Wednesday, December 24, 2014

Kit Siang Ugut Boikot Mesyuarat Pakatan Rakyat Jika PAS Teruskan Hudud


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 5:15 PM
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang.

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengugut akan memboikot mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat sekiranya PAS ingin meneruskan agenda untuk pelaksanaan hudud di Kelantan. 
"Jika mesyuarat tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mahu meneruskan cadangan pelaksanaan hudud, dan Jawatankuasa PAS pusat tidak mengambil tahu bila ia akan diadakan. Saya melihat tidak ada kepentingan untuk saya menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden pada masa akan datang, saya akan menyerahkannya kepada parti untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam entri terbaru yang dimuat naik di blognya pada Rabu. 
Lim berkata sekiranya PAS bersetuju untuk melaksanakan hudud pada sidang DUN tergempar pada 29 Disember ini, Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat 'tidak boleh membuat pusingan 'u'. 
Lim turut menyatakan sokongan terhadap kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang dilaporkan berkata "PAS seharusnya membincangkan pelaksanaan hudud dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden kerana hudud bukan polisi bersama yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat. 
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob telah menolak dakwaan bahawa sidang DUN tergempar negeri itu telah ditangguhkan ekoran masalah banjir yang semakin kritikal di negeri itu. 

"Kita akan tetap teruskan sidang DUN tergempar berkenaan kerana situasi banjir masih terkawal. Adalah tidak benar sidang DUN tergempar itu telah ditangguhkan," katanya.

Sidang DUN tergempar berkenaan akan membincangkan mengenai pindaan Kod Jenayah Syariah II 1993, jika diluluskan ia akan dimasukkan bersama dengan rang undang-undang yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat. 
Lim turut mempertikaikan tindakan PAS yang enggan membincangkan isu tersebut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden dan tindakan melaksanakan hudud di Kelantan menunjukkan parti itu telah memungkiri janji mereka untuk kekal melaksanakan kerangka kerja bersama yang dipersetujui sebelum ini. 
Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden yang diadakan pada 28 September 2011, memutuskan sebarang isu baharu mengenai hudud akan hanya menjadi sebahagian daripada polisi bersama Pakatan Rakyat sekiranya ia dipersetujui oleh semua ahlinya.

Beliau turut menegaskan pendirian DAP dalam isu pelaksanaan hudud dan Lim turut mempertikaikan bahawa tindakan PAS itu mungkin akan menyebabkan wujudnya kerajaan campuran di Kelantan dan peluang semakin tipis untuk mereka merampas kerajaan Pusat.

"Pemimpin DAP telah bersetuju untuk tidak menyokong pemimpin PAS dalam isu hudud kerana kami percaya kami juga dalam landasan yang sama menuntut keadilan, kebebasan, demokrasi, urus tadbir yang baik, bebas rasuah di negara Malaysia.

"Kami percaya kami adalah pemimpin politik yang jujur serta tidak akan menipu pengundi yang memilih calon Pakatan Rakyat dengan mengamalkan sikap kepura-puraan," katanya.

Pekerja Pangkalan Udara Mengaku MH17 Ditembak Jet Ukraine


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 12:11 PM

PETALING JAYA: Seorang pekerja pangkalan udara warga Ukraine mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 telah ditembak oleh jet pejuang Ukraine, lapor akhbar tabloid Rusia, Komsomolskaya Pravda.
Pekerja yang enggan dikenali itu mendakwa, sebuah jet pejuang Ukraine jenis Su-25(gambar contoh) yang membawa peluru berpandu telah keluar dari pangkalan udara pada hari kejadian sebelum pulang tanpa peluru berkenaan.

Berdasarkan temubual yang diterbitkan pada Selasa, juruterbang pesawat pejuang itu didakwa kelihatan takut selepas tersilap menembak penerbangan awam milik Malaysia.
Sumber itu juga didakwa terdengar juruterbang berkenaan berkata, "tersilap pesawat" dan "pesawat itu berada di lokasi salah pada waktu yang tidak sepatutnya."
Jelasnya, terdapat tiga pesawat pejuang Ukraine berlepas dari pangkalan udara itu pada 17 Julai untuk melakukan serangan mengejut sebelum sebuah daripadanya pulang dengan tanpa peluru.
Ia dikatakan bertentangan dengan kenyataan pihak berkuasa Ukraine yang mendakwa tiada operasi dibuat pada hari berkenaan.
Berikutan dakwaan terbaharu itu, pasukan siasatan Rusia mula mengumpul bukti daripada individu berkenaan untuk siasatan lanjut.

