Tuesday, September 3, 2013

Isu kongsi gelap: Cukup-cukuplah berdrama Zahid

Naib Presiden PKR, N.SurendranNaib Presiden PKR, N.Surendran

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR N.Surendran mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap, baru-baru ini.

“Bagi saya isu ini hanya untuk menarik perhatian ahli Umno sahaja.

“Hal ini kerana pemilihan Umno akan dijalankan tidak lama lagi, jika Zahid bersungguh-sungguh untuk membanteras kegiatan ini, mana tindakannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Menurut Surendran, pendedahan nama mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah tidak dapat merungkai permasalahan yang melanda negara selagi tindakan tegas dan menyeluruh tidak dilaksanakan.

Pihak kementerian dengan kerjasama agensi di bawahnya kini sedang menjalankan Ops Cantas bagi mengesan dan menahan individu yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

Operasi yang bermula 17 Ogos lalu itu sehingga 1 September lalu telah membawa kepada penahanan lebih 4,000 anggota kumpulan kongsi gelap daripada 40,000 jumlah keseluruhannya seperti yang diumumkan sebelum ini.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mempertikaikan apakah tindakan konkrit yang akan dilaksanakan pihak berkuasa selepas anggota mahupun 'taiko' kumpulan kongsi gelap ini diberkas dan memastikan mereka yang bersalah menerima hukuman.

“Siapa ketua, penaung dan bila polis akan mendakwa mereka mengikut proses undang-undang? Jangan lupa beberapa tahun lalu polis juga ada dedah nama ini, dan isu itu senyap begitu sahaja,” ujarnya.

Terbaru, Ahmad Zahid hari ini mengumumkan, Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 akan dipinda untuk membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan.

Menurut Ahmad Zahid, polis akan diberi "taring' untuk mencegah jenayah dengan lebih berkesan dan berharap draf pindaan itu akan diterima baik oleh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

MNLF rayu sokongan

Foto
WANITA Moro menunjuk perasaan menyokong kemerdekaan Mindanao dalam perhimpunan anjuran MNLF di Davao, kelmarin.
Davao: Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menggesa penduduk wilayah Mindanao menyertai perbahasan dan menyokong tuntutan kemerdekaan Mindanao seperti yang diimpikan pemimpin mereka, Nur Misuari.
Kira-kira 2,000 anggota kumpulan itu dan keluarga mereka mengadakan perhimpunan di Taman Rizal di Bandar Davao kelmarin, kebanyakannya dari luar bandar itu.
Misuari, bulan lalu, mengisytiharkan kemerdekaan seluruh Mindanao, termasuk Palawan dan Sabah di Malaysia sementara Bandar Davao diumumkan sebagai ibu negara sementara ‘republik’ itu. Ibu negara tetap akan ditentukan selepas rundingan.

“Kami tidak akan menarik balik tuntutan mendapatkan kemerdekaan bagi seluruh Mindanao. Kami menyerahkan isu kemerdekaan ini kepada rakyat Mindanao,” kata peguam V Emmanuel C Fontanilla, penasihat undang-undang dan jurucakap Republik Bangsamoro.


Menurutnya, MNLF sudah sekian lama menunggu pelaksanaan perjanjian Tripoli dengan kerajaan Filipina tetapi diberitahu menerusi nota bertarikh 21 Mac 2013 bahawa persetujuan itu dilaksanakan mengikut Perjanjian Rangka Kerja yang ditandatangani dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

“Kami menanti selama 40 tahun untuk kerajaan melaksanakan Perjanjian Tripoli tetapi hanya diberikan nota itu. Ia begitu mengecewakan. Kerana itu MNLF mengisytiharkan kemerdekaan,” kata Fontanilla.

Menurutnya, gesaan itu adalah revolusi tanpa pertumpahan darah dan tidak akan ada pertumpahan darah dilakukan dalam menuntut kemerdekaan daripada Filipina.

“Bagaimanapun, kami tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang mengancam saudara kami berhubung tuntutan ini.

