Wednesday, February 16, 2011

Hanya 3 Melayu antara 20 individu terkaya di M'sia - Malaysiakini


Feb 16, 11 2:43pm
Kongsi 446
Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysiameningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

azlanMenurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.
Hanya 3 Melayu antara 20 individu terkaya di M'sia - Malaysiakini

Ada penindasan, ada perlawanan - Malaysiakini

Ada penindasan, ada perlawanan
Hishamuddin Rais
Feb 14, 11
10:57pm
Kongsi 114
Sebelum saya berkisah tentang Mesir lebih baik saya buka sedikit tentang sejarah politik yang lebih dekat dengan wilayah kita sendiri. Biar saya surahkan kepada anak anak muda yang masih amat muda ketika Presiden Marcos dari Filipina dan Presiden Soeharto dari Indonesia berada di puncak kuasa. Mereka berdua antara beberapa diktaktor ganas yang pernah muncul di arena politik Asia Tenggara.

Di zaman Perang Dingin – perang idealogi sosialis lawan kapitalis - Amerika Syarikat memelihara berpuluh-puluh ekor diktaktor. Di Amerika Latin dan di Afrika bersepah-sepah kepala negara yang merampas kuasa dan menjadi ditaktor. Bagitu juga di Asia Tenggara – Vietnam, Laos, Burma , Thailand dan Korea Selatan. Semuanya di bawah junta tentera dan ditaktor.

Di zaman inilah Marcos dan Soeharto wujud. Kedua-dua presiden ini adalah budak suruhan Amerika Syarikat yang amat setia. Mereka naik takha kerana Amerika memerlukan khidmat mereka. Amerika Syarikat memberi sokongan politik, sokongan ekonomi dan membekalkan senjata kepada para ditaktor ini. Sifat ditaktor ini sama sahaja ketika Perang Dingin: Mereka anti demokrasi, anti kebebasan yang bertopengkan anti komunis.

Akhirnya Ferdinand Marcos telah dihumbankan oleh rakyat Filipina pada tahun 1986 setelah berkuasa selama 21 tahun. Manakala Haji Ahmad Soeharto dihumbankan oleh rakyat Indonesia pada tahun 1998 setelah menjadi presiden selama 30 tahun.

Kedua-dua presiden ini telah dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah bukan melalui pilihan raya. Rakyat Filipina dan Indonesia telah memilih jalan raya untuk menghumbankan kedua-dua ditaktor ini. Ini fakta sejarah dan bukan berita dongeng yang direka-reka.

Mari kita kembali kepada Hosni Mubarak Presiden Mesir yang ketika artikel ini ditulis sedang dikepong oleh rakyatnya. Dari segi pensejarahan Presiden Mubarak ini lebih mirip dengan Presiden Soeharto. Mereka memiliki latar belakang budaya politik yang sama. Dua-dua berlatarbelakangkan tentera. Jangan silap baca, politik moden Mesir sesudah perang dunia kedua bukan politik pro- Amerika. Mesir memiliki sejarah nasionalis Arab yang kukuh, sejarah menentang zionis Israel, dan dasar anti imperialis yang jelas. Ini sama seperti sejarah negara bangsa Indonesia.

Mesir negara Arab yang terbesar dengan 86 juta penduduk. Manakala Indonesia adalah negara penganut Islam terbesar dengan 238 juta penduduk. Dari segi strategi politik, perniagaan dan militer, kedua-dua negara ini amat penting untuk kuasa imperial dan kaum pemodal.

Kalau Indonesia moden dilahirkan bersama watak Presiden Sukarno, Mesir moden muncul bersama watak Presiden Nasser. Dua protoganis ini adalah nasionalis hebat yang mucul sesudah perang dunia kedua. Mereka telah mengemudi tanah air mereka untuk bebas dari pengaruh Amerika mahu pun Rusia.

