Tuesday, June 26, 2012

DALIL-DALILNYA AL-QURAN & AL-HADITH

DALIL-DALILNYA AL-QURAN & AL-HADITH
Perihal No.1
Firman Allah Swt melalui Surah Al-Baqarah Ayat 228
"Bagi mereka (para isteri) terhadap hak-hak wajib ditunaikan (kepada suami mereka) sebagaimana mereka memiliki hak-hak yang wajib ditunaikan suami"

Perihal No.2
Bersabda Rasulullah Saw
"Wanita dinikahi atas empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya mahupun agamanya, maka carilah yang taat beragama"

Perihal No.3
Sabda Rasulullah Saw
"Janganlah kalian menjadikan rumah seperti kuburan, sesungguhnya syaitan-syaitan akan berlari menjauhi rumah-rumah yang didalamnya dibacakan surah al-baqarah"

Perihal No.4
Sabda Rasulullah Saw
"Berbuat baiklah kalian dalam menggauli wanita, sesungguhnya ia tercipta dari tulang rusuk, sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika engkau berusaha meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya, jika engkau biarkan maka ia akan tetap bengkok, maka berbuat baiklah kepada mereka"

Perihal No.5
Sabda Rasulullah Saw
"Bukankah orang kuat itu akan dapat menjatuhkan lawan dalam berkelahi (tetapi) orang yang kuat ialah orang yang dapat menahan rasa marah ketika dia akan marah"

Nota:
Semua hadith-Hadith adalah Sahih Bukhari dan Muslim

Wujud banyak lagi Ayat-Ayat Al-Quran dan hadith-hadith yang memperincikan masaalah kegagalan suami dalam menjalankan amanah sebagai suami
 

KEBAHAYAAN ORANG MUNAFIQ

KEBAHAYAAN ORANG MUNAFIQ
Puak Munafiq menyebarkan ajaran yang menyalahi syariat Islam. 
Apabila syariat meletakkan peraturan amal makruf dan mencegah yang munkar, puak munafik akan menilai yang makruf sebagai keuntungan duniawi dan yang munkar pula sebagai kerugiannya. 
Mereka menganggap zakat dan sedekah sebagai bukan amal makruf kerana ia merugikan dari segi keduniaan.

Seperti Firman Allah Swt
"Laki-laki munafik dan perempuan munafik yang sebahagian mereka adalah dari yang sebahagian, mereka menyuruh yang munkar dan melarang dari yang makruf dan mereka genggamkan tangan mereka (bakhil). Mereka telah melupakan Allah dan Allah pun melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itu adalah orang yang fasik (melewati batas). 
(Maksud Surah at-Taubah Ayat 67)

Al-Quran memberi peringatan tentang ancaman puak munafiq terhadap keselamatan dan kepercayaan orang yang beriman. 
Allah Swt menamakan satu surah al-Quran dengan nama Surah Al-Munafiqun, bagi menyedarkan kaum Muslimin betapa bahayanya kehadiran puak munafik di dalam masyarakat kaum Muslimin. 
Allah Swt menggesa Nabi Muhammad Saw dan kaum Muslimin semua zaman agar berwaspada terhadap tipu daya dan fitnah yang datang daripada puak munafiq.

Anwar: Mahathir masih dibayangi kisah silam

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dibayangi kisah silam kerana memberi kenyataan usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini.

Menurut Anwar, Dr Mahathir jelas tidak dapat menerima kejatuhan Hosni Mubarak sedangkan era bekas Presiden Mesir itu jelas menunjukkan kebangkitan rakyat.

"Bagi saya, Mahathir tidak dapat menerima hakikat kehilangan Mubarak sebagai pemimpin," ujar beliau ditemui selepas Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil malam tadi.

"Kita dapat melihat kebangkitan rakyat melalui Perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari, ini cara rakyat suarakan pendapat secara aman," kata beliau.

Tambah beliau, tidak perlu menyamakan cara kejatuhan bekas pemimpin Mesir itu kerana rakyat mampu bertindak relevan dan semakin bijak menilai sesuatu isu.

"Jangan khianati rakyat kerana rakyat mampu menjadi saksi dalam segala kemelut yang melanda negara ini," tegas beliau.

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Mahathir berkata, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah.

