Thursday, February 14, 2013

Jangan takut berjuang fi sabilillah. Biarpun muncung senapang dan pedang di depan mata mu.

Pesanan Buat Semua.... 

Jangan takut berjuang fi sabilillah. Biarpun muncung senapang dan pedang di depan mata mu. 

Takutnya si pejuang, hanya pada Allah s.w.t.
Allahu Akbar !!

Kuswadinata kritikal selepas muntah darah

PELAKON veteran, Kuswadinata ketika dimasukkan Hospital Ampang, Selangor, Oktober tahun lalu. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PELAKON veteran, Kuswadinata ketika dimasukkan Hospital Ampang, Selangor, Oktober tahun lalu. - Foto Mohd Azren Jamaludin KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 9 Februari lalu.

Hari ini, bintang Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat itu dikatakan tidak mampu bercakap selepas mengalami muntah darah sehari sebelumnya.
Isterinya, Kamariah Mohd Said, 58, berkata pelakon itu dimasukkan semula ke hospital akibat kesihatannya yang semakin meruncing.


“Sebelum ini dia perlu menjalani rawatan untuk melihat pendarahan dalaman, tetapi dia enggan berbuat demikian. Semalam, dia muntah darah, jadi doktor sarankan untuk meneruskan juga rawatan terbabit.

“Bagaimanapun, ia tidak dapat dilakukan apabila tiba-tiba tekanan darahnya semakin rendah. Jadi, kami perlu menunggu sehingga tekanan darahnya kembali stabil sebelum diteruskan dengan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Polis sahkan penceroboh di Lahad Datu berketurunan Sultan Sulu


KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.


Beliau berkata, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal.

"Setakat ini rundingan berjalan dengan baik dan kita jangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Asri, Juanda tanding PRU13?



Asri, Juanda tanding PRU13?
Muka depan Sinar Harian edisi Selangor
SHAH ALAM – Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini, yang dilabel sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’.

Nama beliau mula menjadi sebutan dalam senarai bakal calon PRU13, yang turut merangkumi nama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Tempat Asri, 42, sebagai Mufti Perlis digantikan oleh Juanda, 41, empat tahun yang lalu.

Kedua-dua tokoh ulama ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai desas-desus kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun Sinar Harian difahamkan, Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.

Juanda  adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Nama Asri, kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.

Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda, anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.

Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada PR.

Namun khabar angin yang mengatakan beliau akan bertanding atas tiket Pas mungkin meleset kerana sumber dalaman Sinar Harian dan Sinar Harian Online memberitahu bahawa Juanda mungkin menyertai PKR dan tidak mungkin menggunakan platform Pas untuk bertanding nanti.

“Malah, beliau juga ada didampingi wakil Umno... jadi nampaknya beliau sudah dirisik semua parti,” kata sumber lagi.

Sungguhpun beliau seorang tokoh agama, namun ia tidak bermaksud Juanda perlu memilih parti bertunjangkan agama sebagai landasan utama untuk menyertai dunia politik negara.

“Dr Juanda kemungkinan besar akan bertanding di Perlis, berpotensi untuk tanding di Kangar... beliau sudah dihubungi, sedang mempertimbangkan tawaran.

“Malah, beliau juga sudah menunjukkan minat dalam bidang politik,” katanya lagi.

Perlis memperuntukkan tiga kerusi Parlimen.

Di sebalik dua nama itu, turut menjadi sebutan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia,  Fathul Bari Mat Jahya yang menyertai Umno tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu bahawa Fathul Bari juga akan diturunkan pada PRU13 untuk membawa “kekuatan” ke atas imej Umno-BN pada kali ini.

“Apa yang pasti Fathul Bari akan tanding atas tiket Umno,” katanya lagi.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.

Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.

Apakah kaitan Aliran Wang Haram dan Malaysia?

Aliran Wang Haram [Illicit Financial Flows]
Apakah kaitan Aliran Wang Haram dan Malaysia?

