Thursday, August 9, 2012

Hidayah di bulan mulia. Paul merupakan tentera Denmark menemui hidayah & telah memeluk islam di Masjid Attaqwa TBI pada 1 Ramadhan bersaksikan ratusan jemaah. Terpancar cahaya keimanan di wajahnya.
 

Pemuzik heavy metal kepada hamba Allah taat



http://duniacacamarba.blogspot.com/, 09 Ogs 2012

[Video] Daripada Pemuzik Heavy Metal Punk, Bertatu kepada Hamba Allah yang Taat. Ikuti Kisahnya...
Alhamdullilah!
http://www.youtube.com/watch?v=JkOw8IMef

Di Mesjid India KL ramai bangla dah buka kedai sendiri



Di Mesjid India KL ramai bangla dah buka kedai sendiri. malah yg buka kilang utk jahit tudung pun ada. punya pekerja 60 org ..

Mari kira pulak kedai2 perniagaan dari jalan Kapar batu 1 klang,hingga batu 15 jalan kapar.. berapa ramai rakyat asing yg meniaga?


Mari kira pula jalan meru batu 1 hingga puncak alam...kira berapa ramai acheh dan bangla berkuasa?

Mari kira pula Jalan KOta Raja ,kg jawa Klang,dari batu 1 hingga jalan kebun... berapa banyak kedai2 acheh dan bangla...

tu belum sebut kwasan lain.. ni salah siapa? yg meluluskan kemasukkan warga asing ni PAS,PKR,DAP ker? siapa yg MEMUDARATKAN negara? sokong DAP haram sebab memudaratkan negara? POODAH!!!!


1 contoh yang baik.. bukti RAKYAT DI DAHULUKAN ...tahniah umno...!

"Malaysia alu alukan KOMUNIS dalam negara kita.

Media utusex meloya dan tv3 sakai boleh tak siar muka depan? tulis besar2.. "Malaysia alu alukan KOMUNIS dalam negara kita.." nak nak sambut merdeka siap kompang naik pentas.. tarik bendera naik ok x? ni cadangan gua aja. keh keh keh!!!

Finas tangguh tayang Tanda Putera, pengarah akur



Tanda Putera bukan filem politik
Shumi bersama barisan pelakon yang menjayakan Tanda Putera
SHAH ALAM - Filem Tanda Putera arahan pengarah wanita disegani, Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah ditangguhkan tayangan sehingga satu tarikh diberitahu kelak.

Sebelum ini, filem itu dijadualkan bakal menemui penonton 13 September ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai Shumi sebelum ini berkata, “sejujurnya, saya dan barisan pelakon tidak sabar menanti tayangan filem ini pada 13 September sempena mood hari merdeka dan Hari Malaysia."

"Walaupun kecewa, saya tiada bantahan dan percaya Finas mempunyai tarikh yang lebih sesuai,” katanya.

Seperti dijelaskan Ketua Pengarah Finas, Mohd Naquib Razak, pihaknya terpaksa menunda tayangan Tanda Putera kerana mahu beri lebih ruang promosi bagi filem sangat berharga ini.

Biarpun sedikit terkilan, pengarah tersohor itu yakin dengan percaturan Finas yang membuat keputusan untuk tidak menayangkan Tanda Putera pada tarikh asal. 

Filem itu berkisarkan politik negara tentang Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa 13 Mei 1969.

Filem yang dibintangi aktor Zizan Nin, Rusdi Ramli dan Faezah Elai itu juga rata-rata mendapat pujian daripada pihak media ketika diadakan majlis pratontonnya baru-baru ini.

Ura-ura mengatakan filem ini ditangguhkan tayangannya adalah disebabkan daripada bahang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang bakal tiba tetapi Shumi lantas menafikan khabar angin itu

Tak ada yang dapat menolong selain yang di sana Tak ada tempat yang membantu selain yang di sana Dialah Allah... Dialah Allah.

Rayuan Khairy ditolak, saman RM100 juta Anwar dibicara




9 Ogos 2012
Khairy Jamaluddin
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin
PUTRAJAYA- Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan saman RM100 juta yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
  
Panel tiga hakim mahkamah itu, yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali, sebulat suara menolak rayuan Khairy agar saman itu diketepikan.
  
