Tuesday, March 26, 2013

[BONGKAR] Konspirasi Mega Freemason, Mahathir, Daim terhadap Anwar !

[BONGKAR] Konspirasi Mega Freemason, Mahathir, Daim terhadap Anwar !
hijabulcrewz
Mungkin ramai sebelum ini mengatakan teori konspirasi dan freemason hanyalah sekadar teori semata-mata. Ramai yang skeptikal dengan teori ini. 

Namun, adakah anda tahu sebenarnya Freemason melalui proksi-proksi mereka sebenarnya sedang mencorak sistem politik, ekonomi dan sosio-masyarakat di negara kita?

Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mengatakan dirinya tidak mempunyai masalah dengan Anwar Ibrahim sehinggalah pemimpin KEADILAN itu menuduhnya sebagai ketua konspirator yang menyebabkan dirinya tersingkir dari kerajaan.
Menurut Daim lagi, sebelum Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut, beliau agak rapat dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu dan pernah bertindak memberi tunjuk ajar kepadanya tentang hal ehwal pengurusan ekonomi.
“Baiklah, jawapan saya kepada Anwar — saya bukan Cassius. Saya mungkin kurus tetapi saya bukan kemaruk. Pastinya saya juga bukan Brutus,” kata Daim dalam satu wawancara bahagian kedua bersama New Straits Times yang disiarkan hari ini.

“Apabila Anwar mendakwa yang saya adalah konspirator, beliau tahu hal sebenar bahawa saya tidak memainkan peranan, apa juga peranan pun,” tambah beliau lagi.
Daim juga menafikan tuduhan Anwar beliau membawa keluar RM2 bilion wang tunai dengan pesawat.
“Tentulah saya seorang yang bodoh dan berapa banyaklah wang tunai RM2 bilion? Mungkin memerlukan beberapa buah lori untuk mengangkutnya,” tambah Daim lagi.
“Bagi penyokongnya, biarpun jika beliau memang melakukan apa yang beliau dituduh, walaupun di depan mata mereka, mereka tetap tidak akan percaya. Bagi mereka semuanya konspirasi,” katanya.
Daim merupakan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001.
Anwar merupakan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan sebelum dipecat oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1998.
Beliau meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk menyertai Umno yang dipimpin oleh Mahathir pada 29 Mac 1982 sehingga menjawat jawatan timbalan presiden Umno pada 1996 sebelum dilucutkan jawatan dan keahlian Umno pada tahun 1998.

Persoalan yang timbul adalah, mengapa baru sekarang semuanya mahu dibongkar sedangkan Anwar sudah lama mendedahkan Daim adalah antara tiga pemimpin Umno yang berusaha keras menyingkirkannya semasa fitnah liwat pertama pada 1997.
Apakah niat Daim hanya untuk mempertahankan diri atau terpaksa menjadi 'pencacai atasan' kerana sudah mengetahui BN akan kalah dalam pilihanraya umum nanti?

Mengapa Daim tidak menafikan satu transkrip yang bocor semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 5 November 1998)?
Cukuplah Daim, jangan kamu terus menabur fitnah kerana tiada apa lagi yang tertinggal bila Umno hilang kekuasaan di Putrajaya!
(Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis Tertinggi iaitu Daim Zainuddin, Sabaruddin Chik, Sanusi Junid, Ibrahim Ali, Mohamed Rahmat dan Rafidah Aziz.

Turut hadir ialah Rahim Tambi Chik dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri Perdana pada hari Khamis, 5 November 1998. Transkrip ini bocor menerusi saluran di Pejabat UMNO)
Nota: Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan dipenjarakan pada 14 April 1999.
"Saya nak memaklumkan kepada tuan-tuan yang hadir pada malam ini beberapa perkembangan yang berlaku di negara ini dan langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya.
Pertama tentang sokongan terhadap Anwar oleh orang-orang UMNO. Daripada maklumat yang saya terima, banyak orang UMNO di peringkat cawangan semakin menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Anwar.
Banyak kali saya dimaklumkan yang ketua-ketua cawangan yang menjadi ahli Pas. Mereka berkempen memburuk-burukan pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap hari saya menerima laporan daripada UMNO Bahagian tentang isu ini.
Dalam hal ini saya ingin meminta kerjasama tuan-tuan supaya membendung perkara ini daripada terus berlaku. Kita kena faham dalam isu ini, ahli-ahli UMNO sebenarnya marah dengan pimpinan UMNO yang kononnya menurut pendapat mereka, pimpinan parti telah menganiaya Anwar. Sebab itu mereka marah.
#Sila klik ini untuk sambungan pembongkaran ini:- hijabulcrewz.blogspot.com