Like page Rafizi Ramli untuk info terkini 

Punca-puncanya:
1. Isu-isu makroekonomi sesebuah negara yang bersabit rapat dengan persepsi rasuah dan berleluasanya rasuah;

2. Saiz ekonomi haram dari kegiatan-kegiatan haram seperti kongsi gelap, perjudian tanpa lesen dan lain-lain; dan

3. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah oleh institusi yang dipertanggungjawabkan menyebabkan tiadanya disiplin tata kelola pentadbiran ekonomi yang baik

kedudukan Malaysia - kedudukan ketiga di bawah China dan Mexico.

Carta kumulatif aliran keluar wang haram 20 negara utama antara tahun 2001-2010. Perhatikan kedudukan Malaysia - kedudukan ketiga di bawah China dan Mexico. [Sumber: Global Financial Integrity]

Diragut ketika sedang minum



CHUKAI - Seorang pesara kerajaan kerugian RM1,700 apabila beg tangannya diragut seorang pemuda ketika sedang minum bersama rakan di Chendol Kopitiam dekat Taman Chukai Utama, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, bekas pengetua wanita berusia 60 tahun itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana tergamam dengan tindakan suspek yang tiba-tiba merentap beg tangannya yang diletakkan di atas kerusi bersebelahannya.

Difahamkan, ketika kejadian, suspek yang memakai topi keledar tiba-tiba meluru masuk ke dalam kopitiam itu lalu melarikan beg tangan mangsa.

Suspek berlari keluar dan membonceng sebuah motosikal yang ditunggangi rakannya yang sudah sedia menunggu di luar restoran sebelum memecut laju dan gagal dikejar orang awam.

Dipercayai suspek memerhatikan gerak geri mangsa sebelum bertindak meragutnya.

Akibat kejadian itu, mangsa kehilangan pelbagai dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank yang diletakkan dalam beg tangannya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira jam 6.10 petang.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam premis yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Katanya, polis kini giat mengesan kedua-dua suspek yang dipercayai penagih dadah.

Israel akui pernah penjarakan Banduan X warga Australia



CANBERRA - Israel buat julung kali mengakui pihaknya pernah memenjarakan seorang lelaki warganegara Australia-Israel menggunakan identiti samaran atas sebab-sebab keselamatan.

Lelaki itu mati dalam tahanan tiga tahun lalu.

Pihaknya sebelum ini tidak mendedahkan identiti sebenar banduan dan hanya dikenali sebagai Banduan X tetapi media Australia mendedahkan banduan yang ditahan itu dikenali sebagai Ben Zygier.

Penahanan Zygier bagaimanapun diketahui ahli keluarganya kerana mereka telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Kementerian Pertahanan Israel mengesahkan yang lelaki itu mati kerana membunuh diri dalam sel semasa dalam tahanan pada tahun 2010.

Menteri Luar Australia mengarahkan siasatan dijalankan berhubung penahanan Zygier, 34 dari Melbourne yang dipercayai bekerja untuk agensi perisikan Mossad Israel.

Laporan The Age dari Australia pula melaporkan bahawa rakan keluarga Zygier mahukan keadilan.

Agensi berita Australia melaporkan beberapa bulan sebelum ditahan di Israel, Zygier disiasat oleh Pertubuhan Risikan Keselamatan Australia (ASIO) kerana disyaki menyalahgunakan pasport bertujuan untuk menjalankan pengintipan.

Dipetik kenyataan Zygier pada tahun 2010, beliau berkata, “saya tidak terlibat langsung dengan aktiviti pengintipan. Ini tidak masuk akal."

Istana berang majalah Itali terbit foto bikini Kate


Kate Middleton
Kate Middleton
LONDON - Rancangan Kate Middleton untuk bercuti dengan tenang terganggu apabila sebuah majalah menerbitkan dua foto yang menunjukkan beliau, yang kini hamil, dalam bikini di pantai bersama suaminya Putera William.

