Tuesday, June 24, 2014

Hisham dijangka tidak lagi pangku jawatan Menteri Pengangkutan


SEPANG 24 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan bahawa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak akan lagi memangku jawatan Menteri Pengangkutan tidak lama lagi.
Beliau berkata, majlis perasmian terminal tambang murah yang baharu, klia2 hari ini mungkin bakal menjadi majlis rasmi terakhir Menteri Pertahanan itu menyandang jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan.
"Hishammuddin telah menunjukkan komitmen tinggi untuk menyiapkan klia2 seperti tarikh dijadualkan biarpun berhadapan isu kehilangan pesawat MH370.
"Terima kasih kepada Hishammuddin terhadap segala kerja kerasnya dan majlis ini mungkin tugas terakhirnya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, " katanya ketika merasmikan klia2 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140624/dn_29/Hisham-dijangka-tidak-lagi-pangku-jawatan-Menteri-Pengangkutan#ixzz35ZTufPet
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pancaroba


Pancaroba

Pancaroba

Hudud potong tangan.. kerana melanggar hukum Allah..tak boleh...bak kata Kutti.. kalau Hudud dilaksanakan hilanglah produktiviti negara sb ramai tg kudung..

Pancung kepala.. kerana tegur Sultan..boleh....kata PERKASA ....

Logiknya disini.....manusia lebih mulia dari Pencipta.. ikut tafsiran PERKASA...

Pancaroba

Tak cukup kayakah lagi pemimpin UMNO sehingga semua mahu dimukah..??? Apa alasan untuk mewajarkan dana awam sebanyak 6 billion untuk tempoh 23 tahun yang akan dibolot oleh mereka ..?? Kenapa rakyat jadi ATM mereka..? Di mana keadilan utk rakyat yg miskin terpaksa membayar gaji pemimpin UMNO yg kaya raya..??????

Pancaroba

Lengkaplah sesi pendedahan dan pembongkaran Rafizi Ramli..mengenai 'pengswastaan' UiTM kepada pemimpin dan kroni UMNO....Setakat ni takde sorang pun pemimpin UMNO yang keluarkan kenyataan termasuk yang kononnya berintergriti seperti Khairy Jamaludin.. lakonan mereka terserlah...kebangsatan mereka terdedah...

Kini tunggu kenyataan SPRM....dan NGO 'pancung' yang kononnya payung org Melayu...
 

Ini fakta! Hukuman menyeberangi sempadan

Zaleha Md Said

1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan m endapat 12 tahun kerja keras.

2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.

3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.

4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.

5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak akan dilihat lagi.

6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.

7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata-mata dan dihukum gantung.

8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.

9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.

10) Jika anda seorang Indonesia / bangladesh / dan sewaktu dgnnya, dan secara haram menyeberangi sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:

- Status PR Penduduk Tetap
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Tempahan Kerja
- Keistimewaan Khas Bumiputera
- Kad kredit
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan kesihatan Percuma

KADAR JENAYAH MENINGKAT TANDA HILANG BERKAT



Pemimpin yang adil akan memberikan kesan kebaikan dan keamanan kepada kehidupan rakyat jelata. Malik bin Dinar dan selainnya meriwayatkan bahawa pada zaman pemerintahan 'Umar bin 'Abd al-'Aziz berkat keadilannya sehinggakan serigala pun tidak mengganggu kambing ternakan . Para pengembala kambing yang tidak tahu bahawa pemerintah yang baru iaitu 'Umar bin 'Abd al-'Aziz telah memegang tampok kuasa, mereka bertanya: "Siapakah orang soleh yang memegang jawatan khalifah sekarang? Berkat keadilannya telah menyelamatkan ternakan kami dari serigala"

Ertinya keadilan yang tulus dari pemimpin akan menyebabkan kadar jenayah menurun dan rakyat merasa aman hidup dalam sesebuah pemerintahan.
Apabila jenayah meningkat sehingga bukan sahaja serigala menyerang ternakan, bahkan ibubapa dan anak-anak menjadi penjenayah yang mengancam kehidupan satu sama lain apatahlagi jiran dan masyarakat sekeliling, ertinya tiada nilai keadilan yang diberkati Allah dalam sesebuah masyarakat. Ia satu amaran kepada kita semua.
Ini bererti adanya penyelewengan yang Allah murka terhadap tanggungjawab keadilan dan amanah sedang berlaku. Ini selaras dengan firman Allah:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
(maksudnya) "Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (atau jadi jadikan) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat atau menguasai keadaan negeri), lalu mereka melakukan kefasikan padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.(Surah al-Isra' ayat 16)

Ibn 'Abbas menafsirkan ayat ini dengan maksud Allah jadikan golongan yang kaya-raya menguasai negara ataupun negeri lalu mereka melakukan kemungkaran ataupun penyelewengan maka azab Allah pun diturunkan.

