Wednesday, May 2, 2012

Arab Saudi siasat Bersih 3.0

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:



metra.mohamed@utusan.com.my">

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai demonstrasi haram bersih di Masjid Nabawi di Madinah, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 1 Mei - Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram itu baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih di lokasi berkenaan.
Dakwa blog tersebut, kebanyakan mereka yang mengaku sebagai aktivis Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah itu terdiri daripada penuntut-penuntut Malaysia yang mengikuti pengajian Islam tajaan kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan umrah.
‘‘Segala bukti-bukti kukuh dari segi gambar-gambar yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang disebar melalui Internet kini telah berada di tangan pihak berkuasa Arab Saudi.
‘‘Berdasarkan perkembangan itu, kemungkinan besar semua penuntut Malaysia terbabit dan mereka yang mendapat tajaan kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya. Bagi yang bukan penuntut tajaan pula, mereka mungkin dikenakan tindakan lain termasuk diusir keluar dari Arab Saudi.
‘‘Kes itu bakal menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ia boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan ketat,’’ dakwa blog itu.
Blog terbabit mendakwa, pihak kedutaan Malaysia di Arab Saudi juga difahamkan telah dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut selain para penaja penuntut tersebut.
‘‘Seperti yang kita semua maklum, dua pelancaran Bersih 3.0 telah diadakan oleh aktivis-aktivis perhimpunan itu di Mekah dan Madinah pada 26 April lalu.
‘‘Tujuan pertemuan adalah bagi melahirkan sokongan terhadap objektif perhimpunan Bersih 3.0 di Malaysia dan kononnya sebagai keprihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi bagi memastikan keadilan dalam pilihan raya tidak terhenti di Malaysia sahaja,’’ dakwanya.
Dakwa blog itu, pelancaran Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah telah disempurnakan oleh beberapa pemimpin sebuah parti politik tanah air dengan peserta perhimpunan memakai baju berwarna kuning.
‘‘Antara beberapa isu-isu yang diucapkannya adalah perkembangan politik semasa di Malaysia, isu rasuah, keperluan bagi semua rakyat Malaysia menyokong Bersih 3.0 serta berjihad secara demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi keadilan yang sebenarnya,’’ dakwanya.

Pengantin muda nikah di wad

Pengantin muda nikah di wad - Utara - Sinar Harian:

Pengantin bersama kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim pada hari bersejarah mereka.
Pengantin bersama kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim pada hari bersejarah mereka.
SUNGAI PETANI – Kemalangan yang menyebabkan seorang remaja patah kaki sebelah kiri sehari sebelum bernikah tidak menghalang perancangan awal mangsa untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya.

Lebih bersejarah, upacara akad nikah itu dilakukan di Wad Kenanga 5, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani disaksikan ahli keluarga terdekat, sahabat dan kakitangan hospital 27 April lalu.

Pengantin lelaki, Nor Azlan Nazri, 21, berkata, dia bercadang untuk melakukan persiapan akhir bagi menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih Nor Fatin Alia Sobri sehari sebelum tarikh ditetapkan, namun tidak sangka terlibat dalam kemalangan.

Pasangan itu juga mencatat sejarah apabila menjadi pasangan termuda di mana pengantin lelaki berusia 21 tahun, manakala pengantin perempuan berusia 15 tahun.

“Kami memang merancang bernikah lepas direstui dan dapat sokongan keluarga kedua pihak,” katanya.

Menurutnya, walaupun isterinya masih bersekolah di sebuah sekolah di sini, ia tidak menghalang hasrat mereka membina mahligai sebaliknya dijadikan kekuatan agar saling membantu mengejar matlamat dan cita-cita.

“Perasaan bercampur gembira dan sedih disebabkan keadaan saya begini, namun bersyukur diterima pasangan dengan baik,” katanya.

Nor Azlan berkata, dia bersetuju dengan cadangan ayah dan keluarga untuk menyatukan mereka berdua.

“Saya bimbang didorong perbuatan tidak elok selain menunaikan syariat agama sebagai umat Islam.

“Keluarga takut jadi apa-apa, jadi mereka setuju satukan kami dengan perkahwinan,” katanya.

Menurutnya, tarikh akad nikah ditetapkan lebih awal pejabat agama, walaupun dia ditempatkan di wad, namun bagi melancarkan proses penyediaan sijil dan sebagainya, upacara akad nikah diteruskan.

Ditanya tentang cahaya mata, Nor Fatin menjelaskan ia tiada masalah, tetapi suaminya berpesan meneruskan persekolahan dan mengejar kerjaya terlebih dahulu.

Katanya, perkenalan selama lapan bulan membuahkan bibit cinta seterusnya ika-tan perkahwinan dan berharap dapat mengimbangi pendidi-kan dan rumah tangganya.

“Saya akan belajar untuk menjadi seorang isteri solehah di samping tidak mengabaikan pelajaran,” katanya.

Kes Altantuya: Sirul dibenar masukkan alasan tambahan

Kes Altantuya: Sirul dibenar masukkan alasan tambahan - Semasa - Sinar Harian:

PUTRAJAYA -  Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan Koperal Sirul Azhar Umar memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuan berhubung sabit kesalahannya.

Sirul Azhar, 39, dan Cif Inspektor Azilah Hadri, 34, disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 berhubungpembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Okt 2006 dan 9.45 malam hari berikutnya.

Rayuan mereka di Mahkamah Rayuan dijadual didengar pada 27 dan 28 Ogos.