Bekas Presiden George H W Bush dibawa ke hospital

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS), George H W Bush dibawa ke Hospital Houston hari ini selepas mengadu sesak nafas. - Foto REUTERS
HOUSTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H W Bush dibawa ke Hospital Houston hari ini selepas mengadu sesak nafas.
Jurucakapnya, Jim McGrath dalam satu kenyataan berkata, Bush dihantar oleh ambulans ke Houston Methodist Hospital petang semalam waktu tempatan sebagai langkah berjaga-jaga.
McGrath berkata, pemimpin berusia 90 tahun itu kini dalam pemantauan dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di hospital berkenaan.
Bush sebelum ini pernah dirawat selama dua bulan di hospital sama dan dibenarkan keluar pada Januari 2013 selepas menjalani rawatan batuk kering dan kesihatan yang merosot.
Bush kebanyakan masa menggunakan kerusi roda termasuk ketika muncul menghadiri satu majlis pada November di A&M University, Texas dengan ditemani anaknya yang juga bekas Presiden, George W Bush.
Pada Jun lalu, Bush meraikan hari lahirnya yang ke-90 dengan melakukan terjunan payung terjun di kediaman musim panasnya di Maine. - AP

Interpol perlu kemuka bukti pada dunia


Razali Ibrahim
KUALA LUMPUR - Polis Antarabangsa (Interpol) digesa mengemukan bukti terlebih dahulu bahawa ulama terkenal Mesir, Dr Yusuf al- Qaradawi terlibat dengan aktiviti menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa seperti mana yang didakwa.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya pihak terbabit gagal mengemukakan bukti tersebut adalah perlu waran tangkap itu ditarik balik.
“Situasi yang sangat sedih apabila seorang tokoh Islam yang berpengaruh dan memberi pandangan yang baik diperlakukan begitu.
“Saya berharap Interpol kemuka bukti terlebih dahulu terhadap penglibatan beliau yang dikatakan berbahaya itu dan umumkan kepada dunia,” katanya semalam.

[ARTIKEL BERKAITANWaran Interpol penuh dengan dendam regim Al-Sisi]

Tindakan Interpol penganiayaan terhadap ulama


Othman Mustapha
Othman Mustapha
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berpandangan bahawa pengeluaran waran tangkap oleh Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap ulama tersohor Dr Yusuf al-Qaradawi tanpa asas yang kukuh sebagai penganiayaan terhadap ulama.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya sama sekali menolak sebarang usaha penindasan terhadap mana-mana individu dan umat Islam.
“Tindakan pihak tertentu yang cuba untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap al -Qaradawi tanpa asas dan siasatan merupakan satu penganiyaan terhadap ulama.
“Perkara itu bukan sahaja akan mengundang sensitiviti umat Islam malah dikhuatiri akan menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sehubungan itu, Jakim menggesa Interpol menarik semula notis merah yang telah dikeluarkan itu.
Othman berkata, al Qaradawi merupakan tokoh ulama kontemporari yang disegani dan dijadikan rujukan semasa bagi masyarakat Islam seluruh dunia.
Tambah beliau, tuduhan melabel tokoh ulama itu sebagai militan dan menyeru kepada keganasan adalah tidak berasas.
“Buktinya beliau (al - Qaradawi) telah menyatakan pendirian terhadap deklarasi kekhalifahan Islam oleh IS pada 5 Julai (2014) lalu adalah melanggar syariah malah setiap pandangan dan fatwa beliau mempunyai asas yang tidak boleh dipertikai.
“Semua pihak seharusnya mempertimbangkan ketokohan beliau sebagai tokoh ulama yang disegani dunia. Beliau bukan sahaja tokoh ilmuan malah memberi sumbangan yang cukup besar dalam perundangan Islam, penulisan dan kefatwaan yang bersifat kontemporari serta menjadi rujukan pengikut yang ramai,” katanya.
Malaysia juga pernah menobatkan al-Qaradawi sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada tahun 2009 sebagai pengiktirafan di atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat global.

Pemimpin Islam dituntut bersatu


Mohd Khairuddin Aman RazaliSHAH ALAM – Dewan Ulama Pas Pusat mengecam sekerasnya percubaan antarabangsa menimbulkan kekeliruan dunia terhadap ulama terkenal dunia, Dr Yusof al-Qaradawi dengan meletakkan beliau dalam senarai dikehendaki oleh polis antarabangsa (Interpol).
Ketua Penerangannya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, dalam masa yang sama Dewan Ulama menuntut Interpol segera membersihkan nama al-Qaradawi daripada senarai penjenayah yang dikehendaki.
“Begitu juga, umat Islam khususnya pemerintah Islam dituntut berganding bahu sepakat meluahkan mesej bantahan terhadap tuduhan berniat jahat lagi zalim ini serta mempertahankan al- Qaradawi dan membersihkan nama beliau daripada tohmahan liar ini.
“Al-Qaradawi merupakan antara tokoh ulama kontemporari yang ke depan memperjuangkan isu masyarakat antarabangsa.
Pandangan beliau didengari dan personaliti serta keilmuan beliau dipercayai oleh masyarakat Islam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, al-Qaradawi mempunyai pendirian politik yang jelas sejak dulu dalam isu-isu penjajahan bumi Palestin dan kezaliman Zionis serta penjajahan Amerika terhadap bumi Iraq.
“Begitu juga pendirian beliau yang menjadi ikutan dalam krisis kudeta terhadap kerajaan yang dipilih secara sah mengikut lunas demokrasi di Mesir, tragedi di bumi Syria dan lain-lainnya.