-tranungkite-

saya papakedana

SHAH ALAM - Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.

Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini.

"Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.

"Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya. -sinarharian
 —

Siapa arah bunuh Altantuya?

hidup UMNGOK

Rakyat sarawak bangkit....

bangla Nation

kerajaan tipu rakyat

POILS malaysia

kerajaan haram UMNO

Jaguh UMNO

Taib salahkan Anwar isu video Global Witness



>>>http://www.youtube.com/watch?v=_1RRNggnM6A&sns=em

Taib salahkan Anwar isu video Global Witness

Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video dikeluarkan NGO antarabangsa Global Witness, yang mengaitkan ketua menteri Sarawak itu dan keluarganya dengan rasuah lesen pembalakan.

Taib dalam laporan Berita Minggu hari ini mendakwa Anwar dengan licik menggunakan hubungan dengan NGO antarabangsa bagi memburukkan kerajaan Sarawak di peringkat antarabangsa.

"Macam-macam isu ditimbulkan, isu berkenaan hutan Sarawak dikatakan semuanya gondol, tidak ada yang tinggal. Tetapi kita semua tahu ini semua tidak betul, apa sahaja BN buat tidak betul, beliau (Anwar) sahaja betul," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan itu juga menyebut, Taib meluangkan masa selama 25 minit ketika berucap kepada kira-kira 1,000 penduduk Kampung lintang di Petra Jaya, Sarawak, bagi mempertahankan dirinya yang didakwa menjadi mangsa fitnah video itu.

Menurutnya, Anwar sepatutnya mempertahankan Sarawak daripada "propaganda bohong" pada peringkat antarabangsa jika mahu berjuang bersama rakyat Sarawak.

"Saya nasihatkan Datuk Seri Anwar mengetahui apa yang benar berlaku di negeri ini dan beliau sepatutnya mempertahankan negeri ini yang dilanda banyak propaganda bohong pada peringkat antarabangsa berkenaan hutan. Jika beliau berbuat demikian baru kita percaya dia mahu berjuang untuk rakyat negeri ini," katanya. -Malaysiakini

eorang penyokong kuat Barisan Nasional berbangsa Negro yang telah menjadi permastautin tetap di Malaysia telah didapati mengeluarkan kata-kata berbaur pembunuhan.

eorang penyokong kuat Barisan Nasional berbangsa Negro yang telah menjadi permastautin tetap di Malaysia telah didapati mengeluarkan kata-kata berbaur pembunuhan. 

Dia didapati merancang pembunuhan DSAI pada PRU13 yang bakal diadakan kelak!! Kami sebagai rakyat sebuah negara demokrasi meminta pihak berkuasa POLIS DIRAJA MALAYSIA mengambil TINDAKAN untuk menangkap dan menjalankan siasatan ke atas individu tersebut yg merupakan seorang negro meLAYU yang bekerja di KONTENA NASIONAL! Negro ini juga adalah penyokong tegar umno/bn..

Disini pihak kami telah pun mendapat gambar-gambar beliau dan bukti yang dialah yang bakal membunuh Dato Seri Anwar Ibrahim ...Kami penyokong DSAI mohon kerjasama PKR PAS dan DAP utk membuat report polis..
Sumber; http://warta-jingga.blogspot.sg/2013/03/rancangan-pembunuhan-anwar-ibrahim.html?m=1
 —

MCA1M

Hindraf: PM akan bincang lanjut dengan kami



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lebih banyak perbincangan dengan pemimpin Hindraf dalam tempoh beberapa hari yang akan datang, kata NGO hari ini.

Penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganeson berkata pertemuan sejam dengan Najib di Putrajaya hari ini adalah berfaedah, tetapi enggan mendedahkan butir-butir perbincangan itu.

"Apa yang penting ialah kita telah mewujudkan satu saluran komunikasi," kata Ganesan selepas pertemuan tersebut di Putrajaya.

Katanya, ia akan diikuti dengan lebih banyak lagi perbincangan
kerana isu itu "terlalu kompleks" untuk diselesaikan delam pertemuan sejam itu.

"Apa yang telah kita persetujui ialah untuk mengadakan lebih banyak perbincangan dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata Ganesan tanpa menyatakan tarikh pertemuan seterusnya.

Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (kiri), yang turut hadir, sedang mengadakan mogok lapar di sebuah kuil di Rawang, untuk mendesak supaya rangka tindakan Hindraf dipersetujui oleh sama ada BN atau Pakatan Rakyat. 

UMNO haram jadah!

Monyetpun tahu malu



Chandra Lawan Tetap Lawan
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak didakwa seorang pemimpin yang tidak tahu malu apabila menciplak idea pihak lawannya menjelang pilihan raya umum ini.

Ia terbukti apabila Najib mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi kepada pemandu teksi terpilih baru-baru ini.

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 1,000 permit teksi akan diberikan kepada pemandu-pemandu teksi terpilih mengesahkan beberapa perkara.

Demikian dinyatakan oleh Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi beliau, pengumuman Najib itu memberi tiga implikasi.

Pertama, ia pengakuan terbuka Umno/Barisan Nasional bahawa dasar dan program ekonomi yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat (melalui Dasar Bersama, Buku Jingga dan Manifesto Rakyat) benar-benar memenuhi citarasa dan tuntutan rakyat.

Kedua, ia mengesahkan bahawa program-program ini mampu dilaksanakan dan tidak mengundang kesan kewangan yang buruk, seperti yang dituduh oleh Umno/Barisan Nasional.

Ketiga, ia membuktikan terdesaknya Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau tidak lagi mempunyai perasaan malu untuk menciplak idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

"Pun begitu, saya mengkritik sekerasnya kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengumpan pemandu teksi untuk mengundi Barisan Nasional," katanya.

Ucapan beliau, katanya, berbaur ugutan politik apabila beliau menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah “bai’ah” (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan.

Setakat ini, Umno/Barisan Nasional terus gagal untuk mengumumkan manifesto mereka sendiri. 

Sebaliknya, Najib Tun Razak menciplak idea dasar Pakatan Rakyat dan mengumpan rakyat dengan berjanji akan melaksanakan program-program Pakatan Rakyat itu sekiranya Barisan Nasional menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Oleh sebab itu, saya tidak hairan lagi kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar-dasar dan program ekonomi. 

"Beliau nampaknya tidak mempunyai idea dan kepakaran ekonomi kerana sering terpaksa bergantung kepada idea orang lain, termasuklah idea Pakatan Rakyat sendiri.

"Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini," katanya.

Bagi Rafizi, penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini. 

papagomo punya kucing togel

Abeesla BN masuk penjara...

LGE saman papagomo

Kuala Lumpur - Seperti Husam Musa dan Anwar Ibrahim, yang bertindak tegas bagi menyaman RM beratus juta bloger papagomo atau wan azri wan deris kerana fitnah dasyatnya setanding dengan fitnah dajjal di akhir zaman.

dengan merujuk siri pendedahan demi pendedahan siapakah papagomo yang sebenar oleh tim era pasca, pihak pihak peguam anwar dan husam dapat mendapatkan bukti bukti kukuh lagi berfakta untuk menyabitkan bloger lucah yang tidak mengaku akan dirinya ini ke mahkamah mengikut sumber maklumat yang terdapat pada kami, setelah mengambil kira siri pendedahan kami kepada orang ramai mengenai wajah sebenar papagomo berserta dengan segala bukti yang ada pada kami, yang mana husam musa telah membuat semakan saman semula kerana bukti yang kami dedahkan.

