Wednesday, September 19, 2012

Iran cadang pemerhati serantau di Syria

Iran cadang pemerhati serantau di Syria
Tiga daripada empat menteri luar yang bertemu untuk pertama kali bagi sesi dialog berhubung konflik di Syria yang diadakan di Kaherah, Mesir, kelmarin
Iran cadang pemerhati serantau di Syria
Salehi - Foto AP
TEHERAN - Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi menyuarakan cadangan beliau kepada Arab Saudi, Turki dan Mesir untuk menghantar pemerhati serantau ke Syria sebagai usaha untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak di negara itu, menurut laporan media, semalam.

Agensi berita IRNA melaporkan cadangan tersebut dikemukakan semasa mesyuarat peringkat tertinggi disertai menteri-menteri luar mewakili empat negara di rantau Arab yang diadakan di Kaherah pada Isnin lalu.

Menurut Salehi, pemantau dari keempat-empat negara itu boleh menjadi pemerhati kepada proses untuk menghentikan keganasan di Syria selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menamatkan misi mereka pada bulan lalu.

Difahamkan, misi pemerhati itu dihentikan susulan daripada kegagalan pelaksanaan gencatan senjata di negara bergolak terbabit.

Beliau juga mencadangkan rundingan damai diadakan untuk membantu proses pembaharuan asas dan pendekatan demokratik di negara sekutu kuat Iran itu.

Sehingga kini, Iran tetap menegaskan pendirian mereka untuk menyokong pemerintahan rejim Presiden Bashar al-Assad walaupun tiga negara dalam kumpulan hubungan itu menggesa pemimpin tersebut berundur demi keamanan di Syria.

Sebelum ini, Iran juga didakwa hampir mencetuskan sengketa selepas negara itu dengan lantang menuduh Turki dan Arab Saudi membekalkan kemudahan tentera kepada kumpulan pemberontak di Syria. - AP

ANTARA SEBAB UTAMA MENGAPA PARLIMEN MASIH BELUM DIBUBARKAN LAGI OLEH NAJIB RAZAK!!!!!



Inilah mungkin antara satu sebab utama mengapa Parlimen masih belum berani Najib Razak bubarkan bagi memberi laluan PRU 13 diadakan.

Manakan tidak. Orang kaum Tionghua tidak lagi takut kepada PAS.

Sudah semacam trend terkini, semakin PAS difitnah dan diburukkan semakin ramai bukan Melayu terutamanya kaum Tionghua rapat dan dakap perjuangan PAS.

Ini kawasan luar bandar, dimana fobia kaum Tionghua dulu kala terhadap PAS cukup tinggi dan hebat.

Kawasan bandar kaum Tionghua menyokong PAS tidak menghairankan.

Kalau kawasan luar bandar dan separa bandar kaum Tionghua dah sokong PAS, alamatnya UMNO pada PRU 13 nanti, Insya Allah bakal menjadi parti pembangkang!!!!

INILAH HASILNYA APABILA KAUM TIONGHUA TELAH MELIHAT SENDIRI PENTABIRAN DINEGERI KELANTAN DIBAWAH PEMERINTAHAN PAS/PR YANG DIKETUAI TGNA SEBAGAI PENDOMAN UNTUK DINILAI.

PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA.....



Kerajaan Arab Saudi memohon maaf kerana telah menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia untuk menambah kuota haji mereka tahun ini... ianya berikutan projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut hari ini.

Selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin Umno yang kononya Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan INGIN MENGURANGKAN kuota haji tapi kenyataan hari ini membuktikan tiada kouta dikurangkan cuma cuma kouta tambahan jer yang tak diberi bukan saje yang di mohon oleh Malaysia tetapi 40 negara.

40 negara tu tak terlibat dengan bersih 3.0 pun....Kihkihkih...Dulu, Kini Dan Selamnya PEMBOHONG....Kalau tak menipu bukan AMENO namanya...

[BONGKAR] Skandal Noh Omar.. Memiliki Kekayaan Luar Biasa Bhgn 1



Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'...

Oleh Warga MOA

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.

KEKAYAAN LUAR BIASA NOH OMAR

Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah. Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya. Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.

Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.

Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.

Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar. Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian. Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!

Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.

Menteri sekor nie memang banyak masalah, jenis syaitan yang Mahathir dok kata, Kalau jadi MB Selangor mengalahkan Mike Tyson dan Khir Toyo. -kedah.kini

Ulasan GB

Dah terbarai dah. Hanya baru semalam GB ulas mengenai Noh Omar yang GB kira berpura-pura mengamuik di dalam isu burung walit

Seorang tahanan Palestin tenat



RAMALLAH 18 Sept. - Seorang daripada tiga rakyat Palestin yang ditahan di Israel dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana kekurangan gula dalam darah selepas melancarkan mogok lapar sejak beberapa minggu lalu.
Saluran televisyen al-Jazeera dalam laporannya memetik jurucakap Kelab Tahanan Palestin di sini, Amani Sarahna sebagai berkata, Samer Barq (gambar) yang menggesa mereka dibebaskan daripada tahanan, ditempatkan di pusat perubatan Assaf Harofeh, tengah Israel, malam tadi.
''Dia enggan minum atau makan,'' katanya yang memetik doktor di sana sebagai berkata.
Samer memulakan mogok lapar pada 15 April lalu bersama kira-kira 2,000 tahanan Palestin lain yang mendesak keadaan lebih baik dalam penjara termasuk menamatkan tindakan penahanan ke atas mereka atas arahan politik dan tahanan individu.
Menurut wakil badan bukan kerajaan Palestin yang membantu tahanan di penjara Israel dan Palestin, Addameer, Samer menamatkan mogok laparnya pada 14 Mei lalu tetapi menyambung semula tindakan itu pada 21 Mei lalu selepas Israel mengeluarkan arahan baru tindakan penahanan atas arahan politik.
Jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman berkata, Samer dipindahkan dari penjara ke hospital awam, kelmarin tetapi beliau tidak dibenarkan memberi maklumat mengenai keadaannya.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa minggu lalu berkata, Samer bersama Hassan Safadi dan Ayman Sharawneh kini hampir mati akibat mogok lapar.
Kira-kira 200 rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan dekat Ramallah hari ini menuntut mereka dibebaskan. - AGENSI/AFP

Filipina, MILF capai persetujuan



Pasukan polis Filipina menjalani latihan menangani penjenayah dan pengganas di ibu pejabat polis di Manila, kelmarin. MILF telah mengarahkan lebih 12,000 anggotanya mematuhi gencatan senjata dengan kerajaan dan jangan menyerang kemudahan AS di Filipina. - AFP
MANILA 18 Sept. - Kerajaan Filipina dan kumpulan pemberontak Islam dilaporkan telah merangka satu perjanjian awal untuk menamatkan pemberontakan yang berlarutan lebih dua dekad di wilayah selatan negara ini.
Perunding kerajaan, Marvic Leonen berkata, draf perjanjian awal antara kerajaan dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan didedahkan kepada umum, sebelum ia ditandatangani dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Bagaimanapun, MILF menegaskan pemberontakan di Mindanao tidak akan berakhir sehingga perjanjian damai yang dipersetujui kedua-dua pihak ditandatangani.
Perunding MILF, Mohagher Iqbal berkata, perjanjian awal berkenaan akan merangkumi persetujuan dalam beberapa isu penting termasuk had kuasa, lokasi dan kawasan yang dipersetujui kerajaan untuk melaksanakan pentadbiran Islam.
Katanya, satu suruhanjaya peralihan akan ditubuhkan selepas perjanjian itu ditandatangani untuk melaksanakan persetujuan awal berkenaan yang diharapkan akan membawa kepada perjanjian akhir dalam tempoh seawal tiga tahun akan datang.
"Perjanjian ini juga akan menamatkan pemberontakan yang telah berlanjutan sejak 27 tahun lalu, namun keganasan di wilayah ini tidak akan tamat dengan serta-merta disebabkan terdapat kumpulan bersenjata lain di sini," katanya.
Penasihat Presiden, Teresita Deles berkata, wakil rundingan turut mengupah pakar perundangan dan masyarakat setempat yang terlibat untuk membincangkan mengenai draf perjanjian itu. - AGENSI

