Saturday, May 15, 2010

pilihanraya lagi


Gobalakrishnan mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen

PULAU PINANG 14 Mei - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan (gambar) mungkin hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila didenda RM3,000 setelah disabitkan atas kesalahan menghalang anggota polis menjalankan tugas kira-kira lapan tahun lalu.
Mahkamah Majistret di sini hari ini turut memerintahkan Gobalakrishnan, 50, yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.
Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 pula, jawatan seseorang Ahli Parlimen akan terlucut sekiranya mahkamah menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman itu.
Majistret Ainol Bashirah Dona Don Biyajid menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Beliau membuat keputusan tersebut selepas selesai mendengar penggulungan hujah di akhir kes pembelaan.
Gobalakrishnan dituduh dengan sengaja menghalang penjawat awam, Cif Inspektor V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20 tengah malam, 29 Januari 2002.
Beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong PKR daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Georgetown.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
Gobalakrishnan diwakili oleh Peguam R.S.N Rayer manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.
Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Rayer meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan memandangkan anak guamnya merupakan seorang Ahli Parlimen dan dikenali ramai.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan, tertuduh telah pun mempunyai kes yang hampir serupa, maka adalah wajar hukuman setimpal dikenakan terhadapnya sekali gus dijadikan pengajaran supaya kejadian sama tidak berulang lagi.
Sementara itu, pemimpin parti pembangkang tersebut ditahan seketika di lokap mahkamah setelah beliau tidak dapat membayar denda apabila kaunter bayaran telah ditutup pada pukul 12.15 tengah hari.
Beliau bagaimanapun dilepaskan selepas membayar denda tersebut sebaik sahaja kaunter berkenaan dibuka semula pada pukul 2.45 petang.
Gobalakrishnan yang ditemui pemberita selepas pembayaran tersebut berkata, beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan itu dalam masa terdekat.
Pada masa sama, beliau menegaskan dirinya masih seorang wakil rakyat dan tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen Padang Serai yang dimenanginya pada pilihan raya umum, Mac 2008.
''Saya tidak akan letakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen sehinggalah semua proses perundangan selesai,'' katanya.

penjahat bantu penjahat


Obama sokong biaya RM697 juta sistem pertahanan roket Israel

WASHINGTON 14 Mei - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Kongres meluluskan peruntukan AS$205 juta (RM697 juta) untuk membantu Israel mempercepatkan penempatan sistem pertahanan roket di kawasan sempadannya.
Sistem 'Kubah Besi' Israel bertujuan untuk meminta roket yang dilancarkan dari Genting Gaza dan Lebanon.
Walaupun sistem pertahanan peluru berpandu dan roket itu akan mengambil masa beberapa tahun sebelum beroperasi sepenuhnya di sepanjang dua sempadan tersebut, ia dijangka ditempatkan di beberapa lokasi awal pada tahun ini.
Pentadbiran Obama memutuskan untuk membantu membiayai sistem pertahanan Israel itu selepas kagum dengan keberkesanannya dan mendapati bantuan dana daripada Washington sekarang akan membolehkannya ditempatkan lebih cepat, kata seorang pegawai kanan pentadbiran.
Permintaan White House itu akan dihantar secara rasmi kepada Kongres dalam beberapa hari lagi, sebagai tambahan kepada permohonan bajet pentadbiran bagi tahun fiskal 2011 yang bermula pada Oktober ini.
Israel belum mempunyai sistem pertahanan untuk menangkis serangan beribu-ribu roket yang dilancarkan ke kawasan sempadannya di selatan dan utara oleh pejuang Palestin di Genting Gaza dan gerila Hizbullah di Lebanon.
Tentera Israel mempercepatkan permintaannya bagi mendapatkan sistem pertahanan berikutan perang negara itu dengan Hizbullah pada 2006 apabila utara Israel dihujani 4,000 roket jarak dekat Katyusha.
Sistem Kubah Besi itu menggunakan kamera dan radar untuk menjejaki roket dan menembaknya jatuh dalam masa beberapa saat selepas ia dilancarkan.
"AS dan sekutu kami, Israel menghadapi banyak cabaran keselamatan yang sama, termasuk memerangi keganasan dan menangani ancaman daripada program nuklear Iran.
"Presiden mengakui ancaman yang dihadapi oleh rakyat Israel daripada peluru berpandu dan roket yang dilancarkan oleh Hamas dan Hizbullah," kata jurucakap White House, Tommy Vietor. - AP

Baik sungguh kerajaan UMNO bila nak pilihanraya

RM1.12j untuk enam projek

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/05/15

SIBU: Konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan berjaya dibuktikan sekali lagi apabila Kerajaan Pusat bersetuju menyalurkan peruntukan sejumlah RM1.12 juta bagi membangunkan enam projek di Sarawak khususnya di Sibu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang dalam lawatan ke Sibu selama dua hari bermula kelmarin mengumumkan kerajaan begitu komited membantu menyalurkan bantuan kepada projek berkenaan termasuk pembinaan sekolah agama di daerah ini.
Beliau berkata, daripada jumlah peruntukan itu, sejumlah RM500,000 akan disalurkan bagi tujuan membina blok tambahan Sekolah Agama Lembaga Kebajikan Islam Sibu.

“Di samping itu, kerajaan meluluskan RM300,000 untuk membina tadika di Kampung Datu Baru selain menaik taraf Masjid Al-Kadim berjumlah RM200,000,” katanya.

Daripada agihan peruntukan itu, Kerajaan Pusat turut bersetuju memberikan bantuan berjumlah RM80,000 bagi pembinaan jalan pintas bersimen dari Kampung Surau Jannah selain peruntukan pada jumlah sama diberikan untuk aktiviti tahun Pertubuhan Kebajikan Islam Cawangan Sibu.

