Ketika bercakap kepada ahli perniagaan di Madinah kelmarin, beliau berkata, kementerian berkenaan telah membuat persiapan untuk menerima jemaah umrah yang tertinggi pada bulan Ramadan ini, yang mungkin bermula pada 18 Jun ini.
“Kami telah mengambil kira peningkatan besar jemaah haji pada tahun-tahun akan datang,’’ kata Bandar dan menggesa sektor swasta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah itu.
Beliau berkata, pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz yang baharu di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed di Madinah akan membantu meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah.
“Pembesaran Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabi di Madinah pula akan dapat menampung jumlah jemaah haji dan umrah yang lebih besar,” katanya.
Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Madinah, Mohammed Al-Khatrawi berkata, sektor haji dan umrah merupakan sektor terbesar yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Arab Saudi dan menyokong pelan kerajaan Arab Saudi untuk mempelbagaikan ekonominya.
“Ia merupakan salah satu daripada sektor yang memberi sumbangan besar kepada pendapatan kerajaan dan sektor pekerjaan,’’ katanya, sambil menambah kata, ia juga memberi sumbangan besar kepada ekonomi rantau ini.
Al-Khatrawi berkata, “Ia juga boleh menggalakkan pelaburan dan mengurangkan pergantungan Arab Saudi kepada sumber minyak.”