Lagi berita >>>http://www.erapasca.com/2013/03/gempar-lim-guan-eng-pula-saman-papagomo.html?m=1
 

Khairil Annas Jusoh dalang di belakang konspirasi politik yang dirancang dalam kes fitnah liwat II

(Saiful bergambar dengan Khairil Annas ketika Najib adalah TPM)

26 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Setelah lebih dua minggu pengakuan bapa Saiful Bukhari mendedahkan pegawai khas Perdana Menteri, Khairil Annas Jusoh dalang di belakang konspirasi politik yang dirancang dalam kes fitnah liwat II, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya.

Azlan Mohd Lazim (bapa kepada Saiful Bukhari) yang mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah pada pendedahan itu berkata, anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Kharil Annas untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang.

Pada pendedahan 8 Mac lalu, Azlan mengakui semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau sendiri dirancang dan diskripkan Khairil Annas bersama peguam Zamri Idrus.

Khairil Annas ialah Pegawai Khas Najib yang ditemui Saiful Bukhari di Jabatan Perdana Menteri pada 12 Februari 2008 untuk memohon biasisawa sedangkan Saiful dibuang dari Universiti Tenaga Nasional.

Khairil Annas yang juga Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri beberapa kali bertemu Saiful bersama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, Khairul Anas adalah ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang sangat dibimbangi oleh pensyarah dan pelajarnya boleh menjejaskan nama baik universiti bernama Islam itu.

Di UIA, nama penuhnya adalah Prof. Dato' Wira Dr. Haji Khairil Annas bin Jusoh, mewakili orang Islam yang dihormati dan juga Pegawai Khas kepada Perdana Menteri.
 

Pakatan gesa kerajaan sokong resolusi keamanan Sri Lanka.

மானம்... ரோசம்... சூடு... சொரணை... உள்ள எந்த தமிழனும் அம்னோவுக்கு ஓட்டு போட மாட்டான்....!!!!

UN countries which voted against & for Sri Lanka;
>>>http://m.oneindia.in/news/2013/03/21/un-countries-which-voted-against-for-sri-lanka-tamil-1177235.html

Pakatan gesa kerajaan sokong resolusi keamanan Sri Lanka.
Beberapa hari lagi, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kini sedang bermesyuarat di Geneva akan membincangkan resolusi berkaitan Sri Langka yang menimbulkan dan menyentuh isu-isu berikut>>>http://www.keadilandaily.com/pakatan-gesa-kerajaan-sokong-resolusi-keamanan-sri-lanka/

Suaram is pushing for Malaysia to vote in favour of a resolution against Sri Lanka at the United Nations Human Rights;
>>>http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/03/09/vote-against-sri-lanka-malaysia-told/ 

Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim antara pemimpin PKR yang dikaitkan dengan dakwaan video seks terbaru

Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim antara pemimpin PKR yang dikaitkan dengan dakwaan video seks terbaru yang mungkin dikeluarkan oleh Umno pada masa depan, dakwa Datuk Saifuddin Nasution.

Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau sudah ditunjukkan "sedutan" dua video berasingan - video pertama didakwa aksi Nurul Izzah dan video kedua didakwa melibatkan bapanya - "dua atau tiga hari lalu".

Saifuddin mendakwa, agen Umno menggunakan video itu sebagai amaran kepadanya tetapi menurutnya PKR tidak gentar kerana isu itu kerana sudah terbiasa sejak dari dahulu lagi.

"Kita sudah menghadapi perkara itu sejak 14 tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Saifuddin juga dalam kenyataannya hari ini berkata, mereka menerima maklumat daripada "sumber yang boleh dipercayai" bahawa video itu dihasilkan melalui manipulasi imej digital.

Menurutnya, ia melibatkan pencantuman babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin berkenaan terbabit dalam salah laku seks.

