Saturday, September 22, 2012

Pakistan isytihar cuti anjur protes

Seorang penunjuk perasaan Pakistan melempar gas pemedih mata ke arah polis antirusuhan semasa satu demonstrasi membantah penerbitan filem anti-Islam dan kartun Nabi Muhammad di Islamabad, Pakistan, semalam. - AFP

PESHAWAR 21 Sept. - Tunjuk perasaan membantah filem-anti Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW terus memuncak di Pakistan hari ini, mengakibatkan 16 maut sementara 195 yang lain cedera.
Berpuluh-puluh ribu orang berhimpun di jalan-jalan raya di seluruh negara, selepas kerajaan mengisytiharkan cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat bantahan.
Kawalan keselamatan di seluruh Pakistan turut diperketatkan dengan kedai dan premis perniagaan ditutup, manakala jalan raya yang biasanya sibuk menjadi lengang selepas semua parti politik utama dan pemimpin agama menggesa tunjuk perasaan sepanjang hari diadakan.
Di bandar Peshawar, barat laut Pakistan, penunjuk perasan yang berang bertindak membakar dua panggung wayang.
Ketua Hospital Lady Reading di sini, Mukhtar Khan berkata, empat lelaki termasuk seorang pemandu sebuah saluran televisyen swasta maut akibat ditembak dalam rusuhan tersebut.
Pegawai polis Gohar Ali berkata, ramai orang turut cedera apabila seorang pengawal keselamatan melepaskan tembakan ketika penunjuk perasaan yang bersenjatakan belantan dan kayu buluh menyerbu panggung wayang Firdaus dan memecahkan serta membakar perabot.
Menurut saksi, sekumpulan perusuh turut menyerang panggung wayang Shama di bandar itu dengan memecahkan tingkap dan membakarnya.
Di Karachi, 12 maut selepas terkena tembakan rambang dalam satu pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis.
Di Indonesia, beratus-ratus penduduk Indonesia mengadakan tunjuk perasaan di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Kedutaan Perancis bagi membantah penyiaran filem tersebut serta kartun menghina Nabi Muhammad dalam sebuah majalah Perancis.
Dalam pada itu, sejumlah pelajar Islam di Thailand, hari ini mengadakan tunjuk perasaan di luar Kedutaan AS sebelum menyerahkan surat bantahan kepada pegawai kedutaan tersebut.
Di Tunisia, pihak berkuasa negara itu menggunakan kuasa darurat untuk mengharamkan semua demonstrasi hari ini.
Kedutaan-kedutaan Barat di seluruh negara Arab turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap tinggi ekoran kebimbangan bantahan ganas baru tercetus berhubung filem dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad. - AFP/REUTERS

Terpikat cara hidup unik Islam

Terpikat cara hidup unik Islam
Abdul Jasheer Jayaseelan Abdullah
Menetap di Kampung Nenas Nibong Tebal dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan dibesarkan dalam kelompok perkampungan Melayu, membuatkan Abdul Jasheer Jayaseelan Abdullah terdedah dengan cara hidup Islam sejak usia kanak-kanak lagi.

Keadaan itu membuatkan, anak bongsu dari tujuh beradik ini sudah memahami adat dan budaya Melayu, kadang-kala mereka juga terikut-ikut dengan amalan yang menjadi rutin harian.

“Kami sama-sama pergi sekolah, bermain, saling bertukar makanan, kongsi perayaan dan bermacam-macam aktiviti dilakukan bersama membuatkan saya tertarik kepada cara hidup yang unik berpaksikan nilai Islam,” demikian permulaan cerita mualaf berusia 47     -tahun ini.

Peluk Islam pada usia 23 tahun

Abdul Jasheer berkata, semasa belajar di Sekolah Menengah Kuala Ketil, beliau turut mengikuti kelas agama Islam.

"Walaupun mereka tahu asal-usul saya tetapi mereka tidak menghalang. Kebetulan pada masa itu, saya sudah rapat dengan ‘seseorang’ yang menjadi rujukan setiap kali ingin mengajukan persoalan berhubung Islam.

“Meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar di tingkatan empat dan lima memberi peluang saya membina hubungan seterusnya meluaskan ilmu agama Islam kerana dikelilingi majoriti pelajar Melayu,” katanya.

Menurutnya, setiap kali Ramadan, dia cuba berpuasa dan ikuti jamuan moreh dengan rakan sekolah.

“Habis sahaja pembelajaran di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur pada November 1988, saya nekad memeluk Islam. Saya dibawa oleh keluarga kawan baik yang kini menjadi isteri saya.

“Pada permulaannya, sudah pasti ada tentangan kecil namun, jauh di sudut hati, saya percaya keluarga merestui apabila mereka hadir ke majlis pertunangan dan perkahwinan saya selepas itu,” katanya.

Abdul Jasheer berkata, hubungan keluarga masih erat walaupun sudah berlainan agama malah setiap kali tibanya hari raya, rumahnya pasti dipenuhi sanak-saudara yang berkunjung dan meraikan perayaan itu.

Beliau turut melahirkan rasa bertuah kerana memiliki isteri dan keluarga mertua yang banyak membantu di samping memahami cara hidupnya walaupun berlainan budaya selain mengharapkan diberi kesempatan menunaikan umrah bersama.

Menurutnya, apabila ada kemusykilan agama, beliau akan merujuk keluarga mertua ataupun ustaz dan rakan Islam lain.

Temui Muslim pelbagai negara

Abdul Jasheer berkata, kesempatan menyambung pelajaran dalam Ijazah Pendidikan, Pendidikan Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1997 hingga 2001 dimanfaatkan sepenuhnya.

