Tuesday, May 4, 2010

10 Fakta Siasatan Rasuah Kapal Selam Najib


10 Fakta Siasatan Rasuah Kapal Selam Najib yang baru bermula!!!

 Part 1

Aku rasa dari aku nak dedahkan pasal orang sapu peruntukan pilihanraya ,atau rasuah Khir Toyo lagi elok aku dedahkan pasal rasuah berprofil tinggi bernilai RM 483 Juta , sekurang-kurangnya melibatkan duit semua orang , duit aku , duit orang UMNO , duit orang Pakatan Rakyat , duit semua rakyat.Mungkin dalam isu kali ini kita boleh sama-sama bersetuju sebab melibatkan duit kita semua kalaupun dalam faham politik kita berbeda.
Ini sumber dari www.dcnsgroup.com

Le sous-marin Tunku Abdul Rahman en navigation au large des côtes malaisiennes


Le sous-marin de type Scorpène de la Marine Malaisienne, le Tunku Abdul Rahman, vient d'effectuer ses premières sorties à la mer après sa première période d'entretien réalisée en Malaisie. Ces sorties ont permis de vérifier son aptitude à naviguer en plongée.

Dans le cadre de sa remise à l'eau après une période de maintenance programmée, le Tunku Abdul Rahman a repris sa phase d'entraînement. En particulier, l'équipage malaisien a effectué plusieurs immersions de profondeur au large des côtes malaisiennes.
« Avec ces navigations, la Marine Royale Malaisienne a démontré sa capacité à constituer sa première force sous-marine, a déclaré Pierre Quinchon, directeur de la division sous-marin de DCNS. « Grâce aux liens qui nous unissent avec la Malaisie, DCNS est fier d'avoir contribué à la réussite de ce programme. »
Signé en juin 2002, le contrat entre le gouvernement de Malaisie et DCNS porte sur la fourniture de 2 sous-marins de type Scorpène, de prestations logistiques et de formation.
Les deux bâtiments, d'une longueur de 67,5 m et d'un déplacement de 1 550 tonnes, sont conduits par un équipage réduit de 31 hommes pour une autonomie de 45 jours
terjemahan dalam bahsa inggeris ;
The submarine Tunku Abdul Rahman Navigation offshore Malaysia

The submarine Scorpene type of the Malaysian Navy, the Tunku Abdul Rahman, has just completed his first trips to sea after his first period of maintenance carried out in Malaysia. These outputs were used to verify its ability to navigate underwater.

As part of its delivery to the water after a period of scheduled maintenance, the Tunku Abdul Rahman took over his training phase. In particular, the Malaysian crew made several deep dives off the coast of Malaysia.

"With these voyages, the Royal Malaysian Navy has demonstrated its capacity to build its first submarine force, said Pierre Quinchon, director of the division submarine DCNS. "Through our relationship with Malaysia, DCNS is proud to have contributed to the success of this program. "

Signed in June 2002, the contract between the Government of Malaysia and DCNS is the provision of two submarine Scorpene type of logistical services and training.

The two buildings, with a length of 67.5 m and a displacement of 1,550 tons, are driven by a skeleton crew of 31 men for an autonomy of 45 days

Part 2

Ini fakta semasa yang aku boleh rumuskan untuk berita dari seluruh dunia untuk ketika ini ;
1.DCNS ialah sebuah anak syarikat kepada Kementerian Pertahanan Perancis.
2.Pada Jun 2002 Kementerian Pertahanan Malaysia memeterai perjanjian dengan DCNS untuk membeli 2 Kapal Selam bernilai 3.4 Billion.
3.DCNS memberi komisyen sebanyak 114 Juta Euro iaitu hampir RM 483 Juta kepada PERIMEKAR (sini dah mula kelakar)
4.PERIMEKAR adalah syarikat bini Razak Baginda Si Balaci Najib (bertambah kelakar)
5.PERIMEKAR ni tak pernah terlibat dalam jual beli lori angkut ikan apalagi jual beli kapal selam perang kah kah kah kah kah
6.PERIMEKAR ni umpama syarikat yang Ketua Cawangan UMNO baru daftar nak ambik kontrek buat longkang kah kah kah
7.Legal Team dari Perancis persoal ' Apahal plak DCNS bayar ke PERIMEKAR ni ..?'
8.Demi Kedaulatan Negara Malaysia ; Legal Team dari Perancis ni tak peduli pasal Najib dan bini Razak Baginda nak ambek rasuah RM 483 Juta itu di luar bidang kuasa mereka.
9.Legal Team dari Perancis yang sampai di Malaysia tadi ni nak dakwa DCNS ni sahaja yang merasuah kah kah kah kah kah
10.Selepas APCO , ini adalah skandal antarabangsa terbesar Najib yang boleh dinobat sebagai Presiden UMNO pertama yang mendapat pengiktirafan global sebagai THE MOST CORRUPTED UMNO PRESIDENT EVER !!!! bravoooooo !!!! bravoooo!!!!!!!
INI BARU MELAYU GLOKAL !!!!!!!!
Steady la............
Sumber:
http://www.tawanmalaysia.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=237:10-fakta-siasatan-rasuah-kapal-selam-najib-yang-baru-bermula-part-2&Itemid=53

