Sunday, September 14, 2014

MH17: Belanda hantar pakar


Gambar bertarikh 17 Julai 2014 menunjukkan seorang pegawai berada di lokasi kemalangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Grabovo dalam wilayah Donetsk, Ukraine. Kerajaan Belanda semalam mengambil keputusan untuk menghantar lebih ramai pakar ke Ukraine bagi mengukuhkan lagi misi pemulihan dan penghantaran balik mayat mangsa nahas pesawat MAS MH17. - REUTERS
THE HAGUE 13 Sept. - Kerajaan Belanda semalam mengambil keputusan untuk menghantar lebih ramai pakar ke Ukraine bagi mengukuhkan lagi misi pemulihan dan penghantaran balik mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Agensi berita Xinhua memetik Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte sebagai berkata, pakar berkenaan akan tiba di Kharkiv, bandar berhampiran dengan tapak nahas bagi membolehkan mereka menyertai antara 10 dan 15 orang pakar yang sudah pun berada di kawasan tragedi.
"Kami akan melakukan apa yang terdaya untuk pergi ke kawasan nahas MH17 bagi membolehkan kerja-kerja yang terhenti atas faktor keselamatan disambung semula.
"Dengan kehadiran lebih ramai pakar, kami akan lebih bersedia untuk menjalankan siasatan jika diberi kesempatan," jelasnya.
Rutte turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu memberi sebarang harapan palsu bahawa pihaknya akan berada di kawasan nahas.
"Tidak ada sebarang jaminan akses untuk ke tapak kejadian. Tapi tanpa ragu-ragu kami boleh melakukan kerja dengan baik jika berada di tapak nahas," ujarnya.
Menurutnya, situasi keselamatan di kawasan nahas begitu'rapuh' dan boleh mengundang pelbagai kemungkinan.
Dalam kejadian pada 17 Julai lalu, sebuah pesawat komersial syarikat penerbangan Malaysia MAS, MH17 jatuh terhempas di selatan Ukraine dipercayai terkena bedilan peluru berpandu menyebabkan kesemua 289 orang di dalamnya terkorban.
Dua per tiga daripada penumpang pesawat berkenaan merupakan rakyat Belanda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140914/lu_01/MH17-Belanda-hantar-pakar#ixzz3DIT39Glq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pancaroba

Pandangan ulama' tidak sebagaimana yang dipandang oleh pandangan mata kasar kita semua, Allah jadikan mereka memandang dengan mata hati yang jernih dengan cahaya agama.. ia cukup bernilai dalam kehidupan kita semua..

Debat bukan budaya kita?.. Najib bohong rupanya, Ahli MT UMNO sahkan!



DULU... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.

Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.

KINI.. Ahli UMNO khususnya sayap Pemuda dan Puteri perlu kembali membudayakan amalan berdebat dan berpidato bagi memastikan kelangsungan serta penerimaan parti itu dalam kalangan masyarakat generasi muda.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, amalan sedemikian adalah senjata utama yang dimiliki pemimpin UMNO terdahulu dalam perjuangan menentang Malayan Union dan gerakan kemerdekaan negara.

Katanya, budaya tersebut dilihat semakin berkurangan dalam kalangan ahli UMNO sebaliknya diambil kesempatan oleh pemimpin pembangkang dalam usaha mereka menarik sokongan pengundi.

"Pemimpin pembangkang dilihat lebih ke hadapan dalam membudayakan amalan berdebat serta berpidato dan hasilnya terlihat melalui sokongan diterima mereka.