Dr Mahathir berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya.

Bekas imam umno termakan cili

Bekas imam umno termakan cili :

Satu laporan polis telah dibuat sebentar tadi bagi memaklumkan isu ini bukanlah ditujukan kepada mana mana parti,namun pak imam cili tersebut terasa pedasnya bila di doakan pemimpin zalim dan rasuah di benamkan dari muka bumi dalam PRU 13 nanti.

BERZIKIR DENGAN JARI JARI TANGAN KANAN

BERZIKIR DENGAN JARI JARI TANGAN KANAN

“Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu’anhu, ia berkata: ‘Aku melihat Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam menghitung bacaan tasbih (dengan jari-jari) tangan kanannya."

(Hadits Shahih, riwayat Abu Dawud no. 1502, dan at Tirmidzi no. 3486, Shahiih at Tirmidzi III/146 no. 2714, Shahiih Abi Dawud I/280 no. 1330, al Hakim I/547, al Baihaqi II/253).

Bahkan Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam memerintahkan para Sahabat wanita menghitung: Subhanallah, Alhamdulillah, dan mensucikan Allah dengan jari-jari, karena jari-jari akan ditanya dan diminta untuk berbicara (pada hari Kiamat).

(Hadits hasan, riwayat Abu Dawud no. 1501, dan at Tirmidzi. Dihasankan oleh Imam an Nawawi dan Ibnu Hajar al ‘Asqalani)
 

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Bimbingan Rohani menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
 

Renungan bersama.. Fikir-fikirkan!

SOLAT SUNAT DHUHA (RAHSIA MURAH REZEKI)

SOLAT SUNAT DHUHA (RAHSIA MURAH REZEKI)

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
 —

Kenali Dr. Mohamed Mursi

"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "

Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar!

Kenali Dr. Mohamed Mursi

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.
2. Satu-satunya calon yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam di Mesir.
3. Satu-satunya calon yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa.
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party).
9. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang me

miliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

Tazkirah kita

UMMI hanya perlu MEROYAN di UTUSAN

UMMI hanya perlu MEROYAN di UTUSAN, selepas itu SPRM akan terus siasat kes berdasarkan kenyataan tersebut. Sebelum neh PR dah jenuh bercakap via paper, media online, atas pentas ceramah dan siap pergi PEJABAT SPRM lagi.. tapi pernah kah SPRM siasat kes2 aduan kita? HARAMMMMMM

http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/sprm-siasat-anwar-ibrahim-berikutan.html

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima bukti baru berkaitan pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali daripada ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali.

tindakan pantas SPRM tersebut dibuat ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia pada hari berkenaan, mengenai bukti yang ada pada beliau berhubung kes itu.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/sprm-siasat-anwar-ibrahim-berikutan.html#ixzz1yIl0kZRw

terbaik!!!!!! takbir

Dalil UMNO dalam Kesesatan..

Dalil UMNO dalam Kesesatan..

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39) 

Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik. (40) 

Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. (41) Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). (42)

Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu). (43)

Surah Al Hijr 

Judi Dan Arak Adalah Perbuatan Syaitan

Semakin aku tak faham dengan penyakit melanda di Malaysia, perlukah diberikan lesen untuk perjudian semata-mata untuk menghalalkan perkara yang sudah termaktub haramnya? Ada beza ke hukum judi kalau dikeluarkan lesen atau tak?

Allah sendiri sudah mengharamkan judi di dalam Al-Quran tapi masih ada juga hamba-Nya yang berani mencabar hukum. 

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
(2:219)

Tidak perlu untuk berdolak-dalik bertanya soal hukum. Jika ditanya orang biasa sekali pun, tiada siapa setuju yang judi ni menguntungkan. Setakat untung yang seketika tidak membawa ke mana, jika masa depan keluarga menjadi turut taruhan.

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(5:90)

Wahai pemimpin sekalian, ingatlah, kita semua bakal dipersoalkan di mahkamah Allah kelak mengenai apa yang dikerjakan. Tidak perlu mengejar redha manusia jika ia mendatangkan murka Allah.