Lagi salah laku polis kepada remaja


15 Fakta yang harus difahami mengenai KES PUKUL ANAK MELAYU BAWAH UMUR pada 14 April lalu.

1.Mangsa yang telah dipukul separuh mati itu adalah Mohd Shadan Abdul Latiff Karim berusia 17 tahun dari Taiping.
2.Insiden Pukul berlaku pada 14 April lalu oleh sekumpulan yang dipercayai polis.(masih dalam siasatan)
3.Mangsa disyaki terlibat dengan kesalahan juvana.Masih disyaki , masih OKT.
4.Apa justifikasi untuk memukul mangsa separuh mati sedemikian rupa kerana berdasar kepada peruntukkan undang-undang mangsa tertakluk pada Akta Kanak-kanak 2001 yang mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002 menggantikan Akta Mahkamah Juvana 1947 (semakan 1972).Bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dan kepentingannya.
5.Ketua Polis Taiping Yusuf Mohd Diah masih menafikan pembabitan pihak beliau dalam insiden ini.
6.Di minit ke 00:30 saat hingga ke 00:50 saat dalam video ada seorang lelaki berbaju hitam dan botak yang memegang gari di belakang Mohd Shadan , kalau beliau bukan seorang anggota polis , maka apa perlu dia memegang gari ?
7.Pada 01:02 saat dalam video , seorang lelaki berbaju hitam yang berlambang logo PDRM menumbuk muka mangsa pada ketika itu mangsa sudah pun digari.
8.Pada 01:47 saat hingga ke 02:11 saat mangsa telah dipukul dan disepak di muka oleh 2 lelaki ketka tangannya sedang bergari di motor !!!!
9.Pada 02 : 45 hingga ke 03 : 00 setelah gari dibuka , mangsa telah dipukul oleh seorang lagi lelaki berseluar pendek hingga mangsa rebah.
10.Pada 03 : 03 saat mangsa telah dipaksa untuk berdiri kembali.
11.Pada 03 : 08 saat hingga 03 : 28 saat seorang lagi lelaki berbaju coklat memukul hingga mangsa rebah.
12. Pada 03 : 30 saat mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas dan nafasnya berbunyi agak kuat
13.Pada 4 : 05 saat mangsa sudah pun dalam keadaan separuh mati dan mengucapkan Allah Akbar dan dipijak lagi
14.Pada 05 : 10 saat dia di dekati seorang lelaki berseluar jean dan pada 05 : 20 kaki mangsa ditarik dan diugut untuk dipatahkan.
15.Berdasar bukti video sahaja terdapat 5 orang lelaki yang berbeza yang memukul mangsa.

Kita lihat apa kata MENTERI , IGP dan KETUA POLIS TAIPING ....
Sumber:
http://www.tawanmalaysia.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=249:15-fakta-yang-harus-difahami-mengenai-kes-pukul-anak-melayu-bawah-umur-pada-14-april-lalu&Itemid=53

Internet tu bapak segala ilmu ada


Internet, televisyen 'musuh' buku - Ungku Aziz

KUALA LUMPUR 3 Mei - Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menganggap Internet dan televisyen merupakan 'musuh' kepada buku kerana menghakis budaya membaca di kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia ketika ini.
Menurut tokoh akademik itu, penggunaan yang meluas kedua-dua medium itu kini membentuk masyarakat yang bergantung sepenuhnya kepada Internet dan televisyen untuk mendapatkan maklumat sekali gus meminggirkan kandungan sesebuah buku.
"Ia menjadi semakin parah apabila sesuatu pengetahuan itu tiada di Internet, maka ia akan diabaikan begitu sahaja dan sangat merugikan masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi menandatangani autograf buku mengenainya bertajukThe Renaissance Man di kedai buku Kinokuniya (Malaysia) Sdn. Bhd. di Suria KLCC hari ini.
Buku tersebut berkisar tentang pengalaman beliau sepanjang perkhidmatannya di Universiti Malaya (UM).
Kandungan buku itu disumbangkan oleh beberapa penulis antaranya bekas Naib Canselor UM, Datuk Dr. Hashim Yaacob; Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid; Prof. Emeritus Dr. K. T. Joseph; Prof. Dr. Azizah Hamzah selain Ungku Abdul Aziz sendiri.
Mengulas lanjut, kata Ungku Abdul Aziz, budaya membaca buku di Malaysia agak rendah berbanding negara-negara luar khususnya penduduk di Eropah yang menjadikannya satu amalan.
"Mereka (penduduk Eropah) membaca buku di mana-mana sahaja walaupun masa terluang hanya 15 minit sedangkan negara mereka mempunyai kemudahan Internet yang baik ," katanya.
Tambahnya, masalah kurang membaca buku bukan sahaja berlaku kepada golongan remaja, malah kepada golongan korporat dan golongan berpendidikan tinggi yang suka menghabiskan masa lapang dengan bermain golf atau melayari Internet tanpa henti.
Beliau menolak dakwaan bahawa harga buku yang tinggi menjadi punca masyarakat Malaysia tidak membeli buku.
"Kini sudah ada kemudahan meminjam buku di perpustakaan yang menyediakan pelbagai genre bacaan kepada pembaca, ia bukan masalah,'' jelasnya.
Tambah beliau lagi, dengan membaca buku, seseorang akan mempunyai minda yang terbuka dan berupaya bercakap mengenai pelbagai perkara.
"Ia berbeza dengan mereka yang tidak membaca buku kerana tidak mengetahui banyak perkara," jelasnya.
Beliau turut mengesyorkan penulis tempatan supaya membanyakkan penghasilan buku dengan penulisan yang menarik dan sedikit kontroversi agar menarik minat pembaca.