Semoga setiap kita berhati-hati dengan perkembangan jenayah mutakhir yang sering mengancam keamanan kehidupan rakyat. Hanya keadilan yang Tuhan berkati sahaja yang mampu menyelamatkan kita.

20% pelajar menengah di Perlis ketagih ketum


BERNAMA | .
KANGAR:Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata guru boleh memainkan peranan berkesan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ketagihan air ketum.
  
Beliau berkata kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati 20 peratus daripada pelajar tingkatan satu hingga enam di negeri ini terbabit meminum air ketum.
  
"Kerajaan negeri bimbang peringkat awal pelajar-pelajar ini menagih air ketum tetapi lama-kelamaan mereka menjadi penagih dadah, ubat batuk atau menghidu gam," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri kali ke-43 di Dewan 2020 di sini semalam.
  
Azlan melahirkan kekhuatirannya bahawa pelajar yang menjadi penagih air ketum sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan wang kerana tidak dapat mengawal ketagihan.
  
"Saya sedar tanggungjawab ini bukan mudah untuk dipikul kerana guru juga perlu memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik para pelajar. Namun saya harap guru yang kerap bersemuka dengan mereka mengambil kesempatan itu untuk membantu," katanya.
  
Pada majlis itu, Azlan menyampaikan anugerah Tokoh Guru Perlis 2014 kepada bekas Pengarah Pendidikan Perlis, Dariah Saad, 67, berupa sebuah plak dan wang tunai RM4,000 sumbangan Bank Rakyat. - Bernama

Apa Muhyiddin Buat Di Jakarta?



Setelah Perdana Menteri, Najib Razak memberikan kenyataan bahawa desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hanyalah rekaan politik pihak-pihak tertentu saja dan diikuti pula dengan perasaan lega pengundi serta ahli-ahli UMNO Pagoh menerima perkhabaran itu, hakikat yang berlaku mungkin adalah sebaliknya.

Sebagaimana yang selalu terjadi, penafian tidak lagi bermaksud sesuatu itu tidak akan berlaku, malah lebih merupakan petunjuk bahawa khabar angin semakin hampir menjadi kenyataan.

Ini berikutan tidak berapa lama selepas Najib menafikan ada sebarang pertukaran orang nombor duanya, dikhabarkan pula bahawa Muhyiddin telah pun berlepas ke Jakarta dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut serta rakan karibnya dalam dunia politik.

Beberapa nama telah disebutkan sebagai antara yang pergi menemani Muhyiddin ke Jakarta itu dan antaranya memang diketahui sebagai penyokong setia dan mereka yang selalu jatuh bangun bersama-sama dengannya.

Sumber yang dekat dengan Muhyiddin memberitahu, pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi bualan ramai ketika ini.

Difahamkan, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat sesuatu keputusan yang mengejutkan. Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati terus kekal dan bersabar sehingga pilihanraya umum akan datang.

Sebelum tersebar berita mengenai perletakan jawatan Muhyiddin yang dihebohkan melalui media sosial, sudah lama sebenarnya kedengaran mengenai hubungan dinginnya dengan Najib Razak kerana beliau difahamkan tidak bersetuju dalam beberapa perkara tetapi tidak mampu bertindak berikutan pemusatan kuasa yang terlalu tertumpu kepada Najib dan Seri Perdana.

Blog ini turut mendedahkan kesengsaraan yang dialami oleh Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua yang seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa. Berbanding ramai pemimpin dan ahli UMNO yang kecewa dengan Najib, Muhyiddin mungkin merupakan orang yang paling sengsara dan terseksa jiwanya.

