Wednesday, April 17, 2013

pas pasti menang!

PAS menang lagi!

Pasti menang!


New Zealand negara terbaharu lulus perkahwinan sejenis



WELLINGTON 17 April - Parlimen New Zealand hari ini meluluskan perkahwinan sejenis di negara ini, sekali gus menjadi negara pertama di rantau Asia Pasifik membenarkan undang-undang tersebut dilaksanakan.
Seramai 77 daripada 121 ahli Parlimen bersetuju untuk mengubah Akta Perkahwinan 1955 dengan membenarkan perkahwinan sejenis di New Zealand.
New Zealand menjadi negara ke-13 di dunia yang membenarkan perkahwinan sejenis, selepas Uruguay meluluskan undang-undang yang sama pada minggu lepas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130417/lu_15/New-Zealand-negara-terbaharu-lulus-perkahwinan-sejenis#ixzz2QjLGuV8L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

umno dan judi tak dapat dipisahkan

9 maut angkara serangan berani mati



PESHAWAR 17 April - Seramai sembilan orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di satu perhimpunan pra-Pilihan Raya Pakistan yang diadakan oleh penyokong parti anti-Taliban, di sini hari ini.
Serangan tersebut berlaku ketika ahli-ahli politik Parti Kebangsaan Awami (ANP) yang menentang pergerakan Taliban, mengadakan pertemuan dengan penyokong mereka di Peshawar.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit, namun pergerakan Taliban di Pakistan dikaitkan dengan serangan tersebut kerana pernah mengugut untuk menyerang ANP menjelang pilihan raya umum yang akan diadakan pada 11 Mei ini. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130417/lu_03/9-maut-angkara-serangan-berani-mati#ixzz2QjFXYxZh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Letupan bom tepi jalan, 7 penduduk awam terbunuh



KABUL 17 April - Tujuh penduduk awam terbunuh apabila van dinaiki mereka terkena bom yang ditanam di tepi jalan di bandar Shindad, wilayah Herat hari ini.
Jurucakap wilayah Herat, Mohidin Noori berkata, kejadian itu menyebabkan tiga lagi cedera.
"Kejadian itu angkara kumpulan militan Taliban. Wanita dan kanak-kanak antara yang maut dalam letupan tersebut," katanya.
Kejadian itu berlaku dua hari selepas sebuah traktor musnah akibat terkena bom di selatan Afghanistan yang mengorbankan tujuh orang, manakala empat cedera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130417/lu_14/Letupan-bom-tepi-jalan-7-penduduk-awam-terbunuh#ixzz2QjDycx36
© Utusan Melayu (M) Bhd 

pasti menang

Gelang Patah, Putrajaya antara kerusi panas




16 April 2013
Lim Kit Siang dan Abdul Ghani Othman
Lim Kit Siang dan Abdul Ghani Othman
ANALISIS - Dengan pengumuman senarai calon parti-parti politik hampir selesai, beberapa kerusi Parlimen termasuk Gelang Patah, Putrajaya dan Lembah Pantai dikenal pasti sebagai kerusi panas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini.

Kerusi Parlimen Gelang Patah yang bakal menyaksikan pertembungan dua 'otai' politik, iaitu Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan veteran DAP Lim Kit Siang pastinya menjadi tumpuan peminat politik tanah air.

Rata-rata berpendapat pertembungan dua tokoh itu ibarat pertandingan 'kalah mati' bagi karier politik masing-masing.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan rekod perkhidmatan Abdul Ghani sebagai menteri besar mahupun wakil rakyat merupakan salah satu elemen menjadi penanda aras kepada pertembungan di kerusi berkenaan.

"Abdul Ghani adalah supremo dan arkitek kepada pembangunan Johor, dan merupakan seorang yang amat popular di kalangan pengundi, berbanding veteran DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

"Semua pengundi termasuk pengundi Cina amat menghargai apa yang telah Abdul Ghani lakukan di Johor. Beliau (Abdul Ghani) adalah orang yang bertanggungjawab membangunkan Nusajaya dan Iskandar Malaysia di situ selain orang yang amat mengetahui selok-belok Johor berbanding Kit Siang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Nusajaya, adalah pusat pentadbiran baru Johor menempatkan kelompok industri dan logistik selatan, hab perubatan dan 'EduCity' atau bandar raya ilmu.

Kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi Tan Ah Eng daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 8,851 undi mengalahkan calon PKR Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, prospek kemenangan Abdul Ghani adalah tinggi dan adalah mustahil untuk orang yang banyak berjasa kepada negeri Johor ditolak mentah-mentah pengundi Parlimen Gelang Patah berbanding Kit Siang, penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur selama dua penggal sejak 2004, yang datang hanya mencari makan.

Katanya, pertandingan kali ini juga akan menentukan hidup mati karier politik kedua-dua calon tersebut.

Selain Parlimen Gelang Patah, turut mencuri tumpuan ialah kerusi Parlimen Putrajaya yang ditandingi penyandangnya selama dua penggal sejak 2004 iaitu Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Pencalonan Husam menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya motif penghijrahan beliau ke pusat pentadbiran kerajaan pusat itu, yang ditafsir ramai bertujuan 'mencuri' undi penjawat awam, selain dilihat sebagai calon berkemungkinan dilantik pakatan pembangkang sebagai perdana menteri, sekiranya berjaya ke Putrajaya.

Bagaimanapun Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Ahmad Atory Hussein berpandangan elemen kenegerian tidak mampu mempengaruhi undi penjawat awam yang nyata menyokong agenda pembangunan dan transformasi yang dilaksanakan BN, selain Tengku Adnan sendiri mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang.

"Sudah tentu, peluang Husam untuk memang di situ amat tipis apatah lagi beliau bukanlah muka yang dikenali pengundi di Putrajaya berbanding Tengku Adnan," katanya.

Turut menarik perhatian ialah kerusi Parlimen Lembah Pantai di mana penyandangnya yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang akan ditentang  Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Raja Nong Chik sepanjang perkhidmatannya sebagai menteri telah membangunkan Lembah Pantai menerusi pembangunan semula Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi, mewujudkan Skim khas pembelian rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL), tambahan tiga laluan Aliran Transit Massa (MRT), Kompleks Perpustakaan 1Malaysia yang memanfaatkan lebih 20,000 penduduk di sekitar Lembah Pantai.

Juga menarik untuk diperhatikan ialah pertembungan di kerusi Parlimen Shah Alam antara penyandangnya iaitu Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor Khalid Samad dan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Nordin.

Penampilan Zulkifli, penyandang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu sebagai calon rakan BN nyata mengejutkan banyak pihak.

Zulkifli yang mempunyai latar belakang perundangan dan banyak menjuarai isu-isu agama dilihat saingan terbaik untuk menentang Khalid, yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai isu kontroversi termasuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam selain gagal melaksanakan janjinya untuk menutup kilang arak di Selangor. - Bernama

Allah bersamamu PAS

umno parti fitnah

bersatu jatuhkan umno

umno samseng

Puak umno pasang bendera dalam laman rumah orang.. owner tu buang.. pastu puak2 umno serang dia..pukul dia..

apa ni?

He was beaten up by people who were wearing 1-Malaysia shirts just because he removed the 1-Malaysia flags IN HIS HOUSE COMPOUND.
Update: There was another 24-year-old victim being beaten up in this incident. But he was "compromised" with the 1-Malaysia group later on.
 

jambu

Berjuang demi menegakkan agamamu

PRU13: Senarai calon BN Pulau Pinang



Reezal Merican Naina Merican
Calon-calon BN yang bertanding di kawasan Kepala Batas selepas pengumuman calon BN Pulau Pinang bagi PRU13 hari ini. - Foto Bernama
Loo Jieh Sheng
Calon BN Loo Jieh Sheng (tengah) yang akan bertanding kerusi Dun Air Itam bersama calon-calon BN negeri selepas pengumuman calon-calon BN Pulau Pinang di Georgetown hari ini. -
BERIKUT senarai calon BN bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang diumum Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow hari ini.