Bekas KPN antara ahli panel khas pantau kes Aminulrasyid



04/05/2010 4:53pm

PUTRAJAYA 4 Mei — Bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar adalah antara lapan anggota panel khas yang ditubuhkan bagi memantau siasatan berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis akhir bulan lepas.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, yang juga pengerusi panel itu, berkata anggota panel lain ialah tiga anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), pensyarah dan pakar jenayah bebas.
Tiga anggota Suhakam itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Seri Muhammad Shafee (peguam) dan Datuk Dr Denison Jayasooria (aktivis).
Dua lagi anggota panel ialah pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Datuk Abd Halim Sidek dan penganalisis jenayah Kamal Affandi manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ahmad Fuad Ab Aziz sebagai setiausaha panel.
"Penubuhan panel khas ini untuk memantau secara langsung proses penyiasatan oleh polis bagi memastikan siasatan dijalankan secara adil, telus, pantas, tidak tertangguh dan menjamin keadilan kepada semua pihak terlibat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama panel khas itu di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi 26 April lepas, Aminulrasyid Amzah mati selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri ketika ingin ditahan di Seksyen 11, Shah Alam.
Abu Seman berkata panel khas itu akan memaklumkan hasil siasatan secara tepat dan telus kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka mendapat maklumat daripada sumber yang tidak sahih.
"Kami minta semua pihak menunggu hasil pemantauan siasatan dan tidak berterusan membuat spekulasi berkaitan insiden itu bagi mengelakkan salah tanggapan terhadap mana-mana pihak,” katanya.
Abu Seman berkata panel khas itu juga telah menemuduga beberapa pegawai penyiasat berhubung insiden itu dan setakat ini, berpuashati dengan penjelasan mereka dan akan membuat lawatan ke tempat kejadian di Shah Alam, malam ini.
Beliau berkata panel khas itu, yang akan mengadakan mesyuaratnya sekali seminggu pada setiap Jumaat, akan memanggil saksi-saksi jika merasakan ada yang tidak kena daripada siasatan yang dijalankan oleh polis.
Beliau berkata panel khas itu juga akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) pasukan keselamatan itu serta modul-modul latihan sedia ada berkaitan tugas mereka.
"Jika perlu ada penambahbaikan, panel khas ini akan membuat cadangan termasuk berkaitan penggunaan senjata api oleh anggota polis semasa bertugas,” katanya.
— BERNAMA

Polis menipu dalam laporan tembak aminurashid

Laporan polis kawan AMINULRASHID. Apa sebenarnya yang berlaku??


Maaf Mod,

Saya buka thread baru untuk dapatkan reaksi masyarakat Malaysia
tentang isu ini...
Lepas tu, kalau nak merge... merge la...
Tq.


Apa yang sebenarnya berlaku? Kisah ini daripada kawan mangsa. 
Sebelum ini kita mendengar kisah yang dicanangkan oleh pihak
 polis dan disiarkan dalam media. Saya petik:
Pengadu menyatakan:-


















Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki 
kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke 
sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan 
kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor
 pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel 
dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut 
tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan 
melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa 
buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada
 kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, 
salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi
 terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang 
m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan
 laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta
 polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta
 dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga
 orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak 
Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi 
mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang
 dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir 
dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena
 pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas
 riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL
 RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok
 rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang
 daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan
 kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak
saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota 
Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula
 perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan
 saya yang...- Sumber: Perisik Rakyat



Sila bandingkan dengan laporan awal yang dikeluarkan oleh 
pihak polis kepada media, terutamanya tentang "merempuh",
 "mengundur kereta", "samun berkumpulan", dan sebagainya!


Laporan awal yang disiarkan dalam Utusan Malaysia:

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis


SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah

 (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak
 setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu 
memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11,
 di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu 

kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara 
rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian,

 dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek 
dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis

 supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya
 memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar

 mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua
 anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan

 tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka 
berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.

"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan

 diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi
 di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa 

keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba 
mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, 

anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di 
dalam kereta," katanya.



UNTUK PENJELASAN LEBIH TERPERINCI, SILA LAYARI: www.duniacacamarba.blogspot.com

Baguih sungguh perangai anak buah musa Hasan patutlah dia sayang sangatanak buah dia


Polis Acu Pistol Kepada Saya - Saksi

Azamuddin Omar, saksi utama tragedi Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis 26 April lalu, membuat kejutan apabila mendakwa polis mengacukan pistol kepadanya ketika menyerah diri.

