Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, pihak terbabit seharusnya mendapatkan kebenaran polis dan bukan bertindak sebaliknya bagi membolehkan keselamatan orang awam terjamin, selain lalu lintas di ibu negara terkawal.
“Bincanglah dengan pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan tersebut. Kita masih belum menerima sebarang permohonan daripada mereka walaupun kenyataan berhubung perhimpunan itu telah dibuat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Tajudin, himpunan tersebut akan dibenarkan sekiranya tidak menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen. - UTUSAN ONLINE