PARLIMEN

Kepala Batas: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno - muka baharu)
Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (Umno)
Bagan: Chua Teik Siang (MCA)
Permatang Pauh: Dr Mazlan Ismail (Umno - muka baharu)
Batu Kawan: N.Gobalakrishnan (Gerakan - muka baharu)
Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA)
Nibong Tebal: Datuk Zainal Abidin Osman (Umno)
Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan - muka baharu)
Tanjong: Ng Song Kheng (Gerakan - muka baharu)
Jelutong: Ng Fook On (Gerakan)
Bukit Gelugor: Teh Beng Yeam (MCA)
Bayan Baru: Tang Heap Seng (MCA)
Balik Pulau: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

KERUSI NEGERI

Penaga: Mohd Zain Ahmad (Umno - muka baharu)
Bertam: Shariful Azhar Othman (Umno - muka baharu)
Pinang Tunggal: Datuk Roslan Saidin (Umno)
Permatang Berangan: Omar Abdul Hamid (Umno - muka baharu)
Sungai Dua: Muhamad Yusoff Mohd Noor (Umno - muka baharu)
Telok Air Tawar: Datuk Jahara Abdul Hamid (Umno)
Sungai Puyu: Sum Yoo Keong (MCA)
Bagan Jermal: Tan Chuan Hong (MCA)
Bagan Dalam: M.Karuppanan (MIC - muka baharu)
Seberang Jaya: Mohamad Nasir Abdullah (Umno - muka baharu)
Permatang Pasir: Anuar Faisal Yahaya (Umno - muka baharu)
Penanti: Ibrahim Ahmad (Umno - muka baharu)
Berapit: Lau Chiek Tuan (MCA)
Machang Bubuk: Tan Lok Heah (Gerakan)
Padang Lalang: Tan Teik Cheng (MCA)
Perai: L. Krishnan (MIC - muka baharu)
Bukit Tengah: Teng Chang Yeow (Gerakan)
Bukit Tambun: Lai Chew Hock (Gerakan)\
Jawi: Tan Cheng Liang (MCA)
Sungai Bakap: Mohd Foad Mat Isa (Umno)
Sungai Acheh: Datuk Mahmud Zakaria (Umno)
Tanjung Bungah: Chia Kwang Chye (Gerakan)
Air Putih: Tan Ken Keong (MCA - muka baharu)
Kebun Bunga: Hng Chee Wey (Gerakan - muka baharu)
Pulau Tikus: Rowena Yam (Gerakan - muka baharu)
Padang Kota: Oh Tong Keong (Gerakan - muka baharu)
Pengkalan Kota: Loke Cheng Gin (MCA - muka baharu)
Komtar: Loh Chye Teik (MCA - muka baharu)
Datok Keramat: Ong Thean Lye (Gerakan)
Sungai Pinang: Thor Teong Gee (Gerakan)
Batu Lanchang: Lee Boon Ten (Gerakan)
Sri Delima: Low Joo Hiap (MCA - muka baharu)
Air Itam: Loo Jieh Sheng (Gerakan - muka baharu)
Paya Terubong: Koh Wan Leong (MCA)
Batu Uban: Goh Kheang Sneah (Gerakan)
Pantai Jerejak: Wong Mun Hoe (Gerakan)
Batu Maung: Mansor Musa (Umno)
Bayan Lepas: Nordin Ahmad (Umno - muka baharu)
Pulau Betong: Muhamad Farid Saad (Umno)
Teluk Bahang: Shah Headan Ayoob Hussain Shah (Umno - muka baharu)

- Bernama

Samseng politik meningkat



Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan aktiviti samseng politik akan meningkat sepanjang tempoh kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ini berikutan laporan diterima PDRM sejak beberapa hari lalu menjurus kepada gejala yang tidak sihat sedang berlaku di beberapa negeri membabitkan samseng politik.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, berkata setakat ini pihaknya menerima dua laporan membabitkan samseng politik yang masing-masing berlaku di Perak dan Selangor, kelmarin.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi di Seri Iskandar, Perak, kelmarin sebuah markas parti politik dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab, manakala di Klang, sebuah rumah dibaling bom petrol.

Samseng politik

“Pihak polis masih menyiasat kedua-dua kes berkenaan dan tidak menolak ia ada kaitan dengan samseng politik,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini semalam.

Beliau berkata, samseng politik sama ada mereka diupah mahupun disebabkan faktor ketaksuban terhadap parti masing-masing tidak sepatutnya bertindak sehingga mencetus keganasan kerana mereka terikat dengan undang-undang negara.
“Samseng politik ini yang mewakili mana-mana parti politik perlu ingat bahawa undang-undang bukan berada di tangan mereka,” katanya.