"Seharusnya budaya itu dikembalikan dan menjadi amalan lazim dalam kalangan pemimpin serta ahli UMNO dalam melahirkan lebih banyak idea, cadangan dan pandangan bernas untuk masyarakat negara ini," katanya lapor Utusan

SELAMANYA... Macai diperbodohkan sampai mati...
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/09/debat-bukan-budaya-kita-najib-bohong.html

Putin mahu kembalikan Kesatuan Soviet - PM Ukraine

KIEV: Matlamat Presiden Russia, Vladimir Putin adalah untuk memusnahkan Ukraine sebagai negara berdaulat dan mengembalikan Kesatuan Soviet, kata Perdana Menteri Ukraine, Arseny Yatseniuk.
Bercakap pada satu persidangan di Kiev yang dihadiri penggubal undang-undang dan usahawan Eropah dan Ukraine, Yatseniuk juga mengalu-alukan sekatan baharu ekonomi yang dikenakan terhadap Russia oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat dan berkata tindakan itu menjadi ancaman besar kepada ekonomi Russia.
"Kita masih pada peringkat peperangan dan pelaku utama ialah Persekutuan Russia...Putin mahu satu lagi konflik (di timur Ukraine). Matlamat beliau ialah menakluk keseluruhan Ukraine...Russia adalah ancaman kepada kestabilan global dan keselamatan seluruh Eropah," katanya.

Konvoi bantuan Russia masuk wilayah Ukraine

MOSCOW: Sebanyak 35 kenderaan dalam konvoi bantuan kedua Russia yang menghala ke wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine sudah menyeberangi sempadan, menurut laporan agensi berita Russia.
"Kastam dan pengawal sempadan Russia sudah selesai memproses kumpulan pertama trak berkenaan... Kini semua 35 trak sudah meninggalkan pintu sempadan menuju ke Ukraine," kata jurucakap pejabat kastam bahagian selatan, Rayan Farukshin, kepada agensi berita RIA Novosti. - AFP

Putin mahu hapuskan Ukraine

Tentera Ukraine meningkatkan kawalan di timur negara itu. - Foto AFP
Tentera Ukraine meningkatkan kawalan di timur negara itu. - Foto AFP
KIEV - UKRAINE. Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk kelmarin menuduh Presiden Rusia, Vladimir Putin mahu menghapuskan Ukraine sebagai sebuah negara merdeka walaupun perjanjian gencatan senjata dikuatkuasakan.

Yatsenyuk berkata, tuduhan itu berdasarkan provokasi dilakukan Rusia sejak lima bulan lalu di Donetsk dan Lugansk, timur Ukraine.

"Matlamat beliau adalah untuk mengambil keseluruhan Ukraine, dia mahu menghapuskan Ukraine sebagai sebuah negara merdeka dan berhasrat memasukkan negara ini ke dalam Persekutuan Rusia.

Beliau juga menyifatkan gencatan senjata ditandatangani 5 September lalu hanya sebagai langkah awal untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di timur negara itu.

"Perjanjian dua hala dengan Rusia bukan jalan terbaik. Idea menggesa Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah memainkan peranan dalam rundingan damai ini tidak menjamin kedaulatan dan kemerdekaan Ukraine.

“Satu-satunya orang yang tidak stabil adalah Putin. Kami berada dalam keadaan perang dan penyerang utamanya adalah Persekutuan Rusia," katanya, laporan dipetik dari AFP.

Rusia berdepan sekatan ekonomi baharu

Larangan yang dikenakan Rusia didakwa bakal memberi kesan sebanyak 10 peratus kepada eksport makanan EU.
Larangan yang dikenakan Rusia didakwa bakal memberi kesan sebanyak 10 peratus kepada eksport makanan EU.
BRUSSELS - BELGIUM. Kesatuan Eropah (EU) tetap mengenakan sekatan baharu ke atas Rusia yang berkuatkuasa, semalam walaupun Moscow mengancam untuk bertindak balas terhadap 'hukuman' tersebut.

Sekatan ekonomi itu menyasarkan firma minyak utama, sektor industri pertahanan serta perbankan negara terbabit.

Menurut jurnal rasmi EU, seramai 24 individu turut disenaraihitamkan dan kesemua aset mereka dibekukan di bawah langkah kontroversi tersebut.

