Thursday, July 8, 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: FIRAUN BESAR KULIM - MARUAH TIADA, CERDIK PUN TIADA, APA YANG BELIAU ADA?

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: FIRAUN BESAR KULIM - MARUAH TIADA, CERDIK PUN TIADA, APA YANG BELIAU ADA?

RAKYAT MARHAEN: Zul Nordin..hang baca ni !

hang pi lubok buntaq , kepala hang aku putaq hang tau ka?

RAKYAT MARHAEN: Zul Nordin..hang baca ni !

Utusan dah start dah…. � Zaid Ibrahim

Utusan dah start dah…. � Zaid Ibrahim

Denggi kini ancaman serius



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaHealthTempatan by Syedz
15/7


KUALA LUMPUR – Situasi wabak denggi yang kini meragut 81 nyawa sehingga 4 Julai lalu merupakan satu ancaman serius dan perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh orang ramai.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, angka kematian yang dicatatkan itu terlalu tinggi berbanding tahun lalu yang berjumlah 88 kes kematian sepanjang tahun.
Apa yang membimbangkan katanya, kajian mendapati pada bulan Jun dan Julai kes denggi biasanya meningkat disebabkan musim hujan dan kemudian akan kembali menurun pada Ogos dan September.
“Trend denggi itu bagaimanapun akan naik kembali pada Oktober, November dan Disember,” ujarnya.
Beliau berkata, biarpun bilangan kes yang dicatatkan menurun kepada 24,240 berbanding 25,354 kes dalam tempoh sama tahun lalu tetapi kes kematian meningkat secara mendadak.
Tiong Lai berkata, negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi titik panas kepada denggi kerana penyakit itu merupakan wabak di kawasan bandar yang pesat membangun.
kredit : kosmo.com.my

Banteras habis-habisan pelacur sekolah



MELAKA 7 Julai - Kerajaan negeri meminta polis, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menggiatkan usaha membanteras kegiatan perdagangan manusia khususnya sindiket pelacuran melibatkan pelajar sekolah menengah.
Sambil memuji tindakan cekap polis negeri menumpaskan sindiket pelacuran membabitkan pelajar sekolah menengah di dua hotel bajet di bandar raya ini kelmarin, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha itu perlu dipertingkatkan.
"Saya ucapkan tahniah kepada polis Melaka kerana berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran yang menggunakan pelajar sekolah menengah. Kejayaan ini sepatutnya dialu-alukan atas kerja gigih polis untuk membanteras bukan sahaja kegiatan pelacuran tetapi juga jenayah.
"Sejak dulu lagi saya telah meminta agar semua pihak yang berkaitan dengan penguat kuasa undang-undang menggempur sebarang tempat yang dijadikan sarang maksiat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui melakukan lawatan kerja ke negeri ini dan melawat Kilang Maruwa Malaysia di Zon Perindustrian Bebas Batu Berendam di sini hari ini.
Mohd. Ali mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai kejayaan polis negeri menumpaskan satu sindiket pelacuran melibatkan pelajar sekolah menengah di dua hotel bajet di bandar raya ini yang dipercayai beroperasi sejak Mei lalu.
Tiga pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang mendakwa telah diperdaya berjaya diselamatkan manakala seorang ibu ayam bersama dua pembantunya diberkas.
Dalam dua serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di hotel bajet dan sebuah rumah di Duyung di sini, polis menemui tiga pelajar yang mengaku dipaksa menjual tubuh dengan bayaran antara RM60 hingga RM80 untuk sekali hubungan seks.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menggunakan pelajar sekolah menengah untuk kegiatan pelacuran.
"Apa perasan mereka jika anak mereka pula dipaksa menjadi pelacur," katanya.

Pengetua sekolah pelajar melacur akan dipanggil



PUTRAJAYA 7 Julai - Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang terkejut dengan laporan media berhubung tiga pelajar sekolah dipaksa melacur berkata, beliau sendiri akan memanggil pengetua sekolah pelajar terbabit.
Serentak itu, beliau mengarahkan pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPNM) menghubungi pihak polis dan menyediakan laporan lengkap kepada Kementerian Pelajaran secepat mungkin.
"Kes ini amat-amat serius kerana ia berlaku kepada anak-anak yang sepatutnya dilindungi, ia tidak sepatutnya berlaku dan polis sudah lakukan tindakan sewajarnya dalam menangani masalah ini.
"JPNM dan pengetua perlu menyerahkan maklumat lengkap identiti pelajar dari sekolah mana dan selepas itu saya akan hubungi sekolah sendiri untuk tentukan apa tindakan yang akan dibuat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Alimuddin mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia berhubung tiga pelajar sekolah yang mendakwa diperdaya dan dipaksa menjual tubuh antara RM60 hingga RM80 dalam serbuan di dua hotel bajet.
Polis Melaka turut menahan seorang ibu ayam sindiket pelacuran pelajar sekolah itu berusia lingkungan 20-an bersama dua pembantunya di sebuah rumah sewa di Duyung.
Berhubung tindakan ke atas pelajar terlibat, beliau berkata, mereka mesti dikenakan pertuduhan sebelum pihak sekolah menjatuhkan hukuman berdasarkan garis panduan disiplin yang disediakan Kementerian Pelajaran.
"Kita mahu tunjukkan kepada pelajar-pelajar lain bahawa kementerian serius dalam menangani kes tersebut walaupun kejadian berlaku di luar kawasan sekolah untuk menjadikannya sebagai satu pengajaran," katanya.
Ekoran insiden yang mengejutkan itu, Alimuddin menyarankan semua pengetua memberikan perhatian lebih pada isu pelajar ponteng.
"Maknanya kalau sehari pelajar tidak datang tanpa maklumat daripada ibu bapa, kita akan ambil tindakan dan ibu bapa mesti menelefon atau menghantar e-mel kepada pihak sekolah menjelaskan mengapa anak mereka tidak hadir.
"Kalau beberapa hari tak datang, pengetua diarah pergi cari di rumah dan dapatkan maklumat ibu bapa sendiri kenapa anak tak datang tanpa ada surat atau maklumat," katanya.
Beliau juga menyarankan semua pelajar terlibat dalam gejala sosial seperti jenayah, pelacuran dan ponteng agar diberi kaunseling oleh sekolah masing-masing supaya ia tidak berterusan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah sosial berlaku di kalangan pelajar.
"Keruntuhan institusi kekeluargaan menjadi punca utama pelajar terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat dan mereka juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
"Kurangnya didikan agama dan moral turut mendorong mereka terlibat dengan gejala sosial sekali gus menyumbang kepada peningkatan aktiviti jenayah di kalangan generasi muda," katanya.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata, semua pihak perlu sentiasa mengingatkan golongan muda khususnya pelajar supaya tidak mudah terperangkap dengan tipu daya sindiket jenayah seperti yang berlaku kepada mangsa sindiket pelacuran yang dipaksa menjual tubuh.
"Kegiatan pelacuran yang melibatkan pelajar sekolah merupakan perkara serius yang perlu diatasi segera bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang," katanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan pula berkata, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak, pengawasan seharusnya dilakukan setiap kali mereka keluar dari rumah.
"Pergerakan anak-anak perlu dipantau dari semasa ke semasa agar mereka berada di tempat yang sepatutnya. Sekiranya mereka keluar mengikuti kelas tuisyen, ibu bapa hendaklah pastikan mereka benar-benar berada di kelas itu.
"Pendidikan moral dan agama juga perlu ditekankan kepada anak-anak agar mereka tahu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara," katanya