Diracik-racik kuasa kolonial

Nasser lahir dari gerakan Free Officers Movement. Ini satu gerakan bawah tanah yang anti-British. Sebelum perang dunia kedua, Mesir sebagai saki-baki dari empayar Uthmaniah sedang diperintah oleh Raja Farouk. Mesir adalah tanah jajahan British. Sebagai pegawai tentera, Nasser telah melihat bagaimana bumi Arab diracik-racik oleh kuasa kolonial British dan Perancis. Nasser juga melihat bagaimana negara Arab tewas dan Israel dilahirkan di bumi Arab.

Pada tahun 1952 Nasser dengan gerakan bawah tanah ini telah melakukan satu revolusi dan merampas kuasa. Raja Farouk telah diturunkan dari taktha dan dilayarkan ke Itali. Mesir kini merdeka dari British. Maka bermulalah dasar Pan Arabism atau nasionalisma Arab yang disebarkan oleh Nasser dari Mesir.

Pengaruh Nasser bagitu kuat sekali. Semangat kesedaran bangsa Arab naik menjulang. Malah Mesir dan Syria pernah bersatu sebagai Republik Arab Bersatu pada tahun 1958 hingga tahun 1961. Inilah rancangan strategik Nasser untuk menentang pengaruh Zionis di bumi Arab. Ini kerana Naseer sedar bahawa Mesir ialah tembok dan kunci untuk bumi Arab melawan Israel.

Pada tahun 1955, Nasser, Chao En Lai dan Soekarno telah mengadakan Konferensi Bandung. Konferensi Bandung inilah yang melahirkan blok Negara-Negara Berkecuali. Sekali lagi kuasa imperial Amerika merasa bahawa orang yang bernama Nasser dan kaum nasionalis dari Dunia Ketiga ini amat merbahayakan. Mesir di bawah Nasser dilihat amat merbahaya buat Isreal yang baru bertapak pada tahun 1948.

Kuasa imperial British, Perancis dan Israel tidak senang tidur dengan Mesir di bawah pimpinan Nasser. Presiden Nasser telah mengambil dasar nasionalis Arab. Naseer telah memiliknegarakan Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Kuasa kolonial Britain, Perancis dan Israel telah menyerang Mesir. Ketika ini muncul kuasa imperial baru yang mencelah masuk dan berusaha untuk menamatkan perang ini. Kuasa baru ini ialah kuasa imperial Amerika - satu kuasa yang terkuat sesudah selesai perang dunia kedua. Kuasa imperialis Amerika mencelah masuk seolah-olah menyebelahi Mesir kerana ingin mencari kawan dan sahabat di Timur Tengah.

Pada awalnya, seperti Perjanjian Bandung, Presiden Nasser telah mengambil dasar berkecuali tetapi apabila projek empangan Aswan cuba digagalkan oleh British maka Presiden Nasser telah mula berbaik-baik dengan blok Soviet Rusia. Akhirnya Rusia telah menjadi rakan setia kepada Mesir. Rusia bukan sahaja telah membantu menyiapkan empangan Aswan, malah telah membekalkan senjata terkini dan tercanggih buatan Blok Soviet untuk tentera Mesir.

Semua ini berlaku di zaman Perang Dingin. Pada ketika ini kuasa imperialis Amerika sedang ditentang oleh rakyat dunia ketiga. Di Indo-China Amerika sedang dipukul hebat oleh rakyat Vietnam. Rakyat Dunia Ketiga dengan sokongan politik dan persenjataan dari Russia telah berani bangun menentang Amerika. Di era inilah Soviet Union telah berjaya mendapat rakan yang paling berpengaruh di bumi Arab, iaitu Mesir.

Di zaman ini tidak ada seorang pun pemimpin Arab yang berani membuat hubungan sulit dengan Israel. Malah banyak negara Arab ketika ini memiliki dasar luar yang tidak pro-Amerika atau berkecuali. Saudi yang dijelmakan sebagai raja oleh kuasa British pun tidak berani menunjukan sentimen pro-Israel itu. Ini kerana sesiapa sahaja pemimpin Arab yang dilihat bersubahat walau pun secara sulit dengan Israel pasti akan digugurkan oleh rakyat.

Peranan Mossad, CIA

Di zaman Nasser kuasa imperial Amerika terdesak. Kaum buruh di Mesir mula menyusun kasatuan sekerja. Kaum tani di Mesir telah berani menuntut hak tanah mereka. Kaum pelajar dan anak muda bebas berpersatuan. Nasser juga telah memulakan dasar ekonomi sosialis. Melihatkan semua ini berlaku maka kuasa imperial Amerika malalui CIA telah mula menjalankan jarumnya.

CIA telah berjaya menanamkan bibit-bibit Islam yang anti-komunis dan anti golungan progresif. CIA telah memelihara dan mendukung parti Persaudaraan Muslim atau Ikhwan Muslimin. Parti ini pada awalnya bekerjasama dengan Nasser tetapi telah menjadi sebuah parti reaksioner yang anti kaum buruh dan anti gerakan nasionalis Arab.

Dasar-dasar Nasser yang anti-Amerika selalu mendapat tentang dari parti Persaudaraan Muslim. Amat jelas di zaman ini parti Persaudaraan Muslim ini telah diperalatkan oleh CIA untuk menentang Nasser. Dokumen-dokumen yang baru ditemui telah membuktikan jelas hubungan CIA dengan parti Persaudaraan Muslim Mesir.

Ketika ini musuh agung Mesir dan warga Arab ialah zionis Isreal. Amerika bersama Isreal terus merancang untuk menumpaskan pengaruh Nasser dari bumi Arab. Pelbagai rancangan licik dijalankan. Akhirnya perang meletus pada bulan Jun 1967. Israel terlebih dahulu secara mengejut telah menyerang Mesir. Kapal terbang tentera udara Mesir menjadi sasaran pertama Israel. Pertahanan udara Mesir lumpuh.

Perang Enam Hari atau Perang Bulan Jun ini adalah kekalahan yang amat sangat untuk umat Arab. Bukit Gholan milik Syria dirampas Israel hingga ke hari ini. Tebing Barat bumi Palestin dirampas Israel hingga ke hari ini. Sinai, wilayah Mesir dirampas oleh Isreal.

Kekalahan ini juga adalah pukulan yang maha hebat secara pribadi untuk Presiden Naseer. Ini adalah pukulan maut dari segi politik, diplomasi dan ketenteraan. Tiga tahun kemudian pada 28 September 1970 Nasser diserang penyakit jantung dan meninggal dunia. Maka sekali lagi politik Mesir berubah.

Pengganti Nasser ialah Anwar Sadat. Anwar Sadat juga adalah dari kumpulan Free Officerrs Movement. Malah pernah dipenjarakan oleh British kerana gerakan anti-penjajah. Dari segi sejarah, Anwar Sadatlah yang bertanggung jawab menghebohkan berita di radio kepada rakyat Mesir ketika gerakan Free Officer Movement melakukan rampasan kuasa dan menurunkan Raja Farouk dari takhha.

Sekali imbas, Anwar Sadat dengan sejarah politik yang baik adalah sosok yang unggul untuk menyambung dan meneruskan garis politik dan ekonomi nasionalis Presiden Naseer. Tetapi di zaman Perang Dingin, Mossad dan CIA, terus bergerak untuk memastikan negara Arab yang berpengaruh ini akan mandul.

Nota: Ini merupakan siri pertama daripada dua bahagian. Bahagian seterusnya menceritakan tentang sejarah dan politik Mesir moden.
Ada penindasan, ada perlawanan - Malaysiakini

AS gesa Iran contohi Mesir buka sistem politik



ANTIPEMERINTAH ATAU SOKONG DUNIA ARAB?: Sebuah kontena sampah dibakar di Teheran kelmarin dalam tunjuk perasaan antipemerintah yang diadakan penduduk Iran dengan helah ingin menyokong pemberontakan di Dunia Arab. -- Foto AFP

Clinton alu-alu 'keberanian' dan 'aspirasi' rakyat adakan bantahan antipemerintah


WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, mengalu-alukan 'keberanian' dan 'aspirasi' bantahan-bantahan antipemerintah di Iran semalam, dan mendesak Teheran supaya mengikut contoh Mesir dan 'buka' sistem politiknya.'Kami harap pembangkang dan mereka yang berani keluar ke jalanan di seluruh Iran dapat peluang sama seperti yang direbut rakan-rakan mereka di Mesir minggu lalu,' kata Cik Clinton kepada wartawan ketika melawat Kongres.'Kami sokong hak-hak sejagat rakyat Iran. Mereka patut mendapat hak yang sama yang dituntut oleh pemberontak yang telah membantu menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak dan yang menjadi sebahagian daripada hak kelahiran mereka,' ujar beliau.Cik Clinton berkata demikian selepas polis rusuhan Iran, menurut beberapa laman dan saksi, menembak gas pemedih mata dan bebola cat ke arah penunjuk perasaan yang berhimpun di Teheran dengan alasan mereka menyokong pemberontakan di Dunia Arab.Polis campur tangan apabila beberapa kumpulan pemberontak di Dataran Azadi (yang bermaksud kebebasan) mula melaungkan 'mati diktator' - slogan yang dilemparkan terhadap Presiden Mahmoud Ahmadinejad selepas keputusan rasmi yang dipertikai dalam pilihan raya presiden 2009 memberi beliau kuasa bagi penggal kedua.'Kami menentang keganasan dan kami akan menuntut Iran supaya memberi penjelasan mengapa ia sekali lagi menggunakan pasukan keselamatannya bagi menghalang kebebasan bersuara rakyat mereka,' kata Cik Clinton.'Kami rasa perlu ada satu iltizam bagi membuka sistem politik di Iraq dan mendengar suara-suara pembangkang dan masyarakat sivil,' tambah beliau.Bantahan-bantahan itu, yang diadakan walaupun dilarang, adalah yang pertama di Teheran sejak 11 Februari tahun lalu, apabila para aktivis berhimpun bagi memperingati ulang tahun ke-31 revolusi Islam.Tiada pengesahan rasmi berhubung laporan-laporan laman pembangkang yang mengatakan beratus-ratus perusuh telah diberkas di Teheran.Jurucakap Cik Clinton, Encik Philip Crowley, berkata Washington 'amat prihatin' mengenai laporan bahawa seorang terbunuh dan beberapa lain cedera dalam rusuhan itu.Cik Clinton berkata: 'Apa yang kami lihat berlaku di Iran ialah bukti keberanian rakyatnya dan satu indikmen terhadap kepura-puraan rejim Iran, satu rejim yang dalam tiga minggu kebelakangan telah mengalu-alukan kejadian di Mesir.'Dan kini, apabila diberi peluang memberi rakyat mereka peluang-peluang yang sama seperti yang mereka tuntut bagi warga Mesir, Iran sekali lagi menunjukkan sifat mereka yang sebenar.'Sedang Iran menyokong bantahan di Tunisia dan Mesir, menteri dalam negerinya telah mengharamkan perhimpunan semalam. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Pekerja Filipina hantar balik wang RM56b tahun lalu


MANILA: Penghantaran balik wang dilakukan warga Filipina yang bekerja di luar negara - yang menjadi sumber pendapatan kebanyakan keluarga di negara itu - meningkat 8.2 peratus tahun lalu kepada AS$18.76 bilion (RM56.28 bilion), kata Bank Pusat, semalam.
Peningkatan itu lebih tinggi daripada jangkaan pertumbuhan lapan peratus, kata Gabenor Bank Pusat, Amando Tetangco Jr. Pada 2009, jumlah wang yang dihantar pulang warga Filipina yang bekerja di luar negara ialah AS$17.34 bilion (RM52.88bilion).

Hampir 10 peratus daripada 94 juta penduduk Filipina bekerja di luar negara dan wang yang dihantar pulang kepada keluarga mereka menjana pertumbuhan ekonomi dan perbelanjaan tempatan. - APmyMetro | Pekerja Filipina hantar balik wang RM56b tahun lalu