Monday, July 2, 2012

UMNO's checklist before GE13................

Kerajaan cekik rakyat patut dihapuskan

Ref/Source: https://twitter.com/intent/user?screen_name=Khalid_Ibrahim

1Malaysia, semua boleh!!!

I Know What You Did Last Summer

SAHAM FELDA (FGVH) di BURSA MALAYSIA Yeahhhh! Peneroka dapat Durian Gugur pulak:-

SAHAM FELDA (FGVH) di BURSA MALAYSIA
Yeahhhh! Peneroka dapat Durian Gugur pulak:-

1. Louis Dreyfus (Sykt Yahudi) - 91,204,000 saham
2. Tan Sri Samad – 180,000 unit saham
3. Sabri Ahmad – 180,000 unit saham
4. Dr Omar Salim – 150,00 unit saham
5. Dr. Emir – 150,000 unit saham
6. Peneroka Felda - 800 unit saham jer? Kesian

Bijak...Bijak...hehehe!
Lawak ker der???
 

kroni didahulukan, rakyat dikorbankan.....

Najib Tun Razak Tidak Berani Membubarkan Parlimen

PAS Perlu Hentikan HIMPUNAN HIJAU Dengan Segera!!! Ini Kerana Semakin Kerap HIMPUNAN HIJAU Diadakan, Semakin Banyak Dan Semakin Hebatlah Sambutan Rakyat Kepada PAS Dan Selama Itulah DS Najib Tun Razak Tidak Berani Membubarkan Parlimen Sehingga Detik-Detik Terakhir Yang Bakal Menyaksikan Parlimen Terbubar Dengan Sendirinya..:-)

MP ni memang kaki penjilat, kaki ampu, kuda tunggangang umno....

KENAPA NAJIB JADI MENTERI WANITA



adalah difahamkan
minggu ini para wartawan
dari media terutama media china
telah mula heboh

para wartawan telah difahamkan tentang
sebab musabab najib mengambil alih
kementerian wanita dari shahrizat?

mereka terperanjatt besar
mereka menggeleng kepala
mereka diberi amaran jangan lapor

sebab apa najib ambil alih?

kerana belanjawan permata
termasuk dalam jagaan kementerian wanita
permata adalah ngo rosmah mansor

adalah difahamkan belanjawan permata
hingga ke hari ini tunggang langgang
lebih hodoh dari belanjawan sukom98
yang sampai hari ini belum di audit

belanjawan permata tunggang terbalik
najibah jadi menteri untuk
memastikan cerita hal duit
dalam kementerian wanita
ini tidak diketahui umum

malah jika muhyiddin dapat cium
besar kemungkianan data belanjawan ini
akan sampai ke tangan rafizi




NOTA:
cuba fikir dari mana rafizi
dapat dokumen tentang lrt ampang
sila teka siapa yang bocorkan
sila teka siapa yang beri semua dokumen pada rafizi
kah kah kah

utusan fitnah lagi

Menurut Kit Siang selaku Ketua Parlimen DAP, tulisan pojok yang tidak berfakta, tidak bertanggungjawab serta menampilkan kedangkalan penulis itu adalah bohong dan fitnah semata-mata.

“Saya tidak pernah sekali pun terlibat dengan PAP dalam tempoh saya memegang jawatan sebagai wartawan di Singapura dari tahun 1961-1964, walau pun saya aktif dalam Singapore National Union of Journalists, sebagai Setiausaha Agung pada 1962-1963.

See more : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/07/utusan-fitnah-lagi-kit-siang-tidak.html

Mahu tahanan ISA bebas

Mahu tahanan ISA bebas - Perak - Sinar Harian:

GMI berkumpul secara aman bagi menuntut supaya tahanan ISA dibebaskan kerana akta berkenaan sudah di
GMI berkumpul secara aman bagi menuntut supaya tahanan ISA dibebaskan kerana akta berkenaan sudah dimansuhkan pada 15 September 2011.
TAIPING - Kira-kira 40 ahli kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan demonstrasi aman di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta), semalam.

Perhimpunan yang berlangsung hampir satu jam itu menuntut pihak berkenaan membebaskan tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana akta berkenaan sudah dimansuhkan.