Mengulas tindakan itu, beliau berkata, sudah menjadi lumrah perjuangan, termasuk dalam sejarah Islam apabila Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA sendiri diuji dengan dakwaan seksual.

"Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah. Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami," katanya.

"Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."-mk 

Pirate of the sarawak...

nak termuntah...berita TV3

Dah 32 tahun jadi KM bagi orang lain pulak....


Taib sambut 32 tahun sebagai Ketua Menteri

26 Mac 2013
Abdul Taib Mahmud
Abdul Taib Mahmud
KUCHING - Sempena 32 tahun beliau menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak hari ini, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melahirkan harapan untuk melihat negeri ini terus maju dan mencapai lebih banyak kemajuan melalui program transformasi, khususnya dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Beliau berkata langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan ialah mengubah masyarakat supaya bersikap lebih progresif dan menyediakan lebih banyak pekerjaan berkualiti untuk mereka.
"Saya harap Sarawak akan lebih maju, dengan peluang dalam masyarakat lebih bersepadu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Angkatan Zaman Mansang (AZAM) bertemakan "Memperkasa Masyarakat Bagi Membentuk Masa Depan Sarawak" di sini hari ini.
Setelah berada 13 tahun dalam kerajaan persekutuan, berkhidmat di bawah empat perdana menteri dengan menyandang pelbagai jawatan, Taib mengambil alih teraju kerajaan negeri pada 26 Mac 1981 dengan kesedaran bahawa Sarawak perlu menggubal satu strategi bukan sahaja untuk menuju ke arah kemajuan, malah mengejar kejayaan seperti yang dicapai negeri lain di semenanjung.
Katanya Sarawak juga akan menambah bilangan anggota majlis pada tahun ini, yang dipilih daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, untuk menganggotai kerajaan tempatan bagi mewakili pandangan rakyat negeri kini.
Taib berkata langkah itu juga akan memberi peluang kepada orang ramai yang ingin berbakti kepada masyarakat dengan menangani isu yang dekat di hati mereka, termasuk berkaitan amal kebajikan, kesaksamaan masyarakat, ekonomi dan budaya.
Ketika ini, anggota majlis yang dilantik hanya terdiri daripada kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN).
Ditanya sama ada ia juga akan melibat persatuan wartawan tempatan memandangkan anggotanya begitu bersemangat untuk berkhidmat kepada orang ramai, Taib menjawab :"Okay, tak ada masalah, tapi perkara yang menjadi persoalan ialah sama ada anda mempunyai masa atau tidak".
Beliau berkata selepas pilihan raya umum 2008, kerajaan amat menyedari peranan golongan muda, yang mewakili kira-kira 40 peratus penduduk, dalam menentukan pendapat umum serta masa depan masyarakat.
Untuk memperkasa masyarakat setempat bagi membolehkan mereka menyalurkan buah fikiran melalui pendapat awam, AZAM juga perlu bersikap berkecuali dalam memilih isu yang ingin diperjuangkannya, kata Taib, yang juga penaung AZAM, ketika memperkenalkan logo sambutan ulang tahun ke-30 pergerakan itu pada majlis berkenaan. - Bernama

PM Libya digesa letak jawatan




26 Mac 2013
TRIPOLI - Kira-kira 200 bekas pemberontak Libya mengepung pejabat Perdana Menteri, Ali Zidan semalam dan menggesa beliau meletakan jawatan.

Dipetik AP, menurut pegawai, kumpulan berkenaan yang membawa mesej tidak akan mencetuskan keganasan, mahu Zidan digulingkan sejajar dengan undang-undang pengasingan politik yang menolak bekas rejim daripada terlibat dengan politik.

Zidan sebelum ini dilantik sebagai duta di bawah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sekali gus mencetuskan kontroversi kerana undang-undang itu mengharamkan sesiapa sahaja yang bekerja dengan Gaddafi terlibat semula dalam arena politik.

Kumpulan yang menolak Zidan itu bergerak di sekitar Tripoli sejak minggu lalu hingga memaksa pihak berkuasa menambah kawalan keselamatan.

