Friday, August 29, 2014

Pancaroba

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 57 Malaya.

Kampung Ukraine dihujani mayat


King Jason's photo.
King Jason's photo.Kampung Ukraine dihujani mayat:
Satu letupan kuat kedengaran yang membuatkan bangunan bergegar. Sejurus kemudian, mayat jatuh dari langit dan menghujani kawasan kampung di Ukraine.
Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan kerajaan.
"Saya dengar bunyi lolongan dan kemudaian kesemuanya bergegar. Kemudian, objek jatuh bertaburan dari udara,” kata pesara berusia 65 tahun itu di hadapan rumanya.
"Kemudian saya dengar bunyi yang kuat dan dia jatuh di dapur, bumbung saya rosak,” katanya yang menunjukkan lubang besar yang terhasil apabila ditembusi oleh mayat tersebut.
Mayat wanita tidak berpakaian itu masih terdampar di dalam rumahnya, di sisi sebuah katil.
Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova, puluhan lagi mayat bergelimpangan di ladang gandum, tempat pesawat itu jatuh pada hari Khamis, membunuh kesemua 298 di dalam penerbangan tersebut.
Tipunova yang masih terkejut dengan peristiwa itu berkata: “Mayat itu masih berada di sini kerana mereka mahu saya tunggu pakar datang dan mengambilnya”.
Seorang lagi penduduk tempatan berusia 20-an yang enggan
dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.
"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh dari angkasa. Satu daripadanya jatuh ke kebun sayur saya,” katanya.
Bukan hanya mayat, ketulan logam, cebisan bagasi dan serpihan lain jatuh di kawasan pertanian di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia.
Bahagian hadapan pesawat itu jatuh di ladang bunga matahari kira-kira satu kilometer dari rumah Tipunova. Serpihan, mayat dan bahagian tubuh dilihat berserakan dalam lingkungan berbatu-batu di sekeliling kawasan itu.
Petugas penyelamat berkata mereka menemui kebanyakan mayat tesebut, yang kebanyakannya masih utuh. Sebahagian daripadanya ditemui bertindih antara satu sama lain namun yang lainnya terdampar di tempat ia jatuh.
Kawasan itu ditanda dengan batang kayu yang dipacak ke tanah dengan satu tanda kain putih.
Sebahagian dari mayat tersebut ditutup dengan helaian plastik yang agak lutsinar, dengan bucunya ditindih dengan tanah atau dengan batu. Sepasang kaki dapat dilihat terjulur keluar dari bawah helaian tersebut dengan sekuntum bunga teluki di atasnya.
Kebanyakan daripada yang mayat itu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, termasuk seorang budak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun terdampar di sisi kokpit, dengan tubuh mungilnya ditutup dengan helaian plastik.
- Reuters

Malam Kesedaran Palestin, Ipoh


Bulan Kemarahan Ummah terus dihangatkan dengan kehadiran masyarakat Ipoh ke Malam Kesedaran Palestin di Taman Tema Air Pancut, KTM, Ipoh pada 23 Ogos yang lalu.
Dianjurkan oleh Aman Palestin, ISMA, PEMBINA Cawangan .

Pancaroba

Live dari Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi. Jemaah melangkah masuk ke kawasan masjid sambil memijak bendera Israel.

#Weareallalqassam

www.ismaweb.net

Pancaroba

Pancaroba

Kempen Himpunan Solidariti Ummah di Masjid Abu Bakar Temerloh, selepas Solat Jumaat hari ini, dianjurkan oleh ISMA cawangan Temerloh.

#weareallalqassam

www.ismaweb.net

PRK DUN Pengkalan Kubor: Hari buang undi 25 September, penamaan calon 13 September

JUMAAT, 29 OGOS 2014 @ 11:16 AM

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan, Mohd Sobri Ramli (tengah) melihat peta selepas mengadakan sidang media di SPR, Putrajaya.
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 September depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 13 September sementara pengundian awal akan diadakan pada 21 September.

Pengumuman ketiga- tiga tarikh itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh dan persiapan PRK DUN Pengkalan Kubor di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Berdasarkan keputusan hari ini juga, tempoh berkempen selama 12 hari diperuntukkan.



