Friday, November 15, 2013

Kapal tentera AS tiba di Filipina


GAMBAR fail menunjukkan kapal pengangkut pesawat USS George Washington.- REUTERS


MANILA - Kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS George Washington tiba di Filipina semalam dalam misi bantuan kecemasan berikutan bencana Taufan Haiyan yang melanda negara itu.
Menurut komander kapal tentera itu, Laksamana Muda Mark Montgomery, kapal tersebut tiba di luar pantai Pulau Samar.
Beliau berkata, ia akan menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa dengan mengagih-agihkan ubat- ubatan, keperluan logistik dan bekalan air termasuk menilai kerosakan.
"USS George Washington merupakan sebuah daripada lapan buah kapal milik AS yang tiba untuk memulakan misi Damayan," kata- nya kepada pemberita.
Dalam bahasa Tagalog, Damayan bermaksud perpaduan.
Menurutnya, beberapa buah pesawat seperti USS Antietam dan USS Cowpen akan turut sama membantu dalam misi memberikan bantuan kepada mangsa- mangsa bencana Taufan itu.
Kapal kargo USNS Charles Drew pula akan membawa bekalan air untuk mangsa-mangsa yang berlindung di lapangan terbang dan sekitar kawasan bencana di Tacloban .
Dua buah kapal lagi akan membawa bekalan kecemasan untuk diagihkan-agihkan kepada mangsa-mangsa bencana di Tacloban, pusat bandar yang paling teruk terjejas di wilayah Ley- te, tengah Filipina.
Baki kapal yang lain pula tertumpu di sekitar kawasan Ormoc di Pulau Lyte.
Dalam pada itu, sebahagian mayat mangsa taufan itu telah dikebumikan di dalam kubur besar di Tacloban, Leyte.
Taufan selaju lebih 300 kilometer sejam dan antara yang terkuat di dunia melanda wilayah tengah Filipina pada Jumaat lalu.
Menurut pihak berkuasa, seramai 2,357 orang disahkan meninggal dunia akibat bencana tersebut.
Bagaimanapun, angka kematian itu dijangka meningkat kerana banyak rumah dan bangunan musnah sele- pas taufan tersebut berlaku.
Penduduk di wilayah Ley- te yang turut dilanda bencana itu turut mengalami masalah terputus bekalan air dan elektrik. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2kf8cqRhg 
Hakcipta terpelihara 

Apa pandangan kalian tentang orang atasan ni?

Salah seorang admin Gerakan Anti Syiah Malaysia bersama seorang rakan telah turun ke Ampang dan memerhati aktiviti Syiah yang sedang dijalankan. Bagaimanapun atas arahan orang atasan, pihak polis dan JAWI diminta untuk BERKAWAL agar aktiviti tidak diganggu. 

Apa pandangan kalian tentang orang atasan ni?