“Keadaan ini mendorong dan menekan musuh-musuh yang cemburu dan golongan yang zalim di kalangan pemerintah dunia berusaha merencanakan pelbagai rencana jahat terhadap beliau,” katanya.

Lelaki tua itu Chin Peng!


Inilah lukisan mural dikatakan mirip wajah Chin Peng yang menjadi kontroversi.
Inilah lukisan mural dikatakan mirip wajah Chin Peng yang menjadi kontroversi.
IPOH - Di sebalik keindahan lukisan mural di sekitar Bandaraya Ipoh terdapat satu lukisan yang nyata mengundang kontroversi apabila ia mirip wajah Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Tiada siapa yang menyangka gambar yang menunjukkan seorang lelaki tua sedang memegang cawan di Jalan Tun Sambanthan, di sini, berhampiran Padang Ipoh itu seakan-akan individu yang diharamkan ke negara ini.

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh seorang warga Ipoh, Mior Azman Mior Aris, 46, yang sudah lama meneliti gambar berkenaan  sejak ia dilukis pada Jun lalu oleh seorang pelukis mural terkenal.

Menurutnya, jika dilihat sekali imbas memang tidak perasan tentang individu yang dilukis memandangkan Chin Peng tidak dikenali ramai dari segi paras rupanya.

“Saya bersama beberapa rakan yang lain duduk semeja berbincang mengenai wajah individu terbabit. Apabila kita membuat pencarian internet gambar Chin Peng dan banding dengan lukisan itu, memang sama.

“Ini satu tamparan hebat kepada kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membenarkan lukisan itu dilukis. Dalam sibuk kita membantah dan menghalang abu mayatnya (Chin Peng) di bawa ke negara ini, dengan selamba wajahnya dijadikan mural,” katanya.

Mior Azman berkata, perkara ini serius kerana ia dilihat cubaan pihak tertentu untuk menyebarkan elemen subversif menggunakan seni mural.

Tambahnya, perkara seumpama itu harus menjadi iktibar kepada semua pihak khususnya PBT supaya lebih peka dalam menerima sesuatu projek seni bagi mengelak agenda tertentu dibawa melaluinya.

“Kita mahu orang ramai buka mata terhadap agenda pihak tertentu yang cuba membawa masuk ideologi tertentu secara halus.

“Orang ramai hanya nampak ia sebagai lukisan yang cantik, tetapi maksud tersirat di sebaliknya kita tak tahu,” katanya lagi.


Ramai tidak perasan

Sementara itu, seorang warga Ipoh, Rozamir Zulkifli, 42, berkata, jika sekali imbas, gambar yang terpampang di bangunan tersebut memang mirip Chin Peng, tetapi tidak serupa.

Menurutnya, lukisan ini subjektif untuk ditafsir kerana pelukis melukis melalui hati, bagaimanapun jika ia disuruh melukis gambar tersebut, motifnya perlu disiasat.

“Jika gambar itu serupa, kita perlu siasat perkara tersebut. Dalam hal ini, kita juga perlu tahu tujuan lukisan dibuat sama ada mengindahkan bangunan atau menarik perhatian pelancong dan sebagainya.

“Jika sebabnya lain atau terdapat maksud tersurat dan tersirat, ia perlu tindakan segera dari pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Seorang lagi warga Ipoh, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi, 39, mengharapkan tindakan dan siasatan dari pihak berkenaan sekiranya gambar tersebut adalah Chin Peng.

Abdul Salim berkata, jika benar ini mungkin satu cara halus pihak tertentu untuk meracuni fikiran anak muda yang tidak tahu sejarah sebenar gambar berkenaan.

“Cadangan saya supaya pihak kerajaan negeri menganjurkan pertandingan lukisan mural wajah tokoh-tokoh Melayu supaya golongan muda kenal dengan tokoh yang pernah berbakti kepada tanah air kita.

“Cara ini lebih baik dari menuduh atau memarahi pihak berkenaan. Pihak berkuasa juga perlu memberi lebih perhatian kepada mereka yang bergerak secara sembunyi dan berharap perkara ini tidak berulang lagi,” katanya.

Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, siasatan perlu dibuat untuk memastikan gambar siapa yang terpampang di bangunan tersebut.

