Friday, January 15, 2016

DR MAHATHIR PERSOAL NASIB KETUA PESURUHJAYA SPRM

mahathir_abu-kassim_sprm

by ARIANNA
2016-01-15
mahathir_abu-kassim_sprm
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya hari ini berkata beliau meragui punca penyingkiran Tan Sri Abdul Gani Patail dan mempersoalkan nasib Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – Gambar FMT

Tun Dr Mahathir Mohamad meragui punca Tan Sri Abdul Gani Patail disingkirkan dan mempersoalkan sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed bakal menerima nasib sama selepas siasatan derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd selesai.

Dr Mahathir meragui sijil kesihatan Gani yang tidak dikemukakan untuk makluman Yang Dipertuan Agong semasa Putrajaya memecatnya tahun lepas.

Bekas perdana menteri itu berkata, sijil kesihatan itu diperlukan sebagai sokongan jika pelantikan peguam negara perlu mendapatkan perkenan Agong.



“Jika pelantikan seseorang pegawai itu mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, sijil tersebut perlu ditunjukkan kepada Agong untuk bersetuju dengan persaraannya dan mendapatkan tandatangannya,” kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir meragui prosedur itu dalam kes pemecatan Gani kerana beliau masih sihat dan boleh bekerja.

“Sekarang Gani dilaporkan memulakan karier baharunya sebagai peguam.

“Jelas beliau masih sihat bekerja,” kata pengkritik paling lantang pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Dr Mahathir berkata, persoalan yang timbul sekarang ini adakah Abu Kassim akan menerima nasib sama dengan Gani susulan laporan siasatan yang dihantar baru-baru ini berkaitan SRC International.

“Persoalan kini adakah ketua SPRM juga akan bersara awal atas alasan kesihatan?” katanya.

Jika keadaan itu berlaku, Dr Mahathir berkata orang ramai tidak akan mempercayai kerajaan dan menganggap semua tuduhan yang dibuat adalah benar kerana tidak ada sebarang tindakan diambil.

“Penyingkiran Abu Kassim hanya meyakinkan orang ramai semua tuduhan kepada kerajaan adalah benar, ia wujud semata-mata untuk menghalang undang-undang ditegak dan dilaksanakan ke atas pemimpin negara,” katanya.

The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber melaporkan Abu Kassim mungkin akan diganti selepas agensi itu baru saja menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International. – TMI

Hasutan: Hishamuddin Rais dipenjara 9 bulan



HISHAMUDDIN hari ini dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013. - Foto Khairull Azry Bidin
KUALA LUMPUR: Aktivis Hishamuddin Md Rais hari ini dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen pada 9 Januari 2015 dan memerintahkan Hishamuddin menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Syahredzan Johan yang mewakili Hishamuddin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di
Mahkamah Rayuan dengan jaminan RM6,000.
Dalam penghakimannya, Nordin berkata hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen adalah tidak setimpal dengan kesalahan selain tidak memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain yang melakukan kesalahan sama.
"Justeru itu, hukuman denda diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara sembilan bulan bermula hari ini manakala wang denda dikembalikan," katanya.
Terdahulu Nordin menolak rayuan Hishamuddin untuk mengetepikan sabitan selepas bersetuju dengan Mahkamah Sesyen bahawa maksud konteks ucapan tertuduh adalah untuk mengubah kerajaan.
Katanya, tertuduh ada hak untuk berucap tetapi ia tidak boleh dijadikan asas untuk melanggar undang-undang.
"Oleh itu, mahkamah berpendapat keputusan Mahkamah Sesyen terhadap sabitan tidak perlu diganggu dan rayuan terhadap sabitan ditolak," katanya.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya A.S Thangavelu dan Syahredzan.
Mengikut pertuduhan, Hishamuddin didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013. - BERNAMA