Sampaikan mesej ini pada semua Rakyat Malaysia

Cyprus hadkan pengeluaran wang di ATM




26 Mac 2013
NICOSIA - Bank pusat di Cyprus, kelmarin mengeluarkan arahan mengehadkan pengeluaran wang berjumlah 100 euro (RM403) sehari menerusi mesin treler automatik (ATM) milik dua institusi kewangan di negara itu.

Dipetik Reuters, jurucakap Bank Popular yang merupakan peminjam kedua terbesar di Cyprus memaklumkan langkah tersebut akan berkuat kuasa hingga premis itu dibuka semula hari ini atau selepas memperoleh dana kecemasan berterusan dari Bank Pusat Eropah.

Difahamkan, perkara tersebut diputuskan selepas Presiden Nicos Anastasiades menyertai mesyuarat saat akhir bersama dengan peminjam antarabangsa bagi menyelamatkan negara itu dari terus dilanda krisis kewangan.

Bagaimanapun, rundingan bersama menteri Kesatuan Eropah, Ketua Bank Pusat Eropah dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Eropah (IMF) berhubung dana bantuan berjumlah 10 bilion euro (RM40 bilion) tersebut gagal mencapai sebarang penyelesaian.

Presiden Mesir beri amaran kepada penentang




26 Mac 2013
Mursi beri amaran kepada penentang
Penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di hadapan ibu pejabat gerakan itu di Kaherah, Jumaat lalu. - Foto Reuters
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Mursi, kelmarin memberi amaran keras kepada penentang beliau susulan daripada insiden keganasan politik terburuk dalam tempoh tiga bulan di negara itu.

Dipetik AP, Mursi turut menegaskan bahawa beliau mungkin akan mengambil langkah drastik untuk melindungi Mesir.

"Saya pasti akan bertindak dalam masa terdekat jika ada pihak masih cuba untuk merosakkan imej negara ini," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan keras ke atas mana-mana ahli politik yang menjadi dalang di sebalik keganasan antara penentang dan penyokong Ikhwanul Muslimin, Jumaat lalu.

Walaupun Mursi tidak menamakan nama kumpulan pembangkang disyaki terlibat, namun beliau percaya pertempuran yang menyebabkan hampir 200 orang cedera itu didalangi Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF).

Difahamkan, kenyataan disiarkan stesen televisyen tempatan itu diambil dari akaun Twitter milik Mursi.

Enam terbunuh serangan di Iraq




26 Mac 2013
BAGHDAD - Sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang calon pilihan raya terbunuh dalam serangan ke atas pusat kawalan tentera di utara bandar Mosul, 360 kilometer dari barat laut Baghdad, Iraq, semalam.

Dipetik AP, pegawai polis berkata, sekumpulan lelaki bersenjata itu dilaporkan menyerang dua pusat kawalan tentera di utara bandar Mosul hingga mengakibatkan lima anggota terkorban manakala tiga yang lain cedera.

“Kumpulan itu turut menembak mati seorang calon pilihan raya, Salah Khabat ketika mangsa sedang memandu,” katanya.

Menurutnya, insiden ini akan meningkatkan lagi gelombang keganasan di bandar itu termasuk pertempuran antara penyokong Khabat.

“Sehingga kini masih tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab tetapi kami tidak menolak ia dilakukan oleh militan Taliban yang sedang diburu anggota keselamatan,” katanya.

Amirbahar guna pas pelancong




AMIRBAHAR (kiri) bersama orang kanan pengganas Sulu, Datu Piah ketika rundingan dengan pihak berkuasa di Kampung Tanduo, Lahad Datu baru-baru ini.


