Thursday, May 24, 2012

Kerajaan tuntut Ambiga bayar RM122,000

myMetro | Kerajaan tuntut Ambiga bayar RM122,000:

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM122,000 daripada Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasa penganjur kerana gagal mengawal perhimpunan haram pada 28 April lalu sehingga menanggung kerugian berikutan kerosakan 15 kenderaan miliknya.
Kerajaan memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) Jalan Duta pada 15 Mei lalu. Selain Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K Arumugam, S Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo dinamakan sebagai defendan dalam writ saman itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan (plaintif) berkata pada 28 April lalu, pihak penganjur berhimpun di sekitar Dataran Merdeka yang sudah dipasang halangan dan sekatan polis, bagaimanapun rempuhan peserta perhimpunan menyebabkan berlaku kerosakan harta benda.
Plaintif mendakwa mengikut Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), semua defendan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan antaranya perhimpunan yang diadakan tidak menyebabkan kerosakan kepada harta benda.

Dakwa plaintif lagi, defendan juga gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab statutori apabila perhimpunan itu menjadi tidak terkawal dan bertukar menjadi rusuhan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan miliknya.

Katanya, defendan cuai apabila membawa peserta yang ramai tetapi gagal mengadakan kawalan secukupnya.
Defendan juga didakwa tidak mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan aman dan gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan yang teratur.

Berikutan kecuaian defendan, plaintif mendakwa 15 kenderaan miliknya rosak dan ia menanggung kerugian yang ditaksirkan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kos pembaikan di antara RM2,000 dan RM20,000 yang berjumlah RM122,000.

'via Blog this'

majlis perhimpuan besar-besaran

Semua perlu hadir 1 Jun - Mursyidul Am

Rizal Tahir,
24 Mei 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khususnya yang inginkan keadilan perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

“Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,”ujarnya.

Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian aktiviti memanah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), ketik diminta mengulas berhubung program itu.

“Kita boleh mengadu pada Allah berhubung kita sering diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak tertentu dengan kezaliman walaupun usaha untuk memperjuangkan Islam,”ujarnya.

Sambungnya lagi, memerangi perbuatan mungkar adalah suatu perkara wajib tidak kira melalui Bersih atau apa cara sekalipun.

Bersih hanya satu daripada cara bahawa rakyat tidak bersetuju dengan pengundi hantu, kekotoran daftar pengundi dan berbagai lagi.

“Nak perjuangkan melalui Bersih itu terpulanglah, tetapi wajib menentang kezaliman, kemungkaran dan berbagai lagi,”ujarnya.

Menurutnya, itu semua bukan kerja parti sahaja, sebaliknya ajaran agama.

Ustazah dan Jemaah

 Santai :::

Ustazah dan Jemaah

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."
Jamaah : "Wah, hebat ustazah!"
Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi."
Jamaah : "Wah, benar-benar kelas ustazah."
Ustazah : "Yang penting........"
Jamaah : "Yang penting...adil ye ustazah?"
Ustazah : "Bukan...yang penting, bukan suami saya.

via : Oh! Media

Bro.. dah lama tak jumpa

ceramah

bantu Khairy Jamaluddin memberikan jawapan kepada soalan Rafizi Ramli!

Kepada pencacai-pencacai umno yang boleh bantu Khairy Jamaluddin memberikan jawapan kepada soalan Rafizi Ramli! bolehlah tuntut hadiah dari Khairy!! kikiki awat susah benor soalan tu? 237B jer x banyak pon!

Yang mana satukah budaya Melayu sebenarnya?

Nak tanya Piem 1 Malaysia Dato'Seri Najib TunRazak! Yang mana satukah budaya Melayu sebenarnya?

Isu tentera: Nizar beri keterangan polis

Isu tentera: Nizar beri keterangan polis

Muhammad Faeez,
24 Mei 2012

IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaannya tentang pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Nizar dalam ceramahnya semasa Pelancaran Pra Bersih Parlimen Gopeng baru-baru ini meminta kepastian tentang pertemuan Najib dengan pegawai-pegawai tinggi ATM.


Akibat dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu, beliau kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.