Majalah Itali, Chi memaparkan foto Duchess of Cambridge yang hanya mengenakan bikini berwarna biru.

Penerbitan itu diprotes oleh pihak istana.

“Kami kecewa kerana majalah itu menerbitkan foto yang sepatutnya menjadi percutian peribadi pasangan diraja dan diterbitkan di luar negara. Ia juga jelas melanggar hak privasi pasangan ini,” kata jurucakap istana, St James dalam satu kenyataan semalam, seperti dipetik Shine.

Gambar-gambar itu menunjukkan Kate dengan rambut semula jadinya yang kerinting dan berjalan di sepanjang pesisir pantai di Pulau Caribbean bersama William.

Kate yang hamil sering mendapat perhatian media kerana bentuk badannya berubah dan foto terbaru menunjukkan beliau hamil.

Majalah itu dilaporkan sanggup membayar sehingga AS$500,000 (RM1.5 juta) bagi mendapatkan foto eksklusif itu.

Chi juga pernah menerbitkan 18 foto Kate tidak memakai bra September lalu.

Kate telah mengambil tindakan mahkamah tahun lalu.

PRU13 : Maklumat terkini dari Bukit Aman berhubung sokongan Rakyat.



PRU13 : Maklumat terkini dari Bukit Aman berhubung sokongan Rakyat.

Maklumat terkini dari Bukit Aman berhubung sokongan Rakyat.

IOF tangkap pemimpin Hamas

BAITULMUQADDIS - Seramai 13 penduduk Palestin termasuk seorang pemimpin Hamas ditangkap pihak berkuasa Israel (IOF) ketika kumpulan itu melancarkan kempen pembersihan penduduk di Tebing Barat.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, IOF membuat tangkapan di kem pelarian Aida di Bethlehem, menyerbu beberapa rumah di bandar Tulkarem, Nablus dan Hebron.

“Pemimpin Hamas, Ra’fat Nasif dan individu berusia antara 19 dan 30 tahun ditangkap di beberapa kawasan penempatan sekitar bandar itu, kelmarin,” menurut laporan itu.

Laporan turut melaporkan, sekumpulan IOF menggunakan anjing untuk menyerbu ke kawasan penempatan di Tulkarem sebelum menangkap pemimpin Hamas itu bersama empat individu lain.

Di Nablus, tentera Israel menahan empat rakyat Palestin di kampung Tal.

Saksi berkata, IOF menggunakan trak untuk menyerbu kampung Tal dan meruntuhkan beberapa rumah di kampung Azmout timur, Nablus.

“Mereka memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk di situ,” katanya.

Di Hebron, seorang remaja berusia 19 tahun ditangkap di pusat pemeriksaan tentera Za’tra, selatan Betlehem.

"Remaja itu ditangkap, beliau dipijak dan dipukul hingga pengsan sebelum dibawa ke lokasi rahsia. - PNN

Korea Selatan kukuh tentera



Korea Selatan kukuh tentera
Seoul mengarahkan tenteranya bersiap sedia selain menggerakkan pakar mengkaji semula ujian Seoul
SEOUL - Korea Selatan mengambil tindakan memperkukuhkan pasukan keselamatannya dan menggerakkan kumpulan saintis bertujuan menentukan sama ada ujian nuklear ketiga Pyongyang sama seperti dakwaan kejayaan oleh Korea Utara, semalam.

Letupan itu turut mencetuskan gerakan diplomatik global dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengadakan pertemuan dengan sekutu di Seoul, Beijing dan Tokyo.

Presiden AS, Barack Obama menggunakan kuasa Kesatuan Negeri bagi memastikan sekutunya itu meningkatkan amaran terhadap Pyongyang.

"Kerajaan Korea Utara perlu tahu, mereka hanya akan mendapat perlindungan dan kemakmuran jika mempunyai tanggungjawab politik," kata Obama.