SEMPORNA – Jeneral lima bintang pengganas Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang berjaya ditahan pihak berkuasa pada pagi Sabtu lalu didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Kampung Tanduo sejak November lalu.
Satu sumber berkata, siasatan juga mendapati pas lawatan yang digunakan Amirbahar yang difahamkan juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk itu pula didapati telah tamat tempoh.
“Beberapa dokumen milik Amirbahar dirampas pasukan keselamatan termasuk pasport miliknya. Pemeriksaan mendapati, lelaki itu masuk ke Kampung Tanduo menggunakan pas pelancong sejak November lalu.
“Pasport tersebut telah tamat tempoh Januari lalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut sumber itu, Amirbahar ditahan bersama isterinya pada hari Sabtu lalu dekat kawasan Paya Bakau, Kampung Sri Melor Bugaya di sini ketika cuba menyelinap untuk lari pulang ke Filipina.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2OeWawPPS 
Hakcipta terpelihara 

38 tertuduh Sulu diberi peluang menjawab tuduhan



MANILA, Filipina – Mahkamah Perbicaraan Daerah Tawi-Tawi semalam meluluskan permintaan 38 tertuduh yang didakwa anggota tentera Kesultanan Sulu, mengadakan satu siasatan rasmi berhubung kes jenayah yang difailkan terhadap mereka dua minggu lalu.
Kesemua tertuduh kini ditahan di sebuah kem tentera laut di bandar Panglima Sugala di Tawi-Tawi.
Mereka didakwa melanggar Artikel 118 Kanun Keseksaan kerana menghasut untuk berperang atau memberi motif untuk bertindak balas.
Mereka juga telah melanggar peraturan membawa senjata api.
Menurut akhbar dalam talian Inquirer.net, mahkamah memutuskan semua tertuduh harus diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang difailkan ke atas mereka.
Sementara itu, akhbar dalam talian Rappler.com melaporkan, Jabatan Kehakiman menentang usul yang difailkan oleh Pejabat Peguam Awam (POA) untuk menurunkan wang ikat jamin terhadap semua tertuduh kepada 3,000 peso (RM227) setiap pertuduhan.
Hakim mengarahkan kedua-dua pihak semalam untuk mengemukakan memorandum dalam tempoh sepuluh hari bagi menjelaskan usul masing-masing.
Menurut ketua POA, Percida Acosta jika semua tertuduh boleh diikat jamin, maka mereka perlu membayar sebanyak 6.2 juta peso (RM470,428).
Jumlah itu tidak mampu dibayar tertuduh.
Pada pagi 20 Mac lalu, seramai 38 orang yang terdiri daripada seorang wanita menaiki dua buah bot selepas mereka melarikan diri dari Sabah.
Bot yang dinaiki mereka kemudian dipintas dua bot Tentera Laut Filipina di selatan negara ini. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2OeTRIOQu
Hakcipta terpelihara 

Konflik agama di Myanmar merebak ke bandar lain




PASUKAN tentera berehat seketika selepas berkawal di bandar Meikhtila yang menyaksikan 32 maut akibat konflik agama. Keganasan itu dikatakan merebak ke tiga bandar di wilayah selatan iaitu Napytaw, Yamethin dan Lewei.


YANGON - Samseng-samseng anti penganut agama Islam menimbulkan kekecohan di tiga lagi bandar di Myanmar pada hujung minggu lalu.
Mereka membakar masjid dan berpuluh-puluh buah rumah, ketika kerajaan cuba untuk menghalang keganasan agama daripada terus merebak.
Presiden Myanmar, Thein Sein mengumumkan perintah darurat pada Jumaat dan menghantar tentera ke bandar Meikhtila yang terjejas teruk dan menyaksikan 32 orang maut serta 10,000 penduduk yang kebanyakan orang Islam hilang tempat tinggal.
Biarpun dengan kehadiran tentera, kekacauan terus merebak ke wilayah selatan Naypyitaw. Seorang penduduk Islam di Tatkone, 80 kilometer dari Meikhtila memberitahu sekumpulan 20 lelaki menggeledah sebuah masjid pada malam Ahad, membaling batu dan memecahkan tingkap sebelum polis menghalau mereka dengan melepaskan tembakan.
Pada Sabtu pula, sekumpulan samseng lain membakar sebuah masjid dan 50 buah rumah di bandar Yamethin. Sebuah lagi masjid dan beberapa buah bangunan turut dimusnahkan di Lewei.
Masih tidak jelas siapakah yang menjadi dalang kepada keganasan tersebut. Tiada pertempuran atau kematian dilaporkan di tiga bandar terbabit.
Akhbar Myanma Ahlin, menyiarkan kenyataan daripada pemimpin agama Buddha, Islam, Kristian dan Hindu yang sedih atas kehilangan nyawa dan harta benda. Mereka juga menyeru golongan sami Buddha agar membantu mengurangkan ketegangan tersebut.
Penganut Islam mewakili kira-kira empat peratus daripada 60 juta penduduk Myanmar. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2OePGXVW9 
Hakcipta terpelihara 