Tidak berceramah berbaur hasutan

Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap ahli politik agar tidak berceramah berbaur hasutan serta menyentuh sensitiviti kaum dan agama sehingga boleh membangkitkan perasaan kebencian sepanjang tempoh berkempen.

Ramli berkata, setiap ahli politik dan penceramah yang mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya sewajarnya berkempen secara berhemah dan menerangkan apa yang mereka akan laksanakan kepada rakyat melalui manifesto parti masing-masing.

Sementara itu, PDRM memberi amaran kepada semua parti politik yang bertanding agar tidak memasang bendera parti atau menampal poster calon yang akan bertanding pada PRU13 di kawasan balai polis.

“Kami (PDRM) adalah berkecuali dan tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana parti politik,” katanya.

3 menteri gugur

3 menteri gugur
-Seorang lagi menteri, MB Perlis tak bertanding
  • 4 timbalan menteri tak dicalon

    Kuala Lumpur: Empat menteri serta empat timbalan menteri sah tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selepas Barisan Nasional (BN) negeri menamakan calon mereka semalam.Tiga menteri yang digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. 



    Undur diri

    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pula membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.

    Timbalan Menteri yang digugurkan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Jelaing Mersat; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu.
    Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu tidak akan mempertahankan DUN Bintong, manakala Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah bagi menentang pemimpin DAP, Lim Kit Siang manakala Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula bertanding di Parlimen Bukit Katil.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berpindah ke kerusi DUN Permas, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir pula berpindah ke DUN Ayer Hitam manakala Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dipertaruhkan di DUN Sungai Udang.

    Perpindahan kerusi tiga Ahli Parlimen itu menguatkan lagi spekulasi bahawa tiga pemimpin terbabit adalah calon Menteri Besar dan Ketua Menteri jika BN berjaya memenangi negeri berkenaan.

    Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN mencalonkan 33 peratus muka baru di kerusi Parlimen dan 49 peratus muka baru bagi kerusi DUN dan menamakan barisan calon BN kali ini pasukan transformasi BN.

    Najib berkata, langkah BN meletakkan muka baru pada pilihan raya kali ini bertujuan memenuhi kehendak dan harapan pengundi yang mahu melihat BN bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan secara menyeluruh.

    Pertandingan tumpuan

    Sementara itu, PRU kali ini juga menyaksikan pertandingan sengit di beberapa kawasan Parlimen membabitkan nama besar dalam arena politik tanah air dan bakal menjadi tumpuan rakyat.

    Pertandingan tumpuan antaranya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon BN yang juga bekas Pengarah PRU PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail (Permatang Pauh); Abdul Ghani dan Kit Siang (Gelang Patah); Tan Sri Isa Samad dan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Jempol); calon rakan BN, Datuk Zulkifli Noordin dan Khalid Samad (Shah Alam); Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai); Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Husam Musa (Putrajaya). 

    Antara calon yang diberi kepercayaan bertanding semula walaupun kalah pada pilihan raya lalu ialah Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di Parlimen Ketereh manakala Datuk Othman Abdul yang dua kali PRU tidak bertanding dipertaruhkan di Parlimen Pendang.
  • Parlimen Pasir Mas tiga penjuru

    Parlimen Pasir Mas tiga penjuru
    Ibrahim disambut oleh penyokongnya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa. - Foto Shahuri Awang

     Kota Bharu: Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas.

    Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) itu berkata, keputusan itu dibuat kerana rakyat mahu beliau mempertahankan kerusi Pasir Mas.
    “Saya juga perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan agenda perjuangan Melayu dan Islam.


    “Saya akan bertanding di peringkat Parlimen dan mungkin juga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pasir Mas iaitu Tendong, Chetok atau Pengkalan Pasir,” katanya di sini, semalam.

    Walaupun BN tidak mencalonkannya, Ibrahim berkata, beliau tetap berterima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dan menyeru ahli PERKASA supaya memberi sokongan penuh kepada BN.

    Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengumumkan senarai calon BN di Kelantan semalam, menamakan Che Johan Che Pa daripada UMNO bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas.

    Musharraf tak layak tanding



    Peshawar: Hakim Pakistan semalam memutuskan bekas Presiden Pervez Musharraf tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, tamparan hebat kepada bekas pemerintah tentera itu yang baru kembali dari hidup dalam buangan untuk membuat kemunculan semula dalam arena politik, kata peguam.