Kelmarin, Korea Utara melancarkan ujian nuklear ketiganya di kawasan bawah tanah di timur laut negara yang didakwa sebagai langkah terbaru Pyongyang membina bom kecil yang mampu memusnahkan AS.

Menurut kementerian pertahanan Seoul, ujian berkenaan adalah tindak balas terhadap ancaman dikeluarkan AS dan Pyongyang dijangka enggan berhenti jika Washington masih melindungi musuhnya. - AFP

Karzai terima cadangan panggil balik tentera Obama



Askar-askar tempatan
Askar-askar tempatan
KABUL - Cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk memanggil balik seramai 34,000 askarnya di Afghanistan bermula awal 2014 diterima baik pihak kerajaan, semalam.

Jurucakap Menteri Pertahanan Afghanistan, Mohammad Zahir Azimi berkata, susulan penghantaran pulang separuh daripada 66,000 anggota keselamatan AS, kerajaan bakal mengisi kekosongan itu dengan askar-askar tempatan bermula 12 bulan kemudian.

Terdahulu, Obama menyatakan keputusannya sewaktu menyampaikan ucapan dalam Kesatuan Negeri di Washington.

"Obama terlebih dahulu berunding dengan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai," katanya.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu sempat membincangkan cara untuk mengukuhkan dan melengkapkan pasukan keselamatan Afghanistan termasuk perjanjian keselamatan yang tertunda melibatkan keputusan penghantaran pulang tentera asing pada akhir 2014. - AP

Ratusan polis protes kerajaan Mursi



Ratusan polis protes kerajaan Mursi
Ratusan anggota polis melancarkan protes terhadap kerajaan Mursi di tujuh wilayah Mesir, semalam.
KAHERAH - Ratusan pegawai polis bertindak menutup ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri di tujuh wilayah Mesir sebagai tanda protes selepas merasakan mereka dieksploitasi oleh kerajaan pimpinan Presiden Mesir, Mohamed Mursi.

Pemimpin kesatuan polis, Ahmed Al-Helbawi berkata, kesatuan polis mendakwa, Mursi dan sekutunya menggunakan anggota polis sebagai alat untuk menempelak musuh politik beliau sekali gus mengalihkan pandangan masyarakat antarabangsa.

“Kami tidak mahu menjadi alat atau menanggung kegagalan politik beliau. Pertempuran antara orang awam dan polis setiap hari perlu dihentikan,” katanya.

Menurutnya, media dan pemerhati hak asasi manusia antarabangsa menuding jari ke arah polis Mesir berikutan rusuhan yang tercetus di ibu negara itu.

“Terdapat banyak laporan menyatakan polis dan pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap orang awam sedangkan kami tidak dibekalkan dengan senjata.

Laporan ini jelas menjejaskan imej polis sebagai pengawal keselamatan yang sepatutnya berkhidmat untuk masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Mursi juga enggan menyediakan keperluan lengkap yang diperlukan anggota polis dalam melindungi diri.

“Kami hanya bergantung kepada hos air dan gas pemedih mata untuk berbalas serangan,” katanya.

Sejak tiga minggu lalu, lebih daripada 50 dilaporkan maut sepanjang pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Kejadian itu menyebabkan 500 orang awam melakukan protes di hadapan ibu pejabat polis di Alexandria, kelmarin. - Reuters

Beza Memang Berbeza !! Senang Cakap...Zaman BN Zaman Sampah !!!

SYRIA

## SYRIA
Senyuman kemenangan ... ^_^ .V

A Victory's smile ... ^_^ .V

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions:

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
OUTSIDE MALAYSIA : SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: +603-61770786/ +6013-2226057
 

syria

Damaskus, Suriah, 14 Februari 2013.

Bukan anak2 dan wanita saja yang menjadi korban kebrutalan, kebengisan dan kekejian kaum kafir syiah, binatang pun ikut jadi korban kebengisan kaum kafir syiah.......


laa hawla wala quwwata illa billah.....