Hakim Ramly berkata mengikut Peraturan Mahkamah Tinggi, kes itu tidak wajar diketepikan.
  
"Kes ini perlu dibicarakan kerana terdapat beberapa ketidakpastian mengikut Seksyen 43 Akta Bukti," katanya.
  
Khairy mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Dis tahun lepas yang menolak permohonannya untuk mengetepikan saman fitnah itu.
  
Beliau memohon mengetepikan saman berkenaan dengan memberi alasan bahawa saman sivil itu bersifat remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Anantham Kasinater, memerintah Khairy membayar RM10,000 kos guaman kepada Anwar.
  
Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Nov dan 20 Nov untuk perbicaraan saman itu.
  
Pada 7 Mac, 2008, Anwar, yang genap berusia 65 tahun esok, memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.
  
Ketua pembangkang itu juga mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada atau kira-kira pada 20 Feb, 2008.
  
Dalam pernyataan bela diri yang difailkan pada 8 Okt, 2010, Khairy berkata beliau bersandar pada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
  
Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah. -Bernama

MB Selangor: Panel khas ditubuh ambil alih konsesi air




9 Ogos 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Sebuah jawatankuasa khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Muhammad Khusrin Munawi telah diwujudkan untuk memuktamadkan pengambilalihan empat syarikat konsesi air di negeri ini selewat-lewatnya bulan depan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.
Pengambilalihan itu akan dibuat berdasarkan harga pasaran munasabah, kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.
"Sekiranya pemegang  konsesi tidak menerima nilai yang ditawarkan, mereka boleh merujuk kepada badan timbang tara bebas yang akan memutuskan nilai yang sepatutnya.
"Kerajaan Negeri akan mematuhi keputusan yang dibuat oleh badan timbang tara tersebut," katanya.
Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengemukakan  cadangan kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memastikan proses pemajakan aset air negeri dan pengambilalihan liabiliti industri air diselesaikan serentak.

Pada masa sama, katanya, pemantauan ke atas Syabas akan diteruskan oleh Jawatankuasa Pemantauan bekalan air seperti biasa. - Bernama

Kos Pentadbiran PTPTN Keterlaluan?


"Ada sesiapa boleh sahkan artikel di bawah ini mengenai kos pentadbiran PTPTN yang keterlaluan, begitu banyak kadar bunga (riba) seperti Along? Ada yang bayar balik pinjaman PTPTN RM150 sebulan, RM70 dari jumlah tersebut ialah untuk kos pentadbiran. Ada yang bayar balik RM63 sebulan, RM50 adalah untuk kos pentadbiran. Jika benar dakwaan di atas, apa pandangan para Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini? 

***********

Sekarang Baru Paham Kenapa Mansuh PTPTN
July 25, 2012

Yang ramai tak berpuas hati adalah KOS PENTADBIRAN akan sentiasa jalan selagi belum abis bayar pinjaman PTPTN. Ramai adik adik kita yang kat Universiti tu tak akan baca betul betul syarat perjanjian, termasuk aku. Okey itu PTPTN menang.

Contoh: Kos pentadbiran bagi pinjaman Diploma dan Ijazah RM70 sebulan. Jika setiap bulan anda membayar RM150 maka hanya RM80 akan di tolak dari jumlah pinjaman itu. Sumber: akubypojie.blogspot.com

***********

PTPTN Dan Kos Pentadbiran

Ya, entri 1 Januari 2012 berkisar kepada kekecewaan aku terhadap PTPTN. Aku dah start bayar balik pinjaman tuh. Dan untuk tahun pertama bayaran ni , hanya RM 63 sebulan. Sikit bukan?

Ok, yang buat jantung aku nak gugur ke bumi malaysia terchenta sangat ni, selepas di tolak 3% kos pentadbiran yang megarut sangat tuh, Aku hanya membayar Rm10 setiap bulan untuk duit pinjaman yang aku dah guna masa study dulu. Lagi RM 53 adalah untuk kos pentadbiran. Sumber: conteng-cakarayam.blogspot.com"

The Shia Ayatush-shaytaan and Nasara Priest making Du'a and Sujood???



Picture speaks louder than words... Welcome to the world of Shiism where truth and falsehood are ONE and the same.

Jawatankuasa Khas minyak satu olok-olok...