Rakyat susah kerana pemerintah, kata Mat Sabu

NIZAM ZAIN

14 JANUARI 2016

 SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa ketidaktentuan ekonomi negara sebenarnya akibat amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan ketirisan pentadbiran Umno-BN.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata perkara itu perlu didedahkan kepada masyarakat agar rakyat tidak terus menanggung kesan besarnya dalam kehidupan rakyat.
"Akibat daripada pemerintahan yang bobrok ini, rakyat berada di tahap yang paling susah, risau dan kerunsingan.
"Golongan pertengahan dan bawahan amat merasai tekanan ekonomi yang berlaku sekarang ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau juga berkata, Biro Kebajikan Amanah akan menggerakkan usaha tersebut untuk membantu rakyat yang tertindas akibat salah laku itu.
"Merekalah menjadi mata dan telinga rakyat bersama Pakatan Harapan serta berusaha membantu mereka yang miskin, tertindas dan menderita akibat daripada penyelewengan itu.
"Lebih penting, kita bersama-sama NGO perlu berterusan memerangi rasuah dan penyelewengan sama ada dilakukan oleh BN atau sesiapa sahaja," ujarnya.
Mohamad juga tidak menolak kejatuhan harga minyak dunia turut memberi kesan besar kepada pendapatan negara.
"Kemiskinan melampau, catuan makan yang dibuat oleh sebahagian mahasiswa dan juga penduduk-penduduk pedalaman khususnya di Sik, Baling, Grik dan Larut perlu dibantu segera," katanya lagi
.

Tuan Ibrahim: Bahas TPP hanya lakonan kerajaan



SHAH ALAM - Kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik berdasarkan keputusan undi ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun ahli Parlimen diberi peluang berbahas mengenainya, namun ia mungkin sekadar lakonan menunjukkan bahawa kerajaan masih sedia mendengar kebimbangan rakyat.
"Ahli-ahli Parlimen BN telah diberi arahan oleh pihak atasan untuk mengundi menyertai TPP.
"Kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPP berdasarkan keputusan 134 ahli Parlimen BN yang sudah terbukti bakal bertindak seperti lembu dicucuk hidung," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dewan Rakyat dijangka membahas dan menjalankan proses mengundi mengenai Perjanjian TPP dalam sesi dua hari persidangan khas pada 26 dan 27 Januari ini.
Manakala Dewan Negara pula akan membahaskan dan mengundi isu sama pada 28 Januari ini.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga berkata perjanjian itu berisiko besar ketika negara berdepan dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit, pendapatan negara menurun akibat kejatuhan harga minyak dan skandal kewangan melibatkan pemimpin negara.
"Hak rakyat perlu dipelihara dan dipertahankan kerana keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit kualiti kehidupan mereka.
"Jangan kerana TPP menyebabkan hanya rakyat kaya sahaja mampu menikmati perubatan," ujarnya.
Tuan Ibrahim berkata, perjanjian TPP didakwa akan memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat asing untuk menembus pasaran negara-negara TPP.
"Malangnya negara kita tidak akan menikmati perkara ini malah ia membahayakan ekonomi syarikat tempatan.
"Nilai ringgit rendah menyukarkan syarikat kecil tempatan untuk menyaingi syarikat-syarikat asing yang mempunyai kemampuan besar, akhirnya, syarikat tempatan terpaksa gulung tikar," tegasnya.
Beliau mendakwa, perjanjian itu secara langsung akan meletakkan Malaysia di dalam blok Amerika dan sekutunya.
"Apakah Malaysia masih bebas bersuara tatkala Amerika dan sekutunya Israel menindas negara-negara Islam seperti Palestin tanpa sebarang risiko dikenakan sekatan ekonomi kerana TPP selepas ditandatangani nanti?" soalnya.
Sehubungan itu, Pas mencadangkan satu referendum rakyat perlu dibuat bagi kerajaan mendapatkan mandat sama ada menandatangani perjanjian atau sebaliknya.
"Dengan referendum ini, rakyat akan lebih jelas implikasi baik buruk keterlibatan negara dalam perjanjian TPP ini melalui siri penerangan dan penjelasan semua pihak," katanya lagi
.