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
(16:116)

++ 2 perkara Ni Menerangkan kenapa UMNO Dalam Kesesatan.. Iaitu Matlamat Paling besar Dalam UMNO adalah Judi Dan Arak.. Sedangkan Ayat2 dan hujah2 ini menerangkan secara Jelas Arak n judi Perbuatan Syaitan dan Syaitan Adalah Sesat.. Maka Sapa Sokong Sesat maka Dia puN akan Turut Sesat... 

Ada Dua jalan Yang Perlu kita Pilih Rasulullah @ Syaitan...

wallahualam..

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK JIKA DIPENUHI SUDAH PASTI MENYELESAIKAN KONFLIK AIR DAN BERBAGAI BAGAI LAGI RIGHT?

Nah.. Sedang berlangsung sekarang ni.. Lan XCassanova dan 2 org lagi tiba2 di kepung pencacai secara ramai2 dan di belasah dan bloger anduka taruna terkena tumbukan BUKU LIMA.jelas kehadiran pencacai berniat jahat.. TUNTUTAN ROYALTI MINYAK JIKA DIPENUHI SUDAH PASTI MENYELESAIKAN KONFLIK AIR DAN BERBAGAI BAGAI LAGI RIGHT?

Krisis Bumi Syam dan Akhir Zaman

(Krisis Bumi Syam dan Akhir Zaman)

Untuk Renungan dan difikirkan bersama.

Hadis-hadis nabi yang menceritakan tentang kedatangan Dajjal di akhir zaman. Antaranya ialah :

1. Sabda Baginda S.A.W "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman dan akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."- Hadis riwayat Muslim.

2. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda S.A.W, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." – Hadis riwayat al-Tirmizi.

3. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"].

4. Nabi bersabda “ Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan(Nan), mereka memakai Al-Tayalisah”. Hadis riwayat muslim.

Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.

Gambar ini menunjukkan 'cucu cicit' Saidina Khalid al-Walid yang pasti akan terus mempertahankan bumi Syam ini daripada dirobek dan dimusnahkan oleh rejim Basyar sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir. 

Moga bantuan Allah bersama mereka.

Nekad tukar agama selepas bermimpi

Nekad tukar agama selepas bermimpi
Kalsom Chin menunjukkan kad dia memeluk Islam ketika berusia 16 tahun.
ALOR SETAR - “Seorang lelaki berjanggut putih dengan berpakaian jubah putih datang kepada saya dengan menghulurkan kain putih,” itu mimpi yang pernah dilalui seorang saudara baru, Kalsom Chin Abdullah kira-kira 30 tahun lalu sebelum dia nekad memeluk Islam.

Kalsom Chin yang berasal dari Sungai Tiang, Pendang dan berketurunan Siam memeluk Islam seorang diri ketika dia masih berusia 16 tahun.

Biarpun usianya pada ketika itu masih remaja namun keinginan untuk memeluk Islam hadir sejak kecil apabila melihat keindahan yang ada pada agama Islam.

Menurutnya, salah satu yang menarik perhatian Kalsom Chin terhadap Islam termasuklah ketika mendengar alunan azan yang membuatkan dia berasa tenang.

“Banyak perkara mengenai Islam yang membuatkan jiwa ini tenang namun, saya menganggap apa yang berlaku adalah hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT.

“Setelah mendapat petunjuk termasuklah mimpi itu, saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada 3 Februari 1981,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Nyonya.

Selepas memeluk Islam Kalsom Chin tinggal di rumah saudara baru di Sungai Petani selama enam bulan sebelum mempelajari ilmu mengenai Islam dengan lebih mendalam di Pondok Jeneri, Sik.

Kalsom Chin berkata, sepanjang berada di rumah baru dia dapat berkongsi pengalaman bersama rakan saudara baru lain yang berasal daripada pelbagai agama sebelum memeluk Islam.

Menurutnya, ketika mengikuti pengajian di pondok pula dia belajar membaca al-Quran, hukum tajwid dan Sifat 20.

Enam tahun rahsia peluk Islam

IBU kepada Mohamad Shawal Ahmad, 12 dan Nur Sakinah, 8, merahsiakan keputusan memeluk Islam daripada pengetahuan ibu bapanya selama enam tahun kerana bimbang dimarahi.

Biarpun merahsiakan status agamanya sekian lama, Kalsom Chin bersyukur apabila ibu bapanya menerima keputusan yang dibuat dengan hati terbuka.

