Saturday, July 19, 2014

Malaysia akan pastikan kotak hitam tidak diambil pihak lain


PUTRAJAYA 19 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sebagai pemilik kapal terbang Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine akan memastikan bahawa kotak hitamnya tidak dikuasai pihak yang tidak ada kena mengena dengan insiden itu.
Katanya, mengikut peraturan antarabangsa, pemilik pesawat berhak ke atas kotak hitam itu.
"Kotak hitam itu mesti ikut pada undang-undang antarabangsa dan mereka yang tidak berhak, tidak boleh menguasai dan mengambil alih kotak hitam itu," katanya kepada media selepas meluangkan masa bertemu dengan keluarga mangsa nahas pesawat MH17 di sini hari ini.
Turut bersama bertemu secara peribadi dengan keluarga tersebut ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
Melahirkan rasa sedih bagi pihak kerajaan di atas tragedi itu, Perdana Menteri menyatakan komitmen kerajaan akan melakukan yang terbaik terutama untuk membawa balik mangsa-mangsa tragedi terbabit. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_52/Malaysia-akan-pastikan-kotak-hitam-tidak-diambil-pihak-lain#ixzz37vcGqy4i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tindakan sebabkan MH17 terhempas satu jenayah


  • Muhyiddin menerima replika sumbangan untuk anak-anak yatim Parlimen Pagoh daripada Sapura pada Majlis Tadarus, Khatam Al-Quran, Yassin dan Tahlil di Pagoh di Muar hari ini. - Foto BernamaMuhyiddin menerima replika sumbangan untuk anak-anak yatim Parlimen Pagoh daripada Sapura pada Majlis Tadarus, Khatam Al-Quran, Yassin dan Tahlil di Pagoh di Muar hari ini. - Foto Bernama
MUAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan, yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada Khamis, sebagai perbuatan jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Justeru itu, katanya masyarakat antarabangsa perlu memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden itu, yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, dibawa ke muka pengadilan.

"Ia (insiden MH17) merupakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan, mengorbankan orang awam yang tidak berdosa, " katanya ketika berucap pada majlis khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan di Masjid Kampung Paya Panjang, Pagoh hari ini.

Beliau berkata, Malaysia serta keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu menuntut keadilan dengan meminta siasatan terperinci dilakukan untuk menentukan punca kejadian dan mereka yang bertanggungjawab menyebabkan tragedi itu.

Pada majlis sama, Muhyiddin dan hadirin turut mangadakan Tahlil dan bacaan surah Yassin bagi seorang daripada penumpang MH17, Mohd Ali Salim, yang berasal dari Kampung Jayor di sini.

Mohd Ali, 30, pelajar kedoktoran di Erasmus Universitiet, Rotterdam, Belanda, kembali ke Malaysia kerana mahu menyambut Aidilfitri di kampungnya.

Allahyarham adalah antara 298 penumpang dan anak kapal MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berhampiran dengan sempadan Rusia, pada Khamis lepas.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.

Muhyiddin berkata, beliau diberitahu bahawa Mohd Ali turut menghadiri majlis perjumpaannya dengan pelajar Malaysia di Belanda ketika beliau menghadiri persidangan alam sekitar di negara itu baru-baru ini.

"Ketika bertemu dengan keluarga Allahyarham Mohd Ali di sebuah hotel di Putrajaya semalam, bapanya  Salim menunjukkan gambar perjumpaan itu," katanya.

Menurutnya keluarga allahyarham juga meminta kerajaan supaya berusaha membawa pulang jenazah Mohd Ali.

Muhyiddin berkata, satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian oleh dunia ialah serangan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza.

Serangan rejim Yahudi terhadap penduduk Semenanjung Gaza, yang didiami lebih 1 juta warga Palestin, telah menyebabkan kemusnahan besar dan mengorbankan nyawa kanak-kanak, wanita dan warga emas, katanya.

"Masyarakat dunia perlu bertindak dengan segera untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap penduduk Palestin," kata beliau.

Muhyiddin kemudian menyampaikan sumbangan kepada 114 anak yatim dan 114 fakir miskin dari kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Jorak.

Beliau turut menerima sumbangan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin sebanyak RM30,000 daripada Kumpulan Sapura yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasinya Zarif Hashim. - Bernama

Pasukan siasatan khas Malaysia tiba di Kiev


  • Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) antara anggota Pasukan Siasatan Khas Misi MH17 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Borispol di Kiev hari ini. - Foto BernamaPasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) antara anggota Pasukan Siasatan Khas Misi MH17 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Borispol di Kiev hari ini. - Foto Bernama

KIEV - UKRAINE. Pasukan siasatan khas Malaysia mengenai tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev di sini pada pukul 4 pagi (waktu Kiev), Sabtu.
  
Ketuanya Khairil Hilmi Mokhtar berkata pasukan itu, yang terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan, akan berada di Ukraine sehingga 25 Julai.
"Saya harap semua proses akan berjalan lancar bagi pasukan sisatan ini," kata Khairil Hilmi, yang juga ketua penolong setiausaha Bahagian Pengurusan Rentas Sempadan Majlis Keselamatan Negara kepada wartawan Malaysia sejurus tiba di lapangan terbang itu.
Pasukan itu, yang turut mengandungi pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia dan pegawai perubatan, berlepas dari Kuala Lumpur pada Jumaat malam dengan sebuah pesawat sewa khas.
  