Beliau yang ditemani isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta tiga peguam hadir ke ibu pejabat polis daerah Ipoh pada kira-kira jam 10 pagi dan berakhir sejam selepas itu.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika memberitahu media berkata beliau memberi segala maklumat yang diperlukan oleh polis.

Ekoran ucapan beliau pada ceramah berkenaan, beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan telah membuat laporan polis.
template joomla

ceramah

TERKINI!! Prof Aziz Bari Sah Sertai PKR!

Thursday, May 24, 2012 - TERKINI!! Prof Aziz Bari Sah Sertai PKR!


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan empat muka baru yang menyertai parti itu bakal menerajui bersama-sama kepimpinan sedia ada.

Mereka adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pakar Perlembagaan dan bekas tokoh akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee; bekas Pegawai Tertinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab dan bekas pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan.

Menurut Azizah, kesemua tokoh terbabit merupakan kebanggaan parti kerana penyertaan mereka dalam KEADILAN memberikan gambaran bahawa perjuangan Pakatan Rakyat (PR) bukan angan-angan kosong tetapi komited dalam memperjuangkan keadilan demi rakyat.

Beliau yang mengalu-alukan penyertaan empat tokoh itu bagaimanapun turut membuka pintu kepada mana-mana tokoh lain jika mahu menyertai parti itu.

"Abdul Hadi merupakan individu yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera atas pemecatan yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enijn jet pejuang FSE dari kem TUDM di Sungai Besi.

"KEADILAN dengan tanpa syak telah melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan KEADILAN," katanya pada kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ganesan pula dilantik Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN.

"Manakala bekas Pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN yang akan merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang.

"Penyertaan Dr Abdul Aziz Bari pula sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan karismatik beliau menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam usaha 'Merdeka Rakyat' dari rejim Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Wan Azizah lagi.


Dicatat Oleh Jalan Pulang

ceramah

ceramah

Sdr baru Muhammad Lorell Abdullah


Sdr baru Muhammad Lorell Abdullah (asal Kuala Penyu Sabah) telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah lepas Maghrib tadi d Msjd al-Faizin Desa Jaya Kepong d hadapan ratusan jamaah. Beliau mengaku mengenal dan tertarik dgn Islam menerusi akhbar Harakah.. Allahu Akbar!
 

Kerajaan tuntut Ambiga bayar ganti rugi

Kosmo! Online - Negara:


KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM122,000 daripada Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasa penganjur kerana gagal mengawal perhimpunan haram pada 28 April lalu sehingga ia menanggung kerugian berikutan kerosakan 15 kenderaan miliknya.
Melalui dokumen diperoleh media semalam, kerajaan memfailkan writ saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 15 Mei lalu.
Selain Ambiga, turut dinamakan sebagai defendan ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K. Arumugam, S. Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr. Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.
Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan (plaintif) berkata, pada 28 April lalu, penganjur berhimpun di sekitar Dataran Merdeka yang dipasang halangan polis sebelum dirempuh menyebabkan berlaku kerosakan harta benda.
Mengikut Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), kesemua defendan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perhimpunan tidak menyebabkan kerosakan.
Berikutan kecuaian defendan, plaintif terpaksa menanggung kos pembaikan antara RM2,000 dan RM20,000 yang kesemuanya berjumlah RM122,000.
Kes itu ditetapkan bagi sebutan pada 13 Jun depan.

'via Blog this'

ceramah

ceramah

MOH KITE

KEKALAHAN UMNO ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MALAYSIA..... Tengku Razali Hamzah

KEKALAHAN UMNO ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MALAYSIA.....
Tengku Razali Hamzah

Islam & Melayu Akan Jadi Lebih Bersatu ..

Islam & Melayu Akan Jadi Lebih Bersatu .. 
Bahkan Lebih Baik Tanpa UMNO !!..
Lihatlah Islam Di Bawah Negeri Pakatan Rakyat !!! 
Ayuh !! Ubah Sekarang...Selamatkan Malaysia..

INSYAALLAH PRU 13 PAKATAN RAKYAT MENANG PARLIMEN