Dalam sidang media yang disertai ahli kelurga mangsa dan ramai pemberita, beliau ditanya seorang wartawan mengenai sama ada terdapat anggota polis yang mengacu pistol kepada beliau.

Wartawan: "Ada tak polis acu pistol kepada adik?"

Azamuddin: "Ada."

Azamuddin berkata demikian pada sidang media di rumah mangsa hari ini apabila diaju pelbagai soalan dari wartawan yang mahu mengetahui kisah sebenar tragedi berkenaan.

Beliau yang ditemani beberapa peguam, juga mencerita rentetan kejadian sebenar dengan panjang lebar dan jelas berbeza dengan versi polis.

"Saya jatuh dalam longkang tapi seorang polis datang terajang kepala saya. Lepas itu, polis yang lain ramai-ramai pukul, belasah saya. Saya lari sampai polis tak dapat kejar," katanya

Ditanya bilangan polis yang didakwanya memukul dan membelasah beliau, Azamuddin menjawab begini: "Lebih lima orang, saya rasa."

Kalau tak biadab bukan UMNO namanya


Kenyataan biadap Noh Omar menghina TG Nik Aziz dan rakyat Kelantan

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.

“Ada tak panduan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenainya. Kalau ada, tak payahlah ada undang-undang.

“Nak berkempen, nak baca khutbah, tak kisahlah sebab tiada halangan.

“Dia Menteri Besar, buatlah undang-undangnya sendiri dengan sesuka hati,” kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Perkhidmatan Awan hari ini.

Malahan, beliau mendakwa sesiapa yang mempertikaikan isu ini seperti Nik Aziz merupakan perbuatan tidak menghormati Sultan Selangor.

“Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor.

“Kita ada undang-undang sendiri, ada Sultan sendiri... jadi perbuatan PAS seperti tidak menghormati Sultan,” kata beliau sambil menambah, sebagai orang Melayu tidak menghormati Sultan Selangor.

Noh berkata tindakan Nik Aziz adalah tidak menghormati undang-undang negeri lain.

“Dia tolak politik sebagai ‘bodoh’, dia dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar. Andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan sedemikian, adakah dia (Nik Aziz) akan patuh atau tidak?

“Kalau tak suka, pergi ke negeri yang rasa masjid boleh jadi tempat politik, dipersilakan. Usah datang ke Selangor. Jangan nak hina undang-undang orang Selangor,” kata beliau.

Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin menjelaskan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik demi menjaga kesucian dan kehormanian tempat beribadat.

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hendak datang nak berceramah dalam masjid, datanglah berceramah.

“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.

“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.

“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor.

“Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” katanya. -TMI





Ni lah contoh melayu islam bangang yang tak faham islam agama sendiri. Islam tak kira apa pangkat
atau darjat semua ditegur,tak kira musim pilihanraya atau tidak boleh bercakap dalam masjid. 
Banyak sangat ikut politik sempit umno. Kalau ikut umno politik hanya boleh diluar masjid dipasar-pasar
buta kayu betul.Dah lah bangang tak hormat orang tua-tua,tak hormat alim ulama. Dah bodoh
tak mau belajar ugama. bila orang tegur tak nak terima .Bodoh sombong.Guna bahasa biadap pula.
Tak lama lagi rakyat pun tak mahu lagi orang macam ni. 


Orang Yang Berbudi Mulia
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut”
 
Riwayat Ahmad


Brunei punyai hak





KUALA LUMPUR 3 Mei – Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas dua blok minyak yang diserahkan Malaysia kepada negara itu pada tahun lalu berdasarkan kehendak Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Pertukaran Surat 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei turut melibatkan persetujuan mengenai isu persempadanan maritim dan penentuan kawasan komersial (CAA) bagi sumber minyak dan gas.
Menurut kenyataan itu, ia bagi membolehkan kedua-dua negara berkongsi hasil daripada sumber petroleum itu.
Sehubungan itu, jelas Wisma Putra, penyerahan dua kawasan blok minyak iaitu Blok L dan M kepada Brunei melalui Pertukaran Surat antara Malaysia dan negara itu adalah selari dengan undang-undang antarabangsa.
“Kawasan minyak Malaysia di Blok L dan M secara kebetulan sama dengan kawasan minyak Brunei di Blok J dan K, ia diiktiraf dalam perjanjian tersebut memandangkan kedua-duanya terletak dalam kawasan perairan Brunei, yang membawa maksud negara itu mempunyai kedaulatan terhadapnya mengikut UNCLOS,” katanya.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta penjelasan Wisma Putra berhubung status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM320 bilion yang kini dikatakan menjadi milik Brunei.
Dr. Mahathir mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran bagi Limbang.
Abdullah yang menandatangani Pertukaran Surat pada Mac 2009 menjelaskan bahawa perjanjian darat dan laut dengan Brunei diluluskan oleh Kabinet dan Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usahasama pembangunan minyak dan gas atas dasar komersial di kedua-dua kawasan itu bagi tempoh 40 tahun.
Sementara itu, Petronas pula berkata, ia telah dipelawa oleh Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir tersebut atas dasar persetujuan komersial.
Petronas berkata, syarikat itu telah menubuhkan sebuah pasukan dan memulakan rundingan dengan Brunei untuk memperincikan terma bagi pembangunan kedua-dua kawasan itu yang kini dikenali sebagai Blok CA1 dan CA2.
Sementara itu, kata kenyataan itu, penamatan kontrak perkongsian pengeluaran membabitkan Blok L dan M, yang diberikan Petronas kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Oil pada 2003, adalah selaras dengan pewujudan CAA seperti yang ditetapkan dalam Pertukaran Surat.
Menurut Wisma Putra, selain mendapat kelulusan Kabinet mengenai isi kandungan Pertukaran Surat antara kedua-dua negara, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga dirundingi dan diberikan taklimat penuh mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, tambah kenyataan itu, Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei telah menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.
Katanya, perkembangan baik yang membuka lembaran baru hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu adalah hasil daripada rundingan sukar selama 20 tahun antara Malaysia dan Brunei mengenai pelbagai isu termasuk maritim dan sempadan.