Pelajar lapar: Kerajaan terus dalam sindrom penafian


Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sekiranya kerajaan terus berada dalam sindrom penafian isu pelajar lapar tidak akan menemui jalan keluar, kata Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Beliau berkata, isu pelajar lapar di universiti adalah perkara yang benar-benar berlaku terutamanya di universiti-universiti awam.
Menurut beliau, masalah pelajar lapar ini bukan hanya memudaratkan kesihatan tetapi turut menganggu pelajaran mereka sehingga ada yang dibuang daripada universiti.
“Ini realiti. Kecenderungan menafikan sesuatu perkara terus diamalkan kerajaan hari ini termasuklah dalam isu ini.
“Ketika saya menjadi dekan Universiti Malaya (UM), saya pernah membangkitkan perkara ini sebanyak dua kali dan isu ini dibincangkan diperingkat tertinggi namun perkara itu berakhir begitu sahaja kerana hanya fakulti saya saya ketika itu dikatakan mengalami masalah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohammad Redzuan berkata demikian selepas melawat Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) bersama Timbalan Naib Canselor (TNC), Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin; Ketua Kewangan Unisel, Muzaiyanah Mustakim; Pendaftar Unisel, Mohammad Sulaiman dan beberapa pegawai kanan Universiti.
Kunjungan mereka disambut oleh Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) itu turut berkongsi pengalamanya ketika menyoal siasat pelajar kenapa ada sahaja pelajar yang dibuang di akhir semester.
“Saya pelik kenapa di akhir semester ada sahaja pelajar yang dibuang, saya tanya kepada pensyarah terlibat dan mereka kata sebab pelajar itu tidak hadir ke kelas jadi markah tidak cukup. Saya cuba temui pelajar tersebut dan mereka memberitahu sukar untuk datang ke kelas pada waktu pagi akibat bekerja pada waktu malam untuk menampung perbelanjaan di universiti.
“Wang bantuan pembelajaran yang diterima daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPN) hanya cukup untuk bayar yuran sebaliknya untuk belanja harian perlu tampung sendiri,” katanya.
Menurut beliau, bagi pelajar yang datang daripada keluarga yang susah mereka perlu mencari alternatif lain termasuk mencari kerja sampingan malah ada yang menjual tin dan surat khabar lama hanya untuk mendapatkan wang saku sebanyak RM15 ke RM20.
Tambah beliau lagi, kebanyakan pelajar yang datang daripada keluarga miskin hanya akan makan sekali atau dua kali sehari sahaja.
“Mereka selalunya akan 'skip' makan pagi untuk berjimat untuk makan tengahari. Tetapi kesannya besar pelajar sukar beri tumpuan dalam kelas terutamanya ketika peperiksaan,” katanya.
Mohammad Redzuan berkata, masalah pelajar lapar ini boleh diselesaikan sekiranya kerajaan keluar daripada sindrom penafian.
“Kenapa malu nak mengaku? Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini perkara itu memang terjadi. Pihak universiti perlu sensitif dalam perkara sebegini dan perlu ambil tahu.
“Ada pelbagai jalan penyelesaian boleh dilakukan, rakyat Malaysia ini pemurah. Contoh ada beberapa universiti yang memberi kupon makan kepada pelajar yang kurang bekemampuan,” katanya.
Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh meminta semua pihak agar tidak membangkitkan lagi dakwaan yang mengatakan ada pelajar di universiti awam kebuluran disebabkan tidak cukup makan.
Menurut Idris, universiti awam mempunyai dana iaitu tabung kebajikan dan zakat lebih daripada RM15 juta dan seramai 31,776 pelajar telah menerima bantuan kewangan, pembayaran yuran pengajian, hospital, serta perubatan.
Isu pelajar lapar mula hangat diperkatakan apabila seorang pelajar universiti awam yang ususnya terkoyak kerana 'ikat perut'.
Mohammad Redzuan yang baru dilantik awal Januari lalu berkata, beliau akan membawa Unisel melangkah jauh ke depan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan.
Katanya, cabaran semasa hari ini bukan sahaja mahukan graduan yang cemerlang dalam pelajar tetapi keyakinan diri seseong mendepani cabaran juga satu nilai yang perlu diasah
.