SYRIA

## SYRIA
Ini bukan photoshop!!
Ini adalah realiti bagaimana sokongan terhadap regim semakin hari semakin jatuh merosot..
InsyaAllah kemenangan semakin dekat ... ^_^ .V

This is not a photoshop!!
This is a realistic indication for the declining support to the regime through out the years of the revolution...
InsyaAllah the voctory is near and more near... ^_^ .V

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions:

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
OUTSIDE MALAYSIA : SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: +603-61770786/ +6013-2226057

SYRIA

## SYRIA
Dia (kita percaya) sedang dibakar di dalam neraka (diseksa dalam kubur), tetapi hari ini patung dia yang dibakar sehingga menjadi abu di bandar Tabaqa, Raqqah. Hafeez Al Asad pemerintah kuku besi yang memerintah Syria dengan ketakutan, ugutan, kuasa polis, kemudian menyerahkan kuasanya kepada anak lelakinya untuk terus melakukan kerosakan yang sama. 

Ketakutan yang mereka cipta ini berjaya dimusnahkan pada hampir 2 tahun yang lalu, sejarah yang mereka cipta akan dihancurkan satu persatu!!
Info : Di sana, terlalu banyak patung Asad di sekitar Syria

*****
He's surely burning in hell, but his statue today burned to ash in Tabaqa (Raqqah). hafez assad, the tyrant that ruled Syria with fear, intimidation, a police state & violence, then handed power to his son to continue in the same vein.

The fear was broken nearly 2 years ago, and his memories will be destroyed one by one!!
Info : there are to many statue of Asad was built around Syria..

Video: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ZkJLaUUDRLA

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions:

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
OUTSIDE MALAYSIA : SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: +603-61770786/ +6013-2226057

Minta maaf tapi terus hina Islam


Wellington: Ahli politik New Zealand, Richard Prosser meminta maaf semalam kerana berkata lelaki muda Islam ialah ancaman keganasan dan tidak sepatutnya dibenarkan menaiki pesawat milik negara Barat.

Selepas kenyataannya dikecam di seluruh spektrum politik, Prosser dari parti New Zealand First berkata beliau gagal mengenali majoriti umat Islam yang mematuhi undang-undang dan tidak menyokong pelampau.
Prosser berkata, cadangan beliau yang merangkumi semua lelaki berusia 19 hingga 35 tahun yang beragama Islam, kelihatan seperti orang Islam, atau datang dari negara Islam, dilarang menaiki pesawat terlalu luas, tetapi masih menyokong profil sasaran penumpang pesawat.

“Saya tidak sepatutnya mencadangkan larangan menyeluruh, saya sepatutnya menggesa siasatan dibuat mengenai merit profil sasaran. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya saya lakukan dan saya meminta maaf kerana itu,” katanya kepada Radio New Zealand tanpa mengulas lanjut.

Katanya, beliau tidak kesal menggelar Islam agama zaman batu dalam kolum yang disiarkan di majalah Investigate.

“Saya bercakap mengenai Islam dan saya tidak meminta maaf di atas hakikat saya tidak dapat menerima orang merendahkan wanita dan tiada masa untuk institusi, apa saja, yang menindas hak asasi manusia,” katanya.

Perdana Menteri, John Key menyifatkan kenyataan Prosser itu sebagai mengerikan, manakala komuniti Islam menggesa beliau meninggalkan Parlimen, sesuatu yang tidak akan dilakukannya.
Bekas ahli politik Parti Buruh, Kelvin Davis, memberi tindak balas di akaun Twitter yang berbunyi: “Lebih baik diam dan biarkan semua orang berasa anda bodoh berbanding buka mulut dan mengesahkan anggapan itu.”
AFP

RM39,000 upah kerat telinga


Baku: Parti prokerajaan di Azerbaijan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memotong telinga seorang penulis terkenal, Akram Aylisli, 76, yang dikatakan menghina negara itu dengan paparan persahabatan dan keganasan antara penduduk negara itu dan Armenia.