    Seminggu lalu, hakim di daerah Chitral yang terpencil di utara memberikan kebenaran kepada Musharraf untuk bertanding dalam pilihan raya 11 Mei ini, walaupun beliau tidak layak di daerah lain kerana menggantung Perlembagaan dan memecat hakim kanan ketika masih berkuasa.

    Peguam mencabar keputusan di Chitral dan tribunal rayuan tiga anggota semalam menidakkan kelayakan Musharraf untuk bertanding di daerah itu, kata dua daripada tiga peguam yang membangkitkan bantahan berkenaan, Taufiq Asif dan Rao Abdur Rahim. - AP

    Bersaing cipta jam pintar



    Gergasi perisian, Microsoft menyertai usaha Apple, Samsung dan LG membangunkan jam pintar.

    Syarikat itu sedang bekerjasama mewujudkan rekaan untuk peralatan skrin sentuh jam tangan, lapor Wall Street Journal (WSJ).

    Eksekutifnya berkata, pada awal tahun ini, Microsofot meminta pembekal Asia untuk menghantar peranti peralatan yang ada potensi menghasilkan jam tangan.

    Khabar angin bahawa pesaing Microsoft membangunkan jam pintar juga tersebar online.

    Sumber di dalam ibu pejabat Apple di Cupertino, California mengesahkan Februari lalu bahawa syarikat itu sedang menghasilkan jam tangan dibuat dengan kaca melengkung.

    Eksekutif Samsung bulan lalu berkata, gergasi elektronik Korea itu sudah lama cuba menyiapkan jam baru. - AGENSI

    Seoul kena minta maaf



    Pyongyang marah protes anti Korea Utara di negara jiran

    SEOUL: Korea Utara menuntut Korea Selatan meminta maaf kerana membiarkan protes anti-Pyongyang diadakan ketika ia menyambut ulang tahun pengasasnya atau ia akan mengambil tindakan balas.
    Agensi berita KCNA melaporkan, tentera Korea Utara mengeluarkan kata dua kepada Korea Selatan selepas potret pemimpin negara itu dibakar dalam beberapa perarakan anti-Pyongyang, kelmarin.
    “Tindakan balas kami akan dilancarkan tanpa sebarang kenyataan selepas ini” Kenyataan tentera Korea Utara

    “Tindakan balas kami akan dilancarkan tanpa sebarang kenyataan selepas ini,” lapor KCNA yang memetik pemimpin tentera.

    Media Korea Selatan melaporkan, beberapa bantahan kecil berlangsung di Seoul dan sebuah stesen televisyen menyiarkan tindakan beberapa penunjuk perasaan membakar gambar pemimpin Korea Selatan, Kim Jong-un.

    Pada masa sama, ada beberapa lagi protes lain yang menggesa dua negara itu mengadakan rundingan.

    Korea Utara mengancam melancarkan serangan nuklear terhadap Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun selepas dikenakan sekatan baru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
    Sekatan itu diluluskan selepas Pyongyang melakukan satu lagi ujian nuklear, Februari lalu.

    Pyongyang juga marah dengan latihan tentera tahunan Amerika dan Korea Selatan yang disifatkannya tindakan bertujuan mencetuskan konflik.
    Amerika menghantar pesawat halimunan B52 dan B2 menyertai latihan tentera bersama itu.

    Selain memberi amaran, KCNA juga tidak menolak kemungkinan mengadakan dialog.
    “Jika kerajaan boneka benar-benar mahu berunding, mereka patut meminta maaf terhadap semua perbuatan mencetuskan permusuhan terhadap Korea Utara dan menghentikan tindakan itu selepas ini,” lapor KCNA memetik tentera.

    Seorang jurucakap Kementerian Luar Korea Selatan dalam satu taklimat berkata, kata dua Korea Utara itu tidak perlu dilayan dan Seoul menunggu Pyongyang membuat keputusan bijak. - REUTERS

    Naik MRT percuma


    Singapura: Singapura semalam mencadangkan rancangan untuk menyediakan pengangkutan percuma ketika waktu puncak setiap pagi bagi mengurangkan kesesakan di rangkaian transit aliran massanya.

    Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA), mereka akan memulakan percubaan selama setahun mulai 24 Jun ini.


    Kenyataan LTA menyebut, penumpang yang menaiki kemudahan Metro ke 16 destinasi terpilih sebelum jam 7.45 pagi tidak dikenakan bayaran.