TAK usahlah pejuang royalti minyak Kelantan dan lain negeri Pantai Timur Semenanjung ghairah dan terpesona dengan penubuhan Jawankuasa Khas mengenai manfaat minyak seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib sebagai mengatasi kemelut tuntutan royalti yang dipertikai itu.

Tidak lain ia adalah satu taktik bagi mengelakkan kerajaan pusat dari menunaikan tanggungjawab akta Petronas dan ia juga satu modal kempen yang murah bagi BN menjelang PRU 13.

Bukan baru ini Perdana Menteri menubukan Jawatankuasa Khas atas beberapa perkara. Semua jawatankuasa khas itu kosong dan tipu daya semata-mata bagi menyedap pihak yang menuntut.

Perdana Menteri Najib sudah menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen tentang pembaikan pilihanraya. Berbulan-bulan badan itu bersidang. Apa hasilnya? SPR dan peraturan pilihanraya tetap di takuk lama.

Orang bising tentang undang-undang kejam ISA dan AUKU. Tidak janji untuk buat transformasi mengenainya. Ditubuh badan membuat kajian. ISA tukar nama, kezaliman undang-undang tidak berubah. Apa yang baru dengan akta universiti dan kolej? Ia seolah-olah olok-olok saja.

Orang menuntut jawatankuasa kajian kekejaman polis atas Bersih 3.0. Dia tubuhkan jawatankuasa Hanif Omar. Bekas Ketua Polis Negara itu telah dijadikan mangsa untuk diperkuda. Tetapi tiada apa yang adil dari jawatankuasa Hanif Omar itu sebalik menjadikan anggota badan itu jatuh nilai di sisi umum.

Sekarang Najib mahu memperalatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid yang namanya dililhat tinggi kerana penghakimannya atas kes Anwar Ibrahim. Saya kesian Tun Hamid akan jadi kuda tunggangan yang baru bagi melindungi jenayah kerajaan BN sejak zaman Mahathir hingga sekarang atas penyelewengan royalti minyak.

Saya kenal Tun Hamid rakan semasa belajar dan kami pernah duduk serumah sewa. Sebagai rakan, saya nasihatkan Tun Hamid jangan biarkan diri jadi mangsa baru Najib dan kerajaannya yang amat rapuh sekarang.

Jika jawatankuasa khas itu untuk mengkaji janji akta Petronas supaya ia tidak dilangsaikan kepada negeri-negeri yang berhak, ia sama seperti tindakan ulama-ulama Yahudi mengkaji Taurat bagaimana perintah kitab suci itu tidak dilaksanakan.

Yahudi telah pinda Taurat. Jangan Tun Hamid pula digunakan bagi menggelapkan pelaksanaan akta Petronas. Jika Tun Hamid bertindak jujur bagi memperakukan janji akta itu kepada negeri-negeri, maka percayalah laporan jawatankuasa khas itu nanti akan ditawakuf dari pengetahuan umum.

Mengapa jawatankuasa Tun Hamid itu untuk kajian ngeri-negeri pantai timur Semenanjung saja? Mengapa tidak merangkumi negeri minyak yang lain iaitu Sabah dan Sarawak? Bagaimana kalau Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan Pakatan, maka pembayaran faedahnya akan jadi seperti di Kelantan dan Terengganu?

Jawatankuasa ini adalah bagi mengelakkan Najib tidak disoal dalam kempen PRU 13 dan dia tidak perlu menjadi tuntutan Tengku Razaleigh yang mahu royalti buat Kelantan itu diselesaikan sebelum PRU13.

Kerajaan Kelantan dan pejuang royalti minyak tidak perlu peduli dengan penubuhan Jawatankuasa khas itu. Boleh hantar wakil untuk dengar apa yang dibincang, tepi tidak perlu campur perbincangan.

Memadai kerajaan Kelantan berpegang dengan janji Buku Jingga bahawa hasil minyak itu akan dipulangkan kepada negeri yang berhak. Ia tidak sekadar royalty lima peratus sebagai yang dijanjikan oleh akta, bahkan ia akan dinaikkan keapda 20 peratus.

Jika Pakatan Rakyat menguasaai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menunggu laporan Jawaatankuasa Tun Hamid seslepas kerajaan baru dibentuk.