Perhimpunan tersebut turut disertai keluarga tahanan yang masih ditahan di dalam kem berkenaan.

Ahli GMI, Laila Othman, 40, berkata, 15 anak guamnya masih di dalam tahanan bersama 30 lagi tahanan lain.

Menurutnya, GMI meminta 45 tahanan tersebut dibebaskan segera dan menuntut supaya tidak berlaku penderaan serta diberikan layanan sewajarnya.

“Benarkanlah ahli keluarga melawat tahanan dan saya berharap tiada penderaan berlaku sepanjang tahanan berada di kem tersebut,”katanya.

Seorang lagi ahli GMI, Aliza Jaafar, 50, berkata, jika mendapati tahanan benar-benar bersalah, pihak berkenaan boleh mendakwa mereka.

Katanya, sebagai wakil isteri tahanan, dia kecewa kerana tidak dibenarkan melawat suami sedangkan untuk datang ke Kemta Kamunting memerlukan kos yang banyak.

“Sepatutnya setelah ISA dimansuhkan pada 15 September 2011, maka tahanan juga hendaklah dibebaskan,” katanya.

Bersih: Anwar dan Azmin hadapi tuduhan baru

Bersih: Anwar dan Azmin hadapi tuduhan baru - Semasa - Sinar Harian:

Bersih: Anwar dan Azmin hadapi tuduhan baru
Badrul Hisham - Anwar - Azmin
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; timbalan presidennya Azmin Ali dan seorang lagi pemimpinnya, Badrul Hisham Shaharin berhadapan dengan satu lagi tuduhan hari ini, berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.

Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan bersubahat berkaitan dengan perhimpunan itu, yang diadakan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Pada 22 Mei lalu, Anwar, Azmin dan Badrul meminta dibicarakan atas tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Anwar dalam mesej Twitter berkata, "satu lagi tuduhan berbaur politik."
Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa mMereka mengaku tidak bersalah terhadap terhadap pertuduhan tambahan itu iaitu bersubahat dengan R.Tangam, G.Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim bersama
penyokong "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) yang melebihi lima orang telah menentang perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan diadakan di kawasan Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei.
Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah menetapkan 3 September ini bagi sebutan kes itu. Mahkamah juga menetapkan tarikh sama bagi kes Rajesh Kumar, Farhan dan Tangam yang didakwa sebelum ini berhubung perhimpunan itu selepas kes mereka disebut hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan satu lagi pertuduhan terhadap Anwar, Mohamed Azmin dan juga Badrul Hisham.
Anwar, 64, Mohamed Azmin, 48 dan Badrul Hisham, 34 sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Majistret Zaki Ashraf Zubir yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya orang awam tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1 Mei 2012.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 2.30 petang hingga 3 petang pada 28 April, di sepanjang Jalan Tun Perak di sini dan didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh didenda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.
Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan dengan menghasut ketiga-tiga mereka membuka sekatan besi halangan di Jalan Raja, di sini, pada hari yang sama.
Bagi pertuduhan itu, mereka bertiga didakwa bersama dengan penyokong-penyokong "Gabungan Bersih dan Adil" yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan mengingkari perintah Mahkamah Majistret yang dikeluarkan pada 26 April lepas, dan keingkaran itu mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan itu.

Balqis perlukan RM4,850 untuk jalani pembedahan

Balqis perlukan RM4,850 untuk jalani pembedahan - Nasional - Sinar Harian:

Balqis perlu dibedah segera
Dana Balqis
MUAR - Kanak-kanak menderita penyakit jantung berlubang dan bermasalah dua saluran injap jantung sempit, Nur Farah Athirah Balqis Razak, 3, kini hanya memerlukan RM4,850 daripada RM6,200 untuk kos tambahan pembedahannya.

Menurut kakak sulungnya, Farah Zuliyana Razak, 23, dia dan keluarganya bersyukur kerana terus menerima sumbangan daripada orang ramai dan setakat semalam, sebanyak RM500 lagi dimasukkan ke dalam akaun mereka.

"Alhamdulillah, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya," katanya.

Ditanya keadaan Balqis, Farah berkata, adik bongsunya itu kerap menangis sejak mengalami demam tiga hari lalu.