Khairil Hilmi berkata pasukan itu perlu membincangkan dan menyelesaikan beberapa perkara pada Sabtu memandangkan tempat pesawat berkenaan terhempas terletak kira-kira 500km dari Kiev.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji siasatan mendalam akan dijalankan untuk mencari punca sebenar Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine pada Khamis, walaupun pihak berkuasa negara itu percaya ia ditembak.
Pada Jumaat, MAS mengesahkan MH17 membawa 283 penumpang, termasuk tiga bayi, terdiri daripada pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warganegara Malaysia.
Pesawat Boeing 777-200 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi Jumaat, waktu Malaysia. - Bernama

Hishammuddin sahkan nenek tirinya penumpang MH17


  • Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinDatuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

PUTRAJAYA - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengesahkan nenek tirinya antara penumpang Penerbangan MH17, pesawat Malaysia Airlines yang terhempas di Ukraine pada Khamis.
Bagaimanapun kata beliau, rasa marah atas sebab peribadi tidak akan membantu merungkai punca tragedi.
"Apa boleh kita buat...marah tidak akan membantu," katanya ketika diserbu pemberita selepas menghadiri pertemuan dengan waris mangsa MH17 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Puan Sri Siti Amirah Kusuma, 83, merupakan isteri kedua Allahyarham Tan Sri Mohammad Noah Omar, iaitu datuk kepada Hishammuddin dan juga Najib.
Allahyarham Mohammad Noah meninggal dunia pada 1990.
Semasa pertemuan dengan waris mangsa MH17, Hishammuddin dilihat memujuk Lt Komander Lee Vee Meng yang kehilangan isteri Ng Shi Ing, seorang anak lelaki dan ipar perempuan.
"(Anggota) Keluarga saya juga ada di dalam pesawat itu". Demikian kedengaran kata-kata Hishammudin kepada Lee. -Bernama

Pesawat MH17 diarah terbang 33,000 kaki


  • Tiong Lai bercakap pada sidang media MH17 di Hotel Sama-sama KLIA hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIMTiong Lai bercakap pada sidang media MH17 di Hotel Sama-sama KLIA hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SEPANG - Pesawat MH17 yang terhempas pada Khamis lalu sepatutnya terbang setinggi 35,000 kaki di udara, namun disebabkan trafik udara yang sedikit sesak, pesawat tersebut diarah terbang pada ketinggian 33,000 kaki.

Turut mengesahkan kenyataan tersebut, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata, sebanyak 400 pesawat komersial termasuklah 150 penerbangan antarabangsa telah melintasi selatan Ukraine sebelum tragedi nahas tersebut berlaku.

Malah sebelum itu, seorang pegawai dari Agensi Kawal Selia Pengangkutan Udara Eropah (Eurocontrol) turut menyatakan sebanyak 75 pesawat berasingan telah menggunakan laluan yang sama digunakan oleh MH17 sejak dua hari lalu.

"MH17 sepatutnya diterbangkan pada ketinggian 35,000 namun apabila berlaku kesesakan trafik di ruang udara, pusat kawalan udara pada hari itu telah mengarahkan pesawat tersebut terbang pada ketinggian 33,000 kaki.

"Dalam apa jua keadaan, juruterbang sesebuah pesawat harus mematuhi arahan yang diterima dari pusat kawalan trafik udara," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan bahawa MH17 tidak tersasar dari laluan asal seperti yang didakwa.

"Laluan pesawat MH17 adalah antara laluan udara yang sangat sibuk. Sama seperti lebuhraya di udara. Pesawat tersebut mematuhi laluan udara yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa penerbangan antarabangsa yang dilulukan oleh Eurocontrol dan digunakan oleh beratus pesawat yang lain.

"Ia terbang dengan altitude yang telah diarahkan oleh pusat kawalan trafik udara dan tidak pernah tersasar dari landasan sebenar," tegasnya.

Kumpulan bersenjata halang pemerhati


  • Pasukan pemerhati berada di lokasi nahas MH17. - Foto ihsan Twitter Daniel SandfordPasukan pemerhati berada di lokasi nahas MH17. - Foto ihsan Twitter Daniel Sandford

GRABOVE - UKRAINE. Pasukan pemantau antarabangsa, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) yang pertama tiba di lokasi MH17 terhempas dilaporkan berdepan kesukaran memulakan tugas pasca nahas ekoran larangan dari puak pemisah pro-Rusia, lapor NBC News.

Pasukan tersebut hanya dibenarkan melakukan pemeriksaan awal dan ketika mereka mahu menjalankan tugas-tugas khusus, mereka dihalau.

“Kami menjangkakan akses penuh, itu cara kerja kami. Malangnya tugas ini menjadi amat sukar.

“Apabila tiba di lokasi, kami berdepan dengan anggota bersenjata yang bertindak kurang sopan dan tidak profesional. Malah ada di antaranya kelihatan sedikit mabuk,” kata jurucakap OSCE, Michael Bociurkiw kepada pemberita.

Menurutnya lagi, pasukannya hanya dibenarkan berada di lokasi selama 75 minit sahaja. Malah katanya, mayat juga dilarang untuk disentuh.

Belanda Beri Amaran Kepada Rusia Jangan Usik Mayat Mangsa MH17


Saturday, 19 July 2014

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menggesa Presiden Rusia, Vladimir Putin menggunakan pengaruhnya dan melakukan "apa yang patut beliau lakukan" berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh Khamis lepas.

Dalam satu sidang media yang diadakan selepas menelefon Putin dari The Hague, Rutte berkata Putin "hanya ada satu peluang akhir" untuk menunjukkan beliau serius membantu pasukan penyelamat mengambil mayat mangsa nahas itu.

"Suhu di sana 35 darjah selsius. Mayat-mayat itu mesti diambil segera. Saya mahu tengok hasil, akses yang tidak terhalang dan pemulangan mangsa-mangsa itu," katanya seperti dipetik oleh portal beritaDutch News.