Kemudian dari itu, bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau Zam dalam blognya juga menulis bahawa Muhyiddin memang diketahui telah memberitahu beberapa rakannya mengenai hasrat untuk meletakkan jawatan dan walaupun alasan yang diberi ialah umur tetapi dikatakan juga menyimpan perasaan kecewa yang mendalam tentang beberapa hal.

Najib pula, disebalik menafikan desas-desus mengenai Muhyiddin tetapi masih lagi menangguhkan rancangannya untuk merombak kabinet, meskipun wakil daripada MCA dan Gerakan yang sebelumnya dipelawa dan dijanjikan jawatan dalam kabinet sudah tidak sabar-sabar mahu berada dalam kerajaan.

Rombakan kali ini, selain bertujuan memasukkan wakil MCA dan Gerakan, dipercayai juga untuk menaikkan pangkat sepupunya, Hishammuddin daripada Menteri Pertahanan kepada Menteri Kewangan. Langkah itu pastinya akan membuatkan Muhyiddin tersinggung kerana ia menunjukkan seolah-olah Najib sedang mempersiapkan Hishammuddin untuk mengambil alih tempatnya.

Penafian Najib sambil mengatakan ia hanyalah rekaan politik tetapi dalam masa yang sama masih menangguhkan rombakan kabinet, lebih membuktikan bahawa beliau memang ada rancangan untuk menaikkan pangkat Hishammuddin sambil menyisihkan Muhyiddin secara perlahan-lahan.

Jika rombakan kabinet sekadar untuk memasukkan wakil MCA dan Gerakan atau menukar portfolio beberapa menteri UMNO yang tidak menjejaskan masa depan Muhyiddin, tiada sebab Najib masih menangguhkannya sehingga sekarang.

Namun, oleh kerana isu ini sudah menjadi perbualan ramai, kemungkinan besar ianya ditukar atau ditangguhkan dahulu sehingga keadaan reda. Tetapi Muhyiddin dikatakan semakin memahami permainan politik Najib dan nasib yang bakal menimpa dirinya.

Dalam masa yang terdekat ini nampaknya ada dua perkara yang menjadi penantian - rombakan kabinet dan pengumuman Muhyiddin mengenai masa depannya hasil perbincangan dengan rakan-rakannya di Jakarta itu. (SH 24/06/2014)sumber

Pancaroba

SIMPLE..BEZA ANTARA 

RAIS(President)
KHAIN(Pengkhianat)

TERKINI - MAZIDUL AKMAL SIDEK DISERANG ANGIN AHMAR ??

Kalau tengok ke gambar memang nazak bebenor dah blogger gendut neh.. Tapi.. Memandangkan kita tak dapat gambar terkini keadaan blogger umno neh.. kita letak lah dulu gambar hiasan macam kat atas tu..

Gambar yang kat bawah tu gambar muka semasa tengah sihat tu.. hehehe..

Kami mendapat khabar bahawa blogger Pro UMNO ini diserang angin ahmar dan kini sedang dirawat di Pantai Medical Centre..

Semoga Mazidul kembali sihat dan dapat kembali berkhidmat kepada penajanya... Aamiin...

Pancaroba


Hoi Betina Mangkuk Hayun..apa yg bangang dan bengong sangat ni?Adakah k'jaan kamu dah PAPA KEDANA hinggakan nak bantu Muhd Firdaus yg kos perbelanjaan TAK SAMPAI PUN RM10 SEHARI terpaksa buat kutipan derma bagai??Atau saja nk promosi kononnya Umno Celaka prihatin kpd rkyat??Hoi Betina Tua Bangka..kamu sedar tak knyataan bebal kamu itu tlh memalukan krajaan dan parti haramjadah kamu sdn??seolah2 k'jaan TERLALU MISKIN HINGGAKAN NAK BANTU SEORG KANAK2 OKU PUN TRPAKSA BUAT KUTIPAN DERMA??dasar bahlol..
-Mana pergi segala peruntukkan yg diumumkan dlm bajet utk membantu mereka2 yg oku hinggakan trpaksa buat kutipan DERMA??Jelas dan Nyata,kamu cuba mengambil kesempatan utk kempen umno di sebalik penderitaan yg ditanggong oleh seorg kanak2 oku..
-Nak bantu seorg budak oku bkn main lagi gegak gempita supaya semua rkyat tahu kononnya umno prihatin..tp bila nk bagi konsesi uitm yg memberi keuntungan ratusan jutaan ringgit kpd adik kamu sdn,tak ada pula bising2..tk ada pula gegak gempita..SEMUANYA SENYAP DAN BISU..
-Tak nak tubuh tabung utk adik kamu krana dapat konsesi uitm seremban?ramai yg nak join..
-Tak nak tubuh tabung utk bantu pnduduk2 kg chubadak yg rmh2 mereka tlh dirobohkan dan dihancurkan oleh geng2 kamu??bgaimana penduduk2 itu nk sambut Ramadhan dan Sambut Aidil Fitri dlm keadaan rmh tlh dirobohkan?
-itu semua mangkuk2 haramjadah umno tk nak fikir??
 