"Esok (hari ini) kami akan membawanya ke Hospital Muar untuk mendapatkan rawatan mata," katanya.

Pada 27 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan rayuan sepasang suami isteri untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai bagi menampung kos tambahan pembedahan Balqis sebanyak RM6,200.

MB: Isu dinar boleh siasat, tapi fitnah dosa

MB: Isu dinar boleh siasat, tapi fitnah dosa - Semasa - Sinar Harian:

Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai Kerajaan Pas Kelantan sekiranya terlibat dalam penyelewengan dirham dan dinar emas Kelantan yang dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Menurutnya, kalau betul-betul wujud penyelewengan tersebut, beliau adalah orang pertama yang akan ambil tindakan.

“Penyelewengan boleh siasat tidak ada apa, nak kata apa katalah tetapi siasat kena ada, kalau siasat tak jumpa apa-apa ini ertinya fitnah.

“Fitnah ini berdosa, selagi orang buat fitnah itu tidak bertaubat, dia akan masuk kubur dalam keadaan berdosa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Perbandaran, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Padang Perdana, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya wujud penyelewengan dan salah laku pegawai kanan syarikat pengeluar dirham dan dinar emas Kelantan, KGT.

Mengenai kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad bahawa dinar Kelantan tidak boleh dijadikan sebagai mata wang, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, ia adalah perkara kedua yang membabitkan soal teknikal.

“Mata wang itu sendiri sudah Islam, kalau buat bulat atau leper pun, itu tetap Islamik, orang akan ingat kerajaan Islam sebelum ini, jika kata mahal, itu masalah perniagaan, tetapi jika benar sekalipun, kenapa orang beli begitu banyak,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat masih berteka teki ketika ditanya kedudukannya yang dikatakan berpindah ke kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka pada PRU12 lalu berkata, spekulasi penghijrahan itu akan terjawab sebaik sahaja Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan.

“ Bertanding di Parlimen atau mana-mana, tengok la esok-esok (kemudian hari) sebab Parlimen belum dibubarkan lagi,” katanya Mat.

Sebelum ini, sebuah akhbar menyiarkan laporan mengenai spekulasi mengatakan Nik Aziz akan bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa pada PRU-13.

Jangan ada ‘hudud Umno’, ‘hudud Pas’

Jangan ada ‘hudud Umno’, ‘hudud Pas’ - Politik - Sinar Harian:

Fathul Bari Mat Jahaya
Fathul Bari Mat Jahaya
SHAH ALAM – Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hudud disambut baik Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurutnya, dalam isu ini, Umno ada kelebihan besar kerana perlembagaan parti jelas menyebut 'berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara'.

Oleh itu, cadangan seperti itu perlu disokong oleh semua umat Islam. Katanya, apa yang paling penting sekarang adalah Umno Johor tidak perlu gopoh untuk melaksanakan cadangan yang sebaik itu kerana dikhuatiri terhenti di separuh jalan sahaja.

“Pertama sekali, apa sahaja kebaikan yang muncul, tidak kira daripada Umno, Pas atau sesiapa sahaja, saya akan sokong demi Islam. Saya juga bersedia bekerjasama bagi beri pandangan dalam isu ini, sekiranya diperlukan.

“Saya juga tidak mahu hukum hudud ini nanti dilabelkan sebagai ‘hudud Umno’ atau ‘hudud Pas’. Apa yang paling penting hudud ini disusun dan dilaksanakan demi menarik kembali umat kepada Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Khamis lalu, Adun Kemelah dari Umno membangkitkan cadangan tersebut ketika Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12.

Memetik kenyataan Ayub dalam satu portal berita, beliau berkata, mahu melihat Johor mendahului negeri lain dengan laksanakan hudud sebenar, yang didakwanya berbeza dengan hudud Pas.

Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum berbanding hudud Pas yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

Selain itu, Fathul Bari mahu semua pihak melihat keseluruhan aspek dan menghimpunkan pakar-pakar terlebih dahulu bagi memberikan pandangan supaya hukum ini benar-benar
dapat dilaksanakan.

