Thursday, December 5, 2013

Doktor Sepanyol buang ketumbuhan seberat 25 kilogram


MADRID 5 Dis. - Pasukan doktor bedah di sebuah hospital timur Sepanyol berjaya membuang ketumbuhan seberat 25 kilogram daripada rahim seorang wanita dalam satu pembedahan.
Menurut Ketua Jabatan Bbstetrik dan Ginekologi Hospital Torrevieja, Eduardo Cazorla hari ini, pembedahan itu merupakan satu kejayaan terbesar dalam sejarah hospital tersebut.
"Ketumbuhan itu berjaya dikesan selepas pesakit yang berusia 47 tahun sering mengadu berasa sakit di bahagian perutnya," katanya.
Bagaimanapun, hospital terbabit tidak menyatakan bila pembedahan itu dilakukan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131205/lu_02/Doktor-Sepanyol-buang-ketumbuhan-seberat-25-kilogram#ixzz2mYBwEO8y
© Utusan Melayu (M) Bhd