Abdul Aziz berkata, kos keseluruhan bagi mengadakan PRK berkenaan adalah RM696,750, sementara 426 petugas akan dilantik.

Katanya, 24,039 pemilih layak mengundi pada PRK itu dengan 23,926 pengundi biasa, 109 pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara).

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Allahyarham Noor Zahidi adalah ADUN kawasan itu selama tiga penggal dan Ketua UMNO Bahagian Tumpat selama empat penggal.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PRK DUN Pengkalan Kubor adalah PRK ketujuh yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu.

Turut diadakan sebelum ini PRK DUN Kuala Besut (Terengganu), DUN Sungai Limau (Kedah), DUN Kajang (Selangor), DUN Balingian (Sarawak), PRK Parlimen Bukit Gelugor (Pulau Pinang) serta PRK Parlimen Teluk Intan di Perak.

BN dijangka menampilkan calon muda pada PRK kali ini, sementara pakatan pembangkang yang sebelum ini meletakkan calon dari PKR sejak dua penggal lalu masih berteka-teki berikutan PAS secara terbuka juga mahu kerusi itu dikembalikan kepada mereka.

Kerajaan sementara Libya berundur

JUMAAT, 29 OGOS 2014 @ 11:24 AM

 
BENGHAZI: Kerajaan sementara Libya, diketuai Perdana Menteri Abdullah al-Thani, semalam mengumumkan peletakan jawatan kepada parlimen yang dipilih berikutan pembentukan sebuah pentadbiran baharu.

Dalam kenyatannya, kerajaan Thani berkata ia berharap parlimen, yang disifatkan sebagai "satu-satunya pihak berkuasa sah di negara ini", akan menubuhkan kerajaan baharu yang mewakili semua rakyat Libya.

Kerajaan sementara itu juga mengecam tindakan pihak tertentu untuk mewujudkan kerajaan alternatif.

"Ia adalah tindakan yang melanggar kesahihan parlimen yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa," kata kenyataan itu. - AFP

PBB: Hampir 2,600 terbunuh dalam konflik di timur Ukraine

JUMAAT, 29 OGOS 2014 @ 4:44 PM
Sebuah sekolah musnah dalam bedilan di bandar Donetsk di timur Ukraine semalam.
 
KIEV: Konflik di timur Ukraine mengorbankan hampir 2,600 orang sejak pertengahan April, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan terbaharunya.

"Sekurang-kurangnya 2,593 orang terbunuh di Ukraine antara pertengahan April dan 27 Ogos 2014," kata laporan itu, yang turut menarik perhatian kepada pencabulan hak asasi manusia dan penderaan yang dilakukan oleh pergerakan bersenjata yang bertempur dengan tentera Ukraine. - AFP

Ramli, Alyah dah nikah di Batam



Ramli


PUCHONG - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam menyerbu kediaman Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara di sini bagi menyiasat status hubungan komposer terkenal itu dengan penyanyi Alyah selepas menerima aduan orang awam bahawa mereka sering dilihat berdua di rumah tersebut.
Ketika pemeriksaan dilakukan oleh sembilan pegawai penguat kuasa JAIS kira-kira pukul 7.50 pagi semalam, Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh, 52, dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, berada dalam banglo berkenaan.
Menurut sumber, hasil pemeriksaan mendapati, pasangan tersebut dipercayai telah berkahwin sejak lebih setahun lalu, namun mereka belum mendaftar pernikahan tersebut di negara ini.
"Pasangan itu dijangka memberi kenyataan serta bukti bahawa mereka telah bernikah dekat Batam, Indonesia pada tahun lalu bagi tujuan pendaftaran pernikahan yang belum dilakukan di negara ini," kata sumber itu ketika dihubungi.
Tinjauan Kosmo! di banglo berkenaan semalam mendapati, sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Mitsubishi dipercayai milik Alyah berada di hadapan rumah tersebut.