Sesudah menyaksikan banyak jawakuasa yang Najib tubuh jadi seperti cerita sidang sang tikus untuk memasang loceng di leher kucing supaya tikus tahu ada kucing bila bunyi loceng. Ia cerita dongeng. Jawatankuasa khas itu juga satu dongeng. Pimpinan Pakatan jangan masuk perangkap Najib lagi bagi mengelak tangan yang sama dipatuk ular sama dari lubang yang sama.


http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=22155

Eropa Meninggalkan Katolik, dan Pindah Menjadi Atheis



Inilah perubahan yang sangat penting di daratan Eropa. Sesudah daratan Eropa dihempas krisis ekonomi, sekarang daratan Eropa, rakyatnya terhempas akibat, sudah tidak lagi tertarik dengan agama Katolik. Mereka ramai-ramai meninggalkan agama Kaktolik, dan memilih menjadi atheis. Inilah dampak dari agama Katolik, yang sudah tidak lagi dapat menjawab persoalan kehidupan manusia modern.

Salah satunya negara yang peduduknya mayoritas menganut Katolik secara tradisional, yaitu Irlandia, kini penganut Katolik di negeri itu, mengalami kemerosotan yang paling tajam di seluruh dunia. Padahal, Irlandia terkenal sebagai pemeluk Katolik yang paling taat, tetapi semuanya itu hanya tinggal kenangan belaka, dan pemeluk Katolik berbondong-bondong pindah kepada atheisme. Ini merupakan hasi survey internasional, dan salah satunya adalah negara Irlandia.

Hasil survey itu, di Irlandia hanya 47 persen yang menyatakan mereka tetap sebagai pemeluk Katolik. Ini merupakan penurunan yang sangat tajam, lebih 22 persen penduduk Irlandia, yang meninggalkan Katolik, di mana sebelumnya berdasarkan survey mereka menyatakan 69 persen sebagai pemeluk Katolik. Jajak pendapat terakhir tahun 2005, yang diselenggarakan oleh lembaga Gallup Internasional. Sementara ituk, tingkat ketaatan rata-rata sebelumnya 59 persen, dan turun 9 persen, di tahun 2005.

Pada saat yang sama, jumlah orang yang menyatakan dirinya sebagai atheis naik dari 4 persen di seluruh dunia pada tahun 2005 menjadi 7 persen tahun ini. Pertumbuhan athies terbesar adalah di Perancis. Tetapi, sepertinya ini menjadi trend global, semakin banyak orang di Eropa dan Amerika Utara yang cenderung ke kiri alias athies. Hampir sebagian di daratan Eropa, partai yang berhaluan kiri memenangkan pemilu.

Sinead Mooney, managing director wakil perusahaan Penelitian RED C di Dublin yang dilakukan jajak pendapat di Irlandia, mengutip dua faktor yang menempatkan Irlandia berada di belakang Vietnam sebagai negara, di mana perasaan religius mengalami penurunan yang tajam.

Mengapa sikap ketaatan dalam beragama di daratan Eropa dan Amerika Utara mengalami penurunan yang sangat tajam, dan masyarakat di negeri-negeri itu, memilih atheis? "Jelas, ini semua akibat skandal besar yang berlangsung di dalam Gereja selama beberapa periode," katanya, merujuk kejadian pelecehan seksual terhadap anak-anak oleh para imam Katolik, yang serius merusak citra Katolik Roma.

"Juga, akibat negara semakin kaya, mereka cenderung kehilangan rasa beragama," katanya. "Kami memang menjadi kaya - setidaknya pada awal periode itu."

Sementara itu, di negara-negara Afrika, penduduk di negeri-negeri itu, mengidentifikasi diri mereka sebagai religius, seperti Ghana (96 persen), Nigeria (93 persen) dan Makedonia (90 persen). Para ateis yang paling banyak ditemukan di Jepang (31 persen), Republik Ceko (30 persen) dan Prancis (29 persen).


Afrika Paling Taat?

Mengidentifikasi dengan tradisi iman tidak selalu religius. Dari 51.927 orang yang disurvei, 97 persen dari Budha, 83 persen Protestan, 80 persen Hindu dan 81 persen Katolik menggambarkan diri mereka sebagai agama.

