| Harakahdaily, | 16 Jan 2012 |
SIK, 16 Jan: Tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa (gambar) menyeru ahli dan pimpinan PAS Kedah agar mencontohi Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak yang tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa mengutamakan keperluan-keperluan rakyat.“Saya pujilah Ustaz Azizan ni. Semua kita perlu ikut contoh macam Ustaz Azizan, cukup elok. Jangan hendak tamak itu dan ini. Dia tidak pentingkan diri tetapi sentiasa utamakan keperluan rakyat,” ujarnya berucap pada Multaqa Daie dan Aktivis Islam di Kompleks PAS Kawasan Sik, awal bulan ini.
Ujarnya, setiap pendokong PAS perlu mengenang segala nikmat diberikan Allah terutamanya nikmat kemenangan yang diperolehi hari ini.
Jelas beliau, bersyukur dengan nikmat kemenangan adalah memanfaatkannya untuk menuju ke jalan keredaan Allah.
“Dasar kita bukan cari benda. Allah jadikan kita untuk takwa, dengan takwa Dia akan berikan rezeki yang kita tidak sangka-sangka. Maka, mesti ikhlas dan ikhlas itulah pintu untuk mencapai matlamat,” terang beliau yang juga Mudir Madrasah ar-Rahmaniah.
Para pimpinan PAS juga tegurnya, perlu mengelak perasaan hasad dengki kerana orang yang memiliki sifat itu tidak layak menjadi pemimpin.
Serunya, ahli PAS mesti kekal teguh berpegang kepada tali Allah dan terus bekerja kerana tidak ada lagi golongan yang dapat diharap untuk menyeru kepada kebaikan melainkan PAS.
Tempelak beliau, Umno tidak boleh diharap untuk menjaga agama kerana agama pada diri pemimpin mereka sendiri dipertikaikan.
Oleh itu katanya, seluruh pendokong PAS perlu mempersiapkan diri dengan agama untuk menghadapi segala cabaran itu.
“Jangan kuat kerja politik sahaja, kena ambil faham sama ilmu-ilmu akidah. Hari ini dah celaru macam-macam. Maka kitalah nak kena ambil tanggung jawab ni,” ujarnya menyuntik semangat.
Multaqa bertemakan “Menghadapi Cabaran Ummah Dan Persiapan PRU13” itu dihadiri lebih 1,000 aktivis PAS Kedah dan diadakan sebagai kesinambungan Ijtimak Tarbawi PRU13 di Taman Melewar bulan lalu....Harakah cetak.
KEPALA BATAS, 16 Jan: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan harta peribadi diri dan keluarga serta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) agar rakyat tahu menilai jurang perbezaan antara rakyat dan pemimpin.
KUALA LUMPUR, 16 Jan:Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.
KUALA LUMPUR, 16 Jan — Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang hari ini menegaskan, tindakan kerajaan membekukan aset Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah satu tindakan sia-sia kecuali jika gaji bulanan keluarga Shahrizat dipotong kepada dua pertiga daripada RM215,000 kepada RM71,000.





Kali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.
Menurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.