Alyah


Sementara itu, Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd. Saad dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Bahagian Penguat Kuasa jabatan itu telah menjalankan siasatan di rumah Ramli berhubung aduan orang awam yang curiga mengenai status hubungan mereka.
Katanya, pasangan itu dijangka menyerahkan dokumen asal pernikahan mereka di pejabat JAIS pada Selasa depan untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang serta hukum syarak.
"Siasatan di rumah Ramli berjalan lancar berikutan pihak yang terlibat memberi kerjasama yang baik kepada pegawai penguat kuasa agama yang menjalankan siasatan.
"Tiada sebarang rampasan dibuat di lokasi siasatan," kata Ahmad Zaharin.
Ramli yang merupakan warga Singapura sebelum ini tidak pernah mendedahkan mengenai status hubungan mereka apabila ditanya mengenai gosip perkahwinannya dengan Alyah.
Dalam pada itu, Alyah pula tidak banyak bercerita mengenai hubungan mereka tetapi meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada Ramli untuk sebarang penjelasan mengenai gosip perkahwinan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3BlryXDww 
Hakcipta terpelihara 

Khir Toyo migrain, rayuan hukuman penjaranya ditangguh



KHIR TOYO


PUTRAJAYA - Rayuan akhir bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo terhadap hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit di Mahkamah Persekutuan di sini semalam ditangguhkan setelah beliau gagal hadir berikutan menerima rawatan kerana migrain.
Keadaan kesihatan Mohamad Khir itu dimaklumkan peguamnya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang turut mengemukakan surat pengesahan rawatan kesihatan anak guamnya kepada panel lima hakim yang mendengar kes itu
Kandungan surat itu disahkan oleh doktor hospital pakar Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam yang menjelaskan, Mohamad Khir sedang menjalani rawatan sakit kepala berpunca daripada sakit tengkuk (cervical spondylosis) di bahagian kecemasan hospital itu sejak kelmarin.
"Saya diberitahu oleh isteri Mohamad Khir melalui panggilan telefon malam tadi, suaminya tidak dapat hadir prosiding hari ini (semalam) kerana migrain," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3BlrTX8Xy 
Hakcipta terpelihara 

Pancaroba

Mohd Majid's photo.

Pancaroba

Cucu Tok Abah's photo.

Kami benci Israel....

Himpunan Solidariti Ummah's photo.

Nilai sebenar kemenangan ini ialah pembebasan Al-Aqsa pada masa akan datang.

‎Jurucakap rasmi HAMAS, Abu Zuhri berkata:

Nilai sebenar kemenangan ini ialah pembebasan Al-Aqsa pada masa akan datang.

Sumber: Shehab News Agency 

#BulanKemarahanUmmah
#WeAreAllAlQassam
#GazaUnderAttack
#DedaunHancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تنتصر

Menderma ke Palestin bersama Aman Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO

Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html‎Jurucakap rasmi HAMAS, Abu Zuhri berkata:
Nilai sebenar kemenangan ini ialah pembebasan Al-Aqsa pada masa akan datang.
Sumber: Shehab News Agency

sampai hari ini nama buah ini tetap terpahat nama bangsa mereka .....

Mohdjamil Rahim's photo.

‪#‎merdeka‬ 57 - adakah sejarah berulang ?

#merdeka 57 - adakah sejarah berulang ?