    “Pengguna yang tiba di stesen di antara 7.45 pagi dan 8 pagi akan diberi diskaun sehingga 50 sen (RM1.23) daripada harga asal tiket,” kata agensi itu.


    Harga tiket di Singapura ditentukan bergantung kepada jarak perjalanan masing-masing di antara 83 sen (RM2.04) hingga (RM4.79).


    Menurut LTA, pelan itu dibuat untuk menggalakkan orang ramai yang mampu dan mahu membuat perubahan jadual perjalanan harian ke tempat kerja sebelum tiba waktu puncak. “Ia sebahagian daripada usaha kerajaan cuba mengurangkan kesesakan pada setiap pagi hari bekerja dalam tempoh jangka pendek,” katanya.

    Masalah kesesakan di rangkaian pengangkutan awam Singapura menimbulkan kemarahan orang ramai dan sesetengah daripada mereka menyalahkan kerajaan tidak berusaha secukupnya mengawal jumlah pekerja warga asing di negara itu.


    Selain masalah pengangkutan, kebanjiran warga asing juga didakwa mengecilkan peluang pekerjaan dan perumahan untuk warga Singapura.

    Kemarahan itu berlarutan sehingga pilihan raya umum pada 2011 apabila parti pemerintah memperoleh jumlah undi paling rendah dalam sejarah 50 tahun ia memerintah. - AFP

    2 pemimpin Abu Sayyaf cedera



    Manila: Dua pemimpin kumpulan Abu Sayyaf termasuk seorang daripadanya berada dalam senarai individu paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI) cedera, tetapi berjaya melarikan diri dalam serangan tentera di selatan Filipina, kata pihak berkuasa semalam.

    Serangan itu, kata pegawai tentera, membunuh lapan militan dan membolehkan pihak berkuasa merampas kubu serta bahan letupan kumpulan terabit.


    Komander briged tentera Filipina Carlito Galvez berkata, lebih 100 anggota tentera menyerang kawasan persembunyian Abu Sayyaf di bandar Tipo Tipo, Basilan.

    Katanya, tentera memburu dua pemimpin kumpulan itu, Isnilon Hapilon dan Puruji Indama, tetapi kedua-dua mereka melarikan diri. Sekurang-kurangnya tiga anggota tentera cedera dalam pertempuran awal dan dua pertempuran susulan dengan 30 pejuang Abu Sayyaf.


    Selepas menawan kubu militan terbabit, kata Galvez, tentera menemui bahan mentah untuk membuat bom, selain komponen raifal penembak curi. Washington menawarkan habuan sebanyak AS5 juta (RM15 juta) bagi menahan atau membunuh Isnilon yang dituduh terbabit dalam serangan bom maut, penculikan dan pembunuhan tebusan termasuk warga Amerika Syarikat. - AP

    ini kalilah

     

    PBB mahu hantar misi pengaman di Mali


    PARIS - 15 negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), semalam mengadakan pertemuan untuk membincangkan resolusi bagi meluluskan pembentukan pasukan pengaman PBB di Mali pada 1 Julai depan.

    Draf resolusi Minusma yang dirangka oleh Perancis itu diharap dapat dikuatkuasakan menjelang akhir bulan ini.

    Menurut pegawai kanan PBB, operasi di negara tersebut bakal menjadi misi pengaman keempat terbesar dan kos keseluruhannya mencecah AS$800 juta (RM2.4 bilion) setahun.

    Pada masa ini, Perancis sudah mula memanggil pulang 4,000 tenteranya dari Chad secara berperingkat selepas negara itu campur tangan untuk menyelesaikan konflik di Mali pada Januari lalu. - Al-Jazeera

    China kritik AS


    China kritik AS
    China mendedahkan pengukuhan AS di rantau Asia bakal menggugat kestabilan serantau.
    BEIJING - Dalam satu usaha terbaru mempertahankan negara, China mengeluarkan menyelar Amerika Syarikat (AS) sebagai penyahstabil negara di rantau Asia Pasifik berikutan tindakan mengukuhkan hubungan ketenteraan dan bekalan senjata ke kawasan terlibat, semalam.

    Lapor Kementerian Pertahanan, pivot atau dasar AS yang bertentangan dengan aliran serantau di Asia telah menimbulkan ketegangan dalam negara terlibat.