Beliau kemudian diberi kesempatan meneruskan pengajian dalam Sarjana Sains di Universiti Napier, Scotland pada 2007 hingga 2009 yang banyak memberi pengalaman baru terutama apabila berjumpa umat Islam dari seluruh dunia.

“Di sana banyak surau dan masjid didirikan, apabila tiba solat Jumaat atau hari raya, kami akan berkumpul berkongsi maklumat dan saling berkenalan.

“Tiada perasaan berada di bumi asing kerana umat Islam saling membantu malah bulan Ramadan amat unik sekali apabila setiap makanan disedekahkan.

“Apabila tiba waktu berbuka pula, kami sekeluarga akan bertukar-tukar surau untuk solat Tarawih. Dalam masa sama, kami boleh berkenal-kenalan dengan umat Islam dari pelbagai negara selain menikmati juadah moreh yang pelbagai.

“Di sana tiada bazar Ramadan kerana setiap individu akan sedekahkan makanan di masjid dan surau. Makanan begitu banyak dan boleh pilih sahaja apa yang nak dimakan,” katanya.

Abdul Jasheer berkata, beliau masih berkawan dengan rakan India bagaimanapun apabila menjalankan tugas tidak kira dalam bidang apa pun, beliau tetap berpendirian teguh dengan ajaran Islam.

“Semasa saya sama-sama dengan rakan MIC ke Kuala Lumpur atas tugasan, mereka turut sama bersahur dengan saya, begitu juga masa berbuka puasa dan masa beribadat yang sangat dihormati,” katanya.

Menurutnya, sebagai umat Islam dia begitu mengharapkan semua umat bersatu tanpa ada perpecahan terutama dari segi ideologi politik.

“Islam diharapkan dapat menyatupadukan keakraban dan tali persaudaraan. Antara 49-50 negara Islam dunia, Malaysia adalah yang paling disanjung dan dihormati.

“Sekiranya mahu terus mendapatkan penghormatan ini, perpaduan melalui agama jadi paksi. Perpecahan Islam akan dijadikan peluang oleh pihak lain untuk memecahbelahkannya lagi,” katanya.

Enam terbunuh, 40 cedera dalam serangan bom kereta di Pattani


BANGKOK - Enam orang terbunuh dan 40 lagi cedera dalam serangan bom kereta di Saiburi, Pattani hari ini, kata Aziz Umayee, ketua polis Saiburi yang turut cedera.
Beliau berkata bom buatan sendiri seberat 50kg itu yang disorok di dalam sebuah kenderaan pikap, diledakkan dari jarak jauh menggunakan telefon bimbit kira-kira 12.30 tengah hari.

Terdahulu, kumpulan disyaki puak pemisah melepaskan tembakan di sebuah kedai emas di bandar Saiburi. Tiada kematian dilaporkan.
"Saya dan pasukan saya pergi menyiasat insiden itu. Bagaimanapun, kenderaan pikap yang diparkir berdekatan kedai emas itu meledak sebaik saja kami tiba," kata Aziz, yang cedera di kepala.
Beliau berkata insiden pertama sebenarnya umpan untuk menarik kedatangan polis dan sukarelawan pertahanan ke kawasan itu.

Enam yang terbunuh terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki, termasuk seorang sukarelawan pertahanan, manakala yang cedera pula merangkumi anggota polis serta orang awam dari kedai dan rumah berhampiran.
Letupan itu turut mengakibatkan beberapa kedai dan rumah di kawasan itu terbakar.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan disyaki puak pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan tiga wilayah iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas.-Bernama