Kalau ikut kajian ,pedangang india ada yg menjadi 'spy who love me ' yg menyebabkan kejatuhan melaka.
Mereka dikatakan memberitahu gudang stok simpanan makanan  melaka dan kekuatan sebenar tentera melaka kpd pihak musuh dan memberi secara terperinci kedudukan kota- kota  melaka.
selain itu pertahanan  darat  Melaka telah berbelah bg -kebykan mereka pengikut' Mundeliar ' yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah. 'mundeliar adalah saudagar india ' yg diberi jawatan sebagai syah bandar pelabuhan melaka yg dibantu nana katu yg kini dipanggil naimu dsbnya tapi jarang diceritakan asal usul nana@naimu@mamu ini.
Mereka ini juga dikatakan membuka pintu kota hinggakan askar2 Portugis yang mendarat seakan x percaya betapa mudah pintu2 ini dibuka dan mrk berlenggang kangkong hingga ke istana.
Manakala org2 melayu terasa dipinggirkan sultan....tapi nasi dah jadi nasi kandaq mamu.
Fakta2 ini didapati dari catatan2 askar portugal dan catatan2 ini masih disimpan di museum lisbon.Fakta ini telah dijournalkan.Sejarah tetap sejarah bkn utk menghina atau prejudice pd sesuatu bangsa.Tapi adakah ia akan berulang ? Pepatah melayu ada menyebut 'sediakan payung sebelum hujan'.
Ammar Faiz Mohd Afandi Mohammad Azraf Sidek Hazimin Bin Raja Mansor Wak Mpti‪#‎merdeka‬ 57 - adakah sejarah berulang ?
Kalau ikut kajian ,pedangang india ada yg menjadi 'spy who love me ' yg menyebabkan kejatuhan melaka.
Mereka dikatakan memberitahu gudang stok simpanan makanan melaka dan kekuatan sebenar tentera melaka kpd pihak musuh dan memberi secara terperinci kedudukan kota- kota melaka.
selain itu pertahanan darat Melaka telah berbelah bg -kebykan mereka pengikut' Mundeliar ' yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah. 'mundeliar adalah saudagar india ' yg diberi jawatan sebagai syah bandar pelabuhan melaka yg dibantu nana katu yg kini dipanggil naimu dsbnya tapi jarang diceritakan asal usul nana@naimu@mamu ini.
Mereka ini juga dikatakan membuka pintu kota hinggakan askar2 Portugis yang mendarat seakan x percaya betapa mudah pintu2 ini dibuka dan mrk berlenggang kangkong hingga ke istana.
Manakala org2 melayu terasa dipinggirkan sultan....tapi nasi dah jadi nasi kandaq mamu.
Fakta2 ini didapati dari catatan2 askar portugal dan catatan2 ini masih disimpan di museum lisbon.Fakta ini telah dijournalkan.Sejarah tetap sejarah bkn utk menghina atau prejudice pd sesuatu bangsa.Tapi adakah ia akan berulang ? Pepatah melayu ada menyebut 'sediakan payung sebelum hujan'.
Ammar Faiz Mohd Afandi Mohammad Azraf Sidek Hazimin Bin Raja Mansor Wak Mpti

Awas peragut!

Gegantung yang diletakkan di Kampung Gelugor bagi memberi amaran kepada peragut.
Gegantung yang diletakkan di Kampung Gelugor bagi memberi amaran kepada peragut.
GELUGOR - Awas peragut!! Kali ni kalau dapat, memang makan tak habis!

Itulah amaran yang diberikan penduduk Kampung Gelugor di sini berhubung kekerapan kejadian kes ragut yang berlaku di kawasan berkenaan.

Kain rentang amaran tersebut diletakkan berhampiran jalan masuk ke Kampung Gelugor.

Salah seorang penduduk, Zaharah S Jaafar, 62, berkata, usaha tersebut dilakukan bagi menakutkan peragut yang sebelum ini begitu berani ‘mengganggu’ ketenteraman penduduk kampung.

Menurutnya, terbaru jirannya turut diragut dua penunggang motosikal.

“Pada masa itu kalau diikutkan dari gelagat lelaki tersebut, mereka kelihatan berpakaian kemas dan bukannya nampak seperti selekeh.

“Kami juga ingatkan mereka mungkin kontraktor, tidak lama kemudian terdengar jiran kami menjerit-jerit, rupanya dia sudah meragut barang kemas,” katanya.

Disebabkan marah dengan peragut yang tidak berperikemanusiaan, penduduk mengambil inisiatif memasang gegantung sebagai tanda amaran.

Sementara itu, bagi Norzaini Shukor, 51, dia kini lebih berhati-hati sekiranya mengunjungi kedai runcit di lokasi sama.

Menurutnya, peragut datang pada waktu yang mungkin tidak dapat dijangka orang ramai.

“Jika mereka semakin bijak, kita juga kena bijak kerana modus operandi yang dilakukan berbeza-beza, jika barang kita sahaja yang diambil mungkin tidak mengapa.

“Tetapi sekiranya mungkin kehilangan nyawa atau kecederaan, itu lebih bahaya,” katanya.

Keputusan calonkan Wan Azizah MB Selangor muktamad

wan azizah
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau mahu semua pihak termasuk Pas menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

"Saya akan merayu kepada mereka (Pas) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama Pakatan Rakyat dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini hari ini.