Pakistan buka kes penyelewengan Presiden



ISLAMABAD 18 Sept. - Perdana Menteri Pakistan, Raja Pervaiz Ashraf hari ini memaklumkan kepada Mahkamah Agung bahawa kerajaan akan mematuhi arahan mahkamah untuk membuka semula kes penyelewengan melibatkan Presiden, Asif Ali Zardari, sekali gus menamatkan konflik politik di negara ini yang menyaksikan perdana menteri sebelum ini dipecat.
Tindakan itu mengejutkan penduduk Pakistan selepas kerajaan enggan memenuhi perintah mahkamah sejak beberapa bulan lalu untuk menulis surat kepada pihak berkuasa Switzerland meminta mereka membuka semula kes tersebut.
Ashraf berkata, beliau mengarahkan surat itu dihantar demi kepentingan negara, rakyat dan integriti Pakistan. - AGENSI

Thailand dedah hasil siasatan



BANGKOK 18 Sept. - Suruhanjaya Kebenaran bagi Perdamaian (TRC), semalam secara rasminya menyiarkan keputusan penyiasatannya selama dua tahun berhubung tunjuk perasaan anti-kerajaan yang berlaku pada 2010.
Bangkok Post melaporkan, siasatan tersebut memutuskan bahawa kedua-dua pihak iaitu kumpulan baju merah dan tentera bertanggungjawab ke atas keganasan yang berlaku semasa tunjuk perasaan itu sehingga menyebabkan 92 orang terbunuh.
Pengerusi jawatankuasa kecil penyiasatan TRC, Somchai Homla juga mendedahkan peranan dalang di sebalik kejadian berdarah itu, dengan mengesahkan kaitan mereka dengan pemimpin baju merah, Mejar Jeneral Khattiya Sawatdiphol, yang dikenali sebagai Seh Daeng dan pengawal keselamatan penunjuk perasaan.
"Siasatan ini boleh dianggap paling boleh dipercayai berhubung kejadian yang berlaku, walaupun sebenarnya lebih banyak fakta boleh ditemui seandainya kuasa suruhanjaya tidak dihadkan," katanya pada sidang media di sini.
Laporan setebal 400 muka surat itu didedahkan bagi melengkapkan siasatan selama dua tahun TRC, yang mana pengerusinya dilantik oleh bekas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva.
Sidang media tersebut dihadiri beberapa duta termasuk dari Australia dan Switzerland, serta diplomat asing, anggota pertubuhan hak asasi serta anggota kumpulan baju merah dan baju kuning.
Somchai berkata, penyiasatan itu turut memutuskan bahawa keganasan tersebut tercetus kesan daripada beberapa siri konflik yang berlaku sejak pemerintahan Thaksin Shinawatra, rampasan kuasa pada 2006 dan protes anti-kerajaan di Pattaya dan Din Daeng ketika Pesta Songkran pada 2009. - AGENSI

Rakyat Syria tidak boleh tunai haji musim ini



DAMSYIK 18 Sept. - Rakyat Syria tidak boleh menunaikan haji tahun ini ekoran hubungan tegang antara Damsyik dan Riyadh ekoran konflik di negara ini.
Agensi berita rasmi SANA melaporkan Syria melaksanakan semua prosedur perlu yang ditetapkan Arab Saudi untuk musim haji yang dijadual bermula pada bulan depan.
Bagaimanapun, ia menyatakan pihak berkuasa Arab Saudi tidak menerima maklumat terperinci yang disediakan pada waktunya.
Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan.
Hubungan Syria-Arab Saudi tegang apabila Damsyik menuduh Riyadh membantu pemberontak untuk menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad. - AGENSI

Filem hina Islam: Pemilik kemudahan TV dakwa ditipu



WASHINGTON 19 Sept. - Seorang aktivis Kristian Koptik Amerika Syarikat (AS), pemilik kemudahan televisyen di California yang digunakan dalam pembuatan filem anti-Islam berkata, dia ditipu penerbit mengenai kandungan filem berkenaan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman blog aktivis anti-Islam AS, Joseph Nassralla, pengasas kumpulan Media for Christ yang beribu pejabat di Duarte, California berkata, dia menjadi mangsa `salah maklumat dan cubaan memburuk-burukkan’ dan penerbit itu telah mengubah kandungan filem tanpa pengetahuannya.
Nassralla berkata, dia dihubungi Nakoula Basseley Nakoula tahun lalu yang disifatkan sebagai penerbit filem itu dengan rancangan menghasilkan filem mengenai penindasan penganut Kristian di Mesir. - REUTERS