Kenyataan Rutte itu dibuat selepas ada khabar pemberontak pro-Rusia memindahkan 38 mayat dari lokasi. Kerajaan Ukraine dalam satu kenyataan mendakwa pemberontak itu, dengan dibantu oleh Rusia, cuba memusnahkan bukti.

Ukraine menuduh pesawat tersebut ditembak jatuh oleh pemberontak yang memperjuangkan kemerdekaan daripada negara itu. Kumpulan pemberontak yang didukung oleh Rusia itu sebaliknya menuduh tentera Ukraine bertanggungjawab.

Jijik

Sementara itu, Rutte menyifatkan tindakan pemberontak yang menguasai lokasi nahas termasuk menyelongkar barangan penumpang yang terkorban sebagai tingkah laku "yang menjijikkan".

Sebelum sidang media itu, Menteri Luar Belanda, Frans Timmermans bertemu dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko di Kiev. Beliau memberitahu presiden itu, rakyat Belanda "marah dan berang" dengan berita bagaimana pemberontak memperlakukan mayat mangsa nahas itu.

"Apabila ada bukti, kami tidak akan berhenti sebelum mereka yang terlibat dibawa ke pengadilan. Bukan saja mereka yang melepaskan tembakan tetapi mereka yang membenarkan ini berlaku.

"Saya fikir masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan usaha dalam hal ini," katanya seperti dipetik olehReuters.

Stesen penyiaran Nos pula melaporkan Poroschenko dalam reaksi balasnya memberitahu tindakan pemberontak tidak membenarkan penyiasat asing masuk ke zon nahas adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Puak pemberontak bagaimanapun menafikan mereka campur tangan dalam siasatan sebaliknya mengatakan sudah berjanji kepada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) bahawa mereka tidak akan menyentuh mayat atau serpihan pesawat.

Siap sedia

Sekurang-kurangnya pasukan petugas dari Belanda, Ukraine dan Malaysia sudah bersiap sedia untuk memulakan operasi di lokasi kejadian. Laporan juga menyebut pakar forensik dari Jerman dan Britain juga telah tiba di Ukraine.

Malaysia Airlines pada Sabtu mendedahkan senarai penuh penumpang dan anak kapal. Pesawat penerbangan MH17 itu membawa 298 orang dengan 193 daripadanya disahkan oleh Malaysia Airlines sebagai warga Belanda.

"Saya fikir semua penduduk negara ini kenal siapa-siapa dalam pesawat itu, sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya.

Daripada 193 warga Belanda itu, 80 daripadanya berumur di bawah 18 tahun. Daripada 80 orang itu, 23 daripadanya berumur di bawah 12 tahun dan 3 lagi bayi.

Tragedi MH17

Siasatan MH17 perlu libat badan bebas


  • Washington meminta Kiev supaya tidak mengalihkan sebarang bukti selagi siasatan belum dilakukan.Washington meminta Kiev supaya tidak mengalihkan sebarang bukti selagi siasatan belum dilakukan.

KUALA LUMPUR - Badan penyiasat bebas perlu menyertai proses penyiasatan tragedi pesawat MH17 yang terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine, Khamis, kata seorang ahli akademik.
  
Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Madya Kapt Dr Mohd Harridon Mohd Suffian berkata selain pihak berkuasa Malaysia dan Ukraine, hasil siasatan punca kejadian itu akan lebih tepat dengan penglibatan badan penyiasat bebas.
  
"Perlu adanya pandangan kedua dari badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak bagi memastikan ketepatan keputusannya," katanya dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Maruah Malaysia dan MAS' terbitan BernamaTV di sini, semalam.
  
Selain itu, katanya, Malaysia juga berhak untuk turut serta dalam penyiasatan data kotak hitam pesawat MH17 yang dilaporkan telah ditemui oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di wilayah itu.
  
"Juga, analisis daripada pelbagai pihak mengenai data kotak hitam juga perlu bagi memastikan keputusan yang diperolehi tepat dan kita dapat membuktikan apa sebenarnya yang berlaku dalam pesawat tersebut sebelum ia terhempas," katanya.

Mohd Harridon juga berkata proses siasatan tragedi MH17, yang mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal itu, adalah rumit dan akan mengambil masa sehingga tiga tahun untuk diselesaikan berikutan komponen pesawat telah berkecai.
  
Dalam pada itu, Mohd Harridon menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan pesawat tersebut telah disalah tembak oleh peluru berpandu.
  
Katanya, setiap pelancar peluru berpandu dilengkapi dengan sistem radar yang dapat mengesan sama ada sesebuah pesawat yang berada di udara adalah pesawat tentera atau pesawat komersil.
   
Penerbangan MH17 terhempas ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah, kira-kira 50km dari sempadan Rusia.
   
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 pm (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - Bernama

Interpol hantar pakar cam mangsa MH17


  • MH17

LYLON - PERANCIS. Pasukan Polis Antarabangsa (Interpol) menghantar satu pasukan pakar ke Ukraine bagi membantu mengenalpasti mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 yang terhempas Khamis lalu, lapor agensi berita Agence France-Presse (AFP).

Menurut Interpol, pihaknya telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa Ukraine semalam untuk menghantar pasukan dalam tempoh 48 jam.

"Dengan keadaan mangsa tragedi ini dari beberapa negara, kerjasama antarabangsa penting dalam memastikan ketepatan pengecaman dan pengesahan identiti mangsa supaya keluarga mangsa juga dapat menerima kenyataan," kata Setiausaha Agungnya, Ronald Noble dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Beliau turut memberitahu telah bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine, Arsen Avakov bahawa pihak Interpol akan memberi bantuan selagi diperlukan.

"Saya telah memberi jaminan kepada Arsen Avakov bahawa Interpol akan memberikan bantuan berterusan selagi ia diperlukan," katanya.