Fakta menarik yang perlu dikongsi bersama....



Dr Setev Shaariibuu.. ayah kepada Altantuya dalam satu sidang akhbar pada 10 April 2012 mendakwa... 'kedatangan Altantuya ke Malaysia untuk berkerja dan bertemu dengan Najib Razak... tapi akhirnya secara 'misteri' Altantuya diC4 dan pembunuhnya dibebaskan kerana kelemahan pihak pendakwaan...

Dr Setev Shariibuu telah menfailkan saman RM100 juta pada UMNO..Razak Baginda, Azilah dan Sirul pada bulan Jun tahun 2007 lagi.. apa perkembangan kes itu..??

Rakyat naik keta.. tapi Sultan naik bas jer ..utk berjumpa rakyat.

Pancaroba



YB Tian Chua 蔡添强 akhirnya dibenarkan masuk ke Sarawak.untuk menghadiri upacara penghormatan terakhir ADUN Bukit Asek Wong Ho Leng...tapi untuk 7 hari saja..
Begitulah layanan Kjaan Sarawak terhadap sesiapa yg dirasakan mengugat KUASA politik mereka..

Kristian, Islam bersatu protes perarakan homoseks


Singapura: Sesetengah penganut Kristian menyertai Muslim Singapura menggesa orang ramai memakai pakaian putih hujung minggu ini sebagai protes perarakan tahunan keenam Pink Dot anjuran aktivis gay.

Tahun lalu perarakan itu disertai 21,000 orang dan dilangsungkan hanya beberapa bulan selepas mahkamah tinggi Singapura menolak petisyen supaya undang-undang melarang seks sejenis dipinda.



Minggu lalu seorang ustaz, Noor Derus, melancarkan gerakan WearWhite dan menyeru Muslim Singapura menjauhi perarakan Pink Dot yang dijadual Sabtu ini.

Mereka juga diseru memakai pakaian putih untuk berdoa pada malam itu yang dijangka menjadi malam pertama Ramadan tahun ini.

Akaun Facebook kempen itu menarik lebih 3,000 “Like.” Gerakan berkenaan kemudian menarik sokongan pemimpin Gereja Baptis Faith Community, Lawrence Khong serta rangkaian gereja LoveSingapore.

Khong kemudian menggesa pengikutnya berpakaian putih ketika menghadiri acara di gereja itu hujung minggu ini.

“Tindakan ini dibuat sebagai tanda sokongan mempertahankan pendirian rasmi kerajaan dalam isu berkenaan.

“Kami tidak boleh menerima homoseksual.

“Kami akan terus menolak sebarang promosi hubungan sejenis sebagai cara hidup alternatif,” katanya.

- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

Sanggup jual buah pinggang demi anak


Riyadh: Seorang bapa menawar menjual buah pinggang untuk menyelamatkan anak perempuannya dan mengelak daripada diusir dari rumah walaupun menetap di sebuah negara pengeksport minyak terbesar dunia.

Tawaran Atiya Al Zahrani itu dibuat menerusi media sosial dan serta-merta mendapat pelbagai reaksi pembaca yang menggesa pihak berkuasa membantunya.



Atiya berkata, dia sanggup menjual buah pinggangnya untuk membayar kos rawatan anaknya, Reem yang berusia tiga tahun dan menghidap penyakit jantung serta otak.

Menurut Atiya, dia mengalami masalah kewangan kerana dibebani hutang.


Lebih buruk lagi, keluarganya mungkin diusir dari rumah mereka jika dia tidak menjelaskan sewa rumah.