    "Sebahagian usaha yang diketengahkan oleh AS menerusi agenda ketenteraan, kedudukan tentera dan mengukuhkan perhubungan, tidak sejajar dengan keadaan negara Asia sekali gus ia menggantung kestabilan dan keamanan rantau ini," kata jurucakap kementerian, Yang Yujun pada lapran AP.
    Pada masa yang sama, China turut mengkritik tindakan Washington yang menambah bilangan kapal dan kakitangannya ke Asia bagi tujuan mengeratkan hubungan rakan sekutu membabitkan Jepun, Korea Selatan dan Filipina.
    Sementara itu, hubungan ketenteraan AS dengan Korea Selatan dan Jepun dilihat semakin rapat berikutan isu bencana alam serta ancaman serangan Korea Utara.

    Kementerian Pertahanan China bagaimanapun, terpaksa mengurangkan kebimbangannya terhadap kenaikan lebih 500 membabitkan perbelanjaan mempertahankan negara sejak 14 tahun lalu.

    Hakim Somalia perlu perlindungan



    NAIROBI - Hakim dan barisan peguam Somalia dilapor memerlukan perlindungan ketat bagi mengelak terkena serangan militan berkaitan al-Qaeda, semalam pada laporan Reuters.

    Kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan berpangkalan berkata, tahap keselamatan barisan pelaksana undang-undang itu perlu dipertingkatkan sejurus serangan bom yang menyasarkan kompleks mahkamah Mogadishu yang mengorbankan 30 orang pada minggu lalu.

    Dedah aktivis, di sebalik insiden berdarah membabitkan konflik kumpulan pemberontak, tentera kerajaan dan pasukan pengaman Afrika yang menyebabkan ratusan orang awam terbunuh pada 2011 adalah satu kesalahan yang melanggar undang-undang peperangan antarabangsa.

    Korea Utara: Kami boleh serang bila-bila masa



    16 April 2013
    PYONGYANG - Ketegangan di Semenanjung Korea meningkat susulan kenyataan Korea Utara yang menegaskan pihaknya tidak akan memberi sebarang tanda amaran sebelum menyerang Korea Selatan.

    “Kami akan bertindak bila-bila masa dari sekarang tanpa sebarang amaran,” kata Pyongyang dalam satu kenyataan kepada media tempatan, hari ini.

    Korea Utara berkata, mereka akan bertindak balas ekoran penghinaan pihak Korea Selatan yang mendakwa terdapat satu  perhimpunan menentang Korea Utara di Seoul.

    Ancaman itu datang sehari selepas Korea Utara meyambut ulang tahun kelahiran pengasas negara mereka, kim II Sung yang melancarkan Perang Korea.

    Semalam, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menggesa Pyongyang menghentikan program nuklear mereka jika mahu mengadakan perbincangan.

    Pemain piano Turki hina Islam



    WARTAWAN SINAR HARIAN
    17 April 2013
    Pemain piano Turki hina Islam
    Fazil Say mempermainkan beberapa amalan yang dipraktikkan dalam Islam.
    ANKARA - Pemain piano  bertaraf dunia dari Turki, Fazil Say dihukum penjara 10 bulan kerana menghina nilai-nilai Islam.

    Mahkamah Istanbul mensabitkan kesalahan terhadap Say selepas beliau merendahkan martabat agama Islam menerusi beberapa komen yang dimuat naik ke laman Twitternya.

    Say, 43, yang bekerja dengan New York Philharmonic, Berlin Symphony dan beberapa orkestra lain bertaraf dunia, turut mempermainkan pemimpin agama dan amalan dalam Islam.

    Peguam Say, Meltem Akyol berkata, pihaknya tidak menjangkakan anak guamnya dijatuhi hukuman penjara namun menyedari tindakan Say melanggar undang-undang Turki.

    Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan pembebasan Say dengan pengawasan agar beliau tidak mengulangi kesalahan sepanjang tempoh lima tahun.

    Sebelum ini, Say dihukum penjara selama 12 bulan namun mengurangkan kepada 10 bulan kerana bersikap baik.  - Reuters

    Mubarak kekal dipenjarakan



    Hosni Mubarak
    Hosni Mubarak
    KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, kelmarin kekal dipenjarakan walaupun hakim mengarahkan beliau dibebaskan secara ikat jamin.

    Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Jenayah Kaherah selepas mendapati beliau terlibat dengan tiga pertuduhan baru termasuk rasuah.

    Jun lalu, Mubarak, 84, bersama bekas Meteri Dalam Negeri, Habib al-Adli dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa bersubahat mengarahkan pembunuhan ke atas penunjuk perasaan pada 2011.

    Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan perbicaraan semula dijalankan, namun ia tertangguh selepas salah seorang hakim menarik diri dari kes tersebut, Sabtu lalu. - AFP

    Israel sedia serang Iran tanpa bantuan negara asing



    BAITULMUQADDIS - Tentera Israel berupaya menyerang Iran bersendirian tanpa bantuan beberapa buah negara asing, dakwa ketua tentera negara tersebut, Benny Gantz dalam satu wawancara radio sempena ulang tahun ke-65 penubuhan negara Yahudi itu.
    Ditanya sama ada tentera Israel boleh menyerang Iran tanpa sokongan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Gantz menjawab: "Ya, sudah tentu. Kami memiliki rancangan dan apabila masanya sudah tiba, kami akan putuskan sama ada bakal mengambil tindakan ketenteraan ke atas Teheran."
    Komen Gantz itu mengulangi kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada awal bulan ini yang menyatakan bahawa Israel tidak akan menyerahkan nasibnya ke tangan negara-negara lain termasuk negara sahabatnya.
    Israel yang percaya Iran sedang membangunkan keupayaan senjata nuklear tidak menolak akan melancarkan serangan tentera.
    Serangan itu dilakukan dengan tujuan untuk menghalang Iran mengeluarkan senjata nuklear.
    Pada bulan lalu, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyatakan, negaranya akan memusnahkan bandar Israel termasuk Tel Aviv dan Haifa jika rejim Zionis melancarkan serangan.
    Iran yang berulang kali menafikan ia sedang menghasilkan senjata nuklear memberitahu, program nuklearnya digunakan untuk tujuan menjana tenaga elektrik dan perubatan. - AFP


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2QfPmNiO2 
    Hakcipta terpelihara 

    Korea Utara sekali lagi ancam serang Korea Selatan




    GAMBAR fail menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan membakar patung-patung bekas pemimpin dan pemimpin terkini Korea Utara di Seoul kelmarin.


    SEOUL - Tentera Korea Utara semalam mengancam akan melancarkan tindak balas yang membawa kemusnahan besar ke atas Korea Selatan.
    Bagaimanapun, tindak balas itu tidak akan berlaku jika Korea Selatan meminta maaf ekoran tindakan para penunjuk perasaan yang membakar patung pengasas negara tersebut.
    Para penunjuk perasaan itu membakar patung pengasas negara komunis Korea Utara, Kim Il-sung.
    Mereka juga membakar patung anak Il-sung, Kim Jong-il dan pemimpin negara itu ketika ini, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an.
    Tunjuk perasaan itu diadakan pada Isnin lalu yang dihadiri oleh 40 orang.
    Ia diadakan ketika Korea Utara meraikan ulang tahun kelahiran Il-sung yang juga datuk kepada Jong-un.
    "Tindak balas kami akan bermula tanpa sebarang notis," kata kenyataan yang dikeluarkan Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea Utara.
    Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan, kata dua Korea Utara itu amat dikesali dan ia berjanji untuk turut bertindak balas terhadap sebarang serangan. Ketegangan di Semenanjung Korea ketika ini meningkat selepas Korea Utara membuat ancaman untuk menyerang Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).
    Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan sekatan barang mewah ke atas Korea Utara selepas negara tersebut melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.
    Amaran terbaharu itu dikeluarkan sehari selepas Setiausaha Negara AS, John Kerry menamatkan lawatannya ke negara-negara Asia Timur yang bertujuan untuk meredakan ketegangan ketenteraan di Semenanjung Korea.
    Kerry juga berusaha meminta China untuk bertindak meredakan ketegangan kerana Korea Utara merupakan sekutu utamanya. - Agensi

    sampah berkumpul bersama sampah....

    PASti menang....

    Sokongan  PAS walaupun pemimpin-peminpin PAS di fitnah lucahkan oleh macai-macai UMNO. UMNO selama ini bertahan dekat Malaysia kerana kerja keras mereka menfitnah orang jah..