Wednesday, December 31, 2014

Putin kurang pintar: Obama

OBAMA (kanan) ketika diwawancara stesen televisyen NPR. 
Putin kurang pintar: Obama | Harian Metro: "Washington: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata, rakan sejawatannya dari Russia Vladimir Putin melakukan kesilapan strategi apabila menguasai Crimea, langkah yang dianggap pemimpin Amerika itu sebagai ‘tidak begitu pintar.’

“Mereka yang menyangka Presiden Russia itu ‘genius’ terbukti salah dengan krisis ekonomi yang melanda Russia sekarang,” kata Obama.

Presiden Amerika Syarikat itu berkata demikian dalam satu wawancara panjang lebar dengan stesen televisyen NPR yang disiarkan semalam.

Beliau mengkritik penentang politiknya yang sebelum ini mendakwa beliau dikalahkan oleh Putin.

“Jika anda masih ingat tiga atau empat bulan lalu, ramai di Washington yakin Putin genius. Beliau mengalahkan kita semua dan beliau membuli serta melaksanakan strategi untuk meluaskan kuasa Russia,” katanya.

“Hari ini, saya dapat merasakan ada pihak, sekurang-kurangnya di luar Russia berpendapat apa yang dilakukan Putin itu adalah sesuatu yang kurang pintar,” katanya.

Obama juga berkata, sekatan yang dilakukan ke atas Russia kerana pembabitannya dalam hal ehwal dalaman Ukraine berjaya menjejaskan ekonomi Russia.

Keadaan ekonomi negara itu, katanya, menjadi lebih parah berikutan kejatuhan harga minyak.

“Apa yang kita miliki dan Russia tidak miliki ialah ekonomi yang dinamik. Mereka hanya bergantung kepada minyak sedangkan kita bergantung kepada minyak, iPad, filem dan apa saja yang anda boleh sebutkan,” kata Obama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:07 AM"



'via Blog this'

QZ8501: Penemuan mangsa berjaket keselamatan cetus persoalan

QZ8501: Penemuan mangsa berjaket keselamatan cetus persoalan - Nasional - Utusan Online: "31 Disember 2014 4:08 PM
 16.6K  97 Google +4
SURABAYA 31 Dis. - Satu mayat pesawat AirAsia QZ8501 yang memakai jaket keselamatan ditemukan di Laut Jawa hari ini, menimbulkan persoalan mengenai bagaimana tragedi itu berlaku.

Pihak berkuasa menyatakan, mayat enam mayat yang ditemui di laut itu dengan beberapa masih berpakaian lengkap, menunjukkan pesawat Airbus A320-200 itu berada dalam keadaan baik selepas terhempas.

Penemuan mayat tersebut juga mungkin menunjukkan penumpang sekurang-kurangnya mempunyai masa sebelum pesawat terhempas ke dalam laut atau memakai jaket keselamatan berkenaan selepas pesawat itu terhempas dan tenggelam. - Reuters"



'via Blog this'

RON95 turun 35 sen kepada RM1.91 mulai tengah malam ini

RON95 turun 35 sen kepada RM1.91 mulai tengah malam ini - Nasional - Utusan Online: "31 Disember 2014 8:13 PM
 91  3 Google +1
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan harga minyak RON95 diturunkan sebanyak 35 sen kepada RM1.91 berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini, 1 Januari 2015.

Harga baharu diesel pula ialah RM1.93 dan RON97, RM2.11.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE"



'via Blog this'

Hutan Malaysia 'diratah' lebih besar dari Denmark

Hutan Malaysia 'diratah' lebih besar dari Denmark - The Rakyat Post BM Version:

hutan
Kebanyakan kehilangan hutan di Malaysia berlaku di kawasan paling tebal, melebihi 50 peratus iaitu kawasan penyimpanan karbon dan paling kaya dengan kehidupan liar termasuk spesies terancam seperti orang utan, Gajah Kalimantan, badak sumbu Sumatera dan harimau bintang.

KUALA LUMPUR, 29 Disember :

Aktiviti pembersihan hutan di Malaysia merupakan yang tertinggi antara tahun 2000 dan 2012, di mana 14.4 peratus keluasan hutan yang dicatat pada tahun 2000, dibersihkan.
Menurut data peta hutan global yang dibangunkan bersama Google dan diterbitkan oleh news.mongabay.com, keluasan hutan yang dibersihkan itu adalah pada 47,278 kilometer persegi, iaitu keluasan yang melebihi negara Denmark.
Walaupun jumlah pembersihan hutan tetap tinggi, sekitar 25,978 kilometer persegi kawasan kembali hijau hasil daripada pemulihan hutan, penanaman semula untuk industri pembalakan dan ladang kelapa sawit.
Namun ladang kelapa sawit tidak dapat mengembalikan biodiversiti semula jadi hutan, menjadi setor karbon atau menyelenggara ekosistem, dan ini menunjukkan Malaysia semakin tenat dalam kehilangan alam semula jadi.
Kebanyakan kehilangan hutan di Malaysia berlaku di kawasan paling tebal, melebihi 50 peratus iaitu kawasan penyimpanan karbon dan paling kaya dengan kehidupan liar termasuk spesies terancam seperti orang utan, Gajah Kalimantan, badak sumbu Sumatera dan Harimau Bintang.
Pengarah Program Perubahan Iklim dan Penggunaan Tanah Dan Zarin berkata, kadar kehilangan hutan di Malaysia dalam tempoh dua tahun itu, hampir 50 peratus tinggi berbanding negara kedua tertinggi, iaitu Paraguay (9.6 peratus).
Jumlah kawasan hutan yang dibersihkan berada di kedudukan kesembilan selepas Rusia, Brazil, Amerika Syarikat, Kanada, Indonesia, China Republik Congo dan Australia.
Malaysia berada di kedudukan ke-12 dunia dalam jumlah bersih pengurangan hutan.
Semalam, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah mahu rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik, kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.
Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah diri dengan tindakan mereka dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.
Baginda turut menitahkan rakyat menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan menyedari musibah bencana alam serta malapetaka yang terjadi itu, disebabkan kerakusan tangan manusia.
“Semoga Allah mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak,” titahnya.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/29/hutan-malaysia-diratah-lebih-besar-dari-denmark/#ixzz3NU5P8lNK


