Tuesday, June 23, 2015

BARU DIRASAI, RUPA-RUPANYA TERSINGKIR DARIPADA KEPIMPINAN PAS PUNYAI RAHMAT YANG TERSELINDUNG UNTUK MEMBOLEHKAN WADAH BAHARU DIBINA - DR DZULKEFLY AHMAD




Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka daripada kepimpinan tertinggi PAS menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia. Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.

Dzulkefly berkata badan ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.

"Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini," katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu.

Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

Dzulkefly bagaimanapun berkata, beliau dan pimpinan G18 akan mengambil pendekatan tidak akan berkonfrontasi atau menjadikan parti lama mereka iaitu PAS sebagai musuh.

"Kita akan melihat masa depan dan cuba melupakan perbezaan pendapat kita dalam PAS. Kita akan membawa gagasan masa depan dan lupakan masalah lama kita," katanya.

Dzulkefly berkata, sepanjang Ramadan ini kumpulan berkenaan akan mengadakan mesyuarat bersama pertubuhan Islam dan bukan Islam serta pemimpin masyarkat di seluruh negara bagi menjelaskan peranan pergerakan itu.

Pengumuman lanjut, katanya hanya akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri dan selepas mendapat maklum balas daripada akar umbi serta pertubuhan yang berkaitan.

Menurut laporan, kumpulan itu juga merancang untuk menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara dan akan menyokong kempen “Harapan Baru” atau “The New Hope and Dream” selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. –
22 Jun, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tersingkir-daripada-kepimpinan-pas-jadi-rahmat-terselindung-kata-g18#sthash.MbY93D2U.WkbkB4lG.dpbs

Urusniaga Hartanah Mara Di Melbourne Disiasat


Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 12:48 PM
Urusniaga pemilikan bangunan ini kini mendapat perhatian ramai.

PETALING JAYA: Proses pembelian pangsapuri di Melbourne oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk dijadikan asrama pelajar tajaannya di Universiti Monash kini disiasat pihak berkuasa Australia kerana ia didakwa membabitkan unsur rasuah.
Akhbar harian Australia, The Age melaporkan adanya pembabitan rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan Mara membayar lebih kepada pemaju Dudley International House sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) untuk bangunan lima tingkat di bandar berkenaan pada 2013.
Harga yang ditawarkan adalah A$22.5 juta (RM65.3 juta).
Menerusi laporan eksklusif yang disiarkan Selasa, akhbar berkenaan mendedahkan rekod korporat menunjukkan firma yang mengeluarkan invois juga rapat dengan beberapa individu berpengaruh di Malaysia termasuk pihak atasan Mara.
"Prosiding pembubaran dijalankan di Mahkamah Tinggi Victoria selepas campurtangan John Bond dan Pitcher Partners yang menyediakan lebih banyak bukti bahawa A$4.75 juta dibawar sebagai rasuah," tulis The Age.
Ia memetik pemaju Dudley International House, Chris Dimitriou yang disoal berhubung dakwaan itu di mahkamah dan menjabwab: "Apa yang saya tahu, A$4.8 juta diserahkan kepada pihak Malaysia."
Artikel itu juga memetik pemanu, Peter Mills yang memmaklumkan The Age bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai unsur rasuah menerusi urusniaga itu dan jika tahu mengenainya, beliau tidak akan terbabit dalam urusan itu.
Laporan itu juga mendakwa pegawai atasan Mara yang juga rakyat Malaysia meminta syarikat lain di Singapura supaya membeli hartanah di Queens Street dan Exhibition Street di Pusat Perniagaan Daerah Melbourne pada harga A$40 juta atau RM115 juta.

Gadis sasa


Catat pelbagai rekod bina badan dunia

Dengan badannya yang sasa, Natalia Trukhina banyak memenangi pertandingan
Dengan badannya yang sasa, Natalia Trukhina banyak memenangi pertandingan bina badan di seluruh dunia. AGENSI
MOSCOW 22 Jun - Seorang atlet bina badan perempuan dari Rusia, Natalia Trukhina yang baru berusia 23 tahun, berjaya memecah rekod apabila beberapa kali memenangi gelaran juara dunia.
Menurut laman web Oddity Central, Trukhina dikatakan mahu menceburi sukan bina badan sejak berusia seawal 14 tahun lagi.
Ketika itu, gadis tersebut disifatkan sebagai seorang yang sangat aktif, namun hasrat bergelar atlet bina badan terpaksa dilupakan kerana dia hanya mempunyai berat sebanyak 40 kilogram.
Bagaimanapun, impian gadis tersebut akhirnya tercapai apabila dia memiliki lengan sebesar 45 sentime­ter dan otot kaki sebesar 72 sentimeter, hasil kerja kerasnya di gimnasium.
Tubuh Trukhina yang dulunya kurus, berubah menjadi sasa sehingga me­ngalahkan fizikal seorang lelaki.
Dengan ketinggian 168 sentime­ter, Trukhina mempunyai berat sebanyak 92 kilogram.
Lebih mengagumkan, Trukhina turut mencatat rekod apabila berjaya mengangkat deadlift seberat 240 kilogram dan bench press seberat 170 kilogram.
Namun, dalam temu bual dengan laman web bina badan, Pro Secret Rusia, Trukhina mendedahkan, dalam kehidupan sebenar tiada siapa yang berani untuk mengusik dan menghinanya, tetapi dia sering dikritik di alam siber.
“Setiap kali saya memuat naik gambar di laman sosial, ada yang memuji kejayaan, saya tetapi ada juga orang yang memperlekeh dengan berkongsi gambar-gambar saya untuk dikutuk,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadis-sasa-1.106011#sthash.HuiXDbSc.dpuf

Juruterbang klon 
Tom Cruise jadi perhatian


Tom Cruise dalam satu daripada babak filem Top Gun.  AGENSI
Tom Cruise dalam satu daripada babak filem Top Gun. AGENSI
PARIS 22 Jun – Seorang juruterbang tidak menyangka sekeping gambarnya yang diambil bersama sebuah jet pejuang, tersebar meluas di Internet, selepas pengguna laman sosial Twitter menyamakannya dengan hero filem Top Gun iaitu Tom Cruise.
Mail Online melaporkan, gambar juruterbang dari Pakistan, Yaser Mudasser dibandingkan dengan watak Pete ‘Maverick’ Mitchell lakonan Cruise dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1985.
Yaser berkata, agak melucukan apabila gambarnya yang diambil ketika Pameran Udara Paris (PFA) itu tersebar secara meluas.
“Ini satu situasi yang agak melucukan. Saya sama sekali tidak pernah terfikir untuk menerima perhatian seperti ini selepas terlalu sibuk bekerja.
“Saya sangat berbangga kerana diberi kesempatan untuk memandu jet pejuang JF-17 di ruang udara Paris. Ini adalah satu penghormatan kepada saya,” jelasnya.
Seorang pengguna laman sosial Twitter yang dikenali sebagai Abbas Nasir dalam statusnya berkata, PFA melakukan strategi yang baik dengan mengundang klon Tom Cruise itu yang telah melakukan 600 penerbangan dengan jet tempur JF-17.
“Yaser Mudasser sangat tampan,” kata seorang lagi pengguna laman sosial yang dikenali sebagai Arushi Prasad.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/juruterbang-klon-8232-tom-cruise-jadi-perhatian-1.106014#sthash.LM7DJG5E.dpuf