“Kita perlu himpunkan individu yang mempunyai kuasa dalam pentadbiran, mufti-mufti, ulama-ulama, pakar-pakar perundangan, pakar perlembagaan, penguat kuasa di semua peringkat dan intelektual-intelektual yang bebas, iaitu datang atas kapasiti isu ini.

“Selain itu, perlu dihimpunkan juga raja-raja Melayu sebagai ketua Islam di negara ini dan wakil-wakil negara yang telah melaksanakannya. Jika mereka ini dapat dikumpulkan, Insya-Allah kita boleh bergerak ke depan lagi,” katanya.

Ambiga terima ugutan bunuh

Ambiga terima ugutan bunuh - Semasa - Sinar Harian:

ambiga
Ambiga
SHAH ALAM – Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga menerima kiriman emel ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya, kelmarin.

Difahamkan, kandungan emel tersebut memaparkan dua nama lelaki yang diupah, dipercayai untuk membunuh beliau.

Menurut sumber, kiriman itu dihantar kira-kira jam 5 pagi dan disedari Ambiga pada jam 1 tengah hari melalui telefon bimbitnya.

“Bimbang dengan keselamatannya, laporan dibuat di Balai Polis Travers pada hari kejadian. Dipercayai, pengirim menggunakan nama kumpulan gengster bagi menakutkan beliau,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Bila kita susah, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Tuhan.

"Bila kita susah, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Tuhan. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan Allah SWT. Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang doa mereka lebih mudah diterima kerana rapatnya mereka dengan Allah SWT...."
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

TERIMA KASIH PERKASA

TERIMA KASIH PERKASA
ANDA TELAH MEMBUATKAN RAKYAT SEMAKIN MENOLAK UMNO..& ANDA SUNGGUH MEMALUKAN.....KUIKUIKUI

Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama penduduk di Teluk Bahang, dekat sini hari ini dicemari dengan insiden kekecohan melibatkan pengiring pemimpin itu dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, kekecohan mula tercetus apabila Perkasa yang secara kebetulan mengadakan perhimpunan aman di pekarangan pasar Teluk Bahang bertembung dengan rombongan Lim yang turut mengadakan lawatan di kawasan tersebut.

Jurucakap polis berkata pada perhimpunan yang dihadiri lebih 50 orang termasuk penduduk di kawasan berkenaan, peserta perhimpunan itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran ketua menteri.

P/S : DAN UNTUK PIHAK POLIS SEPATUTNYA MENJAGA KETUA MENTERI BUKAN MELIHAT JER..

TERIMA KASIH KERAJAAN PR SELANGOR

TERIMA KASIH KERAJAAN PR SELANGOR

Kerajaan Selangor sentiasa komited untuk menyelesaikan isu permohonan hak milik tanah yang berlarutan sekian lama sejak era zaman Umno-BN dahulu.
“Jika dahulu, kebanyakan pemberian tanah tidak dibuat secara telus, antaranya kerana mengutamakan kawan rapat atau sanak saudara.
“Sebaliknya, Kerajaan Pakatan memberi hak rakyat tanpa mengira pegangan parti politik,”
Tan Sri Khalid

Menyampaikan Notis borang 5A dan Surat Hak Milik bagi kawasan DUN Lembah Jaya (Kampung Tasek Permai, Kampung Ampang Indah, Ampang Campuran dan Kampung Bukit Sungai Puteh). Disebelah petangnya pula Majlis penyerahan hak milik tanah kepada penduduk Kampung Melayu Subang Tambahan

P/S : Yang ni tak masuk Utusan @ TV3suku .
 —

MMG COMFIRM dan SAH imam muda masjid jamek pasir gudang yg benarkan TGNA jadi imam solat jumaat itu hr dah di gantung tugas

MMG COMFIRM dan SAH imam muda masjid jamek pasir gudang yg benarkan TGNA jadi imam solat jumaat itu hr dah di gantung tugas pg ni Syed Othman Abdullah PAS permas dan persatuan ulamak pergi menziarah imam muda tersebut 
Berita sahih...
 

Mengapa Melaka sorok beli 17 Honda Accord ganti proton perdana utk kegunaan KM n Exconya?