“Semoga Allah menyembuh kanak-kanak ini. Di manakah anda yang budiman, Di manakah pihak berkuasa?” tanya Abu Safouk al Khaldi, seorang pengguna laman sosial ketika mengulas tawaran itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

Taasub tonton Piala Dunia


Riyadh: Seorang suami yang taksub kepada bola sepak dilapor meminta isterinya mengikuti peraturan yang dia tetapkan sepanjang kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung bagi memastikan perkahwinan mereka tidak terjejas.

Sebagai mengakui kebenaran pepatah ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’, si suami menulis beberapa peraturan dan membuat salinan sebelum menampalnya di beberapa tempat dalam rumah mereka supaya isterinya tidak terlepas pandang atau terlupa mengenainya.



Menurut peraturan sementara itu, si isteri harus memberitahu lebih awal kepada suaminya mengenai sebarang rancangan melawat keluarga atau rakan, sekurang-kurangnya dua jam sebelum perlawanan bermula.

Untuk ke pusat beli-belah yang boleh memakan masa sehingga berjam-jam, ia hanya boleh dilakukan jika tiada perlawanan dijadualkan, kata suami.


Wanita dilarang memandu di Arab Saudi, justeru mereka bergantung kepada suami atau anggota keluarga lelaki untuk ke mana-mana jika tidak mahu menaiki teksi.


Warga Saudi boleh menonton perlawanan yang disiarkan secara langsung dari Brazil pada jam 7 malam, 11 malam dan 1 pagi.

Selain itu, si isteri juga diberi amaran supaya mengelak memberi sebarang komen apabila suaminya dalam keadaan kecewa atau terlalu gembira dengan keputusan sesuatu perlawanan.

“Emosi saya mungkin tertekan. Mungkin saya akan melontar alat kawalan jauh kerana marah. Dan saya tidak mahu anda menjadi sasarannya. Saya mahu menjaga kesempurnaan kecantikan anda,” tulisnya dalam peraturan itu.

Menurut suaminya, peraturan itu berkuat kuasa sehingga perlawanan terakhir pada 13 Julai dan berharap pasukan Itali menjadi juara.

Rakyat Saudi sungguh meminati bola sepak dan gambar yang beredar di media sosial menunjukkan ketaasuban mereka kepada Piala Dunia.

Antaranya, seorang penduduk telah mengubah suai ruang tamu rumahnya menjadi replika stadium dengan dihiasi bendera pasukan kegemarannya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

Tahu tiga perkataan saja


Seremban: Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan dalam kebuluran dan kekeringan di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kelmarin, memang sah diabaikan.
Selain itu, Muhammad Firdaus hanya mampu menggunakan tiga perkataan iaitu ibu, ummi dan mama dalam percakapan walaupun umurnya sudah 15 tahun. 
Perkara ini didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat, pada sidang media, di sini, mengenai tahap kesihatan Muhammad Firdaus yang dilakukan pihaknya. 

"Pemeriksaan kami juga mendapati dia mungkin tidak makan beberapa bulan atau diberikan makanan tidak sepatutnya," katanya.
Foto
FIRDAUS sedang dirawat di HTJS. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Menurutnya, pemeriksaan kesihatan ke atas remaja OKU malang itu tidak menemui sebarang kecederaan dan unsur didera tetapi hanya keadaan badannya yang kering dan dibiarkan kebuluran.

Katanya, berdasarkan laporan itu pihaknya sudah memaklumkan kepada polis dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. 

"Ketika remaja ini dibawa ke HTJS, beratnya hanya 15 kilogram dan kami sudah memberikan makanan berkhasiat kepadanya untuk menambah berat badan. 

"Keadaannya kini stabil dan memerlukan sekurang kurangnya sebulan untuk menaikkan berat badan dan penjagaan lain," katanya.

Dr Jaafar berkata, pihaknya sudah memberikan ubat kulit kepada remaja itu berikutan ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumahnya.

Katanya, bukan hanya ubat untuk fizikal remaja itu diberikan, pihaknya akan memberikan bimbingan mental sebelum Muhammad Firdaus diserahkan kepada pusat penjagaan. 

“Daripada penjagaan kesihatan, HTJS akan memberikan antibiotik, makanan berprotein, rawatan fisioterapi dan pemberian lemak. 

