Monday, December 14, 2015

Dr Ling Fail Saman Balas Terhadap Najib


Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 8:49 PM
Dr Ling Liong Sik.

KUALA LUMPUR: Bekas menteri Kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik memfailkan saman balas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Ling berkata Najib tidak meneruskan sebarang saman fitnah terhadap individu lain termasuk pemimpin Umno yang berulang kali mengkritik tingkah laku dan integiriti beliau.
Dalam dokumen mahkamah, Dr Ling berkata beliau mengalami kerugian dan menuntut ganti rugi, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Peguam utama beliau, Ranjit Singh berkata saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.
Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengesahkan bahawa mereka menerima satu salinan pernyataan pembelaan dengan saman balas pada hari yang sama.
Perdana Menteri memfailkan saman terhadap Dr Ling di atas kenyataan  yang membayangkan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Dalam kenyataan tuntutannya, Najib antara lain memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan mohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan oleh plaintif (Najib).
Najib juga memohon injunksi untuk menghalang Dr Ling, atau melalui kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Dr Ling bergantung kepada pernyataan pembelaan saksama dan perlindungan bersyarat atas kenyataan beliau.

Beliau menafikan menjejaskan reputasi Najib.

Mahkamah menetapkan 11 Januari depan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.

Lebih Jimat Terbang Banding Naik ERL - Tony Fernandes


Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 12:00 PM
PETALING JAYA: Tan Sri Tony Fernandes berkata, adalah lebih murah untuk 'terbang' berbanding menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) susulan pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam itu baru-baru ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu.
"Ia produk bagus tetapi terlalu mahal. Saya tidak faham. Penumpang AirAsia menaikinya tapi lebih murah lagi untuk terbang sekaang," tweet beliau pada Isnin.
Fernandes berkata, pihaknya menjadi tidak popular kerana sering kali menentang kenaikan kos dan meminta pemain dalam industri penerbangan supaya lebih efisien supaya mengurangkan beban orang ramai.
Pada 1 Disember, Express Rail Link Sdn Bhd berkata, tambang baharu untuk perjalanan sehala antara KL Sentral dan KLIA/KLIA2 meningkatkan kepada RM55 berbanding RM35 sebelum ini.
Kenyataan itu juga menyebut, harga baharu itu diluluskan kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan kajian pertama sejak ia mula beroperasi 14 tahun lalu.
Memahami ketidakpuasan hati rakyat berhubung perkara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pelajar, penuntut universiti, Orang Kelainan Upaya, warga tua yang menggunakan ERL dan KTM Komuter.

Merkel, Obama dinobat 'penipu terbaik 2015'


Dari kiri: Erdogan, Merkel dan Obama dinobatkan sebagai 'penipu terbaik' 2015 oleh pembaca sebuah portal yang berpangkalan di Jerman.

BERLIN - JERMAN . Satu tinjauan antarabangsa mendapati Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai 'penipu terbaik' bagi tahun 2015.
Kaji selidik itu dijalankan oleh sebuah portal berpangkalan di Jerman, Alles Schall und Rauch dengan penglibatan lebih daripada 3,000 pembacanya di Jerman serta 40 negara lain di seluruh dunia.
Hasil tinjauan itu mendapati, Merkel mengungguli undian dengan menerima 39 peratus undi. Lebih 21 peratus pembaca pula memilih Obama, manakala presiden Turki menerima 18 peratus undi.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko masing-masing meraih 8 dan 7.8 peratus undi.
Keputusan itu disiarkan seminggu selepas Merkel dinobat sebagai Person of the Year oleh majalah Time atas usaha beliau memujuk negara Eropah membuka pintu sempadan kepada pelarian, serta kesungguhannya dalam membantu Greece keluar daripada kemelut ekonomi. - Sputni
k

'Halalkan' RM2.6b bukti amal politik wang?