“Kami akan serahkan kepada penduduk mengenai isu ini. Segala-galanya akan ditentukan oleh penduduk. Tidak ada pihak dalam komuniti politik boleh mengatasi keputusan penduduk.

“Perisytiharan ini akan diselesaikan oleh penduduk. Saya tidak pasti cara yang digunakan. Pengerusi kami (Misuari) bagaimanapun menasihatkan mereka supaya tidak menggunakan keganasan,” kata Fontanilla. - Agensi

MINYAK NAIK

Penunjuk perasaan maut ditembak

Penunjuk perasaan maut ditembakSekumpulan penduduk berada di lokasi insiden serangan yang menyasarkan penunjuk perasaan di selatan Thai, kelmarin.

BANGKOK - THAILAND. Seorang penunjuk perasaan maut ditembak manakala seorang lagi cedera dalam insiden serangan di wilayah Nakhon Si Thammarat, kelmarin.

Gabenor Viroj Jiravarungsan memberitahu, polis gagal memasuki lokasi kejadian kerana dihalang kira-kira 300 penunjuk perasaan yang nekad melakukan protes kerana membantah keengganan kerajaan menaikkan harga getah sejak 23 Ogos lalu.

"Insiden serangan tersebut seperti sengaja mahu meningkatkan ketegangan kerana sebelum ini, kerajaan telah memberi arahan jelas bahawa tiada tindakan kekerasan akan digunakan terhadap kumpulan terbabit.

Namun, kumpulan penunjuk perasaan itu terus berdegil," jelasnya.

Difahamkan, golongan petani tersebut menggesa tunjuk perasaan diadakan di Bangkok pada hari ini selepas kerajaan menolak tuntutan untuk menaikkan harga getah kepada 120 baht (RM12) sekilogram. - AFP

Adam Adli, Hishamudin Rais dibebaskan

Adam AdliDari Kiri: Adam Adli dan Hishamudin Rais

SHAH ALAM - Aktivis politik, Hishamudin Rais dan aktivis mahasiswa, Adam Adli telah dibebaskan jam 3.00 pagi tadi selepas ditahan semalam untuk membantu siasatan kes mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang Merdeka.

Hishamudin melalui status laman mikro Twitternya menulis, "dibebas jam 3 pagi - rumah digeledah cari SANG SAKA - bebas di rumah - tak ada-apa ditemui - seorang penjamin - terima kaseh."

Semalam, Ketua Polis Negara,  Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan kedua-dua aktivis itu untuk membantu siasatan di Ibupejabat Polis Polis (IPD) Dang Wangi.

Sementara itu, Jumaat lalu, tersebar dua video yang menunjukkan Hishamuddin menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang.

Sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.

Kereta terpakai tak laku?

Kereta terpakai tak laku?Jualan kereta terpakai dijangka tidak terjejas dengan dasar baru kerajaan menurunkan harga kereta baru.

DASAR baru kerajaan untuk mengurangkan harga kereta yang dijual di negara ini secara berperingkat menjelang 2016 menggembirakan pembeli.

Ramai berpendapat penurunan itu memberi faedah terutama kepada golongan muda yang baru mula bekerja untuk memiliki kereta.

Tetapi adakah dasar ini akan menyebabkan penjual kereta terpakai gulung tikar dan seterusnya menjejaskan industri dengan tenaga kerja lebih 100,000 orang itu?

Ini kerana jika harga kereta baru sudah cukup rendah untuk dibeli, mungkin ramai orang memilih kereta baru berbanding kereta terpakai.

Namun, bagi mereka yang terlibat dalam industri kereta terpakai, penurunan harga kereta baru dijangka tidak memberi kesan buruk.

Kamarulzaman Zainal, penjual kereta terpakai di Gombak, Selangor berkata, walaupun harga kereta baru diturunkan, kereta terpakai masih diperlukan orang berpendapatan rendah kerana beza harga antara kereta baru dan terpakai masih tinggi.