Saat kehancuran mereka semakin hampir

Kakak kepada Basyar Asad, Busyra Asad dilaporkan telah melarikan diri bersama-sama anak-anaknya ke Dubai. 

Busyra Asad juga merupakan isteri kepada Timbalan Angkatan Bersenjata Rejim Syria, Asif Syawkat yang telah mati terbunuh di tangan mujahidin baru-baru ini.

Tindakan Busyra yang dilihat terdesak tersebut adalah ekoran berlaku krisis yang teruk di dalam tampuk kepimpinan rejim Basyar setelah mana semakin hari semakin ramai pemimpin tertinggi mereka berpaling tadah dan melarikan diri.

Saat kehancuran mereka semakin hampir. Insya-Allah.
 

Pemimpin mereka banyak yang rasuah dan tidak mahir mengendalikan negeri dan negara.



Pemimpin mereka banyak yang rasuah dan tidak mahir mengendalikan negeri dan negara. Dasar2 mereka menyebelahi orang kaya. Para penyokong mereka pula sudah banyak yang tidak berkualiti. Hanya orang yang tidak mampu berlawan dengan hujjah akan hilang pertimbangan dan menyerang pihak lawan. Marilah kita bertarung dengan memikirkan soal maruah, seruan atau duty dan negara. Semua kita mahukan yang terbaik untuk negara bukan parti kita.

Saya mengajak mereka- marilah kita mempersembahkan kepada rakyat dan pengundi hujjah2 kita dan apa yang kita boleh berikan kepada mereka. Janganlah kita lupa bahawa kita memasarkan kepada rakyat, produk dan perkhidmatan politik. Apa dia? Produk dan barangan politik termasuklah, pemimpin, pimpinan, dasar2 dan wawasan dan jenis penyokong apa yang kita tawarkan!!

Meh bantu saya banci sat!! kita tengok adakah ramai UMNO /PR yg sokong pemberian IC kepada pendatang asing tu baik untuk negara ker macammana?

Dah cakap.. desak buat siasatan.. at last Dr Mahatir sound jangan siasat.. buktinya mmg wujud skandal beri ic kpd jutaan warga asing nih...

Dari mana sumber kononnya umno bagi DURIAN RUNTUH? korang tahu x dari mana sumbernya? nak tau dan faham..



Dari mana sumber kononnya umno bagi DURIAN RUNTUH? korang tahu x dari mana sumbernya? 

nak tau dan faham...
Cer tgk sini : http://www.youtube.com/watch?v=qIASCrWao90&feature=youtu.be

MALAYSIA ADALAH NEGARA PEMAIN FOREX PALING JAHAT DALAM DUNIA.



Sebuk di perkatakan oleh umno bahawa Soros ni penjahat yg bertanggungjawab meruntuhkan ekonomi negara pada 1998 dulu..Sebenarnya yg meruntuhkan ekonomi negara ialah si madey kuty ni sendiri.. MALAYSIA ADALAH NEGARA PEMAIN FOREX PALING JAHAT DALAM DUNIA..begitulah istilah yg layak di gelar kepada negara kita hingga terjerumus ke kancah ekonomi dulu..mana taknya.. Madey memperjudikan WANG NEGARA untuk berjudi forex sedangkan protokol Bank Negara adalah menhalang / mengawal kegiatan judi forex,rupa2nya BNM atas arahan Madey yg punya angkara!! 

Senanng nak faham mcm ni lah.. upama si suami baru dapat gaji.. jumlah gajinya 1000,dia ke bandar cucuk duit kat bank.. dah cucuk duit.dlm perjalan pulang dia singah ke kedai nombor ekor.. semua gajinya 1000 di labur ke sana... 

