Saturday, January 16, 2016

Korea Utara sedia henti ujian nuklear dengan bersyarat


Korea Utara bersedia menghentikan ujian nuklearnya. - Gambar hiasan
SEOUL: Korea Utara bersedia menghentikan ujian nuklearnya sebagai pertukaran kepada menandatangani perjanjian damai dengan Amerika Syarikat (AS) dan menghentikan latihan ketenteraan tahunan di antara AS dan Korea Selatan.
Kenyataan Utara yang diumumkan media kerajaan lewat semalam itu mengulangi tawaran sebelum ini yang ditolak AS yang mahu Pyongyang menghentikan sepenuhnya aktiviti senjata nuklear mereka.
Seorang jurucakap Kementerian Luar Korea Utara menyifatkan ujian bom hidrogen pada 6 Januari lalu sebagai langkah wajar memastikan kelangsungan hidup terhadap ancaman luar.
"Sebagai tindak balas terhadap Amerika yang secara berterusan menyerang kedaulatan negara dan membuat ancaman, kami akan mempersiapkan diri daripada kemungkinan serangan nuklear dan membalas dengan keupayaan nuklear," kata jurucakap itu yang dipetik Agensi Berita Pusat Korea.
Dakwaan ujian H-bom Utara mengundang kecaman meluas dunia, sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana untuk menghentikan ancaman nuklear di negara ini.
Semenanjung Korea secara teknikal masih berperang kerana konflik pada 1950 hingga 1953 berakhir dengan gencatan senjata, bukan perjanjian damai. - AP

Pas mampu jadi lebih kuat jika tidak bergabung

NOR AZIHAN MD GHAZALI‎


Prof Dr Ahmad Atory Hussain


 SHAH ALAM - Pas akan jadi lebih kuat berbanding parti lain di negara ini sekiranya tidak bekerjasama dengan Umno dan Pakatan Harapan.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Pas bersendirian kini selepas Pakatan Rakyat (PR) dibubarkan.
“Namun begitu, tidak mustahil penyokong Umno yang kecewa dengan parti itu akan beralih arah menyokong Pas jika Pas tidak bergabung dengan Pakatan Harapan.
“Saya yakin Pas akan jadi lebih kuat berbanding Umno dan Pakatan Harapan kerana kekuatan Pas sudah berjaya dibuktikan sebelum ini di mana Pas pernah menawan Perak, Terengganu, Kedah dan masih mentadbir Kelantan hingga kini,” katanya.
Beliau yang juga bekas pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, Amanah tidak mampu menyaingi Pas kerana kedudukan Pas lebih kukuh dan persembahannya juga sudah diketahui umum.
“Walaupun Amanah diberi peluang dalam pentadbiran Kerajaan Selangor, ia tak mampu menjejaskan Pas yang ternyata masih utuh.
“Amanah parti yang baru nak bergerak, orang belum yakin dengan Amanah sebab belum tahu dia punya gaya persembahannya,” katanya.
Menurutnya, selagi Pas bersendirian dan tidak bergabung dengan mana-mana parti, pihaknya yakin Pas boleh menambah bilangan kerusi pada PRU14 termasuk mengekalkan kerusi yang dimenangi mereka.
“Pas dilihat mempunyai pendirian kukuh apabila berkali-kali menyatakan pendirian bahawa mereka akan mempertahankan kerusi mereka daripada Amanah.
“Saya juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti antara Pas, Umno dan juga Pakatan Harapan.
“Pertandingan tiga penjuru ini nyata akan memberi peluang besar kepada Pas,” katanya
.

Lelaki paling tua berusia 131 tahun ditemui?

15 JANUARI 2016
Lelaki paling tua berusia 131 tahun ditemui?
oao Coelho de Saouza (kiri)

ACRE - BRAZIL. Warga emas dari Brazil didakwa lelaki paling tua di dunia dengan usia mencecah 131 tahun, lapor Metro.uk.
Perkara tersebut didedahkan oleh seorang penjawat awam dari Utara Brazil yang mendakwa warga emas, Joao Coelho de Saouza dilahirkan pada 10 Mac 1884.
Ini menjadikan Joao Coelho kini berusia 131 tahun  iaitu 19 tahun lebih tua dari lelaki dari Jepun yang diiktiraf sebagai lelaki paling tua di dunia, Yasutaro Koide dan sembilan tahun lebih tua dari Jeanne Calment yang memegang rekod dunia sebagai manusia paling lama hidup dalam rekod sejarah.
Sijil kelahiran didedahkan oleh pekerja keselamatan sosial di Acre yang mengatakan warga emas itu dilahirkan di Meruoca, 2,000km dari bandar Acre.
Penjawat awan akan membuat rutin melawat warga emas itu untuk memastikan dia masih hidup dan layak menerima pencen dan kini mengesa kerajaan negeri  untuk mendaftarkan Joao Coelho dalam Guinness Book of Records.
Media di Brazil turut melaporkan, Joao Coelho tinggal bersama isterinya yang berusia 62 tahun dan cucunya berusia 16 tahun.
Dia turut mempunyai anak perempuan berusia 30 tahun, Cirlene Souza yang dilahirkan ketika Joao Coelho berusia 101 tahun.
Sementara itu, isteri Joao Coelho berkata, tiada keraguan terhadap dakwaan tersebut dan berkata, dokumentasi telah diperiksa oleh pakar dan tiada sesuatu yang mencurigakan ditemui
.

Malaysia hilang RM42 bilion tahun ini


BAAYAH


KUALA LUMPUR – Pendapatan negara diramalkan berkurangan sebanyak RM42 bilion bagi tahun 2016 ekoran kejatuhan harga minyak dunia ke paras AS$30 (RM132.7) setong.
Penganalisis Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr. Baayah Baba berkata, ekoran daripada kejatuhan harga minyak dunia menyebabkan syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) tidak berupaya untuk memberi pendapatan yang maksimum.
“Petronas sebelum ini menyumbangkan pendapatan kepada negara sebanyak RM70 bilion setahun, namun ia diramalkan berkurangan kepada RM26 bilion pendapatan pada tahun ini.
“Keadaan ini dilihat bakal memberi impak kepada perkembangan ekonomi negara namun kesannya tidak terlalu dramatik berikutan pendapatan yang diterima negara menerusi hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3xNVM5v00 
Hakcipta terpelihara