Afrika menduduki puncak daftar daerah yang taat sebagian besar dunia, dengan 89 persen menyebut diri mereka religius. Setelah itu Amerika Latin (84 persen), Asia Selatan (83 persen) dan dunia Arab (77 persen).

Asia Utara datang di setidaknya agama di 17 persen, diikuti oleh Asia Timur pada 39 persen. Amerika Utara dilaporkan 57 persen religiusitas, Eropa Barat 51 persen dan Eropa Timur 66 persen.

Ikatan keagamaan yang sangat kuat hasil survei global yang sudah dipublikasikan - sebagian besar Muslim Irak (88 persen), Pakistan (84 persen), Afghanistan (83 persen) dan wilayah Palestina (65 persen).

Memang, di daratan Eropa dan Amerika Serikat beragama sudah mati, dan mereka memilih menjadi atheis. Akibat perubahan paradigma mereka, terutama melihat atau memandang aspek kehidupan. Mereka lebih memilih atheis dibanding memilih agama yang sudah kadulwarsa seperti Katolik dan Kristen. mi

sumber: http://www.voa-islam.com/counter/christology/2012/08/09/20184/eropa-meninggalkan-katolik-dan-pindah-menjadi-atheis/

KEKUATAN UMNO TERLETAK DI OTAK ORANG MELAYU YANG LEMAH


BADAR DING TUJUKAN KHAS BUAT MEREKA2 YANG MASIH MUDA YANG BARU NAK KENAL POLITIK MALAYSIA KHASNYA 'POLITIK UMNO HARAMJADAH '


MUKADIMAH..." KALAU UMNO SENDIRI PUN TAK SOKONG HUDUD...TAKKAN NAK HARAP KARPAL SINGH & DAP SETUJU HUDUD "...kah kah kah


BIASANYA ORANG2 MELAYU AKAN CEPAT RASA MARAH...BILA TERDENGAR ORANG CINA AKAN MENGUASAI PUTRA JAYA


ORANG MELAYU AKAN MERASA TAKUT...BILA TERDENGAR MUNGKIN ORANG CINA AKAN JADI PM ATAU TPM


HAKIKATNYA...MUSTAHIL ORANG CINA AKAN JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA DI NEGARA INI


INI BERMAKNA...SLOGAN 1MALAYSIA YANG DIBAWA OLEH NAJIB...HANYA 'KELENTONG KOSONG' SEMATA-MATA


ITU SEBAB DARI DULU HINGGA KINI...UMNO SENTIASA MEMAINKAN POLITIK PERKAUMAN


MEREKA AKAN MELAGA-LAGAKAN ORANG MELAYU CINA DAN INDIA AGAR SENTIASA MENCURIGAI ANTARA SATU SAMA LAIN


KONONYA KERJASAMA ANTARA PAS DAN DAP ITU...AKAN MERUGIKAN ORANG2 MELAYU SENDIRI


ADAKAH SELAMA INI ORANG MELAYU TAK RUGI..?


UMNO AKAN SENTIASA MEMUTAR BELITKAN CERITA...KONONYA DAP AKAN LEBIH BERKUASA DARIPADA PAS


BEGITU JUGA ORANG2 MELAYU AKAN RUGI JIKA UNDI PAS...KERANA PAS BEKERJASAMA DENGAN DAP


KONONYA NANTI PAS AKAN IKUT TELUNJUK DAP...DAN BERMACAM-MACAM LAGI CERITA BAGI MENAKUT-NAKUTKAN ORANG2 MELAYU DI NEGARA INI


MALAH TAKTIK MENAKUT-NAKUT ORANG MELAYU INI...AKAN DIPERBESARKAN SETIAP KALI MENJELANGNYA PRU


SEBENARNYA...TAKTIK YANG DIGUNA PAKAI OLEH UMNO PENIPU BESAR INI...TELAH DIGUNAKAN OLEH PEMERINTAH2 NEGARA CHINA DI ZAMAN DAHULU LAGI


IATU STRATEGI..." MELAGA-LAGAKAN MUSUH UNTUK MEMUSNAHKAN MUSUH "


INILAH YANG DILAKUKAN OLEH UMNO PENIPU BESAR...MELAGA-LAGAKAN PAS DAN DAP
AGAR PAS ATAU DAP AKAN PUNAH...ATAU KEDUA2NYA SEKALI AKAN HANCUR