Mengapa Melaka sorok beli 17 Honda Accord ganti proton perdana utk kegunaan KM n Exconya? Dulu kutuk @mbnizar beli toyota camry bkn main lagi!

Bukan beli 17 honda accord jer,siap beli 32 proton inspira utk kegunaan ketua2 jabatan di Melaka

Harga sebuah honda accord yg dibeli rm168000,beli 17 buah - proton inspira sebuah rm85000,beli 23 buah - hang kiralah sendiri

Nombor pendaftaran cantik2 pulak tu M1 , MAR2 , MAR6 dll - berapa pulak harga no pendaftaran ni ??

Nahh.. tak habis2 nak rembat wang rakyat..


Nahh.. tak habis2 nak rembat wang rakyat... PKFZ tak selesai lagi.tambah lagi skandal.. inilah umno,barisan nasional..
 

awang oh awang


Nah kaw.. orang PAS ker prg umno yg rasuah nih? patut lah bila imam doaakan pemimpin rasuah dan zalim di kalahkan dalam pru 13. rupa rupanya bukti rasuah ni org umno yg ramai makan.. kehkehkeh!! apa pun tak boleh!!
 —

. lagi pendedahan UNO dan rasuah tak dapat di pisahkan


nahh.. lagi pendedahan UNO dan rasuah tak dapat di pisahkan.. sebabtulah umno terasa bila DOA MINTA PEMIMPIN RASUAH ZALIM NI DI TANAM MASA PRU 13 NANTI..!!!! yg ko terasa apasal?
 

Medey kuty terpaksa sound anaknya si Marina supaya diam.


Dek kerana nak letak Mukriz anaknya jadi calon MB kedah.maka Medey kuty terpaksa sound anaknya si Marina supaya diam.. kehkehkeh!!
 

JOM PELINGKUP BN/UMNO

MAI MAI SINI,NAK SUAP RACUN TIKUIH NI..CAAAYANG..MUCUK2..JOM PELINGKUP BN/UMNO,TERIMA KASEEY

MASJID BUJAL KEMAMAN SEBELUM DIROBOHKAN

MENGAPA UMNO PERLU DIKALAHKAN

MENGAPA UMNO PERLU DIKALAHKAN
skuad BO

KUALA NERUS – Rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya disuru untuk menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang supaya dapat mengambil alih pemerintahan dari Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN)

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Umno-BN mesti dikalahkan dalam PRU-12 kerana parti itu memerintah secara zalim.

“Sesungguhnya semulia-mulia dan sebesar-besar perjuangan adalah berhadapan dengan pemerintahan yang zalim, malam ini kita akan dedahkan dan senaraikan kenapa Umno zalim,

“PAS mesti disokong dan Umno mesti dikalahkan, dalam pilihanraya akan datang untuk PAS memerintah negeri Terengganu dan negara kita,”ujarnya ketika menyampaikan ceramah sempoena program Himpunan Pemuda Islam Terengganu, 11 Februari.

(Gambar - masjid Bujal sebelum dirobohkan (BAWAH) dan setelah dirobohkan kerajaan Umno-BN (ATAS) 

Menurutnya, PAS mesti disokong dan diundi kerana aqidah perjuangan yang berbeza dengan Umno –BN kerana PAS mengajak rakyat memperjuangkan Islam secara lengkap dan menyeluruh.

Manakala, katanya, Umno-BN yang mendakwa membela agama tetapi telah merobohkan masjid Bujal di Kemaman dan menghancurkan rumah-rumah rakyat serta merampas tanah-tanah rakyat.

“Saya mengingatoi semula, Umno menyatakan mereka membela agama tetapi hancur tersungkur masjid Bujal adalah kerana sikap pemimpin dan perjuangan Umno,

“saudara juga jangan lupa, Umno lah yang telah memusnahkan rumah-rumah rakyat dan merampas tanah-tanah rakyat,”jelasnya.

Menurut Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung, anak-anak muda juga menjadi mangsa, dibuang kerja dan terpaksa menganggur kerana kilang-kilang telah ditutup.