Menurutnya, walaupun ibu bapanya boleh menerima keputusan itu namun anak sulung daripada enam beradik itu masih mendapat tentangan daripada lima adiknya.

“Saya masih ingat nasihat bapa, dia kata, jika saya sudah memeluk agama Islam, saya tidak boleh lagi berpatah balik kepada agama asal. “Hubungan saya dengan ibu sehingga kini masih akrab seperti dahulu namun tidak dengan adik-adik yang masih belum dapat menerima keputusan yang saya lakukan,” katanya.

Kalsom Chin berkata, dia menganggap kehidupannya kini yang seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sebagai dugaan daripada ALLAH SWT untuk menguji tahap kesabaran dan keutuhan dirinya terhadap agama Islam.

Menurutnya, dia tidak pernah terlintas di hatinya walau sedikit untuk dia kembali ke agama asal disebabkan kemiskinan hidup.

“Bagi saya biarlah saya susah di dunia ini tetapi senang di akhirat kerana sedar ini adalah salah satu ujian dari-Nya. “Saya juga tahu Islam sentiasa mengajar umatnya untuk bersabar dengan ujian yang diberikan sebab itulah saya sentiasa berfikiran positif,” katanya.

Kalsom Chin berkata, ilmu agama terutama bab solat yang merupakan tiang agama sering dititik beratkan terhadap Mohamad Shawal dan Nur Sakinah.

Dia juga bersyukur kerana suaminya, Ahmad Abd Rahim, 48, sentiasa membantu dalam mendidik ilmu agama kepada anak mereka.

Kalsom Chin turut bercadang untuk menghantar Mohamad Shawal ke pengajian di pondok bagi memastikan anak sulungnya itu mendapat ilmu agama secukupnya.

Pas tetap perjuangkan SAR

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah
KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah menegaskan bahawa Pas amat mengalu-alukan pendidikan agama termasuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Walaupun perkara tersebut dicemari dengan insiden bantahan SAR oleh Pakatan Rakyat (PR) di Perak sebagaimana disiarkan dalam akhbar arus perdana belakangan ini, beliau menganggap PR di negeri itu mempunyai alasan  tersendiri untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, isu yang berlaku di Perak dengan apa yang berlaku di Terengganu adalah dua keadaan berbeza sehingga menyebabkan PR membantah pembinaan tersebut.

“Dalam konteks SAR, kita alu-alukan pembinaan. Masa kita memerintah Terengganu, kita beri bantuan kepada SAR yang ditubuhkan oleh individu tertentu.

"Demi kebaikan rakyat dan membangunkan pendidikan agama, Pas tidak pernah sesekali menghalang malah menggalakkan lagi perkembangan sekolah tersebut," katanya.

Menurut beliau, Pas turut membantu pihak yang membangunkan SAR dan perkara itu terbukti ketika pembangkang menerajui Terengganu pada 1999 hingga 2004. Mengulas isu pembinaan SAR Taman egoh Aman, Perak yang  dibantah oleh Pas dan PKR Gopeng, beliau bagaimanapun mengakui tidak tahu sejauh mana isu yang berbangkit di negeri tersebut.

Bagaimanapun, katanya, jika ia berunsur politik terutama untuk kepentingan Umno dan BN, beliau menganggap tindakan tersebut wajar. Beliau menjelaskan, jika Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) di Perak mahu memindahkan pelajar terbabit ke kawasan lain kerana kepentingan pihak tersebut, tindakan membantah perkara itu adalah munasabah.

“PR ada hak untuk halang jika demi pembelaan bagi memastikan tempat SAR sebelum ini tidak disalahgunakan kuasa oleh BN. Kita tidak setuju jika pelajar SAR dipindahkan untuk kepentingan politik mereka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tidak mengetahui kedudukan sebenar berhubung perkara itu. “Apa yang penting, dalam konteks SAR khusus di negeri ini, kita alu-alukan untuk kepentingan penduduk," katanya.

PR membangkitkan isu bahawa Umno ingin mengambil alih Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Pegoh yang merupakan tapak SAR sebelum ini untuk dijadikan bilik gerakan Umno dan BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menolak dakwaan tersebut sebagaimana disiarkan akhbar tempatan dan mendakwa ia cuma alasan pembangkang membantah projek tersebut.