ISU INI SENGAJA DIMAINKAN, BILA SETIAP KALI MENJELANGNYA PILIHANRAYA UMUM


INI KERANA...ORANG2 BUKAN MELAYU TAKUT DENGAN HUDUD...MANAKALA ORANG2 MELAYU PULA LEBIH SUKA PADA HUKUM HUDUD


DI NEGARA INI...'MAHATHIR' ADALAH MANUSIA PERTAMA YANG MEMPRAKTIKKAN STRATEGI 'MELAGAKAN MUSUH UNTUK MEMUSNAHKAN MUSUH'


PERCAYALAH, SELAGI UMNO PUTAR ALAM INI BERKUASA...SELAGI ITULAH SENTIMEN PERKAUMAN AKAN TERUS DIMAINKAN DI NEGARA INI...INI ADALAH 'JANTUNG UMNO'


SELAGI UMNO PENIPU BESAR INI BERKUASA...SELAGI ITULAH SITEM DEMOKRASI DI NEGARA INI AKAN MUNDUR


APABILA SISTEM DEMOKRASI MASIH MUNDUR...NAK HARAP SISTEM2 LAIN MAJU...kah kah kah?


SAMPAI BILA ORANG MELAYU AKAN TERPEDAYA DENGAN PUTAR BELIT UMNO HARAMJADAH NI..?
 —

Syukur Alhamdulillah Ya Allah,atas segala nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami..

Di sebalik kejayaan yang mereka terima, ada kepahitan yang harus mereka tempuhi. Apa komen anda mengenai hal ini ?

Lebih 20 NGO anjur Himpunan Janji Bersih



WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Ogos 2012
Datuk A. Samad Said
Datuk A. Samad Said
KUALA LUMPUR - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.
"Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau pada sidang media yang diadakan di sini.
"Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulenan Hari Kemerdekaan.
"Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi.

Bekas pegawai kementerian bakal sertai Pas



NORSHIKIN MOHD SALLEH
9 Ogos 2012
Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Datuk Dr Mahfodz Mohamed
SENAI – Seorang bekas pegawai tinggi yang memegang jawatan dalam kementerian dijangka akan menyerahkan borang untuk menyertai Pas, Sabtu ini.
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed  mengesahkan perkara itu membabitkan pesara awam yang berasal dari Muar, mengikut jejak beberapa pegawai atasan kerajaan sebelum ini yang berlaku di negeri lain untuk menyertai Pas.
Beliau juga mendedahkan beberapa individu termasuk individu bergelar ‘Datuk’ bakal menjadi ahli Pas seumur hidup, dalam tempoh terdekat.
“Majlis pengistiharaan dan penyerahan borang pesara 57 tahun ini  dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu ini jam 9.30 malam di Kompleks Pas Kawasan Batu Pahat, Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat. Majlis ini bersempena sambutan Badar Qubra Peringkat Pas Negeri Johor.
“Lelaki ini yang telah dua tahun bersara datang ke rumah empat hari lalu, dan menyatakan hasrat untuk menjadi ahli Pas seumur hidup.
“Perkara ini merupakan khabar gembira sekaligus memberi impak kepada rakyat Johor keseluruhan dan penerimaan perjuangan Pas oleh mereka khususnya yang pernah berkhidmat dengan kerajaan,”katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Mohfodz berkata, terdapat dua, tiga calon ahli pas bakal menyertai parti itu selepas Aidilfitri termasuk seorang ahli perniagaan bergelar ‘datuk’.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit dan berkata alasan yang penyertaan mereka kerana yakin dengan perjuangan Pas.
Mahfodz juga tidak menolak kemungkinan bekas penjawat awam ini akan dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13.
 “Alasan mereka kerana cukup yakin dengan perjuangan Pas, kerana mereka ini sudah lama berkhidmat dalam kerajaan dan tahu banyak masalah dalam pentadbiran lalu memilih Pas.
“Mereka menyertai Pas bukan kerana mahukan jawatan kerana mereka sudah tidak bersara dan berkepentingan itu perkara seperti itu, sokongan terhadap Pas adalah memberi ikrar taat setia dan memperkukuhkan parti ini,” katanya.