Jacel: Azzimuddie masih di Sabah



GAMBAR fail Jacel bersama bapanya, Jamalul Kiram III dalam satu sidang media baru-baru ini di rumah mereka di kampung Maharlika, bandar Taguig, Manila.


BANDAR DAVAO, Filipina - Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram didakwa masih berada di Sabah, walaupun pihak media Malaysia melaporkan dia telah melarikan diri dan kembali ke negara ini, dakwa anak pemimpin pengganas Sulu, Jacel Kiram semalam.
"Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam)," kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com
Katanya, perbualan rutin selama 30 saat setiap hari itu membuktikan Azzimuddie masih berada di Sabah.
Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Azzimuddie, 72, telah meninggalkan orang-orangnya di Lahad Datu dan kini sedang bersembunyi untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.
Jacel menegaskan, bapa saudaranya itu dan beberapa pengikutnya sedang menyembunyikan diri di Sabah.
Dia juga menafikan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40 yang ditahan pihak berkuasa Malaysia berpangkat jeneral dalam tentera Kesultanan Sulu.
Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.
"Dengan penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar," kata Jacel.
"Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral," tambahnya.
Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.
Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.
Azzimuddie dan sejumlah pengikutnya memasuki Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah yang didakwa hak milik nenek moyang mereka. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2OeP1sGLz 
Hakcipta terpelihara 

"Israel" akan menutup Tebing Barat selama hari Paskah Yahudi




BETHLEHEM - Tentera "Israel" akan menguatkuasakan penutupan Tepi Barat selama hari raya Paskah Yahudi, kata tentera negara Zionis Yahudi itu pada hari Ahad (24/3/2013).

Tentera Zionis mengatakan bahawa Tebing Barat akan ditutup pada Ahad tengah malam hingga Ahad tengah malam pada minggu ini.

Tentera Zionis mendakwa bahawa hal-hal kemanusiaan akan dikecualikan ketika penutupan berlangsung.

"Orang-orang yang memerlukan perhatian perubatan, bantuan kemanusiaan atau kes-kes merupakan pengecualian akan dibenarkan untuk lewat untuk rawatan, dengan izin dari Pentadbiran Awam," katanya, Ma'an News Agency melaporkan.

Setiausaha negara AS mendadak kunjungi Afghanistan





KABUL - Setelah melawat Iraq pada Ahad (24/3/2013) , Setiausaha Negara penjajah Amerika Syarikat (AS) John Kerry terbang ke Afghanistan dalam lawatan mengejut untuk bertemu dengan Hamid Karzai di tengah kebimbangan bahawa Karzai bisa meranapkan "perkembangan "dalam perang melawan Mujahidin.

Menurut laporan The Guardian bahawa Kerry tiba di Kabul pada Isnin (25/3) untuk lawatan selama 24 jam. Dalam kunjungannya itu ia akan bertemu dengan Karzai dan membincangkan sejumlah masalah termasuk "perdamaian" Afghanistan, "pemindahan keselamatan" kepada pasukan pemerintah Afghan dan pilihan raya Afghanistan.

Akhir-akhir ini, hubungan antara rejim boneka Afghan dengan sekutunya AS telah menegang, di antara puncanya adalah masalah korban awam akibat serangan-serangan udara, operasi malam dan penahanan warga Afghan secara sewenang-wenangnya setelah pemerintah Afghan kebanjiran keluhan rakyat berkaitan perlakuan kejam dari pasukan penjajah asing itu.