Mohd Salleh berkata, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati keputusan kerajaan dan menolak apa sahaja agenda untuk memasukkan Chin Peng atas kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Pihak yang bertanggungjawab juga diminta untuk memberi penjelasan kerana memberi kebenaran lukisan tersebut terpampang di situ dan boleh menyebabkan salah sangka di kalangan rakyat apabila perkara yang tidak boleh, dibolehkan.

“Selain pihak berkaitan, pemilik bangunan juga perlu disiasat untuk memastikan semuanya jelas dan tidak timbul kekeliruan,” katanya.

Yang Dipertua Ikram Perak, Yahanis Yahya pula berpendapat, mural seumpama pimpinan PKM ini amat sensitif dan boleh menaikkan sentimen beberapa pihak.

Menurut beliau, kesemua pihak diharap menjaga keharmonian negara dengan bertanggungjawab malah dalam kes ini pihak berkuasa tempatan  perlu memberi penjelasan.

“Kajilah sejarah secara objektif supaya penilaian dibuat dengan fakta bagi meningkatkan intelektual dan Malaysia boleh menuju ke negara Rahmah,” katanya.


MBI nafi mural Chin Peng

Sementara itu, sumber dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberitahu pihaknya telah maklum dengan perkara itu.

Menurut beliau, isu berkenaan sebenarnya sudah pun selesai dan pihak MBI menafikan individu dalam lukisan mural berkenaan adalah Chin Peng.

Malah katanya, satu mesyuarat jawatankuasa sudah pun dibuat bagi membincangkan isu itu sebelum ini.

“Kita faham akan sensitiviti masyarakat walaupun kita nyatakan bahawa lukisan itu bukanlah Chin Peng. Kita akan berbincang dengan pelukis dan pihak berkaitan untuk menukar gambar yang lain.

“Apa-apa pun saya akan rujuk kepada Datuk Bandar dahulu sebelum maklum balas lanjut diberikan mengenai isu ini,” katanya.

Di Pekan Lama Ipoh, terdapat  tujuh lukisan mural berinspirasikan kopi yang dihasilkan pelukis terkemuka, Ernest Zacherevic di bawah projek Art of Oldtown.

Setiap lukisan ditempatkan di tujuh lokasi berbeza seperti di Jalan Panglima, Market Street, Jalan Bijeh Timah, Concubine Lane 3, Jalan tun Sambanthan dan Jalan Padang yang memaparkan mural seperti ‘Kopi-O’, ‘kapal terbang kertas’, ‘beca’, ‘evolusi’ dan ‘pakcik tua bersama kopi putih’.

Tiada sebab al-Qaradawi dikehendaki


Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi
Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi
SHAH ALAM - Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju dengan tindakan Polis Antarabangsa (Interpol) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap ulama terkemuka dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi selepas didesak kerajaan Mesir.
Menurutnya, tiada ‘hitam dan putih’ yang mengatakan tokoh ulama tersebut terlibat di dalam kegiatan jenayah seperti yang didakwa kerajaan Mesir.
“Walaupun ada ketika saya tidak bersetuju dengan pendapat beliau (al-Qaradawi), tetapi, tidak semestinya saya bersetuju dengan tindakan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, kelmarin.
Beliau meminta supaya kerajaan Mesir dan juga Interpol mengemukakan bukti kukuh sebelum mengeluarkan Notis Merah kepada al-Qaradawi.
“Sekiranya kita nak dakwa atau nak senarai hitam seseorang, kita perlu kemukakan bukti kukuh. Ini adalah undang-undang. “Sama seperti kes ini. Kalau mahu tangkap beliau, kedua-dua pihak perlu tunjukkan bukti dahulu,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan perlu memberikan pendirian mengenai isu ini namun bukan dalam keadaan terburu-buru walaupun pernah menganugerahkan al-Qaradawi sebagai tokoh Maal Hijrah pada tahun 2009

Pensyarah seksologi jadi sami

Beijing: Seorang pensyarah seksologi hangat diperkatakan di Internet selepas memilih menjadi penganut Buddha dan menjadi sami di Sichuan, minggu lalu.
Pilihan Peng Lulu, 30, mencetuskan polemik dengan ada yang mengucapkan selamat, namun ramai juga yang meragui pilihannya itu. Tidak kurang juga menggesa supaya masyarakat lebih terbuka menerima pengkaji seksologi.
Bekas mentor Lulu, Peng Xiaohui - pakar seksologi paling aktif di China - menulis surat sepanjang 3,000 perkataan menyatakan sokongan terhadap anak didiknya itu.
“Lulu antara pelajar terbaik dan paling disukai saya sepanjang 20 tahun mengajar,” katanya.
Tindakan Lulu menjadi penganut Buddha bukan kerana melarikan diri dari masalah hidup atau realiti, sebaliknya “mahu mendapat pemahaman lebih mendalam mengenai alam semesta.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 5:05 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18639#sthash.1cj6wYhm.dpuf