Keputusan itu dibuat 28 negara anggota EU, kelmarin selepas meneliti beberapa perkara walaupun kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia telah menandatangani perjanjian gencatan senjata, minggu lalu.

Sejurus sekatan baharu itu dikuatkuasakan, nilai mata wang Rusia dilaporkan mencecah rekod paling rendah 37.72 berbanding dolar.

Bulan lalu, Rusia mengenakan larangan import produk makanan dari Amerika Syarikat dan EU sebagai respons terhadap sekatan yang dikenakan negara Barat ke atas mereka, laporan dipetik dari AFP.

Rakyat Malaysia terjemah khutbah Jumaat di Mekah

Kota Makkah

MAKKAH - ARAB SAUDI. Setiap Jumaat, jemaah Asia Tenggara yang memahami Bahasa Melayu pasti mendengar suara rakyat Malaysia Mohamad Nurul Hafiz menterjemah khutbah secara kata demi kata ke dalam bahasa itu di Masjidilharam di sini.

Terjemahan khutbah oleh Mohamad Nurul, 30, pelajar sarjana Dakwah di Universiti Umm Al Qura, disiarkan dengan frekuensi FM dan boleh didengar di kawasan berhampiran pintu Raja Fahd menerusi peranti audio dan fon kepala yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata khutbah yang diterjemahkannya boleh diikuti jemaah dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darrusalam, Singapura, Thailand dan Filipina.

Mohamad Nurul, yang memulakan tanggungjawabnya sebagai penterjemah khutbah Masjidilharam sejak 7 Jun lepas, berkata beliau amat terharu apabila dipilih untuk mengendalikan penterjemahan khutbah dalam bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu.

"Ini satu penghargaan kepada saya kerana (pihak Masjidilharam) membuka mimbar masjid kepada orang Malaysia untuk menterjemahkan khutbah secara langsung dalam bahasa Melayu," katanya kepada media Malaysia di sini Khamis.

Sehingga kini, beliau telah menterjemah secara langsung 14 khutbah termasuk khutbah Aidilfitri di Masjidilharam.

Mohamad Nurul berkata pentadbiran Masjidilharam memulakan program menterjemah khutbah Jumaat ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Peranchis dan Urdu pada Mac lepas berdasarkan jumlah jemaah paling ramai dalam keempat-empat bahasa itu.

Ditanya mengenai perasaannya ketika diberikan tanggungjawab menterjemah khutbah Jumaat pertamanya, beliau berkata: "Saya merasa terharu dan takut juga kerana ia tanggungjawab yang amat besar."

Menurutnya cabaran besar yang dihadapinya adalah semasa menterjemah khutbah Aidilfitri baru-baru ini kerana teksnya panjang iaitu 25 muka surat selain Khatib dan Imam Masjidilharam membaca khutbah itu dengan cepat.

Anak kelahiran Besut, Terengganu dan bapa kepada tiga anak itu berada di Makkah sejak 11 tahun lepas untuk mengikuti pengajian bahasa Arab di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang Al-Quran dan Hadis.

Mohamad Nurul berkata rakan universitinya yang juga dari Terengganu, Mohd Aswandi Ali yang merupakan penterjemah khutbah ke Bahasa Melayu di Masjidilharam, mencadangkan beliau  memohon tugasan itu dengan masjid berkenaan apabila Mohd Aswandi perlu pulang bercuti ke Malaysia.

Katanya, beliau perlu melalui temuduga untuk jawatan itu sebelum diterima bertugas sebagai penterjemah Bahasa Melayu secara kontrak dengan Masjidilharam.

Beliau berharap dapat diserapkan ke jawatan itu sebagai penterjemah sepenuh masa. - Bernama

Kerajaan tanggung kerugian berpuluh juta



KOS elaun yang perlu dibayar kerajaan untuk 51,438 pengawas peperiksaan UPSR di seluruh negara lebih RM3 juta sehari.