Protes filem anti-Islam ‘gegar’ di Asia, Afrika Utara


Protes filem anti-Islam ‘gegar’ di Asia, Afrika Utara
Seorang kanak-kanak Muslim menyertai protes mengecam Amerika Syarikat di Jammu, Kashmir, India, hari ini. – Foto EPA
ISLAMABAD – Protes membantah filem dan kartun  menghina Nabi Muhammad SAW berterusan di banyak negara di benua Asia dan Afrika Utara hari ini manakala kerajaan Pakistan pula mengisytiharkan hari ini sebagai "hari cuti kebangsaan” bagi orang ramai menyertai demonstrasi.
Protes menyaksikan beberapa siri pertempuran dan sekurang-kurangnya satu kematian direkodkan di Peshawar, utara Pakistan.
Sementara itu, Kerajaan Amerika Syarikat (AS) membeli ruang iklan di tujuh stesen televisyen bagi menunjukkan Presiden AS, Barack Obama mengutuk filem Innocense of Muslims.
Walaupun AS telah dipertanggungjawabkan agar menanggung beban protes tersebut, namun sentimen anti-Barat telah dicetuskan semula dengan penerbitan karikatur yang menyindir peribadi, pemimpin umat manusia, Nabi Muhammad SAW yang disiarkan dalam sebuah majalah Perancis.
Di Peshawar, penunjuk perasaan menyerang dan menggeledah dua bangunan pawagam. Seorang pemandu stesen TV Pakistan terbunuh manakala tujuh orang dilaporkan cedera apabila polis melepaskan tembakan bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan juga dilaporkan bermula dari bandar Rawang, Lahore dan Karachi.
Dalam perkembangan berkaitan, di pusat bandar Islamabad pula menyaksikan  pertempuran sengit  di antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan berlaku semalam.
BBCmelaporkan, sebelum itu, protes aman secara besar-besaran diadakan di luar Masjid Merah sehingga pasukan keselamatan terpaksa menutup sebahagian besar bandar untuk demonstrasi.
Kemudiannya, peluru getahtelah dilepaskan oleh polis semasa pertempuran di salah satu pintu masuk ke bandar.
Sebelum itu, puluhan peserta protes dilaporkan sudah mengadakan bantahan terhadap penyiaran filem itu di seluruh Pakistan sejak minggu lalu - membunuh sekurang-kurangnya dua orang - tetapi semalam kali pertama keganasan meletus di ibu kota.
Semua parti politik utama dan pertubuhan agama turut mengumumkan bantahan sama pada hari ini termasuk kumpulan perdagangan dan pengangkutan.
Pihak berkuasa Pakistan telah menggesa orang ramai untuk berdemonstrasi secara aman, dan mengambil langkah memotong talian perkhidmatan telefon mudah alih ke seluruh negara untuk mengurangkan risiko keselamatan sewaktu demonstrasi berlangsung.
Sementara itu, seorang pegawai keselamatan AS, Richard Hoagland telah dipanggil Kementerian Luar Pakistan dan bantahan rasmi telah dikenakan terhadap beliau selepas dilaporkan bersetuju bahawa kerajaan AS tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan filem itu.
Sebagai langkah keselamatan, Jabatan Negeri AS telah mengeluarkan amaran melarang rakyatnya untuk masuk ke Pakistan tanpa urusan yang penting.
Kedutaan ditutup
Bagi memastikan keselamatan pegawai-pegawainya berada pada tahap maksimum, kerajaan Perancis telah menutup kedutaan dan pejabat rasmi di kira-kira 20 buah negara di seluruh dunia Islam hari ini.
Langkah itu diambil selepas majalah satira Perancis, Charlie Hebdo menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW pada muka depan majalahnya.
Malahan, di dalam majalah itu turut diletakkan beberapa gambar termasuk gambar bogel.
Berikutan tindakan berani majalah itu, beberapa pemimpin Islam Perancis mengutuk tindakan majalah itu dan dalam masa sama telah meminta seluruh umat Islam bertenang ketika memberi khutbah Jumaat di masjid-masjid di seluruh negara pada hari ini.
Dalam pada itu, Charlie Hebdo dilaporkan telah habis dijual Rabu lalu dan telah diulang cetak sebanyak 70,000naskhah.
Di Tunisia pula - di mana Perancis merupakan bekas kuasa penjajah - kerajaan telah mengharamkan protes yang dibuat pada hari ini.
Protes tersebut diadakan untuk memprotes karikatur yang diterbitakan di majalah Charlie Hebdoakhirnya diadakan melalui mediasosial Tunisia.
Menteri Dalam Negerinya, AliLarayedh berkata, sebelum ini dipercayai beberapa kumpulan telah merancang protes ganas selepas solat Jumaat.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan keganasan akan berlaku di pusat bandar Libya, Benghazi selepas kumpulan penentang berkata mereka berarak di jalanan.
Sepanjang minggu ini, penduduk Benghazi mula memakai kain pengikat di lengan kiri dan pelekat bagi mengutuk serangan luar misi AS.
Sementara itu, militan jihad, Ansar al-Syariah dipersalahkan oleh sesetengah penduduk tempatan terhadap protes yang dipanggil “pertahankan Nabi Muhammad SAW".
Kedua-dua protes yang dijadualkan untuk masa yang sama.
Tidak ketinggalan, di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, dilaporkan lebih daripada 5,000 orang membantah secara aman di hadapan kedutaan AS.
Sesetengah penunjuk perasaan telah membawa sepanduk yang menegaskan bahawa menghina agama bukan kebebasan bersuara.
Di Kaherah, di mana protes terhadap filem itu bermula, pasukan keselamatan Mesir terpaksa membuat rondaan di jalan-jalan sekitar kedutaan AS.
Puak radikal Islam telah bertempur dengan pasukan keselamatan di sana kebelakangan ini, walaupun Presiden Ikhwan Muslimin, Mohammed Morsi telah menjauhkan diri dari pergolakan, hanya mengutuk filem itu dan memanggil untuk demonstrasi aman.

Majlis nikah Diraja Brunei meriah




22 September 2012
Majlis nikah Diraja Brunei meriah
Muhammad Ruzaini dinikahkan selepas solat Zohor, semalam.
Puteri Hafizah Sururul Bolkiah.
Puteri Hafizah Sururul Bolkiah selamat diijab kabul.
BANDAR SERI BEGAWAN  - Anak perempuan kelima Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, bakal melangsungkan persandingan esok dalam majlis perkahwinan yang akan diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Istana Diraja Brunei.

Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, semalam.

Sejurus istiadat akad nikah, kedengaran tembakan meriam 21 das berkumandang di udara.

Puteri Hafizah Sururul merupakan pemegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan dan bertugas sebagai pegawai di Kementerian Kewangan, manakala Muhammad Ruzaini seorang penjawat awam di Pejabat Perdana Menteri.

Manakala bagi majlis persandingan esok, dianggarkan 1,700 tetamu akan menghadiri majlis resepsi di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.

Tindakan biadab hina MB



WARTAWAN SINAR HARIAN
22 September 2012
Tindakan biadab hina MB
Sebahagian jawatankuasa DPP Ketereh yang membuat laporan polis semalam.
KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Ketereh semalam, membuat laporan polis di balai Polis Kok Lanas, mengenai tindakan seorang pemegang akaun laman sosial yang dikenali sebagai Idham Zulfazli, menyamakan gambar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan seekor anjing.