Siasatan lebih telus, adil





AzamudDin Omar (tengah) ditemani oleh wakil PIBG, Monalisa Mokhtar (kiri) menceritakan detik-detik kejadian yang membabitkan kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah pada sidang akhbar di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 3 Mei - Setelah lapan hari berlalu, ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah hari ini mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian pelajar berusia 15 tahun itu dengan lebih telus dan adil.
Bapa saudara Allahyarham, Kamarudin Hassan, 45, menegaskan, kematian arwah yang terkena tembakan anggota polis dalam satu kejadian berhampiran rumah mereka di Seksyen 11 pada awal pagi 26 April lalu perlu mendapat perhatian dan siasatan adil daripada pihak-pihak terlibat.
"Kami sekeluarga juga menolak penubuhan inkues yang dicadangkan oleh sesetengah pihak. Sebaliknya, biarlah kes ini disiasat oleh pihak bebas.
"Sehubungan itu, kami mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi tujuan tersebut," katanya pada sidang akhbar di rumah keluarga Allahyarham di sini hari ini.
Turut hadir, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 60; kakak sulung, Nor Azura Amzah, 39; dua peguam mewakili keluarga, N. Surendran dan Latheefa Koya serta saksi utama kejadian yang turut berada bersama arwah ketika kejadian, Azamuddin Omar, 15.
Sementara itu, Surendran memberitahu, suruhanjaya itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelak keterangan yang telah diambil ketika ini hilang.
Beliau memberitahu, ahli keluarga Allahyarham tiada tempat untuk mengadu kecuali meminta suruhanjaya itu diwujudkan berikutan siasatan polis serta kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Azamuddin, 15, tiba di rumah keluarga arwah Aminulrasyid dengan ditemani wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Monaliza Mokhtar kira-kira pukul 3 petang.
Pada sidang akhbar itu, dia memberitahu, Aminulrasyid berada dalam keadaan takut hingga menyebabkan enggan memberhentikan kereta Proton Iswara yang mereka naiki ketika diarahkan berbuat demikian.
"Dia cakap hendak balik rumah terus kerana takut sebab itu kereta kakak dia," katanya.
Bagaimanapun, pemberita tidak dibenarkan bertanya banyak soalan dengan alasan Azamuddin masih berada dalam keadaan ketakutan dan sedang menjalani rawatan trauma.

Masih ada lagi yang tak dapat bekalan letrik selepas 50 tahun merdeka


30 kampung akan dapat elektrik



LIMBANG 3 Mei - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) membabitkan 30 buah kampung di kawasan Batu Danau di sini.
Menteri Muda Kemudahan Awam, Sylvester Entri Muran berkata, sebanyak 2,406 buah rumah dijangka mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek BELB itu yang dijadual siap pada 2012.
Beliau berkata, peruntukan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan lebih banyak pembangunan dinikmati penduduk di kawasan pedalaman.
''Kerajaan berusaha membawa banyak kemajuan di kawasan pedalaman terutamanya menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.
''Pelaksanaan projek-projek ini membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan rakyat di kawasan pedalaman daripada menikmati hidup yang selesa sama seperti penduduk di kawasan bandar," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Karnival Makanan dan Permainan Tradisional Dayak di pekan Medamit di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan Residen Limbang, Maria Hasman.
Entri memberitahu, kerajaan menerusi pendekatan 'gotong-royong' akan meneruskan usaha pembangunan kepada penduduk di negeri ini hasil daripada kestabilan politik yang dinikmati ketika ini.
Ujar beliau, selepas proses persempadanan semula kawasan di bahagian itu, pekan Medamit telah berubah wajah dan menerima pelbagai kemajuan hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN).
''Atas dasar itu, kerajaan akan meneruskan usaha secara lebih serius untuk membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan khasnya di kawasan-kawasan terpencil.
''Hasilnya, penduduk di Medamit kini dapat menikmati perubahan dalam tempoh lima tahun hasil usaha kerajaan BN yang menyaksikan lebih banyak kemajuan dilaksanakan," jelas beliau.
Sementara itu, Entri turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM15,000 bagi program berkenaan.