'via Blog this'

Bayi lahir dengan tiga tangan



KEADAAN bayi di Gujarat, India yang dilahirkan dengan tiga tangan.


BHAVANGAR, India – Sekumpulan doktor di Hospital Awam Ahmedabad di negeri Gujarat berjaya membuang tangan seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan tiga tangan.
Pembedahan terhadap bayi berusia dua minggu tersebut dilakukan oleh seorang doktor pakar, Dr. Rakesh Joshi pada 17 Disember lalu.
Bayi tersebut yang memiliki dua tangan kiri berpunca daripada sindrom polymelia yang menyebabkan dia dilahirkan dengan lebihan anggota badan.
Keadaan itu terjadi apabila satu daripada dua embrio di dalam rahim yang sepatutnya menjadi kembar siam berhenti membesar lalu meninggalkan anggota badannya melekat pada bayi yang lahir.
Sindrom berkenaan sangat jarang terjadi dan hanya ditemui satu dalam sejuta kelahiran.
Joshi berkata, bayi tersebut bukan saja dilahirkan dengan tiga tangan tetapi dia turut memiliki kaki kanan yang bengkok serta hanya mempunyai satu buah pinggang. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3NQhYHiMz 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki kerdil jadi bintang bola keranjang



WALAUPUN memiliki tubuh badan yang kerdil tetapi Swanson mampu bersaing dengan lawan yang lebih tinggi. - Agensi


NEW YORK – Seorang lelaki kerdil menerima pujian daripada peminat sukan bola keranjang kerana memiliki kemahiran yang tinggi dan mampu bersaing dengan lawan yang dua kali ganda lebih tinggi.
Lelaki tersebut, Jahmani Swanson, 29, yang memiliki ketinggian 1.34 meter juga dianggap setanding pemain legenda bola keranjang, Michael Jordan selepas berjaya membantu pasukannya memenangi pelbagai kejohanan.
Swanson kini bintang utama pasukan New York Towers yang beraksi dalam liga bola keranjang orang kerdil di Amerika Syarikat.
Sejak beraksi dalam pasukan tersebut, Swanson sering membuat penonton terpegun dengan kemahirannya di atas gelanggang dan kemampuannya menjaringkan gol.
“Ramai peminat percaya saya boleh menjadi pemain bola keranjang terkenal dunia jika saya memiliki tubuh badan yang tinggi.
“Bagaimanapun, saya tidak pernah berasa sedih dilahirkan sebegini kerana percaya saya dianugerahkan bakat yang luar biasa ini.
“Saya sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan terasa teruja apabila berdepan lawan yang lebih tinggi dari saya,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3NQhH4qoM 
Hakcipta terpelihara 

Indonesia turunkan harga minyak 1 Januari 2015


JAKARTA 30 Dis. – Indonesia dilaporkan akan menurunkan harga minyak bersubsidi di republik ini pada 1 Januari ini, ekoran trend penurunan harga minyak global, selepas menaikkan harga komoditi itu pada November lalu.
“Rakyat mungkin akan membeli minyak bersubsidi dengan harga baharu pada hari Tahun Baharu 2015, 1 Januari,’’ kata Menteri Penyelaras Ekonomi Indonesia, Sofyan Djalil kepada media, semalam, lapor portal Jakarta Post.
Beliau juga membayangkan akan berlaku pelarasan yang diikuti dengan pelaksanaan dasar subsidi tetap yang menyaksikan minyak bersubsidi akan ditetapkan pada satu harga tertentu.
Jelasnya, minyak itu mungkin ditetapkan pada harga subsidi 500 rupiah (14 sen) atau 1,000 rupiah (28 sen) seliter bagi melindungi bajet negara daripada sebarang kenaikan dan penurunan harga minyak import yang tidak diingini ekoran faktor-faktor luaran.
“Kami sedang membincangkan semua pilihan yang ditawarkan berdasarkan harga minyak pasaran semasa. Kami mahu melaksanakan satu dasar yang membolehkan bajet negara tidak terkesan (oleh harga minyak dan kadar tukaran wang asing),’’ katanya.
Semalam, Kementerian Penyelaras Ekonomi mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan, Bank Indonesia dan Agensi Statistik Pusat (BPS) bagi membincangkan kemungkinan kesan inflasi ekoran pelaksanaan dasar itu.
November lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menaikkan harga minyak bersubsidi iaitu minyak premium kepada 31 peratus menjadi 8,500 rupiah (RM2.38) seliter dan minyak diesel kepada 36 peratus atau 7,500 rupiah (RM2.10) seliter.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/indonesia-turunkan-harga-minyak-1-januari-2015-1.42844#sthash.4vlYiQgJ.dpuf