Kemudian, dakwanya lagi, tanah kilang yang ditutup itu telah diserahkan kepada duia individu bukan Melayu dan bukan Islam.
(Dicatat oleh PENENTANG MUNAFIQ)

zzzzzzzvs wwwwwwwwwwww

Sebenarnya.Madey tak yakin BN boleh menang..

Sebenarnya.Madey tak yakin BN boleh menang.. so lanjutkan tempoh SPR edjust sebaik mungkin kasi menang BN,sebabtulah ura2 SPR nak buat persempanan semula.dan nak tambah perlimen. .... !

Ni nak tanya nih.. taat kepada Negara ker taat kepada BN?

Tengah traning pakaian yang nak di pakai lepas kalah PRU nanti..

Tengah traning pakaian yang nak di pakai lepas kalah PRU nanti....Pakaian tu memang amat sesuai pada sape yang minat duk dalam HUTAN..

54 tahun umno memerintah dengan penyelewengan

Lepas ni,penganjur2 ceramah bolehlah jemput Marina berceramah atas pentas korang coz Marina PRO PR. macam si Tamrin anak Ghafar baba lah, seorang ahli UMNO yg ingin melihat umno tumbang.. gejala2 ni sebenarnya dah banyak menyerang org umno sebenarnya..sebab apa jadi gitu? sebab 54 tahun umno memerintah dengan penyelewengan yg maha dasyat!!!

Pihak berwajib patut siasat penyelewengan yang didedahkannya

Siasatlah ape yang dikemukakan oleh Uncle Seekers (US) bukankah perbuatannya hanya mendedahkan ketidak adilan pihak2 tertentu??? .. US adalah seorang yang berani membuat pendedahan ini dan beliau patut diberi pujian dan sokongan. Pihak berwajib patut siasat penyelewengan yang didedahkannya, jika benar dakwalah pihak yang menyeleweng, jika sebaliknya dakwalah US.

Pergh..!.. suruh jadi imam solat jumaat pon kena gantung kerja.

Hartawan misteri sedekah RM2.2 bilion bina masjid seluruh negara

Hartawan misteri sedekah RM2.2 bilion bina masjid seluruh negara:


ALOR GAJAH 1 Julai - Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).


Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.


“Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.

Ramai Penan tiada kad pengenalan

Ramai Penan tiada kad pengenalan:


MIRI 1 Julai - Kebanyakan masyarakat Penan di Ba' Pakan, Sungai Patah, Ulu Baram belum memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.


Ketiadaan dokumen pengenalan diri itu menyebabkan hampir kesemua yang layak mengundi gagal mendaftar sebagai pemilih.


Difahamkan, sebelum ini Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah memasuki kawasan itu selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngai yang kerap turun padang membantu penduduk mendapatkan kad pengenalan.


Bagi urusan pendaftaran pemilih pula, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pernah ke kampung berkenaan untuk mendaftarkan penduduk yang layak dan mempunyai pengenalan diri.


Namun, ia belum mencukupi kerana jika tidak dimaklumkan lebih awal kepada penduduk, usaha itu tidak akan berhasil kerana mereka keluar memburu dan mencari rezeki di hutan.

Ibu rayu Aslina pulang ke rumah

Ibu rayu Aslina pulang ke rumah:




ASLINA MAMUK








KUALA LIPIS 1 Julai - Seorang ibu di Kampung Mela di sini merayu supaya anak gadisnya pulang ke pangkuan keluarga selepas seminggu didapati meninggalkan rumah tanpa mengetahui puncanya.


Ibu berkenaan, Miss Che Aesos, 44, berkata, anaknya, Aslina Mamuk, 15, keluar dan tidak pulang ke rumah sejak 25 Jun lalu.


"Sebelum ini, Aslina duduk bersama datuknya di Tanah Merah, Kelantan. Sejak sebulan lalu, Aslina telah datang ke sini untuk menziarahi saya dan kakaknya, Norhayati yang menetap di sini," katanya di sini semalam.


Menurut Miss Che, pada malam 24 Jun lalu, Aslina bersama kakaknya sempat meluangkan masa berbual bersama ahli keluarga dan gadis itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.


"Namun pada keesokan hari, Norhayati mendapati adiknya sudah meninggalkan rumah tanpa meninggalkan sebarang pesan.