Saturday, July 17, 2010

Jurucakap UMNO mahu satukan melayu

Harussani mahu satukan orang Melayu

17/07/2010 6:21pm

IPOH 17 JULAI — Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.
Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti UMNO dan Pas.
"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.
"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (UMNO dan Pas) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di sini hari ini.
Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut. — Bernama

Pasai lain tak pa pasai perpaduan ' No way '


Nik Aziz tak mahu berunding

KOTA BHARU 16 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju untuk berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin asalkan perbincangan itu tidak menjurus kepada perpaduan antara Pas dan UMNO.
Beliau sebaliknya mahukan pertemuan tersebut memberi fokus terhadap rundingan pemberian royalti minyak kepada negeri ini yang telah dipohon sejak sekian lama.
Katanya, agenda perpaduan antara kedua-dua parti telah lama berkubur kerana menganggap UMNO adalah parti yang jelas menolak Islam.
"Saya tidak ada hal berunding di mana-mana pun, kalau saya tidak uzur kerana sakit perut atau angin saya boleh pergi ke mana-mana.
"Tapi saya sudah beritahu, kalau nak jumpa saya nak berunding pasal Pas-UMNO tidak boleh kerana barang sudah selesai... keputusan parti bukan keputusan saya, tapi kalau mahu berunding benda lain macam masalah petrol atau apa-apa sahaja boleh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di perkarangan Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.
Kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz ini merupakan kontra kepada gesaan ramai pihak termasuk golongan ulama di negara ini yang komited bahawa kedua-dua parti perlu bersatu untuk menegakkan Islam.
Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan persetujuan beberapa ulama bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.
Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu penyatuan antara kedua-dua parti adalah perkara yang sudah diputuskan oleh Pas sejak dua tahun lalu bahawa mereka tidak akan bersama dengan UMNO tetapi memilih sekutunya dalam pakatan pembangkang.

BALA ALLAH KEPADA NAJIB/BN:RIBUT TAUFAN DI SETIAP PROGRAM NAJIB

KUANTAN, 16 Julai - Sambutan Hari Koperasi Negara 2010 dekat sini hari ini kecoh apabila ribut melanda Padang MPK2 iaitu lokasi tapak program terbabit. Ribut yang disertai hujan lebat itu berlaku kira-kira satu jam sebelum majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Najib Razak. Ramai yang terkejut dengan apa yang berlaku, malahan mereka juga panik melihat senario yang berlaku. Difahamkan, kejadian bermula selepas berakhirnya solat Jumaat tengahari tadi. Keadaan gelap dan disertai guruh sahut menyahut seakan-akan tidak merestui Najib Razak untuk hadir dalam program itu.

Tambahan pula, mengikut jadual majlis pelancaran akan dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Ismail Sabri Yaakob. Namun, sekitar jam 9.00 pagi dimaklumkan bahawa perasmian akan digantikan oleh Perdana Menteri sendiri, kerana beliau berada di Pekan ketika itu.


Akhirnya PM Najib diwar-warkan merasmikan juga program berkenaan biarpun dalam masa yang sama beliau mempunyai acara rasmi yang lain di kawasannya. Namun, bagai sudah dijangka bahawa kehadiran Najib memang "membawa bala" maka akhirnya ribut melanda. Sebelum ini, kita juga digemparkan dengan kejadian yang sama ketika beliau ke Kota Bharu baru-baru ini. Ribut melanda dan hanya kira-kira 200 orang tetamu sahaja yang hadir dalam satu majlis yang cukup kontroversi itu. Malah, baru-baru ini ribut juga melanda ketika Najib hadir di Majlis Jamuan Makan Raksasa anjuran Persatuan Perniagaan Cina Kuantan di Stadium Darul Makmur bersebelahan dengan tapak sambutan Hari Koperasi Negara itu.

Orang ramai dilihat bertempiaran lari dan panik dengan kejadian yang berlaku. Tambahan pula ketika itu, masing-masing terutamanya peserta pameran yang terdiri daripada wakil koperasi dari seluruh negara sedang sibuk menyiapkan booth masing-masing untuk menerima kunjungan tetamu kehormat yang dijangka mengadakan lawatan selepas acara perasmian itu. Lebih mengejutkan ada booth-booth yang rosak teruk termasuk tiang khemagnya tercabut akibat pukulan ribut berkenaan. Ia datang secara tiba-tiba dan tidak dijangka, kerana sebelum itu cuaca di lokasi terbabit dan bandar Kuantan didapati cerah sebenarnya.

Kami juga difahamkan, pintu gerbang utama untuk menyambut ketibaan PM Najib Razak juga telah runtuh menyembah bumi ketika kejadian berlaku. Malah, padang tempat lokasi pameran dan jualan didapati bagaikan "sawah padi", lecah di sana sini serta berlumpur akibat ribut berkenaan. Semua ini berlaku dalam sekelip mata dan tidak disangka-sangka oleh pihak penganjur. Masing-masing teruja melihat apa yang berlaku dan tidak bersiap sedia untuk berhadapan dengan situasi itu sebenarnya. Keadaan panik menyebabkan, ada gerai-gerai pameran yang rosak teruk serta basah ditimpa dek hujan ribut yang melanda.

[Ramai yang berbunyi apakah itu tandanya "bala sekali lagi melanda" akibat kehadiran Najib dalam program berkenaan. Jika benar ianya satu bala, maka ia satu tamparan hebat buat Najib Razak. Beliau bukan sahaja ditolak rakyat, malahan juga "alam semesta".

Bukti jelas ribut berkenaan hanya berlaku di sekitar kawasan terbabit dan sekitarnya, kerana terdapat laporan di sekitar kawasan 5-10 km dari lokasi berkenaan keadaan panas terik seperti biasa dan langsung tidak ada setitik hujan (Semambu, Balok, Beserah dan sekitarnya). Ini mengesahkan lagi bahawa memang ada sesuatu yang tidak kena dengan kehadiran PM Najib itu sebenarnya. Oleh itu, orang ramai dan rakyat diseru mengambil ikhtibar atas apa yang terjadi ini. Foto-foto yang berkenaan akan kami paparkan selepas ini].
Sumber:
Warta 365 - Berita Terkini Segenap Dimensi: BALA ALLAH KEPADA NAJIB/BN:RIBUT TAUFAN DI SETIAP PROGRAM NAJIB