“Sehingga ini, dia ditempatkan di bilik berasingan untuk keselesaan. Namun, dia masih tidak dapat bercakap untuk berkomunikasi," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

Rayuan Gereja Katolik ditolak



MAHKAMAH Persekutuan di Putrajaya semalam menolak rayuan Gereja Katolik untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan The Herald.


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan semalam menolak kebenaran bagi Gereja Katolik merayu kepada mahkamah itu untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah yang dirujuk sebagai Tuhan dalam penerbitan mingguan The Herald versi bahasa Malaysia.
Panel yang dianggotai tujuh hakim dan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria itu membuat keputusan dengan majoriti 4-3 menolak permohonan gereja itu.
Arifin dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Rayuan telah melakukan ujian yang betul iaitu terhadap tujuannya dan oleh itu keputusan Mahkamah Rayuan adalah juga betul untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Terdapat empat penghakiman, satu daripadanya disampaikan oleh Arifin dan dipersetujui oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar menolak permohonan kebenaran merayu gereja itu.
Sementara itu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha memberikan hujah bertentangan yang memihak kepada gereja berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz35VUbDrPR 
Hakcipta terpelihara 

Dilarang guna kalimah Allah



Sebahagian daripada umat Islam melaungkan kalimah Allah sebagai tanda bersyukur Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan KDN melarang penggunaan kalimah itu dalam mingguan The Herald di Putrajaya, semalam. - Bernama
PUTRAJAYA 23 Jun - Gereja Roman Katolik terlepas segala peluang untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarangnya menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald terbitan bahasa Melayu.
Keputusan mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan yang menoktahkan usaha kontroversi pihak gereja berhubung penggunaan kalimah Allah itu ternyata melegakan umat Islam pada saat-saat seluruh negara menyambut ketibaan bulan Ramadan minggu depan.
Ini bermakna The Herald tidak boleh menggunakan kalimah suci itu dalam penerbitan versi bahasa Melayu sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu.
Perkara tersebut dimuktamadkan melalui keputusan majoriti 4-3 panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini ketika menolak permohonan Gereja Roman Katolik bagi mendapat kebenaran merayu.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel bersidang mencapai keputusan majoriti bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.
Sementara itu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha mencapai keputusan yang bertentangan.
Hakim Arifin membacakan keputusan majoriti itu yang turut dipersetujui oleh tiga lagi hakim selama hampir sejam dalam mahkamah yang penuh sesak.
Beliau menyatakan, Mahkamah Rayuan mengguna pakai ujian kes undang-undang yang betul ketika membenarkan rayuan kerajaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan dalam keputusannya berpuas hati bahawa Menteri Dalam Negeri telah melaksanakan budi bicaranya dengan betul selepas menimbang dengan teliti alasan beliau melarang penggunaan kalimah Allah.
Mahkamah Tinggi ketika itu memutuskan bahawa perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penerbitan tersebut daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Sehubungan itu, keempat-empat hakim berkenaan sepakat bahawa tidak sesuai bagi mereka untuk campur tangan dalam keputusan Mahkamah Rayuan dengan memberikan kebenaran merayu.
Hakim Arifin selanjutnya menyatakan, mahkamah berpuas hati bahawa jika pun mereka tidak bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan, ia bukan merupakan alasan yang mencukupi bagi panel itu membenarkan permohonan itu.
Sehubungan itu, mahkamah berpendapat, persoalan mengenai undang-undang pentadbiran gagal melepasi peruntukan yang dinyatakan di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964.
Mahkamah turut berpuas hati persoalan mengenai undang-undang berperlembagaan yang berhubung kait dengan penggunaan kalimah Allah tidak harus diteliti secara terpencil.
Selain itu, panel tersebut berpendirian, persoalan undang-undang berkaitan isu-isu ketuhanan yang dibangkitkan secara terus oleh Mahkamah Rayuan.
Pada hemat mereka, fakta jelas menunjukkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri tidak dibuat berdasarkan kepada isu ketuhanan dan persoalan yang dibangkitkan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan hanya pandangan mereka semata-mata.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140624/ma_01/Dilarang-guna-kalimah-Allah#ixzz35bEGF8eh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tak guna untuk komen - Pakiam