Wartawan letak jawatan, kecewa cara liputan MH17


  • Sara Firth. - Foto TwitterSara Firth. - Foto Twitter

MOSCOW - RUSIA. Seorang wartawan Rusia dilapor mengumumkan meletak jawatan selepas kecewa dengan cara liputan agensi di mana dia bertugas membabitkan nahas MH17.

Sara Firth seorang wartawan dari stesen televisyen Russian Today (RT).

Dia merupakan wartawan kedua yang meletak jawatan dari stesen televisyen terbabit.

Mac lalu, seorang wartawan RT turut meletak jawatan atas alasan kecewa dengan cara pemberitaan membabitkan krisis di Ukraine.

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia bagaimanapun dalam reaksinya kepada AFP berkata, “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”, kata jurucakap stesen itu.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko menerima rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia, Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

Menurut Firth itu satu "penipuan". Tambahnya "kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tegasnya.

Firth telah menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

MH17: Pasukan penyiasat antarabangsa diganggu pemberontak Agensi

|Kemas kini:Julai 19, 2014

email
comments
MH17: Pasukan penyiasat antarabangsa diganggu pemberontak
Pasukan dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE, terdiri daripada 30 anggota - (AP Photo/Dmitry Lovetsky)
GRABOVE, Ukraine: Pasukan pemantau antarabangsa pertama tiba di lokasi MH 17 terhempas, berdepan kesukaran memulakan tugas pasca nahas.

Ia berikutan kekangan dan larangan dari pasukan pemisah pro Rusia.

Pasukan dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE, terdiri daripada 30 anggota itu hanya dibenarkan melakukan pemeriksaan awal.

Namun sebelum melaksanakan tugas-tugas khusus mereka, pasukan pemisah bertindak menghalau pasukan itu.

Pemisah mendakwa pasukan OSCE berada di Republik Rakyat Donetsk dan mereka dikehendaki melakukan tugasan berdasarkan kebenaran kerajaan.

Timbalan ketua misi, Alexander Hug memaklumkan, pasukannya tiba di lokasi untuk memastikan perimeter nahas dikawal.

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO dalam kenyataan sebelum ini turut memaklumkan akan menghantar pasukan ke Ukraine, untuk membantu siasatan nahas.

Sementara itu nasib kotak hitam pesawat sehingga kini masih menjadi tanda tanya dengan kedua-dua belah pihak, kerajaan Ukraine dan pemberontak mengaku memilikinya.

Kumpulan pemberontak juga sedang bertelagah sesama sendiri sama ada untuk membenarkan genjatan senjata dilaksanakan sementara pasukan penyiasat antarabangsa menjalankan tugas mereka dan mayat korban insidenitu dibawa keluar untuk dikebumikan.

Pemimpin kumpulan pemisah itu sebelum ini berjanji tidak akan mengusik lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan mengenai punca pesawat terhempas dijalankan.

Ini kerana katanya kumpulan itu tidak mempunyai sebarang perkara yang mahu dilindungi.

Dalam perkemangan lain, kerajaan Ukraine menyiarkan petikan sebuah video yang dikatakan memaparkan kenderaan peluru berpandu BUK dalam perjalanan keluar dari kawasan pemberontak menuju ke sempadan Rusia pada Jumaat.

Video yang tidak dapat dipastikan kesahihannya itu turut menunjukkan satu dari peluru berpandunya hilang.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Obama gesa genjatan senjata


Washington: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menggesa gencatan senjata diadakan di Ukraine bagi memastikan siasatan bebas dapat dijalankan berhubung insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh di kawasan timur dikuasai pemberontak di negara berkenaan.

AFP melaporkan, Obama bersama pemimpin dunia menggesa siasatan antarabangsa yang boleh dipercayai dan bebas diadakan untuk menentukan punca-punca kejadian itu yang berpotensi mencetuskan krisis Timur-Barat sejak Perang Dingin. “Ia adalah penting untuk siasatan antarabangsa yang menyeluruh, boleh dipercayai dan bebas dijalankan secepat yang mungkin,” kata jurucakap White House, Josh Earnest melalui kenyataan rasmi dikeluarkan.


“Kami menggesa semua pihak berkenaan iaitu Russia, puak pemisah pro-Russia dan Ukraine untuk menyokong gencatan senjata segera bagi memastikan akses selamat dan penuh menuju ke lokasi kemalangan,” katanya. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

Putin gesa gencatan senjata


Putin berkata, dia sudah menghubungi Presiden Ukraine Petro Poroshenko selepas sebuah pesawat Boeing 777 milik Syarikat Penerbangan Malaysia ditembak jatuh, membunuh semua 298 penumpang di dalamnya, sebahagian besar daripada mereka adalah warga Belanda. 
“Rundingan damai antara kumpulan bertentangan perlu diadakan secepat mungkin. Semua pihak yang terbabit dalam pertelingkahan di rantau itu perlu menghentikan pertempuran dan memulakan rundingan,” kata Putin pada mesyuarat dengan pemimpin Gereja Ortodok di Sergiev Posad, berhampiran Moscow. 

“Apa yang berlaku di timur Ukraine amat menyedihkan. Ia satu tragedi,” katanya.
Foto
PUTIN (kanan) berbincang dengan Perdana Menteri Dmitry Medvedev mengenai tragedi pesawat MAS sebelum memulakan mesyuarat mengenai isu ekonomi di Novo-Ogaryovo, Moscow, semalam.

Putin yang menyalahkan Poroshenko terhadap peristiwa yang menimpa pesawat MAS itu kerana enggan melanjutkan gencatan senjata dengan puak pemberontak di wilayah berkenaan berkata, beliau berharap pemimpin Ukraine berkenaan akan dapat menawarkan cara yang aman bagi mengakhiri konflik berkenaan.