Beliau berkata, kerajaan turut bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sejumlah RM40,000 bagi kerja pembinaan pagar surau Darul Ukhwah Taman Kenari.

“Kerajaan begitu komited untuk menyalurkan bantuan kepada umat Islam di seluruh negara kerana ada antara mereka masih ketinggalan daripada aspek pendidikan, ekonomi serta sosial jika dibandingkan kaum lain yang lama maju.

“Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai kadar pertumbuhan ekonomi negara mencecah 10.1 peratus adalah satu khabar baik kepada semua pihak namun umat Islam jangan leka kerana banyak lagi perkara yang harus dilakukan.

“Penerokaan dalam bidang-bidang baru berkaitan pembangunan ekonomi, pendidikan dan bidang keselamatan perlu diberi perhatian jika umat Islam mahu dilihat setanding kaum lain di negara ini,” katanya ketika menyampaikan Bantuan Sekolah dan Masjid Sibu, di sini, semalam.

Turut menerima sumbangan berjumlah RM365,000 ialah lapan sekolah sekitar kawasan Sibu. Terdahulu, Muhyiddin bersama hampir 1,000 penduduk Islam sekitar Sibu menunaikan solat Jumaat di Masjid An-Nur sambil ditemani Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg.

Histeria lepas nampak hantu




SEKUMPULAN pelajar SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor masuk ke dalam surau untuk program keagamaan bagi menbendung kejadian histeria semalam.GAMBAR KECIL: SMK Syeikh Abdul Ghani telah dibelenggu masalah histeria sejak dua bulan lalu sehingga menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terjejas.


BIDOR - Kelibat yang didakwa hantu serta kanak-kanak berkepala besar dikatakan punca sekumpulan 40 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syeikh Abdul Ghani diserang histeria semalam.
Ada antara pelajar itu yang kebanyakannya menuntut di tingkatan dua hingga lima bertindak agresif, menangis, melolong, memaki hamun dan melawan semasa cuba ditenangkan oleh pelajar dan guru sekolah berkenaan.
Menurut sumber, sekolah itu sudah dilanda kejadian histeria hampir setiap hari sejak dua bulan lalu.
Namun semalam, gangguan yang berlaku dari pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi itu telah memaksa pengurusan sekolah menamatkan sesi persekolahan lebih awal iaitu pada kira-kira 12 tengah hari.

Tangga kedudukan universiti kita didunia jatuh no. 42


UM ke-42 terbaik Asia

KUALA LUMPUR - Ranking institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan secara umumnya memperlihatkan peningkatan berdasarkan hasil kajian yang diumumkan QS Asian Universiti Ranking (AUR) tahun 2010.
Walaupun Universiti Malaya (UM) merosot kedudukan ke tempat ke-42 daripada tempat ke-39 tahun lalui, kedudukan lima IPTA tempatan lain masih bertahan atau bertambah baik.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berada di tangga ke-58, berbanding 65 pada tahun lepas dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang memegang taraf universiti Apex mengekalkan kedudukannya pada tangga ke-69, sama seperti tahun lalu.

Dikhuatiri ada muslihat


Wanita bukan Islam mohon jadi peguam syarie


VICTORIA


KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang bukan beragama Islam semalam memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira agamanya.
Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama.
Victoria, 48, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu. Tarikh bagi pendengaran belum ditetapkan.

Tanda- tanda gula nak naik


Pelanggan kempunan minuman 'O'


BEKAS gula kosong di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu ketika tinjauan semalam.


KUALA TERENGGANU - Orang ramai khususnya pengguna di sini kini berdepan kesukaran untuk merasai kenikmatan minuman 'O' di restoran-restoran atau gerai makan.
Semuanya bermula sejak dua hari lalu apabila bekalan gula di negeri ini berada pada paras kritikal sehingga memaksa peniaga menyediakan minuman bersusu tanpa gula.
Tinjauan semalam mendapati sesetengah kedai menampal notis pemberitahuan memaklumkan kepada pelanggan bahawa minuman 'O' sama ada teh atau kopi tidak dapat disediakan.
Seorang peniaga makanan memberitahu, disebabkan terputus bekalan gula, pelanggan yang mahu minum teh, hanya boleh memesan teh bersusu atau kopi bersusu sahaja dan tiada lagi minuman 'O'.
Sementara itu, seorang pelanggan, Ishak Mohamad, 30 berkata, dia yang membawa keluarganya untuk makan di sebuah warung di sini terkejut kerana pemilik kedai tidak menyediakan minuman 'O'.

Naik kapal terbang cepat dan selamat ini naik motor buang masa dan membahayakan diri


Ekspedisi ke tanah suci berlepas


ABDUL RAUF (kanan) melepaskan peserta Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 di Hentian Rehat dan Rawat, Sungai Buloh semalam.


KUALA LUMPUR - "Doakan kami selamat pergi dan pulang serta berjaya dalam misi ini."
Itu harapan 15 peserta Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 kepada seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kejayaan mereka menjelajah dunia untuk menunaikan umrah.
Ekspedisi anjuran Israq Adventure itu turut disertai pengarah urusan syarikat itu, Azman Baharuddin dan pengarah ekspedisi, Nahrawi Marzoki.
Majlis pelepasan disempurnakan oleh penaung ekspedisi yang juga Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh arah utara di sini semalam.
Azman ketika ditemui mengharapkan doa dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia agar dapat menjadi pembakar semangat kepada semua peserta.
Sementara itu, Nahrawi berkata, kesemua peserta akan melalui perjalanan yang mencabar terutama di sempadan Laos ke Kunming, China.