Timbalan Pemuda Pas Ketereh, Abu Bakar Ibrahim berkata, tindakan itu amat biadab kerana menyamakan pimpinan ulama di negeri ini sama seperti haiwan yang tidak mempunyai pemikiran.

“Seharusnya dia berfikiran rasional dan tidak melakukan perlakuan itu, yang jelas bertentangan dengan hukum agama Islam. Tindakannya itu merupakan perbuatan yang kurang matang dan turut menghina Tok Guru yang dihormati di negeri ini,” katanya.

Turut hadir membuat laporan, Penyelaras Dun Ketereh, Nik Mahadi Nik Mahmood.

Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa termasuk kerajaan dalam menangani isu terbabit, yang juga menjatuhkan maruah umat Islam.

“Perkara ini perlu dipandang serius bagi memberi pengajaran kepada pihak terbabit agar tidak bertindak dengan sewenang-wenangnya terhadap ulama.

"Jika mereka tidak dikenakan tindakan, kita bimbang ia akan menular kepada generasi muda dan golongan ini boleh menulis dan memaparkan apa sahaja dalam laman sosial mereka,” katanya.

Lelaki berisiko tinggi bunuh diri




22 September 2012
LONDON - Lelaki pertengahan umur dari latar belakang kurang bernasib baik cenderung membunuh diri kerana hilang keyakinan terhadap identiti kelakian terutama perubahan bentuk badan dan hormon.

Penyelidikan kesihatan dari Universiti Edinburgh, Stephen Platt berkata, tindakan membunuh diri bukan berpunca daripada masalah mental tetapi golongan ini gagal berhadapan dengan masalah kemurungan, kebimbangan dan masyarakat, kata laporan Reuters.

Afghan ‘haram’ semua akhbar Pakistan




22 September 2012
KABUL - Afghanistan mengambil langkah drastik menghalang jualan kesemua akhbar Pakistan di negara itu atas alasan ia menjadi sumber maklumat kepada Taliban.
Keputusan itu diambil ketika ketegangan hubungan kedua-dua negara semakin meningkat.
Dalam perkembangan berasingan, Menteri Luar Afghanistan memberi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) amaran bahawa hubungan dengan Pakistan terancam ekoran 'serangan' di sempadan kedua-dua negara.
"Kegagalan menamatkan serangan sedemikian akan membawa risiko menjejaskan hubungan dua hala kedua-dua negara," kata Menteri Luar Afghanistan, Zalmai Rassoul.

60 restoran KFC di Pakistan ditutup susulan protes



WARTAWAN SINAR HARIAN
22 September 2012
KFC
KFC
NEW YORK - Yum! Brands memutuskan untuk menutup kesemua restoran makanan segera KFC di Pakistan susulan protes anti-Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan filem menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Langkah itu diambil susulan serangan ke atas sebuah restoran KFC di Lubnan minggu lalu, demikian menurut syarikat itu, dipetik CNNMoney.

"Restoran KFC kami di Pakistan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga," kata jurucakap Yum! Brands, Christopher Fuller.

"Mereka akan terus memantau situasi untuk memutuskan bila ia akan dibuka semula," katanya lagi.

Angka kematian ekoran protes terbaru semalam telah mencecah 15 sehingga petang semalam.

KFC ada lebih 60 restoran di 21 bandar di Pakistan.

Rangkaian itu juga mempunyai cawangan di 21 bandar raya di rantau Timur Tengah.

Laporan CNN menyebut bahawa pada 14 September lalu, penunjuk perasaan yang memprotes filem Innocense of Muslims telah menyerang sebuah restoran KFC dan dua lagi francais AS iaitu Hardee's dan Krisphy  Kreme di Tripoli, Lubnan.

"Beberapa restoran jenama AS di Tripoli juga rosak termasuk satu restoran KFC," katanya lagi.

Protest In Peshawar,Pakistan

Protest In Peshawar,Pakistan Today Against Disrespect Of Our Beloved Prophet Hazart Muhammad SWS♥ 

Bayi bersisik berkurung dalam rumah

TASEK GELUGOR: Seorang bayi lelaki terpaksa berkurung dalam rumah sejak dilahirkan berikutan penyakit kulit dihidapinya yang menyebabkan dia berasa gatal selain kulit bertukar kemerahan jika terkena cahaya matahari.
Selain itu, kulit Mohd Adam Qayyum Mohd Shahidan, setahun lima bulan juga kelihatan bersisik dan mudah tertanggal jika digaru serta lebih teruk jika terdedah kepada cuaca panas.

Ibunya, Norzalina Ramli, 26, dari Permatang Binjai di sini, berkata berikutan penyakit dihidapi, anak bongsunya itu sering merengek kesakitan apabila kulit pada tubuhnya kering dan menggelupas, malah ada ketikanya berdarah apabila digaru.

Menurutnya, penyakit anak lelakinya itu dikesan sebaik dilahirkan apabila kulitnya kering dan bersisik tidak seperti bayi lain.

“Ketika dilahirkan kulitnya kelihatan kering tidak seperti bayi lain manakala bahagian sendi pada tangan, kaki serta anggota lain kerap berdarah dan perlu disapu pelembap setiap masa.

“Keadaan bertambah teruk jika cuaca panas kerana kulitnya yang kering berpeluh serta menyukarkan pergerakannya menyebabkan saya terpaksa menjaganya setiap masa,” katanya ditemui di sini, semalam.


Difahamkan, Mohd Adam Qayyum menghidap penyakit ‘colodium baby’ dan doktor pakar menasihatkan keluarganya bersabar kerana penyakit berkenaan agak sukar untuk diubati.