Kerajaan Ukraine menyalahkan pemberontak pro-Russia kerana menembak jatuh pesawat penerbangan MH17 itu dengan bantuan wakil perisikan Russia. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

56 tahun tanggung derita


Wu Xiuyou, 65, dari Kampung Datang di wilayah Guizhou, barat daya China, diserang seekor serigala ketika dia berusia 11 tahun. 
Haiwan berkenaan mengoyakkan mulutnya menyebabkan Wu mengalami kecacatan teruk dan hanya boleh makan makanan cecair. 

Kerana wajahnya yang buruk akibat kejadian itu, dia tidak pernah ke sekolah, tidak berkahwin dan tidak diterima bekerja.
Foto
WU

Dia hidup bersendirian saja.

Pakar bedah, Doktor Chen Fei yang akan melakukan pembedahan itu berkata: “Wu hilang semua mulutnya. Rahangnya rosak teruk. 

“Ia akan menjadi pembedahan paling mencabar sepanjang karier saya selama 15 tahun.” 

Menurut Chen, pihak hospital turut menghubungi pakar di Beijing, Chengdu dan Leshan untuk mendapatkan nasihat. 

Pembedahan akan membabitkan kira-kira 20 doktor dari 10 jabatan. 

“Kami akan membaiki bibir atas dan bawah serta otot mukanya yang rosak teruk. Ia akan membabitkan pengambilan otot paha dan memindahkan pada mukanya. Ia membabitkan terlalu banyak jahitan deria dan salur darah,” kata Chen. 

Di samping itu, Wu akan menjalani pembedahan kedua untuk menyusun semula giginya enam bulan selepas pembedahan pertama. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

‘Penyerang memang sasar pesawat komersial’


Kuala Lumpur: “Saya pasti pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Boeing 777 MH17 milik MAS sememangnya mensasarkan pesawat komersial, tetapi saya tiada jawapan kenapa MH17,” kata bekas Panglima Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Datuk Seri Zaini Mohd Said.

Itu penjelasan yang diberikan Zaini kepada Harian Metro berhubung tindakan pihak yang melakukan serangan ke atas pesawat MH17 yang sememangnya menyasarkan pesawat komersial bagi tujuan menimbulkan keadaan tegang dan perbalahan dalam kalangan negara yang terbabit.


Berdasarkan kepakaran dan pengalamannya lebih 30 tahun dalam operasi ketenteraan, Zaini memberitahu pihak penyerang yang dipercayai menggunakan peluru berpandu jenis BUK buatan Russia itu sudah mengunci sasaran serangan yang mana kecanggihan peluru berpandu berkenaan turut dilengkapi teknologi navigasi dan pengesan haba.

Zaini berkata, untuk mengendalikan peluru berpandu dari permukaan ke udara ia berkemungkinan memerlukan tiga hingga empat pengendali yang mana seorang pakar diperlukan bagi tujuan mengunci sasaran dan mengendalikan sistem radar dan navigasi peluru berpandu terbabit.


“Saya percaya ia bertujuan hendak menimbulkan perbalahan apabila ada pihak saling tuding jari dan mengakibatkan konflik sehingga menimbulkan keadaan genting,” katanya.


Beliau memberitahu apabila sasaran sudah dikunci dan segala tetapan sudah diatur maka apabila ia dilancarkan pesawat komersial berkenaan tidak mampu melakukan apa-apa berdasarkan keupayaan pesawat itu yang berbeza daripada pesawat tempur mahupun pesawat tentera.

Beliau tidak menolak kemungkinan pihak penyerang menggunakan peluru berpandu dari jenis sederhana yang mana apabila dilakukan dalam serangan ia boleh menjangkau dari 10 hingga 40 kilometer.


Zaini memberitahu nahas MH17 dilaporkan ditembak jatuh dari ketinggian 30,000 kaki berkemungkinan ditembak peluru berpandu jenis BUK mempunyai radar pengawasan yang mana amat mustahil tersalah sasaran.

“Ketepatan mengenai sasaran saya boleh katakan 99 peratus berdasarkan teknologi canggih peluru berpandu itu. Walaupun jika pesawat MH17 dilengkapi radar pengesan peluru berpandu ia tidak mampu mengelak serangan itu.


“Berdasarkan keupayaan pesawat komersial ia tidak mampu mengelak. Berbeza pesawat tempur yang mana ia mempunyai radar pengesan peluru berpandu selain boleh mengelak dengan melakukan aksi aerobatik serta mempunyai senjata penangkis peluru berpandu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