KUALA LUMPUR - Kerajaan terpaksa menanggung kos berpuluh juta ringgit untuk mengadakan semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sains di seluruh negara.
Sumber memberitahu, kos itu meliputi kos kertas, logistik, elaun pengawas peperiksaan dan pelbagai kos lain yang diperlukan bagi melicinkan urusan peperiksaan.
Berdasarkan kiraan Kosmo! kos elaun yang perlu dibayar kerajaan kepada 51,438 pengawas peperiksaan UPSR 2014 sahaja sudah melebihi RM3 juta sehari.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3DG9hq4iz 
Hakcipta terpelihara 

Mat Razi ditentang dua calon



MAT RAZI (kiri) bersama Wan Rosdi (tengah) dan Izat Bukhary mengangkat tangan selepas diumumkan sebagai calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat semalam.


TUMPAT – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail; calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pegawai Pengurus PRK DUN Pengkalan Kubor, Mohd. Sobri Ramli mengumumkan senarai calon tersebut selepas proses penamaan calon di bilik gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat ditutup pukul 10 pagi semalam.
Terdahulu, Mohd. Sobri mengumumkan, Wan Rosdi menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi diikuti Mat Razi (pukul 9.06 pagi) dan Izat Bukhary (pukul 9.13 pagi).
Proses penamaan calon tersebut berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai rombongan mengiringi calon BN, Mat Razi ke pusat penamaan calon.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3DG9UOHUL 
Hakcipta terpelihara 

Malaysia tubuh Kedutaan Besar di Azerbaijan


BAKU (Azerbaijan) 13 Sept. - Penubuhan Kedutaan Besar Malaysia di
Azerbaijan, di sini akan mempertingkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi yang akan menguntungkan rakyat
Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan melihat usaha itu adalah satu peluang
terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan dengan sektor awam dan
swasta di negara ini, di samping membina hubungan baharu antara
rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.
Berucap merasmikan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini semalam,
Najib mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Azerbaijan kerana
bantuan dan kerjasama dalam usaha mewujudkan kedutaan Malaysia di
sini.
Kedutaan yang memulakan operasinya pada April lalu terletak di
bangunan tiga tingkat di Jeyhun Hajibeyli, Dalan 2, Ev. 1, Narimanov, di
sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_11/Malaysia-tubuh-Kedutaan-Besar-di-Azerbaijan#ixzz3DG4Ssvyq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Arab Saudi laksana pelan keselamatan haji


JEDDAH 13 Sept. - Menteri Dalam Negeri dan Ketua Majlis Tertinggi Haji, Putera Mohammed bin Naif telah meluluskan pelan kecemasan dan keselamatan yang akan dilaksanakan semasa musim haji ini.
Laman web arabnews.com memetik Pengarah Pertahanan Awam, Mejar Jeneral Suleiman bin Abdullah Al-Amro sebagai berkata, kelulusan tersebut adalah lanjutan daripada usaha Menteri Dalam Negeri yang membuat susulan ke atas semua perkara berkaitan dengan keselamatan jemaah haji.Pelan keselamatan itu akan menjadi pelengkap kepada usaha Pertahanan Awam untuk menjalankan tugas-tugasnya dalam menghadapi sebarang ancaman ketika musim haji ini.Menurut Suleiman, rancangan itu bagi menampung keperluan ketika kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan di Mekah dan Madinah termasuk pembesaran ruang bawah masjid Masjidilharam di Mekah.Katanya, pelan itu disediakan berdasarkan pengalaman musim haji sebelum ini.Beliau mengesahkan pasukan Pertahanan Awam kini sudah bersedia sepenuhnya untuk menjalankan tugas mereka tahun ini seperti yang dirancang dan turut bersedia menghadapi sebarang ancaman dan kecemasan.Beliau berkata, rancangan itu juga mengambil kira pelaksanaan semua langkah perlu dan mencegah sebarang ancaman melalui penyediaan kelengkapan perlu dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta.Sehingga kini terdapat 450 pusat Pertahanan Awam di seluruh Mekah, Madinah dan semua tempat-tempat suci, yang semuanya dilengkapi dengan peralatan keselamatan, ambulans, bomba dan peralatan penyelamat air.Selain itu, unit khas Pertahanan Awam juga bersedia menangani bahan-bahan berbahaya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140914/lu_02/Arab-Saudi-laksana-pelan-keselamatan-haji#ixzz3DG2htScm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MH17: Belanda hantar pakar