Norzalina yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Mak Mandin, Butterworth berkata, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya itu berterusan dan sudah melakukan pelbagai usaha termasuk membawanya berjumpa pengamal perubatan tradisional, namun belum berhasil.

“Saya harap ada pihak tampil membantu mengubati penyakit anak saya sama ada cara moden atau tradisional,” katanya.

Katanya, pendapatan suami, Mohd Shahidan Mohd Radzi, 28, sebagai operator kilang hanya sekadar cukup menyara mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu mengubati penyakit Mohd Adam Qayyum boleh menghubungi Norzalina 012-4387165 atau mengunjungi rumah keluarganya di No 1, Permatang Binjai, Tasek Gelugor.

Derita sejak lahir

TASEK GELUGOR: Seorang bayi lelaki terpaksa berkurung dalam rumah sejak dilahirkan berikutan penyakit kulit dihidapinya yang menyebabkan dia berasa gatal selain kulit bertukar kemerahan jika terkena cahaya matahari.
Selain itu, kulit Mohd Adam Qayyum Mohd Shahidan, setahun lima bulan juga kelihatan bersisik dan mudah tertanggal jika digaru serta lebih teruk jika terdedah kepada cuaca panas.

Ibunya, Norzalina Ramli, 26, dari Permatang Binjai di sini, berkata berikutan penyakit dihidapi, anak bongsunya itu sering merengek kesakitan apabila kulit pada tubuhnya kering dan menggelupas, malah ada ketikanya berdarah apabila digaru.

Menurutnya, penyakit anak lelakinya itu dikesan sebaik dilahirkan apabila kulitnya kering dan bersisik tidak seperti bayi lain.

“Ketika dilahirkan kulitnya kelihatan kering tidak seperti bayi lain manakala bahagian sendi pada tangan, kaki serta anggota lain kerap berdarah dan perlu disapu pelembap setiap masa.

“Keadaan bertambah teruk jika cuaca panas kerana kulitnya yang kering berpeluh serta menyukarkan pergerakannya menyebabkan saya terpaksa menjaganya setiap masa,” katanya ditemui di sini, semalam.


Difahamkan, Mohd Adam Qayyum menghidap penyakit ‘colodium baby’ dan doktor pakar menasihatkan keluarganya bersabar kerana penyakit berkenaan agak sukar untuk diubati.

Norzalina yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Mak Mandin, Butterworth berkata, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya itu berterusan dan sudah melakukan pelbagai usaha termasuk membawanya berjumpa pengamal perubatan tradisional, namun belum berhasil.

“Saya harap ada pihak tampil membantu mengubati penyakit anak saya sama ada cara moden atau tradisional,” katanya.

Katanya, pendapatan suami, Mohd Shahidan Mohd Radzi, 28, sebagai operator kilang hanya sekadar cukup menyara mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu mengubati penyakit Mohd Adam Qayyum boleh menghubungi Norzalina 012-4387165 atau mengunjungi rumah keluarganya di No 1, Permatang Binjai, Tasek Gelugor.

Cacing dari mulut budak terbiar

PASIR PUTEH: “Ketika tiba di sini, budak lelaki ini dimandikan dan disabun berulang kali bagi menghilangkan daki yang melekat di seluruh badan.
“Melihat perutnya yang buncit, kemungkinan ada cacing kerawit dan ketika badannya digoyang, keluar tujuh cacing kerawit sepanjang sejengkal dari mulut, hidung dan telinga,” kata Mat Piah Mat Daud, 57, pembantu am Rumah Anak Yatim Markaz Al-Aitam, Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, dekat sini.

Mat Piah menceritakan pengalamannya membawa pulang seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang dikatakan langsung tidak mengenali dunia luar apabila menetap di kawasan hutan terpencil di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas, dua bulan lalu.

Budak lelaki itu, Muhammad Nasir Mahmood dikatakan lebih gemar memakan buah-buahan hutan seperti langsat dan salak di kawasan rumah selain minat bergayut pada dahan pokok kecil serta mandi dalam kubang berlumpur yang digunakan kerbau.

Menurut Mat Piah, keperitan hidup Muhammad Nasir berpunca daripada keluarganya yang hidup dalam kemiskinan dan pada masa sama lebih banyak bermain bersendirian selepas ibunya, Roseyatimah Shafiei, 38, mengalami masalah mental.

Katanya, bapa Muhammad Nasir, Mahmood Sulong, 74, meninggal dunia, tiga tahun lalu akibat sakit tua menyebabkan keluarga itu terus dihimpit kemiskinan apabila kehilangan tempat bergantung.


“Muhammad Nasir mempunyai dua abang dan seorang kakak. Bapa Roseyatimah dikenali sebagai Pak Chu, berusia lingkungan 80-an yang tinggal berhampiran rumah mereka menjadi tempat bergantung walaupun warga emas itu turut hidup serba kekurangan.

“Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang apabila makan nasi sekali sehari selain terpaksa berkongsi dua ikan selar sebesar dua jari dewasa. Disebabkan terlalu leka bermain, Muhammad Nasir dikatakan sering terlepas makan bersama keluarganya menyebabkannya memakan buah-buahan hutan,” katanya ketika ditemui di Markaz Al-Aitam, baru-baru ini.

Mat Piah berkata, kasihan melihat keadaan Muhammad Nasir selain tidak mahu cucunya itu terus terbiar, Pak Chu terpaksa meminta bantuan saudaranya supaya kanak-kanak itu dihantar ke Markaz Al-Aitam untuk dijaga.