Anwar mengakui isu calon Menteri Besar Selangor itu sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan pakatan pembangkang, tetapi beliau yakin ia boleh diatasi sekiranya mereka menghormati dan akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.

Beliau berkata keputusan mencalonkan isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga dibuat selepas mendapat nasihat perundangan.

Anwar berkata, soal memanggil semula satu lagi mesyuarat majlis juga tidak timbul sama sekali kerana semua pihak kini terikat dengan keputusan tersebut.

Berkenaan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin supaya pemimpin Pas, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata, PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu.

"Semua pihak terikat dengan keputusan 17 Ogos...di mana semua pemimpin tertinggi Pakatan telah hadir pada mesyuarat tersebut," tegas Anwar.

Pada Selasa lepas, Abdul Khalid mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, tetapi baginda menangguhkan menerima permohonan itu sehingga menteri besar baharu dipilih. - Bernama

PRK Pengkalan Kubor: Nama calon mula disebut

PRK Pengkalan Kubor: Nama calon mula disebut
KOTA BHARU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor kini menjadi fokus dan tumpuan utama selepas Adunnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu.

Siapa yang bakal dicalonkan untuk mengisi kekosongan tersebut? Itulah yang menjadi tanda tanya dan perbualan hangat ketika ini. Malah, belum pun PRK bermula, Pas dan PKR dilihat sudah saling 'berebut' untuk meletakkan calon masing-masing bertanding di Dun berkenaan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail adalah antara individu yang diwar-warkan untuk diangkat sebagai calon yang bakal membarisi pencalonan PKR Pengkalan Kubor.

Menurut sumber dalaman PKR Pusat, Saifuddin antara nama yang digembar-gemburkan, selain Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tumpat, Mohd Khairul Amin Ab Rahman kerana kedua-duanya dilihat mampu menggalas tugas berat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Noor Zahidi.

Menurutnya lagi, Pas mungkin akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk bertanding jika PKR menaikkan nama Saifuddin kerana beliau disegani oleh Pas, malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mungkin akan menyokong.

Sebelum ini, timbul viral di laman-laman sosial yang menggunakan ikon bekas Menteri Besar Kelantan itu, seolah-olah Pas hanya mahukan calonnya bertanding di situ tanpa penglibatan rakan komponen PR tersebut.

Walaupun Saifuddin bukan orang kawasan Dun Pengkalan Kubor, itu tidak menjadi isu kerana kemampuan dan kaliber yang dimilikinya boleh mengatasi pemimpin lain telah terbukti, malah tidak mustahil ia tiada soalan balas daripada Pas sendiri.

Namun itu bukan bermakna Umno dan BN akan berdiam diri.

Selama empat penggal di Dun Pengkalan Kubor, kerusi yang dijaga dan diberikan sepenuh kepercayaan tersebut tidak akan sewenang-wenangnya diserahkan kepada pihak pembangkang.

Antara nama yang menjadi buah mulut masyarakat setempat ketika ini ialah Datuk Wan Johani Wan Hussin, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketiga-tiga nama gah itu bukanlah calang-calang pemimpin, tambahan pula seiring dengan tiga lagi nama yang juga turut disebut-sebut termasuklah Ketua Pemuda Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin.

Malah, ia juga kini mula menjadi viral di blog peribadi dan laman-laman sosial sehinggakan ada sumber mengatakan ia benar-benar akan berlaku.

Dengan barisan yang menjadi bayangan calon BN itu, ia mungkin akan menggugat dan mencabar PR untuk masing-masing berlumba meletakkan calon yang lebih berkaliber dan diyakini mampu merampas Dun Pengkalan Kubor.

Namun tiada siapa yang boleh membuat ramalan awal. Semuanya terpulang kepada pengundi di kawasan Pengkalan Kubor sendiri yang akan menentukan siapakah pemimpin yang menjadi pilihan mereka untuk memastikan kawasan berkenaan terus terbela dan membangun pada masa akan datang.

Tindakan hanya calonkan Wan Azizah dibidas

kemelut politik
SHAH ALAM - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini membidas tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.

Presiden Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) Mazli Saring berkata tindakan kedua-dua parti itu jelas mencabar kedaulatan undang-undang negeri itu yang memberi kuasa kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memutuskan calon yang layak menjadi Menteri Besar.

