Thursday, April 22, 2010
SPR terus dipertikai kerana pindah pengundi
![]() |
Dzulfikar Mashoor |
HULU SELANGOR, 21 April: Gara-gara lebih 50 pengundi dari Kampung Tanjong mengadu bahawa nama mereka tidak terdapat dalam Buku Daftar Pemilih mengakibatkan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah nama pengundi Hulu Selangor ke Parlimen Selayang terus dibongkar. Calon Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim(gambar) berkata, SPR seharusnya bersikap lebih adil dalam menguruskan pilihan raya kecil kali ini. “Sebagai calon, saya harap SPR boleh bersikap lebih adil, sebab itu (Pakatan Rakyat) menyertai pilihan raya (kecil ini),” ujar Zaid di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru petang tadi. Beliau yang juga Koordinator Pakatan Rakyat berkata, SPR sewajarnya bertindak pantas memindahkan semula para pengundi terbabit ke senarai asal dalam Buku Daftar Pemilih sebelum Hari Mengundi, Ahad ini. Gesaan Zaid itu, termasuk membuka banyak kaunter SPR di sekitar Parlimen Hulu Selangor supaya para pengundi boleh membetulkan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh SPR sendiri. “Saya harap SPR bertindak, bukalah kaunter agar para pengundi dipindahkan semula ke tempat asal. Saya berharap suatu tindakan yang luar biasa,” ujarnya. Sekiranya SPR gagal berbuat demikian sekali pun, bagi beliau, para penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi sendiri tidak seharusnya berputus asa. Sebaliknya, mereka diminta terus bekerja kuat agar amalan tidak demokratik sepanjang pilihan raya kali ini boleh diminimumkan. “Saya harap, kita tidak berputus asa pada jalan yang salah,” ujar beliau. Selain memberi isyarat yang jelas kepada SPR, beliau turut merayu kepada para pengundi terbabit supaya membantu SPR. ![]() Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh (gambar) tidak menolak kemungkinan bahawa motif di sebalik pemindahan para pengundi terbabit adalah inisiatif strategik sempena pilihan raya kali ini. Katanya, ini kerana berdasarkan pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, undi dari kampung tersebut majoritinya menyebelahi calon Pakatan Rakyat. Selain menyalahkan SPR, beliau turut mempertikai Dewan Rakyat kerana menolak dua kali berturut-turut usulnya berhubung isu kelemahan SPR. “Dua kali Parlimen menolak usul saya, SPR pula terus dalam penafian selepas saya mengeluarkan bukti,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan. Walaupun SPR dianggap cuba bersikap tidak demokratik dalam menguruskan pilihan raya kali ini, beliau berkata, jentera PKR akan membuka kaunter-kaunter untuk mengenal pasti para pengundi berbaki yang dipindahkan ke Kampung Tanjong. Demi memudahkan mereka yang terbabit membuat sebarang aduan berkaitan SPR dan pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor, jentera PKR turut membuka talian perkhidmatan bebas, 019-3260874. Pun begitu, dalam nada menyindir, beliau berkata inisiatif Pakatan Rakyat bukanlah disebabkan bersetuju dengan sikap tidak progresif SPR sendiri. “Kita (seolah-olah) melakukan kerja-kerja SPR,” ujarnya. Tuntas dari kes pemindahan pengundi tersebut, beliau mewakili Pakatan Rakyat mendesak para pemimpin tertinggi SPR supaya meletak jawatan sesegera mungkin, sekiranya masing-masing masih mempunyai maruah dir |
Selesai masalah 'sardin dalam tin' segera
![]() |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 21 April: Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menggesa kerajaan memberikan perhatian serius terhadap masalah sistem pengangkutan awam di negara ini yang berlarutan sejak sekian lama dan menjejaskan keselesaan rakyat. Salahudin (gambar) sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam 2010 di Dewan Rakyat hari ini berkata, sistem pengangkutan awam di ibu kota khususnya transit aliran ringan (LRT) yang menjadi tumpuan warga kota sentiasa mengalami kesesakan terutamanya pada waktu puncak. "Isu di sini ialah LRT tidak kira Putra, Star, sama seperti sardin dalam tin. Itulah hakikatnya terutamanya pada waktu puncak di mana kita melihat mereka yang menggunakan pengangkutan awam ini terdiri daripada mereka yang terdiri dari pegawai kerajaan, swasta dan sebagainya. Istilah sardin dalam tin ini sangat tepat," katanya yang juga Naib Presiden PAS. Salahudin turut mempersoal sikap Kerajaan yang mewar-warkan hasrat menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke ibu kota tetapi tidak mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kesesakan pengangkutan awam ini. "Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan supaya Kuala Lumpur jadi seperti London dan Tokyo hyang mana kurangnya kereta yang memasuki kota. "Kalau kita mahu Kuala Lumpur jadi seperti itu, kita mesti juga perlu beriltizam fikirkan satu sistem pengangkutan awam yang baik. "Saya bertemu dengan pegawai Keretapi tanah Melayu (KTM), mereka berkata gerabaknya tidak ditambah. Kalau tidak ditambah isu sardin dalam tin ini tidak akan selesai," katanya. Salahudin turut menyelar sikap Kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh untuk menaik taraf stesen bas Puduraya meskipun sejumlah peruntukan yang besar telah diumumkan untuk tujuan itu. "Sebagai contoh baru-baru ini dua Perdana Menteri, pada 2004 dahulu sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri kemudian diambil alih oleh Datuk Seri Najib, kedua-duanya membuat lawatan ke stesen bas Puduraya. "Kita menyaksikan bahawa Puduraya adalah bangunan yang terlalu ketinggalan zaman dan mengalami kesesakan dengan pencemaran alam sekitar dan kekurangan ruang untuk menempatkan bas. "Baru-baru ini saya difahamkan warga Puduraya diarah berpindah dan kerajaan berjanji untuk memberikan geran lebih kurang RM60 juta untuk mengubahsuai dan menaik taraf Puduraya tapi tidak jadi. Ini adalah satu sikap Kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh," katanya. Beliau menyeru Kerajaan agar tidak mengabaikan kepentingan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. "Janganlah destinasi yang penting ini yang digunakan untuk manfaat rakyat berpendapatan sederhana dan rendah ini dipandang sambil lewa. Saya rasa masalah ini perlu diselesaikan samaada diberikan penempatan baru yang lebih selesa atau menaik taraf. "kerajaan perlu mengotakan janji dengan bersungguh-sungguh untuk membaiki keadaan di puduraya ini," katanya. |
Ibrahim, Saifuddin panaskan Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR 21 April - Suasana hambar di Dewan Rakyat hari ini bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).
Semuanya bermula apabila Ibrahim mencabar Saifuddin mengulangi tuduhannya di Dewan Rakyat sebelum ini bahawa beliau mempunyai pegangan saham dalam syarikat judi Tan Sri Vincent Tan, untuk membuatnya secara terbuka di luar Dewan.
"Saya ingin buat kenyataan, media tolong tulis dan siarkan, saya cabar Machang buat tuduhan terbuka di Masjid Pasir Mas Jumaat ini saya akan tunggu, atau jika mahu saya ke Machang pun saya sanggup.
"Jika dia seorang anak jantan dan seorang pejuang kerana saya tahu dia bukan pemimpin tahi minyak," katanya.
Sebelum itu, Ibrahim meminta penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usulnya bagi merujuk Saifuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana menuduhnya mempunyai pegangan saham dalam syarikat judi.
Saifuddin yang bangkit bagi menjawab cabaran itu berkata, kenyataan terbuka mengenai perkara itu telah dibuatnya beberapa minggu lalu di Pengkalan Chepa, Kelantan dan menyerahkan kepada Ibrahim untuk membuat tindakan lanjut.
Beliau kemudian menjelaskan mengenai perbahasan pada 23 Mac lalu itu yang menimbulkan perasaan tidak puas hati Ibrahim.
"Perkara yang saya bangkitkan ialah saya meminta penjelasan kerajaan kenapa meluluskan lesen judi kepada syarikat milik Vincent iaitu Ascort Sport pada 2004, kemudian saya lanjutkan ucapan selepas itu dengan menyebut bahawa Pasir Mas pun ada saham juga.
"Itu semakan hansard saya, keesokan harinya portal Malaysiakini melaporkannya dan merujuk saham itu dengan saham syarikat judi itu, itulah yang menaikkan kemarahan Pasir Mas. Saya tidak kata Pasir Mas ada saham dalam syarikat judi kerana sebelum ayat itu (Pasir Mas pun ada saham juga) ada noktah.
"Saham yang dimaksudkan itu bukan merujuk kepada syarikat judi tetapi Ibrahim memang mempunyai saham dalam syarikat lain yang dia sendiri akui kepada saya sebelum ini," katanya.
IBRAHIM: Tetapi Machang kaitkan saham itu dengan saham judi Vincent Tan.
MACHANG: Saya tidak kaitkan dengan Vincent Tan, jelas ada noktah sebelum ayat itu.
PASIR MAS: Ceh, inilah putar belit seorang jaguh yang kononnya dikatakan sebagai seorang pejuang Islam, saya memang ada saham dalam Mara dan ia dicairkan untuk diberikan kepada rakyat.
Saya mahu selesaikan di sini sahaja, sila jelaskan kerana saya dikaitkan dengan Ascot Sport. Jika tersilap cakap betulkan itu pun jika ada maruah, saya boleh terima. Jika tidak saya tidak akan maafkan sehingga kiamat.
Suasana tegang itu berjaya dikendurkan apabila Pandikar menegur sambil menjelaskan kewajarannya menolak usul yang dibawakan oleh Ibrahim itu.