Harapan tak kesampaian


Mohd Ali Md Salim yang sedang mengikuti pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang "Development Neuropsychopathology" di Erasmus University Rotterdam, Belanda, dilaporkan dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung halamannya di Kampung Jayor, Pagoh Muar, Johor.
Ali yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-30 pada 10 September ini adalah anak keempat daripada lapan beradik sedang mengikuti pengajian di bawah Skim Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) Kementerian Pendidikan di bawah USM.
Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr Omar Osman berkata, beliau sedih di atas tragedi ini dan meminta seluruh warga USM turut mendoakan untuk kesejahteraan semua pihak terbabit.
"Kita amat bersedih dengan tragedi pesawat MH17 ini dan marilah sama-sama kita berdoa agar semua pihak diberikan kekuatan menghadapi dugaan Allah SWT apatah lagi dalam kalangan keluarga yang terbabit," katanya.
Beliau juga menyampaikan ucapan takziah dan dukacita kepada keluarga Ali serta semua yang terbabit.
"Kepada keluarga Ali, saya ingin merakamkan takziah dan kesedihan dari seluruh warga USM dan saya secara peribadi turut merasai kehilangan yang amat sangat apatah lagi allahyarham adalah pelajar yang cemerlang dan calon pensyarah USM nanti," katanya.
Katanya, USM sedia membantu untuk meringankan tanggungan keluarga dan akan menghubungi keluarga Ali dari semasa ke semasa.
"Kita semua berhadapan dengan dugaan besar dari Allah SWT pada Ramadan kali ini dan marilah sama-sama terus berdoa dan tabah menghadapi dugaan ini serta pada masa yang sama terus juga berdoa untuk saudara kita iaitu rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan serangan Israel," katanya.
Menurut kakak Ali, Nurzazila Md Salim, adiknya ada berhubung sehari sebelum berlepas pulang dan bertanyakan jika mempunyai sebarang barang untuk dipesan.
"Selalunya ada sahaja pesanan saya, tetapi kali ini saya tidak meminta apa-apa sebaliknya mengharapkan dia balik dengan selamat," kata Nurzazila yang sudah berada di hotel di Putrajaya bersama ibu bapa dan keluarganya.
Nurzazila berkata, Ali yang dijangka tamat pengajian pada tahun 2015 sangat rapat dengan dia dan ibunya malah sering berkongsi sebarang masalah.
"Dia sangat meminati penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang katanya walau pun Siti sudah berkahwin, dia tetap meminatinya," kata Nurzazila.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/18

'Kita baru tembak jatuh pesawat'


Kuala Lumpur : Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) mendakwa berjaya memintas dua perbualan telefon di mana pemisah pro-Russia yang mengaku tersalah tembak jatuh Penerbangan MH17 selepas insiden berlaku, semalam.
Rakaman perbualan dipintas SBU itu didedahkan kepada media Ukraine Kiev Post didakwa hasil perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan militan Cossack yang disokong kerajaan Rusia.
Panggilan telefon berkenaan dikatakan dibuat beberapa minit selepas kemalangan Penerbangan Malaysia Boeing 777-200 berhampiran kampung Chornukhine, kira-kira 80 kilometer dari barat laut Donetsk dekat sempadan Rusia, lokasi MH17 terhempas.

Berikut adalah transkrip daripada audio perbualan yang belum dapat disahkan kesahihannya yang dikeluarkan oleh Ahkbar Kiev Post.
Foto
IGOR Bezler
Foto
PERBUALAN yang dipintas SBU.
Foto
PERBUALAN yang dipintas SBU.
Foto
PERBUALAN yang dipintas SBU.
Foto
PERBUALAN yang dipintas SBU.

Igor Bezler (IB): Kita baru sahaja menembak jatuh sebuah pesawat. Ia jatuh di Yenakeivo (Wilayah Donetsk).

Vasili Geranin (VG): Juruterbang. Mana juruterbang?

IB: Sedang mencari lokasi dan gambar pesawat. Ia berasap. 

VG: Berapa minit sudah berlalu?

IB: Kira-kira 30 minit lalu.

Komen SBU - Selepas meneliti kawasan kejadian, pengganas menyedari mereka baru sahaja menembak jatuh pesawat awam. Perbualan seterusnya berlangsung 40 minit selepas itu.

Mejar (M): Ini adalah kerja orang Chernukhin yang menembak jatuh pesawat. Dari tempat pemeriksaan Chernukhin. Orang Cossack yang berpangkalan di Chernukhino.

Greek (G): Ya, Mejar.

M: Pesawat jatuh dari udara di kawasan lombong Petropavlovskaya. “200” pertama (kod laluan rahsia yang merujuk kepada orang mati). Kita menemui kumpulan ‘200’- kod untuk orang awam.

G: Baik, apa yang anda ada di sana?

M: Secara ringkas, ia 100 peratus pesawat penumpang (awam). 

G: Berapa banyak orang ada di sana?

M: “S**l, serpihan jatuh betul-betul di atas kawasan perumahan.

G: Pesawat jenis apa?

SBU - Fasa ketiga perbualan membabitkan seorang Mejar dan Greek yang seolah-olah membawa komander Cossack Nikolay Kozitsin, menunjukkan bahawa kapal terbang Malaysia Airlines membawa pengintip.

M: Saya kurang pasti mengenai itu, Saya belum dapat melihat semuanya. Saya hanya meninjau kawasan kejadian di mana mayat pertama jatuh. Mereka masih terikat pada kerusi dan tali pinggang keselamatan.

G: Adakah sebarang senjata ditemui?

M: Tiada, sangat pasti, semuanya. Barangan awam, ubat-ubatan, tuala dan tisu tandas.

G: Ada sebarang dokumen ditemui?

M: Ya, seorang pelajar Indonesia, dari Universiti Thompson.

Militan: Mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez. Ia pesawat awam. Jatuh berhampiran Grabove. Banyak mayat wanita dan kanak-kanak. Orang Cossacks berada disana untuk melihat perkara ini. 
Pihak TV memberitahu ia adalah pesawat penumpang AN-26, tetapi mereka kata ianya tertulis Malaysia Airlines di pesawat itu. Mengapa ia berada di wilayah Ukraine?

Nikolay Kozitsin: Maksudnya, mereka membawa pengintip. Mereka tidak sepatutnya terbang di sini. Peperangan sedang berlaku.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/18

Sengaja ke tak...


Selain itu, persoalan mengapa Malaysia Airlines memilih ruang udara zon konflik iaitu di timur Ukraine sedangkan kebanyakan pengendali penerbangan di Asia sudah tidak melakukannya, turut menjadi antara debat antarabangsa. 
Konsultan Whitesky Aviation yang berpangkalan di Jakarta, Gerry Soejatman, berkata, setiap syarikat penerbangan sebenarnya mempunyai kajian tersendiri berkaitan meluncur pada ketinggian berisiko. 