"Parti-parti dalam Pakatan Rakyat harus sedar bahawa untuk dapatkan kuasa mereka perlu menghormati orang yang berkuasa (Sultan Selangor) tetapi mereka bersikap biadap kerana apa? kerana mereka bukan anak Selangor.

"Anwar Ibrahim (Datuk Seri), Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Saifuddin (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) dan Mohamed Azmin Ali bukan anak Selangor. Orang yang bukan anak Selangor inilah yang bersikap biadap kepada sultan kami," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mazli turut mengalu-alukan pihak terbabit supaya 'keluar' dari Selangor jika tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran di negeri itu dan mengingatkan pemimpin PKR dan DAP supaya tidak berterusan mencabar institusi diraja.

Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (Aras), Abdul Rahim Abdul Wahab berkata PKR dan DAP sepatutnya akur dengan titah baginda yang mahukan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata tindakan kedua-dua parti itu yang tetap bertegas mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar jelas menunjukkan mereka ingkar terhadap titah Sultan Selangor.

Penasihat undang-undang kepada Pasmeb dan Aras, Ahmad Jufliz Faiza pula berkata walaupun Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor menyatakan bahawa Sultan perlu mengikut pandangan sokongan majoriti Adun Selangor dalam pelantikan menteri besar, tetapi keputusan muktamad tentang siapa calon yang layak perlu mengikut budi bicara baginda yang mutlak.

"Sultan punyai kuasa untuk pilih sama ada menteri besar itu layak mentadbir Selangor dan situasi ini turut berlaku di negeri lain seperti Perak dan Kelantan. Konvensi perlu dihormati dan kalau ahli politik tidak hormati konvensi susahlah," katanya. - Bernama

Pas tidak endah rayuan Anwar

Pas tidak endah rayuan Anwar

SHAH ALAM – Pas tidak mengendahkan rayuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas parti itu akan mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

 Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu akur dengan titah Sultan Selangor yang mahukan pemimpin Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Sebagai pemimpin Islam dan Melayu, kita tidak mahu Pas dilabel sebagai tidak beradab (kepada tuanku),  dengan hanya menghantar satu nama. Seolah-olah kita memaksa sultan buat pilihan.

“Sebagai orang Melayu, perbuatan itu tidak manis. Lagipun tiada salahnya Pas menghantar tiga nama demi menjaga adab dengan tuanku Sultan Selangor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahan pula, katanya, kesediaan Pas mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Menurut Mustafa, bukan niat Pas ingkar permintaan Anwar yang mahu Pas menghormati keputusan Majlis Kepimpinan PR pada 17 Ogos, di mana setiap parti menghantar satu nama sebagai Menteri Besar Selangor.

“Setiap parti ada pandangan mereka sendiri dan ini pandangan Pas (berkenaan senarai nama calon menteri besar). Lagipun kita menghantar nama Adun PKR, bukannya Pas.

“Terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara baginda untuk buat pilihan. Pas tetap merasakan tidak salah menghantar lebih daripada satu nama kepada tuanku,” katanya.

Pas bagaimanapun difahamkan belum menghantar surat berkenaan nama Adun PKR kepada pihak istana, namun akan berbuat demikian sebelum 3 September ini.

“Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan...tunggulah nanti,” kata Mustafa ketika ditanyakan perkara itu.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad berkata, pihaknya tidak boleh memberi apa-apa komen mengenai nama calon kerana keputusan akan dibuat Pas Pusat.

“Saya tidak tahu nama siapa yang akan diberi setiausaha agung untuk calon menteri besar.

“Pas Pusat selepas ini akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan calon menteri besar, tetapi bila pengumuman itu dibuat, yang pasti sebelum 3 September.

“Pasal Wan Azizah pun saya tidak tahu, saya tidak boleh cakap apa-apa mengenai Azizah,” katanya.

Indonesia hisap rokok 21.9 juta kilometer setahun


Jakarta: Jumlah rokok dihisap penduduk Indonesia jika digabungkan boleh melampaui keluasan Pulau Jawa.