Aaron Aziz dapat PR

KUALA LUMPUR: “Tahniah Aaron kerana bergelar penduduk tetap (PR) negara ini. Saya doakan semoga kehidupannya bertambah baik dan dimurahkan rezeki selalu,” kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi kepada pelakon Aaron Aziz, 36, selepas aktor itu sah bergelar penduduk tetap negara ini, awal bulan ini.
Demikian ucapan diluahkan Zed Zaidi kepada pelakon KL Gangster itu selepas aktor berkenaan dan isterinya, Diyana Halik serta tiga anak mereka diberikan taraf PR oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 
Zed Zaidi berkata, dia menerima perkhabaran Aaron bergelar PR tiga atau empat hari lalu dan baginya berita baik itu disifatkan sebagai rezeki keluarga pelakon terbabit biarpun baru tujuh tahun mereka tinggal di negara ini.

“Tanpa sebarang niat, saya mengucapkan tahniah kepada Aaron kerana bergelar PR. Untuk pengetahuan, persahabatan kami tiada masalah biarpun kontroversi pernah menimpa kami, baru-baru ini,” katanya.

April lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita panas apabila Zed Zaidi mempertikaikan kemenangan Aaron selepas tamat Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH11) di Genting Highlands.

Ada apa dengan K-Pop?

Ada apa dengan K-Pop?
Agensi bakat Korea membelanjakan jutaan ringgit untuk membentuk kumpulan K-Pop yang memberikan persembahan terbaik kepada peminat mereka.
Bayangkan, artis seperti Girl Generations mendapat tontonan lebih 77 juta orang di Youtube. K-Pop menerjah seluruh dunia dengan kehadiran Super Junior, Big Bang, SNSD, Wonder Girls, Beast dan ramai lagi yang tumbuh seperti cendawan. Jelas, K-Pop telah memecahkan tembok bahasa. Aliran muziknya telah mewujudkan obsesi dalam jiwa anak muda. Namun, apakah keistimewaan muzik mereka? Berbahayakah kepada budaya Malaysia? Sama-sama kita mencari jawapannya dalam Bicara Isnin hari ini.

BULAN lalu, Himpunan Jutaan Belia dianjur kerajaan menyaksikan pelbagai persembahan oleh kumpulan pop Korea, atau lebih popular sebagai K-Pop.

Tetapi pemakaian dan aksi kumpulan-kumpulan tersebut, terutama anggota wanita yang tidak sesuai dengan budaya negara ini dipersoal banyak pihak, menyebabkan kerajaan memohon maaf.

Tapi selang beberapa hari, parti pembangkang pula menjadi sasaran isu yang sama apabila majlis Malam Bersama PKR di Bertam turut dimuatkan dengan persembahan gadis berpakaian seksi.

Apa lagi, berlakulah sesi balas membalas antara pemimpin dan penyokong kerajaan serta pembangkang tanpa mengambil kira penjelasan yang diberikan kedua-dua pihak.

Tetapi apa yang ingin difokuskan di sini adalah pengaruh K-Pop itu sendiri, sehingga ia turut dihidangkan dalam acara kerajaan dan parti politik.

Apa sebenarnya K-Pop ini?

Jika dilihat secara definisi, K-Pop adalah sejenis genre muzik menggabungkan unsur tarian, elektronik, hip hop, rock dan R&B yang berasal dari Korea Selatan.

Namun kita dapat lihat K-Pop ini bukan lagi sekadar muzik, tetapi seakan menjadi budaya popular dalam kalangan remaja di seluruh dunia.
Buktinya, fesyen dan gaya penyanyi K-Pop menjadi ikutan ramai.

Walaupun pengaruhnya nampak begitu kuat sejak akhir-akhir ini, K-Pop sebenarnya bukanlah genre baru, tetapi bermula lebih 20 tahun lalu iaitu pada 1992, apabila muzik rap dan tarian mula dikenali melalui populariti kumpulan K-Pop terawal, iaitu Seo Tai-ji & Boys.

Kumpulan itu menggabungkan unsur rap, rock dan tekno dalam muzik mereka dan ia dianggap sebagai saat permulaan K-Pop.

