Wednesday, August 19, 2015

Komplot sasar 37 Ahli Parlimen BN – Zahid


Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua UMNO Bahagian Jempol, Senator
Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua UMNO Bahagian Jempol, Senator Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif bersalam dengan perwakilan UMNO bahagian ketika merasmikan penutup majlis persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jempol di Dewan Besar Pejabat Tanah dan Daerah Jempol, Negeri Sembilan, semalam. Utusan/SAJIDA ASARULAH KHAN
JEMPOL 16 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mempunyai bukti mengenai komplot menggulingkan kerajaan iaitu dokumen akuan bersumpah yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, dokumen itu juga disiapkan untuk ditandatangani oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang dan satu daripada Bebas.
“Bukti yang ada pada saya adalah bukti surat aku janji (akuan bersumpah) disiapkan untuk ditandatangani, bukan sahaja oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang, satu daripada Bebas dan mereka mensasarkan 37 daripada Ahli Parlimen BN. Saya tidak akan biarkan hal ini terjadi,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jempol di sini hari ini.
Dalam ucapannya itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO memberi amaran kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa beliau sengaja mereka cerita komplot menggulingkan kerajaan serta kewujudan dokumen akuan bersumpah.
“Mahfuz jangan celupar. Jaga baik-baik mulut. Jangan buat analisis sendiri. Saya ada bukti, saya ada dokumen mengenai kamu (Mahfuz). Kalau saya hendak ambil tindakan, boleh. Jangan cabar saya.
“Saya tahu hendak buat macam mana. Saya bukan menyalahgunakan kuasa, tetapi jangan mempertikaikan kemampuan Kementerian Dalam Negeri dalam memperoleh maklumat yang sahih dan sah. Ini bukan soal politik yang boleh dianalisis dan dipertikaikan,” tegasnya.
Terdahulu semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tampin di Dewan Bandaran Tampin, Zahid berkata, pemimpin UMNO yang berhasrat bergabung dengan Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan serta menjatuhkan pemimpin negara kini telah kembali sedar daripada hasutan dahsyat itu.
Katanya, pemimpin terlibat itu dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 6 petang ini bagi menjelaskan pendirian mereka.
“Saya tegaskan maklumat yang saya peroleh ini adalah sahih, bukan maklumat tepi jalan. Maklumat ini saya peroleh daripada individu yang hadir dalam mesyuarat itu sendiri,” jelasnya.
Zahid berkata, jika beliau tidak timbulkan perkara itu, lebih ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan ‘dibeli’ untuk tujuan tersebut.
“Saya timbulkan perkara itu kerana saya ada bukti. Kalau saya tidak lakukan dari sekarang, mungkin lebih ramai Ahli Parlimen BN telah dibeli dengan menandatangani aku janji tersebut,” tegasnya.
Zahid berkata, memang ada rancangan meminta Ahli Parlimen BN supaya ‘menyeberang’ dan bersama dengan pembangkang melalui cara menandatangani surat akuan bersumpah untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.
“Ya, saya kenal siapa peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak perlu sebut nama peguam itu, (dia) bukan peguam kita.
“Saya tidak boleh sebut nama, tetapi maklumat dan rancangan jahat itu adalah betul. Ini bukan cubaan, tetapi ini adalah betul-betul,” jelasnya.
Katanya lagi, beliau tidak perlu mendedahkan individu yang terlibat kerana orang berkenaan akan timbul dengan sendirinya kelak.
Sambil merujuk kepada kisah Abu Nawas yang mencuri wang dan menanamnya tetapi meletakkan tanda ‘tidak ada wang di sini,’ Zahid menjelaskan, walaupun beliau tidak pernah menyebut nama individu dalam rancangan tersebut tetapi telah ada penafian yang dibuat.
“Saya tidak pernah suruh sesiapa menafikan, baguslah kalau tidak terlibat,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/komplot-sasar-37-ahli-parlimen-bn-8211-zahid-1.125252#sthash.xKWUTo0B.dpuf

Sarawak Report ‘serang’ Shahrir


KUALA LUMPUR 16 Ogos – Ketegasan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berhubung serangan media asing terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion turut menjadikan beliau mangsa serangan portal Sarawak Report.
Shahrir Abdul Samad
Portal berkenaan mendedahkan Shahrir yang juga Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Johor Bahru menerima RM1 juta daripada Najib.
Selain beliau, turut di ‘viral’ menerima dana daripada Presiden UMNO ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Pu­teri UMNO.
Shahrir dalam pen­jelasannya kepa­da BNBBC.my ba­gai­­manapun tidak m­e­nafikan me­minta bantuan daripada Najib.
“Kepada siapa lagi harus saya meminta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian kalau bukan dari Presi­den parti sendiri,” katanya ketika mengulas laporan portal yang menjadi viral sejak semalam itu.
Menurut Shahrir, beliau sentiasa bersedia bekerjasama untuk menjelaskan penggunaan wang itu dengan pihak penyiasat sekiranya diminta berbuat demikian.
Katanya, bantuan Presiden parti kepada mana-mana bahagian adalah lumrah terutama bahagian yang tidak mempunyai dana.
“Itu menjelaskan duit yang di­terima Presiden parti adalah untuk kegunaan parti,” jelasnya.
Mengenai kemungkinan apa yang berlaku adalah kerana kelantangan beliau mempertahankan kerajaan dan pemimpin terutama dalam isu 1MDB, Shahrir berkata, tindakan itu selaras dengan pera­nan BNBBC.
“Tak kan saya nak menghukum sesiapa berasaskan laporan media terutama media asing. Saya kena pertahan proses dan institusi sedia ada,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/sarawak-report-8216-serang-8217-shahrir-1.125262#sthash.o4341cGH.dpuf