Pak Leman - Zahid nafi Malaysia terlibat



KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Senator Dr. Syed Husin Ali kononnya kerajaan memberi bantuan persenjataan kepada pejuang Palestin.
Ahmad Zahid berkata, tuduhan itu dibuat kononnya beliau mahu meredakan kemarahan pejuang Palestin berikutan perjumpaan beliau dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di Paris, Perancis pada 16 Jun tahun lalu.
"Tuduhan Yang Berhormat (Dr. Syed Husin) adalah tidak berasas sama sekali.
"Kerajaan tidak pernah menjanjikan apa-apa bantuan persenjataan kepada Palestin," katanya sewaktu menggulung Perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan Malaysia amat komited dengan status Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan Israel.
Katanya, kerajaan juga sering menyuarakan bahawa tentera Israel perlu menghentikan segala bentuk penindasan yang dilakukan.
"Kerajaan dan rakyat Malaysia tidak boleh menerima dan melihat keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin.
"Kerajaan Malaysia sentiasa menyokong untuk mewujudkan negara Palestin yang aman dan berdaulat," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Zahid sekali lagi membuat penjelasan bahawa pertemuannya dengan Ehud Barak bukannya dirancang dan ia adalah di atas permintaan Menteri Pertahanan Israel itu sewaktu menghadiri majlis koktel di pekarangan Kementerian Pertahanan Perancis.
Ahmad Zahid berkata, beliau juga meletakkan syarat supaya Ehud Barak yang berada dalam bangunan Kementerian Pertahanan Perancis supaya turun ke bawah jika mahu bertemunya.
"Saya tidak mahu pengawal peribadi turut ikut dan mengiringi Ehud Barak turun ke bawah dan saya tidak mahu ada kamera yang mengikut beliau dan tidak ada wartawan," katanya yang menjelaskan pertemuan itu berlangsung kira-kira 20 minit.
Ahmad Zahid menjelaskan beliau turut menyindir Ehud Barak dalam pertemuan itu kerana bertindak kejam terhadap rakyat Palestin.

polis buat baik dipuji polis buat jahat dikeji


Jangan perlekeh polis - Musa

KUALA LUMPUR 3 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini meminta pihak-pihak tertentu agar tidak menjadikan kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis pada Isnin lalu sebagai medan untuk memperlekehkan tugas pasukan itu.
Sebaliknya beliau berkata, masyarakat perlu sedar bahawa polis selama ini menjalankan tugas mengawal keselamatan negara dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap anggotanya terlalu berat serta mencabar.
Beliau memberikan contoh, tugas pasukan polis mengadakan rondaan termasuk pada waktu malam dan awal pagi berjaya menemui mayat seorang wanita yang dibunuh oleh teman lelakinya dalam sebuah kereta di Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.
"Jika kita tidak membuat rondaan, atau tidak bertindak tegas ketika menjalankan tugas, orang kata polis tidak buat kerja. Tapi bila kes seperti ini berlaku, ada pihak yang ambil kesempatan untuk 'hentam' pula polis.
"Saya kesal kerana dalam situasi ini, ada pihak lain yang cuba mengambil kesempatan untuk memperlekehkan tugas polis. Bagi saya, dalam siasatan kes membabitkan Allahyarham Aminulrasyid, kita tidak mengamalkan sikap pilih kasih atau berat sebelah," katanya.
Musa berkata demikian ketika ditemui selepas melawat seorang anggota trafik, Sarjan Roslan Bachik, 49, yang patah kaki kanannya akibat dirempuh dalam sekatan jalan raya kelmarin, di Hospital Serdang hari ini.
Dalam kejadian pada 26 April lalu, Aminulrasyid maut akibat terkena tembakan polis setelah enggan memberhentikan kenderaannya di Seksyen 11, Shah Alam selepas diarahkan berbuat demikian.
Musa memberitahu, polis juga sudah mengenal pasti pihak yang bertindak sebagai dalang dalam usaha memperlekehkan tugas polis.
Ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap kes membabitkan Aminulrasyid, Musa berkata, polis akan menyerahkan semula kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja ia selesai dilakukan.
Sementara itu dalam lawatan tersebut, Musa turut prihatin terhadap keperitan yang ditanggung Roslan yang terpaksa dirawat di hospital untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.
"Inilah kerja anak orang 'baik-baik', naik motosikal tanpa lesen dan langgar anggota kita yang sedang melakukan tugas.
"Sekarang siapa pula yang akan membela nasib anggota itu," katanya kecewa.
Roslan yang bertugas di Balai Polis Seri Kembangan mempunyai tujuh orang anak terbabit dalam kemalangan ketika sedang mengadakan sekatan jalan raya di Lebuh Raya Damansara Puchong petang kelmarin.