Bagaimanapun, katanya, meluncur pada ketinggian 30,000 kaki atau 10,000 meter secara amnya adalah selamat bagi sebarang penerbangan.
Foto
SERPIHAN pesawat. FOTO Reuters

“Sepuluh tahun lalu kita akan digelar bodoh jika terbang pada ketinggian bawah 15,000 kaki di ruang udara Iraq. Tapi, 30,000 adalah satu paras yang selamat. Oleh itu, ini bukan isu ketinggian penerbangan.

“Saya berpendapat, nahas ini akan memberikan satu isyarat kepada syarikat penerbangan bahawa mereka harus mengkaji awal jika memilih untuk terbang di ruang udara zon konflik dan ambil tahu apa yang ada di bawah,” katanya.

Malaysia Airlines bukan satu-satunya syarikat penerbangan yang kerap menggunakan ruang udara Ukraine. 

Air India dan Thai Airways mendakwa mereka terpaksa menukar laluan apabila mendapat berita pesawat MH17 terhempas.

Air China dan China Eastern Airways mempunyai kekerapan 28 penerbangan seminggu menggunakan ruang udara timur Ukraine. Tapi, Pentadbir Udara China sudah mengarahkan semua syarikat penerbangan tidak lagi menggunakan ruang udara itu.

Vietnam Airlines turut mendakwa pihaknya menggantung semua penerbangan jarak jauh ke Eropah serta-merta berikutan nahas menimpa pesawat Malaysia Airlines.

Bagaimanapun, beberapa syarikat penerbangan Asia dan Pasifik seperti Korean Air dan Asiana, Qantas dan China Airlines, mendakwa pihak mereka sudah tidak menggunakan ruang udara timur Ukraine, kira-kira empat bulan lalu - apabila tentera Russia bergerak masuk ke Crimea. 

Jurucakap Qantas berkata, laluan London ke Dubai pernah menggunakan ruang udara Ukraine, tetapi sudah menukarkannya beberapa bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini dipetik berkata, pihak berkuasa udara antarabangsa memberi jaminan kepada Malaysia Airlines bahawa laluan itu selamat.

“International Air Transportation Association memberikan pengesahan bahawa ruang udara yang digunakan oleh MH17 tidak termasuk dalam yang dilarang,” katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/18

MH17 sah ditembak


Katanya, ini bukan kali pertama pemberontak menembak jatuh pesawat di kawasan itu.
“Kejadian ini adalah satu tragedi global. Pesawat Asia dimusnahkan di ruang udara Eropah dengan penumpang yang terdiri daripada rakyat pelbagai negara.

“Satu siasatan antarabangsa yang kredible perlu diadakan untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
Foto
OBAMA. FOTO EPA

Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata, bukti temasuk imej satelit menunjukkan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu SA-11 dari timur Ukraine.

Katanya, tiga peristiwa berkaitan dikesan iaitu apabila peluru berpandu itu dilancar, waktu ia terkena pesawat dan apabila pesawat terhempas.

Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu.

Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Belanda) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat, 6.10 pagi (waktu Malaysia). - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

'Hijrah mereka di alam baqa'



DAYANG Noriah dengan wajah sedih menunjukkan gambar terakhir yang dirakam oleh anaknya sekeluarga pada sambutan Aidilfitri di Kuching tahun lalu.


KUCHING - "Saya sama sekali tidak menduga penghijrahan kembali mereka enam sekeluarga ke tanah air selepas beberapa tahun di Kazakhstan rupanya 'hijrah' mereka yang kekal di alam baqa."
Demikian luahan pilu Dayang Noriah Abang Anuar, 72, sebaik menerima perkhabaran anaknya, Ariza Ghazalee, 46, menantunya Tambi Jiee, 49, bersama keempat-empat anak mereka, Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, yang menjadi penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia kelmarin.
Dengan genangan air mata, warga emas itu memberitahu, keluarga anaknya itu sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.
Ujarnya, Ariza mengikuti suami yang bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan baru sahaja mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.
"Menantu saya (Tambi) dijangka melaporkan diri bertugas di ibu pejabat Shell di Kuala Lumpur pada 1 Ogos depan," katanya ketika ditemui di rumah anak sulungnya di Jalan Sultan Tengah di sini semalam.
Ariza yang merupakan anak kedua daripada lima beradik bekerja sebagai jurutera di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan mengambil cuti tanpa gaji untuk mengikut suaminya.
Dayang Noriah dalam nada tersekat-sekat berkata, anaknya begitu ceria hendak menyambut lebaran di tanah air malah sudah menempah baju warna sedondon putih.
"Sebelum kembali semula ke ibu negara, mereka sekeluarga merancang untuk bercuti raya di Kuching dan menggunakan baju raya sedondon berwarna putih untuk hari lebaran nanti.
"Nampaknya, hasrat kami sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama tahun ini tidak kesampaian selepas insiden yang mengejutkan ini," katanya yang terlalu sebak dan terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga termasuk sanak-saudara yang memenuhi kediamannya.
Mengulas lanjut, Dayang Noriah memberitahu, mereka sekeluarga mendapat pengesahan mengenai anaknya sekeluarga menjadi penumpang MH17 kira-kira pukul 4.30 pagi semalam.
"Sebaik terima pengesahan, hati saya begitu sedih selepas menyaksikan video cebisan pesawat berselerak yang disiarkan di kaca televisyen," katanya.
Dalam pada itu, Mardiah Jiee, 56, yang merupakan kakak kepada Allahyarham Tambi pula memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan keluarga adiknya adalah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
"Kami reda dengan ketentuan ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0719&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz37rf2sV9s 
Hakcipta terpelihara 