PR tolak panel khas, mahu royalti dibayar segera

Logo Isu Royalti
Isu Royalti Minyak
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, tidak perlu sebaliknya bayaran perlu diberi secara terus kepada Kelantan dengan segera.

Menurutnya, kerajaan pusat perlu membayar secara tunai kepada Kelantan seperti yang dinikmati oleh Sabah dan Sarawak.

"Saya menuntut agar Najib tidak berdalih lagi berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan. Kelulusan bagi pembayaran royalti harus dipercepatkan tanpa melalui jawatankuasa khas," tegasnya.

Anwar mendesak Najib agar dapat mengembalikan semula hak Kelantan yang selama ini dinafikan oleh kerajaan pusat.

Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan masing-masing. Ia akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

insyaalah syurgalah untuk mu

Kenapa dolak-dalih dalam royalti - Ku Li ...



KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian dengan Menteri Besar Kelantan mengenai royalti Petroleum, Tengku Razaleigh Hamzah menempelak sikap pihak yang suka berdolak dalih dalam itu royalti minyak untuk Kelantan.

Dalam posting terbaru melalui Facebook beliau, anggota Parlimen Gua Musang itu mempersoalkan "Mengapa kita masih suka berdolak-dalik dalam perkara yang begitu jelas seperti yang termaktub dalam akta dan perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui?"

Beliau menghubungkan komen beliau itu dengan muka depan Akta 144 - Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang menyatakan dengan jelas kedudukan royalti minyak untuk Kelantan dan lain-lain negeri.

Tengku Razaleigh dipercayai mempertikaikan penubuhan Jawatankuasa untuk mengkaji pemberian bayaran tunai/royalti Petroleum yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Najib telah menghantar surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan meminta beliau menghantar nama wakil kerajaan negeri untuk menyertai jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tun Hamid Mohamad itu.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh dalam kenyataannya meminta kerajaan Pusat agar menyelesaikan isu pembayaran royalti ini menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, kata beliau, isu ini akan menyusahkan BN jika ia tidak diselesaikan sebelum itu.-HD

Ngeri! Penemuan Tubuh Manusia Dalam Perut Ikan Jerung




Sekumpulan 3 orang lelaki keluar pergi menangkap ikan di laut dalam. Hasilnya mereka berjaya menangkap seekor ikan jerung yang besar. Namun apa yang memeranjatkan mereka, jerung tersebut memuntahkan kaki manusia.

Ngeri! Penemuan Tubuh Manusia Dalam Perut Ikan Jerung | Seperti yang kita tahu, jerung merupakan spesis ikan pemangsa yang sangat bahaya. Spesis yang tinggal di lautan dalam ini mampu membunuh mangsa dalam sekelip mata sahaja. Satu kisah di mana Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan. Ikan itu ditangkap ketika beliau dan rakan-rakannya iaitu Keith Fergusan dan Stanley Bernard pergi menangkap ikan di laut pada suatu pagi Sabtu.

Namun telah terjadi sesuatu yang sangat mengerikan apabila ikan jerung itu memuntahkan sebelah kaki manusia! Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membelah perut ikan berkenaan bagi tujuan mencari jasad mayat yang mungkin masih berbaki di dalam tubuh ikan jerung tersebut kerana mereka percaya ikan jerung itu sudah membaham manusia. Mangsa ikan berkenaan sehingga sekarang tidak diketahui
.

sabah dah berubah

Banglo ADUN Ajil hangus




ORANG ramai melihat banglo Rosol yang sedang dijilat api dalam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan kediaman itu di Kampung Baru 23, Hulu Terengganu kelmarin.


HULU TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (gambar kecil) kerugian lebih RM100,000 apabila banglo miliknya hangus terbakar sebaik pulang daripada berbuka puasa dan bertarawih dalam kejadian di Kampung Baru 23 di sini kelmarin.
Kejadian pukul 10.15 malam itu mengakibatkan banglo satu tingkat yang mempunyai lima buah bilik itu musnah hampir keseluruhannya mengakibatkan semua barangan berharga terbakar.
Menurut Rosol, ketika kejadian, beliau dan semua ahli keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di rumah kakaknya di Kampung Baung yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.
Katanya, beliau hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya, Datin Halipah Ahmad yang tiba terlebih dulu di kediamannya itu.

saudara-saudara kita makan seadanya bahkan hampir ngga ada makanan...