Haniyah Jawab Isu Cukai di Gaza




Pemerintah De facto Perdana Menteri Ismail Haniyah mengatakan dia akan menyerahkan 2,500,000 dollar AS untuk membayar gaji sekitar 25,000 buruh sebagai bukti dan bantahan terhadap tuduhan baru yang menyatakan bahawa pegawat Hamas telah menerapkan perundangan cukai secara keras.
Berbicara kepada pegawai Departemen Tenaga Kerja dalam peringatan "May Day (Hari Buruh), Haniyah membantah tuduhan yang dibuat oleh kelompok-kelompok kiri Palestin kiri yang menyatakan pegawai pemerintah de facto telah memberlakukan undang-undang cukai yang keras dan sewenang-wenang terhadap beberapa pekerja Gaza.
Pernyataan dari kelompok kiri Demokrat dan front rakyat untuk Pembebasan Palestin (DFLP, PFLP) mengatakan pada minggu lalu bahawa petugas polis Hamas bahkan menyita rumah bagi mereka yang dituduh melakukan penipuan serta penggelapan cukai, yang tuduhan itu dengan tegas langsung dibantah aparat pemerintah Hamas.
"Kami mengambil wang dari orang kaya untuk diberikan kepada masyarakat miskin bukan sebaliknya," kata pemimpin Gaza, mencatat sifat pajak yang dikenakan oleh pemerintah mereka adalah sedikit dan tidak memberatkan.(fq/mna)
sumber

Syarat nak kedudukan dalam UMNO perangai mesti teruk


EZAM : KAMU LAYAK BUKAN SAHAJA JADI SENATOR

03 May 2010 ·
Ezam Mohd Nor berkata bahawa beliau memang layak menjadi Senator dan perlantikan beliau sebagai Senator bukan hadiah kerana belkiau melompat parti. Betul, kenyataan Ezam itu saya sokong 100 %. Ini kerana di dalam Umno kelulusan, karisma, ilmu, akhlaq dan sebagainya tidak penting yang penting pandai bodek, boleh beri dan terima rasuah, yes man dan tidak melawan pemimpin, maka seseorang boleh naik cepat dalam Umno.

Oleh kerana itulah ramai pemimpin Umno yang jadi wakil rakyat, jadi exco dan sebagainya hanya dengan kelulusan SRP atau SPM sahaja, asalkan pandai bodek boleh naik cepat. Walaupun ramai yang cerdik dan berakhlaq baik tetapi kerana tidak pandai membodek dan selalu menyanggah cakap pemimpin, maka seseorang itu tidak akan diberi jawatan kerana ditakuti melawan taukeh.

Maka tidak hairan kalau Ezam dipilih kerana integriti, akhlaq, kelulusan, karisma dan sebagainya tidak termasuk dalam kamus pemilihan kepimpinan dalam Umno. Siapa banyak duit, pandai bodek dan lain-lain makan ada 'can' untuk jadi ketua dan dapat pangkat.

Facebook penyokong Mangsa Tembak, Aminulrasyid


Facebook penyokong Mangsa Tembak, Aminulrasyid 60,000 orang

on Monday, May 3, 2010
Penyokong kumpulan Facebook "Kami benci kekejaman polis!- justice for Aminulrasyid" diwujudkan pada minggu lepas telah menarik minat supporters drp berbagai negara sehingga mencecah 60,000 orang.

Apabila diwujudkan, facebook ini telah menarik 3,500 orang dan meningkat sehingga 10,000 dalam masa 1 jama... kebanyakkan post didalam facebook ini adalah kerana rasa tidak puas hati terhadap polis yang telah bertindak terhadap remaja berumur 15 tahun.

Kebanyaakn kumpulan terdiri daripada kawan-kawan mangsa sendiri, guru-guru sekolah, penulis, aktivis serta orang awam yang turut bersimpani dengan mangsa. Lebih 170 topik dibincangkan serta video yg diuploadkan semasa press giving oleh keluarga mangsa. Sebanyak 276 gambar dimasukkan termasuklah gambar mangsa serta gambar pada malam kejadian.

http://hakimfaridzul.blogspot.com/2010/04/kami-benci-kekejaman-polis-malaysia.html

Perangai buruk Israel


Dua beradik terbunuh, ayah dan abang cedera selepas dirempuh tentera Israel.

May 3rd, 2010 by adminLeave a reply »
Isnin, 03/05/2010 – Sumber daripada pihak kesihatan Palestin melaporkan pada Rabu, dua kanak – kanak perempuan yang berumur 8 dan 10 tahun terbunuh manakala ayah dan abang mengalami cedera selepas tentera Israel merempuh mereka dengan jip di Al Baida, Lembah Jordan
Sumber melaporkan Foqaha, 6 tahun dan kakaknya Masa, 10 tahun mati serta merta sementara ayah mereka, Imad 40 tahun, dan abang, Hussein, 11 tahun telah mengalami cedera.
Sumber tempatan melaporkan yang mangsa dan keluarga dalam perjalanan pulang dari mengerjakan ladang mereka.
sumber : http://www.imemc.org

UMNO LEBIH JAHAT DARI YAHUDI





Oleh;KetuaPolis


KUALA NERUS – Setiap orang yang memberi kuasa dan memberi undi kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah bersekongkol dengan kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh parti itu.
“Dengan kuasa tersebut mereka fitnah Anwar Ibrahim, mereka zalim rakyat, mereka tindas rakyat, mereka rampas Perak, ”Mereka tangkap ustaz, mereka lokap ustaz, mereka ISA –kan Ustaz, semua yang bagi kuasa kepada BN tanggung dosa sampai kiamat,”kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keailan Rakyat (PKR) Dr. Badrul Amin Baharom.
Menurutnya, Umno menzalimi dan melakukan kejahatan kerana penasihat parti tersebut adalah syarikat APCO Worldwide, sebuah organisasi Yahudi.