Ahli sosiologi Universiti Indonesia, Imam Prasodjo berkata sejumlah 244 juta batang rokok pada 2006 didarab dengan panjangnya 9 sentimeter, ia menghasilkan rantaian sejauh 21.9 juta kilometer.


“Yang menarik, jarak antara Jakarta dan Surabaya adalah 668 kilometer.

“Jumlah panjang rokok dihisap penduduk Indonesia selama setahun sama dengan perjalanan antara kedua-dua lokasi itu sebanyak 32.9 kali,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/29

Angelina Jolie, Brad Pitt berkahwin di Perancis


Brad Pitt (kiri) dan Angelina Jolie.
LOS ANGELES 28 Ogos - Pasangan pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt melangsungkan perkahwinan di Chateau Miraval, Perancis Sabtu lalu selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Majalah People melaporkan, majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung dalam satu acara sederhana selepas Jolie, 39, dan Pitt, 50, mengikat tali pertunangan pada 2012.
"Kami menunggu masa yang terbaik untuk melangsungkan majlis perkahwinan ini. Kami juga sering berbincang dengan anak-anak tentang rancangan ini.
"Mereka turut memberi pendapat tentang acara ini yang merupakan satu hari yang istimewa untuk keluarga kami," kata Jolie.
Aktres itu juga mengakui, Pitt adalah seorang teman yang baik dan sering memberi sokongan kepadanya.
"Kami telah mengharungi pelbagai dugaan, namun hubungan kami semakin rapat," katanya.
Pasangan yang mula bercinta selepas berlakon bersama dalam filem Mr and Mrs Smith pada 2005 itu, dikurniakan tiga orang anak iaitu Shiloh, 8; kembar Knox dan Vivienne, 6; selain tiga orang anak angkat iaitu Maddox, 13; Pax, 11; dan Zahara, 9.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140829/lu_10/Angelina-Jolie-Brad-Pitt-berkahwin-di-Perancis#ixzz3BjaaHgzE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Abhisit bebas dakwaan membunuh


BANGKOK 28 Ogos - Mahkamah jenayah Thailand hari ini menggugurkan tuduhan bunuh dan salah guna kuasa ke atas bekas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dan bekas timbalannya, Suthep Thaugsuban ekoran tindakan kekerasan 'berdarah' ke atas tunjuk perasaan pada 2010.
Mahkamah memutuskan bahawa, mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu kerana Abhisit dan Suthep merupakan penjawat awam pada ketika itu dan bertindak di bawah satu perintah darurat.
Menurutnya, satu-satunya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk mempertimbangkan dakwaan-dakwaan itu adalah Bahagian Jenayah Mahkamah Agung untuk pemegang jawatan politik.
"Oleh itu, mahkamah memutuskan untuk menggugurkan dua pertuduhan itu," kata hakim yang merujuk pertempuran jalanan antara penunjuk perasaan kumpulan Baju Merah dengan pasukan keselamatan yang melepaskan peluru hidup sehingga mengorbankan lebih 90 orang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140829/lu_06/Abhisit-bebas-dakwaan-membunuh#ixzz3BjZlDM8C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rusia didakwa bina pusat ketenteraan di Ukraine


