Tuesday, January 10, 2012

Saya sedia maafkan pihak fitnah : Anwar



WARTAWAN SINAR HARIAN 
January 10, 2012
Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini berada di Mumbai, India dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Katanya, lebih tiga bulan lalu beliau berjanji untuk bersamanya menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

"Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

"Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam," katanya lagi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan - berlandaskan undang-undang dan fakta - bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima.

"Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya," katanya.

Anwar berkata, beliau tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku.

"Walau bagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian," katanya lagi.

Anwar mengulangi bahawa kasih sayang Azizah dan keluarga, kesetiaan rakan-rakan PKR, dukungan Pas dan DAP,  para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar,

Gempar!! Ustaz Nasharuddin Bakal Di Pecat?

Selepas pemecatan Hassan Ali baru-baru ini, Ustaz Nasharuddin di khabarkan berada bersama Hassan Ali semasa kenyataan media di rumahnya. Permuafakatan Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin sudah lama di ketahui oleh umum. Ustaz Nasharuddin juga menyatakan simpati terhadap pemecatan Hassan Ali. Adakah Ustaz Nasharuddin bakal mengikuti jejak Hassan Ali.. bakal di pecat? Sebelum keadaan bertambah keruh eloklah Ustaz Nasharuddin kembali ke pangkal jalan.. sebelum nasi menjadi bubur. Berwaspadalah Ustaz Nasharuddin, musuh-musuh PAS sekarang tengah memancing kamu.. supaya kamu meninggalkan perjuangan ini.

Nasharuddin Bakal Ikut Jejak Hassan Ali?
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa adalah satu-satunya pimpinan PAS yang menyatakan simpati kepada Hassan Ali yang dipecat oleh PAS. Malah Nasharuddin turut sama bersama Ibrahim Ali menyertai Hassan Ali dalam kenyataan akhbar di rumah Adun Gombak Setia itu pada hari beliau dipecat.

Apa tujuan dan niat Nasharuddin tidak pula kita tahu. Kita mengharapkan Nasharuddin tidak mengeruhkan suasanan dan menambahkan lagi syak wasangka kita semua tentang wala' dan ketaatan beliau kepada parti. Sebagai seorang yang senior dan pernah memegang jawatan penting dalam jemaah Nasharuddin tidak sepatutnya mengikut rentak Hassan. Jemaah telah membuat keputusan kita patut taat kepada keputusan jemaah bukannya mengkritik kepimpinan PAS.

Hassan diberikan peluang untuk merayu dan memberikan penjelasan dengan mengemukakan rayuan kepada PAS. Ini proses biasa dan semua parti mempunyai persamaan dari segi proses rayuan. Cuma berlainan sedikit kerana kita mempunyai Majlis Syura Ulama'.

Harapan kita janganlah Nasharuddin menggunakan media untuk mengkritik dan menghentam PAS kerana beliau adalah AJK PAS Pusat dan boleh menegur kepimpinan dalam mesyuarat AJK Pusat. Tidak perlu melaung dalam media yang menyebabkan ianya dijadikan senjata oleh musuh. ~mutaligathttp://addin77.blogspot.com/

Anwar pemimpin 'paling bersih' jadi PM



January 10, 2012
Lim Guan Eng

BUTTERWORTH - Pakatan pembangkang mengulangi pendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tiada pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam tadi.

Perhimpunan anjuran PKR itu adalah untuk memberi penerangan kepada orang ramai berhubung isu semasa serta meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, empat tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata sepanjang penganjuran perhimpunan aman oleh PKR, Pas dan DAP, tiada sebarang kekecohan yang berlaku kerana kehadiran peserta adalah untuk menuntut keadilan.

"Saya yakin selama 10 tahun pelbagai perhimpunan aman dilakukan, tiada sebarang insiden yang berlaku melainkan provokasi oleh Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata pihaknya kini dalam kaedah untuk menyerang BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13 berikutan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.

"Datuk Seri Anwar tidak masuk penjara jadi beliau boleh menjelajah ke seluruh negara, sama-sama merancang serta memberikan semangat untuk mengerakkan jentera parti untuk berdepan dengan pilihan raya," katanya.Anwar pemimpin 'paling bersih' jadi PM - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pas: Pecat Hasan bukan kerana PKR, DAP


G MANIMARAN
January 10, 2012

SHAH ALAM - Pas pusat menafikan pihaknya mengambil tindakan memecat Datuk Dr Hasan Ali kelmarin disebabkan tekanan daripada parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.

Selain itu, beberapa pemimpin kanan yang dihubungi juga menegaskan, keputusan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat juga tidak dipengaruhi oleh pendirian rakan-rakan mereka dalam PR.

Hasan, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta, kelmarin.

"Tidak, tidak. Tidak timbul isu kami dipengaruhi oleh PKR atau DAP," kata Naib Presiden Salahuddin Ayub ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Salahuddin berkata, Pas sebagai sebuah parti mempunyai pendirian dan sebab untuk mengambil tindakan dalam isu-isu seperti yang dipertimbangkan kelmarin.

"Kita berdiri pada fakta kes, bukan ikut cakap orang lain," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Dalam responsnya beberapa jam selepas dipecat, Hasan kesal dengan tindakan pemecatannya yang didakwa gara-gara desakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mahukan beliau dipecat dari parti itu.

Menurutnya, beliau percaya kenyataan yang dibuat Azmin yang mahukan Pas memecatnya menjadi punca pemecatannya.

Katanya, beliau mempertikaikan dan hairan mengapa Azmin masuk campur urusan dalaman Pas.

Menurutnya, beliau percaya semuanya berpunca daripada kenyataan yang dibuatnya baru-baru ini tentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, isu pemecatannya timbul selepas beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh Anwar mengenai kes liwatnya itu merupakan masalah peribadi.

Beberapa media dan blog juga mendakwa Hasan dipecat Pas disebabkan tekanan dan dipengaruhi oleh kedua-dua komponen berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menegaskan keputusan memecat Hasan tidak melibatkan tekanan atau pengaruh mana-mana parti lain.

"Kami bincang isu ini mengikut isu yang diketengahkan, bukannya kerana pihak lain ataupun kena-mengena dengan parti-parti lain," kata beliau lagi.Pas: Pecat Hasan bukan kerana PKR, DAP - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pengawal peribadi Wan Azizah stabil


SITI AZILA ALIAS
January 8, 2012
Fayyad Afiq Albakqry

SEBERANG JAYA – Keadaan pengawal peribadi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Albakry, 26, yang mendakwa telapak tangan kirinya dicucuk jarum kini dilaporkan stabil.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, hasil pemeriksaan pasukan perubatan ke atas mangsa mendapati tiada tanda-tanda dia diracuni, atau disuntik dengan dadah jenis Morphin, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah menurutnya, keadaan mangsa normal dan kecederaan yang dialami tidak mendatangkan kesan kepada mana-mana organ dalam badannya.

“Pihak hospital telah pun memberikan rawatan kepada mangsa (Fayyadh), dan dia masih dirawat dihospital untuk pemerhatian.

“Hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan calaran sepanjang 0.4 sentimeter yang berpunca daripada objek tajam, dan setakat ini ia tidak memberikan kesan pada mana-mana bahagian organ badan mangsa. Mangsa juga tidak pengsan, sebaliknya hanya mengalami pening-pening dan kebas tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.

Ayub dalam pada itu berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes khas dan satu pasukan perubatan ditubuhkan terdiri daripada Pakar Perunding Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Zahari Noor, Pakar Perubatan Dalaman HSJ, Dr Teoh Goik Lee dan Pengarah HSJ, Dr Azlina Mohd Radzi bagi menyiasat kes berkenaan.

Katanya, pihak hospital turut mengambil sampel darah mangsa untuk diuji bagi memastikan kandungannya dan keputusan mengenainya dijangka diketahui esok.

Justeru, sementara menanti keputusan itu beliau meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Kita telah pun mengambil keterangan daripada beberapa orang saksi. Sementara menanti keputusan ujian, saya harap jangan buat spekulasi kerana mangsa sendiri pun tidak pasti siapa dan bagaimana ia terjadi. Kita akan temu bual mangsa lagi selepas ini untuk mendapatkan keterangan.

"Sesiapa yang ada maklumat juga diminta tampil ke hadapan,” katanya.

endsPengawal peribadi Wan Azizah stabil - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tak cukup bukti

Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kami


MAZLINDA MOHD NOR
January 10, 2012
Wan Azizah

SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpaka-ian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kami - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Isu calon: Pas pusat beri Saari Sungip amaran


G MANIMARAN
January 10, 2012

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungip diberi amaran kerana mengeluarkan kenyataan mendahului parti berhubung soal senarai bakal calon pilihan raya umum, bulan lalu.

Amaran itu telah dikeluarkan pada satu pertemuan dengan empat pemimpin kanan Pas di ibu negara, kelmarin.

Beliau telah membuat satu kenyataan berkenaan soal percalonan Datuk Dr Hasan Ali, di mana bekas pesuruhjaya Pas Selangor itu dikatakan tidak menerima pencalonan yang mencukupi untuk dipilih sebagai calon mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Hasan dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa kelmarin.