Kemudian, penubuhan agensi bakat terbesar Korea Selatan, SM Entertainment pada 1995 oleh usahawan Lee Soo Man melahirkan lebih ramai artis K-Pop.

Tetapi apa yang membuatkan K-Pop begitu popular sehingga dikenali di seluruh dunia sejak akhir-akhir ini? Tentu sekali dengan bantuan Internet. Kewujudan laman peminat Facebook, profil Twitter dan video muzik di YouTube membolehkan K-Pop tersebar kepada lebih ramai pendengar, mencetus anjakan besar dalam populariti genre itu.

Apa yang menarik, K-Pop dilihat sebagai eksport budaya Korea yang sangat berjaya. Menurut indeks ‘Gelombang Korea’ dikeluarkan Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea pada 2010, antara negara yang menerima pengaruh budaya K-Pop terbesar adalah Taiwan,

Japan, China, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Filipina. Bukan sahaja di Asia, K-Pop juga mula melebarkan pengaruhnya ke pasaran luar termasuk di Amerika Utara sehinggakan pada 2011, carta muzik Billboard di Hollywood merasmikan Carta 100 Korea K-Pop Terhangat, iaitu carta kedua dikhaskan untuk muzik dari Asia selepas Carta Japan 100. Pada 2009, Wonder Girls, salah satu kumpulan muzik Asia paling berjaya yang menjual jutaan album menjadi satu-satunya kumpulan K-Pop yang menduduki carta Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat (AS) dan membuat persembahan di rancangan televisyen AS seperti So You Think You Can Dance (United States) dan The Wendy Williams Show.

Tetapi kejayaan hebat mereka ini bukan kerana tuah. Jangan terkejut kalau diberitahu yang artis K-Pop ini bukanlah muncul begitu sahaja tetapi dibentuk sejak awal. Agensi bakat Korea akan mengambil beberapa pelatih sebelum membentuk karier mereka.

Dalam tempoh dua tahun atau lebih, pelatih akan menjalani latihan suara, mempelajari tarian profesional, membentuk tubuh badan melalui senaman dan mempelajari beberapa bahasa dan semua ini dibuat semasa sedang di bangku sekolah lagi.

Tidak hairanlah kalau produk Korea ini sangat berjaya kerana pelaburan setinggi AS$400,000 (RM1.2 juta) dikeluarkan untuk melatih dan melahirkan seseorang artis baru.

Lihat bagaimana Korea memastikan mereka hanya mengeluarkan produk terbaik untuk dipasarkan di seluruh dunia, dan tentunya memberi pulangan mewah.

Mungkin kita juga boleh mula mengikut jejak langkah ini. Bukan sekadar untuk pulangan kewangan, tetapi pengeksportan bakat Malaysia penting dalam usaha mempromosi budaya penuh kesopanan kita.


*Sebahagian daripada laporan Bicara Isnin Sinar Harian edisi Isnin 25 Jun 2012. Dapatkan edisi cetak untuk kandungan lanjut.

Ulama perlu berani kritik pemimpin

Ulama perlu berani kritik pemimpin
Barisan Panel Wacana Perdana bersama moderator dari personaliti TV Al-Hijrah, Amin Idris (kanan). - FOTO: KHIRU SHALEH ABDULLAH
KOTA BHARU - Ulama di negara ini disaran menghindari sikap berat sebelah ketika mengkritik pemimpin supaya adil kepada rakyat.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, golongan agama itu perlu berani mengkritik pemimpin sekiranya mendapati wujud permasalahan dalam pentadbiran negara.

Malah katanya, ulama tidak wajar mengamalkan sikap menghukum sebelah pihak sahaja tanpa merujuk kebenaran pihak lain.

“Saya nasihatkan kepada semua ulama agar adil kepada semua pihak. Misalnya saya tengok tentang isu fatwa pilihan raya di adakan masa musim haji yang mana kebanyakannya memberi komen tanpa melihat aspek lain iaitu apakah hukum orang yang buat pilihan raya pada musim haji dan di sini kita perlu lihat kedua-dua belah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Wacana Perdana bertajuk Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13), Masa Depan Islam di Balai Islam di sini, semalam.