Komplot Lee Kuan Yew-Israel Pula Didedahkan.. Hubungan DAP?

Yitzhak Rabin,
Hubungan Rahsia.

Malam Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan rahsia antara Israel dan Singapura. 

Lee Kuan Yew mendedahkan dalam bukunya, “Dari Negara Dunia Ketiga kepada Negara Dunia Pertama: Kisah Singapura 1965-2000,” yang diterbitkan pada tahun 2000, rahsia yang telah disimpan selama hampir 40 tahun: 
Iaitu Angkatan Pertahanan Israel yang menubuhkan tentera Singapura. Misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, seorang kolonel, yang kemudiannya dinaikkan pangkat ke brigadier jeneral. Selepas meninggalkan tentera, beliau menjadi perunding kepada tentera Singapura. Beliau meninggal dunia 15 tahun lalu. 

“Untuk menyembunyikan kehadiran mereka, kita memanggil mereka`Mexicans’.”kata Lee.

Tentera Singapura hari ini dianggap yang paling kuat dan paling maju di Asia Tenggara. Hubungan antara Israel dan Singapura bertambah erat dan meliputi hubungan kerjasama dalam bidang industri ketenteraan.Tentera Singapura merupakan pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi ketenteraan. Singapura sedang bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untuk menaik taraf F-5 pesawat pejuang Tentera Udara Turki. 

Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal Gil, yang dihasilkan oleh Raphael (Lembaga Kemajuan Persenjataan Israel), telah dibangunkan dengan kerjasama antara kedua-dua negara.

Singapura Dikelilingi Negara Muslim

Lee Kuan Yew merahsiakan hal ini kepada ramai. Beliau juga berkata “kita perlu memastikan bahawa ketibaan Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Melayu Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura,”

Singapura yang mempunyai keluasan kira-kira 670 kilometer persegi, kebanyakannya penduduk Cina, hidup di antara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Mereka takut kepada serangan Malaysia kerana merupakan sebahagian daripada negara itu. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun itu, kerajaan British memutuskan untuk menarik diri dari jajahannya dan memutuskan untuk memisahkan Singapura daripada Malaysia dan mewujudkan ia sebagai sebuah negara yang baru dan berasingan.

Singapura diisytiharkan merdeka pada 9 Ogos 1965. Pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga daripada tenteranya bukanlah penduduk Singapura, dan pemimpin negara mereka sendiri tidak yakin dengan kekuatan tentera mereka. Menteri Pertahanan, Goh menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand, dan meminta bantuan.

Kidron tiba di Singapura dalam masa beberapa hari, bersama-sama dengan Hezi Carmel daripada Mossad. “Goh memberitahu kita bahawa hanya Israel boleh membantu mereka membina tentera yang dinamik,” Carmel berkata. 

Mereke berdua kemudian bertemu dengan Lee, namun Lee memberitahu Keng Swee untuk menagguhkan permintaan beliau sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir memberikan jawapan untuk membantu mereka dalam membina angkatan tentera . ”

Ia tidak jelas sama ada Lee sebenarnya percaya India dan Mesir mampu untuk membina tentera Singapura atau semata-mata untuk menjaga air muka mereka. Selepas beberapa minggu menunggu, India dan Mesir mengucapkan tahniah kepada Singapura tetapi tidak menawarkan sebarang bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk terus berhubung dengan Israel.