So isterinya tanya "mana duit abg?"

si suaminya yg baru tengok keputusan nombor mlm tu tepuk dahi sebab rugi tikan nombir tak kena!!

begitulah keadaanya Madey masa tuh.. tak cukup dgn anaknya si Mirzan kaki judi dan arak tu pernah berhutang kalah judi jutaan ringgit dan di tahan di Hong Kong,, madey guna wang RAKYAT untuk tebus anaknya...korang tau ker kisah nih? nak lebih faham sila baca blog gua..

sini episod 1 :http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/06/siapa-di-sebalik-skandal-bank-negara.html

sini episod 2 :http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/06/skandal-forex-bank-negara-wujudkan.html

Cer baca BLACK TEMPLETED [BT] nih.. jika setuju dan faham.. sila SHARED !!! supaya ramai lagi boleh faham!!tq

Genap setahun AUTA perdana menteri berjanji nak hapuskan ISA



Genap setahun AUTA perdana menteri berjanji nak hapuskan ISA,nampaknya tahanan ISA masih gak kat lokap tampa tingkap,24 jam lampu pasang,tahan ISA tak tahu pun siang or malam.. bayangkan.. mereka yg di tahan tu tak di benarkan menghakimi kesalahan mereka!

Janji AUTA !!! abah kaw!!

Kantoi.



Kantoi.. muka depan sinar hari ni mengesahkan memang wujud skandal pemberian nootebook "made in china" yg sering rosak nih..!! korang taw tak.. jika kita beli AS A DEALER. beli dalam kuantiti banyak.. note book sebijik boleh dapat dalam RM200? gua taw lah sebab gua ARIF dalam hal nih.. <--- jgn nak acah2 gua bai!

So Depa beli dlm harga 200 pastu claim 999!! fuhh!! kalau TAK MENIPU BUKAN UMNO NAMANYA!!!

Yang menguruskan pembelian kapal selam : Razak baginda kawan baik Najib



Yang menguruskan pembelian kapal selam : Razak baginda kawan baik Najib

Yang menjadi menteri pertahanan pada masa itu : Najib bin Razak perdana menteri sekarang

Yang punya pegawai polis khas untuk bunuh An Tantuya : Pegawai khas Najib

Yang punya kuasa keluarkan bom C4 : Najib RAzak

Yang mengarahkan bunuh : KES TERGANTUNG [rasa2nya siapa? hehehe]

So untuk mengetahui SIAPAKAH yang mengarahkan An Tantuya di bunuh ..... PRU 13 ni kita tumbangkan BN... kita selesaikan kes Skorpane yang kini cuba di SABOTAJ oleh umno bagi menutup skandal kes mahkamah di Perancis!!

PENGUMUMAN : jika anda membaca mesej ini di RUMAH. itu bermakna kempen kami ni sudah berkesan

Tujuan kita berhujjah untuk apa?



Tujuan kita berhujjah untuk apa? Bukankah kita mahu meyakinkan rakyat? Saya menulis dan berhujjah bukan untuk memenangi pertandingan debat. Tujuan saya ialah mempengaruhi pengundi. Oleh yang demikian, membantai saya dengan nama itu dan ini, tidak menjadi hal asalkan rakyat dapat faham mesej yang hendak sampaikan. Kepada orang Melayu, tujuan saya ialah menyedarkan mereka bahawa UMNO bukan lagi jurubicara mereka yang mutlak.

Jawapan apa yang mampu diberikan kepada penghujjahan saya? Jawapan yang appeal kepada emosi. Seperti begini: Orang Melayu setia dan tidak menderhaka. Orang Pahang mesti sokong 100% Dato Najib kerana dia anak Pahang. Apalah yang hendak kita taksub sangat kepada kebangsawanan dan fiudalisme?