Azerbaijan dan Armenia tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak perang membabitkan wilayah rebutan, Nagorno-Karabakh, pada awal 1990-an, selepas Soviet Union musnah, yang membunuh 30,000 orang.
Aktivis Pemerhati Hak Asasi, mengutuk ancaman terhadap Aylisli, yang memegang gelaran Penulis Rakyat di Azerbaijan. Gelaran itu ditarik balik oleh presiden minggu lalu selepas kisah Stone Dreams membangkitkan kemarahan penduduk negara itu.

Hasil kerja yang disiarkan di majalah Russia, sebahagiannya menceritakan kisah penduduk negara itu cuba melindungi jiran Armenia mereka ketika penduduk Armenia diseksa dan dipukul di Baku pada tahun 1990.

Dengan hampir sejuta penduduk wilayah Nagorno-Karabakh yang kehilangan tempat tinggal menetap di Azerbaijan dan kedua-dua negara berdepan kesan ekonomi dan sosial akibat perang, topik hubungan etnik memang tidak wajar disentuh.

Pemimpin parti prokerjaan, Muasir Musavat, kelmarin berkata parti menawarkan 10,000 manat, hampir AS$13,000 (RM39,000) bagi sesiapa yang memotong telinga Aylisli.

“Aylisli menghina seluruh bangsa Azeri. Oleh kerana beliau menghina kami, kami mahu bertindak balas dan itu yang kami putuskan. Telinganya mesti dipotong,” kata Hafiz Haciyev di pejabat partinya di Baku.
Desak minta maaf

Malah sebelum ancaman Haciyev, pegawai Parti Yeni Azerbaijan yang memerintah negara itu juga mendesak Aylisli menarik balik novel berkenaan daripada pasaran dan meminta maaf kepada penduduk. Bantahan juga dibuat di luar rumahnya di Baku.

REUTERS

Pemisah selatan Thai masuk perangkap

Anggota keselamatan mengumpul bukti dekat beberapa mayat pemisah yang menyerang markas tentera di Narathiwat. - Foto REUTERS
Anggota keselamatan mengumpul bukti dekat beberapa mayat pemisah yang menyerang markas tentera di Narathiwat. - Foto REUTERS Narathiwat: Askar Thailand membunuh 16 pemisah yang cuba melakukan serangan terhadap sebuah kem di selatan negara itu, semalam.

Seramai 50 pemisah berpakaian tentera menyerang markas di daerah Bacho, di sini, sejurus selepas tengah malam, kata Ketua Petugas Khas Tentera Wilayah, Kapten Somkiat Ponprayun.
Menurut Somkiat, tembak-menembak berakhir dengan 16 daripada penyerang terbunuh dan rakan mereka melarikan diri.


Mengikut kenyataan jurucakap tentera wilayah, Kolonel Pramote Promin, awalnya angka kematian pemisah dilaporkan 19 orang.

Penduduk beri maklumat

Somkiat berkata, tiada askar yang maut dalam kejadian itu. Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada penduduk tempatan yang memberi amaran mengenai serangan itu.

Ia kematian tertinggi dialami pemisah Islam sejak 100 maut ketika pertempuran dalam masa sehari, hampir satu dekad lalu.
Pertempuran di tiga wilayah selatan Thailand berlaku hampir setiap hari sejak pemberontakan meletus semula pada 2004 dan lebih 5,000 terbunuh. Anggota keselamatan, selain guru, menjadi sasaran kerana dilihat sebagai wakil kerajaan.

Penduduk Islam di selatan, wilayah diduduki majoriti penduduk beragama Islam di negara Buddha itu, sudah lama mengadu mengenai diskriminasi ke atas mereka oleh Kerajaan Pusat di Bangkok dengan pemisah dianggap berjuang untuk mendapatkan autonomi.