Panel tiga hakim dianggotai Hakim-hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Mohtaruddin Baki hari ini meluluskan permohonan Sirul Azhar untuk memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya setelah pendakwa raya Manoj Kurup tidak membantah permohonan itu.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul Azhar berkata petisyen rayuan anak guamnya itu mengandungi sembilan alasan utama.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, dituduh bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia itu dalam pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, pada 31 Okt 2008, beliau dibebaskan Mahkamah Tinggi tanpa dipanggil membela diri. – Bernama

Bersih 3.0: Suhakam sedia siasat

Bersih 3.0: Suhakam sedia siasat - Nasional - Sinar Harian:

Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas.
Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas.
SHAH ALAM – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sedia untuk menjalankan siasatan berkenaan dakwaan mengatakan pihak polis mengenakan tindakan keterlaluan sehingga menyebabkan insiden ganas sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara, Sabtu lalu.
Keperluan inkuiri awam dan terma rujukannya akan diputuskan sama ada hari ini atau esok.
Bagaimanapun, Pesuruhjayanya Suhakam, Mohd Shaani Abdullah berkata, pihaknya perlu meneliti laporan-laporan yang diterima sebelum memutuskan sudut siasatan yang akan dijalankan.
“Kami akan mengadakan mesyuarat esok (hari ini) atau lusa (esok). Inkuiri awam dan terma rujukan mengenai keputusan rasmi suruhanjaya untuk siasatan hanya akan diputuskan pada mesyuarat itu berdasarkan penjelasan tentang apa yang sebenar berlaku pada hari kejadian," kata beliau.
“Kami juga sudah mula meneliti bahan-bahan seperti yang dilaporkan oleh media,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Tambah Mohd Shaani, secara peribadi, beliau berpendapat, pihak polis tidak sepatutnya menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan atas apa alasan sekalipun.
“Saya sempat meneliti aduan-aduan yang diterima melalui e-mel termasuk video dan mendapati dakwaan tersebut memang wujud.
“Malah saya juga dimaklumkan bahawa terdapat peserta perhimpunan yang ditahan ketika sedang menikmati makanan di gerai-gerai melewati jam 6 petang walaupun ketika itu perhimpunan sudah bersurai, hanya kerana mereka memakai kemeja-T kuning,” katanya.

Minggu lalu, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga berkata, beliau akan menyerahkan kepada Suhakam untuk menyiasat.

"Kami mahu Suhakam menjalankan siasatan bebas... mereka yang mencetuskan masalah hendaklah dikenal pasti termasuk mereka yang melanggar sekatan pihak berkuasa dengan merempuh pagar pengadang (di Dataran Merdeka)," katanya.

Beliau berkata, siasatan penuh perlu dibuat oleh Suhakam bagi mendapatkan maklumat termasuk arahan melepaskan gas pemedih mata dan air mengandungi bahan kimia serta arahan menutup operasi sistem pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT).
Gesaan yang sama dibuat oleh Ambiga semalam menerusi satu kenyataan.

Azmin: Dakwaan seks fitnah Umno menjelang PRU13

Azmin: Dakwaan seks fitnah Umno menjelang PRU13 - Politik - Sinar Harian:


Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengecam keras tindakan beberapa blog pro-Umno yang mendakwanya melanggan seks sambil menyifatkan ia sebagai satu "fitnah" terbaru pihak Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kata Azmin, ia fitnah yang ditohmah ke atas dirinya untuk mengaibkan beliau dan keluarga susulan nasib dilalui Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.
"Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro-Umno.

"Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita dalam tandas.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Azmin berkata, beliau amat kesal memandangkan tindakan menyiarkan bahan sedemikian adalah fitnah bersiri terhadapnya dan juga keluarganya selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak-anaknya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham.

"Kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam himpunan aman Bersih 3.0.

"Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telah pun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998," katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas diri beliau, isteri dan keluarganya.

"Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak kami.

"Ujian DNA tersebut sekali gus memelihara maruah saya dan keluarga," kata Azmin lagi.Namun kata Azmin, Umno masih mengulangi fitnah

kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap dirinya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

"Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang-ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.

"Munculnya fitnah ini tatkala Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan Bersih adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam," kata Azmin sambil menegaskan, "saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat."

Azmin berkata, beliau mahu pimpinan Umno menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Sehubungan itu, Azmin juga menegaskan, beliau akan terus bersama-sama pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam PRU13.

Watie, Azza bersanding serentak

Kosmo! Online - Negara:



TENGKU KamaruLzaman menepung tawar pasangan mempelai Watie dan Azza (dua dari kanan) di Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.


BANGI – Dua bekas anggota kumpulan Elite yang pernah popular dengan lagu Tamparan Wanita pada era 1990-an selamat melangsungkan persandingan serentak di sini semalam.
Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 35, melangsungkan persandingan dengan pasangannya, Zulkifli Daud, 39.
Zulkifle atau nama komersialnya Joey merupakan bekas penyanyi kumpulan Exist.
Azza pula atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 34, bersanding dengan Azlan Zulaily, 25.
Pasangan mempelai berkenaan sudah pun melangsungkan pernikahan sebelum ini.
Watie dinikahkan dengan Joey di rumahnya di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada 22 Disember tahun lalu manakala Azza pula dinikahkan dengan Azlan di Masjid Bukit Antarabangsa pada 1 April lalu.
Majlis persandingan serentak kedua-dua mempelai itu diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir yang turut menyambut ulang tahun perkahwinan ke-20 bersama suaminya, Zaharudin Abdul Hamid.