Pada masa yang sama, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Yitzhak Rabin, Mejar Jeneral Rehavam Ze’evi, diputuskan untuk membina tentera Singapura. Ze’evi (digelar “Gandhi”) telah melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. “Gandhi berkata beliau mahu mewujudkan tentera yang ideal bagi Singapura,”

Ze’evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai ketua kumpulan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, juga dibawa masuk ke dalam pasukan. Beberapa ahli kumpulan ditugaskan untuk mengkaji dan menulis tentang pembinaan pangkalan tentera manakala Golan mengkaji tentang penubuhan infantri. 

Pada mulanya mereka menghasilkan “Brown Book,” yang menceritakan tentang doktrin pertempuran, diikuti oleh “Blue Book,” menerangkan tentang ciptaan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura untuk penelitian. Pada Oktober 1965, delegasi tentera dari Singapura tiba di Israel.
Diterjemah oleh: Syazana Aqilah
Sumber: CS.UWEC.EDU

Sekilas Tentang DAP
4/23/2013 PANAS! Punca sebenar Lim Kit Siang menangis dalam isu DAP vs ROS didedahkan! #GE13 #Vote4BN

Selalunya kita dengar DAP ini anak haram kepada parti pemerintah chauvinis Singapura, PAP, kerana sejarah mencatatkannya begitu. Wakil rakyat PAP yang memenangi kerusi Bangsar menukar PAP kepada DAP bagi mengelakkan kemenangan beliau dibatalkan. Walaupun ianya sejarah lama, namun, PAP dan DAP tidak pernah terputus hubungan, bukan satu rahsia yang PAP sering menyalurkan dana dan bantuan kepada DAP untuk memenangi pilihanraya.
DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura, telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama. 


Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. 

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.  - http://anti-rebel.blogspot.com/2011/02/sejarah-penubuhan-dan-asal-usul-dap.html

Kami di MyMassa sendiri pernah "diganggu" oleh Kerajaan Singapura melalui Google apabila mendedahkan penglibatan ejen rahsia mereka dalam perhimpunan haram Bersih dahulu. Malah KM Penang sendiri setiap minggu ke Singapura melaporkan perkembangan dan mendapatkan nasihat daripada LKY.

Namun, tahukah kita pertalian DAP dengan komunis pula? Mengapa DAP menggunakan simbol tugu kemenangan komunnis di China sebagai logo parti mereka? Apakah mereka menjadikan ia satu fokus perjuangan yang belum selesai?

Adakah ini punca sebenar Lim Kit Siang menitikkan air matanya ketika desas-desus ROS mengharamkan logo ROKET DAP?!!

Mengapakah anak saudara dan sepupu Chin Peng yang mengetuai DAP Perak? Mengapakah bekas-bekas komunis di Perak diberikan tanah selama 999 tahun sebaik sahaja DAP mendapat kuasa?!! Jika anda dapat menjawab soalan-soalan ini, segalanya akan menjadi semakin jelas tentang siapa sebenarnya DAP ini!

Cuba buat sedikit soal selidik. Anda semua tahu bukan sepanjang tempoh darurat sehinggalah ketika komunis meletak senjata, berapa ribu anggota mereka yang diampunkan dan menyerap masuk dalam masyarakat? Cuba anda buat sedikit kajian tentang nisbah bekas anggota komunis dalam satu-satu kawasan yang menjadi kubu kuat DAP.

Apa, anda mengundi "ulama'" PAS dan bukannya DAP pada PRU ini?!! Adakah ulama' PAS yang anda undi itu nanti akan lebih berkuasa daripada pemimpin DAP selepas PRU nanti?!! Anda ada terfikir sehingga ke tahap itu? Atau sindrom kejumudan mengakibatkan otak anda jem dan gagal mengoptimumkan akal?!! (mymassa)

Video: Interview with Yitzhak Rabin | i24news

(Ianya tidak semestinya pandangan IH)