duit
gambar hiasan
PETALING JAYA - Sikap perwakilan Umno didakwa 'menghalalkan' perbuatan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima derma RM2.6 bilion membuktikan parti Melayu itu mengamalkan politik wang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Umno sanggup menggadaikan prinsip parti dan meminggirkan kebajikan rakyat berbanding 'poket' setiap pimpinan bahagian parti itu.
"Sepatutnya pemimpin (Umno) perlu mempunyai kewibawaan dari segi moral, akhlak, (lebih-lebih lagi) bila bercakap tentang Islam dan sebagainya.
"Kalau mereka (perwakilan) terima wang, mereka diam, tanpa mengendahkan prinsip dan isu rakyat," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Beliau mengulas perbahasan ucapan dasar Presiden Umno oleh perwakilan Umno Pulau Pinang minggu lalu yang 'tidak kisah' presidennya mendapat dana dari mana sekalipun.
Perwakilan Umno Pulau Pinang itu berkata lagi, janji presidennya tidak lupa untuk mengagihkan peruntukan kepada semua bahagian Umno untuk tujuan parti.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata lagi, Umno kini sudah 'rosak' apabila majoriti ahli dan pimpinannya boleh menerima amalan songsang itu.
"Ini membuktikan parti Umno boleh dibeli dengan politik wang, ia sudah rosak hingga ke asasnya," katanya lagi.

Gambia diisytihar negara Islam


BANJUL 13 Dis. – Presiden Gambia, Yahya Jammeh (gambar) mengisy­tiharkan negaranya sebagai sebuah negara Islam selepas dua tahun menarik diri daripada menjadi negara anggota Komanwel yang disifatkan sebagai ‘satu bentuk penjajahan’.
Pengumuman tersebut di­buat ketika Yahya berucap kepada penyokongnya di pekan Brufut, baru-baru ini, dan kenyataan tersebut disiarkan melalui stesen televisyen tempatan, selain dimuatnaik dalam laman web beliau.
Bagaimanapun, Yahya memberi jaminan kepada masyarakat mino­riti Kristian di negara ini bahawa hak mereka akan dihormati dan golo­ngan perempuan tidak terikat pada kod pakaian.
“Takdir Gambia terletak pada ketentuan Allah. Bermula hari ini, Gambia merupakan sebuah negara Islam.
“Kita akan menjadi negara Islam yang menghormati hak rakyatnya,” kata pemimpin berusia 50 tahun itu seperti dilaporkan laman web miliknya.
Berdasarkan rakaman ucapan beliau yang disiarkan oleh rangkaian televisyen GRTV, Presiden negara kecil yang terletak di barat benua Afrika itu tidak menjelaskan tentang kepentingan memegang status sebagai sebuah negara Islam.
“Komuniti Kristian akan dihormati dan sambutan Krismas juga dibenarkan diadakan, tiada sesiapa berhak mengganggu cara kehidupan orang lain.
“Saya tidak melantik sesiapa menjadi anggota polis untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan cara pemakaian golongan wanita bukan urusan anda,” katanya.
Yahya yang merupakan seorang pegawai tentera, memerintah Gambia sejak 1994 selepas mengetuai satu rampasan kuasa dan mengambil keputusan menarik diri daripada Komanwel pada 2013.
Beliau tampil sebagai pemimpin yang mengamalkan ajaran Islam dan sering dilihat membawa kitab al-Quran. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gambia-diisytihar-negara-islam-1.168705#sthash.nUJcQ8fs.dpuf