“Selepas dimaklumkan saudara Pak Chu, saya ditugaskan menjemput Muhammad Nasir di rumahnya. Saya bersama seorang rakan terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk tiba di rumah Muhammad Nasir kerana tidak boleh dimasuki kenderaan.

“Saya tidak sanggup melihat penderitaan Muhammad Nasir dan keluarganya yang tinggal di bangsal buruk hampir runtuh selain keadaan persekitaran kurang menyenangkan dipenuhi lalat, langau serta kotor. Malah, Muhammad Nasir turut bertelanjang ketika kami tiba di rumahnya dan paling memeranjatkan, kanak-kanak itu sedang mengutip sesuatu dalam pasir sebelum memakannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas dua bulan tinggal di sini, perubahan diri Muhammad Nasir semakin ketara apabila boleh membaca secara perlahan walaupun terpaksa makan secara berasingan kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan rakan lain.

AS jual lapan helikopter Apache kepada Indonesia




         
WASHINGTON: Amerika Syarikat menjual lapan helikopter jenis Apache kepada Indonesia sebagai menguatkan hubungan antara kedua-dua negara dan meningkatkan keselamatan serantau, kata Setiausaha Negra AS, Hillary Clinton, semalam.

Selepas berbincang dengan Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa, Clinton berkata, pengurusan AS memberitahu “Kongres mengenai potensi menjual lapan AH-64D helikopter Apache Longbow kepada kerajaan Indonesia.” - Jakarta Post

42 dibunuh sehari di Afrika Selatan




         
JOHANNESBURG: Empat puluh dua orang dibunuh dalam sehari di Afrika Selatan dan jenayah seks masih tinggi walaupun terdapat sedikit pengurangan.

Menurut statistik yang dikeluarkan semalam, kadar jenayah di negara itu adalah antara keganasan masyarakat paling tinggi di dunia.
Menteri Polis, Nathi Mthethwa berkata, trend pembunuhan semakin berkurangan sejak berakhirnya aparteid pada 1994 dan pada akhir Mac lalu, bilangannya terus jatuh 27.6 peratus daripada lebih 18,000 kes yang direkod lapan tahun lalu.

“Kita belum lagi mencapai sasaran tetapi dengan penyertaan daripada semua sektor masyarakat, kita akan berjaya mengurangkan jenayah,” katanya ketika membentangkan statistik jenayah tahunan negara.


Katanya, “Kita mesti memenangi perang ke atas jenayah dalam segala bentuk. Jenayah memberi kesan ke atas semua orang dalam negara ini tidak kira kedudukan, jantina, agama dan warna kulit. Ia adalah musuh kita dan sekiranya kita bersatu-padu kita dapat melawannya.”


Afrika Selatan masih lagi merupakan negara paling bahaya di luar zon konflik di dunia. Kadar pembunuhannya masih tinggi, berada di belakang negara Amerika Selatan, dan yang bergelut memerangi pengedaran dadah.

Kadar pembunuhan tahunan jatuh 3.1 peratus kepada 15,609 kematian, iaitu kadar purata kira-kira 42 pembunuhan sehari. Kadar jenayah lain termasuk cubaan membunuh, rompakan, serangan serius dan biasa turut menurun. - AFP

DC Comics dan Marvel saman kedai jual kopiah Yahudi guna gambar adiwira tanpa lesen




         
BAITULMAQDIS: Seorang peguam yang mewakili DC Comics dan Marvel berkata, syarikat komik gergasi itu akan memfailkan saman ke atas penjual di sini kerana menjual kopiah Yahudi atau kippa yang berhias gambar adiwira Batman dan Spiderman.

Peguam Chagay Netzer berkata kedai “Kippa Man” itu melanggar hak intelek kedua-dua syarikat itu.
DC Comics dan Marvel, masing-masing menuntut AS$25,500 (RM78,000) untuk kerugian dan mahu kedai itu berhenti menjual kippa berkenaan.

Kedai itu terkenal di kalangan pelancong kerana menjual kopiah Yahudi pelbagai warna dan juga mempunyai hiasan kartun atau lambang sukan.


Saman itu difailkan secara berasingan minggu lalu. Pemilik kedai enggan memberi komen. - AP

Bashar yakin terus berkuasa




         
KAHERAH: Presiden Bashar al-Assad berkata, penentang kerajaannya tidak akan berjaya dalam perjuangan mereka walaupun “pintu rundingan masih terbuka.”

Dalam komen kepada majalah mingguan Mesir, Al-Ahram Al-Araby, Bashar berkata, kumpulan bersenjata itu melakukan keganasan terhadap negara.


“Mereka tidak popular di kalangan masyarakat dan tidak akan berjaya akhirnya,” katanya.

Menurut Bashar, sebarang perubahan tidak boleh dicapai melalui campur tangan asing.


Katanya, kedua-dua pihak adalah setaraf dan dialog politik adalah satu-satunya penyelesaian.


“Keganasan, bagaimanapun, tidak dibenarkan dan Syria tidak akan berdiam diri ketika berdepan dengan pihak bersenjata yang menentangnya,” katanya. Sementara itu, sekurang-kurangnya 54 terbunuh dalam serangan udara terhadap sebuah stesen minyak di al-Raqqa, semalam. Sabtu lalu pula, perunding antarabangsa, Lakhdar Brahimi, bertemu Bashar dalam lawatan pertamanya ke Damsyik sebagai utusan keamanan.

Lakhdar kemudian mengakui keadaan di Syria “terlalu bahaya dan semakin meruncing.” Mengenai misi Lakhdar, Bashar berkata, dia tidak bersikap optimis atau pesimis. - Reuters

Israel perlu didesak henti roboh rumah Palestin




         
BAITULMAQDIS: Kuartet Timur Tengah mesti mendesak Israel menghentikan perobohan rumah Palestin di Tebing Barat, kata gabungan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) global, semalam.