Tiga panel lain yang terlibat, Exco Kerajaan Kelantan, Dr Mohd Fadhli Hassan; Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Wacana Perdana yang berlangsung kira-kira tiga jam itu agak tegang apabila penonton emosi dan bersorak terhadap Panel Keempat, Dr Ridhuan Tee yang memberi pandangan sinis berhubung isu orang Islam dan Melayu serta parti Umno dan Pas.

Serang peninju negara: Anak VVIP didakwa

Serang peninju negara: Anak VVIP didakwa
Tunku Nick Tazuddin (berkemeja hijau) dan Alex (berkemeja biru) kelihatan tenang ketika diiringi masuk ke kamar pertuduhan.
JOHOR BAHRU – Seorang anak kenamaan bersama seorang lagi rakannya dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sinihari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap peninju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24.

Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dan Alex Foo Hee Wee, 41, bersama empat lagi yang masih bebas dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Farkhan pada 6 Mei lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu pada tarikh berkenaan antara jam 4.30 pagi hingga 7 pagi di Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini, dengan menggunakan senjata tumpul.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Isa Mohamad Basir kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke kamar pertuduhan dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, Hakim Zamri Bakar menetapkan tarikh 12 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap tertuduh.

Mahathir: Tidak perlu guling kerajaan ala 'Arab Spring'

Mahathir: Tidak perlu guling kerajaan ala 'Arab Spring'
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Bicara Bersama Negarawan hari ini. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

 "Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

 "Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya ketika menjawab soalan pada Majlis  Bicara Bersama Negarawan bertajuk 'Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara', di Auditorium Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Fuad Tan Sri Hassan dan Dekan Fakulti Perubatan yang juga Pengarah Pusat Perubatan UKM Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, 'Arab Spring' mendedahkan pemerintah negara tidak demoratik, memerintah secara autokratik hingga menyebabkan rakyat menjatuhkan kerajaan.

"Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?

"Kita buat perbandingan dengan negara Arab yang agak berlainan dengan Malaysia, justeru tidak perlu untuk kita bertindak di luar undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Dr Mahathir berkata seharusnya rakyat sedar, usaha menjatuhkan kerajaan adalah agenda pihak yang tidak yakin akan kemampuan untuk memenangi pilihan raya.

"Saya faham perasaan mereka yang tidak dapat menjadi kerajaan, mereka berfikir jika bertindak secara 'Arab Spring' dapat menjatuhkan kerajaan tanpa bergantung kepada proses pilihan raya," katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat bahawa penilaian menggunakan akal fikiran yang waras perlu sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Sementara itu, mengulas isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR, Selangor, Dr Mahathir berkata, PKR Selangor sebenarnya dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan.

 "Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang Umno, dan memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu, dia masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa.

"Dia ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana dia bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa," katanya.

Beliau berkata pergolakan tersebut sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun meminta Barisan Nasional (BN) untuk tidak terlalu gembira dengan situasi tersebut.

"Sedikit sebanyak pergolakan yang berlaku akan menjejaskan PKR, namun BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh, dan jangan harap orang lemah saja untuk menang," katanya. - Bernama

Husam mahu debat, Awang Adek letak syarat

Husam mahu debat, Awang Adek letak syarat
Husam Musa, Awang Adek
KOTA BHARU - Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu syarikat yang mengeluarkan dinar dan dirham, Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran kenyataan  Dr Awang  Adek Adek semalam yang mahukan Kerajaan Negeri menyiasat skandal yang membabitkan KGT.

"Saya minta TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara saya dengan Dr Awang mengenai isu ini, saya harap beliau bersetuju dan memberikan tempoh 21 hari," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Awang Adek menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa beliau mahu Husam terlebih dahulu menjelaskan dahulu skandal tersebut, dan sekiranya memuaskan beliau akan mempertimbangakan cabaran tersebut.

Isu tersebut timbul apabila bekas Bekas Pegawai Perhubungan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali “Kickdefella mendedahkan skandal yang syarikat KGT yang membabitkan laporan polis terhadap bekas pegawai kanan syarikat tersebut yang didakwa menipu.

Khatib: 'Saya doa jatuhkan pemimpin zalim'

BUKIT MERTAJAM - Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah.

Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah.

“Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati?

“Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya).

Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun,” katanya.

Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'.

Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. 
 
Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan.

Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.