”Orang tanya kenapa umno jahat macam ni? Sebab penasihatnya siapa tuan-tuan? Apco tu siapa? Yahudi..Berapa dia bayar Apco untuk menjadi ‘consultant’? 70 Juta.

”Duit siapa? (duit rakyat). Sebab tu tuan-tuan. Dia jahat,”jelasnya kepada lebih 500 hadirin dalam ceramahnya di sini semalam.

Katanya Umno sangat UMNO kerana parti tersebut belajar dengan Yahudi, malah, menurutnya Yahudi lebih bertolak ansur berbanding Umno.
”Yahudi pun tak jahat macam umno, Yahudi hanya roboh rumah orang Arab, betul? Dia tak roboh rumah orang yahudi, tapi umno, dia roboh rumah siapa? Rumah (orang) umno pun dia roboh jugak? maknanya dia jahat daripada yahudi,

”Yang kedua, yahudi robohkan masjid orang Islam. Betul? Tapi adakah yahudi merobohkan rumah ibadat orang Yahudi? Tak ada,”terangnya lagi.

Beliau berkata Umno mengikut telunjuk Yahudi dengan merobohkan masjid, rumah ibadat orang Islam, sedang al-Quran menyebut dengan jelas, orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha kepada orang-orang Islam.

”al-Quran yang sebut, Yahudi dan Nasrani tidak akan ikut telunjuk kamu mereka tidak akan redha dengan kamu hingga kamu ikut telunjuk mereka. Jahat tak yahudi? Jahat,”katanya.

Namun, katanya sejahat-jahat yahudi, ia tidak menyeksa dan menzalimi rakyatnya sendiri.
Sebaliknya, beliau berkata Umno dan Barisan Nasional menzalimi rakyat Terengganu dengan menarik balik royalti minyak dan turut menzalimi rakyat Kelantan dengan tidak memberi wang royalti tersebut.

!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!! 
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!

kalau baik orang puji,kalau jahat orang keji


Video Hot: Rakan Aminulrasyid Pertikai Versi Polis

>> MONDAY, MAY 3, 2010


SHAH ALAM, 3 Mei — Aminulrasyid Amzah tidak pernah merempuh kereta peronda tetapi mereka ditembak dari belakang oleh anggota polis pada hari kejadian minggu lalu, kata rakannya Azamuddin Omar (gambar, kiri) yang menemaninya pada hari kejadian.

Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Azamuddin berkata Aminulrasyid cuba melepasi beberapa motosikal yang mengejarnya selepas keretanya tergesel sebuah kereta lain di Seksyen 7 sebelum itu.

Selepas rakannya ditembak, menurut Azamuddin, dia ditendang dan ditumbuk berkali-kali oleh beberapa anggota polis selepas keluar dari kereta dipandu Aminulrasyid.

“Mereka tembak dia di kepala (dari belakang) dan dia rebah di riba saya. Tetapi kakinya kekal pada pedal minyak dan kereta pula terus bergerak,” katanya.

Kata Azamuddin, polis terus-menerus menembak kereta sehingga ia terlanggar tembok sebuah rumah di Seksyen 11.

Pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 itu berkata, sebelum insiden tersebut dia dan Aminulrasyid hendak berjumpa dengan seorang rakan di Seksyen 7 di sini kerana tayar motosikalnya pancit.

“Dalam perjalanan ke sana, kereta yang dipandu Amunulrasyid tergesel dengan sebuah kereta lain menyebabkannya menjadi panik lalu melarikan diri.

“Namun begitu ketika hendak keluar dari restoran Ali Corner, kami dikejar oleh beberapa motosikal kemungkinan besar rakan kepada pemandu kereta tadi.

“Ketika hendak melepasi Bulatan Kayangan Seksyen 12, salah seorang penunggang tersebut ingin memintas kami tetap terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkannya terjatuh,” katanya ketika sidang media di pekarangan rumah Allahyarham Aminulrasyid.

“Aminulrasyid bertambah panik dan memandu dengan laju lalu memotong kereta peronda polis menyebabkan kenderaan itu terus mengejar kami.

“Kami dikejar sehingga ke Stesen Minyak Caltex Seksyen 11 dan sebaik sahaja memasuki simpang Jalan Tarian, saya terdengar bunyi tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang.

“Walaupun dipandu terhoyong-hayang tetapi Amirulrasyid masih dapat mengawal pemanduan sebelum tembakan terakhir meragut nyawanya lalu terbabas melanggar tembok rumah dan berhenti,” katanya.

Azamuddin dikatakan telah membuat laporan polis kira-kira 9.40 malam hari kejadian.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Monalisa Mokthar berkata, Azamuddin masih lagi dalam keadaan trauma dan kini masih menerima rawatan ekoran kejadian tersebut.

“Azamuddin masih lagi trauma dan walaupun dia pergi ke sekolah seperti biasa tetapi rawatan tetap diberikan memandangkan tahun ini dia akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

“Mungkin dia perlu masa lama untuk sembuh kerana saya pasti kejadian yang pasti akan dia ingat selama-lamanya,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu, peguam N. Surendran dan juga ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid