ISLAMABAD - PAKISTAN. Tentera menafikan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif akan berundur di tengah-tengah pergolakan politik yang sedang meningkat di negara itu.

Laman Perkhidmatan Awam bertindak menolak laporan yang mendakwa pertemuan antara pemimpin itu dan ketua tentera, Jeneral Raheel Sharif adalah untuk membincangkan peletakan jawatan beliau.

"Ia sememangnya satu kenyataan yang tidak berasas," menurut laman tentera terbabit.

Press TV  difahamkan, beberapa media tempatan dan Barat melaporkan Raheel ada menyuarakan cadangan kepada Sharif supaya melepaskan jawatannya untuk tempoh tiga bulan bagi meredakan krisis di negara tersebut.

Langkah itu kononnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan pembangkang yang sebelum ini menggesa beliau berundur selama 90 hari bagi  membenarkan siasatan bebas berhubung penipuan dalam pilihan raya umum, tahun lalu dilakukan secara menyeluruh.