"Ada harga kereta terpakai hanya separuh daripada harga kereta baru, jadi kereta terpakai masih jadi pilihan mereka yang bergaji kecil," katanya.

Beliau yang bekerja sebagai jurujual kereta selama 11 tahun berkata, dasar kerajaan mengurangkan harga kereta memberi peluang pada golongan muda untuk memiliki kereta sendiri.

"Jumlah pelanggan kereta terpakai buat masa ini juga makin bertambah kerana pinjaman serta bayaran bulanan rendah," tambahnya.

Sementara itu, jurujual kereta terpakai di Bangsar, Shareeta Majid berkata, keuntungan daripada jualan kereta terpakai mungkin sedikit menurun kerana ramai pelanggan akan memilih kereta baru yang berharga rendah.

“Ramai orang di bandar akan pilih untuk beli kereta baru, tapi di luar bandar atau kampung kereta terpakai masih jadi pilihan kerana ramai  pelanggan di kawasan itu lebih suka beli tunai daripada berhutang bank," katanya.

Bagi Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM), penurunan harga kereta yang dilakukan secara berperingkat boleh melindungi industri kereta terpakai di Malaysia.

Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor berkata, persatuan itu telah bersedia lebih awal dengan melakukan sedikit perubahan pada harga kereta terpakai dengan melihat tiga faktor penting iaitu harga kereta baru mengikut masa, keadaan kereta terpakai dan permintaan dan bekalan.

Beliau mengakui akan ada kesan penurunan harga kereta baru kepada industri kereta terpakai tetapi ianya tidak begitu besar.

"Antara kesannya, mungkin kereta terpakai tak dapat dijual dengan keuntungan agresif.

"Apa pun, majoriti ahli kami boleh menerima penurunan harga kereta baru secara berperingkat kerana kesannya minimum," katanya.

Taliban serang pangkalan AS

Taliban serang pangkalan ASSekumpulan tentera Nato memeriksa kawasan letupan di Torkham.

KABUL - PAKISTAN. Sekumpulan pengebom nekad bertindak menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) berhampiran sempadan Pakistan, semalam.

Pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mendakwa, kumpulan pengebom terbabit dipercayai membawa pelbagai bahan letupan dan senjata selain menutup laluan utama yang selalu digunakan petugas Nato di kawasan Torkham.

“Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di kawasan tersebut dan tiada anggota terbunuh,” katanya  dalam laporan AP.

Bagaimana pun, sehingga kini tiada maklumat kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, jurucakap gabenor wilayah Nangarhar Ahmad Zia Abdulzai berkata, ketika kejadian, tentera AS dan Afghanistan ada berbalas tembakan dengan kumpulan militan terbabit.

“Susulan kejadian itu, lebuh raya antara bandar dan Jalalabad Torkham yang merupakan laluan penting untuk trak bekalan Nato ditutup serta merta,” katanya.

Sonia sembunyi penyakit

Sonia sembunyi penyakit

Sonia Gandhi 

NEW DELHI: Pemimpin parti pemerintah India, Sonia Gandhi, akan ke Amerika Syarikat untuk membuat pemeriksaan perubatan, seminggu selepas beliau dirawat di hospital di sini, menurut laporan.

Sonia, 66, adalah ahli politik paling berkuasa di India dan berkunjung ke Amerika pada 2011 untuk pembedahan yang dirahsiakan dan tidak dilihat di khalayak ramai selama tiga bulan selepas itu.
"Pemergiannya ke Amerika untuk pemeriksaan sudah dijangka," kata seorang pemimpin kanan parti kepada agensi Press Trust of India (PTI) lewat kelmarin.


Kali terakhir beliau melakukan pemeriksaan di Amerika Februari lalu dan turut berkunjung ke sana September tahun lalu, lapor PTI.