PUTRAJAYA 23 Jun - "No use (tak guna)(untuk komen)."
Itu reaksi yang diberikan oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam ketika diminta memberi komen terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini.
Pakiam sebaliknya terus meninggalkan mahkamah bersama-sama seorang lagi paderi sambil berkata "No" (tidak) kepada media yang terus berusaha mendapatkan kenyataan daripadanya.
Paderi tersebut memberi reaksi demikian ketika diminta memberi komen terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk mendapat kebenaran merayu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald terbitan versi bahasa Melayu.
Sementara itu, Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew memberitahu pemberita, beliau amat kecewa dengan keputusan yang disifatkan sebagai menindas golongan minoriti.
Walau bagaimanapun, beliau menyatakan akan akur dengan penghakiman tersebut.
Peguam S. Selvarajah yang mewakili Gereja Roman Katolik pula memberitahu, masih terdapat peluang untuk membuat semakan namun tertakluk kepada alasan-alasan yang terhad.
"Bagaimanapun, amat jarang untuk semakan seumpama itu berjaya. Kami akan mempertimbangkan kemungkinan untuk memfailkan semakan selepas menerima alasan penuh penghakiman," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140624/ma_03/Tak-guna-untuk-komen---Pakiam#ixzz35VMj5K8L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dilarang guna kalimah Allah



Sebahagian daripada umat Islam melaungkan kalimah Allah sebagai tanda bersyukur Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan KDN melarang penggunaan kalimah itu dalam mingguan The Herald di Putrajaya, semalam. - Bernama
PUTRAJAYA 23 Jun - Gereja Roman Katolik terlepas segala peluang untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarangnya menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald terbitan bahasa Melayu.
Keputusan mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan yang menoktahkan usaha kontroversi pihak gereja berhubung penggunaan kalimah Allah itu ternyata melegakan umat Islam pada saat-saat seluruh negara menyambut ketibaan bulan Ramadan minggu depan.
Ini bermakna The Herald tidak boleh menggunakan kalimah suci itu dalam penerbitan versi bahasa Melayu sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu.
Perkara tersebut dimuktamadkan melalui keputusan majoriti 4-3 panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini ketika menolak permohonan Gereja Roman Katolik bagi mendapat kebenaran merayu.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel bersidang mencapai keputusan majoriti bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.
Sementara itu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha mencapai keputusan yang bertentangan.
Hakim Arifin membacakan keputusan majoriti itu yang turut dipersetujui oleh tiga lagi hakim selama hampir sejam dalam mahkamah yang penuh sesak.
Beliau menyatakan, Mahkamah Rayuan mengguna pakai ujian kes undang-undang yang betul ketika membenarkan rayuan kerajaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan dalam keputusannya berpuas hati bahawa Menteri Dalam Negeri telah melaksanakan budi bicaranya dengan betul selepas menimbang dengan teliti alasan beliau melarang penggunaan kalimah Allah.
Mahkamah Tinggi ketika itu memutuskan bahawa perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penerbitan tersebut daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Sehubungan itu, keempat-empat hakim berkenaan sepakat bahawa tidak sesuai bagi mereka untuk campur tangan dalam keputusan Mahkamah Rayuan dengan memberikan kebenaran merayu.
Hakim Arifin selanjutnya menyatakan, mahkamah berpuas hati bahawa jika pun mereka tidak bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan, ia bukan merupakan alasan yang mencukupi bagi panel itu membenarkan permohonan itu.
Sehubungan itu, mahkamah berpendapat, persoalan mengenai undang-undang pentadbiran gagal melepasi peruntukan yang dinyatakan di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964.
Mahkamah turut berpuas hati persoalan mengenai undang-undang berperlembagaan yang berhubung kait dengan penggunaan kalimah Allah tidak harus diteliti secara terpencil.
Selain itu, panel tersebut berpendirian, persoalan undang-undang berkaitan isu-isu ketuhanan yang dibangkitkan secara terus oleh Mahkamah Rayuan.
Pada hemat mereka, fakta jelas menunjukkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri tidak dibuat berdasarkan kepada isu ketuhanan dan persoalan yang dibangkitkan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan hanya pandangan mereka semata-mata.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140624/ma_01/Dilarang-guna-kalimah-Allah#ixzz35VMI49lc
© Utusan Melayu (M) Bhd