Batalion sukarelawan tentera Ukraine, Azov menaiki sebuah kereta kebal ketika dalam perjalanan ke bandar Novoazovsk, wilayah Donetsk, Ukraine, baru-baru ini. - AFP
STAROBESHEVE, Ukraine 28 Ogos - Kumpulan pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine dilihat berjaya menawan kawasan yang dikuasai oleh tentera kerajaan, ketika pasukan perisik Barat mendakwa tentera Rusia membina pusat ketenteraan mereka di negara ini.
Kejayaan pemberontak menawan bandar Starobesheve itu dicapai selepas seminggu tentera kerajaan melakukan serangan ke atas benteng pertahanan mereka, sekali gus mendorong Kiev meminta bantuan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Seorang wartawan AFP berkata, kelibat tentera kerajaan tidak kelihatan di selatan bandar Donetsk, dengan sekatan jalan sepanjang 100 kilometer sehingga ke Laut Azov dikendalikan oleh pemberontak pro-Rusia.
Seorang komander sukarelawan memuat naik status di laman sosial Facebook mendakwa, tentera kerajaan kini sedang dikepung di hab pengangkutan Ilovaysk dan bantuan ketenteraan amat diperlukan.
Tentera Ukraine mengaku bahawa 'pemberontak dengan bantuan tentera Rusia' berjaya menawan Starobesheve, begitu juga kawasan perkampungan berhampiran Novoazovsk.
Ketua Batalion Donbass, Komander Semen Semenchenko dalam laman sosial Facebooknya mengecam tindakan kerajaan yang gagal menyalurkan bantuan kepada tentera yang terperangkap di Ilovaysk.
"Tentera kami dikepung oleh kumpulan pemberontak, kehabisan peluru dan tidak mampu memindahkan mereka yang cedera. Dua rejimen tentera udara Rusia sudah mendarat dengan kereta kebal memenuhi bandar ini," kata Semenchenko.
Keadaan yang semakin meruncing itu berlaku hanya selepas beberapa jam Presiden Ukraine, Petro Poroshenko bertemu rakan sejawatnya dari Rusia, Presiden Vladimir Putin dalam perbincangan yang gagal membuahkan sebarang hasil.
Semalam, kerajaan Ukraine mendakwa, batalion tentera Rusia sedang membina ibu pejabat tentera berhampiran Kampung Pobeda, kira-kira 50 kilometer di tenggara Donetsk. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140829/lu_05/Rusia-didakwa-bina-pusat-ketenteraan-di-Ukraine#ixzz3BjZa1kdk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tidak sesuai naikkan harga minyak - Susilo bantah kenaikan harga minyak


Susilo Bambang Yudhoyono (kiri) bertemu Jokowi di Nusa Dua, Bali, kelmarin. - AFP
JAKARTA 28 Ogos - Hasrat bakal Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi untuk segera menaikkan harga minyak sebagaimana satu daripada manifesto pilihan raya beliau terjejas selepas penyandang jawatan itu, Susilo Bambang Yudhoyono menentang langkah tersebut.
Menurut Susilo, langkah mengurangkan subsidi bahan bakar itu tidak sesuai dilaksanakan ketika ini walaupun kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira AS$20 bilion (RM 62.9 bilion setahun) untuk perkara tersebut.
Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan secara tertutup selama dua jam antara dua pemimpin berkenaan di pulau peranginan Bali, semalam selepas Susilo sebelum ini melaporkan beliau sedia membantu kerajaan pimpinan Jokowi.
"Malam tadi, saya secara khusus meminta (Susilo) supaya mengecilkan defisit bajet dengan menaikkan harga minyak.
"Beliau memaklumkan bahawa keadaan ketika ini tidak sesuai untuk kenaikan itu (harga minyak)," kata Jokowi sebagaimana dipetik agensi berita Antara.
Satu daripada agenda utama Jokowi sejurus dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 20 September ini adalah menangani subsidi bahan api yang menjejaskan bajet kerajaan dan mengancam keyakinan pelabur dengan meningkatkan lagi defisit akaun semasa.
Dua sumber yang mengetahui tentang perkara itu memberitahu Reuters bulan lalu bahawa Jokowi dan Susilo telah membincangkan langkah menaikkan harga minyak seawal bulan depan.
Kenaikan harga minyak merupakan satu isu sensitif yang mampu menimbulkan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap kerajaan pimpinan Jokowi, dalam tempoh beberapa minggu beliau memegang jawatan tersebut.
Sebarang kenaikan harga minyak bakal memberi kesan buruk kepada hampir 40 peratus rakyat Indonesia yang kebanyakannya hidup di bawah atau berhampiran paras kemiskinan dan menurut penasihat Jokowi, penduduk miskin yang terjejas bakal diberikan pampasan sewajarnya.
"Saya sedia untuk menjadi tidak popular, namun kami perlu tahu bahawa dengan mengurangkan subsidi, bajet itu boleh disalurkan kepada perniagaan yang produktif," kata Jokowi menambah, beliau mahu memindahkan perbelanjaan subsidi minyak kepada sektor seperti pendidikan, kesihatan dan pertanian. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140829/lu_04/Tidak-sesuai-naikkan-harga-minyak---Susilo-bantah-kenaikan-harga-minyak#ixzz3BjZLz4Sp
© Utusan Melayu (M) Bhd