Tetapi mereka tidak pernah membuat pengumuman mengenai matlamat mereka.

Angka kematian itu yang tertinggi sejak serangan dilancarkan serentak ke atas stesen polis dan pusat pemeriksaan di tiga wilayah pada April 2004, mencetuskan pertempuran yang mengorbankan lebih 100 militan, 32 di masjid Kreu-Sae di Pattani yang menjadi tempat berkubu.

Sedia hadapi serangan

Pengendali kem berkenaan, Komander Thammanoon Wanna, berkata tentera sudah bersedia menghadapi serangan selepas pihak berkuasa menemui lakaran yang menunjukkan pelan itu pada pemisah yang ditembak mati baru-baru ini.
AP

16 pejuang pemisah terbunuh


Bangkok: Enam belas pejuang pemisah selatan Thai terbunuh selepas mereka melancarkan serangan terhadap sebuah pangkalan tentera di Narathiwat, awal pagi semalam.

Anggota marin Thai di pangkalan di daerah Bacho itu yang sudah bersiap sedia menanti serangan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai rancangan itu, melepaskan tembakan apabila kira-kira 60 pemisah berpakaian seragam tentera menghampirinya kira-kira jam 1 pagi, kata jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri, Pramote Phromin.


Komander unit, Kapten Somkiat Philprayoon berkata, kira-kira 100 anggota pemisah terbabit dalam serangan itu.

“Enam belas pemisah disahkan mati selepas serangan berkenaan. Mereka berpakaian tentera dan bersenjatakan raifal AK47 dan M16,” katanya.


Somkiat juga memberitahu wartawan, tidak ada anggota tentera Thai yang cedera dalam pertempuran selama 20 minit itu. Kira-kira 100 tentera dan polis kini melancarkan gerakan memburu baki pemisah yang melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran, sebahagiannya meninggalkan kesan darah. Gerakan memburu itu turut dilakukan di hospital dan klinik sekitar bagi mengesan penyerang yang cedera.


Keganasan di selatan Thai membabitkan wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala yang majoriti penduduknya keturunan Melayu dan beragama Islam mula meletus sejak awal 2004 selepas sebahagian penduduknya bangun memberontak menuntut pemisahan setelah ditindas puluhan tahun oleh kerajaan Thai.

Lebih 5,300 orang terbunuh sepanjang tempoh itu.


“Kami mendapat tahu mengenai rancangan mereka daripada anggota pemisah yang berpaling tadah. Kami berjaya mempertahankan kem itu dan semua anggota kami selamat,” kata Pramote.

Menurutnya, pemimpin kanan pemisah itu yang lengkap dengan pakaian kalis peluru, Maroso Jantarawadee, adalah antara yang terbunuh.


Pemerintah Tentera Serantau, Leftenan Jeneral Udomchai Thammasaroraj memberitahu wartawan, pihaknya mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan sekitar lima kilometer dari pangkalan itu bermula malam tadi hingga esok.


Kejadian semalam adalah yang paling buruk menimpa kumpulan pejuang itu sejak lebih 100 orang mati dalam sehari kira-kira sedekad lalu, termasuk 32 yang mati ditembak di Masjid Kreu-Sae di Pattani. Kejadian semalam juga berlaku sehari selepas Yingluck Shinawatra berkata kerajaannya akan menentukan Jumaat ini sama ada akan menguatkuasakan perintah berkurung di ketiga-tiga wilayah terbabit bagi mengekang keganasan yang berlaku hampir setiap hari. - Agensi