BUK mampu musnah pesawat di ketinggian 25,000 meter



PELURU berpandu BUK M1-2 dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Sistem peluru berpandu BUK yang dikatakan digunakan untuk menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine dibangunkan oleh Soviet Union dan ia mampu menembak sasarannya yang berada pada ketinggian sehingga 25,000 meter.
Penganalisis Pertahanan, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, sistem peluru berpandu itu yang dibangunkan sejak tahun 1970-an sebelum dipertingkatkan pada tahun 1998 menjadi model BUK M1-2 dilengkap dengan empat peluru berpandu pada setiap unit pelancar.
Menurut beliau, BUK M1-2 didatangkan dengan unit radar pengesan yang mampu mengesan sesuatu objek sasaran sehingga jarak 85 kilometer (km) di udara.
"BUK M1-2 merupakan sistem peluru berpandu jarak sederhana permukaan-ke-udara (SAM) yang menyasarkan pesawat yang dikenal pasti sebagai musuh atau ancaman berpandukan isyarat dikesan pada radarnya.
"Ia bukan setakat mampu mengesan objek yang berada pada jarak yang jauh malah mampu melancarkan serangan sejauh sehingga 40,000 meter di daratan manakala serangan udara sehingga ketinggian 25,000 meter," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Muhammad Fuad memberitahu, BUK M1 dihasilkan antara tahun 1970-an hingga 1980-an dan pemodenan seterusnya iaitu BUK M1-2 dibangunkan pada 1998.
Tambah beliau, sebaik dilancarkan peluru berpandu itu akan mengaktifkan sistem penderia untuk menujah ke sasaran mengikut frekuensi yang ditetapkan.
"BUK tidak berpandukan kepanasan haba pada pesawat sasarannya dan sebab itu peluru berpandu ini bergerak laju menghentam dari arah bawah badan pesawat.
"Kebarangkalian bagi memusnahkan sasaran pula setinggi 95 peratus kerana peluru berpandu tersebut memang direka untuk tujuan tersebut," ujarnya.
Bagaimanapun, tambah beliau, Rusia sebenarnya mempunyai beberapa lagi SAM yang mungkin boleh dikaitkan dengan serangan pesawat MH17 antaranya SA-6, SA-8 termasuk peluru berpandu jarak jauh S-300.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0719&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz37reXS1bg 
Hakcipta terpelihara 

Laluan MH17 diisytihar selamat


SEPANG - Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 menggunakan laluan merentasi Ukraine yang sedang bergolak ekoran laluan itu diisytihar selamat dan diluluskan oleh badan-badan penerbangan antarabangsa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sehingga nahas pesawat itu berlaku, pihaknya tidak menerima apa-apa notis supaya tidak menggunakan laluan tersebut.
"Kami telah menggunakan laluan ini banyak kali. Malah 15 daripada 16 syarikat penerbangan di Asia Pasifik menggunakan laluan ini. Syarikat penerbangan Eropah pun menggunakan laluan ini," kata beliau pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama di sini semalam.
Menurut beliau, MAS akan memutuskan untuk menggunakan laluan lain jika Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menutup laluan itu.
Di Singapura, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata, pesawat MAS semasa kejadian terbang di ruang udara tanpa sekatan.
Dalam satu kenyataan dari Geneva, IATA menyatakan: "Berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh, adalah dipercayai ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan."
Bagaimanapun, di Sydney, Australia, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa lain termasuk syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways, syarikat penerbangan Jerman, Air Berlin dan dua syarikat penerbangan Korea Selatan menukar laluan penerbangan mereka dengan tidak melalui ruang udara Ukraine.
Syarikat-syarikat penerbangan tersebut bertindak demikian sebagai langkah keselamatan walaupun tiada arahan rasmi untuk mengelak ruang udara tersebut oleh pihak berkuasa penerbangan.
Seorang jurucakap syarikat penerbangan Korea Selatan, Asiana Airlines memberitahu Reuters, syarikat penerbangannya tidak melalui ruang udara Ukraine demi keselamatan walaupun terpaksa menanggung kos lebih tinggi dan menempuh penerbangan lebih jauh.
"Syarikat kami melencongkan haluan pesawat kargo sehingga sejauh 150 kilometer dari ruang udara Ukraine sejak 3 Mac lalu ekoran konflik tercetus di semenanjung Crimea di negara itu," kata jurucakap itu.
Syarikat Qantas Airways pula melencongkan laluan pesawat dari London ke Dubai sejauh 740 kilometer dari selatan Ukraine sejak beberapa bulan lalu.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pula dilaporkan telah mengeluarkan arahan melarang pesawat negara itu melalui ruang udara di wilayah Crimea, Laut Hitam dan Laut Azov di Ukraine.
Arahan tersebut dikatakan berkuat kuasa sehingga 27 April tahun depan.
Bagaimanapun, data daripada laman web Flightradar24 menunjukkan beberapa pesawat lain turut berada di ruang udara Ukraine ketika pesawat MH17 ditembak jatuh dipercayai menggunakan peluru berpandu.
Sebuah pesawat Singapura Airlines dan Air India dilihat hanya berada kira-kira 24 kilometer dari pesawat MH17 semasa kejadian.
Seorang pakar siasatan kemalangan dan keselamatan Universiti CQ di Australia, Geoff Dell berkata, mana-mana pesawat sepatutnya tidak dibenarkan melalui atau menghampiri kawasan konflik seperti di Ukraine.
"Sekiranya perang tercetus atau konflik, anda sepatutnya mengubah haluan supaya tidak menghampiri kawasan bahaya tersebut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0719&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz37reP1gF1 
Hakcipta terpelihara