Laporan Harakahdaily pagi ini menyebut Saari telah dipanggil bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Beliau diingatkan agar lebih berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan imej buruk ke atas parti," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian Online pagi ini.

Tuan Ibrahim menjelaskan, Saari telah dipanggil kelmarin, hari Pas mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat dan memutuskan tindakan tegas ke atas Hasan.

"Kami memanggil beliau pada hari yang sama jawatankuasa kerja memutuskan untuk memecat Datuk Hasan Ali, kami memberi amaran agar tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan mendahului kepimpinan pusat," katanya.

Tuan Ibrahim menambah, langkah memberi amaran sudah cukup memadai sebab Saari tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sedemikian selepas itu.

Laporan itu juga menyebut, Mustafa sebelum ini ada menegaskan bahawa walaupun pemilihan Pas adalah berdasarkan pendekatan demokratik di mana parti Islam itu mendengar suara akar umbi bagi memilih calon, soal calon ditentukan secara muktamad oleh peringkat pusat.

“Pertamanya Setiausaha Agung akan pinta negeri-negeri menyediakan nama-nama calon itu bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandingi, paling kurang tiga orang.

"Sementara negeri pula dalam proses pilih calon akan ambil pandangan kawasan, dan kawasan ambil pandangan daripada cawangan," katanya.

Proses itu bermula dari bawah, namun tidak semestinya orang yang tiada nama di kawasan tidak menjadi calon kerana tapisan akhir akan dibuat Pas pusat, jelas Mustafa.

"Ada berlaku keadaan di mana seseorang itu bukan memegang jawatan di cawangan tersebut, tetapi Pas pusat buat keputusan orang tertentu dicalonkan mewakili Pas bukan sahaja kerana pencalonan tetapi ada faktor lain,” katanya.

Mustafa menambah, setelah Pas Pusat menerima senarai penuh, ia akan diserah kepada Majlis Syura Ulama untuk memastikan mereka yang layak menjadi calon mewakili parti.Isu calon: Pas pusat beri Saari Sungip amaran - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

MB Selangor minta Hasan letak jawatan secara sukarela


SHAH ALAM 9 Jan. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Datuk Dr. Hasan Ali melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam secara sukarela.

Beliau berkata, ini kerana amat jelas bahawa beliau tidak mewakili Pas dan kerajaan menghormati keputusan yang diambil oleh parti itu memecatnya.

"Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menggugurkan Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili Pas dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Saya berpendapat beliau (Hasan) sebagai seorang 'gentleman' perlu melepaskan jawatan ahli exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Menteri Besar, di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diperlukan dalam pelantikan ahli Exco kerajaan negeri, namun perkenan baginda tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.

"Menteri Besar akan mengadap Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon pengganti yang sesuai bagi jawatan Exco itu," kata kenyataan itu.

Utusan Malaysia Online - Politik:

'via Blog this'

Hasan tidak masuk pejabat, nyata hasrat ambil cuti


SHAH ALAM 9 Jan. - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr. Hasan Ali difahamkan akan mengambil cuti panjang susulan pemecatan beliau daripada Pas semalam.

Menurut Pembantu Khasnya, Alhafiz Abdul Wahab, Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor telah memaklumkan kepadanya semalam mengenai hasrat untuk mengambil cuti.

Namun katanya, tempat dan tempoh bercuti itu masih belum dinyatakan secara rasmi oleh Hasan buat masa ini.

Beliau menyatakan Hasan juga tidak memasuki pejabatnya di Tingkat 2, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Datuk Hasan semalam beliau mahu bercuti tetapi buat masa ini, saya tidak terima lagi maklumat di mana dan berapa lama beliau akan bercuti.

Hari ini beliau juga tidak masuk pejabat. Saya difahamkan kemungkinan berada di kediamannya atau di tempat lain dan menjalankan tugasnya sebagai Exco dan wakil rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan Hasan masih lagi menjalankan tugasnya sebagai Exco kerajaan negeri.

Semalam, Jawatankuasa Pas Pusat mengambil tindakan memecat keahlian Hasan daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tindakan ke atas Hasan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) setelah kepimpinan parti itu meneliti tindakan Hasan yang sebelum ini didapati menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan Pas.

Pada masa sama, tindakan Pas ke atas Hasan itu dijangka memberi kesan kepada perubahan jawatan Exco kerajaan negeri yang disandang oleh Hasan ketika ini yang mana beliau berkemungkinan akan digugurkan daripada jawatan tersebut.

Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila beliau bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Ekoran tindakan tersebut, Hasan menerima kecaman daripada pihak-pihak tertentu, khususnya pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Hasan turut menjadi tumpuan apabila beliau mempertikaikan perubahan perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan sehinggakan beliau menjadi sasaran pemimpin tertinggi Pas yang menuduhnya diperalatkan oleh UMNO.

Pada 7 Januari lalu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut mendesak Pas bertanggungjawab terhadap kenyataan Hasan yang menyeru agar rakyat tidak menyertai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901’ yang diadakan pada hari ini.

Azmin turut menuntut agar Pas meneliti tindakan sewajarnya terhadap Hasan yang dilabelkannya sebagai melampau dan keterlaluan kerana Hasan menyatakan perhimpunan itu tidak wajar kerana mengheret rakyat semata-mata mempertahankan isu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Utusan Malaysia Online - Politik:

'via Blog this'

Bob Lokman akhirnya hadir beri keterangan di pejabat JAIP



Bob Lokman ditemani penyokongnya hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang di Kuantan, semalam.


KUANTAN 9 Jan. - Pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu, Mohd. Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman akhirnya hadir memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini hari ini berhubung kes mengadakan ceramah tanpa tauliah di sebuah masjid pada 24 Disember lalu.

Beliau yang disiasat mengikut Seksyen 161 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah memberi keterangan selama sejam bermula pukul 10.45 pagi sambil ditemani peguamnya, Mohd. Fadzli Ramli.

Mohd. Fadzli ketika ditemui berkata, dia mempertikaikan tindakan JAIP menyiasat kes itu mengikut Seksyen 161 enakmen tersebut kerana disifatkan tidak berasas.

“Bob Lokman tidak memberi ceramah agama, tetapi dia menceritakan pengalaman peribadinya yang berubah menjadi lebih baik,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada 24 Disember lalu, pelakon tersebut diberi notis oleh JAIP atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat maghrib.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Ab. Malek mengesahkan menerima keterangan daripada Bob Lokman.

Katanya, beberapa individu lain termasuk ahli jawatankuasa masjid berkenaan juga akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Apabila selesai siasatan, perkara ini akan diserahkan kepada pihak pendakwaan sebelum memutuskan untuk mendakwanya (Bob Lokman) di Mahkamah Syariah ataupun tidak,” katanya.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

Bapa hutang hospital punca tiada sijil lahir



Anuar (kiri) dan isterinya Narsabah (kanan) bersama 12 orang anak mereka di Pengkalan Rama Pantai, Melaka semalam.


MELAKA – Kegagalan sepasang suami isteri, Anuar Abdul Latiff, 44, dan Narsabah Alias, 44, membayar kos perubatan kira-kira RM2,000 semasa isterinya melahirkan lima anak mereka di sebuah hospital kerajaan di sini menyebabkan kanak-kanak berkenaan berhadapan dengan kesukaran mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Berikutan itu juga, kelima-lima anak pasangan tersebut iaitu Muhammad Khairul, 13; Siti Amira, 12; Siti Umaira, 8; Ahmad Isaad, 6; dan Siti Noor Farhana, 4, menghadapi masalah persekolahan apabila surat pengesahan sijil lahir mereka sehingga hari ini ditahan oleh pihak hospital.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Anwar syukur, Saiful reda



Asap daripada letupan kuat di kawasan Pusat Penjaja Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam menyifatkan keputusan itu adalah adil serta membersihkan namanya dan keluarga.

Anwar yang ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta turut mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya kerana bersungguh- sungguh sepanjang perbicaraan dan bersyukur kerana keluarga sentiasa menyokongnya.

"Sekarang masih awal untuk menyatakan apa-apa kerana ruang untuk pendakwa meneruskan (membuat rayuan) masih ada. Saya hanya bersyukur dengan apa yang didengar hari ini (semalam)," katanya.

Isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turut ditanya perasaannya hanya berkata: "Syukur, Alhamdulillah."Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Anwar dibebas tuduhan liwat


PENYOKONG Anwar berhimpun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam bagi mendengar keputusan kes liwat membabitkan Anwar.


KUALA LUMPUR – Integriti teknikal pada bukti Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan ternyata memberi kelegaan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila semalam dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di sebuah kondominium di ibu negara empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membacakan penghakiman selama lima minit berkata, mahkamah tidak mempunyai bukti secukupnya untuk mensabitkan Anwar, 65, bersalah terhadap tuduhan dia meliwat Mohd. Saiful, 27.

“Selepas meneliti sepenuhnya bukti keterangan, mahkamah tidak boleh seratus peratus yakin berhubung integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd. Saiful) tidak pernah terusik.

“Sehubungan itu, mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut,” tegas beliau.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'