Shila sedih putus cinta dengan Sharnaaz



KUALA LUMPUR - Penyanyi Shila Amzah sedih dengan keputusan pelakon Sharnaaz yang membuat keputusan muktamad melupakan kisah cinta mereka berdua atas alasan sudah hilang hormat kepada bapanya, ND Lala.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu menerusi laman Twitternya, @Shilaamzah semalam.
"Sangat sedih sebenarnya apabila seseorang itu boleh berjalan di depan kamu dan berpura-pura menganggap kamu tidak pernah menjadi sebahagian besar daripada hidup mereka.
"Permulaan baharu, hidup baharu dan lagu baharu akan muncul. Alhamdulillah," jelasnya.
Namun, Shila pasrah dengan keputusan kekasihnya mahu memutuskan hubungan cinta.
"Walaupun kita tidak ditakdirkan bersama hingga akhirnya tetapi saya sangat bersyukur kamu telah menjadi sebahagian daripada hidup saya suatu masa dulu.
"Saya mendoakan yang terbaik buat kamu (Sharnaaz)," tulis juara Asian Wave 2012 itu.
Kelmarin, Sharnaaz dilaporkan membuat keputusan muktamad untuk melupakan percintaannya dengan Shila atas alasan sudah hilang hormat kepada ND Lala.
Kemelut cinta mereka dipercayai menjadi punca Shila menghilangkan diri selama seminggu sebelum ditemui di Kemaman, Terengganu pada minggu lalu.
Usaha untuk menghubungi keluarga Shila Amzah bagaimanapun gagal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2KpVHdfQs 
Hakcipta terpelihara 

Siti cuti tiga bulan untuk jaga suami






KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengambil cuti tiga bulan daripada aktiviti seni bermula bulan lalu hingga Mac untuk memberi perhatian terhadap Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selepas suaminya itu terbabit dalam kemalangan motosikal di New Zealand pada Disember tahun lalu.
Menurutnya, keadaan Khalid, 53, atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K semakin pulih tetapi perlu menghadiri lebih banyak sesi fisioterapi di hospital.
"Alhamdulillah, proses rawatan berjalan lancar dan lebih menumpukan pada bahagian tangan. Sebagai isteri, saya perlu berada di sampingnya untuk membantu menguruskan kehidupan seharian seperti mandi dan makan," katanya pada sidang akhbar sempena Minggu Setiausaha di Hotel Royale Chulan di sini semalam.
Tambahnya, pengalaman menjaga suami semasa sakit menyedarkan beliau betapa sukarnya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2KpV5gmsv 
Hakcipta terpelihara 

Obama janji bertindak tegas ke atas Korea Utara


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar) berjanji bersama sekutu-sekutu AS untuk bertindak tegas ke atas Korea Utara selepas negara itu mengadakan ujian nuklear ketiganya sekali gus mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Dalam ucapannya kepada Kongres kelmarin, Obama dengan nada tegas berkata: "AS akan terus mengetuai usaha bagi menghalang penyebaran senjata paling berbahaya di dunia (senjata nuklear).
"Rejim Korea Utara perlu sedar mereka hanya dapat mengekalkan kemakmuran dan keselamatan dengan memenuhi tuntutan masyarakat antarabangsa," tambahnya.
Korea Utara mencemaskan sekutu-sekutunya apabila ia melancarkan ujian nuklear terbaharunya yang disifatkan oleh AS dan Korea Selatan sebagai lebih kuat berbanding ujian nuklear pada 2006 dan 2009.
Korea Utara yang merapatkan barisan di bawah kepimpinan Kim Jong-Un terus berdegil dengan memberi alasan ia terpaksa mengadakan ujian nuklear kerana sikap permusuhan yang ditunjukkan oleh AS.
"Korea Utara tidak akan akur kepada mana-mana resolusi," kata Setiausaha Pertama Korea Utara ke Geneva, Jon Yong-Ryong.
Beliau sebaliknya menganggap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengenakan sekatan ke atas Korea Utara itu sebagai langsung tidak munasabah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2KpR1eONw 
Hakcipta terpelihara 

Suara Keadilan

Suara Keadilan. Akhbar Media Rakyat Edisi 103. Lebih Telus Lagi Hangat. Dapatkannya hari ini.