerja.
"Selain daripada faktor kewangan dan manfaat lain, hak pekerja dari segi lain-lain kemudahan juga amat perlu dititik beratkan. Antaranya caruman KWSP, Perkeso, perlindungan insurans dan pengekalan kedudukan kerja itu sendiri," katanya.
Sempena Hari Pekerja 2010 katanya, dia berharap pekerja dan majikan tahu tanggungjawab masing-masing bukan sahaja bagi memastikan keuntungan kepada pihak sendiri malah juga kepada kerajaan dan kestabilan ekonomi negara.
"Kedudukan ekonomi yang stabil pasti dapat membantu memberi kesejahteraan kepada masyarakat dan kemajuan kepada negara," katanya.
Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datin Romaizah Abdul Kadir, 34, pula berkata, pekerja meluluskan infrastruktur dan persekitaran yang kondusif sebagai galakan untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi mereka.

PENINGKATAN pendapatan pekerja mestilah seimbang dengan peningkatan produktiviti. - Gambar hiasan


"Sebagai pekerja dalam sektor awam saya berharap untuk dapat bekerja dengan lebih efisien melalui sistem organisasi yang lebih teratur dan meyakinkan masyarakat.
"Khasnya dalam gerakan koperasi, kami penjawat awam serius untuk membantu rakyat dalam pembangunan sosio-ekonomi melalui gerakan koperasi," katanya.
Tambahnya, dia mahu kehadirannya dapat menyumbang kepada pembangunan organisasi dan klien serta dihargai majikan, kerana dari situlah datangnya kepuasan bekerja.
Pegawai Perhubungan Industri, Mahadi Sibon, 33 pula berpendapat, pekerja di Malaysia masih dianggap bertuah kerana tidak begitu terkena tempias krisis ekonomi tetapi masih banyak perkara yang perlu diperjuangkan.
"Kerajaan harus mengambil berat hak pekerja dari segi perlindungan gangguan seksual di tempat kerja, hak gaji minimum dan hak berpersatuan.
"Saya juga berharap sempena Hari Pekerja 2010 semua pekerja di Malaysia dapat meningkatkan produktiviti dan menyokong model ekonomi baru yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia," katanya.

Petronas sahkan kontrak blok L, M ditamatkan





KUALA LUMPUR 1 Mei – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran yang melibatkan Blok L dan Blok M yang dianugerahkan kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Sabah Oil Co. Ltd telah ditamatkan secara rasmi pada 7 April lalu.
Menurutnya, mengikut Surat Pertukaran yang bertarikh 16 Mac 2009, kedua-dua blok itu bukan lagi sebahagian dari Malaysia.
Malah, Blok L dan Blok M itu telah ditandakan semula sebagai CA1 dan CA2.
‘‘Petronas juga mahu menjelaskan mengikut Surat Pertukaran itu, syarikat ini telah dijemput oleh Brunei untuk terlibat dalam perjanjian bagi membangunkan CA1 dan CA2 berdasarkan perjanjian komersial,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dua blok minyak itu telah diserahkan kepada Brunei melalui perundingan bagi menyelesaikan isu tuntutan dan pertindihan sempadan Limbang.
Beliau yang juga merupakan Penasihat Petronas berkata, medan minyak itu mempunyai jumlah simpanan berjumlah hampir satu bilion tong.
Tambah firma syarikat minyak negara itu, Petronas telah menubuhkan satu pasukan untuk berunding dengan kerajaan Brunei bagi melaksanakan terma penyusunan perjanjian komersial itu.
Kedua-dua pihak dijangka mencapai persetujuan berhubung penyusunan yang memberi faedah bersama dalam tempoh terdekat ini.
Petronas berkata, Surat Pertukaran itu adalah kemuncak kepada isu yang berlarutan antara kedua-dua negara yang dicapai dengan memberi manfaat bersama, termasuk membenarkan Petronas terlibat dalam kontrak perkongsian pengeluaran baru bagi Blok L dan Blok M.