Beijing tingkat aktiviti ketenteraan di laut


Gambar fail bertarikh 24 Mei, 2014 merakamkan kapal pembawa peluru berpandu China mengambil bahagian dalam latihan bersama dengan tentera laut Rusia di Laut China Timur dekat Shanghai, China. – AGENSI
BEIJING 13 Dis. – China mening­katkan latihan ketenteraan di kawasan pertikaian di Laut China Selatan sejak beberapa hari lalu selepas Amerika Syarikat (AS) menempatkan sebuah pesawat pengintip di Singapura dan mengerahkan kapal perang ke lokasi yang sama.
Kementerian Pertahanan China dalam kenyataannya berkata, latihan tersebut me­ru­pakan satu rutin dengan mengerahkan sebuah armada tentera laut ke perairan Laut China Selatan.
“Tindakan ini merupakan rutin latihan yang mengikut pelan latihan tentera laut se­perti yang ditetapkan sejak awal tahun,” tambah kenyataan itu seperti dilaporkan portal PressTV.
Beberapa gambar latihan turut tersebar dalam Internet yang menunjukkan kapal perang China melakukan latihan menggunakan peluru hidup, tetapi lokasi dan jumlah kapal atau anggota yang terlibat tidak didedahkan.
Tindakan Beijing itu dilihat sebagai satu langkah untuk mengukuhkan tuntutan ke atas kawasan pertikaian di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber asli dan merupakan kawasan laluan perdagangan penting dunia.
Pertikaian ke atas wilayah ma­ritim itu turut melibatkan beberapa negara di rantau Asia termasuk Malaysia, Brunei, Fili­pina, Vietnam dan Taiwan.
Sejak beberapa bulan lalu, AS mula memihak kepada ‘musuh-musuh’ China dalam isu perebutan tersebut apabila mengerahkan kapal perangnya dan pesawat pengebom ke Laut China Sealtan.
Tindakan Washington itu mencetuskan kemarahan Beijing yang menyifatkan AS mencampuri isu di rantau Asia dan se­ngaja meningkatkan ketegangan antara negara-negara terlibat.
AS sebaliknya membidas ke­nyataan China apabila mendakwa Beijing melakukan program terancang untuk me­nuntut lokasi pertikaian de­ngan membina pulau buatan di kawasan terbabit.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/beijing-tingkat-aktiviti-ketenteraan-di-laut-1.168707#sthash.rK75kiZn.dpuf

Tiga wanita Arab Saudi cipta sejarah


Buat pertama kali wanita Arab Saudi dibenarkan mengundi dalam pilihan raya majlis perbandaran di negara itu. Agensi
RIYADH 13 Dis. – Buat pertama kalinya, seramai tiga calon wanita berjaya mengisi kerusi majlis perbandaran di Arab Saudi, selepas mereka mencatat kemenangan pada pilihan raya pertama majlis perbandaran yang membenarkan wanita menjadi pengundi dan calon, hari ini, sekaligus mencatat sejarah di negara ini.
Menurut Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya, Osama al-Bar, calon-calon terbabit ialah Salma Hizab al-Oteibi (kerusi majlis perbandaran Mekah), Lamy Abdelaziz dan Rasha Hefzy yang memenangi kerusi majlis perbandaran di barat daerah Jeddah.
Walaupun ini hanya pilihan raya kecil bagi memilih perwakilan di majlis perbandaran, namun ia me­rupakan satu peristiwa penting bagi wanita Arab Saudi.
Arab Saudi mengamalkan mo­narki mutlak dengan beberapa sekatan ketat dikenakan ke atas wanita termasuk larangan memandu.
Keputusan membenarkan wa­nita mengambil bahagian pada pilihan raya majlis perbandaran dibuat oleh almarhum Raja Abdullah dan ia dilihat sebagai satu bahagian penting dalam sejarah pemerintahannya.
Seramai 978 calon wanita men­daftar sebagai calon, bersama-sama 5,938 calon lelaki untuk bertanding merebut kerusi majlis perbandaran di Arab Saudi.
Bagaimanapun calon wanita ha­nya dibenarkan menjalankan kempen dari belakang tabir atau diwa­kili seorang lelaki.
Kira-kira 130,000 wanita Arab Saudi di Mekah telah mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya berkenaan.
Namun angka tersebut masih rendah berbanding jumlah pe­ngundi lelaki seramai 1.35 juta orang. – AFP/ Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tiga-wanita-arab-saudi-cipta-sejarah-1.168714#sthash.8qnMJHkB.dpuf