Dalam kenyataan ditujukan kepada kumpulan itu yang bakal bertemu di New York lusa, NGO terbabit menuntut kuartet berkenaan menekan kerajaan Israel untuk mengubah serta-merta dasar serta amalan mereka yang bercanggah dengan hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan.


Memetik statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NGO itu berkata, perobohan kediaman penduduk Palestin meningkat tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun.

Kata mereka, ia meningkat kepada purata 64 unit sebulan pada tahun ini berbanding 23 pada 2009. Kadar pelarian bulanan meningkat daripada 52 orang pada 2009 menjadi 103 pada tahun ini.


“Kuartet mengeluarkan 39 kecaman terhadap Israel tetapi jumlah pelarian akibat pemusnahan haram rumah penduduk Palestin terus meningkat ke tahap tertinggi,” kata NGO itu. - AFP

Puluhan ribu bantah Innocence of Muslims


    Perhimpunan aman  membantah penerbitan filem ‘Innocence of Muslims’ dan karikatur   menghina Nabi Muhammad SAW di pekarangan Masjid Kampung Baru, semalam.Perhimpunan aman membantah penerbitan filem ‘Innocence of Muslims’ dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW di pekarangan Masjid Kampung Baru, semalam.
Kuala Lumpur: Lebih 11,000 orang menyertai perhimpunan aman membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW di Masjid Kampung Baru dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di sini.

Bantahan anjuran Pemuda UMNO dan Pemuda PAS sejurus solat Jumaat itu mendesak AS mengambil tindakan tegas terhadap penerbit dan pengarah filem terbabit yang bukan setakat menghina Rasulullah SAW, malah mengguris umat Islam keseluruhannya. 
Di Masjid Kampung Baru, perhimpunan diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Hadir sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. 

Berucap pada perhimpunan itu, Khairy berkata, AS harus mengambil tindakan tegas terhadap penerbit, Nakoula Basseley Nakoula dan pengarahnya, Alan Roberts kerana bertindak melampaui batas kebebasan bersuara.




Perhimpunan lebih tersusun

“Hormati kami, kami akan menghormati anda. Kebebasan bersuara dalam sistem demokrasi ada batasnya,” katanya. 
Ketika ditemui selepas perhimpunan itu, Khairy berkata, Pemuda UMNO akan mengundang Pemuda PAS untuk menghadiri perhimpunan bersama bagi menyuarakan bantahan yang sama dalam majlis lebih tersusun, minggu depan.

Setakat ini, lokasi dan tarikhnya belum ditentukan, katanya.

Sementara itu, Ibrahim ketika berucap, mendesak AS mengambil tindakan tegas atas kebiadapan penerbit dan pengarah filem berkenaan dan mereka tidak harus dibiarkan tanpa sebarang hukuman.

Di depan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, perhimpunan Pemuda PAS berjalan tanpa kejadian tidak diingini.

Memorandum membantah filem berkenaan disampaikan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kepada wakil jabatan keselamatan kedutaan itu. 

Mereka yang mula berhimpun mulai jam 2 petang bersurai kira-kira jam 3.15 petang.

Penunjuk perasaan, polis bertempur


Penunjuk perasaan berarak membawa kain rentang  membantah filem anti-Islam, Innoncence of Muslims, di Quetta, Pakistan, semalam.Penunjuk perasaan berarak membawa kain rentang membantah filem anti-Islam, Innoncence of Muslims, di Quetta, Pakistan, semalam.
Islamabad: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Peshawar semalam ketika kemarahan berhubung penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW semakin memuncak di sebalik desakan pemimpin politik dan agama di seluruh dunia Islam supaya bantahan secara aman diadakan.

Misi diplomat Barat di seluruh dunia Islam mengetatkan kawalan keselamatan dengan sebahagiannya menutup operasi berikutan jangkaan bantahan besar-besaran akan diadakan selepas solat Jumaat.
Filem anti-Islam yang dihasilkan di Amerika Syarikat menimbulkan kemarahan umat Islam dan membawa kepada bantahan selama beberapa hari di seluruh dunia Islam, manakala kartun mempersendakan Nabi Muhammad SAW yang disiarkan dalam majalah Perancis Rabu lalu dijangka menyemarakkan kemarahan.

Pegawai perundangan tertinggi Islam Mesir kelmarin berkata umat Islam sepatutnya mengikut contoh Nabi Muhammad SAW yang bertenang berdepan penghinaan terhadap baginda tanpa membalas dendam.

Bagaimanapun, desakan itu kelihatan tidak akan menenangkan kemarahan.

“Serangan terhadap Nabi Muhammad SAW adalah serangan ke atas 1.5 bilion umat Islam. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata Perdana Menteri Pakistan, Raja Pervez Ashraf, dalam ucapan yang kepada ahli politik dan pemimpin agama.

Isytihar Jumaat Hari Kasih sayang Nabi Muhammad SAW
Pakistan mengisytiharkan Jumaat sebagai Hari Kasih Sayang kepada Nabi Muhammad SAW.

Penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Peshawar, pekan lama terletak di jalan raya utama menuju Afghanistan dan membakar panggung wayang serta bertempur dengan polis pencegah rusuhan yang cuba menyuraikan mereka.

Sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan cedera, kata doktor di hospital utama bandar raya itu.