Beliau dimasukkan ke hospital minggu lalu selepas jatuh sakit. - AFP

Tidak boleh masuk Arab Saudi 10 tahun


Makkah: Arab Saudi akan mengusir jemaah asing serta-merta jika didapati tiada permit untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Selain itu, pihak berkuasa juga memberi amaran, orang berkenaan juga akan diharamkan masuk ke Arab Saudi selama 10 tahun.
Arab Saudi mengumumkan peraturan dan hukuman lebih berat kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan musim haji tahun ini, kelmarin.

Orang yang didapati bersalah juga boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya setahun, kata pihak berkuasa ketika pelancaran kempen memastikan jumlah jemaah kekal paras minimum pada musim Haji akan datang.

Kempen itu bertujuan mengelak kesesakan di Tanah Suci ketika kerja pembesaran masih berjalan terutama di kawasan mataf (tawaf) di Masjidilharam.

Antara langkah itu termasuk mengurangkan bilangan jemaah asing dengan memotong kuota setiap negara.

Kemasukan jemaah tidak diluluskan dikhuatiri mencetuskan huru hara, sama seperti yang berlaku tahun lalu. Musim haji dijangka bermula pada minggu kedua Oktober. - AGENSI

Brazil, Mexico desak AS beri penjelasan berhubung intipan ke atas Presiden


BRASILIA: Brazil dan Mexico hari ini memerintahkan Duta Amerika Syarikat (AS) untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan Agensi Keselamatan Negara (NSA) mengintip talian komunikasi presiden negara berkenaan.

Menteri Luar Brazil, Luis Figueiredo, berkata pintasan data Internet dari Presiden Dilma Rousseff dilaporkan oleh wartawan AS, Glenn Greenwald, jika benar, tindakan itu tidak boleh diterima dan mencemar kedaulatan Brazil.
Di Mexico, Kementerian Luar berkata, negara berkenaan sudah menghantar memo diplomatik kepada Washington untuk menjalankan siasatan menyeluruh, dan jika benar, pengintipan itu disifatkan sebagai melanggar hak asasi antarabangsa. - AFP 

Harga RON95, diesel naik 20 sen


NAJIB ketika mengumumkan kenaikan harga minyak di Putrajaya semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.
Menurut beliau, kenaikan itu merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.
"Pada masa ini, kerajaan menanggung subsidi minyak sebanyak 83 sen seliter bagi minyak petrol RON95 dan RM1 seliter bagi diesel," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam sidang akhbar di sini semalam.
Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2dn0b7aSw 
Hakcipta terpelihara 

Militan serang pangkalan tentera AS di Afghanistan


ANGGOTA polis mengawal trak-trak milik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang terbakar akibat serangan militan di Torkham, berhampiran sempadan Pakistan-Afghanistan semalam.- ap


NANGARHAR - Sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan dekat sempadan Pakistan diserang oleh kumpulan militan semalam dengan melancarkan serangan bom dan membakar sejumlah kenderaan, kata beberapa pegawai.
Jalan utama yang menjadi laluan lori-lori milik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga terpaksa ditutup buat sementara waktu.
Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan mangsa dipercayai anggota pemberontak yang menyerang pangkalan terbabit.
Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab dalam serangan yang berlaku di Torkham, wilayah Nangarhar itu.
Ia merupakan serangan terbaharu ketika operasi tentera asing yang diketuai AS akan berundur dari Afghanistan menjelang penghujung 2014.
Jurucakap gabenor Nangarhar, Ahmad Zia Abdulzai berkata, tentera AS dan pasukan keselamatan Afghanistan berbalas tembakan dengan militan yang muncul memakai jaket berisi bahan letupan serta membawa beberapa senjata lain.
Sementara itu, timbalan ketua polis Nangarhar, Masoum Khan Hashimi berkata, pertempuran bermula sekitar pukul 6.30 pagi dan berakhir tiga jam setengah kemudian.
Menurut Masoum, sebuah bom kereta berjaya diletupkan dalam serangan itu.
Seorang jurugambar agensi berita AP di lokasi kejadian melihat tiga mayat dipercayai penyerang ditembak mati daripada helikopter NATO. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2dmuJedSF 
Hakcipta terpelihara