Saya suka sebut disini, ketika nenek moyang saya bertombak dan berlembing dan melawan penjajah, nenek moyang Dato Najib duduk berseloka dan bergundek. Sumbangan pejuang bangsa Melayu seperti Khatib Rasu(aka Tok Gajah) tidak pernah diperakui secara formal. Malah saudara mara Tok Gajah dianggap sebagai penderhaka. ~ Sakmongkol ak47

umno mmng kaki pijak... sudah masanya rakyat bangkit tolak dn pijak umno balik

Dia juga yg kata mahasiswa di haramkan berpolitik?

boleh suka dan boleh tak suka anwar ibrahim

boleh suka dan boleh tak suka anwar ibrahim, tetapi kena terima fakta ialah fakta. Jangan tipu bahan sejarah. Berbeza politik tak bermaksud sejarah harus dimanipulasikan. Dont spread false in our textbook oke.

Kredit to A.B.U | Asalkan Bukan Umno / Anything But Umno
 

PERJUANGAN UMNO DI RESTUI TUHAN?



PERJUANGAN UMNO DI RESTUI TUHAN?

LIKE MY PAGE ---->https://www.facebook.com/cybertrooperspr

UMNO KHIANAT ORANG MELAYU KELANTAN.

UMNO KHIANAT ORANG MELAYU KELANTAN. UMNO KATA MEREKA PEJUANG MELAYU TETAPI HAKIKATNYA MEREKA LAH PENGKHIANAT ORANG MELAYU. JAUH DARI DASAR PERJUANGAN ASAL MEREKA KERANA SUDAH MELUTUT DI KAKI MCA DEMI KUASA DAN PERUT MEREKA. 

CUBA KIRA BERAPA YG HADIR....

CUBA KIRA BERAPA YG HADIR....WEKEKEKE...PERTAMA KALI CERAMAH UMNO DAPAT SAMBUTAN LAUTAN MANUSIA.
CERAMAH AGAMA PULAK TU...!!

takkdenye umnok, takde lah jmbatan. huhuhu...

Psstttt. skandal itik,di Terenganu mereka buat parti itik pangang,kari itik diam diam.. al maklumlah.. sekor itik tu rega dia belas2 ribu!! Kih kih kih!!!

berat laa lagu nim.. bazir ke duit...

Kanto,akhbar NST terang terang cuba SABOTAJ najib..

Kanto,akhbar NST terang terang cuba SABOTAJ najib.. najib pening pala ..!![nampak tak NST cuba desak najib bubar parlimen cepat2 dgn mengambarkan sokongan najib makin tinggi?] kah kah kah kah!!!

biar lah dwg nak pakai ape pun

Nasib FELDA akan sama seperti BERNAS !!!




Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. yang kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara. 
Mengikut laporan tersebut, berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia baru-baru ini, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
Sementara itu, Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) turut membantah dan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk mengembalikan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang kini dimiliki orang luar ke tangan rakyat Malaysia.

See More : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/09/saham-bernas-di-miliki-pihak-asingtak.html

KITA BERSIARAN dan memperkatakan yang BENAR!!!

Salam rakan2 seperjuangan .. mohon sedikit sumbangan untuk membolehkan RADIO CILI FM sini :https://www.facebook.com/pages/Cili-Fm/398291856889040
KITA BERSIARAN dan memperkatakan yang BENAR!!!

APA YANG RUGI JIKA ANDA SHARED?
 

Umnooooo

Alzaatary camp, Jordan

May Allah protect you my sister.

Look at her, she won't even cry. Pain and horror might taken her childhood away, but gave her defiance and bravery. May Allah protect you my sister.

selama ini pembaca nst lah yang bodoh

Documentary Evidence of Crimes Against Humanity committed by Syrian Dictator Bashar Assad

Documentary Evidence of Crimes Against Humanity committed by Syrian Dictator Bashar Assad

Documentary Evidence of Crimes Against Humanity committed by Syrian Dictator Bashar Assad

Documentary Evidence of Crimes Against Humanity committed by Syrian Dictator Bashar Assad

Good morning from Palestine ..

Good morning from Palestine ..

Bbagm smell of bread tabun ♥

Kenapa bila hari merdeka saja musuh yg selalu yg disebut hanya Jepun dan Komunis? Apa British tu kawan baik ke?

Kenapa bila hari merdeka saja musuh yg selalu yg disebut hanya Jepun dan Komunis? Apa British tu kawan baik ke?

Untuk maklumat lanjut sila ke link : http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=122236
 

30 Pengkhianatan UMNO kepada Melayu.



1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?
Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?