Gambar bertarikh 17 Julai 2014 menunjukkan seorang pegawai berada di lokasi kemalangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Grabovo dalam wilayah Donetsk, Ukraine. Kerajaan Belanda semalam mengambil keputusan untuk menghantar lebih ramai pakar ke Ukraine bagi mengukuhkan lagi misi pemulihan dan penghantaran balik mayat mangsa nahas pesawat MAS MH17. - REUTERS
THE HAGUE 13 Sept. - Kerajaan Belanda semalam mengambil keputusan untuk menghantar lebih ramai pakar ke Ukraine bagi mengukuhkan lagi misi pemulihan dan penghantaran balik mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Agensi berita Xinhua memetik Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte sebagai berkata, pakar berkenaan akan tiba di Kharkiv, bandar berhampiran dengan tapak nahas bagi membolehkan mereka menyertai antara 10 dan 15 orang pakar yang sudah pun berada di kawasan tragedi.
"Kami akan melakukan apa yang terdaya untuk pergi ke kawasan nahas MH17 bagi membolehkan kerja-kerja yang terhenti atas faktor keselamatan disambung semula.
"Dengan kehadiran lebih ramai pakar, kami akan lebih bersedia untuk menjalankan siasatan jika diberi kesempatan," jelasnya.
Rutte turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu memberi sebarang harapan palsu bahawa pihaknya akan berada di kawasan nahas.
"Tidak ada sebarang jaminan akses untuk ke tapak kejadian. Tapi tanpa ragu-ragu kami boleh melakukan kerja dengan baik jika berada di tapak nahas," ujarnya.
Menurutnya, situasi keselamatan di kawasan nahas begitu'rapuh' dan boleh mengundang pelbagai kemungkinan.
Dalam kejadian pada 17 Julai lalu, sebuah pesawat komersial syarikat penerbangan Malaysia MAS, MH17 jatuh terhempas di selatan Ukraine dipercayai terkena bedilan peluru berpandu menyebabkan kesemua 289 orang di dalamnya terkorban.
Dua per tiga daripada penumpang pesawat berkenaan merupakan rakyat Belanda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140914/lu_01/MH17-Belanda-hantar-pakar#ixzz3DG2Sxwkn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rusia hantar 200 trak bantuan kemanusiaan ke Ukraine


LUHANSK 14 Sept. - Satu konvoi membabitkan lebih 200 trak melintasi sempadan Rusia bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke sebuah bandar bergolak di Ukraine semalam tanpa kebenaran daripada Kiev.
Bantuan kemanusiaan itu juga tiba ketika pertempuran tercetus semula antara kumpulan pemberontak pro-Rusia dan tentera kerajaan.
Dalam pada itu, satu laporan memaklumkan operasi tentera di timur Ukraine berjaya menangkis serangan kumpulan pemberontak pro-Rusia di sebuah lapangan terbang di Donetsk yang menjadi medan pertempuran antara kedua-dua pihak sejak kelmarin.
Pihak berkuasa Ukraine turut mengakui pertempuran itu merupakan yang pertama kali berlaku sejak persetujuan gencatan senjata bermula minggu lalu yang menjejaskan kumpulan pemberontak. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140914/lu_09/Rusia-hantar-200-trak-bantuan-kemanusiaan-ke-Ukraine#ixzz3DG1YySO7
© Utusan Melayu (M) Bhd