"Setelah meneliti hansard saya mendapati Machang tidak menuduh Pasir Mas mempunyai saham dalam syarikat judi dan Pasir Mas juga jelas tidak mempunyai sebarang pegangan dalam mana-mana syarikat judi.
"Kepada media tolonglah bertanggungjawab jangan sesekali menyiarkan perkara yang boleh mengaibkan mereka yang tidak bersalah," katanya.
Ibrahim yang dilihat telah tenang kemudiannya bangun mencadangkan kepada Yang Dipertua untuk melakukan reformasi terhadap Parlimen.
"Saya hendak cadang, sudah sampai masanya Yang Dipertua membuat reformasi dan mengulangi apa yang saya minta sebelum ini supaya ahli Parlimen tidak lagi diberi imuniti supaya mereka lebih bertanggungjawab semasa mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya.
habis
Tarik balik pulak dah
Kompaun RM1,000 ditarik balik
KUALA LUMPUR 21 April - Tidak jadi kompaun maksimum RM1,000 kepada pesalah lalu lintas.Ini berikutan penarikan balik Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 bagi menggugurkan tiga daripada 51 fasal termasuk Fasal 46 yang menaikkan kadar kompaun maksimum daripada RM300 kepada RM1,000.
Rang undang-undang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat, Isnin lalu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) memberitahu, penarikan balik itu dilakukan selepas mendapat maklum balas Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) yang tidak bersetuju dengan beberapa pindaan berkenaan.
Katanya, selain fasal berkaitan kompaun itu, dua lagi yang akan digugurkan ialah Fasal 8 yang melarang mana-mana pihak kecuali Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat, mengeluar, mengedar, menjual dan memasang plat nombor pendaftaran dan Fasal 22 menaikkan had umur kelayakan memohon lesen memandu daripada 16 ke 17 tahun.
Jelas beliau, rang undang-undang itu akan dikaji semula dan akan dibentangkan sebagai bacaan kali pertama apabila persidangan Dewan Rakyat bermula Jun depan.
"Selepas berbincang dengan pihak Dewan dan mendapat pengesahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Whip, Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka kita buat keputusan menarik balik pindaan ini. Ia akan dibawa balik dalam persidangan akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Isnin lalu, peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya berharap agar kerajaan menimbang semula dan memperhalusi akta berkenaan demi kepentingan rakyat.
"Kita telah mengadakan perbincangan selama dua hari dengan pihak JPJ, Kementerian Pengangkutan dan agensi lain dan mendapati akta berkenaan yang dibentang Isnin lalu tidak mesra rakyat," katanya.
Beliau turut mencadangkan JPJ mengadakan perundingan awam yang bertujuan mendengar suara hati dan cadangan rakyat sebelum akta itu dibentangkan semula di Parlimen.
Dalam pada itu, pemimpin pembangkang, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) turut menggesa kerajaan meneliti semula akta berkenaan dan menubuhkan satu jawatankuasa yang melibatkan orang awam, pihak berkuasa dan pakar perundangan.
Awal-awal lagi dah menipu
IJAZAH BOHONG - TIPU LAGI
IJAZAH BOHONG - KAMAL NATHAN - BUKAN PELAJAR NEW ZEALAND
Mula mula warga Hulu Selangor ingat malaon ini ada ijazah.
Rupa rupanya malaon ini sama macam Akias Omar bekas datuk bandar kuala lumpur.
Kalau tak belajar cakaplah tak belajar.
Bodoh di malaysia ini bukan satu jenayah. Malah bodoh digalakkan dan sering
dinobatkan sebagai warga contoh.
Orang Melayu Hulu Selangor akan kena tipu lagi. Dulu ditipu Toyo.
Sekarang ditipu oleh ahli MIC - yang mengaku dirinya bijak dan pandai. Setakat kolej di petaling street itu bukan ilmu - itu tempat kelentong.
KAH KAH KAH..
woit... MELAYU TAK AKAN TAK SEDAR SEDAR.... kah kah kah..
woit...MELAYU HULU SELANGOR BERAPA LAGI NAK KENA TIPU...kah kah kah..
woit... TAKKAN TAK DAPAT BEZAKAN YANG MANA AUTA DAN YANG MANA FAKTA...kah kah kah
nota:
hairan negara kita ini
terlalu ramai orang suka menipu
ijazah tipu - kalau tidak bocor
mesti satu malaysia anggap malaon ini
belajar d new zealand.
ada tipu ada phd
ada tipu jadi datuk
ada tipu belajar luar negara
tapi hebat ada tipu
badan janda tapi klim dara
kah kah kah
sumber-Tukar Tiub
Senarai Pemilik Saham Judi Di Malaysia
Lihat siapa yang kena...
Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -
Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.
Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. - ctkay's
Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -
Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.
Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. - ctkay's
Subscribe to:
Posts (Atom)