Di Islamabad, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan yang membaling batu bertempur dengan polis ketika cuba menuju ke kedutaan Amerika kelmarin dan kerajaan menyekat perkhidmatan telefon bimbit di lebih 12 bandar raya sebagai langkah keselamatan menjelang bantahan semalam. - Reuter

AS tutup kedutaan di Indonesia




BEBERAPA buah kenderaan berperisai diletakkan di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta semalam.


JAKARTA - Amerika Syarikat (AS) menutup kedutaannya di seluruh Indonesia ekoran bantahan berterusan terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims.
Beberapa demonstrasi kecil dan teratur berlangsung di luar Kedutaan AS di sini dan bandar raya Surabaya serta Medan selain di beberapa buah bandar lain di negara itu semalam.
Tiada keganasan dilaporkan berlaku.
Kedutaan AS di sini dan pejabat konsulatnya di Surabaya, Medan dan Bali ditutup semalam.
Turut tidak beroperasi ialah Pejabat AS ke negara-negara ASEAN di Jakarta.
Sebelum ini, bantahan besar-besaran kerap diadakan selepas selesai solat Jumaat di Indonesia yang memiliki penduduk Islam paling ramai di dunia.
Orang Islam di seluruh dunia marah terhadap filem terbitan AS tersebut kerana menghina Nabi Muhammad SAW.
Tunjuk perasaan turut berlaku di luar Kedutaan Perancis berhubung penyiaran kartun Nabi Muhammad SAW di sebuah majalah negara itu.
Beberapa tunjuk perasaan juga diadakan di luar restoran yang mempunyai kaitan dengan AS.
Perancis turut menutup pejabat kedutaan, konsulat dan pusat kebudayaan serta beberapa buah sekolah antarabangsa di 20 buah negara Islam semalam. - Agensi
AP
BEBERAPA buah kenderaan berperisai diletakkan di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta semalam.

Hakim tolak permohonan aktres filem hina Nabi




GARCIA


LOS ANGELES - Hakim sebuah mahkamah di sini menolak permohonan seorang aktres filem yang menghina Nabi Muhamaad SAW kelmarin.
Aktres itu, Cindy Lee Garcia memohon supaya sedutan filem Innocence of Muslims selama 14 minit dikeluarkan daripada laman YouTube.
Bagaimanapun, Hakim Luis Lavin menolak permohonan itu kerana dia tidak mengemukakan sebarang perjanjian bertulis bahawa dia ditipu untuk berlakon dalam filem yang sebenarnya menghina Nabi Muhammad.
Garcia menyaman syarikat Google yang memiliki YouTube.
Menurut aktres itu, dia mendapat ancaman bunuh ekoran filem berkenaan.
Peguam bela Garcia, Cris Armenta memberitahu pemberita, dia akan mengemukakan bukti untuk kes tersebut. - Agensi

Majalah hina pejuang Islam



BERLIN - Selepas filem anti-Islam yang dihasilkan di Amerika Syarikat dan penerbitan sebuah majalah mingguan di Perancis yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW kini sebuah majalah satira di Jerman pula telah melakukan perkara yang hampir sama.
Majalah itu yang bertajuk Titanic memaparkan satu lakaran kartun isteri bekas presiden Jerman Christian Wulff didakap oleh seorang pejuang Islam yang memakai serban sambil mengacukan pisau di muka hadapan majalah untuk edisi bulan Oktober.
Majalah tersebut yang dicetak sebanyak 100,000 naskhah sebulan akan diterbitkan pada 28 September depan.
Editor majalah itu, Leo Fischer berkata kepada majalah berita mingguan Der Spiegel: "Sekarang ini nama Mohammad menjadi perbualan setiap orang di bibir dan kami memberi tindak balas." - AFP

Anakanda Sultan Brunei berkahwin




AFP
GAMBAR di laman YouTube semalam menunjukkan Pengiran Muhammad Ruziani.


BANDAR SERI BEGAWAN - Anakanda perempuan pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin dengan Pengiran Muhammad Ruziani kelmarin di Istana Nurul Iman yang mempunyai 1,700 bilik, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Anakanda Sultan Brunei itu, Puteri Hafizah Surusul Bolkiah, 32, berkahwin pada majlis yang diadakan di depan sejumlah tetamu pada Rabu lalu.

AFP
SULTAN HASSANAL BOLKIAH mengetuai upacara menepung tawar anakanda baginda, Puteri Hafizah Surusul Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada Rabu lalu.


Puteri Hafizah merupakan anakanda kelima Sultan Hassanal Bolkiah dengan isterinya, Permaisuri Pengiran Anak Saleha.
Anakanda Sultan Brunei itu mempunyai ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dan bekerja sebagai seorang pegawai di Kementerian Kewangan.
Pengiran Muhammad Ruziani, 29, pula bekerja sebagai seorang kakitangan awam.
Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai 12 anak, lima lelaki dan tujuh perempuan daripada tiga perkahwinannya.
Baginda pernah bercerai dengan Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas pengacara stesen televisyen TV3. - Agensi

Tukang besi bina badan helikopter




REUTERS
SHENGYING (kanan) memeriksa bilah kipas helikopter yang dibinanya di Shenyang semalam.


SHENYANG, China - Seorang tukang besi, Tian Shengying membina badan sebuah helikopter hanya dalam tempoh setengah bulan.
Shengying, 55, turut menghasilkan ekor dan kipas helikopter tersebut.
Dia tidak menggunakan sebarang pelan ketika membuat badan dan peralatan tersebut.
Tukang besi tersebut menghasilkan ciptaannya itu selepas mendapat permintaan daripada sebuah pusat penyelidikan pesawat tanpa juruterbang. - Reuters